Mekong Overland : Saigon (Part 1)

July 04, 2012

Baru-baru ni aku telah ke Saigon dan Phnom Penh secara solo selama 6 hari. Kalau tahun lepas aku gunakan jalan darat sepenuhnya dari Malaysia ke Thailand dan Siem Reap dan seterusnya pulang ke Malaysia. Tapi kali ni agak berbeza sebab pergi/balik dengan flight, manakala jalan darat cuma dari Saigon ke Phnom Penh. Tiket kapal terbang bagi perjalanan sehala antara KL-Saigon=RM76 dan Phnom Penh-KL=RM149. Bajet yang diperuntukkan untuk trip ini cuma RM413 termasuk kos penginapan, pengangkutan, makan, entrance fees dan souvenir, dibahagikan kepada 1juta Dong (RM165) dan USD78 (RM248) berserta emergency cash sebanyak RM200, in case bajet lari.

Persiapan untuk trip ni cuma ala kadar, itinerary pun takde sebab aku lebih suka buat sesuatu yang spontan. Aku juga bawak sedikit bekalan roti, minuman 3-in-1, tuna, biskut, mee segera dan beberapa helai pakaian serta barang keperluan asas dan kesemuanya disumbat masuk ke dalam beg 32 liter.

Nota :
- Rakyat Malaysia tak perlukan visa untuk masuk ke Vietnam dan Cambodia
- Departure tax untuk flight dari Phnom Penh-KL dah termasuk dalam harga tiket 


Hari Pertama : 16 Jun 2012

Seingat aku, pagi sebelum bertolak barulah aku terhegeh-hegeh mengemas pakaian dan sementara menunggu subuh aku terlelap. Selepas solat aku bertolak ke KL Sentral dan menaiki bas ke LCCT. Aku sampai di LCCT agak awal dan terus ke boarding hall sebab takde check-in luggage. Flight pagi tu agak penuh dan sepanjang penerbangan ada sekali dua masuk air pocket. Setelah jenuh merempit sampai terlanggar segala bumper dan air pocket akhirnya flight selamat mendarat di Tan Son Nhat Airport 20 minit lebih awal daripada waktu yang dijadualkan. Syabas Air Asia!

Semasa di imigresen muka pegawai kastam yang menyambut penumpang semuanya toya. Siap marah-marah bila tengok queue panjang, teruk betul perangai walhal kerja chop passport je kot! Ah tak kisahlah, janji bila turn aku dia tak banyak songeh. Selesai urusan kastam aku terus keluar dari airport dan mencari transport untuk ke bandar.

Aku memilih untuk menaiki bas 152 memandangkan ia lebih ekonomi dan selamat untuk poket. Tambang bas cuma VND4,000/60sen dan sila sediakan wang secukupnya. Kalau travel berempat mungkin boleh tong-tong naik teksi. Aku difahamkan ada 2 syarikat teksi yang reliable di sini iaitu Vinasun dan Mai Linh (tambang lebih kurang VND150,000/RM25 untuk sebuah teksi). Perjalanan dari airport ke pusat bandar memakan masa 30-40 minit, bergantung pada aliran trafik. 

classic ni weh
selesa dan bersih
tambang 60 sen, murah tu!!
Selain Chu Chi Tunnel, tak banyak yang aku tau tentang Saigon kecuali tempat ini terkenal sebagai lubuk barangan outdoor ciplak, roti Perancis dan kopi. Sebelum ke sini aku pernah dengar orang bercerita pasal keadaan trafiknya yang serabut. Pengguna utama jalanraya di sini adalah motorsikal dan dianggarkan pada masa ini jumlah motorsikal yang berada di atas jalanraya Saigon mencecah 4million, iaitu 3/4 dari jumlah penduduknya. Wow!

Walaupun jumlah pengguna motorsikal di sini amat tinggi tapi budaya rempit masih belum menular. Mereka masih mengamalkan gaya pemanduan berhemah walaupun suka menekan hon tahap menaikkan darah. Disebabkan kegilaan menekan hon sesuka hati inilah maka Saigon dikenali sebagai TinTin City.

bersimpang-siur
Pernah seorang penduduk di sini bercerita, kalau seorang lelaki nak dapatkan seorang awek, maka dia perlu memiliki motor. Kalau takde motor, sebelah mata pun awek tak pandang. Jenis motor jugak memainkan peranan penting untuk mengorat awek. Kalau motor buatan Jepun, maka pakwe itu akan lebih market berbanding pakwe yang bawak motor buatan China. Heh!

Bila motorsikal banyak, maka melintas jalan menjadi perkara yang paling mencabar. Bagi orang yang pertama kali ke sini dan berhadapan dengan situasi begini dinasihatkan jangan sesekali panik. Kalau tak yakin boleh observe dulu tapi kalau tak yakin jugak, boleh ikut orang lain melintas. Pernah seseorang berkata pada aku yang melintas jalan di sini umpama suicide. Hahaha. Sebenarnya melintas jalan di sini taklah sesusah mana. Yang penting jangan teragak-agak, jangan berlari dan jangan mengacuh-acuh. Pemandu motorsikal di sini cukup expert dan akan mengelak sebarang objek yang berada di hadapan mereka. Selamat mencuba dan goodluck!

bus stand kat belakang bangunan ni
Berbalik kepada cerita, lebih kurang 30 minit kemudian aku pun tiba di stesen bas yang terletak di seberang roundabout berhadapan Ben Thant Market. Sewaktu turun dari bas aku didatangi oleh beberapa pemandu xe om (motor taxi) tapi oleh kerana aku :

(1) takut dia bawak ke tempat lain
(2) tak yakin dengan gaya pemanduan dan lalulintas yang serabut
(3) nak cari sendiri sebab hostel dekat area sini je
(4) segan

maka aku pun menolak. Berpandukan peta buku Lonely Planet pirate yang dibeli di Siem Reap tahun lepas aku cuba mencari lokasi penginapan. Setelah 30 minit berjalan akhirnya aku tiba di kawasan backpackers yang terletak di District 1 iaitu Pham Ngu Lao. Kawasan ini merupakan tumpuan backpackers dari seluruh dunia terutamanya pelancong berkulit putih sebab di sini ada banyak deretan bar untuk mereka bersosial.

Hostel yang aku menginap ini terletak di sebuah lorong kecil di Pham Ngu Lao street. Aku memilih untuk tinggal di sini berpandukan review di Hostelworld dan Hostelbookers. Kalau diikutkan waktu ni bukanlah peak season jadi tak perlu booking sebab banyak guesthouse persendirian yang beroperasi di sekitar Pham Ngu Lao dan kawasan berhampiran. Aku pulak tak berhasrat nak membuang masa mencari-cari terutamanya pada hari pertama sampai di sini. Kalau sesiapa suka mencuba penginapan yang berbeza setiap hari maka boleh booking untuk semalam dan selebihnya walk-in. Rata-ratanya harga untuk bilik single ialah USD5/RM16 dan double USD8-USD10/RM25-RM32. Boleh dikatakan semua guesthouse di sini dilengkapi kemudahan tandas, TV satelit, air-cond, hot shower dan wifi.

penduduk dengan aktiviti harian
Saigon Youth Hostel
#241/32 Pham Ngu Lao
female dorm, USD8 per day. agak pricey sebenarnya
Sebenarnya aku cuma dapat bertahan selama semalam di sini sebab tak dapat tido nyenyak disebabkan jiran sebelah yang suka bukak TV siang malam macam orang pekak. So aku tak suggest duduk di sini, kalau boleh carilah tempat tinggal yang lebih aman untuk tido yang berkualiti. Lain-lain komplen berkenaan tempat ini ialah ia agak jauh dari Ben Thant Market (30 minit) dan segala attraction selain signal wifi yang lemah longlai. Kelebihan tempat ini cuma satu iaitu dapur. 

Oleh kerana sampai agak awal jadi aku terpaksa merayap sebelum dibenarkan check-in. Aku gunakan kesempatan ini untuk mencari pakej Chu Chi Tunnel sebagai aktiviti keesokan hari. Berdasarkan pemerhatian aku, pakej Chu Chi Tunnel ini berbeza di antara travel agency. Aku tak pasti kenapa harganya berbeza, cuma setahu aku harga yang ditawarkan ini termasuk transport dan upah tour guide tapi tak termasuk entrance fee VND80,000/RM13. Aku beli pakej Chu Chi Tunnel USD4/RM13 dari Tuan Travel yang terdapat di Pham Ngu Lao (opis Tuan Travel ni bersepah-sepah di District 1) dan setelah itu aku balik semula ke hostel dan menunggu sehingga dibenarkan untuk check-in.

Satu perkara yang aku perasan pasal urusan check-in di Vietnam ialah kita akan diminta untuk serahkan passport. Menyerahkan passport kepada pihak pengurusan adalah perkara mandatori di sini. Sebenarnya aku kurang selesa bila terpaksa melepaskan passport ke tangan orang lain memandangkan itu saja bukti pengenalan diri yang ada bila keluar dari Malaysia. Tapi apa boleh buat, dah style kat sini camtu. Berbeza dengan bayaran yang mana akan diselesaikan sewaktu check-out. So maknanya passport akan jadi guarantor, pendek kata toksah buat akai nak lari.

Setelah membersihkan diri dan berehat, aku amik keputusan untuk keluar berjalan-jalan dan melihat segala tempat yang menarik di sekitar bandar. Destinasi pertama yang aku tuju ialah Ben Thant Market. Aku memilih untuk melalui kawasan taman yang terletak di tengah-tengah bandar Saigon. Ramai orang bersiar-siar dan bersukan di sekitar kawasan taman, tak kurang juga pasangan kekasih yang duduk di bangku dan atas motor sambil bergurau senda. Sepanjang pemerhatian aku melalui taman ini siang dan malam, tempat ini sentiasa menjadi port pasangan kekasih melepaskan rindu. Tanpa segan mereka berpelukan dan bercium di tempat terbuka. Terasa macam berada di negara orang putih bila lalu di taman ni. Pernah sekali secara tak sengaja aku nampak si lelaki me...erm, tak payahlah aku ceritakan sebab amat memalukan. Aku terkejut gila babi dan buat-buat tak nampak. Kalau tv bolehla tukar ke channel lain, tapi kalau live kita hadap jelah. Nampaknya golongan muda di sini dah terpengaruh habis dengan budaya barat sampai tak malu dengan orang sekeliling. Cuma satu aku nak puji, orang-orang di sini gemar beriadah, bersukan dan menari. Kalau nak tengok orang ramai menari waltz, boleh datang ke sini dan belajar.

Untuk ke Ben Thant Market aku perlu menyeberang jalan yang lebar. Mulanya aku tak yakin tapi kebetulan ada seorang pengawal trafik yang menolong orang melintas. Boleh jadi sebab Ben Thant Market ini merupakan kawasan tumpuan ramai terutamanya pelancong maka jawatan pembantu lalulintas pun diwujudkan.

pembantu lalu lintas
Pada mulanya aku sangkakan Ben Thant Market ni besar dan bertingkat-tingkat macam Pasar Baru Bandung tapi rupa-rupanya ia cuma bangunan 1 tingkat yang menjual bermacam-macam barangan di bawah satu bumbung. Ada pasar basah, bunga hidup, kopi, cenderamata, pakaian, kain ela, backpack dan bermacam-macam lagi. Aku hanya melihat-lihat sebab tak tau apa yang nak dibeli. Aku keluar dari market dan menyusuri kedai di bahagian luar. Nampaknya barang sama yang dijual di luar jauh lebih murah berbanding di dalam. Kalau di dalam harga fridge magnet boleh mencecah VND40,000/RM6.50 sekeping tapi di luar boleh dapat separuh harga. Cuma bezanya kebanyakan kedai di luar mengenakan harga tetap. Walaupun tetap tapi masih berpatutan.



Bila keluar dari Ben Thant Market aku ternampak satu roundabout di tengah jalan. Di roundabout itu ada statue seorang lelaki menunggang kuda sambil menggapai sesuatu. Aku tertarik nak ke situ, tapi bagaimana ya? Kenderaan sentiasa membanjiri jalanraya seakan-akan takde peluang untuk melintas tapi tiba-tiba peluang itu pun muncul. Aku nampak seorang lelaki cuba untuk menyeberang jalan dan tanpa berfikir panjang aku terus mengikut beliau dan akhirnya aku selamat sampai ke tengah-tengah roundabout yang pada mulanya kelihatan mustahil untuk dijejak. 

gambar pintu utama Ben Thant Market ini boleh diambil dari roundabout, jadi cubalah melintas!
simbolik. agaknya dia dapat tak gapai burung tu?
Hubungan aku dengan kamera baru ni masih dalam proses suai-kenal, masih belum mencapai keserasian. Kadang-kadang terkial-kial aku mencari function yang sesuai dan hasilnya agak mengecewakan. Aih, rindu pulak dengan kamera lama, tssk. Sedang aku mengambil gambar statue ini berulang-ulang tiba-tiba aku disapa oleh seseorang.

X : Are you from Indonesia?
Aku : Nope. I'm from Malaysia
X : Oh sorry, I thought you're Indonesian.
Aku : It's okay, we're more or less the same.
X : I'm waiting from my friend and we suppose to meet here an hour ago. Are you here for gathering?
Aku : Nope. I'm just snapping photos (yup this bloody hell photo with this friggin camera). Did you say gathering? Is it CS gathering? *cs = couch surfing
X : Yes. How did you know?
Aku : Just guessing because last time I joined the gathering when I was in Bangkok

So we tralalalala dan bertukar-tukar cerita tentang journey masing-masing. Tiba-tiba...

X : Do you want to join me for Mekong Tour tomorrow?
Aku : (terkesima) Mekong Tour? Is it recommended?
X : People said that your journey to Vietnam is not complete without going to Mekong Delta. So I guess it's a YES?!
Aku : Sounds interesting. Tell me more about the tour
X : Blablablabla...

Dipendekkan cerita aku pun bersetuju mengikut dia ke Mekong Tour esok. Entah kenapa aku tak berfikir panjang kali ni. Dalam hati aku bercampur-baur antara percaya atau tak tapi aku bulatkan niat dan positif. Aku boleh saja ignore dan tak munculkan diri esok, tapi sebagai seorang yang berprinsip, aku takkan buat camtu. Aku percaya setiap traveller ada prinsip yang dipegang dan takkan sesekali mencabul kepercayaan yang diberikan. Memandangkan plan datang secara mengejut, nampaknya terpaksalah aku menukar jadual ke Chu Chi Tunnel dan menganjak malam terakhir di Saigon Youth Hostel kepada malam ketiga sebab esok aku akan bermalam di Can Tho!

bersambung...

40 comments:

m.u.l.a.n July 4, 2012 at 11:18 AM  

cool trip...!!! i'm coming home, coming home... (2nd home)...

Emy Tak Kecik July 4, 2012 at 11:30 AM  

rindu la plak nak ke HCM lg hehe

HCM la trip pertama aku g tempat org..selama ni merayap dekat2 je...1st time sampai semua nye x reti tp berjaya gak redah :D

Rayyan Haries July 4, 2012 at 11:45 AM  

Tin TIn tu hon ke weh!!! hahaha...tipah tertipu sungguh!!! fattttttttttttttttt.. ko ni main aci redah kan... haha.. ye lah, aku pon terikut ko..hahah...

Motip ada tv dalam dorm? tarak common hall ke weh? pelik sungguh...

Cepat2 up pasal mekong tau! i excited mekong2 nii!! :D

Janggel July 4, 2012 at 12:33 PM  

OOO kalo nak ada awek kena ada moto eh..
nak amik balik koto kat abang aku lah.

zila July 4, 2012 at 12:38 PM  

perhh... backpacker sejati!!!

dzuchan July 4, 2012 at 12:59 PM  

aku baca nanti..sebab aku exam ari ni ngan esok *nak gak komen*
tapi aku suke kerana ko menyahut seruan pembaca yang inginkan kisah ini diblogkan..

TQ

Danny / John July 4, 2012 at 1:01 PM  

This version ok skit....hehehe. Cite lama bila Ni sambung? ;p

Hairi Tahir July 4, 2012 at 1:59 PM  

nice one. lepas ni bley ah aie pegi sana backpack.

shah_rule July 4, 2012 at 2:24 PM  

ok i found your style now, citer lama tak habes lagi trus kuar entry trip baru.. haha

btw yg bersambung ni adakah sama dengan kisah cinta die siem reap tuh? hahahaha

Niza Zainal July 4, 2012 at 2:38 PM  

Haha, bab ringan-ringan tu memang tak boleh blah, hari tu sepanjang perjalanan kami ke Mui Ne pun mereka sempat buat sesuatu dlm bas isk isk.. berdarah mata...

Fatt July 4, 2012 at 2:59 PM  

mulan,
umah akak kat saigon ke? bestnye



emy,
ape yg ko rindukan di HCMC? abe dgn moto skuter ke? hehehe...



rayyan,
yelah, ko ingt TinTin tu mende? HAHAHA..aku suka redah2 ni, barulah surprise!

dorm aku tadek tv la, kalau single/double room tu ada le



janggel,
MOTIP KO NAK BAWAK MOTOR SEBAB NAK MENGORAT??? pi tukau kerakyatan jadi warga Vietnam



zila,
belum lagi hehehe



dzuchan,
kannn..sampai terpaksa aku pause cerita China...kahkahkah..shahrul dah marah aku tu...matilah



danny,
aku cuba mengshortkutkan cerita aku. kalau tak 1000 episod tak abih. cerita lama masih On, belum ditamatkan lagi. hahaha



hairi,
boleh. asal ko tak bernanah mata tengok orang bercanda kat taman sudah



shahrul,
HAHAHAAH...aku gelak guling2 ok. weh citer China belum abis lagi la. aku nak jalan sekaligus sume cerita, cepat skit abisnya. ermm...ni bukan kisah cinte Siem Reap...yg tu masih di German



niza,
HAHAHA...berdarah mata kan. silap2 sakit jantung terus. sy malu betul waktu ni. terkejut nak pengsan pun ada. sungguhg unsangkerable

Bibu Wilda July 4, 2012 at 3:02 PM  

wow nice blog.credit to hubby.Boleh jadikan rujukan we all nanti.Perasaan backpackers tu membuak2 walau anak2 kecil berderet hehehe

Rayyan Haries July 4, 2012 at 5:19 PM  

Tin TIn tu kartun famous kat belgium tu hah..hahhaa...mati2 aku ingat ko gi brussels! hihi

btw, ada something untuk ko kat entry baru aku. thank u sifu.hiyakkkkkkkkk!! hahahhaa (apalah aku merepek hiyakk2 ni hahha)

arepeace July 4, 2012 at 8:45 PM  

fatt, bukan takat ringan-ringan je kan?? sampai tahap "tuuttt" atas motor jek weh! besar gila kan mekong river tu, mcm laut!

Farikica July 4, 2012 at 8:48 PM  

That's right..a trip to HCM w/out going to Mekong trip is a shame... sayalah orgnya...x sempat...:( pegik 3 hari ja...hanya sempat p chuchi, war museum dan rumah putihnye...selebehnya ka pasar2...

Maz July 4, 2012 at 9:59 PM  

fatt..like yr style..main redah..byk blh blajar bila kena gaya..baru tau citer mat moto..tak blh lupa menyeberang jln kat sana

Green

Ninie Hanis July 5, 2012 at 1:54 AM  

cepat2 hapdet..nak baca..so adventurous!

err..kali ni dpt tgkap mat europe lg dak?wink2 ;)

Biqque July 5, 2012 at 8:56 AM  

yeay cite saigon dah kuarrrr!

aku tak sabar nak tunggu entry ko masuk lobang tanah tu. aku MUAT dulu, skang aku rasa dah TAK muat...huhuhu!

lawak plak nak ada awek kena ada moto hahaha! janggel kena cari moto beso, baru dpt aweks cun!

haihhhhhhhhhhhhh, jumpa balak baru keeeeeeeeeeee? mamat negara mana plak kali niiiiiiiiiiiiii? bgtau kat abang germ!

dzuchan July 5, 2012 at 3:31 PM  

fatt, ok dah baca
memang traffic kat vietnam ni penah ditunjuk oleh lecturer aku (tak ingat subjek ape,pollution kot).
dia kata even sesak + takde traffic light tapi drivers kat sini mempunyai mutual understanding yg tinggi (hahaha)

tu je aku nak komen..
tunggu episod 2..
mungkin episod 2 ko jadi entry china
mungkin jugak jd entry korea..
:-) :-) :-)

morbid5447 July 5, 2012 at 4:07 PM  

tepat pada masanya...dapat gak aku info latest pasal tempat tu...terbaekk fatt...

fatt July 6, 2012 at 8:51 AM  

bibu,
latih anak2 berjalan2 sekali, mcm org putih selalu buat tu. exposure dari kecik ni bagus. btw sape hubby u? sy kenal ke? tq



rayyan,
fyi, aku haram tatau katun tintin tu dari mana. LOL! brussels tu tahun depan la kot, klu aku pi mesti aku warwarkan...anyway thanks a lot for the entry. glad that ure inspired =)



arepeace,
bukan atas motor....dia errr, nantilah jumpa kita story. hahaha...

tapi kalau compare antara floating market sini & bangkok, i'd prefer bangkok...lebih menarik kot



farikica,
hehe...alahai, takpe, bleh ripit lagi. ni asik ulang-alik ke pasar mesti borong barang utk bisnis kan? sy pulak tak masuk war museum sebab rushing. katanya best, betul ke?



maz,
sy flexible. kdg2 terlalu planning pun tak bagus, mcm terikat. yg pasal mat motor tu nasib baik demand motor, kalau keta? pengsan rasanya. tapi kan, seberang jln kat sini lagi better dr di china. kat china tu lagi seram. hehe



ninie,
aku tak tangkap mat saleh, aku tangkap 3 beg. hahaha...weh alamat ko aku dah misplace, bleh emel lagi sekali tak?



biq,
HAHAHAHA...ala biq, ko bukannya LEBAR pun, ko rasa je camtu, aku tgk ko kurus je. hehehehe...

aku siyes nak gelak baca komen janggel..klu nak makwe paling hot kena beli motor tayar besau le, kalau bwk modenas lagi haroommm tak pandang =P

hahaha..ko tunggu ye, aku bakal menayang balak aku jappp je lagi. LOL!



dzuchan,
kuangasam!!! aku tergelak baca perenggan kedua. ala weh, blog aku ni mcm astro jgk, ada byk channel. jap kuar citer saigon, jap cerita umrah (kasi insap skit), jap citer korea...variety ape? HAHAHAHA =P

fyi cni ada traffic light, dlm town, luar town aku tak pasan plak, mebi belah2 kampung takde la kot, err...tapi bak kata lect ko la, dorg punye mutual understanding mmg tinggi. sbb tu ko jgn buat pesen ayam melintas, mmg kompem ko bakal jadi statistik eksiden yg rare di vietnam. LOL!!!



morbid,
aku nak kirim kopi mocha dah alang2 ko nak pi, aku nak bikin stok utk setahun. bleh?

AjlaA July 6, 2012 at 11:28 PM  

dah lama tak singgah jadi rasa gaya penceritaan kali ini lain sedikit. hehe

kak, dah dapat dah pos ekspress nya. terima kasih banyak2 :)

Syakir Rahman July 8, 2012 at 3:41 AM  

public bus diorg mmg terbaek...even old skool, tapi bersih dan nampak elok je lagi...

zany July 8, 2012 at 10:09 PM  

lamanya tak singgah sini.
tunggu trip awak ke Queenstown during winter, confirm lambat lagi ni.

jo July 9, 2012 at 4:39 PM  

segan???

kah! kah! kah!

Anash July 9, 2012 at 4:59 PM  

kannn...
tintin ...munyik hon gitu
akak kalau nak lintas sini
dah tak pandang belakang dah...
wajib lari lintang pukang....
semputttt...

morbid5447 July 10, 2012 at 1:07 AM  
This comment has been removed by the author.
morbid5447 July 10, 2012 at 1:09 AM  

nk kopi luak pun boleh...anyway...aku suka term "air pocket"...hahahah..mcm mana ko tau tu....nasib landing tak kena "bubble" sebab crosswind...hahhaha

SM July 11, 2012 at 12:53 PM  

tiket bas tu boleh buat koleksi. bila pergi tempat lain, simpan.

kak mah July 15, 2012 at 2:16 PM  

Nak pergi lagi rasanya...memang best!

retna yusof July 17, 2012 at 5:34 PM  

cool!!
ako pun x sempat lagi nak buat entry pasal trip ke HCM ni..

xpe just continue dulu membaca journey ko ni.. ;-)

Hulubalang July 18, 2012 at 7:42 AM  

uihh...lamanya nak tunggu entri seterusnya....tgh berteka teki... next entri.... entri yg mana akan kluar...china? vietnam? errr atauu....kuang kuang kuanggg....

hajiMete July 19, 2012 at 8:11 AM  

baru pas tengok muvie vietnam war 'Full Metal Jacket'.. "Me love you long time", "Me sucky sucky".. uhhuuu

Fatt July 20, 2012 at 1:52 PM  

ajlaa,
sama2...la, ni gaya ekspress ni. kang tulis berjela alamatnya sampai raya thn depan pun tak abis..hehehe



syakir,
naik bas lama ni kdg2 membangkitkan memori...betoi tak?



zany,
LOL! akak, jgnla gini..malu ai...tgkla sy push skit2 no...takde masa nak hadap blog sgt skrg ni kak..sibuk.



jo,
ko baru tau ke aku ni penyegan? HAHAHA...sangatla propa



anash,
nanti kita lintas jln berduet ek kak...akak kena prektis dr skrg utk upcoming trip :P



morbid,
kopi luak mana bleh minum weh. bole ke? uih haruslah aku tau term2 ni, tapi klu kena waktu flight gegar2 ke aku pejam mata sambil bayangkan bas masuk lubang...klu tak mau panik dibuatnye



sm,
sy kumpul byk jgk tiket2 lama ni..sume resit sy simpan cuma blum ada masa nak susun elok2 dlm album. klu org lain confirm dah buang sbb sampah katanya



kak mah,
jom kak, bila?



retna,
laaa...hang pun dah pi. aku rasa entry hang mesti abis dulu sblm aku. HAHAHA...*sorok muka dalam selimut*



hulubalang,
kannn...ko teka pasni kuar citer ape, klu betul aku kasik hadiah. cer teka...



hajimete,
movie mende tu pak aji, cerita zmn bila tu ai ketinggilan zaman ni...baru kuar dari gua :P

Rayyan Haries July 20, 2012 at 8:33 PM  

apa kes war2 kan...bawak aku sekali! hahaha...

Jalan Jalan Jer July 22, 2012 at 6:26 PM  

adehh.. spoil betul bile terpandang bende melingkar dlm balang tu....eeeeee.. *tutup mate bace entry ney...

Nowwa Fitri July 24, 2012 at 7:53 AM  

Fatt..

Aku baru bernapas setelah sekian lama busy untuk blogwalking.Nasib baik tak banyak yang aku tertinggal...

:)

fatt August 16, 2012 at 3:14 AM  

rayyan,
insya Allah bro



jalan-jalan jer,
mmg spoil sgt. dorg tak takut ke klu lepas makan tetiba keracunan? iskk yuckkk



nowwa,
kali ni aku update blog pesen siput sedut..kekeke

Hafsah Mohd Yusof October 15, 2012 at 6:38 PM  

Bila tengok gambar Ben Then Market ni kira-kira satu tingkat jer macam Victoria marketlah ya...Akak nak tanyalah cam ner nak senang kira dari Vietnam Dong ke RM...Akak nak pergi HCM this coming Nov...

Fatt October 15, 2012 at 11:30 PM  

hafsah,
ye, mcm QVM..setingkat je..tapi besar la jugak. sy punye rumus ikut pada berapa RM utk 1juta Dong.

macam aritu sy dapat RM165=1juta Dong, so bahagi...dapat 6060

pastu setiap kali nak beli barang, harga dalam Dong, contoh VND100,000...sy akan bahagi dgn 6060...so dapatlah RM16.50

jadi utk memudahkan kerja, akak buatla small table conversion Dong ke RM, selit dalam wallet. kalau tak pun akak bawak je calculator...senang. bleh terus tekan. nak nego pun senang bleh tekan je harga yg akak nak

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP