Made In China : Xian (Part 5)

June 15, 2012

Setelah selesai melawat ke Pit 3 dan 2, akhirnya tibalah giliran Pit 1. Sewaktu melangkah masuk ke dalam ruang yang sebesar stadium ini pandangan aku terhalang oleh kelibat manusia yang membanjiri segenap ruang di hadapan pintu masuk. Aku bertungkus-lumus menyelit di antara manusia yang menyemak kat situ dan akhirnya yesss!!! aku berjaya meloloskan dan diri dan serentak itu.....

WHOAAA GILE LAHHH!!!

Nak tau apa yang aku tengok???    

boleh kira??? aku rasa gambar ni sesuai sebagai latih tubi untuk orang yang susah nak tido malam. kehkehkeh
tentera disusun dalam posisi peperangan
nampak macam sama tapi tak sama langsung!
macam seram pun ye
ada putih, ada gelap, ada kelabu asap...ala-ala 1malaysia jugak la ni. hahaha
Saujana mata memandang! Tempat ni memang luas sampaikan orang yang berdiri di hujung pit nampak macam semut. Berbaloi jugak aku simpan tempat ni untuk yang penghabisan. Kalau tengok ikut turutan mungkin tahap keterujaan pun berkurang bila sampai ke pit yang terakhir.

Sebenarnya ini adalah pit yang pertama dijumpai (tahun 1974) dan telah dibuka untuk tatapan umum pada tahun 1976. Bangunan berupa stadium ini dibina menggunakan struktur besi dan berupaya menghalang dari kebakaran dan kecurian. Teknologi yang digunakan juga mampu mengawal suhu dan pencahayaan supaya tidak merosakkan sumber sejarah yang berharga ini. Kawasan seluas 16,000 kaki persegi ini menempatkan sebanyak 6,000 tentera terracotta, kuda dan sejumlah senjata tapi setakat hari ini baru 1/3 sahaja yang telah berjaya digali keluar. Kalau diperhatikan dalam gambar kita boleh nampak yang partition wall di antara barisan tentera terracotta jauh lebih rendah daripada patung itu sendiri. Kenapa ye?

Kisahnya dulu penah berlaku banjir yang menyebabkan kawasan ni mendap. Tempat ni jugak pernah dibakar oleh Xiang Yu (aku dah cerita dalam entry sebelum ni) dan telah menyebabkan sebahagian bumbung yang menutupi kawasan ini runtuh. Akibatnya sebahagian patung rosak dan terdapat kesan terbakar.

kuda ni macam ori, boleh oder satu
tentera yang menghadap bahagian sisi ini berfungsi sebagai benteng pertahanan
tempat yang ditandakan ni le yang membongkar misteri tentera terracotta
setelah menggali sedalam 16 kaki akhirnya terjumpa harta karun

Dulu (entah bile punye dulu sebab aku pun tak pasti), atau mungkin aku patut kata...waktu Pit 1 dibuka untuk orang ramai dulu, pelancong akan berpeluang jumpa pakcik yang gali perigi ni. Setiap kali pelancong tanya kisah tu pakcik ni akan bukak cerita pasal gali perigi dan cerita ni diulang berkali-kali sampailah pakcik tu naik fedap. Aku pun boleh fedap kalau asik kena ulang cerita yang sama. Kalau sehari ada 1000 orang, larat???  

Boleh jadi khabar angin ni logik sebab masa aku pi haritu tak nampak pulak kelibat pakcik ni. Ke pakcik ni dah arwah? Aku pun tak dapat nak pastikan. Mungkin ada sedara pakcik tu yang terbaca blog ni boleh tolong jelaskan?

negara apakah yang memperkenalkan teknologi batu-bata? jawapannya carilah sendiri
mai! mai! masih banyak lagi yang belum dikorek

Aku agak bernasib baik sebab kebetulan dapat tengok sedikit kerja restoration di Pit 1. Ralit jugak bila tengok dorang betulkan patung-patung yang rosak dan aku rasa best gila kerja ni sebab bukan senang nak dapat peluang sentuh benda artifak. So thumbs up!

proses mengeluarkan tentera terracotta yang masih belum selesai
bila patung-patung terracotta telah dibaiki barulah ia akan diletakkan semula
sempoi kan melepak sambil dikelilingi patung terracotta tak berkepala?
patung yang telah siap dibaiki menunggu masa untuk di loading ke tempat asal

Dalam entry sebelum ni aku ada cerita pasal warna pada tentera terrcotta. Setelah menjalankan kajian selama lebih 20 tahun akhirnya pakar dari China dan Jerman telah mencipta sejenis teknologi yang boleh mengawal warna patung terracotta daripada meluntur. Teknologi ini akan digunakan untuk proses penggalian yang akan datang memandangkan masih ada beberapa ruang dalam Pit 1 dan 2 yang masih belum dibongkar. 
kudaku lariii gagah beraniiii
ada yang cacat, hangus terbakar, lobang sana sini
bye! bye!

Akhirnya selesai sudah kisah 40 hari 40 malam pasal Pit 1, 2 dan 3. Peh lega! Eh belum habis lagi. Pasni aku nak cerita pasal kisah ke makam Qin Shi Huang, siap mendaki bukit sampai tercungap-cungap. Harapnya aku pun tak tercungap-cungap nak habiskan travelog ni sebelum raya. Kehkehkeh.


bersambung....
.

22 comments:

R.a.W | Ramble and Wander June 15, 2012 at 12:51 AM  

Wooo! Memang gilalah! Tapi pada waktu yg sama memang mengujakan!

Rayyan Haries June 15, 2012 at 3:31 AM  

yihaaaaaaaaaaaaaa.... habeh sudaaa... hahha... okay memang sesuai ko simpan post ni lah.. kebabom effect dia!

aku baca tahap terliur habis nak gi ni! ish2.. cepat lah tabung travel aku up ni!'

p/s: aku rasa benda2 ni bakal hidup jadi zombie..haha

Naramas Aman June 15, 2012 at 5:32 AM  

AMAZING! Dasyat...dasyat....ini lebih seram dari Zombie Kampung Pisang...he he he

Janggel June 15, 2012 at 7:36 AM  

Seram jugak kan, cer bayangkan kalo pepatung ni hidup memalam..kekeke. Pastu buat poco-poco beramai2 macam dalam cite Night at museum tu! Hahaha.

Harap2 ada la sedara mara pakcik gali perigi tu baca blog ko ni Fatt, boleh suh dia jawab segala persoalan tu!

dzuchan June 15, 2012 at 8:38 AM  

WAAAAHHH (capslock)
aku suke la gambar 1st tu..
tengok dalam gambar pon WAHHH (capslock lagi)
memang cam majalah discovery channel tu..
*nak pegi nak pegi*

gadisBunga June 15, 2012 at 9:36 AM  

aku suke gambo 1st and last. ohsem!!

*

tapi kan...gile besor kan area dia. banyak yang boleh dibaca dari saiz kawasan artifak tu saja pun. kagum ah!

Biqque June 15, 2012 at 11:15 AM  

agak2 dlm benteng pertahanan tu ada tak patung army yg tertimbus...hmmm...

menarik gile cite pasal terracota ni kan? suka aku. lagi best, sbb masih digali...tah brapa banyak lagi kat dalam tu.

part kudaku lari gagah berani tu mmg haremmmmm tergelak aku! dah la tengah serious baca sejarah! hahaha!

aritu tgk docu xian, gile bapak besar tembok dia, panjang plak tu! mmg tak sabor rasanya nak terjah xian :D

fatt June 15, 2012 at 1:51 PM  

r.a.w,
gila sebab 40hari 40malam baru habis cerita ni eh? hehehe....



rayyan,
wah suka ko lompat bintang ye. aku lum habis cerita pasal pegi makam maharaja lagi, pastu ada cerita kungfu panda...ko tunggu ye...melekat di depan skrin kompiterr...

aku ada baca somewhere dalam tenet kata ini petanda dajjal...erkk...tapi aku rasa andaian tu tak berasas....ko rasa?



naramas,
zombie kampung pisang? HAHAHA....sipi2 nak sama dah kot cuma yg tu pakai kain pelikat. hehe



janggel,
poco2? kalau dia bikin poco2 aku tak takut dah, aku gelak je rasanya...hahaha

haritu citer tomb raider kuar plak patung2 ni...dejavu eh



dzuchan,
ko ajak tun ripit seken time. mesti dia nak punyelah!



gb,
makasey. tp ente amik gmbr lagi hebak...gb, aku rasa ko kena pegi cni & petik byk2 gambar dgn kamera ko yg gojes itewww



hairi,
SKEMA NAU TATABAHASA KO JAH!!! HAHAHA



biqque,
ada lagi mbak biq, jadi oleh itew sila pergi lagi 1-2 tahun lagi supaya lebih byk yg boleh ko tengok. tempat ni mmg besar gile mmg ko kena pakai kasut yg proper atau bakal menempah sakit kaki.

klu kuda tu betul2 berlari le ko pengsan tak? hehehe...aku rasa nak curi sekor bawak balik umah...buat perhiasan kat taman....konon

none June 15, 2012 at 2:22 PM  

salam fatt,
saya suka gilerr baca blog ni.. saya silent reader... arini masa lecture siap tulis kat whiteboard alamat blog ni. sy suh student saya baca...haha.. sebagai assignment..kahkah...

none June 15, 2012 at 2:23 PM  

yang benar,
puan bunga tulip..eh

pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas

Hairi Tahir June 15, 2012 at 2:45 PM  

tetiba patung tu memalam flash mob. acane?

hidaya hui June 15, 2012 at 4:02 PM  

salam fatt. dah lama x comment kat blog u, just jd silent reader jer.o ye..ni yuyu-he, alaaa.. yg ikut petua u pegi guangzhou dulu tu.satay tepi jln tu...

fatt June 15, 2012 at 11:28 PM  

pn bunga tulip,
wsalam & salam perkenalan. terima kasih sbb bersuara akhirnya. hehehe. erk, suruh student baca blog ni as assignment? confirm dorang sume akan fail sbb tatabahasa je dah out. hahaha...anyway nice one! thanks =)



hairi,
klu dia flashmob gua yg pertama sekali akan lari. tapi sebelum tu gua nak shoot dulu video kot2 bleh jual dapat duit jutaan-jutaan ke



hidaya hui,
wsalam hidaya. yezza, sy masih ingt lagi. kalau sebut pasal satay guangzhou mesti sy akan ingat. lama tak nampak, sihat ke? ada ripit gz lagi?

R.a.W | Ramble and Wander June 16, 2012 at 5:00 AM  

Yg 40 hari 40 malam tu tak gila sgt. Pasal apa tak gila sangat? Pasal aku baru je kira berapa hari dah aku tulis pasal trip ke Iran.

Genap 101 hari, hari ini.

Tu pun tak habis2 lagi, hahaha!
Stress aku!

Illias Masri June 16, 2012 at 2:39 PM  

aku akhir-akhir ni tgh down gila semua academic project aku xde progress langsung... selepas khatam blog kau ni Fatt, terus bersemangat balik. eh, ape ntah motif aku p luah benda ni kat sini.. hahaha~

anyway, nice post, kipidap! tapi jgn la lama benor, berjejes air liur duk tunggu post baru kau...

m.u.l.a.n June 17, 2012 at 1:55 PM  

wooaaahhh... memang tersangat awesome pit 1 ni...

tqs for sharing...

ToMeiNoMei June 17, 2012 at 8:27 PM  

salam.........

nak tanya, view kalau naik ketapi dari beijing ke xian menarik tak?

Anash June 18, 2012 at 9:15 AM  

gile awsome gambo
bekerja di kawasan patung tiada kepala...kompom seram
lebih2 lagi terbawak balik kepala itu ke rumah
hahah
best gambo fatt...penangan kamera baruuuuuuuuuuuuuuuu...bravo!!

fatt June 19, 2012 at 8:52 PM  

raw,
cerita iran ko dah habis ke? aku nak baca. aku sebenarnya pun banyak travelog yg tertunggak. kdg2 bukan apa, vitamin M tu banyak sangat...kuikuikui =P



illias masri,
ada connectionnya tu. maknanya tu ko kena pegi jalan2, kasi spirit menaik skit. apa macam? kdg2 aku pun stress sbb keja, jadi aku curi2 jalan...balik baru rasa mcm lega skit. aku ada 5-6 post lagi pastu habislah...tunggu yek!



mulan,
pit paling besau ni kak! lumayan!



tomeinomei,
wsalam. sy naik keretapi ni waktu malam, jadinya sy tak nampak apa2. kalau siang tu biasalah, view biasa je.



anash,
ni kamera lama le kak. kamera baru belum beli lagi waktu ni. sy kalau keje cni mmg sy curi kepala2 tu, jual juta2 usd ke..makcik kayoo!!

Illias Masri June 19, 2012 at 11:35 PM  

lepas baca cerita overland trip kau terus aku pergi kl sentral beli tiket ke bangkok bulan depan... hoho.. babai kejap thesis~

Lady Caca September 30, 2012 at 11:45 AM  

Hi. Aku pun pernah g jalan2 kat Xian.
Cuma aku nak komen. Masa aku pergi dulu tu, aku jumpa pakcik tukang gali perigi nih. Yang jumpa teracota ni 4 orang petani. Tak pasti la semua hidup lagi ke tak, haritu jumpa sorang je. Dia duk sign buku teracota nih. Kaya raya dah sekarang diorang kata travel guide aku tuh. aku amik gambar pakcik ni tanpa kebenaran dia, last2 kena marah n kena bayar 20 yuan. hihi.

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP