Made In China : Beijing (Part 5)

March 15, 2012

Semalam ada orang bebel kat aku sebab slow taip sambungan 1000 episod travelog China. So aku pun gigih menaip memalam buter (eh, pepagi buter) ni dengan harapan sume pembaca puas hati. Amacam, hepi tak? Hehehe. Enjoy!

****** 

Menurut sejarah, Great Wall telah dibina pada zaman Dinasti Qin hingga Dinasti Ming. Ia terbahagi kepada beberapa seksyen dan secara keseluruhannya, bahagian tembok yang paling mendapat perhatian ialah Badaling, diikuti Mutianyu, Jinshanling, Simatai, Juyongguan, Jiankou dan Huanghua. Setiap satunya ada keistimewaan tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain.

aku nampak tembok ni macam seekor naga yang menjalar

Tadi aku ada mention pasal Dinasti Qin. Tau ke sape nama maharaja zaman tu? Tak tau? Ok mai dok rapat-rapat aku nak cerita.

Maharaja Qin Shi Huang ialah maharaja China yang pertama dan pada pendapat peribadi aku beliau agak “gila-gila” (sori aku tak dapat cari term yang sesuai) sebab pada zaman beliaulah Tembok Besar China mula dibina dan bersambung-sambung ke dinasti seterusnya. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab mencipta satu bala tentera batu yang terkenal iaitu Terracotta Army. History junkie mesti tau apa tu Terracotta Army. Tak tau jugak? Ermm....kalau gitu kena tunggu sampai part aku di Xian. But roughly beliau memang genius dan kejam pada masa yang sama sebab menjadikan rakyat China sebagai buruh kasar semata-mata untuk memastikan idea gila beliau berjaya.

[source] China's first emperor, Qin Shi Huang, jadi maharaja sejak umur 13tahun


Setelah menyaksikan Terracotta Army dengan mata sendiri, aku tak nafikan ianya luar biasa atau dalam bahasa ringkasnya...gile! Katanya kubur beliau sampai sekarang tak dapat ditembus sebab ada banyak perangkap. Alaa, macam kubur Firaun le senang citer. Pastu katanya sume ahli-ahli tukang yang buat perangkap tu pun kena tanam sekali sebab taknak dorang pecah rahsia laluan masuk ke situ. Gile kejam kan? Aku sempat pegi ke tapak kubur tu tapi as mentioned before, archaeologist masih tak dapat cari jalan masuk sebab ada banyak perangkap dalam tu. So until then, it’s untouchable.

Berbalik semula pada cerita, dalam banyak-banyak seksyen di sepanjang tembok besar ni, yang paling famous sekali ialah Badaling. Ini disebabkan ia bahagian yang paling terjaga dan telah dibaikpulih untuk tujuan pelancongan. Pendek kata tembok-tembok lain lebih original sebab belum dibaikpulih dan kesan sejarah masih jelas kelihatan berbanding tembok Badaling.

Tembok Badaling dibina semasa zaman pemerintahan Maharaja Ming dan ia terbahagi kepada 2 seksyen. Sewaktu melangkah masuk melepasi pemeriksaan tiket, di sebelah kiri ialah South section dan di sebelah kanan ialah North section. Lazimnya orang akan tuju ke sebelah kanan (north section) sebab di sini ada 8 buah watch tower. Kalau mampoo, ada kudrat lebih, pegilah mendaki sampai ke watch tower ke-8 sebab kat sini ada satu monument yang paling famous yang tercatat kata-kata keramat Mao Zedong.

Sape pulak Mao Zedong ni? Owh, beliau ialah seorang komunis dan digelar sebagai Bapa Komunis China. Negara China jadi negara republik disebabkan ideologi komunis yang dibawa oleh beliau dan ini telah mengubah sistem pemerintahan di China. So kalau dapat panjat sampai ke watch tower ke-8, cuba cari monument ni sebab ayatnya boleh kasi terbako sape-sape yang tak penah panjat Great Wall.

“He who has not climbed the Great Wall is not a true man”

[source] jangan tanye sape makcik ni sebab aku pun tak kenal tapi inilah monument nya


Kalau korang dapat sampai ke watch tower ke-8 ni bolehlah eksyen skit macam makcik dalam gambar di atas sebab tower ni yang paling tinggi dan ketinggiannya bukan calang-calang ye, 888.88 meter! (wow nombor cantik. boleh tikam 4D!). Aku juga difahamkan yang ada cable car kat watch tower ke-8 ni. Bleh baca sini untuk kisah selanjutnya.

Aku? Hehehe....

Aku cuma sempat sampai ke watch tower ke-5 sebab masa tu dah nak tutup dan kena patah balik. Ini bukan alasan mengelak ye tapi tempat ni tutup so tak dapek la aku nak bergambar kat monument Mao Zedong sebagai bukti. Uhuk..uhuk..uhuk..

Berbalik pada cerita. Aku dan Intan menghabiskan masa hampir 3 jam di sini dan beredar bila waktu melawat tamat. Bila keluar dari tempat pemeriksaan tiket kami terus ke tandas untuk menyelesaikan hutang tertunggak dan menunaikan kewajipan pada Yang Esa di satu kawasan terbuka di situ. Waktu ni keadaan sekeliling mula lengang sebab dah lepas waktu melawat. Setelah selesai kami mula bergerak meninggalkan tempat ni tapi agak terkeliru sebab semua arah nampak sama, mungkin sebab hari dah mula senja. Waktu kami pening cari arah keluar tiba-tiba kami terserempak dengan sepasang couple China. Tanya lebih kurang bahasa itik-ayam, dorang suruh follow sebab katanya dorang pun nak pegi ke bus stop. Kami pun berjalan menuruni bukit dengan pasangan ni dan terserempak dengan sekumpulan student Indonesia yang belajar di Guangzhou. Berborak lebih kurang sambil turun bukit dan kami dapat tau yang dorang belajar kat salah sebuah universiti di Guangzhou dalam jurusan Bahasa Mandarin. Sekarang ni tengah semester break dan dorang datang ke Beijing untuk bercuti.

Bila sampai di parking bus kami pun berpecah dan kembali mengikut couple China tadi. Sangkaan aku tepat yang perkhidmatan bas 919 dah habis sebab takde satu makhluk yang menunggu bas di situ. Waktu tu kami mula cemas dan couple China tu pegi ke satu rumah yang terletak berhadapan bus stop 919. Sambil menunggu dorang dapatkan maklumat dari orang yang tinggal di situ, bas yang bawak rombongan student Indonesia tu bergerak meninggalkan perkarangan parking.

Keadaan sekeliling mula lengang tanpa sebijik bas dan tinggal hanya kami berdua dan couple China tu. Aku mula rasa tak sedap hati sebab hari semakin gelap. Ah sudah, kalau bas takde maknanya malam ni tido kat Great Wall ke? Gile oiii! Dahla baju tak cukup tebal, maunya mati kejung kat sini. Tapi memang tak tipu, cuaca waktu ni makin sejuk sebab temperature dah drop. Lebih kurang 5 minit kemudian couple tu datang ke arah kami dan suruh follow. Tanpa banyak soal kami berdua pun membontoti mereka ke satu arah dan yang pastinya arah ni bukanlah arah yang kami lalu tadi.

Waktu ni akulah yang jalan paling belakang sebab semput mengejar dorang. Kan sebelum ni aku kata orang China ni jalan macam kilat....hurm, memang laju sumpah tak tipu. Nak dijadikan cerita waktu ni jugaklah kaki kiri aku berdenyut-denyut kesakitan. Intan makin ke hadapan dan aku pasrah je kalau deme sume tinggalkan aku. Cuma sekali sekala aku pandang ke belakang sebab takut jugak kalau ada makhluk lain yang mengikut. Dahla sini tembok lama, banyak orang mati..., jangan buat hal oiii!

Lebih kurang 5 minit kemudian kami sampai di hujung jalan (dead end) dan di hadapan kami ada hutan kecil. Oh sudah, betul ke ni? Aku cakap pada Intan kalau deme 2 ekor nak rompak kita, meh kita bukak langkah. Keluarkan segala ilmu pertahankan diri...tak kiralah sama ada silat pulut ke, taekwondo ke, mak yong ke, janji kita boleh lawan. Ceh, kemain imaginasi aku waktu ni. Hahaha. Tapi siyes, sape-sape je akan pikir benda yang sama kalau ada dalam situasi kami.

Aku tengok couple tu masuk dalam kawasan hutan kecil berbelukar tu termasuk Intan. Aku masih lagi terpacak sebab tak yakin. Dalam terpaksa aku mengalah sebab takkan aku nak terpacak sesorang kat sini?? Sambil mulut terkumat-kamit aku berdoa moga-moga kami tak kena rompak atau sebagainya. Makin lama kami makin jauh ke dalam dan suasana pada waktu ni memang menakutkan sebab hari dah gelap. Aku berhenti di pertengahan jalan sambil tangan menggagau-gagau ke dalam kocek backpack sambil mencari torchlight. Intan menoleh ke belakang dan menyuruh aku follow secepat yang mungkin sebab couple tu dah laju ke depan. Aku cuba melajukan langkah walaupun hazab di kaki Tuhan saja yang tau. Pendek kata rasa nak potong campak ke tepi. Heh!

Akhirnya kami tiba di satu cerun bukit yang curam. Part ni paling mencabar sebab kami terpaksa mendaki cerun ini untuk ke atas. Dan yang menambahkan hazabnya kat cerun ni ada satu batang paip yang maha besar. Tuhan saja yang tau betapa semputnya aku waktu ni, dengan kaki sakit, dengan nak pegang torchlight, dengan nak mendaki....haih! Aku gagahkan diri dan dalam langkah yang penuh berhati-hati akhirnya sampai jugak aku ke atas. Pehhh, pasni boleh daki Kinabalu! Ceh.

Dan rupanya hutan kecik dan cerun bukit ni adalah jalan shortcut ke pintu masuk tembok Badaling. Pergh! Pakej lengkap Great Wall kami dapat kali ni, memang terbaiklah!

Dari sini kami berjalan ke arah bertentangan sejauh 800 meter menuju ke tempat asal masa kami datang siang tadi. Kali ni kami dah tak daya nak follow couple China tu sebab dorang jalan macam lipas kudung. Kami pun berpecah dan meneruskan langkah ke stesen keretapi dan di pertengahan jalan kami berjumpa dengan seorang pelancong India yang kebetulan nak ke sana.

Bila sampai di stesen keretapi kami berjumpa dengan sepasang pelancong India yang sama-sama menunggu keretapi ke Beijing. Waktu nak beli tiket keretapi kami dapat tau yang rupanya next trip ke Beijing akan sampai sejam kemudian. Setelah berbincang akhirnya kami dan mamat India tu amik keputusan untuk naik bas sebab taknak buang masa. Walaupun kami tak pasti pukul berapa trip bas yang seterusnya tapi kami nekad untuk cuba.

Jarak dari stesen keretapi Badaling ke perhentian bas lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Kami terpaksa menapak dalam gelap sebab di sepanjang jalan ke perhentian bas takde lampu. Torchlight aku langsung tak membantu sebab bateri yang dah kiok.

Untuk pengetahuan sume, ada 2 perhentian bas di sini, satu di tempat yang aku pegi sebelum ni (bas 919) dan lagi satu dekat dengan stesen keretapi Badaling (dah lupa bas no. berapa). Perhentian bas ni terletak di sebuah kawasan lapang dan di sini ada sebuah pondok (macam kaunter tiket bas). Kebetulan nasib kami baik sebab ada orang yang menjaga dan lepas berkomuniasi bahasa ayam-itik kami dapat maklumat yang bas seterusnya akan sampai lagi 20 minit.

Masa ni mamat India tu ajak kami berteduh dalam restoran Subway yang terletak lebih kurang 2 minit berjalan kaki sebab tak tahan sejuk tapi aku rasa itu bukanlah idea yang bagus sebab bas boleh sampai bebila masa. Tekaan aku tepat sebab bas tu sampai 10 minit lebih awal dari waktu yang dianggarkan. Sewaktu melangkah masuk ke dalam bas aku menarik nafas lega sebab akhirnya kami selamat berada dalam bas yang menuju ke Beijing (tambang 12Yuan). Suasana dalam bas agak selesa sebab ada heater yang dipasang di bahagian kaki di keliling dinding bas dan kebetulan aku duduk di seat tepi tingkap jadi dapatlah aku memanaskan badan. Sewaktu menempuh perjalanan selama sejam ke Beijing kami bertiga berborak-borak dan disebabkan kepenatan aku terlelap.

Sejam kemudian kami tiba di Deshengmen Bus Station yang terletak berhampiran stesen subway Jishuitan. Memandangkan suasana pada waktu malam yang agak mengelirukan jadi kami tak jumpa jalan ke stesen subway. Dengan bantuan seorang local yang baik hati, kami dibawa melintas jalan raya China yang gile-sebab-sume-keta-laju-macam-pelesit dan menuju ke stesen subway.

Memandangkan malam masih muda jadi aku dah Intan bercadang ke Silk Market tapi punah harapan sebab tak jumpa. Sebelum balik ke hostel kami singgah di Mc’D untuk menghilangkan penat sambil memanaskan badan dan berbincang pasal itinerary esok.

ps : gambar Great Wall refer dalam entry sebelum ni


bersambung....
.

31 comments:

syieda March 15, 2012 at 4:04 AM  

potong kaki, campak ke tepi ek? pastu jadi mcm hantu jepun ju-on tu..mengesot2 kat great wall. kekekeke.. tapi terbaik la pengalaman ni!

jimmy March 15, 2012 at 4:35 AM  

suspen btul citer ko fatt...pepun, tetap menarik.

Koqinqaremo March 15, 2012 at 8:04 AM  

paling best yang aku suke trekking dalam hutan tu...rupanya shortcut..
seriau....suspend

fatt March 15, 2012 at 8:10 AM  

syieda,
haaaa...kalau ada ju-on kat great wall aku rasa lagi ramai org nak pi sbb jadi lagi ajaib. kakakakaka..ape la weh, pakai tongkat le, takyah ngesot. hehehe




jimmy,
walaupunpun ko ubah skit ayat ni tapi aku rasa komen ko tetap sepesen dari 1 entry ke 1 entry lain. hehe




koqinkaremo,
sape sangka itu shortcut. ala2 blair witch project punye hutan pun ado

MasZuber March 15, 2012 at 8:13 AM  

lor ikot orang masuk hutan??? aku pon tak berani weh...naseb baik couple yg korang follow tue memang baik...

memacam kes pelik ada dalam doniya nie

Iza Hyun J @ paE March 15, 2012 at 8:29 AM  

suspen jek tang masuk hutan tu... mmg berani mati tuh.. huhuhuhu..

Lavender March 15, 2012 at 8:38 AM  

Fatt,

memang pakej lengkap kite ambik panjat tembok cina ni kan? hahahha...
Salute la sebab ko berjaya panjat paip besar tu walaupun kaki sakit...

sebab tu la apa yang penting masa travel ni(tambah pulak kalau travel sorang2), ikut kata hati & sentiasa berdoa memohon perlindungan dari Allah swt...

hanie March 15, 2012 at 8:42 AM  

tetibe aku terbyg hang jd antu suster ngesot. kahkahkah...

gile. kalau aku pun cuak nak mati tetibe nak ikut orang tak kenal masuk utan. hahaha

Biqque March 15, 2012 at 9:18 AM  

tu dia! aku baca macam baca buku kisah pengembaraan zaman skolah dulu2 tu! hahahaha! aku suka cite ni! sungguh mengagumkan campo lawak!

part masuk utan kena kejar cina tapi takut dikejar antu tu mmg pengalaman kaw2 kan? dari jumpa cina, jumpa india, jumpa indo, sume bangsa ada kat mesia tu...hahaha!

lagi2?!

(aku history junkie, maka aku kenal sume2 nama diatas kecuali makcik kat dpn tugu tu hahahaha!

jay jamil March 15, 2012 at 12:05 PM  

eheheh, dah macam misteri nusantara part kaple cina tu masuk hutan... an korang pun berani ikut huhu.... anyhow good to know u guys made it to the bus!

AjlaA March 15, 2012 at 12:27 PM  

since sejarah xpernah dpt A, mmg fail lah sape itu terracotta army. kalo jumpa pun dlm komik.

blog akak boleh jd sumber menarik untuk belajar sejarah peradaban dunia neh. hehe~

klynnismail March 15, 2012 at 12:39 PM  

betul, betul.. sungguh adventure.
komen cik biqque pun terbaik.
jgn berhenti di sini ye..

*menanti adventure seterusnya. (macam tgk cerita bersiri pun ada. bila tulis bersambung je, alaaaahhh)

AKO @ retna March 15, 2012 at 12:53 PM  

weii ako suspen baca tang yang ko redah hutan, daki bukit tu...
adoiyaii... klu ako kat tempat ko pun, mau pikir banyak kali nak ikot couple china tu.. tawakkal je la.

tapi pengajaran juga, jangan lepak sampai lewat kat satu2 tempat heheh :p

Anash March 15, 2012 at 1:38 PM  

Macam citer edisi khas ...
ala..buku citer zaman sekolah dulu
yang penuh misteri...dan penyiasatan...
Diary of Anne Frank..eh bukan..
enid blyton..
bukan...
bill clinton..
bukannn...bukan...
hahaha..Nancy Drew (finally)...ehhehehe...(tq biqque..)

Rozita March 15, 2012 at 2:26 PM  

Suspen betul bab menapak masuk ke hutan tu..
Bagus bagus...tak sabar nak tunggu episod seterusnya...

AndaQue March 15, 2012 at 4:20 PM  

Untuk pengetahuan semua selain naik train ke Badaling kita boleh ikut one day tour, amat mudah pergi sekitar Medan Tianneman area Mc Donald tu setiap pagi akan ada bas yang buat taur tiap hari ke Badaling dengan bayaran yang murah. Tour ni sebenarnya untuk pelancung tempatan, tapi kita boleh tumpang. Tak perlu booking sehari awal, pagi-pagi pergi aje area tu tentu ada konductor bas menjerit2 cari penumpang. Tour akan singgah kebebarapa lokasi tempat pelancungan lain. Mudah rasanya....pergi dan balik tak jadi masaalah

syieda March 15, 2012 at 5:38 PM  

ha bagus gak kalo juon pakai tongkat kat great wall, boleh buat citer seram komedi.. kekekeke
ha ..sambung..sambung lagi.. gigih ko menaip tengah malam semalam.. gigih gak aku menunggu entry ko tiap2 hari..
hwaiting fatt!

Nowwa Fitri March 15, 2012 at 5:44 PM  

wow short cut..lama aku tak jengah.Tengah marathon baca entri kau sumer ni.Busy baking wooo :)

Ninie Hanis March 15, 2012 at 6:25 PM  

peh..cemas..aku cemas..hahaha! aku boleh bayangkan hazab ko masa tu.dengan temp drop nya,oii tu hazab tu.tp alhamdulillah semua selamat.

kesian kat tukang buat perangkap tu ek.kena tanam idop2 eh?raja dia dh mati pun masih ada kuasa,gila!

CM March 15, 2012 at 8:48 PM  

Salam

Apapun kita mohon Allah menglindungi,,,tapi bestnyer cikgu kt sini dapat 1 jam jerr dulu ,,sebab ikut rombongan che kiah bershopping,,asik2 shoppping serabut perut rasanya,,,

dzuchan March 15, 2012 at 9:22 PM  

aku jeles sbb trip ko mesti full of surprise & adventure...jeles ok..JELESSS.. (tapi aku aku yang menghadapi baru tau jeles ke nyesal hohooo)

aku suka hang citer history of great wall ni..simple tapi paham..

can't wait about terracota army (aku da google, tapi 2 minit aku baca, trus aku bukak youtube )

Fatt March 16, 2012 at 6:43 PM  

maszuber,
nasib baikle dia tak rompak kami. tapi nak buat mcm mana sebab masa tu dah takde org, tinggal dorg berdua je so sebab tu kami ikut



iza,
nasib baik aku masih hidup...kalau tak mesti takde cerita ni...hahaha



lavender,
gile! aku mmg push habis sbb klu ikutkan mmg aku tak larat nak panjat...semput weh...tapi ajaib jugak camne bleh tembus ke situ. kakakaka....



hanie,
klu aku jadi suster ngesot aku cari ko dulu...hahaha. aku dah ready step taekwondo je dalam pale tau kot2 deme tu penjahat. hehehe



biq,
ni kalau budak 3org tu ada kompem aku kena kutuk berkati2...nasib baik deme tak balik dari india lagi...hahaha

itulah, dah macam 1malaysia, cuma yg bezanya sume datang dari negara origin...hahahaha

aku sahut cabaran ko biq! kang aku taip cerita sejarah versi aku, takut kome yg pitam membaca. aku mmg suka sejarah jadi tahan jelah ye...mmg episod 1000 ni..hahaha



jay,
haha...tapi hutan sana tak tebal mcm hutan kita...tapi kalau jalan time senja mmg gerun jgk..dahla kwsn tak familiar



ajlaa,
sama lah! dulu pun tak suka history...ntah camne bleh addict



klynnismail,
HAHAHA...ala jgn marah ye, mlm kang aku taip. tapi kalau nak taip sume mmg panjang citer ni...harap sabar menanti...kikikiki



ako,
pakej lengkap Great Wall aku dapat..hahaha...tapi aku rasa pglmn tu sume manis. kalau sume smooth tang mana nak jadi kenangan. tul tak?

aku pun dah serik tunggu sampai waktu melawat habis...gile punye keje

Fatt March 16, 2012 at 6:55 PM  

anash,
faveret sy buku nancy drew & enid blyton



rozita,
jgn balik lambat ya len kali..klu tak ke hutan la jawabnya



andaque,
good info! ada baca dlm LP pasal ni tapi tak penah cuba...but roughly berapa? dalam internet sy check about almost RMB100 jgk. yeke?



syieda,
aku gigih menaip weh sbb org dah ugut ni..hahaha....aku akan sambung wiken ni, insya Allah. ko dah penah sampai ke Great Wall ke syieda? klu ko dah penah sampai mesti ko tau seksanya curam2 kat slope GW tu...huhuhu T__T



nowwa,
wow makcik kayo! wei bila nak ajar aku buat kek?



ninie,
takde pilihan beb. kami tawakkal je ikut. tapi nasibla dia bawak kami ke jalan yg benar...kekekeke....

ha, part maharaja kejam tu kang aku sambung citernye dalam episod di Xian...hehe



CM,
dah lama sy tak dgr org guna perkataan "serabut perut". ni mesti org utara ni :)

ala sygnya cikgu dpt 1jam aje...sbb tmpt ni paling2 kena 3jam (max) utk return trip...sbb makin jauh makin cantik viewnya (sbb makin tinggi). len kali ripit lagi cikgu!



dzuchan,
beb, bila ko kata gini kan aku baru pasan yg kebanyakan trip aku mesti ada unfortunate event yg merapik2..hahaha....itu jam mmg pahit le, tapi pastu bleh tergelak2 klu ingt balik

nanti aku taip versi menarik punye utk terracotta army sbb aku tau sume org mengantuk bila masuk subjek sejarah. hahaha

dzuchan March 17, 2012 at 9:27 AM  

panda jauh lagi ke?...pas terracota ke sblom terracota ek panda

AndaQue March 18, 2012 at 3:27 AM  

Murah kalau nak dibandingkan dengan yang ditawarkan di budget hotel (Jinhua Hotel) tempat saya tinggal dulu.... lupa pulak berapa yang saya byr, nak kena check dalam buku catatan lah pulak ni....

jie March 19, 2012 at 1:25 PM  

dasyat la ko punya post ni. bukan je itinerary, lengkap dengan pakej sejarah asal usul lagi. tabik spring kat ko

tapi aku memang rasa ko ni memang talented bab-bab mengulas la chik.

oppsss, jie ni ex-kmm, aku baru jumpa blog ko yang ni.

gadisBunga March 20, 2012 at 9:46 AM  

ok. mmg keje gila tapi aku takleh marah ko sebab semuanya dah selamat. lagipun sapa2 pun dalam situasi ko akan buat benda yg sama kan? *ikut couple cina tu masuk hutan??

nasib baik korang berdua.

Fatt March 20, 2012 at 12:22 PM  

dzuchan,
panda jauh lagi...lepas terracotta. bertabahlah. aku bizi nak mam ni...klu boleh nak sehari 48jam baru ada masa nak taip blog. hehehe



andaque,
buku catatan sy baru hilang...hahaha...nak nangis pun ada sbb mcm2 info ada dlm tu T___T



jie,
oi mana ko jumpa blog aku?



gb,
terpaksa beb. klu tak aku tido kat GW le...mcm tpksa jgk..tawakkal jela time tu

niL March 20, 2012 at 1:15 PM  

Fatt, kalo ko tak cakap, aku duk bayangkan Great wall tu ada rumput je kat kelilingnya..

Anyway,aku suke shot seksa tepi dinding tu. Aku bayangkan ko amik shot tu dengan sebelah tangan ko pegang tangan Intan sambil tergantung kat tepi dinding!

Janggel March 21, 2012 at 7:02 PM  

misteri bebeno la sangat! weh beg manique ko aku da beli kekeke

fatt March 28, 2012 at 3:24 PM  

nil,
ko jgnla imagine sampai ke tahap gitu...tergelak aku dibuatnye. hehe...great wall ni beso...sbb tu dipanggil "great" :)

uik idokle..aku tahan badan aku sendiri tepi lubang celah dinding tu..mmg muat2 je..kalau pkai dslr tak sanggup kot nak buat gini, sebab pakai PnS aku berani le buat



janggel,
aku kan suke misteri2...hehehe...beg aku tu cantek tak? makacih daun keladi!

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP