Keputusan Undian Travelog Tertunggak

September 08, 2012

Terima kasih kepada semua yang mengundi dalam poll yang berakhir tengah malam semalam. Aku sengaja buat macam ni sebab nak identify travelog mana yang dapat demand paling tinggi untuk dihabiskan. Kiranya macam Readers Choice Awards le...kononnya.

Di antara keempat-empat tajuk yang dipertandingkan, hanya 3 yang mendapat undian tertinggi iaitu Lost In Translation, Umrah dan The Overland. Barangkali sebab ketiga-tiga travelog ni yang paling purba kalau dibandingkan dengan Mekong Overland. Persaingan di antara ketiga-tiga travelog purba ni memang hebat sebab setiap hari undian berubah-ubah. Mulanya aku bajet tajuk yang satu ni menang tapi hujung-hujung kena pintas. Saspen sungguh.

Dah bersedia nak tengok keputusan penuh? 

Aku pulak yang berpeluh sebab pasni kena perah otak recall semua cerita purba. Gulp!


Hasil undian dari poll generator (polldaddy.com)


Kalau dari poll generator, paling demanding ialah Lost In Translation, diikuti Umrah dan The Overland tapi selepas campur undian dari petak komen....keputusan pun berubah. Disebabkan susah nak identify siapa undi apa, jadi aku terpaksa pukul rata dan amik kira semua kecuali undian yang pilih semua (macam Biq dan Hulubalang). Itu aku consider undi rosak sebab dorang tak paham soalan. Aku suh pilih 2 bukan semua!! #dushdush

Hasil undian di petak komen :

Lost In Translation = 5
Umrah = 11
The Overland = 10
Mekong Overland = 2

Selepas campur undian di poll generator dan petak komen, maka jumlah keseluruhan adalah :

Lost In Translation = 47+5 = 52
Umrah = 45+11 = 56
The Overland = 36+10 = 46
Mekong Overland = 22+4 = 26

Maka dengan ini travelog yang mendapat demand paling tertinggi adalah travelog Umrah.

Seperti yang dijanjikan aku nak bagi gift kecil-kecilan untuk penyumbang alasan yang terbaik. Aku pilih 3 orang kali iaitu Nil, Nur dan Raw. 




Bak kata Raw, "Where shall I send my address to?" Jawabnya email ke  backpackerbusuk[at]gmail[dot]com. Akhir sekali terima kasih kepada semua yang mengundi dan tahniah kepada para pemenang. Okelah, aku nak sambung taip travelog Umrah sebelum terlupa. Kbai!

kalau menaip pesen gini sampai kiamat pun tak abis

Next Entry : Travelog Umrah - Mekah (Part 2)
.

15 comments:

R.a.W | Ramble and Wander September 8, 2012 at 6:15 PM  

Yahoooooo!!!!
Googleeeeee!!!!
MSNNNNN!!!!!

Shukran... shukran...

Okay, jap. Nak savour the moment jap... :-)

dzuchan September 8, 2012 at 7:22 PM  

tahniah kepada pemenang..

just nak tanya
adakah selepas travelog umrah ko akan update travelogue2 itu mengikut ranking? :-)

selamat mengarang

Fatt September 8, 2012 at 8:02 PM  

raw,
Bing takde? hehehe...pasni kena tumbang kambing gurun sekor..bikin kambing golek



dzuchan,
mungkin. to be fair katanya. atau mungkin aku akan shuffle, tapi still priority pd 2 travelog yg paling tinggi demand.

terpaksalah ko dan peminat abe german bersabo...huhuhu

Janggel / Rain September 8, 2012 at 9:51 PM  

APA??????????? Alasan aku tak deterima? kbai.

JHAHAHAA

AjlaA September 8, 2012 at 10:01 PM  

hampir kecewa td tgk carta pai mula2
mujur ade suspen di hujungnya

sy tggu entri umrah.
yeay
thanks kak!

Hairi Tahir September 9, 2012 at 12:55 AM  

ok akak kita kena brainstorming session bersama-sama ni sebab aie pun nak update gak kisah umrah. lamanya tertunggak dah tak ingat dah...

BlueEwoke September 9, 2012 at 3:37 PM  

OMG!!!!! R.A.W ke yg first komen tu?? ishhh tak sopan sungguh terjerit2! ahahahahaha...

Tahniah kepada pemenang semua.. cewahhhhh

hanie September 10, 2012 at 9:00 AM  

ko tau tak fatt.. aku kan.. tgk tajuk Lost in translation ko nih..tetibe tergelak mcm org gile teringat kita buat aksi "yg gitu-gitu tuuu" dalam train. kahkahkah..aku tak buleh lupa ahjussi tu tgk kita.. cem haram!

dah la gi mana pun asyik gelak non stop..dh gaya org overdose ubat batuk..

Biqque September 10, 2012 at 11:34 AM  

undi rosak?? itu undi demokrasi namanyalah! cis!

hahahaha gile lah raw menang hahaha tak bleh blahhh!

MasZuber September 10, 2012 at 2:21 PM  

memang tak puas hati RaW bleh menang. cissssssss!!!

Fatt: okeh bile next entry?

R.a.W | Ramble and Wander September 10, 2012 at 2:42 PM  

@Fatt: Bing tak boleh sebut, ada sejarah tu... hahaha ;-)

@Janggel: Pesanan drp pihak penaja, "Bertabahlah", LOL

@BlueEwoke: Hahaha kasi chan la org over excited first time menang something from a blog ni, kakaka! Err kalau tak silap Fatt cakap hari tu pemenang dpt tiket pergi balik Air Asia ke Sydney free... ;-)

@Biqque: Sekali lagi, bertabahlah. Ni menang takde main jampi2, wokeh? :-)

@MasZuber: Utk kali ketiga hari ni, bertabahlah Cik MasZuber, tak elok tak puas2 hati ni... heheh! ;-)

retna yusof September 10, 2012 at 3:59 PM  

memana entry ko pun tetap ada pembaca dan peminat setia ;-)

All da best menaip tuh :p

*sabar menanti..

Hairi Tahir September 10, 2012 at 10:05 PM  

ai baru perasan ye yu punya travelog tertunggak sampai 14. sila buat terjunan akrobatik ke luar tingkap sekarang. mohon...

Fatt September 11, 2012 at 2:17 AM  

janggel,
teeetttt!! okla kita kowtim next contest aku kasi ko menang tapi ko kena kasi aku 10 fm! lol!!! :))



ajlaa,
akak dah mengarang separuh citer korea, sekali vote bertukar servis...hahaha...gitewww...apapun hrp2 habis la kali ni. kalau tak matilah kena kutuk =P



ayie,
ceh, yu pandai kutuk ai suh terjun tingkap sekali yu pun sama. ku pikirkan dah habis sekali belum jugak...yenedey!!!



na,
aku lagi takleh relate diri dia dgn sume komen2 dia...aku rasa ada org hack akaun dia la weh. ko tak rasa ke? lol! :))



hanie,
ko nantikan ye aku akan up balik citer Korea tu...itu jam aku rasa mau berderai gelak sbb aku usha balik sume gmbr, recall balik scene ketawa non-stop tu mmg lawak gile. aku rasa kita waktu tu mcm baru pas pekena todi...asik gelak je. tapi kisah "gitu-gitu" tu mmg aku ingt...masa tu kita baru balik dr Nami kan?



biq,
demokrasi terpimpin?? << dialog 3 abdul. hahaha

dia kutuk aku jadi aku kasi dia menang. bleh? hahaha



maszuber,
errr....



raw,
pree return tiket ke Sydney??? pengsan. kalau Sintok mungkin boleh. HAHAHAHA



retna,
ako, aku jeguk blog ko semalam..dah lama tak update. bila pi kuria?

inilah dilema seorang penulis blog yg pemalas..ko nak jadi tukang taip aku tak? hihihi



ayie,
amboi 2 kali komen yu! retis sangat. hey, kalau ai terjun tingkap, sape nak habiskan 14 travelog tu? pengsan bangun pengsan bangun pun yu takkan sanggup.

sila terjun ke luar tingkap gaya somersault sebab 2x5 tak habiskan travelog umrah! mohon...

atun's September 15, 2012 at 10:38 PM  

Salam,

Fatt, alamak aku dah termiss byk benda dh nampak gayanyerr..ada undian travelog tertunggak rupenyer..tp apapun keputusan untk travelog tertunggak tu mmg terbaek laa..dan satu lagi aku rasa termiss header yg d tukar buat sementara waktu aritu..betul kerr??tu pun sbb kwn aku yg inform ckp backbackerbusuk tukar header..cantikk..heheh..

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP