Made In China : Xian (Part 3)

May 05, 2012

Maharaja Qin Shi Huang telah menaiki takhta sebagai pemerintah China yang pertama sewaktu berumur 13 tahun. Sejurus pertabalannya baginda telah mengarahkan pembinaan Terracotta Army sebagai persediaan menghadapi kehidupan selepas kematian (life after death). Seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ini, baginda pernah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China manakala Terracotta Army adalah sebagai "penjaga" atau "pelindung" kepada makam baginda dan sebagai “rakyat” untuk diperintah semasa di alam barzakh. 

Salah satu keistimewaan patung Terracotta Army ialah tiada satu pun yang sama. Walaupun patung ini dibina mengikut acuan dan dipateri untuk disambungkan tapi raut wajah setiap satunya berbeza. Ada yang berwajah bengis, senyum dan tenang. Kenapa? Ini kerana setiap patung diberi raut wajah yang berlainan oleh pengukirnya. Pada pendapat Maharaja Qin, setiap manusia dilahirkan berbeza maka raut wajah pun mestilah berlainan. Genius!

Pembinaan Terracotta Army telah memakan masa selama 37 tahun dengan bantuan tenaga buruh seramai  700,000 orang. Walau bagaimanapun sejarah ini telah tertanam sejauh 15 kaki di bawah tanah selama lebih 2,000 tahun bersama kemangkatan Maharaja Qin sewaktu berusia 49 tahun. Difahamkan pembinaan makam dan Terracotta Army ini belum lagi selesai sewaktu kemangkatannya (antara sebab mengapa Pit 4 kosong) dan sewaktu upacara pengebumiannya, kesemua tukang mahir yang membuat perangkap untuk makam baginda turut ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan rahsia jalan masuk ke dalam makam ini terbongkar. Selepas upacara tersebut kawasan tersebut telah ditanam dengan pokok bagi mengaburi pandangan umum lalu menganggapnya sebagai sebuah bukit.

Namun begitu pada suatu hari dalam tahun 1974 sekumpulan petani dari wilayah Lintong, Xian telah menjumpai tempat ini secara tidak sengaja sewaktu menggali perigi. Menurut penduduk tempatan, mereka tak tahu akan kewujudan makam tersebut sehinggalah ia dibongkar. Mereka juga memaklumkan pernah menemui cebisan baju perisai dan perhiasan tapi tak penah amik kisah dan menganggap kawasan ni ganjil dan “keras".

Kawasan yang seluas lebih 16,000 kaki persegi ini mengandungi 4 buah pit dan ia ditandakan mengikut turutan. Pit 1 merupakan pit yang terbesar manakala Pit 4 di dapati kosong. Pengkaji sejarah berpendapat pit ini kosong sebab ia tak sempat disiapkan. Kedudukan tempat ini adalah kira-kira 1.5km dari makam Maharaja Qin dan sewaktu dijumpai, tentera Terracotta sedang dalam keadaan bersedia untuk berperang dan setiap satunya dilengkapi senjata asli yang masih tajam.

Sebelum aku teruskan jom kita berkenalan dulu dengan kesemua patung Terracotta Army!

high-ranking officer

Dah nama pun high-ranking officer so wadduyu expect? Dari apa yang aku baca, high-rangking officer ni patung yang paling tinggi di antara kesemua patung Terracotta. Selain dari itu, ciri-ciri lain patung high-ranking officer dapat dikenali melalui baju yang dipakai, bentuk kasut dan pesen rambut. Aku tak bergurau ye, pesen rambut deme memang berbeza mengikut ranking. Apapun style jugak patung ni. Pendek kata dialah yang paling hensem dan berkaliber di antara kesemua patung yang ada. Agaknya berapa lah berat setiap satu patung ni kan?

middle-ranking office

Ini ialah middle-ranking officer dan merupakan penolong kepada high-ranking officer. Kita boleh nampak yang susuk tubuh patung ni lebih kecil berbanding high-ranking officer. Fesyen baju dan style rambut pun lain sikit.

Info yang takde kena mengena dengan middle-ranking officer; that's Juan at 3 o'clock!

cavalryman with war horse

Ini pula tentera berkuda dengan kuda perang. Tahu tak yang saiz kesemua tentera Terracotta ni sebenarnya life-size? Yup, life-size, bukan scale-down cuma kuda dan kereta kuda yang half-size dari original. Impressive!

standing archer

Patung ini boleh jumpa di Pit 2 dan ia dikenali sebagai standing archer atau pemanah yang berdiri. Kedudukan tentera adalah dalam posisi menyerang dengan kedudukan tangan yang memegang alat memanah. Tapi macam gaya Bruce Lee nak bukak langkah pun ada. Hehe

kneeling archer

Abaikan muka K-pop kat tepi cermin tu dan fokus pada kneeling archer. Patung kneeling archer ni agak istimewa sebab ukirannya lebih detail di bahagian kasut (boleh refer pada gambar). Kalau amik gambar patung ni dari belakang (which i totally forgot), boleh nampak details ukiran di tapak kasutnya. Impressive! Beliau (kneeling archer) boleh ditemui di Pit 2. Perasan tak pesen rambut dia paling lain di antara kesemua patung Terracotta? Ye, berjambul di depan bak kata Ajis. Kehkehkeh.

Kalau refer dalam entry yang lepas aku ada cerita yang aku pegi ke sini dengan 2 orang traveller yang aku jumpa waktu turun dari bas #603. Aku terlupa nak kenalkan siapa dan dari negara mana dorang datang. Sori! Kedua-dua kawan baru aku ni datang dari negara telenovela (Sepanyol) dan nama mereka ialah Juan dan Eric. Aku banyak berkomunikasi dengan Juan memandangkan dia je yang reti cakap omputih dan jadi tukang translator untuk kawan dia si Eric.

Selepas keluar dari muzium maka misi serang hendap pun bermula. Kami menentang arus dengan melawat Pit 3 dulu sebelum Pit 1 dan 2. Pit 3 ialah pit yang terkecil sekali di antara kesemua pit dan terletak di belakang Pit 1. Difahamkan ia merupakan pit komander perang yang mengeluarkan arahan kepada tentera di Pit 1 dan 2 semasa peperangan. In case ada yang tertanya-tanya...sebenarnya formation (susun atur) kesemua pit dan susunan tentera Terracotta Army ini adalah dalam posisi nak berperang, notice tak?

Pit 3 dari luar
jangan panik jangan gelabah sebab menatangnya ada di bawah

Pada mulanya aku bajet tempat ni open air (terbuka nampak langit) tapi rupanya elok berbumbung+berdinding bagai dalam bangunan. Logik la kan, kalau open air nanti tetiba ujan confirm jadi kolam renang sebab sume pit penuh dengan air. Pastu sume patung pun terapung berenang-renang. Hahaha...ngeri kot!

Bila melangkah masuk ke dalam bangunan ni aku tertanya-tanya eh mana bendanya takde pun!!?? Sekali rupa-rupanya benda tu kat bawah (15 kaki ke bawah) dan kita boleh jalan di sekeliling "ring" untuk tengok pit ini dari semua sudut. Memang superb!

15 feet under & sume patung diletakkan dalam posisi asal
nak turun ke bawah? boleh! terjun jelah. patah kaki lantak mike

Mesti ada yang tanya eh takleh turun bawah ke? Jawapannya tak boleh! Boleh tengok dari atas je. Satu-satunya orang yang penah masuk ke dalam kawasan pit ialah Queen Elizabeth. Ko mampoo??

dalam Pit 3 ada 4 ekor kuda dan di belakangnya ialah middle-ranking officer
ada wing kiri dan kanan
boleh nampak yang ekor kuda ni semuanya di sambung
pemandangan Pit 3 dari sebelah kanan
patung-patung di koridor kanan yang musnah

Experts have pointed out that Pit 3 is the command center or headquarters for all the groups in the other two pits. The unearthed artifacts include 68 terracotta warriors, four horses and one chariot all arranged in a layout that is quite unique. There is a slopping passageway in the east and upon entering it, you will face a chariot and horse chamber where there is a single war chariot. This chariot and horse chamber has two corridors on the two sides. A wing room is located to the west of the left corridor. To the west of the right corridor, there are antehall and back room. All the 68 warrior figures stand orderly along the two sides of the passageways. 



patung-patung di koridor kiri kebanyakkannya tanpa kepala

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kebanyakan patung Terracotta di dalam Pit 3 takde kepala. Sebenarnya kesemua patung ini berkepala tapi ia telah dicuri dan juga dirosakkan oleh orang yang menceroboh ke kawasan ini.



One thing that puzzles experts very much is that there is no Terracotta Warrior of the Commander-in-Chief. Some experts maintain that a general would take the place of the commander-in-chief in the Qin wars. Some believe that the Emperor Qin Shi Huang himself is the commander-in-chief, and his image can not be replicated in the pit in order to defend the emperor's dignity and absolute authority. But both sayings are conjecture, and experts are doing their best to discover the true reason.

Sebenarnya aku wonder bila Juan pilih nak ke Pit 3 instead of Pit 1, 2 dan 3 (ikut turutan). Tapi bila dia kata “save the best for the last” maka aku pun bersetuju. Adakah aku bersetuju sebab muka Juan ni macam pelakon telenovela Sepanyol? Adakah sebab dia lagi market dari Encik German? tetttt!!!

Logiknya kalau tengok Pit 1 dulu nanti perasaan excited nak tengok Pit 2 dan Pit 3 akan kurang. Pendek kata level of excitement pun akan menjunam macam terjun dari tingkat 18. So apa yang istimewa sangat pasal Pit 1? Hurmm...I’d say let’s keep it till the next entry! Lalalala....


bersambung....
.

45 comments:

masMZ May 5, 2012 at 9:53 AM  

Pit 3 jer? Huh! Tepaksa juga aku layankan mamat kpop itew.. Lalalala

mama ju, May 5, 2012 at 10:07 AM  

Aslkm anakanda,
Mama sentiasa menunggu tulisan anakanda. Memang terbaik. Ini pertama kali baca, kisah menyeluruh ttg Teracotta Army.
Terimakasih.

intan hairani May 5, 2012 at 11:26 AM  

salam fatt,

saya da lama jd silent reader blog awk ni. byk info yg bleh saya jdkan rujukan bile g travel. thanks ya.
penah pegi ke terracota ni last year. mase tu ade working trip. x berapa faham sgt sejarah dia. guide yg diorg hirekn ckp english terabur. hehehe. skang awk da fahamkn tentang sejarah terracota. thanks again! ;)

MasZuber May 5, 2012 at 11:50 AM  

Juan?

adakan akan ada astro bella kali ini?

;))

sapo la yg curi kepala askar2 tue. kureng betul. akde penunggu ke yang kejar nanti diorang?

dzuchan May 5, 2012 at 11:59 AM  

fatt-aku terasa macam tgk national geographic bila baca entry ko kali ni..nice jobb..

kagum dgn tukang2 yang buat patung2 tu..

Janggel May 5, 2012 at 12:19 PM  

Aku baru nak tanya ko nape ada patung yg takde kepala, pastu naseb bek last2 ko ada cerita. Rupanya camtu eh sejarahnya....

Rayyan Haries May 5, 2012 at 3:22 PM  

Fatt,

Aku rasa nak jual semua harta2 aku and gi Terracota ni! perghhhhh...terbaik kot..

dulu aku pernah kerja museum ni, so dia ada bwk masuk macam ornaments dari Terracota ni... tu pon dah kagum giler...

aku baca2 gossip dulu2..diorang buat acuan tu dari manusia betul. betul ke? habis tu mayat maharaja tu tang mana? haha

p/s: cettttt...yo lah tu tak taste... ko ambik gambar army ke gambar mamat tu! :P ahahahaha

fatt May 5, 2012 at 6:01 PM  

masmz,
kendian le Pit 1 & 2. tak tido semalaman aku tau menaip entry ni. gegeh. aku takut nanti org kata citer aku cd rosak. hahahaha



mama ju,
wasalam mama ju!
kisah terracotta army mmg menarik. sy baca dari byk sumber sblm mengolah entry ni. byk sbnrnya yg sy nak cerita tapi sy akan simpan dalam entry seterusnya.




intan hairani,
wsalam intan. terima kasih sbb baca blog ni. sy mcm penah nmpk awk komen dlm entry dulu, tq! sbnnrya sy amik masa seminggu nak digest sume cerita terracotta army sblm tulis entry ni. ceritanya sgt menarik dan tak tahu mana satu nak cerita.

btw masa awk pegi thn lepas ada jumpa tak pakcik yg korek perigi kat Pit 1 tu?




maszuber,
astro bella takde kali ni sbb aku mengelak. hahaha.

yg curi kepala askar tu pencuri kubur (??) atau "tomb thief" la kot. sama mcm angkor wat & borobudur le kot. balik umah wat perhiasan gamaknya. hehehe




dzuchan,
tengkiu! xie xie! aku tak tido weh smlm taip menatang ni. nasib baik wiken kalau tak mmg tersengguk2 aku kat opis.

actly pembinaan patung ni mmg impressive sbb dorg mcm ada production line yg buat bhgn tangan, kepala, badan, kaki & pastu dorg sambung2 jadi seketul patung. dasat kan? kalau zmn skrg tak heran sgt, ni zmn dulu!!!




janggel,
nasib baik aku eksplen. fuh!! hehehe



rayyan,
takyah jual harta ko. just kumpul sebulan $100 dah cukup, by end of year ko bleh pusing 1 China. aku bwk duit tak byk masa trip ni...just $600 je jtk 3 tmpt (beijing, xian & chengdu). itupun aku spare $200 utk emergency.

ko penah keje muzium??? muzium mana?? muzium negara?? ada antoo tak memalam mcm cite night at museum? hey bila muzium kita bwk masuk ornaments terracotta?? ko keje muzium mana ni? singapore eh?

dia buat acuan tu dari mana idok le aku tau..nanti aku korek ceritanya. tapi yg aku tau dorg mcm production line, setiap seksyen buat bhgn badan yg tertentu & pastu dorg esemble kasi jadi seketul patung. heyy...ni baca ke tak? maharaja tu tanam dlm makam dia le...1.5km dari pit terracotta ni. yenedey!!

gmbr tu aku tak bersalah. dia yg sengaja memunculkan diri. gitewww. aku tak suke le org sepanyol sbb telinga aku rasa berkarat dgn dorg bercakap...yekk!

Rayyan Haries May 5, 2012 at 6:34 PM  

fatt,

hahaha..aku jalan semua ikut tips ko lah..mana pernah bwk lebih 800..semua below..haha.. kena start kumpul ni..ngan duit flight..

Lupa lak aku nak tambah, aku kerja ngan exhibition ni collaborate ngan museum negara..tahun 2008 lepas spm..haha.. sebab aku rasa diorang ni bwk masuk ikut private dealer rasanya..benda ni buat kat the summit, siap ada mummy house bagai..sebab lepas company tu close down, aku ingat lagi, macam ada pertikaian mcm nak handle semua ornaments dalam exhibition tu...kalau ikut hati, meh gue simpann!

antoo? aku pernah tido dalam auditorium sebab penat, sekali rasa mcm orang tgh ckp ngan aku...lepas tu aku tak tidor situ dahhhhh..hahaa

tapi serious detail habis patung dorang! perghhh...ohhh...jauh tanam..aku ingat kan dia mcm mummiakan mcm firaun, kira hancur ler mayat mamat tu? hihihi..

p/s: hahaha... sepanyol ngan german mana sama kan? kan? hekhek..

intan hairani May 6, 2012 at 12:06 AM  

hi fatt,

yups, ade jumpe ngn pakcik yg korek perigi kt pit 1 tu. sape tah nama uncle tu. lupe plak. saya ade beli buku pasal terracota nih n bergambar dgn dia. by the way, nk bli buku jek tp kene paksa bergambar lak ngn pakcik tu. da la kene byr lak pastu. xtau pn. nasib la x mahal. pasal pakcik tu jumpe pit 1 pn mcm x caya jek. ntah la..

morbid5447 May 6, 2012 at 12:26 AM  

terbaekkk...next chapter....

Ely Hasrul May 6, 2012 at 6:42 AM  

muka k-pop? hahahha aku tgh kusyuk baca sejarah tetiba ade muka k-pop hahahahhaha

mahfudz May 6, 2012 at 12:16 PM  
This comment has been removed by the author.
mahfudz May 6, 2012 at 12:17 PM  

menarik.....h_h baca ur entry mcm diri saya dah ada kat sana je...heheheheh..

m.u.l.a.n May 6, 2012 at 12:21 PM  

thaaannkss for sharing..!!!

Danny / John May 6, 2012 at 1:41 PM  

owhhh...baru ku tau. nnt nk pegila. kbai.

Biqque May 6, 2012 at 8:00 PM  

ni kes curi kepala macam kat cambodia la ni...kalo aku, aku curi ngan badan skali! hahaha!

fatt May 7, 2012 at 1:11 AM  

rayyan,
oic...tapi kan, aku penah baca somewhere yg sbnrnya susah nak bwk kuar brg2 terracotta utk exhibition esp keluar dr china. mostly dorg tunjuk yg dummy punye. entahle. aku pun tak berani nak komen but u knowla, apa je yg china takleh tiru?

ape la ko ni, kalau ko baca psl maharaja ni mesti ko tau makam dia camne. aku malas nak stori lagi sbb blum sampai part tu tapi kalo nak tau ko gugel la! tp lebe kurang mcm firaun le, klu tak nape dia wat trap.



intan,
wahh ure so lucky! tapi part kena bayar tu tak lucky.rasanya mmg betul la kot pakcik tu tapi ada cerita kelakar sy dgr org kata pakcik tu dah letih nak standby situ sbb tiap kali org tanya dia terpaksa stori benda yg sama. so kalau sehari 1000 org tanya, lama2 dia pun tensen. masa sy pi tu dia takde, mgkin dah resign gamaknye..hehehe



morbid,
nxt week!



ely,
yess! menjadi gak taktik aku. sbb ko baca apa aku tulis so ko jumpa perkataan tu. hahaha...syabas bette! muke k-pop belum polish lagi tu. hehehe



mahfudz,
time capsule barangkali. hehehe



mulan,
welkommen!



danny,
nape nama ko dari john jadi danny? nama helmi kan sodap. kbai



biqque,
tahnye, alang2 curikla sebijik lengkap buat perhiasan kat pintu masuk umah. takat curi kepala je wat mende!! barangkali deme pikir ada emas dlm tu kot

Rayyan Haries May 7, 2012 at 3:12 AM  

Fatt,

lepas ko mengingatkan aku benda di dari china. terus logic aku on, ada kemungkinan besor dummy sajork..ahha


malas eh, tak feel kalau baca ko tulis feel sikit baca.haha..so, cepat2 sampai makan tuu

Anna May 7, 2012 at 9:01 AM  

igtkan terracotta army tu tentera tak berkepala.. hahahahahah

*sbb tgk gambar dulu, pastu baru baca cerita....

Koqinqaremo May 7, 2012 at 10:50 AM  

best la teracotta army ni.. teringin nak tengok secara life...

nota-kembara May 7, 2012 at 2:26 PM  

Assalamualaikum
Fatt,Saya mohon pertolongan. Saya akan ke Beijing malam ini, tahu tak cara-cara utk akses blogspot di sana? Kalau Fatt tahu, tolong emel ke notakembara@yahoo.com. Terima kasih byk2.

Hulubalang May 7, 2012 at 6:10 PM  

Nak bg suggestion boleh x....apa kata setiap tempat yg fatt pergi dibuat cost summary....nnt boleh dibuat rujukan pada sesiapa yg teringin nak gi tempat yg fatt gi...

Hulubalang May 7, 2012 at 6:10 PM  

Nak bg suggestion boleh x....apa kata setiap tempat yg fatt pergi dibuat cost summary....nnt boleh dibuat rujukan pada sesiapa yg teringin nak gi tempat yg fatt gi...

Biqque May 7, 2012 at 8:11 PM  

tu la, amik badan lengkap siap kuda bagai, patu cover ngan kain terpan. sape nak tengok, bayarrrrrrrrr hahaha!

Nowwa Fitri May 7, 2012 at 9:25 PM  

Lalallalallaala.....tak sabar baca next entry...

Kau buat aku berkobar-kobar mahu ke sini la Fattt!

fatt May 7, 2012 at 11:19 PM  

rayyan,
hahaha....yup! tak mustahil sbb china kan the biggest manufacturer. aku penah dgr citer kilang yg kuarkan brg ori jgkla kilang yg sama kuarkan benda replika grade AA. cuma material je kureng sbb dia cut cost. believe it!



anna,
huhu...ada kepala sbnrnya. cuma ada org curi & selebihnya dirosakkan.



koqingaremo,
personally aku rasa benda ni ohsem!



nota kembara,
waalaikumsalam. beres kak. bantuan telah diemailkan



hulubalang,
detail sgt tu tak boleh nak sediakanla tapi kalau benda2 wajib mcm entrance fees, transportation & accommodation sy ada letak, cuma nak wat summary tu sy takde masa..tapi mgkin boleh dipertimbangkan



biqque,
kain terpan tu kain apa? batik lepas ke??? auww seksi nyahh...hehehe



nowwa,
aku mmg nak kasi perangat hangpa...hahaha...bila hg nak pi?

Hulubalang May 8, 2012 at 12:08 PM  

xyah detail pon xpe....bg yg penting cam hg cakap la....cam entrance fee, transportation, accomodation...makan minum tu sendiri mau igt la...hahahaha

jay jamil May 8, 2012 at 5:40 PM  

hi fatt,

I read somewhere in paper that stated jumlah pelancong melawat Xian province (betul kan province, belasah) telah mencapai tiga puluh kali ganda (30 juta lebih) since 2003 -2012 sejak kerajaan kat sana betul betul promote industri ni... kalau betul, memang aku boleh bayangkan betapa ramai manusia berpusu melawat so ramai tak pelancong Malaysia ko terjumpa ? just came back from seoul dan agak terkejut dpt tau penjual t-shirt kat sana tahu basic bahasa melayu... nak gelak pun ada tapi itulah hakikat... kot mana aku pun terasa excited nak layan terracotta army ni bila tengok gambar ko yang best-best.. lantaklah kalau aku pegi sorang, sebab dah antu muzium jugak ehheheheh (jangan one night in museum sudah) ehehheh. Anyhow good post about this place...very informative!

keep on posting!

Hamra May 9, 2012 at 12:26 AM  

Slm fatt, dr taun da follow blog ni..entry awak mmg cm bce bk sejarah..hehe mmg best...gigih sy tggu awak hapdat..akhirnya kua gak entry ni..awesome ;)

Hamra May 9, 2012 at 12:27 AM  

Slm fatt, dr taun da follow blog ni..entry awak mmg cm bce bk sejarah..hehe mmg best...gigih sy tggu awak hapdat..akhirnya kua gak entry ni..awesome ;)

Azizan Zolkipli May 9, 2012 at 7:35 AM  

Assalamualaikum Fatt !

Baca ulasan kamu dalam artikel ni, save masa Wakjan nak baca buku sejarah Terracota ni hehehehe ... Terima kasih, terima kasih atas kesudian berkongsi pengetahuan ...

Usaha yang sangat baik bila gomen diaorg jaga betul2 khazanah ni, siap kawasan berbumbung & bertutup lagi. Terbaiklah ! Patut dicontohi oleh kerajaan kita. Kadang2 kesian dengan tinggalan sejarah tempatan yang terbuka, habis berkarat atau terhakis huhuhu ...

lahabau siapa yang curi kepala2 patung tu ! mesti terjual mahal di pasaran gelap barangan antik ...

Nashua Ibrahim May 10, 2012 at 1:11 AM  

aku tak sure mcmane aku boleh sampai kat blog ni..hahaha. anyways, aku have fun bace blog kau sebab aku bukan la org yg suke membace ;P since aku baru je keje..aku pun slowly try nak travel sebanyak mungkin

fatt May 10, 2012 at 2:31 AM  

hulubalang,
aku ada buh la sume benda2 tu..hang yg tak baca ni! hahaha...weh apsal aku rasa cam familiar je nick hang ni...hg ke yg ikut diana, tun & sape lagi sorang tu pegi cambodia & vietnam....???




jay jamil,
hai jay! apa u ckp tu mmg benar...ramai gile org pi sini, sama naik mcm ke great wall. masa aku pi ni aku tak terserempak pun pelancong mesia, mebi sbb masa aku pi tu bkn public holiday & cuti skola kot. some more AA takde direct flight ke Xian so mebi dats why tak jumpa. cuma ada jumpa 1 couple melayu kat muslim quarter, tapi biasala..muke ketat. hahaha...

berita psl penjual di seoul reti ckp melayu bkn lagi benda yg pelik sbnrnya sbb lately ni since kebanjiran industri kpop ke mesia, ramai msian ke sana...so they pick up some words here & there...pasni kena hati2 kalau nak mengumpat psl depa. hahaha

but jay, i highly recommend u pegi cni bcoz terracotta army ni one of the kind...sama mengujakan mcm great wall! :)



hamra,
wsalam hamra. makasih...sy suka sejarah psl teracotta ni sbb tu sy tulis version sendiri utk dikongsi dgn pembaca. sy tau sume org tak suke baca buku sejarah so sy tulis gaya sendiri supaya org bleh paham dgn ringkas. im still working on new entry...tunggu!



wakjan,
waalaikumsalam wakjan. kebetulan ni nak tanya, camne progress ke tibet? any news? kalau wakjan sampai ke sana sy pun nak buat jejak jugaklah. hehehe

ye, sy pun rasa bagus jgk dorg buat tmpt ni tertutup coz nilai artifak tu sgt berharga. kat tempat kita kdg2 kapal terbang british terbiar kat luar siap berkarat2 lagi...iskk...syg tu kalau tak jaga betol2 kan!

tapi kan wakjan, kalau sy dpt peluang pun sy bwk lari patung terracotta ni...hahahaha...tapi bkn utk dijual le, simpan jadi perhiasan je :P



nashua,
destiny brought u here gamaknye. hahaha. anyway salam perkenalan! terima kasih sbb mengulas entry ni. aku tak suke membaca jgk sbnrnya so aku paham kalau org nyampah baca benda2 fakta & sejarah. hopefully sume mendapat info yg berguna dgn entry ni. since ko dah mula keje ni, make sure listkan terracotta army dlm to-do-list jalan2 ok!

Azizan Zolkipli May 10, 2012 at 2:41 AM  

Fatt: Progress Tibet tu, diaorg sedang dalam proses book tiket tren Chengdu - Lhasa. Berita buruk, secara rasminya Wakjan withdraw dari projek tu atas kekangan kewangan. udah over bajet lah pulak ...

tapi andai ada lebihan bajet, mungkin join juga kot ... mesti usaha berlipat lipat lipat kali ganda kain ni huhuhuhu ...

Nashua Ibrahim May 10, 2012 at 12:01 PM  

dah ingat dah, semalam aku dok google psl imegresen, tu tersampai sini,lol. Insyallah one day akn try pegi tgk terracotta army. Aku suke idea ko buat sebajet mungkin tu, kalau gaji kite tak banyak pun, if pandai budget, going to many places tu adalah possible:)

Hulubalang May 10, 2012 at 1:56 PM  

Fatt,

aku baca semua ko punya post...jadi silent reader hehehe.....aku tau ko dh bgtau tp bukan dalam 1 post jek ko bgtau tp merata...hehehe ni wat summary.. kan senang nak rujuk... kalau x.... nak kena search satu2 ko punya post nak gather all the information :p susah bg aku yg pemalas ni wakakakaka....

by the way...aku bukan org yg ko mentioned yg gi cambodia vietnam bagai :D

aku baru nak menceburkan diri dalam hal jalan2 cari pasal ni...tp aku pernah gi Ha Giang Hanoi, Manila dan Singapore atas urusan keje jek...

fatt May 11, 2012 at 11:03 AM  

wakjan,
alamak...=__=. err mmg besar betul ke bajet ke tibet ni wakjan? visa dia berapa ratus? sy hrp wakjan dpt durian runtuh dlm masa terdekat ni so bleh la wakjan pegi. ameen! mana tau kot2 ada rezeki dtg bergolek...



nashua,
trip yg aku buat mostly utk budget minded. aku pun tak brp into nak travel luxury, bkn tak mampu, tapi aku tak into membazir2 ni. ramai yg tak caye bila aku buat trip ni dlm rm600. tapi siyes, mmg itu jumlahnya. cuma aku ada allocate emergency cash dlm rm200 utk contingency.



hulubalang,
dasar pemalas! unta padang pasir pun tak malas mcm ko. hahaha. aku mmg purposely buat gitu sbb aku takmo org ke blog aku just semata2 nak tengok summary expenses. aku mmg takkan buat (with purpose) so ko tunggu matahari terbit dari barat pun takkan ada. kahkahkah...aku bukan mcm setengah blogger yg letak summary. sbb aku tau akal2 pemalas korang & aku nak korang usaha jgk jgn nak bersuap je. better aku bukak travel agency camtu jual pakej lengkap dgn bajet...pakcik kayo!!

tul tak?

oic, so i get the wrong person la ni. hehe

Anash May 11, 2012 at 11:02 PM  

macam baca majalah NatGeo versi bahasa malaysia...senang faham (sebab kalau majalah natGeo asal, banyak menganga nengok gambo dr membaca..ngehh..)

lagikkk....sila sambung citer

Hulubalang May 14, 2012 at 10:31 AM  

very good idea la....jom kite buat travel agency sama2...wakakakaka hehehe amboi2 hang perli aku nooo.. nampak gaya aku kena rajinkan diri aku la camni... hehehehe.....anyway ko punyer experienced and ur blog mmg bestttt.. keep it up....

Jessying May 14, 2012 at 10:47 PM  

wow.. nice write up! As a chinese, am ashamed havent been there yet !!!

Sal May 15, 2012 at 8:19 AM  

Assalamualaikum Fatt,

Saya suka baca blog awak nie. Saya dah quite sometime jadik silent reader. Hehehe! Love to read about your journey visiting places of the world. Buatkan saya nak plan for next year. Mohon link blog awak yer.
Tq.

Naramas Aman May 15, 2012 at 7:27 PM  

Fatt,
Alhamdulillah saya sekarang berada di Beijing. Dah seminggu. Saya dah cuba cara yang Fatt beritahu pada saya. Tetapi tak berjaya. Kata orang di sini, bukan semua tempat boleh guna cara tu. Ada tempat tak boleh. Malangnya tempat saya tinggal ni tak boleh. Walau bagaimanapun saya ucapkan banyak terima kasih pada Fatt sebab sudi kongsi ilmu.

Baru semalam saya boleh akses blogspot, guna proxy lain. Tapi itu pun kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Saya baru pos entri terbaru saya di Beijing semalam. Kalau ada masa, bacalah.

fatt May 21, 2012 at 2:51 AM  

kak anash,
nanti balik sy sambung ye kaka...



hulubalang,
aku gurau jela, jgn amik ati noo..kalau buat travel agency ni kayo dah kot tpi nanti jadi tamak plak..iskk takut jgk tu



jessying,
thanks jessy. u should go to Xian. lots of things to see. nothing to be ashamed of :)



sal,
wsalam sal, sori lambat reply sy sibuk skit skrg. terima kasih sbb sudi luangkan masa di blog ni wlpun skrg makin susah nak update. sy hrp awk pun dapat pegi ke tempat2 tu..sy buat bajet travel je sal...insya Allah awk pun boleh. terima kasih



naramas,
kak, tak boleh ke guna proxy tu? adui..tapi akak cuba la..mmg complicated skit tapi try byk kali. benda tu kena install kat pc. sy aritu main try & error je berkali2. akak dah update cerita di beijing ke? nanti sy jenguk blog akak. skrg ni sy baru dpt bernafas skit sbb sebelum ni sibuk memanjang

jaga diri baik2 kat sana :)

Farikica June 4, 2012 at 1:19 AM  

Wow..banyaknyer komen...penat scroll untuk ke bawah..he..he..:) Best la tempat ni... teros melekat baca... seram pulak nengok patung tu x berkepala... anyway, kenapa org yg buat vandalism tu, ambik/musnah kepala saja? kenapa x ambik badan ka..? kaki ka..? Queen Eli lepas keluar dari pit, balik malam, kompom mimpi..kih..kih..

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP