Made In China : Chengdu (Part 4)

September 03, 2012

Hari Kelapan : 10 Februari 2012 (sambungan)

Bagi yang berminat ke Giant Panda Breeding Research Base, sila datang pepagi bute, kalau boleh waktu feeding session. Waktu ni bolehlah kita tengok telatah dorang yang aktif sebab selepas waktu ni dorang akan mula berehat dan tido. Beruang panda ni memang comel & cuddly, tapi awas sebab ia tergolong dalam kategori "beruang". Berita giant panda menyerang manusia



opss! ape tu?

Populasi giant panda kini sedang merosot dan diancam kepupusan. Oleh itu kerajaan China telah membina beberapa buah pusat pemulihan bagi menumpukan usaha untuk membiakkan baka giant panda memandangkan haiwan ini agak pemalu dan sexually reluctant. 


amboi kecik-kecik lagi dah pandai laga-laga pipi

Selain beruang panda, binatang-binatang lain seperti burung merak (tak amik gambar sebab kat Mesia pun belambak) dan red panda pun ada di pusat ini. Walau bagaimanapun, red panda dan giant panda sangatlah berbeza dari segi fizikal, saiz dan warna. Red panda juga macam seakan-akan raccoon tapi lebih besar daripada kucing. 

ekor kembang siot, boleh bikin penyapu
macam kucing
Hampir 4jam kami habiskan masa berjalan-jalan di dalam kawasan ni. Itupun tak pusing semua sebab tak sempat. Waktu on the way keluar dari tempat ni kami lalu di sebuah taman bunga dan kebetulan ada banyak pokok bunga tulip. Nampaknya tak payahlah aku terbang sampai ke Amsterdam semata-mata nak tengok bunga tulip sebab kat Chengdu pun ada #rezeki.



Kami melintas ke seberang jalan untuk menunggu bas #902. Oleh kerana tak mau membuang masa maka Jason mencadangkan supaya balik dengan bas lain. Aku mengikut aje sebab dia lebih expert selok-belok bas awam di Chengdu. Disebabkan kami banyak berborak di sepanjang jalan maka aku tak berapa fokus nombor-nombor bas yang kami naiki termasuklah tambang (cuma aku ingat kami ada naik turun 2-3 bas sebelum sampai di hostel).

Dalam perjalanan pulang Jason dan sepupunya mengajak aku untuk join mereka sekeluarga makan HotPot. Aku menolak pelawaan tersebut dan bagitau yang aku kena balik sebab belum solat. Lagipun aku rasa HotPot yang mereka nak bawak tu tak halal jadi aku terpaksa menolak. Mendengarkan jawapan tersebut maka terus dia bertanyakan aku 1001 soalan berkaitan Islam.

Sebenarnya dia baru saja memeluk agama Kristian dan boleh dikatakan dia seorang penganut yang alim sebab setiap hari Ahad dia akan pegi ke gereja. Tapi katanya masih banyak persoalan yang belum terjawab dan dia sedang berusaha untuk mencari jawapannya.

Oleh kerana aku adalah muslim pertama yang dia jumpa jadi banyak soalan yang ditanya seperti ; Kenapa orang Islam sembahyang? Kenapa kita wajib berpuasa? Kenapa tak boleh minum arak? Tak makan babi? Ada berapa orang Rasul Allah? Nabi Isa rasul yang ke berapa? Apa itu Al-Quran? Apa beza Al-Quran dan Kitab Injil? Kenapa cerita Nabi Isa diangkat ke langit berbeza-beza? Bila hari kiamat? dan bermacam-macam lagi soalan. Kami bertukar-tukar pendapat tentang perbezaan agama Islam dan Kristian dan sekali-sekala dia akan mengugel jawapan tersebut di handphone. 

Tapi dalam banyak-banyak soalan, yang paling susah nak jawab ialah kenapa orang Islam dianggap terrorist? Isu 9/11? Osama Bin Laden? Katanya, pastor dia cakap orang Islam ni pengganas. So aku pun tanya balik, aku nampak macam pengganas ke? Dia diam. Kalau jadi aku agaknya ape korang akan jawab? 

Apapun aku puji sikap Jason sebab dia amat terbuka untuk tahu lebih dalam tentang agama Islam. Dia juga berminat nak dapatkan tafsir Al-Quran sebab katanya dia nak kaji tentang Islam. Aku rasa jawapan yang aku berikan sebelum ini sedikit sebanyak telah merungkai segala persoalan yang bersarang difikirannya...Insya Allah. 

Setibanya di stesen bas kami pun bersurai dan aku balik ke hostel untuk menunaikkan kewajipan. Sedang aku bersiap-siap untuk keluar kali yang kedua, masuk 2 orang penghuni baru iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Nampaknya dia sorang saja lelaki dalam bilik ni sebab selebihnya adalah perempuan. Aku kira dorang berdua ni kawan baik sebab kalau tak kerana travel sekali, mungkin lelaki tu pun tak sanggup masuk dorm yang majoriti penghuninya adalah perempuan. 

Seperti biasa, aku terus menuju ke kedai makan di belakang stesen bas untuk mengisi perut. Menu kali ini ialah mee sup kurang berapi 10Yuan/RM5. Aku amat berpuas hati sebab kali ni aku dapat habiskan makanan sampai licin.


Selesai makan aku bercadang untuk ke Big & Small Alley yang terletak di north-west of Chengdu. Aku ke sana dengan menaiki bas #62 (tambang 1Yuan/50sen). Setelah menempuh perjalanan selama 30minit dan melilau di merata ceruk akhirnya aku kecewa. Aku mengambil keputusan untuk balik terus ke hostel tapi entah macam aku tersalah naik bas dan tersesat jauh sampai ke luar pekan Chengdu di hentian terakhir iaitu East Railway Station (ni stesen keretapi baru, bukan stesen keretapi yang aku sampai dari Xian haritu).

Aku bercadang nak stay dalam bas sebab sure bas ni akan patah balik ke tempat yang aku berhenti tadi tapi rupanya semua penumpang kena turun. Aku tanya pemandu bas macam mana nak balik ke tempat tadi tapi kecewa sebab dia tak boleh berbahasa Inggeris. Dengan bahasa isyarat dia bagitau aku supaya ke satu tempat untuk menaiki bas. Aku mengangguk-angguk walau tak paham sepatah haram. Aku tak puas hati sebab apsal aku tak boleh duduk je dalam bas ni? Bukan bas ni lalu kat tempat yang sama ke? Bayar jela 2x pun, apa masalahnya?? Grr!!!

Aku turun dari bas dan berjalan ke arah bangunan stesen keretapi. Aku nampak signboard subway tapi malangnya subway ni belum lagi beroperasi (subway baru). Aku jadi buntu sebab takde sorang manusia pun kat kawasan ni. Oh tidakkk....aku takmo tido kat sini. Dahla esok aku nak balik!!! 

Nak dijadikan cerita tiba-tiba aku terdetik hati nak meninjau tangga yang menuju ke tingkat bawah dan akhirnya aku terjumpa tempat menunggu bas yang dimaksudkan. Fuh lega, syukur. Rupanya bas yang aku naik ni tak menghala ke tempat yang sama tapi ke Chengdu Railway Station (main station). Aku siyes tak paham kenapa sistem bas di sini berbelit-belit walhal aku dah naik bas yang sama. Di sini semua penumpang diarahkan turun dan aku juga takde pilihan melainkan terpaksa turun. Waktu ni aku berlari-lari ke stesen subway dengan harapan dapat naik subway balik ke hostel tapi hampa sebab aku baru saja terlepas trip yang terakhir. Aik, baru pukul 10.30mlm takkan dah habis kot? Gila tak urban langsung. LRT kat Kolumpo pun habis pukul 12mlm. Pfft! 

Aku menyelok poket, ada sekeping duit 50Yuan/RM25. Nampaknya kali ni terpaksalah aku ikhtiar dengan teksi. Walaupun mahal tapi aku takde pilihan sebab tak sanggup nak sesat dengan bas untuk kali yang ketiga. Aku harap meter teksi tak exceed sebab ini je duit yang ada untuk cover perjalanan aku sampai ke hostel. Aku cuba mendapatkan teksi di hadapan stesen keretapi tapi rata-ratanya meletakkan harga 30Yuan ke 40Yuan untuk ke sana. Wah, mentang-mentang dah malam, nak mark-up je kejenye. Cubaan kelima membuahkan hasil bila driver teksi bersetuju menggunakan meter. Setelah menunjukkan map dia pun mengangguk, aku assume dia boleh locate sebab teksi ni ada GPS. 

Perjalanan balik ke hostel aku rasakan begitu lama. Mata aku tak lepas dari memandang ke arah meter, bimbang kalau ter-exceed 50Yuan. Tetiba teksi berhenti di tepi jalan dan driver tu membetul-betulkan GPSnya. Ah sudah, sesat ke? Aku tunjukkan dia sekali lagi lokasi hostel, aku bagi landmark Xinnanmen Bus Station dan sekali lagi dia menggangguk. Teksi pun kembali meluncur dan hati aku rasa semakin semak memikirkan kebarangkalian untuk sesat kali yang ketiga. Tiba-tiba dari jauh aku nampak bangunan stesen bas dan secara otomatik aku menjerit menyuruh teksi berhenti. 

Ka-ching! 26Yuan/RM13. Oklah, tak hazab sangat kalau dibandingkan dengan harga mark-up 4 teksi sebelumnya. Aku tak putus-putus mengucapkan rasa syukur sebab setelah menempuh perjalanan yang panjang akhirnya aku selamat sampai ke hostel. Makan angin sungguh aku malam ni, kahkahkah. Amekau!!

Bila sampai di bilik aku tengok semua roomate dah tido. Malam tu roomate baru aku yang lelaki tu mengigau sampai 2-3 kali. Bayangkan waktu tengah sunyi sepi tetiba ada orang bercakap. Terkejut beruk aku dibuatnya. Ingatkan dia bercakap dengan kawan dia (sebab kawan dia pun menyahut), tapi rupanya kawan dia pun tertipu sebab rupanya dia ni pesen tido sambil bercakap. Buduh! Nasib baik aku dah penat, kalau tak memang aku bagi hadiah penampor Jepun.


bersambung....
.

13 comments:

Naramas Aman September 3, 2012 at 5:59 AM  

Kalau saya ditanya Jason ttg kenapa Islam dianggap terrorist, sy akan jawab: Media stereotype - media dikuasai oleh Barat (Amerika) yg rata2 dimiliki oleh Yahudi. Yahudi memusuhi Islam. Jadi media mrk memburuk2kan Islam.
Ttp jawaban Fatt pun bagus jugak. Am I look terrorist to you? Tentu dia terkedu nak jawab kan?

Janggel / Rain September 3, 2012 at 6:31 AM  

Wah kiutnya PANDA atas pokok dua ekor tu!

Sedap ke sup tu? ish mushkil aku hehehe

fahim September 3, 2012 at 7:32 AM  

you are a girl right? fuh, terpikir pikir kejadian buruk seperti pemandu teksi tu sex maniac ke hape..

nway, nice trip.

Biqque September 3, 2012 at 8:58 AM  

ya Allah sumpah cute panda kecik dua ekor atas pokok tu! racoon tu pun comel gile kot! tulip pun cantik! argh sume best la senang cite! hahaha!

dzuchan September 3, 2012 at 9:29 AM  

panda hitam putih -cute
panda merah-super cuteee
bunga tulip-awesomeee..tayah susah2 pegi Holland kan
mee sup-nampak sedap
-
-
-
-
-
Err..header yang lebih daring gituuu..
ni last episode ke utk china trip ni?

Koqin Qaremo September 3, 2012 at 1:14 PM  

comel lorr racoon tu... bley amek bela kt malaysia tak?/

AjlaA September 3, 2012 at 3:23 PM  

cantiknyaaa tulip~

nampak 9/11 terus teringat cite SRK
My name is Khan.

gadisBunga™ September 3, 2012 at 4:13 PM  

moga-moga pencarian Jason berhasil. :)

sungguh beruntung perjalanan ko kalini fatt. aku pun untuk jugak la sebab dapat baca dan tengok gambo. tapi cane2 pun kene jugak merasa tgk live... ;D

Anash September 3, 2012 at 8:47 PM  


panda merah tuh tak plak rupa beruang? menjurus ke kucing..
tapi still cute....baik panda itam putih mahupun merah

wah, good answer to the question on terrorist....

Nowwa Fitri September 4, 2012 at 7:00 AM  

oklah oklah..1st time aku tau ada red panda..huish rasa nak bawak balik bela je.:)

MasZuber September 4, 2012 at 1:04 PM  

fatt...
1. mee kari tue nampak sedap.. aku nak carik mee kari sat lagik!!
2. panda tue memang rasa macam nak peluk!!!!!



norh September 4, 2012 at 11:03 PM  

Selalunya fatt baca ayat apa eh kalau jalan sorang2 situasi mcm ni?

Fatt September 5, 2012 at 12:08 AM  

naramas,
betul, pengaruh media sgt kuat. walhal tentera US kejam tak tunjuk pulak...kalau kantoi pun sure jwpnnya utk pertahankan diri.



janggel,
haaa...nampak cincai tapi sbnrnya sedap. panda tu melambai2 ko pegi chengdu. apa lagi? bookla tiket cecepat. hehehe



fahim,
yup. pompuan. anyway, lupa nak share tips..jgn naik teksi yg tak pamerkan details pemandu...tapi disebabkan ada maka sy konfiden.



biq,
memang kiut...aku rasa nak pegang sgt sbb nak tau bulu dia lembut mcm kapas ke tak. apsal aku rasa komen ko tak mcm biq yg sebenar eh? hahaha



dzuchan,
daring ke? mana ada...kekekeke...aku dah jemu tgk header lama. saja tukaq



koqin,
tahle...klu sesuai suhu di mesia mungkin bleh. takut dia tak tahan panas asik nak berekon aje. letih tu



ajlaa,
tapi tulip takde bau...nyaris nak petik bawak balik. hehehe...tapi takut kantoi.

movie SRK tu baru kuar kat tv minggu lepas kan?



gb,
aku baru pasan nama ko ada "tm"...kelasss ko jah. kekeke. ye aku hrp dia dapat la jumpa tafsir al-quran. tapi kan gb, aku berpeluh2 gila time dia tanya soalan sbb tiap kali aku jawab mesti dia akan terus gugel kat henpon. siyes cuak sbb takut terbagi ajaran sesat. hohoho



kak anash,
haaaa...itula..tapi part muka mcm dah sama skit2..comel kan? jom bela!

I'm Fatt and I'm not a terrorist. huh. eh tapi kalau sy terrorist dah lama tak lepas masuk negara China...



nowwa,
ada...aku pun baru tau. tapi yg penting dua2 kiut



maszuber,
1. ko mengidam mee kari Na ke? hehehe...suh biq buat nanti.
2. aku pon!!! sumpah teringin gile



norh,
klu situasi camni selalu sy baca, Rabbi Yassir Wala Tu'assir. ini bacaan pendek. bacaan panjang, Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin

maksudnya: Wahai Tuhanku, permudahkanlah dan janganlah Kau susahkan

ayat ni baca bila berdepan dengan kesukaran atau nak mintak Allah permudahkan segala urusan. tak kira apa saja, dlm kehidupan sehari2 pun kita boleh baca...Insya Allah

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP