Made In China : Chengdu (Part 3)

August 28, 2012

Hari Kelapan : 10 Februari 2012

Hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. Aku bangun seawal pagi untuk mandi dan bersiap-siap sebab tak sabar nak tengok beruang panda. Selepas bersarapan aku berjalan menuju ke tourist bus station yang mirip seakan-akan bus stop yang terletak di hadapan entrance hotel Traffic Inn. 

dari jalan beso dah nampak signboard ni
timetable bas yang sepatah haram tak paham
stesen bas yang mirip sebuah bus stop
Kalau nak ke panda base sila naik bas #902. Trip bas yang pertama bermula jam 8pg dan berakhir jam 4.30ptg. Perjalanan ke panda base mengambil masa selama 45minit hingga ke 1jam dan kadar tambang cuma 2Yuan/RM1. Murah gile woh!

Sedang aku menunggu pintu bas dibuka tiba-tiba aku disapa oleh sepasang couple. Soalan pertama yang ditanya ialah "Are you from India?". Cett! Sebelum ni aku penah disangka rakyat Vietnam, Thai, Indon dan Pinoy tapi India belum lagi. Ni kira pes time la ni...rekod! Kehkehkeh. Barangkali India dari belah-belah utara kot....line-line Rani Mukerji dengan keluarga Kapoor (pengsan!). Aku pun tersalah sangka dengan dorang sebab mulanya aku pikir dorang couple sebab nampak mesra tapi selepas soal-selidik rupa-rupanya dorang ni sepupu. 

Menurut Jason, China ada 1 peraturan pelik di mana sebuah keluarga tak boleh ada anak lebih daripada 1 atau akan dikenakan denda atau, berhadapan risiko dibuang kerja (bagi penjawat awam). Walaupun begitu aku difahamkan masih ada kelonggaran. Contohnya kalau 1 keluarga ada 1 orang anak, nanti bila si anak tu kawin maka dia boleh ada 2 orang anak. Tapi bila 2 orang anak tu kawin, masing-masing hanya boleh ada 1 anak je. Kiranya dalam sesebuah keluarga, maximum cuma 2 orang anak. Contohnya macam mak bapak Jason dan sepupu dia ni le. Sebab dulu keluarga parents dorang 2 beradik, jadi bila sampai batch si Jason ni, memasing boleh ada sorang anak je. Kalau nak anak lebih, kena bayar denda. Boleh faham ke apa yang aku cuba sampaikan? Apapun, kalau info ni salah, anggaplah korang pun kena tipu macam aku. Kihkihkih...

Jadi disebabkan mereka berdua anak tunggal dalam keluarga dan itu sajalah sepupu yang ada, maka sebab itu mereka rapat macam adik beradik. Gile sadis. Aku difahamkan yang mak bapak dorang jarang habiskan masa bersama sebab sibuk kerja siang malam. Aku tak pasti mak bapak dorang kerja apa tapi nampak gaya macam anak orang kaya yang kurang kasih sayang. Mujurlah walaupun dilonggok duit berkepuk-kepuk tapi tak spoil sebab kedua-duanya belajar sampai ke peringkat universiti. Tak silap aku Jason amik course petroleum engineering dan sepupunya amik course apetah aku dah lupe. Tapi nak buat camne, rakyat negara dia terlalu ramai, kira logik le kerajaan China impose rules berkaitan birth control.

Bila aku cerita kat Malaysia boleh ada keluarga sebesar satu team bola dorang jadi tercengang. Kenapa? Tak percaya? Malaysia Boleh le!

bas #902 ke Panda Research Base (tambang 2Yuan/RM1)

Perjalanan ke panda research base dihabiskan dengan berbual-bual bersama Jason dan sepupunya. Banyak soalan yang ditanya kedua mereka terutama sekali berkaitan pengalaman semasa travel dan New Zealand. Kebetulan sepupunya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sana jadi dia tengah menimbang-nimbang untuk pegi atau tak sebab katanya dia dapat tau dari kengkawan dia yang kebanyakan kedai-kedai di sana tutup seawal jam 5ptg. HAHAHAHA. Aku tergelak bila dia risau pasal kat sana takde life lepas pukul 5ptg. 

Aku tetap meracun suruh dia pegi walau hakikatnya aku tau camne life kat sana. Dari segi scenery memang cantik saujana mata memandang, orang pun tak ramai, sume orang ramah-tamah, bawak keta sopan santun, crima rates rendah, perfect sangat. Cuma kalau orang tu dah biasa tinggal di tempat yang sibuk, lepak mapley memalam bute, lanyak uptown tiap-tiap hari, aku rasa baik lupakan je sebab sure dia akan mati menggelupur sebab NZ ialah RETIREMENT COUNTRY! Hehehe. Tak paham? Abaikan.

Giant Panda Breeding Research Base (opens 8am-6pm)
tiket masuk 58Yuan/RM24

Sejam kemudian kami tiba di Panda Breeding Research Base dan beratur untuk membeli tiket masuk yang berharga 58Yuan/RM24 seorang. Kami juga mengambil kesempatan bergambar bersama di hadapan replika beruang panda sebagai tanda kenang-kenangan.

keluarga kecil Jason dan aku
walkway di celah pokok-pokok buluh

Kawasan ini sangat luas iaitu seluas kira-kira 92 ekar dan berjalan di sini seolah-olah berjalan di alam bunian...eh tak, macam berjalan di dalam hutan sebab kiri kanan semuanya pokok buluh (pokok lain pun ada tapi tak sebanyak pokok buluh). Seelok-eloknya bawaklah bekalan makanan dan minuman sebab sure lapar/dahaga sebab jarak di antara satu kadang ke kandang lain boleh tahan jauh.

Sedikit idea tentang tempat ni, sebenarnya beruang panda dibiarkan bebas berkeliaran di dalam kawasan masing-masing dan ia tidak berpagar tapi dibuat satu longkang yang besar di antara kawasan beruang dan pelawat supaya tak membahayakan sesiapa. So maknanya kita boleh tengok haiwan ni dalam habitat yang semulajadi. 

Ada orang tanya nape takde gambar aku pegang anak beruang panda? Jawap aku, ko gile ke Jemah? Seminit pegang kena bayau 1000Yuan yang kalau di convert jadi RM500!! Lebih baik aku beli tiket flight.... lagi bagoss! Tapi kalau duit dah bersepah-sepah sampai taktau nak watpe tu pegilah cuba. Once in a life time katanya....tapi jangan bengang la sebab SEMINIT je. Aku tak bertanggungjawab kalau dalam masa seminit tu bateri kamera ko habis atau memori kad ko penuh atau paling teruk kalau beruang panda tu pun nyampah tengok muka ko. Paham tu Jemah?

giant panda ni besaaaar gileee
makan sambil baring boleh jadi beruang panda
sama tinggi dengan budak darjah 6

Oklah aku dah malas nak taip. Cerita banyak-banyak pun tak guna. Lebih baik korang layan jelah komik beruang panda ni sambil makan kuih raya....

SKETSA #1
#1
#2
#3
jangan kacau, kena lempang nanti berpusing

SKETSA #2
#1
#2
#3
jangan buat bising kalau nak hidup lama

SKETSA #3
#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8

Terhibur tak? Haruslah terhibur. Lama tau aku dok melangut depan kandang sambil perati perangai dorang ni. Dah macam dokumentari NatGeo pun ye semata-mata nak dapatkan storyline yang menarik. Nasib baiklah aku jenis suka layan channel Animal Planet, so takde masalah nak melangut depan kandang deme ni lama-lama. Movie pun aku shoot, nanti ada masa aku edit dan share kat sini. Eh cerita beruang panda belum habis lagi oke, nanti kita sambung dalam entry yang lain....kbai!

**ketik sini untuk info lanjut berkaitan Giant Panda Breeding Research Base


bersambung....
.

17 comments:

BlueEwoke August 28, 2012 at 7:21 AM  

Hahahah lawak sketsa 1 tu, tetibe teringat kat Janggel, dia kan selalu gune ayat TERPAKSA tu kekekek

Alahai comelnye panda2 itew..aqilah mesti sukak!

Janggel / Rain August 28, 2012 at 8:34 AM  

Ya ampunnnnnnnnnnnnn Rani Mukerji le sangat! Hahaha

Oooo camtu ye peraturan peranakan di China.

Rajin bebeno la ko buat sketsa ni hehehe,

dzuchan August 28, 2012 at 8:59 AM  

dia kata ko dari india? ish ish ish...haha

cutenye la menatang2 tu..makan sambil baring tu memangla tak bole blah.

aku tengok sketsa ko, memang aku teringat dekat citer Kugfu Panda sebab gitu2 jugakla perangainye..

AjlaA August 28, 2012 at 9:26 AM  

byk2 gmbr makan sambil baring tuh yg plg best

sebab kene batang hidung sendiri

om nom nom nom

Rozax Aniey August 28, 2012 at 9:26 AM  

fatt...best!!! sila sambung sketsa..hehehe

PM August 28, 2012 at 10:46 AM  

cerita peraturan anak kurang dari 2 @ 1 tu memang ada betulnya. Pernah masa aku ke Guilin dan kebetulan guide aku tu org sana, dia merupakan anak kedua. Mak bapak dia terpaksa bayar dengan kerajaan sebab lahirkan dia. kalau x salah makan ratus ribu RM jgak mak bapak dia kena bayar kat kerajaan China. dan semua kos lepas lahir etc kos sekolah, kos perubatan dan kos lain2 tak akan ditanggung oleh kerajaan. huhuhu... bila fikir2 untung jadi orang Malaya... nak anak satu bas pun boleh :)

Illias Masri August 28, 2012 at 10:47 AM  

buat pertandingan mencipta dialog pun cun gak ni Fatt... aku nak masuk! aku nak masuk!!

Biqque August 28, 2012 at 10:52 AM  

hahahaha panjat beria, alih2 sampai atas, tunggul jer hahahaha!

Bibu Wilda August 28, 2012 at 11:51 AM  

hehehe sonot tgk gelagat depa..akk kalu lyn NatGeo mmg rasa btul2 duk depan binatang tu ke ape kikiki

Fatt August 28, 2012 at 2:09 PM  

na,
kan...aku pun tersampuk dgn perkataaan "terpaksa" tu. kekekeke..

aku rasa klu ko bawak aqilah mesti dia suka punye la...aku yg dah tua bangka ni pun tersengih2 cam kerang busuk, inikan aqilah =)



janggel,
haaah la sangat...nasib baik Rani Mukerji, kalau Aishawarya Rai kompem ko pengsan, bangun, pengsan, bangun. lol!

aku tak tido tau buat entry ni...gigih la sgt.

aah...kat China mmg gini..gile tak best kalau balik raya takde adik beradik nak lawan gaduh. sob sob



dzuchan,
india katanya. belah2 utara la tu, yg putih2 tu...kekeke...sila pengsan. weh aku ada byk gmbr dorg makan sambil baring, nanti aku tepek



ajlaa,
malas sesangat kan beruang2 ni makan sambil baring? rasanya dia pun malas nak duduk sebab penat



rozax,
terpaksalah aku bertapa tak tido malam lagi semata2 nak buat dialog gini...huhuhu



pm,
ooo...so maknanya mmg betul la ni? ingtkan dorang melawak je..iskk gile sedihnya. tapi belah2 kampung ulu banat pun kena ikut peraturan yg sama ke? lama2 takde orang dah kat china..iskk



illias,
ko nak buat dialog? nanti aku cari gmbr yg susah2 stok takleh pikir punye...tapi kena tunggu dulu la sbb skrg ni takde gmbr yg sesuai



biqque,
konon...feeling nak lompat keluar dari pagar tapi apakan daya...sob sob sob



bibu,
haritu sy tgk dokumentari psl semut. melekat sampai habis sy tgk..mcm tk caye je..berantu jgk channel animal planet ni..iskk. tapi mmg best kan?

none August 28, 2012 at 2:36 PM  

kah..kah..kah... giler lawak...
mak fengsan gelak baca entry ni... ilang stress mak ...

creamyfiodesi August 28, 2012 at 3:41 PM  

gaya panda #7 tu sbijik cam archer. cayalah. haha

Nashua Ibrahim August 29, 2012 at 3:08 PM  

eh eh..sejak bile fatt buat komik ni, haha. comel!
aku pnh tengok si Samantha Brown yg kt travel channel tu peluk panda time kt China, jelesnye tengok.. even dia pun kate cost nak memeluk panda tu sgt expensive, huu..harapan lah..sedih

Anash August 31, 2012 at 2:12 PM  

wah
macamana tau akak tengah makan kuih raya sambil baca komik panda?
heheheh
terhibur beb!!!
kena sangat setiap sketsa dgn muka panda yg mcm tak deperasaan itu...
"...telinga kena gigit panda..."..
hahahah
teruskan buat citer komik!!!

Naramas Aman September 1, 2012 at 8:31 PM  

Saya selalu disangka orang Arab di China ni. Ada juga yg kata orang India, ada ke???

Comeinya panda tu...banyak tak kat sana? Mana best, panda di Beijing ke Cendu?

Polisi satu keluarga satu anak, memang kejam...hak asasi manusia tidak dijaga :(

Fatt September 5, 2012 at 1:03 AM  

none,
kalaulah panda boleh berkata2...hehehe...makasih =)



creamyfiodesi,
aah le..baru perasan. hahaha



nur,
xie xie!



nashua,
sejak aku mati kutu nak taip ape. hehehe...kannn...ko tengok, samantha brown pun kata kos nak peluk panda mahal. sbnrnya mahal sbb duit tu la nak guna utk support foundation panda research base ni...bagus jgkla, at least generasi akan datang bleh tengok. aku pun tingin jgk...tapi takde fulus...jalan pun gaya sengkek ada hati nak pegang panda. *nanges*



kak anash,
sy pasang cctv kat blog ni kak. hahaha...kann...muka dahla comel tapi takde perasaan...selenge je sesekor, sama mcm koala jgk le...nyampah!



naramas,
india belah2 utara tu...hahaha...oh ye, kat sini mmg banyak beruang panda sbb sini sanctuary khas utk dia. sy tak penah pegi kat beijing...so takleh nak justify. tapi rasanya byk beza sbb sini kan breeding & research base

sy wonder sini ada tak kes org buang anak...sbb takleh ada anak ramai. just wondering

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP