Made In China : Chengdu (Part 1)

August 24, 2012

Selamat Hari Raya Ke-6! Cerita di Xian dah habis so kita teruskan dengan episod Chengdu.


Hari Ketujuh : 9 Februari 2012

pemandangan sebelum sampai ke Chengdu
Berkali-kali aku membelek jam sambil melihat ke luar tingkap. Masih belum nampak tanda-tanda nak sampai. Ke aku yang terlepas stesen? Kalau tak tido lepas subuh tadi mungkin aku tak terpinga-pinga macam sekarang. Makcik opera kat depan aku entah ke mana, mungkin dah sampai rumah dia kot.

Setengah jam kemudian (jam 11.40pg) aku pun tiba di Stesen Keretapi Chengdu. Hujan renyai-renyai menyambut aku yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Kalau bukan kerana dokumentari giant panda yang keluar kat tv dua minggu lepas mungkin aku takkan sampai ke Chengdu.

gerabak hard seater

Waktu keluar dari bangunan stesen keretapi tiba-tiba seorang officer pompuan menahan aku. Haih, time spirit tengah high ni ada pulak yang cari pasal. Dengan muka yang kerek officer itu menyoal aku dalam default language mereka ie. bahasa cina. Dia tak nampak ke aku ni foreigner? Cubalah cakap guna bahasa universal!!

Belum sempat aku buka mulut datang seorang officer lelaki dan menyuruh aku beredar. Tengok!! Beruk takde, angin pun takde, tiba-tiba nak cari pasal. Aku mula rasa berbulu dengan officer-officer pompuan kat sini sejak peristiwa di airport Beijing haritu. Keje rilek-rilek dahle! Lempang nak??

mengusung bunjut pahlawan adalah pemandangan yang biasa
Stesen Keretapi Chengdu
Aku mempercepatkan langkah menuju ke pintu keluar. Walaupun bengang tapi benda macam ni kekadang terpaksa let go. Biasalah, adat merantau. Pepatah Inggeris ada berkata,

"When you travel, remember that a foreign country is not designed to make you comfortable. It is designed to make its own people comfortable"

Suasana di hadapan Stesen Keretapi Chengdu sama macam stesen-stesen keretapi China yang lain, sentiasa crowded dengan manusia tak kira masa, waktu dan musim apa sekalipun. Aku kira Chengdu ni bandar yang biasa-biasa tapi aku tersilap. Rupa-rupanya sini pun ada keretapi bawah tanah ie. subway. Ia mungkin tak sehebat rangkaian subway di Beijing dan Shanghai sebab masih baru dan sedang dalam proses pembinaan.

[sumber] Chengdu Metro

Sewaktu berada di Xian beberapa hari yang lepas aku sempat menghantar email kepada 2 buah hostel di Chengdu iaitu Traffic Inn Hostel dan Chengdu Mix Hostel. Memandangkan booking sedikit bermasalah jadi aku hanya "janji elektronik" dengan hostel-hostel tersebut. Mungkin jugak sebab low season maka booking tanpa deposit pun diterima. Aku rasa banyak jugak kelebihan travel waktu off season terutamanya dari segi penginapan sebab rata-ratanya boleh sekadar walk-in. 

Di antara kedua-dua hostel tersebut aku memilih Traffic Inn Hostel disebabkan review, lokasi dan akses yang mudah untuk ke Giant Panda Research Base, Mt Emei, Leshan Giant Buddha dan lain-lain sebab di depan hostel ini letaknya tourist bus station untuk ke semua destinasi tersebut. Ia juga tak jauh dari bus stop airport (8-10min walk) so in case bangun lambat tak panik sangat, Xinnanmen Bus Station (sebelah hostel), Funan River (depan hostel), Mao Statue (15min walk), Jinli Market dan Tibetan Quarter (20min walk).

Bagi muslim traveller, aku rasa tempat ni sesuai sebab di belakang Xinnanmen Bus Station ada 1 kedai halal yang dibuka sampai lewat malam. Aku terjumpa kedai ni waktu cari lokasi hostel. Ada 2 sebenarnya tapi yang lagi 1 tu jauh sikit dari yang ni.

Dari Stesen Keretapi Chengdu aku hanya perlu menaiki subway (Line 1, tambang 2Yuan/RM1) dan turun di stesen Huaxiba, keluar di Exit C dan seterusnya ikut map di bawah.

[sumber] peta ke Traffic Inn Hostel . jangan terpedaya, nampak macam dekat tapi hakikatnya jauh
Traffic Inn Hostel, ni bangunan reception. hostelnya di tepi & belakang
Sebenarnya Traffic Inn ada 2 iaitu hotel dan hostel. Traffic Inn Hotel terletak di bahagian hadapan manakala hostelnya pulak di belakang (adatlah, kasta bawah). Untuk memudahkan cerita, cari saja lokasi Xinnanmen Bus Station sebab di sebelah itulah Traffic Inn Hotel (hostel ada dalam compound hotel). Walaupun tempat ini terletak betul-betul di sebelah stesen bas tapi tak dengar langsung bunyik bising. Ajaib.

Oh ye, sebelum ni aku ada sebut pasal low season dan walk-in kan? Di Chengdu bilangan hostel yang ada female dorm agak terhad dan kebetulan pada waktu ni ketiga-tiga hostel yang ada female dorm semuanya fully booked. So apa aku buat ialah masa check-in aku mintak staff bertugas letakkan aku dalam dorm yang lebih ramai pompuan. Jangan salah faham, aku bukanlah seorang sexist mahupun kaki cerewet tapi kadang-kadang rasa tak selesa. Kalau dorm itu di dominasi oleh kaum hawa mungkin aku tak kisah sebab perasaan superior dan power puff tu terlebih-lebih. Dari pengalaman aku sebelum ni, kebanyakan penghuni lelaki lebih pengotor dan bising (pervert tak jumpa lagi setakat ni, harap tak jumpa) dan itu antara sebab kenapa aku rasa turn-off.

Pada pendapat dan pengalaman aku sendiri, mixed dorm sama macam one-gender dorm sebab takde sesiapa yang akan salin baju secara public apatah lagi berbogel. Semua urusan peribadi dilakukan dalam bilik air. Jadi tak perlulah paranoid kalau terpaksa duduk dalam mixed dorm. Tapi kalau ada pakwe hot duduk dalam dorm yang sama, anggaplah itu sebagai bonus. Kehkehkeh.

tilam & bantal memang empuk. cadar pun bersih. tak meragukan
Aku ditempatkan di sebuah dorm 6 katil siap dengan aircond (boleh jadi heater waktu winter), individual locker, individual reading lamp dan cerek elektrik cuma toiletnya kat luar (common/shared bathroom). Di sini sekali lagi aku dapat katil bawah, yes! Harga penginapan semalam ialah 35Yuan/RM17 termasuk deposit 50Yuan/RM25. Sangat murah!

Setelah meletakkan beg dan berkenalan dengan jiran di katil sebelah, aku terus menuju ke bilik air untuk bersiram. Walaupun sekarang musim sejuk tapi aku rasa tak selesa sebab dah lebih dari 12jam tak mandi. Apabila selesai membersihkan diri dan menunaikan kewajipan aku mengambil keputusan untuk berehat memandangkan badan, tengkuk, tulang belakang, tulang bontot mula terasa sakit akibat duduk terlalu lama waktu dalam keretapi - 16jam kot!


bersambung....
.

9 comments:

Rayyan Haries August 25, 2012 at 12:01 AM  

Okay, hostel murah and ada panda. Esok boleh fly gi China! Haha

Naramas Aman August 25, 2012 at 6:37 AM  

Salam.
Chengdu? Bestnya...Saya belum sampai lagi. Mungkin dgn penerangan Fatt yg lengkap ni, siap dgn peta sekali membuatkan saya dpt sampai ke sini.

Nampak cantik dan bersih hostel yg Fatt duduk tu. Dia bagi individual locker dan cerek, kira ok le tu.

Katil atas agaknya lebih murah kot? Tapi macam baby court le pulak he he he

16 jam naik train memang jauh, boleh patah pinggang. Saya dah pernah naik selama tu dari Xian ke Beijing, tapi alhamdulillah ada katil.

Di train station China ni sentiasa org ramai. Siap bawa bantal, selimut dan boyan anak kot he he he

norh August 25, 2012 at 7:52 AM  

Dah brapa kali jumpa lelaki hot dlm dorm sama? Ha ha ha

dzuchan August 25, 2012 at 8:45 AM  

we want panda..we want panda ..hahaha

ehh..documentary yg ko tgk tu pandamonium eh?

kak mah August 25, 2012 at 8:55 AM  

Pengalaman yang berbeza.

masMZ August 25, 2012 at 10:50 AM  

hard seater 16 jam????? huuuuuuu kalaulah dapat, cam nak sapu seat sebaris pastu guling dlm sleeping bag kot (kalo ler boleh wat camgitu)

nak pandaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Janggel / Rain August 25, 2012 at 9:32 PM  

Mengusung bunjut pahlawan????? HAHAHAHHAHAAAA

Anash August 25, 2012 at 11:00 PM  

ishh...gigih le..
leh ker akak ikut jejak langkah fatt????
kena tahan dgn oficer mcm tuh???
akak tak reti nak wat muka kering...
ada yg nanges kat situ gak...panik...
hehe

Fatt August 26, 2012 at 5:04 PM  

rayyan,
dah sampai ke? hehehe


NA,
wsalam...takpe, awak masih lama di China, sempat lagi nak ke Chengdu. eh tak, katilnya sama je...sbnrnya konsepnya sama je, sape check-in dulu dia boleh pilih nak katil mana dan kebetulan ada byk katil kosong jadi sy amik yg bawak...

haritu dari Xian ke Beijing sy dah rasa katil kira okla tu rasa semua..ikutkan ni kali pertama sy rasa duduk di hard seat waktu naik keretapi di China sbb sblm ni journey yg jauh2 mcm Beijing-Shanghai, Shanghai-Guangzhou thn 2010 dulu semua sy dapat sleepers..variasi skit kali ni



norh,
dorm sini takde lelaki hot..kat nz ramai. hehe...eh jap, ada ke? tunggu entry seterusnya...kikiki



dzuchan,
dokumentari pandamonium? erkkk entah dah lupe sbb lama dah weh...ko tgk jgk ke? bestkan!



kak mah,
lain kandang lain ragamnya kak mah



masmz,
aku harap ko tak kena kerusi keras nanti...kalau ya maka bertabahlahhh!!! hahaha



janggel,
jom kita bawak bunjut pahlawan nanti!! kekeke



kak anash,
iskk bole ape, nanti tahun depan kita cuba ye!

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP