Made In China : Xian (Part 7)

July 24, 2012

Hari Kelima : 7 Februari 2012

Hari ini merupakan hari kedua aku berada di Xian. Oleh kerana takde sebarang aktiviti jadi aku sengaja melajakkan tido. Mimipi aku dikejutkan oleh ketukan yang bertalu-talu di pintu. Potong stim betol! Sambil menggosok-gosok mata yang mengantuk aku bingkas ke pintu. Sape pulak yang ketuk pagi-pagi ni? Daun pintu dikuak dan di hadapan aku tercegat Angel iaitu staff hostel sebelah yang pick-up aku dari stesen keretapi semalam.

Dia : Sorry to wake you up
Aku : It’s okay, I’m suppose to wake up by now
Dia : I thought you want to join me to museum today
Aku : Museum?? Arghh, I really forgot about it, sorry. Are you leaving now? shoot! camne aku bleh lupe ni!! 
Dia : Yeah. We’re about to leave now. But it’s okay, you can join me this evening
Aku : Maybe. Don’t worry about me. I can go later
Dia : I will be back at 2pm, so I’ll see you then! 
Aku : Yeah, see ya!
Dia : By the way, thank you for the coins!
Aku : No problem!

Angel penah bagitau yang dia suka kumpul syiling dari pelbagai negara. Kebetulan pulak dia belum ada collection dari Malaysia jadi dengan senang hati aku menyedekahkan duit syiling yang ada. Selepas menutup pintu aku kembali semula ke katil. Aku terkejut sebab cadar katil roommate aku dah siap berkemas. Segala backpack dan barang-barangnya turut “lesap”. Seingat aku subuh tadi dia masih berlingkar atas katil, bila masa pulak dia check-out? Magik jugak minah ni.

Tanpa membuang masa aku terus mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Sewaktu melintasi meja reception aku terpandang senarai nama penghuni hostel yang mengikut Angel ke muzium dan antaranya ialah 2 orang budak Sepanyol yang aku kenal masa di Terracotta Warriors exhibition semalam. Deng! Hamik ko! Tido lagi. Pfft!

Sebenarnya aku dah tak tau nak buat apa kat Xian, menyesal jugak duduk kat sini sampai 3 hari. Patutnya malam ni aku dah naik ketapi ke Chengdu. Kalau ikut rancangan asal, harini aku akan ke exhibition Terracotta Warriors tapi disebabkan aku setelkan kesemuanya semalam, maka aktiviti untuk harini dan esok takde kecuali sightseeing, itupun dalam bandar. 

Aku mengambil keputusan untuk merayau tanpa tujuan dan akhirnya terbabas sampai ke South Gate yang jaraknya kira-kira 2km dari hostel. Di sini aku terjumpa satu kawasan yang menjual barangan antik dan kesenian China seperti lukisan, ukiran, seni memotong kertas dan sebagainya. Aku cuba meninjau kalau-kalau ada fridge magnet tapi hampa. 

pintu gerbang yang menjadi trademark Chinatown
gerai-gerai menjual barangan kesenian China
pedang setiawan gamaknye
jangan confuse. ini bukan berus mekap

Perut aku mula keruk-keruk mintak diisi. Apa kata aku pegi ke tempat semalam (Muslim Quarter)? Sana ada banyak makanan halal, boleh sumbat sampai penuh. Untuk ke Muslim Quarter dari antique market kena menapak lagi 1km. Memang penat tapi aku lebih rela berjalan jauh dalam suhu dingin dari berjalan dalam suhu yang membahang. Poyo eh, Malaysia panas ujan sepanjang tahun kot!

Bila sampai di Muslim Quarter aku teringat yang aku belum lagi ke Xian Great Mosque jadi aku pun menukar rancangan untuk ke sana. Masjid ini sebenarnya terletak di dalam kawasan Muslim Quarter, cuma kedudukannya agak tersorok dari jalan utama. Pada mulanya aku pun tak tau macam mana nak cari jadi aku gunakan kaedah try & error. Memandangkan kedudukannya yang tersorok di bahagian dalam maka aku memilih untuk mencuba nasib melalui lorong kecil yang mana di sebelah kiri dan kanannya dipenuhi deretan kedai cenderamata. Aku terus berjalan melalui maze ini sehingga berjumpa sebuah tembok. Cubaan aku mendatangkan hasil apabila tembok ini adalah pagar yang mengelilingi kawasan masjid.

masuk ikut pintu gerbang ni
ada banyak deretan kedai cenderamata

 
follow lorong ni sampai jumpa tembok seperti dalam gambar
tadaa! ini dia pintu masuk ke Masjid Besar Xian
kedai cenderamata di dalam kawasan masjid
Assalamualaikum!
Waalaikumsalam!

Seorang wanita menyapa sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam kawasan masjid.

Dia : Muslim?
Aku : Yes. I’m a muslim
Dia : Where are you from?
Aku : Malaysia
Dia : Oh, Malaysia

Dia menghulurkan senaskah buku kecil yang padat dengan informasi berkenaan sejarah dan latar belakang Masjid Besar Xian. Mengikut rekod sejarah yang ditulis di atas naskah batu bersurat yang ditemui, masjid ini telah dibina pada tahun 742 Masihi semasa era Dinasti Tang. Pendek kata masjid ni telah wujud sejak 1,250 tahun yang lampau dan ia telah disenaraikan sebagai tapak warisan UNESCO Islamic Heritage pada tahun 1985.

Kedatangan pedagang-pedagang Arab ke China telah membantu dalam penyebaran agama Islam apabila mereka menetap dan berkahwin dengan wanita tempatan. Ada khabar mengatakan bahawa masjid ini telah dibina oleh pedagang China Muslim yang terkenal iaitu Laksamana Cheng Ho yang berketurunan Hui. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil sebab muslim quarter ini merupakan kawasan penempatan Muslim-China dari keturunan Hui sejak zaman-berzaman. Sebenarnya masjid ini bukanlah satu-satunya masjid di Xian sebab ada lebih kurang 23 buah masjid kesemuanya manakala 7 daripadanya terletak di sekitar Drum Tower.

Masjid ini telah diperbesarkan semasa zaman Dinasti Song, Yuan, Ming dan Qing. Setelah penyatuan kerajaan baru China dan pemberian hak kebebasan untuk beragama, kerajaan China di bawah Communist Party and the People's Government of China telah menetapkan dana untuk memelihara dan memperbaiki masjid ini pada setiap tahun. Melalui dana inilah masjid ini dipelihara supaya menjadi salah satu di antara tarikan pelancong untuk ke China khususnya Xian. 


Luas kawasan masjid ini ialah 13,000 kaki persegi dengan luas binaan berjumlah 6,000 kaki persegi. Ia dibina membentuk sebuah segi empat dari arah Timur ke Barat (arah kiblat) dan dibahagikan kepada 4 buah courtyard. Bahagian pertama ialah sebuah pintu gerbang kayu besar yang terletak di hadapan pintu masuk utama. Pintu gerbang ini telah dibina pada awal kurun ke 17, iaitu kira-kira lebih daripada 300 tahun yang lampau. Di bahagian kiri dan kanan pintu gerbang ini terdapat beberapa buah rumah lama yang digunakan untuk mempamerkan perabot-perabot dari Dinasti Ming dan Qing.

[gambar pinjam] kebetulan pintu gerbang ni tengah restore so tak dapatlah aku tepek  gambarnya
jangan confuse macam aku, sebenarnya ini bukan kedai perabot antik. ini adalah koleksi perabot dari era Ming & Qing
masih utuh dan kukuh. kalau kerusi zaman sekarang budak kecik karate sohih patah
Seterusnya ialah Five Room Hall yang terletak di tengah-tengah courtyard yang kedua. Di belakang Five Room Hall ialah 3 buah stone memorial gateways yang disokong oleh 4 buah tiang. Di bahagian atas pintu gerbang tengah ini terdapat ukiran Cina yang bermaksud “The Court of The Heaven”.

Five Room Hall
Stone Memorial Getways

Di kiri dan kanan stone memorial gateways ini terdapat 2 pintu gerbang yang diperbuat daripada batu dan ia dibina sewaktu Dinasti Ming. Dibelakangnya pula terdapat 2 batu bersurat dari era Dinasti Ming dan Qing yang menceritakan tentang perintah untuk memperbaiki masjid. Ukiran ini telah dihasilkan oleh 2 orang ahli kaligrafi Cina yang terkenal pada zaman tersebut dan merupakan salah satu di antara hasil seni kaligrafi yang terbaik di China.

pintu gerbang ini telah dibina semasa Dinasti Ming

Bahagian courtyard yang ketiga pula menempatkan Imperial Hall yang merupakan bangunan yang tertua di dalam kawasan masjid. Terdapat sebuah batu bersurat yang dipanggil “The Moon Tablet” dan ia merupakan bukti sejarah yang amat berharga terhadap perkembangan Islam di wilayah Shanxi. Batu bersurat ini ditulis dalam bahasa Arab oleh seorang imam terkenal yang menyatakan tentang pengiraan kalendar Islam.

Imperial Hall
koleksi batu bersurat berkaitan masjid ini
salah satu di antaranya tertulis tentang pengiraan kalendar Islam
barangkali ini batu bersurat yang menceritakan tentang kalendar Islam
Di bahagian tengah courtyard ini terdapat sebuah minaret yang berbentuk seperti sebuah pagoda dan ia merupakan bangunan yang tertinggi di dalam kawasan masjid dan berfungsi sebagai tempat untuk melaungkan azan. Di bahagian kiri dan kanannya pula terdapat Official Reception Hall, Lecture Hall dan tempat untuk berwudhu. Di Lecture Hall ini tersimpan sebuah naskah Al-Quran tulisan tangan yang wujud sejak zaman Dinasti Ming dan peta Mekah yang dihasilkan pada Dinasti Qing. 

minaret ini pernah menjadi tempat untuk melaungkan azan
Seterusnya ialah sebuah tembok yang terdapat 3 buah pintu di antaranya. Di sebalik tembok ini ialah “The Phoenix Pavilion” atau “The One God Pavilion”. Sesuai dengan binaannya yang seakan-akan seekor burung Phoenix maka sebab itu ia diberi nama sedemikian. Di bahagian tengah Phoenix Pavilion ini terdapat sebuah binaan seperti tablet dengan ukiran naga dan kaligrafi bermaksud “One God” yang ditulis oleh seorang pembesar semasa era Dinasti Ming. Manakala bahagian terakhir di dalam keempat-empat courtyard ini ialah “The Worship Hall” atau dalam bahasa ringkasnya Dewan Solat. 

salah satu di antara 3 pintu gerbang yang terletak di antara minaret dan The Phoenix Pavilion
The Phoenix Pavilion
pengaruh Cina dan Arab jelas kelihatan pada binaan dan ukiran khat 
Secara kebetulan sewaktu meninjau-ninjau di sekitar courtyard masjid waktu Asar pun masuk. Pertama kali aku mendengar laungan azan dalam loghat Cina. Memang lain macam dan agak sukar untuk menangkap apa yang dilaungkan oleh muazzin. Walau apapun, aku sempat shoot videonya, mungkin lagi sehari dua aku akan upload dalam entry ni.

Sebenarnya aku tak pasti sama ada kaum muslimat di sini bersolat di masjid atau tidak sebab aku tak nampak satu kelibat pun di dewan solat. Kedua, aku tak nampak ruang solat untuk wanita dalam dewan solat ni. Ketiga, aku tak nampak atau perasan kain telekung wakaf dalam masjid. Mungkin jugak kaum muslimat di sini ssolat di rumah, mungkin. Tapi aku tak peduli semua tu, dah alang-alang sampai timing orang sembahyang jadi takkan aku nak lepaskan peluang berjemaah?

Aku menyapa seseorang yang sedang dalam perjalanan ke dewan solat. Aku bertanya arah ke tempat mengambil wudhu dan dia menunjukkan aku arah ke tandas. Barangkali sebenarnya boleh je kalau orang pompuan solat dalam masjid sebab bila aku tanya tempat amik wudhu dia tak halang atau kata tak boleh solat dalam dewan. Cuma mungkin bukan nature orang pompuan di sini bersolat di masjid, mungkin. Oklah, kalau camtu aku rasa takde masalah untuk proceed. 

kaum muslimin Xian sedang menuju ke dewan solat
sembahyang itu tiang agama dan perkara pertama yang akan dihitung ketika mati kelak ialah solat
Selesai berwudhu aku terus memecut ke arah dewan solat. Sah memang takde ruang solat untuk wanita, kain telekung pun takde tapi takpe sebab pakaian aku dah memadai untuk dibawa bersolat. Nampaknya sempat lagi kalau aku kejar sebab dorang baru masuk rakaat kedua. Aku snap gambar lebih kurang dan terus mengangkat takbir. Nak solat pun sempat amik gambar, gigih. 

ruang interior masjid

Selepas memberi salam dan berdoa orang ramai mula bangun dan keluar dari masjid. Ada yang melintasi aku sambil memberi salam dan ada yang tersenyum. Takde pulak orang datang kat aku cakap "Dik, pompuan tak solat kat sini". Takde. So aku rasa ok jugak kalau datang lagi sekali esok. Tapi kalau kat India jangan harap nak buat camni. Confirm kena perambat sebab sana mazhab lain.

Aku bersandar sambil melihat-lihat dinding di sebelah aku. Eh, ada ukiran rupanya. Memang cantik dan halus seni khatnya. Kalau nak tau, keseluruhan dinding dewan solat ini diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan sebahagian lagi dalam bahasa Cina. Cantik kan?

ayat-ayat Al-Quran yang diukir pada dinding masjid
barangkali ini adalah tafsiran Al-Quran dalam bahasa Cina

Setelah selesai menunaikan solat maka aku pun memulakan misi mengalas perut. Kawasan sekitar muslim quarter sudah mula meriah dengan orang ramai yang berpusu-pusu memenuhi segenap ruang. Seperti malam sebelumnya, aku cuba mencari sesuatu yang berbeza untuk dicuba.

suasana di sekitar muslim quarter
kalau di Malaysia orang panggil putu beras
putu beras version China, ada jem dan kacang tumbuk
baik punya posing. anyway kuih ni rasa macam pulut manisan
Banyak makanan yang aku cuba pada malam itu termasuklah sate kambing. Sebelum beredar aku membeli beberapa jenis makanan sebagai bekalan jika kelaparan di tengah malam. Bila sampai di pintu bilik aku bajet nak cakap "surprise...." ala-ala Eric Leong tapi sejurus pintu dibuka, aku hampa sebab takde sesape di dalam. Nampaknya terpaksalah aku berdondang sayang membazir letrik sampai ke siang.


bersambung....
.

31 comments:

en_me July 24, 2012 at 4:08 AM  

tetiba teringat sejibik mcm masjid kat Beijing pulakk.. uhhuuu

shah_rule July 24, 2012 at 4:23 AM  

wah ko pun rupenye gigih update story pepagi ni.. haha

tertarik sungguh ak tgk muslim kat xian, rasa nak sampai sini jugak satu ari nanti.. pandai ko carik tempat ek.. salute habes,

cam kt beijing ak duduk solat kt situ pun dah rasa cn bole nak nangis sbb rasa cm bumi asing, design die tu kot.. taktau la kat sini kalo ak gie.. hehe

dzuchan July 24, 2012 at 5:21 AM  

chanteknya masjid dia
aku penah tengok satu dokumentari pasal Xian ni
mmg pernah dengar azan diorang..lain la dari kite.

aku nak pegi siniiii..
*kompol duit*

Hang Dhamin July 24, 2012 at 7:07 AM  

Bawak aku travel bersama plz..hehe

Nowwa Fitri July 24, 2012 at 7:40 AM  

Nice info Fatt...bulan puasa ni tengok putu beras tu rasa sedap sangat..hahaha (padahal baru je sahur)..

Ramadhan Kareem Fatt, moga kita beroleh berkat sepanjang Ramadhan.

Aku doakan kau selalu sihat untuk mengembara dan berkongsi cerita lagi.

Ameen.

XOXO

Hulubalang July 24, 2012 at 7:47 AM  

aku lom baca lagi...tp aku nak komen..masalahnya aku xtau nak komen apa..ok bai..!!

CIKU July 24, 2012 at 8:19 AM  

salam..ni salah satu impian journey ciku..xian..insyaAllah ada rezeki sampai..tq byk info.

fatt July 24, 2012 at 8:59 AM  

en_me,
tukau nama lagi? hajimete mana? kekekeke....masjid beijing tu kira masih moden, yg ni kayu semata2...mai la cni pulak. mesti byk gmbr yg cun melecun



shahrule,
ini jelah masa utk aku menghapdet blog weh. hari siang aku bz. aku rasa ko mmg patut dtg China lagi. wlpun ko penah ckp yg ko serik tapi aku rasa ko takkan kecewa di Xian sbb cni byk jgk mende2 menarik.

hehehe...solat di negara org kdg2 bikin hati jadi tisu ye tak? tunggu ko merasa raya di perantauan, rasanya sebaldi ko nangis :P



dzuchan,
haaaa...ko tengok eh nanti video org sini azan. mmg lain gile. unik la senang citer. mgkin sbb lidah dorg kot.

pegilah sini weh. dijamin puas ati!



hangdhamin,
*sumbat dalam backpack* hehehe



nowwa,
iskk ape ni ko kenyang lagi kot. hehehe..tergoda ye. tu blum tgk sate kambennye.

Ramadhan Kareem jgk nowwa...lama tak dgr citer ko. sejak post sensasi tu kan...hahaha..anyway, semoga bisnes ko time bln posa ni menjadi semakin kencang. bile ko nak ajar aku buat kuih ni?

terima kasih beb. aku pun doakan ko sihat & dpt beribadat dgn sempurna spjg bln yg berkat ni :)

take care! xoxo



hulubalang,
*debik sikit*



ciku,
wsalam, insya Allah ada rezeki tak ke mana. pelan2 kayuh ye ciku :)

:: Mrs.Eady :: July 24, 2012 at 9:24 AM  

wahhhh gigih terngangan layan semua cerita!!kagumm kagummm kagummm tahap melopong! :)

Biqque July 24, 2012 at 9:26 AM  

never been to xian but dgn post ko ni, mmg aku percaya apa yg aku tgk kat tv, banyak benda sejarah islam menarik kat situ. tx for "walking" me there :)

bab solat dalam mesejid tu membuatkan aku terpikir, diorang mazhab apa ek? nak gak tau...

aku suka tgk senibina islam n tulisan khat tu...agak2 kalo buat kat dinding rumah, jakim dtg serbu tak? mana la tau, ingat kita ajaran sesat plak.

hamboi part makanan tu mmg best! comel2 jer manisan dia ek?

AjlaA July 24, 2012 at 10:17 AM  

Ramadhan Kareem

mcm best nye tgk muslim community kat sane~

Rayyan Haries July 24, 2012 at 11:39 AM  

Gigih ko update! hahah...dah free ke? hikhikhik....

Xian interesting lah! Nak aim sampai sanaaaa....

Aku ppaham bab solat kat tempat overseas ni... Ninja warrior sentiasa ada weh..hahaha..

Ko ni hebat lak update pasal makan2 fatt oiii... terliur aku tgk! cheetttttt

Naramas Aman July 24, 2012 at 1:44 PM  

Good info. InsyaAllah saya akan sampai ke Xian lusa :)

gadisBunga™ July 24, 2012 at 8:38 PM  

rasa macam tengok citer kung fu. heheh!

hujanlebat July 24, 2012 at 9:05 PM  

tq for the post!! will be in xian in my next trip. n xsabar nak tahu pasal chengdu.. =))

Nowwa Fitri July 25, 2012 at 7:46 AM  

Fatt..biz alhamdulillah.

Barang yang lepas jangan di kenang.Hahaha..

Aku ada kuarkan citer Yemen aku dalam paper Pancawarna Ahad lepas..ko perasan tak?*ihiks*

http://biniaskar.blogspot.com/2012/07/yemen-story-was-in-newspaper.html

Zie Noorzail July 25, 2012 at 8:11 AM  

Fatt...informasi yg menarik! Suke...Islam ada di mana2 serata dunia!

jay jamil July 25, 2012 at 9:16 AM  

putu beras xian tu menggoda imanku! ehhehehehhe

Janggel July 25, 2012 at 9:45 AM  

Cantik betul masjid tu kan, dah la prasejarah pastu besar pulak tu!

Janggel July 25, 2012 at 9:45 AM  
This comment has been removed by the author.
Auriss Haira' July 25, 2012 at 11:49 AM  

suka!suka! pergi menjelajah masjid kat setiap negara ni ada feeling lain sket dr menjelajah benda-benda lain. selain insaf, selalu rasa macam eh eh ada rupanya org islam kat sini. hehe..

teringin nak pergi cina, one day la nnti. btw akak, saya tak jadi gi taiwan. sebab kawan kawen, so takde kawan nak pergi. konfem la tak lepas kan. huhu T_T

BlueEwoke July 25, 2012 at 2:35 PM  

Emm aku suka tgk ambience jalan2 kt kawasan nih, memangil2 je.. dan tak silap aku la kan, masjid besar Xian ni ada diorg buat miniature kat Taman Tamadun Islam kt Ganu.. (tak silap aku la, sb minaret tu cam penah tgk je)

Anash July 25, 2012 at 5:32 PM  

hadoii
akak baca satu satu entry
ehhh
penat tau kejarrr
then tanya balik diri sendiri
si fatt nih tak reti letih ker???
hahaahah
(ele...5 minit pun leh sempat tarik selimut????? hahaahahahaaaa.......sysss....kesah 'rumahtangga' tak leh citer..syss)
sysss...
heheh
selamat berpuasa fatt!!!

Hulubalang July 26, 2012 at 11:01 AM  

ok next entree mesti vietnam... ada dpt hadiah x teka betul?? hehehe....

saza August 2, 2012 at 10:57 AM  

Xian paling best nak makan sebab ada muslim street ni kan...:)

Bibu Wilda August 3, 2012 at 10:36 AM  

padat!..rasa akk tak yah dah pegi kot..baca sini cukup ke?kui3

fatt August 16, 2012 at 3:10 AM  

mrs eady,
tutup mulut. kang lalat masuk. hehehe



biq,
ayat tacing..."walking" tu. aku rasa masjid ni lagi best dari masjid kat beijing sbb binaan dia lebih menggambarkan kesan sejarah lampau

aah ek...aku tak pasan pule..tapi kan, bacaan solat, doa lepas solat..sume sama je mcm kat tempat kita. cara solat pun sama...so aku rasa mmg sama.

jakim datang serbu! lol! kang kata mak esah ni mcm ayah pin pulakkk...

ko suke makan kan? wajib ko terai sume street food dia...lazat



ajlaa,
ramadhan kareem..ye, seronok dpt jmpa sedara seagama =)



rayyan,
tak free, ni tah berapa kali taip dlm wordpad. err ninja warrior? apatu???



naramas,
i believe by now u already there =)



gb,
kannn...siap terbang hinggap kat bumbung lagi...eh tu dah mcm citer mak lampir. hahaha



hujanlebat,
welkam. gogogogogo xian! mmg best...chengdu entry akan menyusul pasni



nowwa,
lama siot aku baru nak komen..sori nowwa...lol! barang lepas jgn dikenang..kekeke...weh sori, aku dah lama tak baca paper...tapi apapun, cagha siot...retis sgt masuk paper! kekekeke



kak zie,
makasih. insya Allah kak...semoga makin berkembang hendaknya. ameen



jay jamil,
posa ni...sabo..kekekeke



janggel,
beso...camnela agaknya waktu terawih kan...aku teringin nak tgk



auriss,
giteww...rasa camtu jgk ainul. rasa cam wah ada sedara kat sini...rasa mcm overwhelmed sgt bila jumpa.

aaaa..nape tak pegi!!! rugi, rugi, rugi! tiket ke sana asik mahal je. tapi ainul bdk baik...dengar kata. hehehe...akak kagum part tu =)



na,
aku rasa ko patut pegi...dgn skil menembak yg ko ada...mmg patut ko pegi. ada miniature masjid ni kat sana ke? aku tak penah sampai lagi tmn tamadun tu...err..haruslah sume org tembak aku..lol!



kak anash,
terpaksa kak..kalau taip sekerat kang tak habis..dahla citer sy berjela mcm karangan spm...rasa nak tulis kontot mcm akak la pasni...mintak turunkan ilmu!

selamat berposa kak..tak lama lagi nak raya dah...baju raya dah siap?



hulubalang,
gigih ko meneka...aku nak habiskan citer cina ni weh..kang tak habis2..



saza,
betoi. kat sini nak mkn apa pun insya Allah boleh. tak mati kelaparan la senang citer =)



bibu,
gitewww...tapi rasanya klu pegi lagi berganda2 kepuasannya =)

ilyani September 29, 2012 at 6:57 PM  

salam!
suka nya entry ni. rasa terpanggil tuk komen sbb kami dah sampai sana baru2 ni. masa nak solat jemaah tu, mula2 terkebil2 sbb tak macam ada jemaah perempuan. bila tanya sorang student yg blh ckp english ni, dia guide kami pegi tempat wuduk utk perempuan.. which is actually outside the mosque area.. dalam bangunan lain! ramai org2 pompuan even solat kat bangunan tu je (mcm surau..)

so tunggu husband masuk dalam masjid besar xian punya prayer hall, i duduk je dekat dpn tu sorang2. tapik ada pakcik yg friendly ni ajak masuk jugak, then sorang makcik ni guide me to the corner belah kanan tu (tgk pic ni) ada tirai kan,ha jemaah perempuan solat kat ruang kecik tu je. ada 2-3 orang makcik je yg solat sama, diorg sgt2 la teruja tgk saya siap kena peluk cium lagi *hehe* lepas solat jemaah habis baru berani langkah masuk dalam prayer hall nak tgk what's inside (ukiran Quran tu sgt amazing!).
i write blog also tapi part Xian tak cover lagik.. for other stories can visit me here travelogue.ilyani.net :)

Fatt September 29, 2012 at 7:19 PM  

ilyani,
wsalam. hi! awk solat di situ ke? masa sy pi aritu takde plak jemaah pompuan, so sy solat kat Main Prayer Hall, bhgn belakang, sebelah kanan =P

mmg tak tau pun tmpt solat pompuan kat luar. 2 hari berturut2 sy solat di Main Hall tu kat belah dalam...tapi takde pulak jemaah yg ckp tak boleh, dorg nampak sy dorg senyum je (sy fikir bole la tu kiranya. hahaha).

haritu masa tanya tmpt wuduk pun dorg tunjuk sy bgnan kat luar tu (sy tak mention dlm blog) tapi sy rasa jauh so sy amik wudhu kat toilet pompuan di kwsn courtyard masjid (nasib baik takde sape yg perasan, fuh).

sy dah jenguk blog awk, sgt tertarik dgn travelog silk road kat Kashgar & Karakul Lake...mmg teringin sgt nak pegi tapi belum kesampaian...so mgkin dgn cerita awk tu akan membantu sy...sambung cecepat ye travelog tu, sy nak baca =)

ilyani October 2, 2012 at 9:00 PM  

aiya, ada toilet pompuan ek dlm masjid tu.. x perasan pulak :p mmg tak paham china punya masjid tak provide proper area utk wanita.. kat Kashgar pun sama. myb culture diorg pompuan x solat kat masjid. anyways. kashgar sgt best, tp cerita sedihnya i lost my DVDs balik 2-3 minggu baru sedar, semua video xde kecuali last disk dlm camcorder (which only covers after Urumqi dan xian yg x jalan sgt sbb my husband tiba2 sakit lepas minum susu unta versi kazakh). sbb dia demam kami x pergi pun terracota semua tu.. so reading yours dapatla jgk idea skit2 ;)

i like your style traveling to point A then balik Msia from point B. x buang masa repeating kat same place kan.. sblm ni x terfikir pulak mcm tu..(nak buat mcm tu jgk la hehe) so if you go to Kashgar one day boleh terus masuk border pakistan (like, 6 jam beyond karakul kot) n maybe balik from islamabad (tapi border tu myb tutup certain season).. tp kami tak terfikir nak jadik adventure sgt sbb isu permit blablabla kat karakul tu, so patah balik ke chengdu jgk.

Fatt October 5, 2012 at 1:35 AM  

ilyani,
adoi i taip 2x tak publish...adeh...

summarize jelah...

- ada toilet. i tau lepas nmpk mcik cleaner kuar dari ctu

- adoi..sadisnya hilang video..gmbr pegun selamat tak? i bleh bayangla ralat dia camne, bcoz i punye hard disk pun corrupt, abis gmbr travel since 2008 sampai 2010 lesap...tp sy tak nangis, just buat dek je malas nak pikir...klu pikir sgt bkn bleh restore balik. mgkin terpaksa mengulang, tu jela kot...huhu

- omai...rugi u tak explore terracotta army sbb tmpt tu mcm national treasure...so please repeat. actly main reason i buat trip ni bcoz i nk tengok TA, lain2 tu sampingan je...so u must come agin, ya?

- i prefer 1-way route, dulu i buat return kat tmpt sama & i kira2 balik costing mmg rugi. kashgar is now on my top list. thanks to u :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP