Made In China : Beijing (Part 4)

March 10, 2012

Aku rasa ramai yang musykil nape aku agak slow mengupdate blog sekarang. Sebenarnya la ni aku sibuk dengan komitmen baru dan hujung minggu baru dapat melangut depan kompiter. Aku akan cuba untuk speed up progress entry ni sebelum next journey, bak kata John cerita aku kan beratus-ratus episod...hehehe...

*****

Ada orang tanya kenapa aku nak panjat Great Wall sampai 2 kali? Sebenarnya kalau boleh setiap kali ke sini aku nak panjat. Bagi aku tembok ni unik sebab ia dibina untuk berbagai kegunaan dan bukan saja untuk tujuan pertahanan. Ia mula dibina semasa Dinasti Qin pada kurun ke-7M dan seterusnya bersambung semasa Dinasti Han hinggalah ke Dinasti Ming. Proses ini memakan masa yang lama dan difahamkan tenaga buruh yang digunakan adalah dari kalangan pesalah politik, banduan dan orang kampung. Tapi apa yang paling mengujakan ialah dikhabarkan salah satu secret recipe yang digunakan untuk membina tembok ini ialah tulang-temulang pekerja yang meninggal sewaktu pembinaan dijalankan. 

Aku tak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini tapi cerita ni lebih kurang macam Jambatan Pulau Pinang yang kononnya ada seorang pekerja yang disimen dalam salah satu tiang jambatan. Cliché kan?


[source] Great Wall of China

Tapi kalau kita tengok balik segala tinggalan orang zaman dulu kala ni sebenarnya agak dahsyat sebab dorang mampu mencipta idea mustahil seperti pyramid, landasan keretapi maut, candi-candi, bom atom dan banyak lagi benda-benda mustahil sedangkan teknologi pada zaman tu taklah secanggih mana.

Berbalik kepada cerita. 

Great Wall ni panjangnya lebih kurang 6,350km merentasi negara China dari wilayah Liaoning hingga ke Gobi Desert (Mongolia). Di sepanjang tembok ini ada beberapa tempat yang dibuka untuk pelancong dan yang paling famous sekali ialah Badaling, diikuti Simatai, Mutianyu dan Jinshanling (ada banyak lagi tapi aku malas nak taip). Selain Badaling, cara untuk ke tembok lain ialah dengan menggunakan tour sebab ia lebih jauh, kurang sesak dengan pelancong dan lebih natural sebab tak dibaik pulih. Badaling pulak lebih terjaga sebab ia telah di repair untuk tujuan komersil.

Kata orang tembok Badaling ni sentiasa sesak dengan manusia so mesti elak pegi ke tembok ni. Tapi pada pendapat aku benda ni bergantung pada musim. Since aku penah ke sini pada 2 musim yang berbeza iaitu musim bunga (2010) dan musim sejuk (2012), perbezaan memang ada. Tembok ini agak lengang pada musim sejuk berbanding musim bunga (dengar kata musim panas lagi dahsyat sebab pack), so aku dapat simpulkan orang kurang berminat ke sini waktu musim sejuk sebab sejuk le, sebab apa lagi! 

Kalau ada duit berkoyan-koyan boleh amik pakej hiking+camping kat salah satu tembok (bukan Badaling yang pastinya), tapi bergantung pada musim. Cuma masalah dengan pakej ni ialah banyak yang melencong dari melancong, maksudnya melencong ke kilang jade, kilang sutera, kedai teh dan segala mak nenek yang lain. Tour agent “terpaksa” singgah di semua tempat yang dinyatakan untuk dapatkan voucher minyak dan banyak masa akan terbuang sebab melencong ke sini situ sana sini. Sebab tu aku tak suka amik tour package sebab auta lebih.

Untuk kali ni sekali lagi aku pilih tembok Badaling memandangkan duit yang tak cukup lebat untuk amik pakej ke tembok lain. Dalam hati ada jugak terasa nak pegi ke tembok yang belum preserved tapi apakan daya. Walau camne pun aku masih berpuas hati sebab kali ni tembok Badaling agak lengang sebab orang tak tahan sejuk (macam la aku ni tahan bebeno, ceh!). 

Ada 2 cara bajet untuk ke tembok Badaling iaitu pertama, naik bas #919 dari stesen subway Jishuitan (dari sini kena menapak 500m ke arah Deshengmen old gate bus station). Tambang bas 12Yuan dan perjalanan memakan masa 90 minit. Bas terakhir dari sini (Deshengmen) pukul 12 tengahari, so make sure timing kena betul.

Cara bajet yang kedua ni pulak aku jumpa masa menggodek website Seat61. Dalam LP China edisi ke-11 (2009) takde info pasal ni tapi edisi yang baru mungkin ada. Caranya ialah dengan menaiki keretapi (jenis S2) dari Beijing North Railway Station. Tambang cuma 6Yuan untuk perjalanan selama 80 minit. Untuk ke North Railway Station kena naik subway dan turun di Xizhimen (Line 2 or 4) dan tambang subway cuma 2Yuan. Subway ni bersambung dengan bangunan stesen keretapi dan entrance masuk di bahagian atas (luar bangunan subway). Seperti biasa tiket dijual kat tempat khas dan tuju ke mana-mana kaunter yang available. Sebaik-baiknya prepare sehelai kertas dengan tulisan Badaling dalam bahasa Cina untuk memudahkan komunikasi di antara korang dan penjual tiket sebab dorang tak reti cakap omputih. Kalau ada buku LP China lagi senang sebab buku ni dual language. Just point out tulisan Cina dan masalah akan selesai, Insya Allah.

Pada hari kejadian, mulanya officer di kaunter pertama taknak layan, mungkin sebab dia tak faham bahasa omputih. Pastu aku keluarkan buku LP China, pegi ke kaunter kedua, point out tulisan Badaling dalam bahasa China dan lepas tu barulah berjaya. Trip keretapi ke Badaling memang banyak tapi dari Badaling balik ke stesen keretapi tak kerap. Boleh jadi sebab musim sejuk (siang pendek) so trip selepas pukul 5.30pm agak kurang. Part tu nanti aku ceritakan kemudian sebab ada satu peristiwa tragis yang berlaku kat kami. Keh keh keh...

tiket keretapi S2 ke Badaling, 6Yuan sehala

Aku bajet keretapi tu parking dekat-dekat tapi rupanya haram....jauh gile! Mencicit-cicit kami berlari sebab takut kena tinggal, maklumlah keretapi kat sini board on time. Waktu ni terasa platform panjang gile dan aku berlari sambil membebel sebab kepenatan. Apa cerita aku mesti naik keretapi ni sebab nak tunggu next trip lama lagi, oh tidak! Dari jauh officer keretapi mengusha baekk ke arah kami seolah-olah berkata, “Hoi! Apa yang terhegeh-hegeh sangat tu!”  

Bila sampai depan pintu keretapi kami berhenti sambil tercungap-cungap. Gile ah, dah lama aku tak lari pecut camni. Kalah Watson Nyambek!

Aku tengok officer tu tersenyum-senyum sambil mempelawa kami masuk. Mungkin dalam hati dia kata, “Ni baru intro, sat lagi tau le nasib ko! Hahaha” (dialog rekaan semata-mata tapi ada kaitan dengan cerita seterusnya).

interior dalam keretapi S2
dijamin selesa confirm terlena

Ruang interior dalam keretapi memang cukup selesa, boleh duduk kat mana-mana (free seating). Kami berpecah memandangkan masing-masing nak duduk tepi tingkap. Tepat jam 1.30pm keretapi bergerak meninggalkan Beijing North Railway Station dan menuju ke Badaling. Sambil melayan view di sepanjang jalan aku pun terlelap.

Aku tersedar bila keretapi mula bergerak perlahan dan memasuki terowong. Ada banyak terowong di area Badaling dan dari dalam keretapi kita boleh nampak tembok besar China. Keretapi akan bergerak mengundur bila menghampiri stesen Badaling. Part ni agak confuse tapi jangan risau sebab keretapi akan berhenti di stesen Badaling cuma ia bukan stesen yang terakhir jadi kena sentiasa alert.

view disepanjang laluan ke Badaling
stesen Badaling
sebelah kiri tu stesen keretapi Badaling dan ini plak laluan ke Great Wall

Selepas turun dari sini kena menapak sejauh 800 meter melalui sebatang jalan raya dan deretan kedai sebelum sampai ke pintu Badaling. Memang jauh sikit tapi berjalan dalam musim sejuk ni langsung tak berpeluh. Sebelum sampai kami singgah di Subway dan tapau tuna sandwich. Harga untuk 12” sandwich agak murah, lebih kurang 26Yuan. Ini kali kedua aku makan Subway, kalau di Malaysia jangan harap sebab mahal tak logik dek akal. Lepas tu kami singgah di pejabat pos yang terletak bertentangan Subway untuk beli setem. 


jarak dari stesen Badaling ke Great Wall
Harga setem untuk sekeping poskad ialah 4.50Yuan dan harga ni standard untuk mana-mana destinasi luar negara. Kebetulan aku bawak saki-baki poskad Great Wall yang dulu so dapatlah berjimat sikit. Kat sini poskad dijual dalam kuantiti yang banyak (ada 10 keping dalam 1 bundle) dan harga untuk 1 bundle lebih kurang 10Yuan. Poskad China tak berapa cantik dan kebiasaanya gambar untuk 1 bundle poskad lebih kurang sama. Contohnya kalau beli bundle Great Wall, so 10 keping tu sume gambar Great Wall. Kalau 1 bundle tu panda, so 10 keping tu sume gambar panda, cuma lain-lain pose. Ceh!

deretan kedai dan view menarik di sepanjang jalan ke Great Wall
pastikan nampak semua landmark ni

Lepas beli setem kami teruskan perjalanan ke pintu Badaling. Maklumlah 800 meter! Kalau jalan mendatar takpe, ini mendaki. Sekali lagi aku menyumpah sebab pancit. Satu benda yang aku perhatikan, orang China kalau berjalan memang cepat. Aku tak pasti berapa laju setiap langkah per saat, tapi yang pastinya memang tak terkejar sebab laju gile.

Akhirnya kami sampai di depan pintu masuk Badaling dan terus ke kaunter tiket. Harga untuk foreigner ialah 45Yuan, boleh duduk kat dalam ni sepuas-puasnya sampai tamat waktu melawat. Dan kebetulan nasib kami agak baik sebab hari tu orang tak berapa ramai so dapatlah kami lenjan tempat ni sepuas hati. Yay!!


dari pintu gerbang ni dah tak jauh
kaunter tiket Great Wall of Badaling
keratan tiket
combine dengan poskad, perfect souvenir

Satu benda yang best pasal tiket Great Wall ni ialah ianya combine dengan poskad, so kalau nak kirim ke diri sendiri sebagai souvenir memang bagus sebab ianya unik dan lain daripada yang lain.


bersambung....
.

23 comments:

Ely Hasrul March 10, 2012 at 7:13 AM  

aah la bagus tiket bentuk poskad sbb terus leh buat kenang2an gitu. tu psl la pakcik konduktor tuh nk gelakkn korg kot sbb kalu local sure xyah lari jln kejap jek dh smpai hehe

Janggel March 10, 2012 at 7:26 AM  

terbaik!!! tiket ngan poskad!

Mie March 10, 2012 at 8:34 AM  

Kalau nak pergi ke sana kena carik musim sejuk gak ni, taklah melengas sbb banyak berjalan...

bdk2 @ John March 10, 2012 at 10:28 AM  

bukan diterjah lagi great wall. dlu aku pegi tak best sbb berkabus jek.

janggel, jom!!!

BlueEwoke March 10, 2012 at 11:50 AM  

Aku pun nk jom la jugak!!

Aku tak abis baca lagi, sibuk didapur nih..ececececeh..

dzuchan March 10, 2012 at 3:57 PM  

aku x baca lagi..tapi nak komen dulu..lama tak menyibuk kat sini kerana kerja duniawi aku tu melampaui tahap normal hehe..I'll be backkkk...dalm 2-3 jam lagi aku nyibuk lagi yey...

Fadli [www.mytravellicious.com] March 10, 2012 at 8:36 PM  

wow...menarik tiket.... i love poscard... dah send to ur adress tak? huhuhuh

m.u.l.a.n March 10, 2012 at 9:45 PM  

meronta2 i nak pi great wall ni..

tqs for sharing..!!!

NITA March 10, 2012 at 11:35 PM  

menarik pemandangan dr dalam train -- suka!! Pas tu jalan nak ke entrance pun menarik -- tapi keseksaan winter in beijing membuatkan aku serik.. baik la pegi masa cuaca sepoi2 bahasa :)

jimmy March 11, 2012 at 1:15 AM  

baca citer ko ni fatt...teruja aku nak mengembara ke China.

Ainul Arina Madhiah March 11, 2012 at 3:47 AM  

1. baru tahu tour2 ke china selalu ke kedai2 tu waktu melencong. takpelah, saya confirm takkan beli punya kalau kena pergi kedai2 tu. baik pergi melancong benda yg takyah keluar duit. hehe

2.camping tu maksudnya memang tidur situ terus ke kak fatt? huwoo. menarik!

3. lama gile tak dengar nama watson nyambek. haha..

4. Subway Jordan murah! boleh makan hari2! datang la sini. =p

5.cun idea buat tiket dan poskad. takdelah orang baling masuk tong sampah terus kalau jenis bukan kumpul tiket, =)

6. aii bestnya cina.... akk jangan lupa sambung sampai habis siri tau. ^^

Biqque March 11, 2012 at 2:06 PM  

utk sesapa nak merasa naik skylift dan turun guna tobogan slide, sila ke mutianyu ye :) amat menyeronokkan!

read here:
http://biqque.blogspot.com/2010/08/great-wall-of-china-fun-climbing.html

shah_rule March 11, 2012 at 7:53 PM  

ni yang aku suke entry ko nie~ mesti ade bende baru ko discover~ aku pun teringin dulu nak try ambik train ke badaling, tapi rupe2nye nak dapatkan bus pun susah hampir kene tipu lagi.. hahaha dan lagi satu aku tersalah sebab aku ingatkan no bas 919 tapi 919 tuh name companye mane tak semua bas no same 919.. hehe

hah aku pos ticket tuh ke rumah tapi tidak kesampaian yer.. sedih!

fatt March 12, 2012 at 12:10 AM  

ely,
aku still rasa pelik sbb kaki dorg bukanla pjg mcm omputih tapi bleh jalan laju. nak kata langkah besar2 pun tak..tapi laju. aku bkn ape, riso kalau langkah laju2 ni klu tersadung tak sempat brake ok



janggel,
tapi aku tak pos sbb sayang oii kalau tak sampai. kes naya



mie,
ye betul, pastu takleh bau hancing dgn bau org tak mandi sbb dorg ni bau hapak skit



john,
cni berkabus bkn psl ape, sbb byk kilang...gitu alkisahnya



na,
tapi ko jgn dtg musim panas..nanti jiwa sbb ramai org. psst next time aku nak bawak mee kerang plak...tunggu sume ada



dzuchan,
lama cheq kita tak bertegur sapa..aku pun bizi gila tu psl bersawang blog ni..hehe...



fadli,
tak anto sbb takut tak sampai...aku anta poskad lain tp still gmbr great wall



mulan,
beli kak...tiket murah!



nita,
tak dinafikan winter kali ni totap sejuk wlpun tak bersalji. kulit aku habis kering, dok tergaru2 mcm monyet pun ada..hehehe. yup, aku suka gile naik train ke sana sbb view cantekk



jimmy,
apa lagi??? terjah la weh!



ainul,
1. ye ainul, mmg itula agendanye...sure kena singgah merata sampai sejam lebih. kalau 1 tmpat = 1jam tak ke buang masa namanya...

2. aah...tido dlm khemah..mmg best tapi $$$ jgk le

3. kannn...apa cerita la dia skrg

4. skrg ni agak2 safe tak pegi belah2 jordan & egypt? tgh merencana ni...ainul balik bila?

5. itulah, siap ada setem 80sen lagi tu..kena tambah sikit lagi le utk genapkan 4.50Yuan

6. lai!lai!lai! skrg byk tiket murah



biq,
ayat ko skema la biq!! hahahaha

aku ni spesis gayat...agak2 safe tak skylift tu?



shahrul,
nape ko tak cuba naik train dulu? aku baru tau ada train ke sini...klu tak masa pes time lagi aku dah cuba...hampeh punya LP!! tapi mmg betul bas 919 tu mengelirukan sbb sume bas no.919...kena tengok bebetul 919 ke mana sbb bukan sume 919 yg tuju ke Badaling. sengal!

ko punye poskad tak cukup setem kot. ko tambah setem tak kasi cukup 4.50Yuan?

Biqque March 12, 2012 at 9:08 AM  

ko dah kena berdiri sambil ready tengok blakang, skali skylift tu datang, dia sauk je ko terus duk atas kusi! hahahaha! patu kaki terjuntai, ala macam nak gi main ski tu. nanti nak turun ko kena ready siap2, cecah je kaki, terus lompat lari ke tepi! hahahaha!

ha gile tak menarik camtu? kompom ko gelak sorang2! hahaha!

Lavender March 12, 2012 at 9:49 AM  

Fatt,

"Trip keretapi ke Badaling memang banyak tapi dari Badaling balik ke stesen keretapi tak kerap. Boleh jadi sebab musim sejuk (siang pendek) so trip selepas pukul 5.30pm agak kurang. Part tu nanti aku ceritakan kemudian sebab ada satu peristiwa tragis yang berlaku kat kami. Keh keh keh..."

p/s : Tak sabar nak tunggu sambungan cerite part ni.. keh-keh-keh.. Suspen giler.. hahaha

langkah kaki.. March 12, 2012 at 11:49 AM  

wahh...sgt nice view utk great wall tu.. terus mengidam nak jejak kaki ke sana. tapi not now.. tunggulh dah kerja nnati..
subway? sgt fames yerk. tp, subway msia pon x penah makan. huhu

lama gile x mengoment di sini.. ke busy an kemelandaan.. =(

jay jamil March 12, 2012 at 12:41 PM  

best gile tak ramai orang.. view pun cantek cantek kat sana...

terbaek la kalau pegi melawat tembok china masa ni.

Azizan Zolkipli March 12, 2012 at 3:02 PM  

Biqque: ehhh, sama lah kita ! saya pun ke Mutianyu juga. jauh sikit, tapi best perjalanannya sebab lalu kampung2 dengan industri pertanian & bunga-bungaan. tak dapat nak main sliding untuk turun, masa tu hujan diaorg tak benarkan atas sebab keselamatan huhuhu ...

kenderaan awam memang takde kesitu, kami kongsi duit tour guide beserta sewa bas kecil dengan pelancong lain yang sama menginap di hostel.

Fatt: Nak berkongsi cerita melalui penulisan, Wakjan takde blog pasal berkelana ni. Kalau nak tengok gambar, sudi2kan jengah di sini [http://azizanzolkipli.multiply.com/photos/album/964/China_-_Inner_Mongolia_10.07.2010_Day_2]

uMi aishah March 13, 2012 at 9:07 AM  

well done sis dpt update gak! da jd boss kekdahnye hehehe.
btw great wall ni mmg superb great kan...pnjg jer dah 6000km bayangkan la bape ribu pulak umat yg kiok time nk kene kerah dulu. mmg worth it idea mustahil pemikir2 zaman masihi dolu2...yg bestnye umat zaman skg xyah pikir smpai putus urat..sume benda dah tersedia. cuma sediakn budget n desire..there u go! u r ready to terjahhhh!!!! syukur sgt i x lahir zaman masihi,kalo x mau kene kerah bancuh simen/seret batu bata nk wat tembok tuh!

cubaan terjahan kedua yg menjadi sis...! great ah fatt hahaha

gadisBunga March 13, 2012 at 3:28 PM  

bagus jugak eh dia combine tiket dgn poskad mcm tu.

cemana aku nak gi sana nih. tgh dok kira2 cuti dgn bajet. harap2 dalam tahun ni aku boleh sampai sana.

fatt March 13, 2012 at 11:35 PM  

lavender,
aku takkan lupa kisah tu sbb gile kentang kot! klu tak kita tido sana tau mlm tu. hahaha




jie,
busy praktikal ke jie? same here...busy dgn kerja skrg tu yg slow skit. anyway, keja nti tak mustahil bleh pi mana2...doa2 mintak pak tony tak gile tetiba nak tutup route beijing plak ye...skrg ni sume unexpected




jay,
aku pun rasa waktu ni paling terbaik. cuma sejuk la skit..tapi no hal, bleh pakai baju tebal. bila lagi beb? :)




wakjan,
wah...wakjan dah sampai ke mutianyu ke? sana apa yg bestnya? wakjan jadi ke pegi tibet tahun ni? jeles T__T




umi,
banyak la ko bos! aku jadi buruh kasar ni tau...hari2 angkat kampit simen. gua dah jadi hajjah great wall, lu bila lagi? hahaha...

off topik: apecer jadi ke?




gb,
bagus...tapi aku yg tak sampai hati nak pos sbb takut tak sampai. sbnrnya sampai je tapi make sure setemnya cukup

bila ko nak pi sini gb? ko kerja keras je, patut reward dgn holiday..bodek2 skit bos tu...bleh dapat tu...confirm :)

langkah kaki.. March 15, 2012 at 12:48 AM  

praktikal? x lagik..bulan 6 baru start. insyaAllah. praktikal shah alam. =) skang bz dengan class. jadual klas macem hareeemm.. semua start kol 8 PAGI! T_T. so,7.15 dah kluar dari rumah nak elak jam. T_T makanya..mlm tido awal nak elak telajak. sob sob. dah lame x kene gini. alahai..

haha. insyaAllah. harap uncle tony x kejam nak totop or tukar route. mau nanges guling2 nnti. =D

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP