Made In China : Chengdu (Part 2)

August 26, 2012

Hari Ketujuh : 9 Februari 2012 (sambungan)

Aku tido tak sedarkan diri sampai pukul 6ptg - punyalah lama. Waktu ni matahari baru nak tergelincir. Orang tua-tua kata kalau genap 40hari tido membawak ke senja lama-kelamaan boleh jadi mereng. Takpelah, ada 39hari lagi....oklah tu.

Tanpa membuang masa aku terus mencuci muka dan bersiap-siap. Sepatutnya aku explore bandar Chengdu siang tadi tapi disebabkan terlalu letih maka terpaksalah merayap waktu malam. Sebenarnya aku tak berapa nak advise berjalan waktu malam terutama sekali kalau sorang diri sebab kalau jadi pape sendiri tanggung. Tapi kalau ikut pale otak aku, jawapannya mestilah OK. Apapun sebaiknya bawaklah peta, tapi yang penting sekali jangan lupa bawak calling card, in case sesat boleh balik dengan teksi.

peta bandar Chengdu *click to enlarge*
[bulatan biru : Traffic Inn Hostel, bulatan merah : attraction, kotak merah+angka: nombor bas]

Setelah berkira-kira akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke Jinli Street yang terletak hampir 20minit menapak dari hostel. Walaupun jauh tapi aku suka sebab sambil berjalan boleh hafal landmark. Sebelum ke Jinli Street aku pegi makan kat kedai halal dibelakang Xinnanmen Bus Station...tak jauh mana pun, jalan kaki tak sampai 5-8minit.

lokasi kedai makanan halal
senang je nak cari kedai halal kat China. ada logo masjid dan signboard kaler hijau 

Seperti kebanyakan kedai halal di China, menu bergambar lazimnya ditampal pada dinding. Ia bagi memudahkan pembeli membuat pilihan tanpa perlu bertanya panjang lebar dengan pekedai. Lagipun dorang bukannya gheti cakap omputih - sikit-sikit tu boleh le.

Disebabkan selera yang agak kebulur, jadi aku memesan menu bercirikan nasik dengan lauk daging. Semasa menunggu, aku disapa oleh beberapa orang student dari India yang makan di situ. Mereka ialah penuntut tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Sichuan. Menurut mereka, makanan di Chengdu pedas-pedas belaka jadi eloklah mintak tukang masak kurangkan pedas atau dalam bahasa cina = lai shiao (less spicy).

Tak lama kemudian makanan pun sampai. Suapan pertama mengundang air mata. Bukan sebab terharu dapat makan nasik tapi sebab pedas gile. Rasanya seumur hidup aku inilah kali pertama aku rasa makanan yang pedas nak mampos. Rasanya kalau duduk sini lama-lama peluang nak kena buasir amatlah cerah. Ini pun aku dah suruh dia bikin lai shiao (less spicy), kalau tak mungkin lagi super-pedas. Disebabkan terlalu pedas maka aku terpaksa makan sambil bersulam air. Orang tua-tua kata tak elok makan bersulam air sebab nanti nasik berenang dalam perut, tapi Ada Aku Kesah!!! (pedas gile woi!).

nampak lekeh tapi pedas nalaaa....!!

Memang betul, aku tak mampu nak habiskan makanan ni. Ratah lauk pun tak sanggup sebab terlalu pedas. Akhirnya aku hanya makan bahagian nasik yang belum terkena lauk - jadilah. Harga makanan pedas melenting ini cuma 10Yuan/RM5. Agak mahal tapi consider harga standard di China.

Chengdu memang terkenal dengan masakan pedas dan tak lengkap kunjungan ke Chengdu tanpa mencuba menu wajib iaitu Hot Pot. Aku difahamkan yang Hot Pot ini sama macam steamboat di mana bahan-bahan seperti daging dan sayuran dicelur bersama-sama dalam sejenis sup yang pedas. Walau bagaimanapun aku tak berpeluang mencuba Hot Pot sebab tak ketemu yang halal. Mungkin ada tapi aku yang tak mencari (gile makan steamboat sorang-sorang, boleh habis ke??)

Selepas makan aku terus menuju ke Jinli Street sambil menyusuri pedestrian walk di pinggir Funan River. Sepanjang perjalanan ke sini aku dapat melihat betapa besar dan modennya bandar Chengdu. Rasanya kalau tak sampai ke sini mungkin sampai bebila aku akan pikir Chengdu banyak pokok buluh dan beruang panda yang bergayut.

bangunan pencakar langit di sepanjang Funan River

Agak jauh aku berjalan tapi disebabkan sejuk so takdelah keluar peluh. Bila hari semakin gelap aku terpaksa mempercepatkan langkah dan akhirnya aku sampai di hadapan pintu gerbang Jinli Street. Tempat ini agak mudah untuk dicari memandangkan lokasinya yang berhadapan dengan jalan utama. Keadaan sedikit meriah terutama sekali di hadapan pintu masuk sebab orang ramai berebut-rebut ambil peluang untuk bergambar. Aku terpaksa menyelit di antara orang ramai untuk masuk ke dalam dan melihat keistimewaan tempat ini.
entrance ke Jinli Street
"batu bersurat" Jinli Street

Pada pendapat aku Jinli Street lebih kurang macam kebanyakan street market yang ada di China. Di sini ada bermacam gerai kraftangan, souvenir, local food dan juga Starbucks. Local food tolak tepi sebab tak halal jadi aku cuba mengintai kalau-kalau ada souvenir yang murah tapi semuanya overpriced. Disebabkan tempat yang agak kecil jadi aku hanya mengambil masa lebih kurang 30minit untuk membuat 1 pusingan lengkap. Aku rasa tempat ni lebih menarik pada waktu malam sebab setiap lorong dihiasi lampu tanglung dari pelbagai saiz dan warna yang dapat membangkitkan mood romantika d'tampoi dan sesuai untuk kaki-kaki kamera.

lorong-lorong kecil yang dihiasai tanglung pelbagai saiz dan bentuk
misai ke tanglung?
Aku beredar dari Jinli Street untuk ke Tibetan Quarter yang terletak di seberang jalan tapi sedikit hampa sebab tak jumpa. Kalau tengok dalam map macam senang nak locate tapi disebabkan malam dan keadaan jalan yang agak gelap jadi aku terpaksa membatalkan niat untuk ke sana (atau mungkin jugak tempat ni hanya bukak waktu siang, wallahualam).

Memandangkan waktu yang masih berbaki jadi aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar dan singgah di beberapa buah kedai yang menjual barangan outdoor. Kalau nak tau Chengdu agak terkenal dengan kedai outdoor (original, bukan knock-off macam kat HCMC dan Hanoi) sebab sini kan jumping point ke EBC dan Tibet. Aku perhatikan harga barangan outdoor di sini jauh lebih murah berbanding yang dijual di Malaysia dan beberapa negara yang pernah aku lawati seperti S.Korea, NZ, OZ, Thailand dan Singapore. Ada bermacam-macam brand seperti North Face, Columbia, Mammut, Marmot dan pelbagai jenama yang lain. Aku dah terberkenan dengan satu jaket 3-layer tapi memandangkan trip melibatkan salji dan tempat-tempat sejuk macam takde untuk 1-2 tahun ini jadi niat itu terpaksa dibatalkan. Lain kali mungkin ada design yang lebih cantik dan material lagi bagus so better hold dulu. Bagi sesiapa yang bercadang ke EBC atau Tibet dari Chengdu, barangkali anda boleh beli barang-barang tersebut di sini sebelum berangkat sebab ia lebih murah dan praktikal.

Tepat jam 10mlm kedai-kedai mula berkemas-kemas untuk ditutup dan ini bermakna aku juga harus balik ke sarang. Oleh kerana hari sudah lewat jadi aku mengambil keputusan untuk menaiki bas #82 (tambang 1Yuan/50sen) untuk balik ke hostel.

Bersiap-sedia untuk ke Giant Panda Breeding Research Base esok!!


bersambung....
.

11 comments:

norh August 26, 2012 at 7:21 PM  

Ilmu jalan2 sorang2 ni belajaq mana? Kagum dari dulu sampai la...

hujanlebat August 26, 2012 at 7:38 PM  

laju update but i love it! mmg jadi rujukan blog kamu.. =))

sarah August 26, 2012 at 8:47 PM  

tahun lepas pergi tasik diorang beku, nak keluar jalan pon xnak huhu. Ape pun makanan di chendu pedas tapi sedap. Ayam goreng masak dengan kacang :-)

sarah August 26, 2012 at 8:47 PM  
This comment has been removed by the author.
masMZ August 27, 2012 at 2:11 AM  

tak sabo tunggu besok!

#nenang cari gambo masjid rupanya masuk frame sket je.. hahhhahaa

dzuchan August 27, 2012 at 8:30 AM  

nampak cam biasa2 je makanan yang buat ko menitiskan air mata tu..
aku pelik gak orang kat negara china makan pedas sbb chinese kat Mlaysia ni kebanyakannya tak bole pedas langsung hehe

aku rasa cam catik je jinli street tu..cam pekan2 yang selalu kita tengok dalam cerita cina zaman dulu2 sbb banyak tanglung2

BlueEwoke August 27, 2012 at 1:26 PM  

teringin plak aku nk rasa makanan diorg yg pedas2 tu..tp ye la kan, belah2 sichuan tu memang masakan nye pedas2 belaka..

creamyfiodesi August 27, 2012 at 6:50 PM  

best lak nmpak travel china ni. xsabar nk g. masuk byk lg pics ngn info eh. heee~

oh ye. salam kenal. :)

gadisBunga™ August 27, 2012 at 6:53 PM  

fatt!!!

fatt!!

aku rinduuuu kat hang!

huuu~

*

org sana ada yang gemuk dak? sebab ada petua cakap kalau nak kurus kene la makan pedas-pedas...

Fatt September 5, 2012 at 12:56 AM  

norh,
tak belajaq mana pun norh. pejam mata ja redah buat2 tera, walhal meraba2. hihihi



hujanlebat,
ni sebab tengah mood rajin, kalau malas memang 1 entry seminggu...hihi...makasih =)



sarah,
uiii chengdu pun tasik beku ke? dasat. tapi logik jgk sbb dekat dgn pergunungan tibet. ayam goreng kacang tu mmg sy suka sgt..pelik tapi boleh telan =)



koqin,
malangnya....takde!



masmz,
kannn...mcm gambar perut john jgkla sangkut kat frame. hahaha



dzuchan,
memang pun. presentation out. tapi pedas gile. sbnrnya kan, org sini terpaksa makan pedas2 sbb nak badan rasa panas (sini sejuk sbb dekat gunung).

aah, tempat tu mmg cantik. sbb tak silap aku kwsn tu wujud sejak zmn duluuuuuuuuu lagi. tu dia banyak hurup "u" sbb nak gambarkan betapa lamanya



na,
apalagi...mai la folo ke china. kekekeke



creamyfiodesi,
salam kenal. china best sbb brg2 murah...mmg sesuai utk bajet backpacker



gb,
rindu maila jumpa...hehehe

org sini gemuk ke tak? aku tak pasan la plak...rasanya moderate jgk mcm kat msia

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP