Mekong Overland : Saigon (Part 2)

July 19, 2012

Hari Kedua : 17 Jun 2012

Menjadi kebiasaan aku bila berubah tempat tido akan kerap terjaga. Puas bergulung dalam selimut sambil tido-tido ayam akhirnya pukul 5pg aku pun bangun. Backpack yang siap dikemas sejak malam sebelumnya disandar ke tepi pintu. Lampu tandas dinyalakan supaya tak mengejutkan sesiapa. Setelah membersihkan diri dan bersiap sepenuhnya aku bergegas ke tempat yang dijanjikan iaitu di roundabout tempat kami berjumpa semalam. Mujurlah dia masih menunggu aku yang kelambatan 15 minit. Kami terus ke travel agency yang dimaksudkan iaitu Tuan Travel. Aku menyerahkan USD20 kepada salah seorang agen di situ. Harga pakej Mekong Tour ini berbeza-beza bergantung pada pakej yang diambil. Pakej daytrip antara USD8-13 dan pakej 2H1M antara USD20-40. Aku letakkan perkataan "antara" sebab ada yang dapat murah, ada yang dapat mahal. Susah nak justify kenapa harga berbeza-beza walaupun di bawah satu company (contohnya Tuan Travel yang ada beberapa buah branch di sekitar HCMC). Jadi sebelum buat keputusan sila shop around dan bargain (kalau low season memang senang nak bargain). 

Sementara menunggu bas yang belum sampai kami ke kedai berdekatan untuk breakfast. Aku cuma memesan air sebab masa check-out tadi orang hostel bungkuskan seketul baquette dan pisang. Kalau nak tau roti baguete sangat famous di Vietnam dan boleh dijumpa dimana-mana. Walaupun tentera Perancis dah lama balik kampung tapi rotinya.....(sambung sendiri). Info pasal roti Perancis sila ketik sini.

Kata orang kalau ke Vietnam wajib cuba kopinya. Dulu aku tak caye yang Vietnam hasilkan biji kopi sendiri. Sebenarnya penanaman kopi mula diperkenalkan di Vietnam oleh tentera Perancis pada tahun 1857. Sekarang Vietnam adalah negara kedua terbesar di dunia yang mengeluarkan kopi selepas Brazil. Tapi ke mana pergi kesemua bijik kopi tu? Balik ke Perancis le. Patutlah kat Perancis banyak kedai kopi. Info pasal kopi Vietnam sila ketik sini.

kopi "O" VND15,000

Kurang jam 9pg bas pun bergerak menuju ke Cai Be yang terletak kira-kira 3jam perjalanan dari bandar Ho Chi Minh. Sape agaknya bubuh nama Cai Be ni, dah serupa Ce B*tooot* je. Agak-agakle nak mencarot sekalipun. 

mendung je, tak membangkitkan nafsu langsung
Sampai di Cai Be kami pun turun dari bas. Kami dibawa menuju ke jeti dan waktu ni bot dah ready nak angkut kami meronda keliling sungai Mekong. Masa ni aku rasa macam tourist sangat. Sekali-sekala apa salahnya...layannnnn.

takyah bayau sebab dah termasuk dalam pakej

Sungai Mekong ni tersangatlah besar, macam laut pun ade. Aku tak pasti ada sang bedal ke idak dalam ni. Kaler airnya macam biasalah, warna teh tarik. Sewaktu menyusuri sungai Mekong kita boleh tengok bot-bot besar dan rumah-rumah penduduk kampung di sepanjang sungai. Aku rasa cruise ni agak biasa dan kurang menarik berbanding cruise di sungai Chao Phraya (Bangkok) yang boleh menang kalau dibandingkan dari segi pemandangan.

setiap bot akan mengiklankan barangan yang dijual
Satu benda yang agak obvious di sini ialah kita akan nampak kayu-kayu dipacak pada bot. Kalau ditenang rapat-rapat, kita akan perasan benda apa yang digantung. Any clue? No? Sebenarnya benda yang digantung ini adalah buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual. Tujuan mereka menggantungkan buah-buahan dan sayur-sayuran ini adalah sebagai strategi marketing dan memudahkan pembeli mencari barangan yang dihajatkan.

Bot yang kami naiki ini mula menyusuri terusan yang lebih kecil dan berhenti di satu tempat. Kesemua penumpang turun dan di bawa ke tempat menghasilkan madu lebah. Di sini penerangan berkaitan salasilah kerabat lebah dan proses penghasilan madu diceritakan dengan terperinci. 


Selepas itu setiap orang diberi peluang mencuba teh yang dicampur madu. Rasanya memang sedap, nama pun free. Bagi orang yang berduit dan ingin kekal cantik bolehlah beli propolis tapi aku rasa petua Kak Nita dan Khir Toyo jauh lebih mudah, murah dan praktikal. Gitewww...

Dari tempat membuat madu lebah kami beralih ke tempat memproses gula-gula berasaskan kelapa. Penerangan ringkas berkaitan proses pembuatan diceritakan oleh tour guide dan selepas itu kami disuruh mencuba gula-gula kelapa yang masih panas (baru angkat dari kuali gamaknye). Aku perhatikan pekerja-pekerja yang membungkus gula-gula ni langsung tak pakai sarung tangan jadi ada sedikit keraguan di situ. Bayangkan kalau orang tu korek hidung sambil bungkus gula-gula....mesti sedap sebab ada perisa tambahan.

*sepanjang pemerhatian aku, majoriti pengusaha gula-gula kelapa tak pakai sarung tangan waktu membungkus gula-gula

(1) bahan utama serta mesin yang digunakan untuk menghasilkan gula-gula kelapa  (2) adunan santan dan daun pandan dimasak sehingga menjadi likat  (3) kerja-kerja pembungkusan dilakukan secara manual
Dari tempat memproses gula-gula kelapa kami beralih ke tempat memproses manisan yang diperbuat daripada beras. Waktu ni takde orang bekerja jadi aku tak boleh nak komen sama ada prosesnya hygenic atau tidak. 

(1) beras digoreng sampai bertukar bentuk (2) seterusnya ia akan digaul bersama manisan (3) manisan akan dimampat dan dipotong mengikut saiz berpandukan garisan-garisan di atas petak ini (4) hasilnya!
Ada lagi bisnes sampingan keluarga ni dan kali ni aku rasa nak muntah balik gula-gula kelapa yang aku telan sebelum tu. Nak tau ape? Jeng jeng jeng.....tonik ular sawa! *muntah*

rasa pening-pening lalat bila tengok benda alah melingkar ni

Tengok orang bungkus gula-gula tak pakai sarung tangan sudah, kuih beras pun dah, ular melingkar dalam botol pun dah...maka kami naik semula bot dan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Binh Hoc Phuoc River Island. Di sini kami berhenti untuk makan tengahari sebelum berbasikal mengelilingi kawasan kampung. Bagi pelancong muslim yang berhajat ke Mekong Tour, anda dinasihatkan supaya membawa bekalan makanan sendiri sebab makanan yang disajikan di sini tidak halal. Aku cuma menjamah nasi kosong sesuap dua pastu telan biskut Tiger. Terasa ralat sebab tertinggal bekalan roti tuna dalam bas di Cai Be. Dem!


Agaknya mungkin dah tertulis yang aku dan basikal tak berjodoh, sebab setiap kali aku berniat nak berbasikal mesti ujan. Dipendekkan cerita maka tak sampai 300meter aku mengayuh hujan pun turun selebat-lebatnya. Nasib baik sempat cari port berteduh, kalau tak confirm lencun.   

nasib baik kali ni tayar tak meletup
Sepuloh minit aku menunggu hujan reda dan akhirnya aku amik keputusan untuk batalkan program berbasikal. Hujan masih rintik-rintik tapi aku terus meredah. Tak sampai 100meter sekali lagi hujan turun dengan lebatnya. Aku terpaksa berhenti untuk berteduh dan kali ini di sebuah kedai basikal. Pemilik kedai yang baik hati tu ajak masuk ke dalam kedai untuk berteduh. Tak cukup dengan itu diambilkan kerusi dan disuruhnya duduk sementara menunggu hujan reda. 

couple sedang membaiki basikal
Bila hujan kembali reda aku mengayuh balik ke tempat kami berkumpul iaitu di kedai makan. Nampaknya hajat untuk bersiar-siar dengan basikal kali ini terpaksa dikuburkan. Tapi takpelah, aku rasa pemandangan kat sini tak jauh beza dengan suasana kampung di Malaysia jadi aku tak ralat sangat bila terpaksa akur dengan hukum alam. Oleh kerana cuaca tak mengizinkan jadi kami terpaksa meninggalkan tempat ini dan menaiki bot untuk balik ke jeti Cai Be. 

Dari Cai Be kami meneruskan perjalanan pulang ke Ho Chi Minh. Oleh kerana aku dan 2 orang penumpang lain mengambil pakej Mekong Tour 2H1M jadi kami bertiga diturunkan dipertengahan jalan untuk menyambung perjalanan ke Can Tho. Agak lama kami berdiri di tepi jalan sambil menunggu tour bus ke Can Tho dan kesempatan itu aku gunakan untuk melihat keadaan trafik di luar bandar Vietnam. Nampaknya takde perbezaan langsung tak kiralah di kampung atau di bandar sebab mereka sangat taksub dengan hon. Kenderaan besar juga dipandu dengan laju walaupun dalam keadaan trafik yang sibuk. Walaupun orang Malaysia bawak gila-gila tapi aku rasa kat sini jauh lebih gila. Tak mustahil pun sebab kadar kemalangan di Vietnam antara yang tertinggi di dunia.

Hampir setengah jam barulah bas yang ditunggu-tunggu muncul. Bas yang aku naiki ini jauh lebih kecil dan kami digabungkan dengan pelancong dari tour agency yang lain. Oleh kerana bas sudah penuh jadi terpaksalah kami bertiga duduk di belakang. Perjalanan selama 2 jam ke Can Tho terasa begitu hazab sebab tak boleh melunjur kaki jadi kami terpaksa duduk dalam keadaan yang tak selesa. Memang ^%$#@!

Kami sampai di Can Tho lewat petang dan terus ke tempat penginapan. Aku rasa sedikit confuse sebab sepatutnya kami dihantar ke homestay tapi end up di hotel. Wah, kalau gini bayar USD20 untuk pakej homestay memang berbaloi sangat sebab orang lain bayar USD50-100 untuk pakej menginap di hotel tapi kami??? Shyy...diam-diam sudah. 

tour bas ke Can Tho
Urusan check-in berjalan dengan lancar dan kami ditempatkan di sebuah bilik double yang lengkap dengan tv satelit, hot shower, fridge dan kipas. Mungkin sebab kami bayar harga homestay so dapat bilik yang berkipas, tapi tak kisahlah kipas atau air-cond sebab takde beza pun. 

hotel yang tak berapa nak hotel
you pay peanuts but you get kfc bucket. understand what i mean? 
Oh lupe aku nak perkenalkan sape kawan baru aku ni. Mesti ada yang kata aku menduakan Abe German kan? Binawe. Suke hati berspekulasi rupanya. Sebenarnya orang yang aku kenal ni sama macam aku gak. Sama spesis, sama jantina. Cuma bezanya dia datang dari negara seberang jadi sebab itulah dia bajet aku pun sama. Perbualan kami banyak dalam Bahasa Inggeris sebab dia cikgu kat international school. Sebenarnya dia tak datang ke Vietnam bersendirian, dia travel berdua dengan seorang kawan tapi hari aku jumpa dia tu kawan dia balik ke Indo dan akan datang lagi the next 2 days. Tak faham? Abaikan. But overall  fun jugak travel dengan stranger. Ibarat kata hanya johari mengenal maniam.


bersambung....
.

25 comments:

retna yusof July 19, 2012 at 12:14 PM  

ko make Tuan Travel juga ek..
sama gak tapi ako just amek day trip je..

niL July 19, 2012 at 12:18 PM  

Kamera baru kah? Gambar cun! Syabas bete!

Wadi AR July 19, 2012 at 12:24 PM  

ingin kekal cantik bolehlah beli propolis tapi aku rasa petua Kak Nita dan Khir Toyo jauh lebih mudah, murah dan praktikal. Gitewww...




*sempat lagi mengutuk. kahkahkah. dah lama tak jenguk blog kau fatt. dah pegi vietnam pule

Koqin Qaremo July 19, 2012 at 1:09 PM  

alamak.. aku ske gula-gula melaka.. tapi ko cite ni.. aiseyy... huhu

dzuchan July 19, 2012 at 2:57 PM  

Aku nak komen, tp aku tak puas bc ikot handphone..tp aku suke Vienna coffee kt MFM

Mie July 19, 2012 at 3:01 PM  

Salam Fatt,

roti... keras macam kayu besbol... hhehe

Menurut kata pemandu pelancong... sang bedal dah pupus kat sungai Mekong ni, sbb masa zaman susah dulu, buaya pun diaorg cekik jugak...

Janggel July 19, 2012 at 4:14 PM  

Lama tak dengar kabo abang german... rindu pulak nak baca citer ada PETIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR2 tu.

Nashua Ibrahim July 19, 2012 at 4:37 PM  

hari2 aku check blog ko Fatt, kot2 ade update.. akhirnya..haha

pay peanuts & u get KFC tu memang beruntung! hihi

Biqque July 19, 2012 at 7:18 PM  

tuan travel ni glamer, aku pun pakai. kitorang kalo pi mana2 mesti beli kopi or teh utk family, aku pun tatau nape hahaha!

huyuh! tak yah pakai banner or bunting, letak buah jer terus! kalo buah tembikai bulat camne??? hahaha!

buduhhh petua kak nita n khir toyo?? hahaha tak leh lawan petua sharifah shawati pembaca berita tuuuu :D

gula2 tu aku sedapppp jer hisap, tak pakai sarung tangan rupanya...sob sob...

aah la, basikal dalam hujan, abg G pe kabor? ce citer :D

kalo kat obersi, dan2 sume ckp homputeh kan? kelesss sgt!

lagi? lagi? *kena tunggu 2 bln lagi rasanya ni...*

Ninie Hanis July 19, 2012 at 10:23 PM  

halamek..sekali ada ulau mengerekot lak dlm botol tu..yarkkee! takpe ah..feel fear factor sket kan.kuikui..

aaahhh..kusangkakan abe europe lagi..bikin saspens..

beb,selamat berpuasa yek.Ko jgn bz2 sgt.Kang kita ter'lost' contact pulak.Penat je tulis2 surat dari zaman skola. lol..

Koqin Qaremo July 20, 2012 at 7:44 AM  

aisehh.. silap lak.. gula-gula kelapa.. huhu..

Emy Tak Kecik July 20, 2012 at 1:59 PM  

bila ko letak kopi vietnam tu, teringat kisah lucu...

masa mula2 nk minum kat kedai HCM , org tu nk perkenalkn coffee vietnam...so dia ckp la kopi tu chongg chongg...ktrang x faham rupanya STRONG...

dah layan secawan mmg sedap...so nak lagi...panggil mamat tu lg...

patutnya ckp "1 hot coffee"
tp aku ckp "1 hot vietnam..."

tak pasal2 org tu gelak guling2...n dia ngaku yg vietnam mmg hottttttttttt

choiiiiiii...sampai skang kene gelak dgn kawan2 kalo teringat kopi vietnam ekekke

Fatt July 20, 2012 at 2:03 PM  

retna,
ko pun sama ke? pemes jgk rupanya. ko dapat tour guide mana 1? yg perasan hensem tu ke? rasa nak hempuk2 je kan?



nil,
ko biar betul. gmbr aku mmg kelaut habis ni



wadi,
mesti. tu joke zaman berzaman. hahaha. ko pecer wadi? selamat berpuasa ye



koqin,
gula2 kelapa la! bukan melaka! aku pun suke jgk tapi bila tgk dia buat, aku rasa nak muntah balik



dzuchan,
MFM tu ape? vienna coffee ni beans dari vietnam ek?



mie,
salam cik mie. selamat berposa. roti dia mcm keras + kering. pendek kata bleh tercekik klu makan gitu je. sedap lagi roti canai kan?

tapi kan, logik jgk klu sang bedal pun dorg sebat sebab anjing pun dorg makan...pening kelapa skjp



janggel,
abg german tu gayah. hehehehe....ko nak?



nashua,
akhirnya. kuar jgk entry. tapi mengena tak tekaan ko entry mana nak kuar? hehe...aku bizi skit ni weh, siyes aku rasa cam tak patot pun ada...okla aku berazam akan memaksa diri aku menaip dgn lebih kerap pasni. hehe...

ps : blog ko takde button follow ke?



biqque,
glamer...aku, ko, retna pun pakai tuan travel. mmg murah kan? weh siyes depa ada gantung buah tembikai. tapi buh dlm kantung jaring2 tula..klu nak pacak seketul mau sangkut camne?

weh ape petua sharifah shawati? habaq mai...yg aku tau muka dia cam arbok ada le...HAHAHAHA..opss

abe g tu ada...aku simpan ketat2...

tapi kan, aku rasa tatabahasa dia byk kelaut jgk...cuma dia terer ckp french...okla kan. aku hape tak gheti



ninie,
naseb baik ko dah bersalin, klu tak mau ko muntah2 lagi beb.

anyway selamat berpuasa. semoga tabah menjalani ibadah posa di waktu summer...hehehe...aku ada je kat cni, u know how to find me =)



koqin,
ha itulah, bila plak melaka...sengal la ko

Fatt July 20, 2012 at 2:05 PM  

emy,
ONE HOT VIETNAM???? pengsan =__="

confirm sume jejans tu perasan hot kan?? tapi aku tak jumpa lagi pakwe vietnam yg hot masa ke sana...ko jumpa? sume muka sepesen je, kering mcm plywood.

retna yusof July 20, 2012 at 4:33 PM  

hahah ako amek TUAN Travel sbb ako soh org hotel yg tolong book kan.
Tak tahu pun travel mana satu.

Tapi cuma cam x puas hati juga la..
nanti ako citer nape..

dzuchan July 20, 2012 at 8:18 PM  

MFM=manhanttan fish market...
rasanye aku pernah read somewhere yang kata vienna coffee ialah bijik kopi dari vietnam (correct me if I', wrong)
gitulah...

*selamat berpose weh..

Rayyan Haries July 20, 2012 at 8:32 PM  

Tudiaa padat cerita ko...tu lah hoard lagi! :P hahahaha...syok seh... makan yg masak pakai barehand tu lah shiokkk..hihihi...

Eh, bab travel ngan orang baru kenal ni pon aku pernah buat..haha..dari krabi -bangkok, bertiga kitaoang, sorang msia, sorang jepun, sorang minah austria...susah senang bersama gituh...

rindu seh ngan pengalaman camtu..aku ni tah bila nak pas buku merah aku kat imigresen tah..cepatlah ek..haha

Ainul Arina July 22, 2012 at 1:07 PM  

tak sempat habis baca lagi, nk mengomen dulu. hehe

akak, saya dah dapat dah hadiah2 tu. hehe. ainul ada msg ke nombor yg akak tulis, tak tau dpt ke tak. tq2! i loike~ ^_^Y

m.u.l.a.n July 22, 2012 at 3:50 PM  

tuan travel tu mmg femes emes..

seronok baca journey ni.. foto2 lama kt Can Tho, Cai Be dll semua dah tukar kaler.. almaklum dolu guna filem kan..

Azizan Zolkipli July 22, 2012 at 7:59 PM  

patutlah sedap gula2 kelapa tu, sebab ada perisa tambahan rupanya wakakakaka ...

kesiannnn dia tak dapat jalan2 jauh dengan berbasikal. takpe, lain kali boleh cuba lagi. kalau hujan, redah ajelah lainlah kalau kilat petir ada barulah jangan cuba2 kayuh pulak ...

Nashua Ibrahim July 23, 2012 at 2:47 AM  

hahaha" walaupun blog ko lompat2, aku redhakan aje cite vietnam ni, teruih lupakan destinasi kau yg sebelum ni,lol.

eh..perihatin nye.. blog mana 1 ni? portfolio aku ke atau yg saja suke? lol. demi ko Fatt.. aku dah activatekan follow button*padahal tak sedar pun selame ni, sbb blog aku pun x update2,haha

hajiMete July 23, 2012 at 8:12 AM  

sodapp kopi-O kat atas tuu.. uhhuu

masMZ July 23, 2012 at 3:00 PM  

teringat pulak kenangan nyaris nak kena kejor anjing masa berbasikal dalam kampung tuh!!

Fatt, diorang bukak tak air peraman ular tu??? hahahaha

fatt July 24, 2012 at 8:49 AM  

retna,
oic, ko bayar mahal tak? yelah, sbb guna khidmat hotel utk bookkan. weh cer citer nape ko tak puas ati? aku cuma tak puas ati part kepoyoan guide..aku rasa cam ini je ko punye cerita? aku bleh citer lagi detail dari ko...haaa..itule part yg aku tak puas ati



dzuchan,
oic..MFM rupanya. aku blur skit.
yeke weh? ah gasak, janji sedap. hahaha

selamat berpose jgk. dah tuang ke belom? hehehe



rayyan,
hah pasni ke mana pulak? wah kencang jgk ko mengukur jalan. syabas bette



ainul,
hai ainul. dah terima ke? fuh nasib baik tak sesat. anyway akak tak pasti sama ada sms tu dpt ke tak sbb my hp sedikit gile. anyway im glad u like it.thank u :)



mulan,
tapi kak, dia punye tour guide mcm tak fasih sgt. pastu agak sedikit kecewa dari segi penerangan. tapi bab harga mmg murah, sy rasa sebab itulah kot dia pemes



wakjan,
tau tak yg dorg ni sukaaaa sgt korek idung? yakkeeee....

amboi ribut petir baru give-up...tak berani la wakjan. tapi kalau kayuh dlm ujan sure demam.

selamat berpuasa!



nashua,
hahaha...aku terpaksa lompat2 sbb nak kasi sume citer berjalan. pastu azam aku kali ni ialah habiskan sume citer tak kira cepat atau lambat.

aku rasa blog ko ada 2 (kalau ikut profile ko le). aku ada baca blog ko yg psl jalan2 tu. ko dah aktifkan ke? ok nanti aku jenguk. weh update ke tak update takpe, janji pelan2 kayuh. jgn kasi tak update sampai ke sudah cukuple. hehe



hajimete,
amboi bln pose ni memang tgk gambar pun dah terbuka selera. hahaha



masmz,
ada anjing ke? ya rabbi nasibla aku tak berjodoh dgn mereka...cni pesen anjing kejar org jgk ke? ciss...

air peraman ulau tu dorg tak bukak? nape? bau dia mencongkam ke? hahaha

missSenget September 5, 2012 at 6:22 PM  

tergelak part anita srwk dgn khair toyo..

lmbt pikap sikit..

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP