Made In China : Beijing (Part 6)

March 24, 2012

Sori semua! Minggu ni aku bizi sangat sampai takde masa nak update. Jadi untuk menebus hutang maka aku hadiahkan bumper issue Part 6. Baca sampai muntah!

Hari Ketiga : 5 Februari 2012

Harini adalah hari terakhir aku berada di Beijing. Disebabkan aktiviti yang agak pack jadi aku plan nak terus check-out dan simpan backpack di stesen keretapi sebab malam ni aku akan bertolak ke Xian. Selepas breakfast dan menyelesaikan urusan check-out (hostel refund deposit 100Yuan), kami meninggalkan Candy Inn dan menuju ke subway Yonghegong.

Melalui perbincangan semalam, pagi ni aku dan Intan akan berpecah sebab masing-masing ada agenda sendiri. Aku akan ke Beijing West Railway Station dan dia akan ke Beijing Planning Museum. Kami menuju ke destinasi masing-masing dan berjumpa semula 2jam lagi di subway Tiananmen Xi (“Xi” bermaksud “West”).

Setibanya di stesen keretapi aku terus ke salah sebuah kedai menyimpan beg. Kedai ni dikendalikan oleh 3 orang makcik. Segala urusan berjalan dengan lancar, cuma fail part communication sebab aku tak paham ape dia cakap dan dia pun tak paham apa yang aku cakap. Caj simpan beg yang dikenakan ialah 10Yuan untuk sehari, itupun lepas membodek dalam bahasa ayam-itik.

Selepas simpan bag aku naik subway ke meeting point yang dijanjikan iaitu di stesen subway Tiananmen West. Lebih kurang 20 minit menunggu kelibat Intan pun muncul. Kami menuju ke Forbidden City yang terletak bertentangan dengan Tiananmen Square. Aku tak bercadang ke Tiananmen Square sebab penah ke sini dulu. Tempat ni lebih kurang macam Dataran Merdeka+Tugu Negara dan di sini ada Monument to the People's HeroesGreat Hall of Peoplemausoleum of Mao Zedong dan sebagainya. 

Tiananmen Square juga merupakan dataran ketiga yang terbesar di dunia dan pada tahun 1976 tempat ini menjadi tumpuan jutaan penduduk China yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Mao Zedong. Kalau berpeluang, datanglah seawal pagi atau lewat petang sebab ada upacara menaikkan/menurunkan bendera dan perbarisan askar.

Selingan : Aku perhatikan orang China suka melawat tempat-tempat bersejarah mereka dan boleh dikatakan pengunjung tempatan lebih ramai daripada pelancong. Tak dinafikan penduduk China ramai tapi sikap ini patut kita contohi.

Pada zaman dahulu, Forbidden City merupakan tempat tinggal kerabat diraja selama 500 tahun selama dua dinasti iaitu Ming dan Qing. Kompleks ini merupakan salah sebuah tapak warisan UNESCO dan ia dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap satunya dipisahkan oleh pintu gerbang yang besar.

[source] map Forbidden City

Pintu gerbang pertama dipanggil Gate of Heavenly Peace dan di sini tergantung potret besar Mao Zedong (boleh nampak dari luar).

potret Mao Zedong di pintu gerbang pertama
Gate of Heavenly Peace
oi lu curi-curi tido ke? 

Pintu gerbang kedua ialah Duan Gate. Di sebelah kirinya terletak Zhongshan Park dan di sebelah kanan ialah Workers Cultural Place dan beberapa buah dewan. Access dari pintu pertama hingga ke pintu kedua percuma tapi pintu ketiga kena bayar sebab masuk dalam kawasan istana.

ruang antara pintu gerbang pertama dan kedua

Entrance fee ke kawasan istana dikenakan bayaran sebanyak 40Yuan. Kaunter tiket terletak di sebelah kanan sebelum pintu masuk dan perkhidmatan audio guide boleh disewa dengan caj 40Yuan.

pintu gerbang ketiga ke kawasan istana
kaunter tiket di luar pintu masuk
opening hours
entrance ticket 40Yuan
Sewaktu melangkah masuk ke dalam kawasan Forbidden City melalui pintu gerbang ketiga dan keempat iaitu Meridian Gate dan Gate of Supreme Harmony kita akan melalui sebuah jambatan (ada 5 buah jambatan kesemuanya) yang merentasi sungai berbentuk “bow” (alat memanah).

salah satu di antara 5 jambatan. nampak tak sungai ni beku?

Bangunan pertama yang terletak berhadapan sungai ialah Hall of Supreme Harmony. Dewan ini yang paling besar dan paling penting sebab di sinilah terletaknya singgahsana diraja dan banyak upacara kebesaran berlangsung di sini.

Hall of Supreme Harmony
singgahsana
orang ramai berebut nak amik gambar 
periuk rebus orang, eh tak, rebus air!
kalau musim sejuk, air dalam periuk ni akan dipanaskan dengan kayu api
benda ni ada beratus-ratus dalam kawasan istana. berfungsi memadamkan api semasa kebakaran

Kalau nak tau, zaman dulu kala periuk belanga ni gunanya untuk menadah air sebagai persiapan jika berlaku kebakaran. Bila musim sejuk, air dalam periuk akan beku maka kayu api akan sentiasa di bakar untuk memanaskan air di dalamnya. Zaman dulu mana ada bomba, so kira canggih la sebab bleh cipta satu teknik memadamkan api. Tak silap aku ada beratus-ratus buah periuk ni dalam kawasan istana. Wow!

berapa banyak dewan daaa???
ukiran naga pada bingkai pintu dan tingkap

Disebabkan masa yang suntuk jadi kami beredar dari Forbidden City dan menuju ke destinasi yang seterusnya. Peminat sejarah dan kaji bangunan dinasihatkan supaya memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 2jam untuk explore sebab tempat ni terlalu besar. Dari sini ke pintu depan ada 2 option; (1) naik shuttle tambang 1Yuan atau (2) berjalan kaki. Pada pendapat aku option (2) lebih menarik sebab boleh jalan tepi tasik sambil amik gambar (10-15minit paling slow). Waktu aku pegi ni tasik jadi beku sebab terlalu sejuk, tasik kat Summer Palace pun beku dan jadi port ice skating.

tasik beku
buang sampah merata. takde sivik!
ramai orang amik option berjalan kaki sebab nak layan view tepi tasik
lagi cantik kalau waktu spring 

Dari stesen Tiananmen West kami menuju ke Caishikou (line 4) untuk ke Niu Jie Mosque. Sewaktu artikel ini ditulis, line subway yang menghubungkan Niu Jie (line 7) masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap tahun ini. Oleh kerana stesen subway Caishikou tak terletak di Niu Jie (tapi so far paling hampir), jadi kami terpaksa naik teksi. Di sini teksi menggunakan meter jadi tak perlu risau kena ketuk. Tambang teksi dari subway Caishikou ke Niu Jie tak sampai 10Yuan, kira okla kan?  

Kami turun di persimpangan jalan berhampiran Niu Jie Muslim Supermarket yang terletak di sebelah kanan jalanraya. Di luar supermarket ada ramai orang beratur dan intai punya intai, rupa-rupanya dorang beratur sebab nak beli kuih. Kami pun join beratur sebab nak cuba dan bila sampai turn aku sebut, “Yat! Yat! Yat! Yat!” (Satu! Satu! Satu! Satu!) dan harga untuk 4 jenis kuih lebih kurang 6Yuan, agak murah la jugak.

jual kuih melalui tingkap

Kami tersenyum lebar setelah berjaya membeli kuih yang belum pasti rasanya. Tapi aku yakin kuih ni sedap sebab crowd ramai. Bila test kesemuanya aku rasa kuih pau daging dan murtabak kucai+telur yang paling sedap. Highly recommended! Aku yakin benda ni halal sebab yang buatnya muslim.

kuih inti kucai+telur. mabeles!!
pau inti daging. pun mabeles!

Sambil makan dan berjalan kami cuba mencari restoran halal berhadapan masjid tapi tutup. Kami berpatah semula ke Niu Jie Supermarket dan entah macam mana ternampak signboard Niu Jie Muslim Food Court. Tempat ni agak tersembunyi dan terletak di tingkat atas bangunan supermarket.

pintu masuk ke Niu Jie muslim food court
Niu Jie Muslim Food Court
lai! lai! lai!
banyak kedai boleh pilih
tray bagai macam kantin asrama
 
Konsep makan di sini lebih kurang sama macam food court di Malaysia. Selection banyak tapi lebih kurang sama. Aku pilih makanan berat sebab dah 3 hari makan cincai. Harga nasi putih, lauk daging masak lada kicap dan telur bistik cuma 12Yuan. Pada aku agak murah, lagipun makanan kat Beijing mahal. Portion pun banyak sampai takde space nak sumbat. 

Bila dah kenyang kami pegi ke Niu Jie Mosque untuk menunaikan solat. Niu Jie Mosque yang terletak di seberang jalan ini merupakan sebuah masjid yang tertua di Beijing. Tempat ini sentiasa menerima kunjungan pelancong, bukan saja muslim tapi dari pelbagai latar belakang agama. Tempat ini juga popular di kalangan pelancong Malaysia dan kalau ke Beijing pastikan singgah ke sini dan solat di dalamnya.

dewan solat wanita
bahagian dalam dewan solat wanita (gambar masa tahun 2010)
dalam dewan solat lelaki (gambar masa tahun 2010)

Apa yang menarik tentang Niu Jie Mosque ialah selain menjadi masjid yang tertua di Beijing, seni bina masjid ini banyak dipengaruhi oleh tamadun China. Masjid ni juga agak berbeza kerana ruang solat lelaki dan perempuan diletakkan di bangunan yang berasingan. 

Selesai solat kami naik teksi ke subway Caishikou dan terus ke Yong’Anli (line 1) untuk Silk Market. Semalam kami tak sempat ke sini sebab Silk Market tutup pukul 9mlm. Tempat ni terletak betul-betul di luar stesen subway jadi tak perlu menapak jauh. Aku cuma beli sehelai t-shirt dan 2-3 ketul fridge magnet. Harga sehelai tshirt (selepas bargain dapat 20Yuan) dan seketul magnet 5Yuan (dalam Silk Market mahal, nak murah beli kat kedai dalam subway Yong’anli).

Sebenarnya Silk Market ni bukanlah tempat menjual silk semata-mata sebab banyak barangan "Made In China" boleh didapati di sini contohnya handbag dan pakaian berjenama tiruan. Pendek kata tempat ni lebih kurang macam Petaling Street, takpun Uptown, takde satu pun yang asli. Harganya pun memang nak semelih hidup-hidup, tapi kalau betul-betul nak beli kena bargain sampai 80% off dan bila success make sure amik, kalau tak terimalah makian berbakul-bakul. Kain sutera pulak rasanya cantik lagi kat Terengganu sebab kat sini kainnya jual ikut meter, so chances nak pakai baju yang sama dengan orang lain tu tinggi (btw ramai Malaysian shopping kat sini, chances memang ada!). So tak payahla beli...unless nak beli souvenir tu ok, itupun kena bargain sehabisnya. 

Intan ikut sama menghantar aku ke stesen keretapi walau berkali-kali aku menolak. Aku rasa bersalah dan risau sebab hari dah lewat malam untuk dia balik ke hostel sendirian. Lagipun esok dia akan balik ke Malaysia, jadi mesti nak packing barang malam ni. Walau bagaimanapun aku nak ucapkan terima kasih di atas hospitality yang diberikan! (^_^)

Sebenarnya aku rasa kunjungan ke Beijing kali ni agak berbeza dari yang sebelumnya dan yang paling penting, misi peribadi aku untuk mencipta jejak baru di Great Wall dah terlaksana. Syukur alhamdulillah.

dalam Beijing West Railway Station
plaform keretapi
Beijing West -> Xian

Kami bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal di hadapan pintu masuk stesen keretapi. Aku berjalan ke arah pintu pemeriksaan dan dalam sekelip berada dalam perut stesen keretapi. Aku menoleh semula ke belakang dan melambai ke arah Intan, tapi aku tak pasti dia nampak ke tak sebab jauh.

Alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar dan aku menuju ke coach yang di tetapkan dan menyimpan backpack di ruang katil bawah. Masa ni aku tengok katil bawah jadi port melepak sebab semua orang tumpang duduk. Fuh, itu pasal aku tak nak beli katil bawah sebab jadi wakaf. Setel simpan beg aku terus panjat ke katil (middle berth) dan landing.

Huh, memang empuk sungguh tilam ni, kalah Vono! (read: rasa macam baring atas lantai!). Aku rasa katil KTMB lagi empuk dan spacious.

Keretapi bertolak meninggalkan stesen kereapi tepat jam 8.48pm dan dijangka tiba di Xian 12 jam kemudian. Kat sini keretapi jalan on time, sampai pun on time. Sangat punctual! Sambil menunggu mata terlelap aku menulis catatan dalam buku nota. Suhu dalam cabin agak selesa sebab ada centralized heater jadi sesejuk manapun keadaan di luar, kat dalam ni takkan rasa.

tiket keretapi Beijing West -> Xian
view dari dalam cabin triple decker
lepas lampu dipadamkan

Pengalaman menaiki sleeper train di China sebenarnya menarik cuma harga tiket yang terlalu mahal tapi secara overall aku berpuas hati sebab punctual. Walaupun keretapi ni laju tapi langsung tak rasa gegar so kalau tido di upper atau middle berth pun tak jadi masalah.

Esok pagi aku akan sampai ke Xian. Rasa macam dah tak sabar nak tengok Terracotta Army!

bersambung....
.

29 comments:

SUE March 24, 2012 at 7:04 AM  

x sabar nk baca ntry terracota army,,,

Fadhilah Maarif March 24, 2012 at 8:07 AM  

selalu singgah, tapi tak pernah coment..seronok baca pengalaman awak nie...

nanie March 24, 2012 at 9:39 AM  

bez nye......biasa berapa kos klo cuti mcm ni?

zila March 24, 2012 at 9:49 AM  

Best!!!!!

Kalo spring dlm bulan apa ek??

Ely Hasrul March 24, 2012 at 11:44 AM  

kalu aku kan sure bli kuih tu bebyk haha aku xtau la ngapa somehow kalu berjalan aku bertambah kuat mkn, kalu dh nama nk pg tmpt lain dlm kete sure kena ade makanan dasar pelahap betol haha

aku pong xsabo nk tunggu xian nih

Biqque March 24, 2012 at 12:04 PM  

ha local pun ramai yg melancong sbb china besar kan? tah dtg dari mana2 siap skirt renda2 sume pun ada :) tapi bagus la duit mengalir ke dalam negara sendri...(bukan cam kita kah? hahaha)

guard curi2 tido? hahahaha! buduh! jahat ko...katup mata kejap sbb matahari nala punya depan2 kan...hahaha!

sedap jer tgk orang pakai baju tebal2...aku dulu peluh menitik2! buduh tul...

masa aku tgk periuk tu aku dah nganga...camne la nak padamkan api kan? bagi jatuh patu air tak sampai2 hahaha!

ko pegang tak kayu2 merah kat sana??? (ye, aku pegang) aku dpt tau cat tu dicampur darah babi...blasahhhh...

huyo! tasik tu beku!! gile lah...besar tu!

senang la jumpa muslim nyer tempat makan...kitorang blasah roti ngan serunding jer :D

kalah tilam vono hahaha! teringat cite ko...

ok, terracota army pleaseeeeeeeeee!

shah_rule March 24, 2012 at 1:42 PM  

semua benda kat Beijing sangat murah kan~ best g sane, best la ko dpt repeat lagik sekali.. hehe aku pun teringin nk tengok great wall tapi in different season, harap next time nak pergi time bersalji..

aku pun ambik hard sleep bed jugak aritu, tapi berpandu dalam gamba, aku rasa train yg aku naik tuh cam lagi azab je.. light off die tutup sume lampu sampai tak nampak pape. scary, aku terbayang je kalo ade orang tetiba gila bawak parang kan dalam tuh.. mana tau~ hish

dzuchan March 24, 2012 at 1:52 PM  

forbidden city tu sungguh wow...aku kan suke tgk citer kungfu cina..
sebijik cm citer2 diorang...
kagum gilaa...

kemang~ March 24, 2012 at 2:49 PM  

Kakakaka,tak sabo nak tunggu turn aku pulak. seksa weh menunggu!

Lavender March 24, 2012 at 3:26 PM  

Fatt,

aku nak ucap "sama-sama" kat ko.. hahaha

jay jamil March 24, 2012 at 8:09 PM  

suka sangat gambar masjid tu...tak penah tengok, really amazing!

Rozita March 24, 2012 at 10:02 PM  

Best best baca pasal forbidden city nih. xsabar nak baca pasal terracotta army..

dekdaa March 24, 2012 at 11:49 PM  

tak baik ko pitenah dia tido.. dia tahan mata dari silau tu hihi berbaik sangkeee!

Haaa berapa mahal harga sleeper train tu?

Emy Tak Kecik March 24, 2012 at 11:51 PM  

xsabar nak tawan beijing tahun depan :D

mmg blog ko jadi rujukan!

AndaQue March 25, 2012 at 12:15 AM  

Kalau larat kita boleh berjalan aje dari Tiananmen ke Niu Jie Mosque. Macam2 yang boleh kita lihat ketika berjalan tu. Pernah kah awak ke Natural History Museam? Tak jauh jugak dari Tiananmen Square tu, kalau jalan penat jugak lah, tak jauh dg Temple of Heaven. Kat Natural History Musuem kita boleh lihat mayat2 manusia yang dilapah dan diawet untuk dipamerkan termasuk alat kelamin lelaki dan wanita. Kepala yang ditebuk nampak otak dan bayi dalam balang antara yang dipemerkan.

Saya juga sama mcm awak tak akan pilih katil yang bawah dalam train kerana memang akan semua akan tumpang duduk. Saya prefer tingkat yang paling atas, lebih murah dan lebih privesi kan...

Anash March 26, 2012 at 1:20 PM  

wow
sungai jadi ais?
akak pergi time hujjjaaannn
waaaa....
tapi nice,kan kat sana..
terracotta plak..akak tunggu

fatt March 27, 2012 at 1:40 AM  

sue,
insya Allah minggu ni..bz skit skrg



fadhilah,
sama2...terima kasih sbb slalu singgah. minat travel jgk ke?



nanie,
tak lebih dari rm700 utk 7hari. tapi sy travel cara budget je



zila,
spring dalam bulan 3-5 kot..dia lebih kurang mcm Europe



ely,
aku saja beli sikit2 sbb nak cuba dulu tapi lepas mkn berat tu dah tak bleh nak sumbat. tapi kuih pau & kucai tu mmg sodap! bila jln mmg cpt lapar sbb byk guna tenaga..biasala tu..klu drive plak mmg kena ada mknan sbb takmo ngantuk..hehehe



biq,
pjg siot ko komen...

pegang kayu merah? aku tak pegang sbb takut byk bakteria..hahaha..dahla dorg membuang tak basuh guna air...but siyeslyy cat tu campur darah?? omaiii...

yg askar tu aku sah dia tutup mata tau. mentang2 sepet! hahaha

aku syak dia cebuk guna gayung pun tak sempat nak padamkan api...tapi sempat ke? hehehe...

aritu ko pegi ke niu jie mosque tak? sana byk gile makanan halal...aku rasa nyesal beli pau tu skit..huhu...

aku bkn takmo travel dlm mesia..tp kdg2 lebih costly...cthnya naik kinabalu...erghh...hangin! local pun kena caj mcm foreginer



shahrul,
uik train ko amik tu rupa camne? dah taip entry tu belom? aku tak sempat b/walking lagi ni...

aku takut tido bwh sbb takut kena harrass..time tido mati tu mana sedar. tapi tido atas mmg rasa confident skit...ko dok berth mid ke upper? tp mmg gelap gelita ke coach ko? ko pasan tak ada lampu kecik utk setiap berth? aku naik kali kedua aritu baru pasan..hehehe

china mmg best, byk benda murah tp part ketapi, mmg mahaiii...aku rasa klu ko nak rasa musim salji ko kena dtg bln 1 time peak gitu baru ada salji

Ainul Arina Madhiah March 27, 2012 at 4:57 AM  

owh.owh.owh. saya punya timbangan berat hati sudah kembali senget untuk ke sana. eh, tapi bukan china pun. saya nak gi taiwan. tengah timbang2 lagi nih. nak pgi ke tak. nak pegi ke tak...

akak, tak main ski ke tgh sungai2 beku tu? baru best! main hoki ke.. hehe

Ainul Arina Madhiah March 27, 2012 at 5:12 AM  

cop.cop. tambahan komen sebab baru baca akak punya reply kat entry lepas.

egypt saya tak jamin sangat. setakat ni dgr mcm ok je. tapi still suam2 kuku. sy ada plan nak gi sana cuti raya haji nih. nak join? hehe..

kalau jordan plak, so far setakat ni mmg takde masalah sangat pun. alhamdulillah saya masih maintain selamat jalan2 pegi mana2 dengan kawan2 lepak2 ok je. don't worry. jordan is one of the safest country in middle east. insyallah~ meh la datang. nak gak buat perjumpaan travelhollic kat sini. haha. demand giler. =p

ainul grad june 2013. tahun depan la kiranya. akak ada masa 1 tahun setengah lagi untuk merencana. lailailai... kalau nak lagi best sket, actually winter tahun depan (area january 2013) adik ainul datang jordan gak nak jalan2. tapi dia maybe sorang kot. ainul plan kalau ada tambahan sorang dua lagi sapa-sapa, boleh bawak naik kereta terus, jimat sket. kalau akak nak datang time ni pun, best gak. ^_^

p/s: ainul balik cuti kejap june - ogos nih. yeay!

kak mah March 27, 2012 at 9:11 AM  

Nak tanya sikit,awak pergi dengan pakej ke?

zafyzamry March 27, 2012 at 9:42 AM  

Salam Fatt,
Zafy here,penah antar email kat u psal my Beijing trip...Hopefully entry2 ni leh abis before my trip this coming May.And nak jgak g Xian nak tgok Terracotta Warriors tu,hopefully sempat sbab g 6 ari jek.Next entry please :)

norh March 28, 2012 at 12:23 PM  

700 tu skali dgn flight ke tak?

fatt March 28, 2012 at 2:49 PM  

dzuchan,
mmg sama sebijik sebijun. aku rasa besar dia mcm 10 padang bola..besar gile...



kemang,
jgn burn sudah!



lavender,
"sama2 kembali" sbb bersusah payah mengejar train ke beijing..hehehe



jay jamil,
masjid kat sini unik sbb sume bentuk pagoda. kalau ada peluang ke Beijing nanti jgn lupa singgah ye



rozita,
rasa cam Terracotta Army tu kena buat byk episod sbb byk benda nak stori



dekdaa,
aku rasa dia dah lama berlatih tido berdiri..hehehe...tp kalau dorg ni tutup mata pun org tak pasan sbb sepet!

aku amik middle berth ni almost rm150 jgk..mahai tak?



emy,
mcm pantun la ayat ko ni sbb synchronize..hehehe



andaque,
uih tak dapek la hambo nak berjalan sbb masa ni tgh kejar waktu sbb mlm tu nak ke train station lagi. history museum sy tak penah lagi pegi, tp kalau kata kat sana ada mayat2 rasanya lagi tak sanggup, takut terbayang2 pule.

dulu sy penah cuba katil paling atas tapi rasa mcm lagi sempit compared dgn middle berth. kdg2 rasa nak amik katil paling bawah tp klu travel dgn kawan mgkin okla kot..bleh dok selang2



anash,
apa lagi kak anash?? ripitla! akak pi time bila yg hujan lebat tu?

fatt March 28, 2012 at 3:21 PM  

ainul,
taiwan ada ape? best ke? share la apa yg menarik psl taiwan. clueless ni

kali ni takde main ski...bajet ke laut...hahahaha

jordan mcm menarik. bajet berjalan ke mana? pusing2 dlm jordan ke masuk eqypt sekali? kalau ada airline yg murah mebi bleh dipertimbangkan. tp mmg teringin sgt nak tgk pyramid...iskk

ainul, balik nak posa & beraya dgn family ke? lama tu cuti..best :)



kak mah,
tak. sy tak penah pegi berjalan ke mana2 dgn pakej kecuali umrah..sume trip ni sy buat sendiri



zafyzamry,
wsalam...hai zafy! rasa mcm ingt jgk...lama dah kan? belum pegi lagi ke? entry Beijing dah habis..ni la endingnya...hehe...pasni masuk part di Xian pulak. tgh dlm proses menaip..myself busy sgt skrg. anyway bila trip?



galak jalan,
wah eiffel tower!



norh,
semestinya tidak sbb flight je dah 500++...klu tolak tinggal 200...tak logik..yg 700 ni ground expenses utk 9hari utk 3 tempat. bajet kan?

Basil Hibiscus November 2, 2012 at 12:14 AM  

nice experience!

which season is preferable?
winter or summer? coz i only have semester break on these seasons..

first time melawat blog ni. salam perkenalan :)


jemput baca blog kami juga: www.basil-hibiscus.blogspot.com :)

Fatt November 2, 2012 at 1:31 PM  

basil,
salam ukhwah!

klu utk option yg awk bagi ni sume sy tak suka..sy lagi suka time spring & autumn...

reason : (winter) siang pendek, (summer) lagi panas dr mesia

tapi lebih baik sejuk dari panas. hehehe

ong gedek gedek November 3, 2012 at 10:00 PM  

sumpah besar gila forbidden city ni sampai aku rasa mcm nak menangis sbb x sampai2 pintu exit! (bila org tua perasan muda..huhu)..tapi betulla ko ckp.local tourist lg ramai daripada foreign tourist!dah la masa aku pegi terkena plak sama ngan cuti hari pekerja.ya ampun...ramai gile sampai ahjumma ni dah rimas semacam dan rasa mcm nak kuar cecepat dari situ..

cop!aku nmpk signboard niu jie muslim food place, tapi aku x jumpe pun tempatnya masa tu!terpaksa masuk market beli roti..huhu

*tak bleh bayang ko jalan masa winter..kalo aku dah nangis kot sbb sejuk sgt..*

Nurramizah fadzil December 29, 2013 at 1:39 AM  

bestt jugak beijing ni kan...

www.hasyanaurah.com

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP