Made In China : Xian (Part 1)

April 09, 2012

*sambungan dari travelog Beijing

Hari Keempat : 6 Februari 2012

Mimpi aku terbantut dek suara manusia yang berborak-borak. Bagus gak dorang bising sebab malam tadi aku lupa nak kunci jam. Ada masa lebih kurang setengah jam sebelum keretapi sampai di Xian, sempat lagi kalau nak setting mana-mana yang serabai.

Keretapi China memang bagus sebab selain air panas free, sinki dan cermin besar juga disediakan bagi memudahkan penumpang mencuci muka dan menggosok gigi. Takde tempat mandi untuk coach ni, kalau nak private toilet amik cabin 4 berths, tapi harganya lebih mahal.

Penantian selama 12 jam pun berakhir bila keretapi yang aku naiki tiba di Xian. Waktu menunjukkan pukul 7.40pg dan cuaca di sini sangat sejuk sampaikan berlapis-lapis baju yang aku pakai langsung tak memberi kesan.

platform stesen keretapi Xian
plaque perjalanan ditukar bila tiba di stesen yang terakhir

Dari pintu ketibaan aku terus ke tempat menjual tiket yang terletak di sebelah kanan bangunan stesen keretapi. Walaupun tarikh berangkat ke Chengdu lagi 2 hari tapi urusan tiket tak boleh dilengahkan sebab laluan ni "panas". Waktu ni aku tak tau nak tuju ke kaunter mana sebab semuanya dalam tulisan Cina. Oleh kerana setiap kaunter dipisahkan dengan sebuah cermin maka di setiap kaunter ada mikrofon kecil untuk pembeli dan penjual tiket berurusan. Nasib aku baik sebab terdengar perbualan di antara penjual tiket dengan seorang pembeli dalam bahasa Inggeris. Sewaktu nak beratur dalam barisan tiba-tiba pompuan yang menjual tiket tu berperang mulut dengan pembeli yang lain. Air mukanya berubah macam singa kelaparan. Nasib baik dia duduk dalam kandang, kalau tak mesti ada yang kena baham. Perut aku terasa kecut dan disebabkan insiden itu aku membatalkan niat untuk beratur. Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Rupa-rupanya call dari pihak hostel. Dorang tanya kat mana lokasi aku sebab tak jumpa.

Tak lama kemudian muncul seorang perempuan dengan sehelai kertas yang terpampang nama aku. Alamak, malunya! Isk takleh jadi. Kalau tak angkat tangan lagi lama dia pegang kertas tu. Aku terus mendekati pompuan tu dan tanya adakah dia wakil dari Han Tang Inn. Kami berjabat tangan dan dia memperkenalkan dirinya sebagai Angel. Wah, macam tau-tau je aku tengah perlukan bantuan tetiba datang malaikat. Angel, you are my savior! Keh keh keh.

Aku explain pada Angel masalah aku dan tanpa banyak soal dia terus ke kaunter tiket. Walaupun aku bersama "malaikat" tapi nasib aku agak malang sebab semua sleepers habis dijual. Yang tinggal cuma tempat duduk biasa dan kalau aku sanggup, boleh delay perjalanan sampai hari ke-3 tapi itu bukanlah option yang terbaik sebab aku kesuntukan masa. Oleh kerana tak sanggup menunggu sampai hari ke-3 maka aku amik keputusan untuk beli hard seat sebab soft seat lebih mahal berganda-ganda. Walaupun tak sanggup berkematu bontot selama 15 jam tapi risiko ini terpaksa diambil. Aku pikir pengalaman 17jam dalam keretapi kelas ketiga Hadyai-Bangkok setahun yang lalu dah cukup, tapi nampaknya sejarah bakal berulang.

tiket keretapi sehala Xian - Chengdu, 113Yuan (hard seat)

Selesai urusan tiket kami ke kawasan parking dan turut bersama waktu tu ialah seorang driver (mungkin staff hostel jugak). Perjalanan dari stesen keretapi ke hostel memakan masa lebih kurang 10 minit dan di sepanjang perjalanan kami berborak-borak tentang tempat menarik di Xian. Angel menanyakan apakah aktiviti aku untuk harini dan jawapan aku ialah, "Errr...maybe get back to sleep?". Dia tergelak dan mencadangkan aku supaya ke Terracotta Army sebab hari  masih awal. Sebenarnya mata aku masih rabak sebab tak cukup tido tapi mungkin lepas mandi boleh jadi segar?

lorong kecil di hadapan hostel
Han Tang Inn

Di Xian aku memilih untuk tinggal di Han Tang Inn sebab hostel ni dapat review yang baik dari HostelWorld dan HostelBookers. Selain dari itu, faktor lokasi dan kemudahan yang disediakan juga menarik perhatian aku. Urusan booking dibuat melalui HostelBookers sehari sebelum bertolak ke sini. Aku rasa hostel ni yang terbaik di antara kesemua hostel yang penah aku menginap semasa di China. Warm hospitality, bilik yang selesa dan tilam & bantal empuk, toilet bersih. Sangat berbaloi untuk 40Yuan semalam. Highly recommeded!

Selain Han Tang Inn, ada sebuah lagi hostel yang bagus iaitu Han Tang House. Kedua-dua hostel ni adalah di bawah pengurusan yang sama dan terletak berdekatan di antara satu sama lain. Aku menginap selama 2 malam disini dan rate penginapan selama 1 malam untuk dorm cuma 40Yuan (RM20) termasuk deposit 100Yuan.

dekorasi yang menarik. dihiasi bendera dan lukisan dari guest yang penah menginap di sini
internet 10Yuan = 20 minit

Sewaktu hulurkan duit untuk pembayaran beberapa keping duit syiling turut terselit dan jatuh. Sambil mengutip duit syiling yang bertaburan Angel bertanya pada aku apa maksud objek di belakang syiling 10sen? Dengan selamba aku kata, "Jangan pandang belakang congkak!". Eh tak, aku cakap ini ialah C.O.N.G.K.A.K, sejenis permainan tradisional di Malaysia. Aku bagitau yang setiap gambar di belakang duit syiling adalah berbeza. Aku kata pada Angel kalau suka dia boleh simpan sebab ada berdozen lagi dalam beg aku. Insya Allah aku akan cari lagi syiling berlainan amaun dan hadiahkan kepadanya sebelum check-out.

Dia nampak teruja dan mengucapkan terima kasih kepada aku. Katanya lagi dia suka menyimpan duit syiling dari pelbagai negara dan itulah syiling pertama yang dia dapat dari Malaysia. Tetiba aku rasa macam duta Malaysia pulak....eceh, perasan! Selesai urusan check-in kami pun berpisah sebab dia bukan staff hostel ni (dia staff hostel Han Tang House). Dia mengajak aku join hostel tour ke muzium lusa nanti tapi aku hanya menganggukkan kepala dan bagitau yang aku akan confirmkan kemudian.

Aku naik ke tingkat 1 dan mencari dorm yang dimaksudkan. Dorm aku terletak di hujung koridor dan sewaktu melangkah masuk ke dorm 6 katil itu aku disapa oleh seorang roomate dari Melbourne, Australia. Namanya aku dah lupa tapi ceritanya aku tak lupa. Kami berkenalan secara ringkas dan katanya dia ke sini sebab cuti sekolah musim panas (owh budak sekolah ghupenye) dan dia baru sampai dari Tibet semalam. Wow! Tibet! Dengki. Ceritanya memang menarik tapi aku malas nak taip sebab ia akan membuatkan aku terbako.

hallway depan dorm. macam hotel kan?

Aku sangat suka layout dan ambiance bilik ni. Setiap katil ada individual reading lamp dan individual socket untuk mengecas bateri/laptop dan sebagainya. Bilik ini juga dilengkapi heater yang melekap di dinding (rujuk gambar), meja tulis, individual locker (jangan lupa bawak padlock sendiri) dan toilet en-suite. Dalam bilik ni jugak ada access wifi so kalau bawak laptop atau gadget bolehla guna. Being in countless hostel, aku berani cakap yang hostel di kebanyakan negara Asia saja yang berani bagi free wifi kat guest, unlike hostels kat negara mat saleh.

my sanctuary. yepp, aku suka sepahkan barang atas katil sebagai tanda katil ni berpenghuni
cosy aite!
individual locker. jangan lupa bawak padlock!

Tak lama lepas tu roomate aku pun keluar sebab dia ikut tour hostel ke Terracotta Army (tak silap aku 180-200Yuan seorang, which is pricey). Tinggallah aku sendirian dalam bilik dan disebabkan waktu ni low season, maka hanya kami berdua yang conquer bilik ni...yahoo! Tanpa membuang masa aku segera membersihkan diri dan bersarapan sebelum mengambil keputusan untuk ke Terracotta Army jugak. Rugi kalau tangguh, lagipun cuaca harini cantik!

bersambung....


ps : sori ye sebab lama bebeno tak update. ni bukan cd rosak tapi cerita belum habis lagi. hehehe
.

34 comments:

Jimmy April 9, 2012 at 1:01 AM  

rate agak murah...ada breakfast ke kat hostel tu fatt...kira bayar siap dgn breakfast sekali.

BlueEwoke April 9, 2012 at 7:23 AM  

Hahahaha cd rosak? Setelah sekian lama, baru ada update..jenuhhhhh..

Syok betul bila baca harga hostel dlm RM20 je sehari.. Aku dapat bayangkan betapa byknya duit boleh save kalau ke china nih heheheh..

Ha cepat entry Terracota army tu..panjang dah janggut aku tunggu ko nk taip huhhhh

fatt April 9, 2012 at 9:21 AM  

jimmy,
takde. tapi ada free flow air panas, oso complimentary brew coffee. aku rasa rate ni okla bcoz hostel ni sgt best




na,
aku dah malas nak blogging la na. tu pasal slow je menaip...aku tengah usahakan part Terracotta Army ni...fuh!fuh!fuh!

btw sbb tu aku bleh spend $600 utk trip ni sbb accom aku sume below $25 semalam. cuma part makan a bit pricey tapi overall ok.

AKO @ retna April 9, 2012 at 10:17 AM  

fatt,

ako sudah mencuba hidup dengan golongan backpackers sepanjang pengembaraan ako ke NZ tempoh hari..

WOW, ada yang OK dan ada yg K.O..
tapi sebabkan kesuntukkan masa ako x sempat nak amek gambar hostel2 secara details sangat..

Pape pun, pengalaman tu yang mahal dan berbaloi ;-)

gadisBunga April 9, 2012 at 10:29 AM  

bilik tu nampaknya warm. tapi adakah warm betul atau efek kaler n lighting je?

Janggel April 9, 2012 at 11:35 AM  

Wow murahnya Hostel tu? sama macam harga Hotel kat Delhi RM20 ringgit je. Kaya giler kalau dapat gi sana kekeke.

Penceritaan yang detail. Teruja nak baca.

Lain kali ko singakan aje makcik kaunter tiket tu.

Nieda April 9, 2012 at 12:49 PM  

cER kongsi,macam mana simpan duit dpt makan angin selalu.

Rayyan Haries April 9, 2012 at 1:49 PM  

Fatt, macam hostel aku kat krabi ngan jogja jer..haha..harga lebih kurang sama! ihhhh.....bila lah aku nak jejak tanah china ni..

btw fatt, thanks weh...aku berjaya conquer 3 negara atas info2 kau..

p/s: I ambik train yg takda aircond tu bangkok-hadyai..dekat 20 jam! haha...betul ckp kau, pengalaman! :D

kak mah April 9, 2012 at 1:53 PM  

Xian...kami teringin ke sana tapi. ..tunggu rezeki.

Azizan Zolkipli April 9, 2012 at 2:10 PM  

"aku berani cakap yang hostel di kebanyakan negara Asia saja yang berani bagi free wifi kat guest, unlike hostels kat negara mat saleh ..."

As Salam Fatt.
tertarik dengan pernyataan di atas tu, lagipun Wakjan tak pernah ke negara mat saleh. pasai apa ekk jadi lagu tu ?

AndaQue April 9, 2012 at 2:37 PM  

Wahhh bila baca tentang nama malaikat "Angel" maybe sama dengan staff yang uruskan saya ketika diXian dulu. Namanya juga Angel. Mengambil saya di train stesen juga, ketika itu saya tak wat any appointment pun. Ia ketika itu secara rambang mencari para pengembara yang baru sampai ke Xian untuk ditarik supaya tinggal di guesthouse tempat ia bekerja. Maybe orang yang sama tapi bekarja di guesthouse yang lain pula.

Ely Hasrul April 9, 2012 at 2:46 PM  

aalaaa xsempat nk baca sempat tgk gambo aje.. (tp ade ati gak nk komen nih)

linda April 9, 2012 at 5:19 PM  

Salam,

Adeh, jgn malas blog Fatt. Sian kat aku yg baru nk jadi reader blog ko. Banyak entry tertunggak tu. Sila rajin ye. Sekian :D

abbazeef-wanderlust April 9, 2012 at 9:23 PM  

salam.

fatt, alhmdulillah, sentiasa rezki menyebelahi kau kan? doa ape ko baca nih? hehe..

btw the hotel seems nice! blh jd rujukan nih kalo ke sana.

jauh x nak ke tibet nih dr situ?

abbazeef
http://abbazeef-wanderlust.blogspot.com/

fatt April 9, 2012 at 10:12 PM  

ako,
amacam? best kan Nz? pglmn tu biasala ada manis & pahit. tapi yg pahit tu akan jadi guru yg terbaik bagi kita.



gb,
warm dari segi lighting & kaler bilik. tapi ini jam tak warm sbb tgh musim sejuk



janggel,
ayat ko skema la. haha..ye, kat cni mmg murah. quite affordable jgk sbnrnya travel di China ni. aku nak singakan makcik tu bleh je tapi aku kena maki dia dalam BM le...hahaha



nieda,
petuanya jgn boros tiap kali dapat gaji. sbnrnya aku ni bkn jenis suka tabur2 duit shopping, nafsu tumpul klu part membeli-belah, tak berkeinginan lgsung. nak keluarkan duit pun rasa syg, so mgkin sbb tu bleh saving. pastu yg penting sekali jgn pakai kad kredit, tu sume permulaan masalah hutang. elakkan klu boleh. beli sume brg pakai cash, takde duit kalu...dok diam2. hehehe

fatt April 9, 2012 at 10:29 PM  

rayyan,
sama2..aku rasa seronok bila dapat tau korang2 yg buat route ni sume selamat pegi/balik. alhamdulillah...

weh ko pegi 3 negara mana? thai,indon (jogja)..lagi 1 ape?

skrg ni sejak AAX dah byk tutup route so mgkin byk promo ke negara2 lain including China. aku tgk tiket pi China agak murah...why not next year? literally China is safe..cuma ko kena sabar sbb org2 cni agak kelam kabut & masalah bahasa jela...lain2 ok :)



kak mah,
kak, naik AA turun Beijing atau Chengdu je kak..pastu nek ketapi ke Xian...akak cuba nek motor kat cni...mana tau lagi menarik pglmnnya nanti




wakjan,
wsalam wakjan! entahla wak, tapi statement sy based pd pglmn di Oz & Nz...90% hostel takde free wifi...almost zero. pastu tenet kat sana punyalah mahaiii...



andaque,
HAHAHA...really??? ohmaiii...tapi kan, yg ni sy book melalui website & pilih berdasarkan review dan rating. ingat lagi tak nama tempat yg u menginap tu? Angel yg sy jumpa ni dia pick-up sbb sy request. lagipun ada complimentary pick-up utk guest yg sampai dari stesen ketapi antara jam 6pg-9pg




ely,
klu kat forum ni consider 1 post=1 markah...tak kirala ko post apa pun mmg dpt 1 markah. pastu bleh upgrade jadi power. hehehe



linda,
wsalam...hahaha..ye baikkkk...nanti aku akan rajinkan diri buat entry sambungan..tak byk dah ni...hehehe



abbazeef,
wsalam...alhamdulillah nasib selalu menyebelahi aku setakat ni. takde doa apa, cuma mintak Allah permudahkan perjalanan pegi/balik. doa musafir senang dimakbulkan, perhaps niat ko bermusafir tu kerana Allah..

slalu org ke Tibet dari Chengdu. tapi bleh jgk klu ko grak dari Xian, cuma jauh skit.

ni blog ko ke? blog dulu tutup dah ke?

Biqque April 9, 2012 at 10:50 PM  

Ha, sambung pun cite! Aku rindukan bahasa2 lawak ko. Maka sila TAIP!

(Btw, japan best gile ok! Senang je wehhhh, so dont worry)

fatt April 9, 2012 at 10:56 PM  

biq,
BIQQQQ!!!! ko tinggalkan komen dari Jipun!!! ohsemmm siot!! jumpa tak pakwe hensem utk aku??

aku baru dok pikir bila ko nak balik..tetiba ko komen..wah terharunye. enjoy saki-baki holiday tu! :D

kalau aku rindu aku fm cantek tak utk aku? hahahaha

abbazeef-wanderlust April 9, 2012 at 11:50 PM  

@fatt

yup. rsnye itu yg pentingh. niatkan. xde teringin gak nk g tibet. dah kene cabar dgn ex-boss sendiri. haha.. dier dah puas berjalan 2 dunia dah. mmg menganbil semangat dier lah.

blog lama still ade, tp biarkan je sbb ade tips2 nk kurus kat situ. miahahaha...ni blog baru sbb dpt semangat baru dr wife tercinta. cewah! hahahah... =p

Janggel April 10, 2012 at 6:55 AM  

Kekekeke

Amacam? Terasa macam pengkomen novel bersiri tak? Kekeke

Teringin nak tengok patung2 sekar tanahliat tu.

Rayyan Haries April 11, 2012 at 12:20 AM  

oh, aku start kat singapore, pastu balik msia jap. 24 hours jer, tukar baju dalam backpack..haha... naik train gi thailand! balik rehat2 seminggu gi indonesia lak! hihi...agak gila lah disitu..

Thanks kat kau jugak, info2 beguna! tapi aku terkilan tak dpt complete route thai-cambodia... huhuhu... aku nampak train ke border tu trus teringat kau! takpa2, nak gi nanti!

tu lah, i heard that AA skrang open up good promo. Ongkos jer tarak lagi! kena start saving niii...

Aku aim nak gi Kashmir time winter lah! Lake Dal...haduiii...terbuai2 google tgk gambar2.

anyhow, kau kat m'sia ke still on the road ni?

Rayyan Haries April 11, 2012 at 12:20 AM  
This comment has been removed by the author.
Fatt April 12, 2012 at 9:51 AM  

abbazeef,
oic...baguslah ada mentor. and oso all the best for ur new blog!



janggel,
mcm lelaki miang!

ps : patung sekar? sekar??? whadaafuuuu is that? hehehe



rayyan,
wah sakan gile ko berjalan. nape ko tak sambung ke cambo? almost there oredi ma! eh btw camne dgn insurance travel yg ko tanya aritu? amik tak? how's the fee?

kashmir cantek..aku tgk movie 3 idiots aritu pun dah terpukau..tapi scenery dia lebih kurang mcm nz la kot...klu nak gi kashmir ko kena naik Mas la kan?

im still in Msia..skrg dah busy dgn keje. tu psl blog ni jarang nak update. so where's next?

unblogging.me April 12, 2012 at 11:37 AM  

me baru balik dari beijing.. penat kanns.. ehhee

Ninie Hanis April 12, 2012 at 6:23 PM  

beb..nak wish kat ko nih..

'Happy Birthday'!!!

baby aku tak lahir sama date ngan ko,tapi dia dah jenguk dunia dah seminggu lepas.

:)

p/s sorry,again aku xkomen psl cerita ko.hahaha!

tapi nak komen gak,aku suka poskad terracota army ko.as u've said,mmg gila sbb sume patung tak sama. :)

uMi aishah April 12, 2012 at 11:44 PM  

ok,xnk ckp byk! satu je yg ai nmpak kat header tuh! jogja in memories bebbbbbb!!!!!!!!!!!! hadoiii terbaek sis... (motip ai br kuar gua)

Anash April 13, 2012 at 7:05 PM  

cozy nampak katil tuh,kan?
(akak dari entry aritu asyik komen katttiiiillll aje, sah-sah tengah mengantuk nih..heheh)

nak tunggu tentera tanah liat plak...

keje??? ala..relex aaa..benchmark KPI dah melebihi tuh...hahahaah

fatt April 14, 2012 at 1:17 PM  

ublogging me,
panas kot skrg ni..tu yg penat



ninie,
thank u!!

btw congratulations!! baby ko dah tak sabar2 nak tengok mama+papa dia la tu...exactly brp hb? dah ada nama?



umi,
u baru keluar gua batu caves ke sis?? hahaha...i rindu kat uols sbb tu i buh gmbar ni kat header...terharu takkk?? hahaha



kak anash,
uih katil ni mmg empok sampai takmo bangun kalau dah baring..KPI sape kak? sy hari2 dtg keje lambat...hahaha..mmg below par...sukeati jek :P

Ninie Hanis April 17, 2012 at 3:49 PM  

you should make a visit to my blog dear..mana aci bagitau kat sini,tak exclusive la..

dia dah 2 weeks old pun..you haven't meet him yet :(

Rayyan Haries April 18, 2012 at 3:28 AM  

fat: haha...agaklah sakan.But dah ada time and duit pon tgh ada...apa lagi explore lerr...

sedih gak tak dpt fulfilled route cambo... time tu duit dah tahap kritikal ngan tak dpt train keluar msia direct... dengan bangkoknya ya hampunnn... serious aku underestimated bangkok.. dgn orang follownya....haha

oh..insurance aku ambik AXA, okaylah all in 10 days RM48. Siap kalau lost of document dia bagi duit buat baru.. not bad...

Apa plan? ermmm...takda lagi..huhu... ongkos is a probs..tunggulah kot..hehe..

cepat2 kasi habis route china ko..hehe..rindu nak baca! :P

:: Mrs.Eady :: April 18, 2012 at 4:46 PM  

6 jam baru abis baca blog ni dari 1 entry!!!giler tak giler mmg giler la....tapi best!!

6 jam kematu depan pc dgn nescafe mmg terbaekkk.....

fatt April 30, 2012 at 8:12 PM  

ninie,
cute lil chap he is...kalau aku ada anak dah lama aku booking. hihihi



rayyan,
ada org folo ko dkt bangkok? gulp! kalau aku konfem dah pucat2 muke ni. nape ko takde direct train ke mesia? ko pegi time cuti umum ke ape?

AXA not bad huh! ada link ke contact ke? aku nak beli gak ni utk upcoming trip.



mrs.eady,
6jam ye sis! nasib baik 6jam. ada org penah buat rekod sehari suntuk. gigih sungguh...thanks 4 ur time! :)

Mizz Jingga June 14, 2012 at 2:04 AM  

hehehehe...aku pun stay kat hostel nih..senang..and walking distance to muslim quarter

Mizz Jingga June 14, 2012 at 2:07 AM  

Aku stay kat hostel yang sama jugak...mmemang highly recommended..walking distance to muslim quarter...boleh makan tanpa was was :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP