Made In China : Xian (Part 8)

August 15, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!

Lama kan aku tak update? Sorilah sebab bizi macam menteri. Apapun terima kasih kerana masih sudi menjenguk ke blog ini walaupun takde entry yang baru. Entry China dah nak habis...mungkin lagi 3 post dan selepas itu aku akan menyambung entry-entry yang tersangkut di tengah jalan. Insya Allah.


Hari Keenam : 8 Februari 2012

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah 6 hari aku bermusafir di China. Setakat ni belum lagi timbul sebarang masalah dan segala perancangan masih berjalan dengan lancar. Harini juga adalah hari terakhir aku berada di Xian dan akan bertolak ke Chengdu dengan keretapi malam. Waktu check-out ialah pukul 10pg tapi bagi penghuni hostel yang menunggu keretapi/flight/bas ke destinasi seterusnya boleh menyimpan luggage secara percuma di ruang storage (note: fee luggage storage kat stesen keretapi 30Y-50Y/RM15-RM25). Lebih baik simpan kat hostel.

Haritu masa check-in hostel ada bagi free kupon untuk secawan brewed coffee. Brewed coffee weh bukan instant punya. Rugi tolak tuah! Aroma kopi segar di pagi bute memang sesuai untuk memanjangkan jangka celik mata, sangat sesuai untuk aku yang dah check-out.


Sambil menikmati kopi aku menulis poskad untuk diri sendiri dan kengkawan. Kos menghantar poskad dari Xian tak mahal, setem 4.50Y/RM2.25 dan tak silap aku harga ni pukul rata untuk semua destinasi termasuk Malaysia manakala harga poskad antara 10Y-15Y/RM5-RM7...TAPI poskad ni dijual secara pukal (1 pack ada 10-15 keping). So do the maths! Affordable sangat. **kat sini poskad tak jual sekeping dua, sume by pack.

Destinasi pertama yang aku tuju setelah selesai menulis poskad ialah pejabat pos. Sewaktu melangkah masuk ke dalam pejabat pos aku mencari-cari mesin angka giliran - takde! Aku perhatikan orang yang masuk semuanya terus menyerbu ke kaunter, takde beratur, takde ikut giliran. Selamba. Aku teragak-agak nak buat benda yang sama tapi melihatkan crowd yang tak surut-surut maka aku takde pilihan melainkan terpaksa mengikut rentak yang sama. Memang betul, tak sampai 1 minit urusan membeli setem pun selesai. Nampaknye memang begini cara mereka berurusan. Tapi kalau dibawak perangai yang sama kat Malaysia mau bertinju bersilat bagai.

Kalau nak tau, poskad dari China akan mengambil masa selama 1-2 minggu untuk sampai ke tangan penerima (naik tongkang gamaknye). Walaupun lambat tapi alhamdulillah semua poskad yang aku kirim selamat sampai.


Dari pejabat pos aku berjalan ke tempat menunggu bas di hadapan Bell Tower dan  menaiki bas #610 yang menghala ke luar pusat bandar. Destinasi aku yang seterusnya ialah Shaanxi History Museum. Tambang bas di dalam kawasan bandar pun murah, rata-rata antara 1Y-2Y. Normally untuk jarak yang dekat aku bayar 1Yuan, kalau jauh skit 2Y, ikut sesedap rasa. Tapi maksimum selalunya 2Y. Driver bas tu tak pandang sangat waktu aku masukkan duit jadi aku rasa betul la kot. Kehkehkeh. Sorila tips tak berapa nak membantu. Tapi yang penting sekali sediakan duit kecik banyak-banyak kalau nak naik bas, ok!

Bas-bas di Xian ni kebanyakkannya dari jenis double decker. Kalau tak berapa pasti nak turun kat mana lebih baik duduk di tingkat bawah. Berdasarkan pengalaman aku menaiki bas di sini, aku turun je kat mana-mana aku suka sebab map ada, Insya Allah tak sesat. Tapi aku ada pengalaman sesat naik bas...kehkehkeh, itu kena tunggu episod Chengdu. Punyalah kan selama ni eksyen tak sesat sekali amik padan muka sesat. Lol!

bas #603 yang kerap aku gunakan untuk berulang-alik dari hostel ke lain-lain tempat
Berbalik pada cerita, sebelum sampai ke Shaanxi History Museum aku turun dari bas. Kenapa? Sebab aku tengok dalam map ada dataran dan Big Wild Goose Pagoda. Kawasan dataran ni lebih kurang macam Dataran Merdeka, ada ramai orang bersantai, melepak, berdating, amik gambar dan sebagainya. Takde apa yang menarik perhatian aku di sini. Bangunan pagoda tu pun aku snap dari dataran sebab tak berapa interest nak explore.  

takde penerangan pasal tiang-tiang ni, mungkin perhiasan semata-mata
Big Wild Goose Pagoda
Ada 2 pagoda yang terkenal di Xian iaitu Big Wild Goose Pagoda dan Small Wild Goose Pagoda. Binaan ini wujud sejak zaman Dinasti Tang dan dijadikan sebagai tempat menyimpan transpkrip Hindu dan patung-patung keagamaan Buddha. Bacaan lanjut berkaitan pagoda-pagoda tersebut sila ketik di sini dan sini.

Aku meneruskan perjalanan ke Shaanxi History Museum yang terletak sekangkang beruang dari dataran pagoda tersebut. Sebenarnya aku bukanlah peminat tegar muzium (depends muzium jenis apa) tapi disebabkan entrance ke muzium ni free jadi apa salahnya kalau menjenguk.

muziumnya kat belakang dan ini kiranya second entrance dari pintu masuk utama
walaupun free tapi masih perlu amik tiket (mungkin untuk mengira statistik pelawat)

Aku melangkah masuk ke dalam muzium dengan hati yang terbuka sebab dah boleh expect apa yang bakal aku tengok. Muzium ini dibahagikan kepada beberapa seksyen, dari teori Darwin, zaman Paleolitik, Neolitik, sejarah China dan sebagainya. Dalam muzium juga dipamerkan bahan-bahan artifak tapi yang paling menarik perhatian aku ialah lesung batu. Bukan sebab dah lama tak makan sambal belacan tapi sebab teringat cerita Labu Labi scene M.Zain suruh Haji Bakhil tumbuk sambal belacan. Hahahaha...ingat tak??? Aku rasa scene tu memang berasas sebab terbukti lesung batu wujud sejak zaman pra-sejarah. Relevan kot teori aku.

mungkinkah orang China purba makan cili giling dan sambal belacan?

Dari pameran barangan pra-sejarah aku beralih ke pameran Terracotta Army. Aku tak berapa pasti sama ada patung-patung ni ori ke tak sebab setahu aku patung terracotta yang ori memang susah dibawa keluar dari tempat yang mana ia sepatutnya dipamerkan (which is the original pit) due to rules & regulations. Entahlah, tapi kalau patung-patung ni fake sekalipun sape yang tau sebab China mampu duplicate apa saja yang dorang nak. Betoi tak?

tengok! takde satu pun muka yang sama
miniature terracotta warriors
Waktu berlalu terlalu pantas dan aku terpaksa beredar walaupun masih banyak ruang pameran yang belum diteroka. Aku segera menaiki bas #603 yang menuju ke pusat bandar dan sewaktu menghampiri South Gate aku turun. Seperti yang pernah aku sebut dalam entry sebelum ni, kalau ada masa dan duit lebih, bolehlah cuba berjalan kaki atau naik basikal mengelilingi kota Xian melalui tembok ini. Kalau mampu, cuba buat 1 pusingan lengkap dengan berjalan kaki. Tak jauh mana pun, cuma 14km atau 4-5jam aje. AJE! Bayaran masuk ke tembok ini adalah 40Y/RM20. 

kawasan tembok setinggi 12m ini asalnya 7 kali lebih besar berbanding sekarang
pintu South Gate
Aku turun di sini bukan sebab nak berjalan di atas tembok tapi sebab ada changing guard kat depan pintu masuk. Walau bagaimanapun, nasib aku kurang baik sebab setelah bersusah payah melintas jalan ke sini (pintu South Gate ni terletak di tengah-tengah jalan yang sibuk) guard dah masuk ke dalam. Pfftt!! Apapun aku sempat tengok costume dorang, memang sebijik sebijun macam dalam cerita Cina dulu kala. Dengan perasaan hampa aku terus beredar dan menaiki bas untuk balik ke Bell Tower. 

Turun saja di Bell Tower aku terus bergegas ke masjid. Kebetulan pada waktu itu jemaah baru selesai menunaikan solat Asar. Aku segera mengambil wudhu dan menunaikan solat di dalam ruang masjid. Selesai berdoa aku pun beredar. Aku melihat sekali imbas kawasan sekitar masjid dan pada waktu ini terbit perasaan sayu kerana mungkin ini kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sini. Apapun aku tetap rasa bersyukur kerana dapat melihat sendiri tempat yang suatu ketika dulu pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam yang tertua di China.

jemaah selesai menunaikan solat Asar
Selesai menunaikan solat aku ke Muslim Quater yang terletak di kawasan masjid untuk menjamu selera. Memandangkan perjalanan yang bakal aku tempuh sebentar lagi memakan masa selama 16jam jadi aku perlu memastikan perut aku benar-benar kenyang. Pilihan aku kali ini ialah makanan berunsurkan roti dan apa lagi kalau bukan sate kambing. Restoran yang aku tuju kali ni adalah dari negara yang hujungnya ada perkataan "Tan". Mungkinkah Kyrgystan? Atau Tajikistan? Entah. Aku main agak je sebab rupa dorang tak macam Cina, topi pun dah ala-ala topi Rusia. Tapi yang pasti ialah makanan yang disediakan semuanya halalan toyyiba.

As usual, communication breakdown berlaku tapi itu bukanlah masalah besar sebab kami boleh berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Dorang agak teruja bila berjumpa dengan aku, barangkali aku adalah manusia pertama dari Malaysia yang masuk ke kedai ni. Bila aku tunjuk passport dorang pun kata...."Ooooo Malaysia" disertai gelengan kepala. Sohih dorang tatau negara Malaysia wujud atas peta dunia...sob sob sob. Weh kitaorang ada KLCC oke! #tetiba


"Karipap" goreng yang aku cuba seperti dalam gambar ni memang sedap. Barangkali doh atau intinya yang sedap. Sungguh sedap sampai aku terpaksa tapau. Masa aku tengah kalut makan tetiba tekak terasa kering. Terpaksalah pulak buat bahasa isyarat "air", kalau buat bahasa isyarat "tercekik" nampak sangat gelojohnya. Dorang terus bawak satu teko teh Cina dan cawan kat aku. Amboi ni perli ke siap hulur teko lagi. Aku sorang je kot! Aku toleh kiri kanan tengok semua orang ada teko air yang sama. Heh, sipi-sipi lagi aku nak kecik ati. 

karipap inti daging
teh cina - foc!
sate kambeng yang mabeles!
Acara makan pun disudahi dengan melepaskan gian pada sate kambing. Ini mungkin sate terakhir yang akan aku tibai sebab pasni dah susah nak jumpa yang halal di Chengdu. Total damage untuk lunch+dinner aku di sini ialah 14Y/RM7. Ka-ching!


Bila dah kenyang aku pun beredar dan berjalan kaki balik ke hostel untuk mengambil backpack. Sebelum meninggalkan hostel aku singgah dulu ke tandas dan waktu ini berlaku satu peristiwa gelap dalam hidup aku. Waktu aku bergegas keluar dari tandas tiba-tiba ketang!ketung!plop!! henpon aku masuk lubang jamban!! Buat julung-julung kalinya henpon aku masuk dalam lubang jamban. Gile frust menonggeng. Nasib baikla dah flush, kalau tak....! Err dah masuk lubang jamban pun kira nasib baik ke?? Aku terpaksa abaikan rasa geli dan amik henpon tu. Kalau tak mengenangkan nombor-nombor telefon yang penting dalam simkad ni memang tak koser aku nak amik. Keadaan agak kelam kabut dan secara auto aku menyabun henpon tersebut untuk menyah segala bakteria yang bergayut. Lepas lap lebih kurang aku terus simpan. Aku harap henpon ni masih hidup bila dah kering. Harap-haraplah!

Mujurlah dari hostel bas #603 (tambang 1Y) banyak. Perjalanan selama 15minit ke stesen keretapi agak lancar walaupun banyak kenderaan di atas jalanraya. Sampai saja di stesen keretapi aku mula serabut sebab barrier gate telah dipasang untuk mengelakkan orang ramai menyerbu masuk ke dalam kawasan stesen. Banyak khemah dengan nombor keretapi dipasang di kawasan sekitar (sampai ke tahap itu sebab terlalu ramai orang).

Setelah menunjukkan tiket maka pegawai yang berkawal membenarkan aku melepasi kawasan berpagar memandangkan keretapi aku akan berlepas tidak lama lagi. Apabila melepasi pagar aku dan penumpang lain perlu beratur untuk melalui proses screening - sebijik macam kat airport. Gila ketat security kat sini, walhal stesen keretapi je kot! Ini bukan kali pertama aku melalui proses sebegini tapi untuk yang pertama kali ke China dan bakal merasa pengalaman menaiki keretapi, sila pastikan anda tiba di sini 2 jam lebih awal untuk mengelakkan dari ditinggal keretapi.
balik kampung....ooOOOoo....balik kampung....hati girang!
scene yang normal tak kira waktu perayaan atau hari biasa. gile!

Walaupun baru melepasi screening hati aku belum berasa lega sebab belum berjumpa platform yang harus dituju. Aku mencari-cari maklumat tempat menunggu dan platform yang dipamerkan pada papan notis elektronik yang diletakkan di setiap sudut dalam bangunan keretapi. Setelah betul-betul pasti aku pun menuju ke ruang menunggu yang dimaksudkan dan sekali lagi aku terkejut sebab barisan yang menunggu masuk ke ruang platform ini tersangaaaaaaaaatttlah panjaaaaaaaangg! Tanpa membuang masa aku ikut beratur dalam barisan seperti penumpang lain dan menunggu waktu pelepasan dengan tekun.

Aku berdiri dengan backpack sarat yang digalas depan dan belakang. Hampir 20 minit aku gagahkan kaki untuk berdiri di dalam barisan. Hampir give-up pun ada. Tapi orang lain lagi dahsyat - ada yang bawak bunjut pahlawan, ada yang menjinjing beg troli (sepatutnya beg ini diseret tapi dijinjing - gagah sangat!) dan bermacam-macam gaya lagi. Agak terhibur jugak melihat gelagat orang China balik kampung. Penah sekali aku jumpa penumpang yang bawak baldi dan kipas duduk - musykil sungguh. Kalau dibandingkan dengan keadaan mereka, aku rasa nasib aku lebih baik sebab mampu menggalas backpack depan dan belakang - walaupun dah serupa penyu.

destinasi Xian-Chengdu, 113Y/RM56 (hard seat)

Setelah lama menunggu akhirnya pintu pelepasan dibuka dan kesemua penumpang termasuk aku berjalan menuju ke platform. Oh ye, kali ni nasib aku sedikit malang sebab tak dapat sleepers macam perjalanan dari Beijing-Xian yang lepas sebab kesemua sleepers ke Chengdu dah fully booked untuk 3 hari berturut-turut. Walaupun perjalanan ini memakan masa selama 16jam tapi aku takde pilihan. To do or not to do. Kalau tak grab alamatnya aku bakal terlepas flight balik ke Malaysia.

destinasi : Xian - Chengdu
pegawai keretapi pompuan kat sini semuanya macho
Sewaktu melangkah masuk ke dalam gerabak nombor 13 aku perhatikan takde seorang pun orang asing kecuali aku. Walaupun aku seorang saja dari spesis mata bulat tapi dorang tak pandang aku macam alien. Untuk the first half an hour tu mungkin ada tapi untuk jam berikutnya dorang dah tak kisah. Pada pengamatan aku orang di sini agak bertimbang rasa walaupun mereka cukup terkenal dengan sifat kasar. Sebabnya waktu aku nak letakkan backpack ke ruang simpanan beg di bahagian atas tempat duduk, ada yang sudi menolong. Bayangkan kudrat menjulang beg 60L yang sarat! Sesungguhnya aku amat berterima kasih dengan pakcik yang menolong aku pada waktu itu. Terima kasih.

Pengalaman berada di dalam gerabak ini juga agak unik tapi tak jauh beza dengan pengalaman semasa menaiki keretapi Thailand dan Indonesia. Cuma dari segi susunan tempat duduk di dalam gerabak agak berbeza dan kurang selesa sebab kerusi saling menghadap di antara satu sama lain manakala di tengah-tengahnya pula ada sebuah meja yang memisahkan di antara penumpang. Sesekali petugas keretapi akan datang sambil menyorong troli yang sarat dengan minuman dan makanan untuk dijual. Selain dari itu setiap gerabak menempatkan beberapa buah TV untuk menghilangkan kebosanan penumpang. Tapi kesemua siaran yang dipasang adalah dalam bahasa Cina. Ada drama, wayang dan video klip. Aku paling lemah bila masuk part video klip sebab 2 orang makcik kat depan aku akan memekak like nobody's business. Nasib baik suara sedap - macam penyanyi opera. Kalau tak sedap harus aku jadi pengadil dan komen pitching out.

Perjalanan selama 16jam dari Xian ke Chengdu aku rasakan begitu lama. Barangkali sebab duduk, kalau baring mungkin aku boleh tido bersambung-sambung. Tido dalam keadaan duduk ni paham-paham jelah. Sekejap lentok ke kiri, sekejap lentok ke kanan - serupa ayam patah tengkuk. Walaupun guna neck pillow, tapi kesan sakit tengkuk hasil tido duduk memang memeritkan. Itu belum cerita sakit tulang bontot dan tulang belakang - silap haribulan terpaksa jadi Usop Wilcha.


bersambung....
.

18 comments:

kak mah August 15, 2012 at 1:26 AM  

Terasa kembali ke zaman Dinasti China pula.

Naramas Aman August 15, 2012 at 2:29 AM  

Fatt,
Naik keretapi 16 jam di China, hard seat pulak itu tentu memenatkan kan? Duduk berhadap-hadap dengan orang lain, berlaga lutut dgn meja di tengah2 pulak memang pengalaman yg sukar dilupai.

Sayapun masa naik keretapi dr Beijing ke Xian pun macam tu. Saya pun satu satunya alien pd masa tu.

Masa naik keretapi tu pertama kali saya tengok iklan makanan halal (chicken stock) di tv China dlm keretapi tu. Pelakon-pelakon wanitanya memakai hijab. Menarik!

MasZuber August 15, 2012 at 8:27 AM  

1. brewed coffee itu amat menggiurkan dikala pagi romadon ni weh..

2. huhhh hp masuk toilett..oh maiii..aku tau perasaannye mase nak celup tangan amek balik hp tuh..sbb aku pon penah buat jugak...geram kan...waktu tu la jugak nak masuk lubang jamban. hisshhh

3. 16 jam fattttt. duduk pulek tuh?? ohh anda sgt gigih lagi tabah!!

zaraab August 15, 2012 at 8:28 AM  

Merasa makan sate kambing di Beijing dulu was amazing. Especially time winter.Tambah plak dengan a pot of tea. What a combination. Does this entry gonna end soon?

gadisBunga™ August 15, 2012 at 8:45 AM  

sungguhhh ko buat aku nak merasa makan karipap kat situ. aku ni hantu karipap!

dzuchan August 15, 2012 at 9:05 AM  

fatt,
keramaian manusia di stesen keretapi tu boleh menghilangkan kesabaran manusia biasa(macam aku)hehe..
tak bole bayangkan kena sampai 2 jam awal..naik flight pun tayah sampai camtu

teh cina dalam teko?? *hehehehe*

pastu tembok yang ko kata asal dia 7 x lebih tinggi dari current..wahhhh apasal la diorang ni suka benor wat tembok2..

apeapepun aku tetap suka tengok masjid tuu...aku rasa cantik & unsur2 kechinaan tu ada sebab masjid2 tempat lain bnyk adopt architecture dari timur tengah kan..

panjang plak komen

but

Selamat Hari Raya :-)

Biqque August 15, 2012 at 9:23 AM  

ha! aku spot muka yg sama kat gambar army tu!

sila tgk gambar plg kiri bawah (kening kurang sebelah kanan) dengan gambar row atas dia 4 dari kiri! juga kening sebelahnyer kurang :D hahahaha! kedua2 gambar juga bermisai lentok serta janggutnya secotek! hahahaha!

henpon masuk lubang jamban???!!! ohmaiiiiiiii!!! eeeeeeeee!!! hahahaha!!!

ok, nanti bebila aku gi cengdu!

Hulubalang August 15, 2012 at 9:25 AM  

ko saja jek tayang makanan bulan pose ni kan grrrrr.. tp karipap tu mmg kesukaan aku, kambing plak mmg syokkk dpt makan panas2 perghhh.. sabar sabar lagi 10 jam jek nak berbuka

morbid5447 August 15, 2012 at 11:53 AM  

ekeke...10 malam terakhir ramadhan ni baru muncul post ko..selamat hari raya..hahaha

Rayyan Haries August 15, 2012 at 12:44 PM  

Aku paham perasaan ko naik hard seat fatt. 2 kali thailand, both hard seat. sama gak kat indon. haha...what to do mau save kan... kira dekat 24 jam lah...

boleh ttak aku nak gi china nak makan jer..haha...cambest!

Fatt August 16, 2012 at 3:49 AM  

kak mah,
hahahaha....ala2 journey to the west ye kak? =)



naramas,
ada iklan halal pakai hijab? menarik tu..tak penah tgk lagi. apa nama brand tu? bleh gugel kat youtube

kak, ini kira ok lagi..masa sy naik ketapi 3rd class dari hadyai-bangkok lagi dasat. seat lagi keras mcm kayu alas kain je...apapun syukur tak patah riuk. hehe



maszuber,
1. mmg menggiurkan sampai terpaksa terjah starbucks tadi semata2 nak grab deal buy 1 free 1..hahaha

2. ko pun penah kena ke? iskk...aku mmg ralat sungguh waktu tu...tapi terpaksa gagau jgk...

3. aku hrp nanti trip uhuk-uhuk kita dapatlah tiket sleepers..kalau tak matilah sorg2 sakit belakang..hihi



zaarab,
tak dinafikan sate kambing di sana sedap kan! kalaulah ada kat sini mmg bahagia. btw, yup..entry ni nak habis dah..tinggal few episode lagi, Insya Allah



gb,
gitewww..ko suka karipap ke? aku pon. tapi tak reti nak kelim tepi, reti makan je..hihihi



dzuchan,
kan aku kabor semalam, rasa teh ni sama sebijik yg kat kedai tu.

ye, ko harus bertabah lebih bila naik ketapi kat sini. dengan crowd yg sgt ramai tak kira musim, dgn org2 yg kasar suka potong queue..mmg mencabar kesabaran. aku dah bengang ada jgk termaki, tapi aku marah dlm bahasa melayu le..kekeke

eh tak, gini, mksd aku tembok tu besar dari segi keluasan...dulu 7x lebih luas dr yg asal. aku pun pasan dorg suke wat tembok...senang nak teropong agaknye

sila penuhkan cuti 25thn itew utk datang ke Xian ye..aku yakin ko akan suka bila tgk masjid ni..unik!

Selamat Hari Raya jgk utk ko sekeluarga. hati2 bila memandu pulang =)



biq,
mak esah ni mmg mata teropong sangat..kelass! kekeke...biq, pi la chengdu...aku gerenti ko akan melompat2 bila tgk panda..siyes

kuangasam gelak hp aku masuk lubang jamban. tu pasal aku tpksa pakai henpon baling anjing



hulubalang,
aku mmg sengaja nak menguji tahap kelaparan korang. jgn jilat skrin kompiter ye..potong markah.



emy,
ko ayat cam potostat



morbid,
biasalah...aku sibukla. ko pun tau. selamat hari raya juga



rayyan,
ni bukan kes nak save tapi tak bernasib baik sbnrnya. aku mmg nak amik sleepers tapi sold out utk 3hari berturut. biasalah tu, sh!t happens...hahaha

u shud go to china, byk street food yg sedap.

dzuchan August 16, 2012 at 8:27 AM  

fatt..
cuti dah ada
cuma
tabung arnab
masih berada pada tahap 1/10 dr kepenuhan haha..
InsyaAllah..akan pergi jua satu hari yang indah nanti..:-)

*ko ngan tun 2-2 dah membakor semangat bab xian ni. tun siap nak sponsor tiket masuk terracota muzium hahaha

iina August 16, 2012 at 10:25 AM  

fatt

lama tak singgah sini.. Selamat hari raya aidilfitri ye.. maaf zahir & batin

Tak boleh nak bygkan naik train smpi 16jam.. takde ke pakwe hensem yg leh ngorat2 ;)

Ninie Hanis August 16, 2012 at 4:37 PM  

Aku nk komen kt sini memandangkan ko bz nau n aku pun bz ngn dak kecik ni,hehe..

Selamat hari raya beb,maaf zahir dan batin. Mkn lemang ingt aku di perantauan ni weh..sob..sob.

Nedfatin August 22, 2012 at 1:33 AM  

Dah lama aku carik backpackers nye travellog yg informatif terserempak ngn ko pnye msa view blog member.rajin btol ko update each visit ye. Bagus betul detail ko bg, useful kalau aku bcadang nk travel lg. Keep up bro.

Fatt August 25, 2012 at 1:31 AM  

dzuchan,
tabung arnab ye...ko bagila tabung yg besar skit, gajah ke...hahaha...eh aku tgk stat ko ckp tgh godek2 web AA...dah berjaya ke merembat?

giteww...dia nak sponsor ko ye...aku bleh sponsor kasi pinjam LP China aku jela..takyah beli, pinjam je LP aku. hehe



iina,
hai iina, lama tak bertemu di ruangan ni...sibuk ke? selamat hari raya & maap zahir batin atas salah & silap aku ye..andai terguris di mana2 tu hrap kosong-kosong.

ps:sepet. tang mana yg hensem tah. kekeke



ninie,
wah hot mama ni makin sibuk layan prince hensem ye..aku paham...takpe...aku pun sama, maap zahir batin kalau ada khilaf terhadap ko ye ninie...selamat hari raya...tahun depan raya di mana agaknye?



nedfatin,
HAHAHA...aku bukan bro la ned. aku takla rajin, update ikut mood jgk..tapi citer aku panjang ye, sbb aku nak rekod sume benda waktu aku traval..giteww...dan selamat berkenalan! :)

N.U.R August 29, 2012 at 10:35 AM  

u punya blog sgt menarik sampai tertarik nak follow..hehe..sempoi!

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP