Made In China : Xian (Part 2)

April 30, 2012

sambungan dari entry sebelumnya

Hari Keempat : 6 Februari 2012

Lebih kurang pukul 10pg, yakni selepas mandi dan bersarapan barulah aku terhegeh-hegeh nak ke Terracotta Army. Berpandukan peta yang diberikan oleh pihak hostel aku menapak ke bus stop dan menunggu bas #603 untuk ke stesen keretapi. Aku perlu ke stesen keretapi sebab bas ke Terracotta Army bertolak dari sini. Kadar tambang bas ke stesen keretapi cuma 1Yuan atau 50sen. Murah kan!!

Ada 2 stesen keretapi di Xian iaitu Main Train Station dan North Train Station. Keretapi dari Beijing tiba di Main Station dan di sini juga bas ke Terracotta Army bertolak. Selain keretapi, teksi dan bas terdapat perkhidmatan subway tapi agak terhad dan masih dalam proses pembinaan.

Bandar Xian dikelilingi tembok yang membentuk sebuah segi empat. Bell Tower terletak di tengah-tengah bandar yang menghubungkan keempat-empat jalan utama iaitu Bei (utara), Nan (selatan), Dong (timur) dan Xi (barat). Tembok yang mengelilingi bandar Xian wujud sejak Dinasti Tang dan kemudian diperbesarkan lagi semasa Dinasti Ming. Tujuan tembok ni dibina sama seperti Tembok Besar China iaitu sebagai mekanisme pertahanan.

peta bandar Xian (click to enlarge)

Jarak bus stop dari hostel cuma sekangkang kera atau lebih kurang 5-7 minit bergantung pada tahap kelajuan seseorang itu berjalan. Hampir 15 minit tercegat dalam kesejukan barulah bas #603 muncul. Tanpa membuat barisan orang ramai berkerumun untuk menaiki bas. Melihatkan situasi tersebut maka aku pun join sekaki. Bas di Xian lebih kurang macam bas Rapid dan tambang bas dibayar menggunakan mesin slot di sebelah pemandu. Memandangkan jumlah penumpang yang agak ramai maka kesemua tempat duduk penuh. Selang beberapa perhentian barulah aku dapat merasa tapi belum sempat panas bontot bas pun sampai. Ceh!

Masa keluar dari perut bas aku ternampak 2 orang mat saleh turun dan menuju ke arah stesen keretapi. Aku berkira-kira nak menegur ke taknak sebab dorang sibuk berborak. Rugi jugak kalau tak cuba, mana tau kalau-kalau dorang nak ke tempat yang sama boleh jugak aku mintak tolong amikkan gambar. Kihkihkih.

Jangkaan aku tepat sebab dorang pun nak ke sana jadi kami bertiga bersepakat untuk pegi sekali. Tiba-tiba datang seorang pompuan Cina dan secara otomatik aku tau yang kami semua bakal disemelih. Pompuan tu suruh kami naik tour bus dia sebab lebih private dan selesa. Beria sungguh dia marketing kami tapi masalahnya tambang skit punya mahal. Kami menolak tawaran tersebut dan bertanya arah ke tempat menunggu bas Terracotta Army. Sambil membuat andaian maklumat yang diberikan itu tipu kami mengikut arahan yang diberikan. Nampaknya sangkaan kami meleset sebab bukan semua kaki semelih tu kejam.

Cara termurah dan efisyen untuk ke Terracotta Army ialah dengan menaiki bas #5(306). Tambang sehala 7Yuan dan condition bas amat selesa dan tiptop. Tempat menunggu bas ini terletak di sebalik tembok Xian jadi sila pastikan tak menunggu di tempat yang salah.

lokasi di depan bangunan China Post bersebelahan stesen keretapi Xian
keadaan dalam bas yang selesa
Kami masuk ke dalam perut bas dan duduk di kerusi belakang (free seating). Bas akan jalan bila penuh dan waktu ni barulah konduktor akan mula mengutip tambang dari setiap penumpang. Perjalanan ke Terracotta Army mengambil masa selama sejam dan untuk 15minit yang pertama kami bertiga rancak berbual manakala selebihnya aku hanyut entah ke mana. Aku hanya tersedar bila bahu aku ditepuk dan mereka meminta maaf sebab terpaksa mengejutkan aku memandangkan kami sudah sampai. 

Sambil menenyeh mata yang mengantuk aku memaksa diri untuk bangun dari kerusi dan keluar dari perut bas. Pagi ni cuaca agak baik walaupun langit kelabu asap. Kat China memang langitnya sentiasa kelabu asap sebab kilang beroperasi 24/7.

Tips! Minum air kosong sebanyak mungkin dan pakai penutup mulut untuk mengelakkan batuk dan sakit tekak.

Kami beratur untuk membeli tiket dan harga untuk seorang dewasa ialah 110Yuan atau RM55. Harga tiket termasuk entrance ke Terracotta Army site museum, free shuttle bus ke Emperor Qin Shi Hung Mausoleum dan entrance. Walaupun sedikit mahal tapi sangat berbaloi-baloi!

skit punye cantik kaunter tiket
close-up skit
combined ticket Terracotta Army Museum + Emperor Qin Shi Huang Mausoleum

Sewaktu beredar dari sini kami di sapa oleh beberapa orang tourist guide yang menawarkan servis yang aku tak pasti berapa jumlahnya. Kalau arif pasal sejarah tempat ni mungkin tak perlu amik tour guide tapi bagi history junkie mungkin perlu. Sebenarnya aku nak amik tapi poket haus jadi aku cuma refer pada maklumat yang diletakkan on-site.

Jarak dari bangunan kaunter tiket ke pintu masuk lebih kurang 1km-1.5km menapak. Uih...memang jauh! Kalau jalan rata takpe, ini bertangga-tangga! Bagi orang yang tak berkemampuan menapak bolehlah naik shuttle yang seakan "buggy" padang golf dengan sedikit bayaran (sori dah lupe, rasanya dalam puluhan Yuan jugak). Oleh kerana option naik buggy mahal maka kami bertiga memilih untuk eksesais!

Bila dengar kena menapak 1.5km aku telan air liur sambil berdoa semoga kaki kiri aku dapat berfungsi dengan baik. Sejak peristiwa di Great Wall 2 hari yang lepas aku terpaksa memakai bandage dan berjalan terhencot-hencot. Aku paksa dorang jalan dulu sebab aku tak boleh berjalan laju tapi dorang tetap menunggu dan ini membuatkan aku rasa bersalah.

Sebenarnya laluan ni tak terasa jauh sebab di sepanjang perjalanan banyak benda boleh tengok dan banyak kedai cenderamata boleh disinggah. Aku sempat sambar beberapa keping fridge magnet yang harganya jauh lebih murah berbanding yang dijual di Muslim Quarter. Harga bukak 10Yuan tapi dapat 5Yuan sekeping selepas bargain. Not bad!

permulaan jalan ke pintu masuk Terracotta Amy yang superjauh

kuda ni hidup waktu bulan mengambang (jangan percaya)
gerai makan & cenderamata di sepanjang jalan

Setelah menempuh perjalanan yang berliku akhirnya kami tiba di pintu masuk. Aku menarik nafas lega sebab azab dah habis tapi rupanya selepas pemeriksaan tiket kena menapak lagi 500meter sebelum sampai ke pintu masuk kedua. Peh! Punyelah jauh, kalau nak berak sesangat dah terburai agaknya!

pintu masuk yang pertama. gimik je walhal jauh lagi
selepas pintu masuk kedua korang akan nampak muzium ni di sebelah kanan 
close-up skit. dah bayau mahal elok sapu bersih semua yang ada

Selepas melepasi pintu masuk kedua kami menuju ke bangunan muzium yang terletak di sebelah kanan. Alang-alang bayar mahal elok kita tengok semua yang ada, kannnn!!

Muzium ni agak besar dan di sini diceritakan tentang sejarah tempat ini bermula dengan pengenalan kepada sejarah pembinaan Terracotta Army. Maka dengan ini disarankan sesiapa yang merancang ke sini supaya masuk ke muzium ni dulu sebelum ke pit-pit Terracotta Warriors untuk memahami sejarah tempat ini dengan lebih mendalam.

gambaran pekerja-pekerja sedang menyiapkan projek mega Maharaja Qin Shi Huang

Penemuan terhadap sumber arkeologi ini bermula pada tahun 1974 apabila sekumpulan petani telah menggali sebuah perigi untuk mencari bekalan air tapi sebaliknya yang berlaku. Berikutan penemuan itu maka tempat ini telah menarik perhatian ahli kaji purba untuk mengkaji kawasan ini dengan lebih teliti.

Hasil kajian tersebut mereka telah menjumpai sebuah kawasan "perkuburan" yang besar yang di dalamnya tertanam ribuan tentera batu, kuda, peralatan perang, barangan perhiasan dan lain-lain barangan yang diperbuat daripada tembaga dan sebagainya. Setelah menyelidik kawasan ini dengan teliti mereka kemudian menjumpai makam Maharaja Qin Shi Huang yang terletak tidak jauh dari situ dan berpendapat bahawa perkuburan besar ini adalah sebagai persediaan maharaja tersebut untuk menghadapi alam kehidupan selepas kematian (life after death). Info selanjutnya akan dikupas dalam entry akan datang. Harap maklum.

Di dalam muzium ini juga dipamerkan hasil arkeologi yang telah digali keluar seperti alatan pertukangan zaman dahulu kala, matawang purba dan termasuklah figura Terracotta Army yang terdiri daripada pemanah (archer), tentera berkuda (cavalryman/horseman), tentera infantry (infantryman), middle & high ranking officer dan sebagainya.

(L to R) standing archer, middle ranking officer, high ranking officer, cavalry man
penulis dan potret Maharaja Qin Shi Huang

Individu yang bertanggungjawab dalam pembinaan Terracotta Army ialah Maharaja Qin Shi Huang iaitu maharaja China yang pertama. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab di sebalik pembinaan Great Wall of China. Cerita tentang beliau pernah aku tulis dalam entry Beijing Part 5.

Di sini juga dipamerkan 2 buah kereta kuda yang telah digali keluar pada Disember 1980 dari sebuah pit yang terletak kira-kira 20meter dari makam Maharaja Qin Shi Huang. Sebahagian besar bahan binaan yang digunakan untuk menghasilkan kedua-dua kereta kuda ini adalah daripada tembaga, manakala selebihnya adalah daripada emas dan perak. Setiap bahagian diperbuat menggunakan kepakaran tangan untuk menghasilkan sebanyak 3,400 bahagian yang dicantum bersama menggunakan teknik kimpalan, ukiran dan sebagainya.

Saiz kedua-dua kereta kuda ini adalah separuh daripada saiz asal dan ia merupakan hasil penemuan terawal, terkompleks dan terhebat dalam sejarah China yang melibatkan kepakaran dalam ukiran tembaga. Perlu diingatkan bahawa Maharaja Qin Shi Huang ini adalah maharaja China yang pertama, jadi sila bayangkan betapa canggih dan halusnya seni pertukangan mereka pada waktu ini.

boleh jadi kereta kuda ni digunakan sewaktu musim panas
after-life vehicle, err?
complex yet awesome craftsman
yang ini pulak mungkin digunakan waktu musim sejuk
setiap bahagian ada penerangan (tapi dalam Chinese)

Setelah puas melihat setiap bahan arkeologi yang dipamerkan kami pun beredar ke lokasi yang seterusnya iaitu ke pit-pit yang mempamerkan figura Terracotta Warriors. 


bersambung....
.

31 comments:

dzuchan April 30, 2012 at 6:50 PM  

beb..niceee..
tp aku mmg tak fhm konsep terracota army ni..bole trgkan secara simple x? heheee (aku malas nak gugle yey)...

fatt April 30, 2012 at 7:07 PM  

dzuchan,
ok jap aku tambah skit cerita kenapa dia buat benda alah ni. tapi secara simplenya, dorg percaya pd kehidupan selepas mati so itu sebabnya maharaja ni bina satu bala tentera & kelengkapan utk after-life dia. tapi benda ni sume dia tanam dalam tanah dan tempat ni dorg jumpa tak jauh dari makam dia.

waida April 30, 2012 at 8:21 PM  

Ala~ dh bes-bes baca tiba-tiba nmpak "bersambung"

Rayyan Haries April 30, 2012 at 9:24 PM  

fatt,

besar gak terracota army ni...mana terracota nyer!! cheet...semangat aku baca! hahaha...bersambung lagi.... :P

tapi best lah! tah bila aku nak sampai..

p/s: ahhaha...ko memang lah tak ckp taste kan...tapi jeng jeng..sampai dinner 2 kali ..hahahaha... usik jaa.. :P

Biqque April 30, 2012 at 9:39 PM  

China ni mentang2 beso, abih sume tempat diorg bantai buat beso2 n jauh tau! Byk tmpat aku menapak kat China, rasa nak golek2 je badan. Hahaha!

Konsep after life dorg mmg dasyat! In future, taman tema pun dorg buat tapi tak tanam, dorg bako hahaha!

i loveeee terracotta army! Nak peluk sebarang dua. Cepat smbung! Ngelat je keje ko ye...

fatt April 30, 2012 at 10:07 PM  

waida,
dah berjela le awak..tu psl sy kasi sambung. hehehe



rayyan,
ni baru intro...kang aku taip cerita setiap pit. ada 3 pit sumenye okeh..harap bersabo sbb gue tgh malas tahap tenuk ni. china relatively cheap...much cheaper dr ke bangkok & spore. cuma kena naik belon aje. turun kot beijing le, pastu naik ketapi. aku cabar ko! ada berani??

ps: ala dinner je la..nak buat guane, dua2 lonely soul..terpaksala manfaatkan sesiapa yg hado...kakaka



biqque,
dgn penuh keazaman aku menaip travelog ni selamba je ko ckp aku mengelat! hahaha..aku tgh pikirkan output yg menarik utk opening entry terracotta dats why aku saja sambungkan ke entry seterusnya..

aku penah tgk dorg bakau keta porsche...wahh..nasib baik kertas punye, kalau real aku sanggup pertahankan keta tu..kahkahkah...tapi siyesla, map dorg pun ko jgn caye. dlm map nampak je dekat, walhal jauuuhhh gilo! tipu sume tu! hahaha

dzuchan May 1, 2012 at 1:38 AM  

fatt..thanks..
yey faham..ala cm diorg bakar duit la beskal la tu ek..tapi maharaja ni extreme la..siap buat satu bala tentera..
hari tu kan aku ada baca dlm paper "mengembara di china dgn RM 2k++" aku ingatkan org tu ialah ko...tapi aku baca..eh lelaki upenye :-)

Rayyan Haries May 1, 2012 at 2:59 AM  

Fatt,

perghhh 3 pits tu...bapak besor tempat dia!!! T_T aku kena beli kasut comfy kalau nak sampai sana..haha

singapore tu mahal nak mampus. 2 hari jer nak hbs 500. T_T ..tak sanggupppp...

aku tak kisah jerr..bantai ler naik apa pon (except kapal laut, muntah hijo kang!hahaha)... aritu ada terbaca route ada mamat ni, fly gi china siap crossover sampai ke hanoi tuuu...perghhh...teringin tu!! ada bernnn ada ler..duit jer tarak ni haaaaa...haish..bila nak travel2 niii... lagi satu aku bajet confirm2 china ko nak sembang ala2 ayam ngan kambing sembang..sepatah haram nak paham! hahaha

p/s: dari dinner turun ke hati..boleh?cehhhhh...hahahhaha

fatt May 1, 2012 at 11:12 AM  

dzuchan,
welkommen!
nasib baik dia hidup zmn purba, mintak bala tentera. kalo dia hidup zmn milenium ni, agak2 apa dia nak mintak ye?

RM2k++ mengembara di china? agak mahal tu. brp lama dia pi? aku guna rm600 je pegi 3 tmpt. ada simpan lagi keratan papernye tak?



rayyan,
mmg beso..nama pun pit..mcm tentera punye kubu la saiznya. klu route fly china crossing sampai hanoi tu byk dah org buat..one of them is intan (blog lavender backpacker). dia buat dr hcmc sampai ke beijing. tp china dia just cover belah east coast, belah2 chengdu, guilin & xian dia tak sampai lagi. masalah communication tu biasala, aku pun tak reti ckp cina, but i survived. yg penting ko buat homework sblm pegi so takdela menyesat barat sgt. china is literally safe for solo travel.

Ely Hasrul May 1, 2012 at 11:26 AM  

tak sempat tak sempat tak sempat nak bacaaa!!! arrghhhhhhh

fatt May 1, 2012 at 12:07 PM  

ely,
amboi bz cam menteri. ko ada kat umah tak? aku ingt nak singgah amik periuk & sudip. hahahaha

hanie May 1, 2012 at 1:51 PM  

comey betei kereta kuda dia..kalo bwk pusing taman tepen..rare juge.. wakkakakaka!!

oitt..bila nak abes nih.. jgn ngelat!!

Rayyan Haries May 1, 2012 at 5:00 PM  

fatt,

Seronok lak dengar..aku dulu tgk history book and National geographic channel jer lah... ni ala2 one full day all out lah ni?

oh...ada lagi sorang, shahrul nama dia...yg dr tu... so far aku baca blog2 korang2 yg dah buat route china no probs lah kot...

part buat homework tu no hal..haha.. tu pasti A++..aku kan ada ko and yg lain2...pakar2 rujukan.. hehehe

dzuchan May 1, 2012 at 9:10 PM  

fatt
-takde la simpan plak..tapi aku tak sure berapa lama/ berapa tempat..ko bajet RM 600 je..chaghe la..hebat la pengurusan perbelanjaan ko hehe.

Emy Tak Kecik May 1, 2012 at 9:43 PM  

aku takut sebenarnya ko tak sambung trip kali ni..sbb b4 ni pon ada travelog tertunggak kan...hehehe

2013...aku nak redah beijing plak..

update sampai sudah ok :)

AndaQue May 2, 2012 at 12:17 AM  

Xian dan bandar lain di China sentiasa berubah pesat membangun, setahun kita tak pergi, bila pegi lagi kita akan terkejut tentu ada aje benda yang baru kat situ. Sekitar Terra Cotta pun berubah sentiasa....:)

Fatt May 2, 2012 at 10:47 AM  

hanie,
elok aku tgh sarap depan kompiter tetiba baca komen ko terus terkeluar milo kot idung. cilakak. HAHAHAHA. klau aku bawak balik seketoi kat tepen mike sudi jadi drebarnye? =P


rayyan,
aku zaman skola dulu mana suka paper history. semedang cangkul. skrg ni suka plak, mgkin sbb benda tu nampak depan mata so pemahaman tu makin lebih, cuma part tarikh2 tu fail skit.

yup so far ramai dah yg buat route china, klu ko bukak blog Andaque, dia lagi teror kot sbb dah merata celah dia pegi. ramai sifu2 kat cni ko bleh menuntut. hehe



dzuchan,
itu termasuk sume transport, makan & entrance fees. kira okla kot. aku takde ikat perut pun. cuma aku rasa yg mahal skit kat transport ketapi dari 1 bandar ke bandar yg lain sbb sume over rm100 per ride.

tahun ni apa projek?



emy,
HAHAHAHA...aku tersenyum baca komen ko. kali ni aku akan habiskan, dulu2 punye tu mmg aku tak habiskan lagi tp aku akan habiskan. bizi skitla skrg ni emy, takde masa nak taip. ko cover beijing je ke nanti? singgah Xian tak?



andaque,
betul tu. bukan saja Xian, tp whole China actually. teknologi dorg lagi maju, tenaga buruh pun ramai so tak mustahil dorg bleh upgrade bila2 masa. tahun ni takde ke China lagi ke?

gadisBunga May 2, 2012 at 10:56 AM  

gile menapak!! tapi nasib baik ada benda lain boleh usha. kirenya kalau nak pegi sana better gi pagi2 buta kan. menapak je dah setengah hari. aku la. heheh~

*aku syak mmg betul la patung2 kuda tu hidup bila bulan mengambang. kehkeh!

Erwan May 2, 2012 at 11:03 AM  

tgk kat gambar...mcm mudah nak pegi sana..tp dah smpi sana baru tahu tmpt tu besor....penat keliling woo

retna yusof May 2, 2012 at 1:51 PM  

fatt,

tang kuda idop waktu bulan mengambang tu erkk betul ke???

Aspen @ MyLovelicious May 2, 2012 at 5:14 PM  

seriously, jgn gelak...saya ingat terracota army ni dalam movie je...ghupernya mmg ada betul ek

Fatt May 2, 2012 at 5:30 PM  

gb,
yee...kat china ni sume jauh2 bak kata biq, mmg benar! kalau nak gi china mmg byk berjalan. tp okla dari korea yg berbukit sana sini tu. lagi satu mmg aku sarankan bwk makanan & air sbb mana tau penat jalan habis tenaga, bleh makan + minum sekali.

ps : ko percaya eh? hehehe



erwan,
peta china ni sume kelentong. nampak je dekat walhal jauh gile. ni ko mesti penah terkena ni. hahaha



retna,
iskk itu dongeng semata2...ko caye la apa aku taip ni ako...hahaha



aspen,
*pengsan*
Hahahaha...sori gelak. ye, benda ni mmg wujud...nanti sy stori kaw2 punye...ekekeke

Janggel May 3, 2012 at 10:44 PM  

OOO baru aku tau citer sebenar.

MasZuber May 4, 2012 at 12:40 PM  

panjang lebor explanation ko fatt.

bagush! :-)

jay jamil May 4, 2012 at 5:24 PM  

pergh kete kuda dia macam dalam citer mummy return 3... terbaek!

fatt May 5, 2012 at 12:25 PM  

janggel,
citer mende? *garu kepala*



maszuber,
nasibla ko ckp pjg, ada org ckp pendek apa yg aku taip ni...nanges.



jay jamil,
*korek citer mummy return 3 sbb dah lupe* =P

Janggel May 5, 2012 at 12:33 PM  

Citer pasal teracota army la. Salu nampak kat tb je.

ToMeiNoMei May 7, 2012 at 9:16 AM  

salam,

nak tanya..
ade satu gambar tu 'kuda ni hidup waktu bulan mengambang'

mcm mana gambarannya eh dia dikatakan hidup?

* sebelum ni silent reader je.
sy mmg sentiasa follow blog ni :-)

fatt May 7, 2012 at 11:21 PM  

janggel,
aku slowmo skit ni. mummy return kot ada



tomeinomei,
wasalam....awak, sy merapik je sbnrnya. jgn percaya. hehehe. sori!!
terima kasih krn sudi menebeng di blog ini

Hamra May 9, 2012 at 12:35 AM  

Salam fatt, da lme tgu sambgn entry china ni..sgt best da mcm bce bk sejarah dunia..hehe,nt rerajin update lg ye..blh la bce time dlm tren lik kj..enjoy bce ur blog :)

fatt June 1, 2012 at 1:38 PM  

hamra,
wsalam. maaf ye sbb baru terperasan komen ni. sy baru balik dr nz....dan sy akan sambung cerita ni dlm masa yg terdekat :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP