Made In China : Xian (Part 4)

June 01, 2012

Seperti yang dijanjikan aku akan menyambung semula travelog Xian yang terbengkalai sejak beberapa minggu yang lepas. Sementara itu aku simpan dulu cerita NZ, ok!

Sambungan travelog sebelumnya di sini.

Pit 2

Terletak sejauh 66 kaki di hadapan Pit 3 ialah Pit 2. Perbezaan di antara kedua-dua pit ini ialah dari segi saiz dan jumlah patung terracotta di dalamnya. Pit 2 mempunyai keluasan sejumlah 65,000 kaki persegi iaitu 11 kali lebih besar dari saiz Pit 3 dan menyamai saiz sebuah padang bola. Huh!

Pit ini ditemui pada tahun 1976 dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1994. Ia merupakan pit kedua terbesar selepas Pit 1 dan mengandungi lebih daripada 1,300 buah tentera terracotta dan kuda, 80 buah kereta kuda dan peralatan perang seperti pedang, alatan memanah dan sebagainya. Berbanding Pit 1 dan 3, Pit 2 lebih lengkap sebab kat sini je boleh dijumpai kneeling archer dan tentera berkuda. 

kneeling archer (L) & tentera berkuda (R)

Juga dikhabarkan bahawa susunan tentera di dalam pit ini merupakan di antara strategi peperangan yang pernah digunakan sewaktu zaman Dinasti Qin. Kalau dilihat dari gambar kita boleh nampak tempat ini masih belum dibongkar sepenuhnya seperti di Pit 3. Ini adalah kerana kerja menggali dan mengeluarkan patung-patung tentera terracotta masih belum selesai dan sedang dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Seperti yang pernah aku ceritakan dalam entry sebelumnya, tempat ini masih lagi baru dibuka jadi mungkin lebih banyak kejutan yang menanti semua kaki sejarah mahupun kaki jalan.
masih banyak tentera terracotta yang tersembunyi di bawah "bumbung" ini
keluasan Pit 2 yang menyamai sebuah padang bola
antara patung kuda dan tentera terracotta yang telah musnah
tembok dibina untuk memisahkan setiap ruang dan kemudian ditutupi bumbung

Para pengkaji sejarah mendapati adanya kesan terbakar dan kerosakan pada patung-patung terracotta di dalam Pit 2. Hal ini sebenarnya disebabkan oleh kebakaran yang telah dilakukan oleh Xiang Yu iaitu seorang tentera yang digeruni pada zaman Dinasti Qin dan beliau mempunyai sebuah bala tentera yang berjumlah ratusan ribu orang. Selepas kemangkatan Maharaja Qin beliau mahu merampas kuasa dan dengan sengaja mengganggu tempat ini serta merosakkan patung-patung terracotta serta membakarnya dan kesan kemusnahan ini boleh dilihat jelas sehingga sekarang. Peh!

mengeluarkan patung yang tertanam lebih daripada 2,000 tahun bukanlah satu kerja yang mudah
patung yang musnah ini akan dicantum semula dan disusun mengikut kedudukan asal
antara patung yang musnah akibat ditimpa runtuhan bumbung
Antara penemuan lain yang mengujakan di Pit 2 ialah pedang yang diperbuat daripada gangsa. Sewaktu ditemui, pedang-pedang ini masih tajam dan tidak berkarat walaupun telah berusia lebih daripada 2,000 tahun. Setelah dikaji, mereka mendapati bahawa ia telah dilapisi denganchromium oxide yang berfungsi untuk menghalang besi daripada berkarat. Teknologi yang digunakan oleh pembuat senjata pada waktu ini amatlah mengkagumkan kerana bahan anti-karat ini hanya ditemui oleh orang Barat pada awal abad ke-18 sedangkan ia telah wujud lebih lama sebelum itu (cuma tertanam di bawah tanah!).

Tahukan bahawa kesemua patung ini sebenarnya berwarna dan bukan kelabu asap?

[source] pengkaji sejarah berpendapat bahawa ini adalah warna asal patung terracotta.
walaupun nampak macam serupa tetapi warna setiap satunya adalah berbeza
[source] warna pada patung terracotta yang telah luntur

Sebenarnya kesemua patung ni berwarna tapi kebanyakannya pudar disebabkan oleh aktiviti pengoksidaan. Dulu, sewaktu tempat ni dibuka, para pengkaji tidak dapat mengenalpasti cara untuk mengawal masalah yang berlaku tapi lama-kelamaan, selepas melakukan beberapa ujikaji akhirnya mereka berjaya mencipta sejenis bahan kimia yang dapat menghalang warna cat pada patung daripada terus meluntur. Phew! Kalau tak rugilah kita sebab tak boleh tengok warna asal patung-patung ni kan?


bersambung....
.

14 comments:

Naramas Aman June 2, 2012 at 6:31 AM  

Assalamualaikum,
Saya belum sampai lagi ke Xian. Saya harap dalam masa terdekat ini saya dapat melihat patung terracotta tu. Kawan China Islam saya, Mahmud, berasal dari Xian :)

dzuchan June 2, 2012 at 9:20 AM  

fatt..member aku pon baru balik dari Xian (ala T*N tu)
dia pon kata sangat kagum ngan terracota warrior ni..siap suggest, kalo nak pegi china, pegi la sini.

m.u.l.a.n June 2, 2012 at 10:28 PM  

naaakkk sangat pi xian ni...

tqs for sharing ya..

Ely Hasrul June 3, 2012 at 8:25 AM  

aku rasa cm dejavu plak entry nih. rindu, bila nk lepak?

Biqque June 3, 2012 at 1:41 PM  

udah rupa pengkaji sejarah :D i loike sejarah!

BlueEwoke June 3, 2012 at 11:00 PM  

Aku pun rasa cam deja vu hehehe..

Memang gigih tukang buat patung2 ni semua..

Dalam tempat ni byk habuk dak? aku sensitip habuk2 ni, nanti cam nk cabut hidung aku asyik bersin jek..

Farikica June 4, 2012 at 1:04 AM  

HI...returning yr visit...(mcm melawat rumah plak...)Banyaknya blog awak nih.. which 1 is the main 1..? Yg ini ke..? atau yg lain2..? ANyway, very2 good info on Xian n the terracotta..menarik tempat ni.. teringat plak citer the mummy 3...;)

PM June 4, 2012 at 9:14 AM  

fatt... sambunglah cepat2... hehe. lepas tu entry NZ pulak :)

Lavender June 4, 2012 at 9:31 AM  

tahniah kerna dapat menghabiskan cerite terracotta army ni, hehe

gadisBunga June 4, 2012 at 10:45 AM  

agak agak mahal tak gaji tukang sambung patung tu ek?

Janggel June 5, 2012 at 8:36 AM  

Seswai kalo jadi Archaeologer (pengkaji sejarah) ... eh ada ke perkataan tu? Hahahah

Azizan Zolkipli June 5, 2012 at 3:11 PM  

kalau Fatt tak bagitau, apatah lagi menyertakan satu gambor tu. pasti sampai mati lah Wakjan akan sangka semua patung2 berwarna kelabu asap huhuhu ...

nampak gayanya banyak lagi kawasan yang belum dieskavasi dalam pit tu, diaorg nak kekalkan camtu ke atau ada lagi proses carigali bakal diadakan ?

morbid5447 June 5, 2012 at 10:33 PM  

fatt!!

kalo blog ko aku baca time SPM dulu sure lulus dengan cemerlang punya subjek sejarah...
anyway..again.. terbaekkk!!

fatt June 8, 2012 at 2:49 AM  

naramas,
waalaikumsalam. insya Allah cik naramas akan sampai ke sana. tak jauh pun Xian dari Beijing, kalau naik ketapi amik masa setengah hari, tapi kalau flight dalam 2-3jam je kot. make sure singgah tempat ni sebelum balik ke Mesia ok. dan sampaikan salam sy pada kwn tu...muka cam Andy Lau. hehehe :)



dzuchan,
dia pi bila? aku rasa nanti ko kena ke sini jgk la dzu...sbb sini byk benda bleh tengok. pegi tau!



mulan,
kak...AA tgh wat sale Beijing tu, rembat cepat. pastu naik ketapi sampai ke Xian. berbaloi2



ely,
ada lagi sekeping entry camni akan menyusul...ekeke...weh bila kita nak bertepok tampo ni? periuk aku tu ada gaya mcm kena usung bulan 7 nanti je. hahaha...kita piknik tepi laut. amacam?



biqque,
sepatutnya aku jadi ahli arkeologi...patutnyalah. hahaha



na,
dejavu? dah 3 entry lebih kurang sama dah ni...cemuih dah aku menaip tak habis2. tempat ni tak berhabuk..tapi kalau kat luar mmg berhabuk..biasalah..China. kilang run 24jam



farikica,
hi. thanks for visiting. blog sy yg sebenarnya ini, blog lelain tu cuma sampingan je.



pm,
entry Nz pas habis ni la kot. insya Allah



lavender,
belum abis le. eh ko bila nak sambung citer overland tu? tertinggal ketapi kat mana? hehehe



gb,
ntahle. tapi kalau mahal akulah org pertama yg nak apply. hehe



janggel,
archelogist le...apadaaa!



wakjan,
hukoloh, hahaha...itulah wakjan, sy pun baru tau masa pegi ke sini. mmg boleh nampak ada traces of paint kat patung2 tu. kalau tgk dlm gambar mmg tak jelas.

kawasan2 yg belum dibuka ni akan dibuka...dorg tgh work on it, benda ni rasanya banyak lagi sbb tmpt ni pun baru discover...sempatla kalau wakjan nak pegi...mana tau nanti dah bukak sumenye



morbid,
masalahnya ada ka pasal terracotta army dalam sukatan pelajaran? adoi...

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP