Made In China : Chengdu (Part 5 & Final)

September 04, 2012

Hari Kesembilan : 11 Februari 2012

Aku dikejutkan dengan ketukan pintu yang bertalu-talu dan seakan-akan mau roboh. Keadaan mula panik bila aku mula sedar yang langit sudah terang-benderang. Aku terjun dari katil dan terus mendapatkan pintu. "Check-out?"  Soalan maut makcik cleaner bikin jantung aku gugur. Dengan spontan, "WHAT'S THE TIME NOW???". Aku panik sebab fikir dah terlajak tido (maklumlah alarm takde sebab henpon masuk jamban). Dia membelek-belek jam..."It's 9.30am". Peh...lega siott! Aku ingat dia ketuk macam nak roboh sebab aku check-out lambat (kat sini waktu check-out tepat pukul 10am). Mujurlah dia datang awal...kalau tak confirm aku miss flight. Makasih makcik, xie-xie!

Selepas makcik tu pegi aku terus memecut ke bilik air. Harini aku terpaksa mandi kerbau sebab bangun lambat. Dengan saki-baki waktu yang kritikal, aku menyumbat segala barang ke dalam backpack, bersiap-siap dan tak lupa, subuh gajah. Setelah selesai aku pegi ke kaunter reception untuk memulangkan kunci dan mengambil semula wang deposit.

Aku masih ada ngam-ngam sejam sebelum ke airport dan kesempatan ini aku gunakan untuk mengisi perut untuk kali yang terakhir di kedai makan belakang stesen bas. Tak kisahlah menu apa sekalipun asalkan bersup dan gerenti tekak tak kecewa.

kue teow sup daging 10Yuan/RM5

Aku kembali semula ke hostel untuk mengambil beg yang ditinggalkan. Sebelum beredar aku mintak tolong staff hostel kirimkan poskad yang tak sempat aku hantar ke pejabat pos. Setem untuk poskad dari Chengdu ke Malaysia ialah 5.40Yuan/RM2.70. In record, poskad selamat sampai walaupun delay hampir 3 minggu.

Dari hostel aku berjalan kira-kira 15-20minit ke tempat airport shuttle bus yang terletak di sebelah Minshan Hotel. Nasib aku baik sebab kebetulan masa tu bas #303 sedang menunggu. Pada mulanya aku bajet tempat ini macam sebuah bus stop tapi rupanya jauh lebih sempoi dari apa yang aku bayangkan (apsal aku rasa ayat ni macam skrip drama).

[sumber] trail ke shuttle bus airport (kaler biru)
"kaunter" bas #303
bas #303, route Airport - Minshan Hotel
tambang 10Yuan/RM5 (murah gile)

Setelah membayar tambang sebanyak 10Yuan/RM5 dan menyimpan barang aku pun masuk ke dalam bas. Keadaan bas amat selesa dan kebetulan pada waktu ni penumpang tak ramai jadi aku bebas untuk memilih tempat duduk. Perjalanan ke airport memakan masa hampir 40 minit dan bergantung pada trafik. Frekuensi bas #303 adalah kerap dan untuk jadual lengkap serta nombor bas mengikut destinasi, sila ketik sini

Chengdu Shuangliu International Airport
flight D7321, Chengdu - KL
it's time. goodbye Chengdu. till then!
Penerbangan dari Chengdu ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 5jam dan aku selamat tiba di bumi Malaysia lebih kurang jam 7.30pm. 

Aku rasa bersyukur kerana di atas keizinan-Nya aku dapat melakukan pengembaraan secara solo di bumi China. Bermula dari Tianjin ke Beijing, Beijing ke Xian dan akhirnya Xian ke Chengdu, perjalanan selama 9 hari dapat dilalui dengan selamat. Walaupun dah berkali-kali pegi tapi aku rasa perjalanan kali ni agak istimewa sebab aku dapat panjat Great Wall untuk kali yang kedua. Aku jugak dapat menunaikan hajat untuk tengok patung Terracotta Warriors dengan lebih dekat selepas ternganga buat kali pertama di pameran @ NSW Sydney pada 2011. Selain itu aku rasa puas hati sebab dapat bertentang mata dengan beruang panda selepas tengok dokumentari pasal haiwan ni kat tv #pengaruhtv 

Pendapat setiap orang mungkin berbeza tapi aku lebih kepada "seeing is believing". Walaupun semua misi berjaya dicapai, aku rasa benda yang paling berharga ialah segala proses untuk mencapai misi tersebut atau dalam bahasa ringkasnya, pengalaman. Travel sendirian dan berteman jauh bezanya dari segi pengalaman dan semestinya dugaan bila travel bersendirian lagi mencabar...walaupun begitu, aku masih suke. 

Untuk mengakhiri travelog Made In China, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk membaca dan meninggalkan komen. It took 6 months for me to finish what I've started and sorry for the long delay. 

Berikut adalah senarai lengkap 20 episod travelog Made In China:

Tianjin & Beijing (Hari Pertama - Hari Ketiga)
Xian (Hari Keempat - Hari Keenam)
Chengdu (Hari Ketujuh - Hari Kesembilan)


- T A M A T -
.

26 comments:

Nowwa Fitri September 4, 2012 at 6:55 AM  

Selamat Hari Raya Fatt..hari ni FREE sket nak cover all the entries yang aku tertinggal keytapi..

Jemput datang umah..*winkk*wink*

misznina September 4, 2012 at 8:20 AM  

clap...clap.. akhirnya habis juga made in china!
i adore u akak.. teringin nak backpacking.. tp setakat ni kekurangan wang.. wahahha

AINUL ARINA September 4, 2012 at 8:46 AM  

tahniah2. lepas ni boleh sambung travelog seterusnya plak hehe

AjlaA September 4, 2012 at 8:47 AM  

sy suke semua entry made in china~ yeay

niL September 4, 2012 at 9:03 AM  

Congrats Fatt..
-Sbb keberanian & kegagahan ko travel solo..aku xtau bile...
-Sbb ko berjaya abeskan ntry..syabas bette
-Route ko tu dlm cita2 aku...Insyaallah

Danny / John September 4, 2012 at 9:15 AM  

akhirnya abes gak...wahh header baru. dh mcm yuna dh aku tgk. kekeke

f i d a j a c o b September 4, 2012 at 10:14 AM  

Mcm Yuna...

setiap gmbar ada lagu...

Hehe hi..

twayblade September 4, 2012 at 12:28 PM  

okay nextttttt!!!!!

(saje nk bg ko semput suh update on trip2 ko yg tertunggak)

Anash September 4, 2012 at 12:47 PM  

yeayyyy...
akak bangga
sebab dah abis siri jelajah cina fatt




nak lagi?

Nanz September 4, 2012 at 2:54 PM  

Tahniah.. akhirnya selesai lg satu siri travelog yg sgt menarik..

LidiaSuraya September 4, 2012 at 5:55 PM  

hai
salam kenal n salam aidil fitri...
wahhh best baca nanti saya baca entry lepas lepas yer..
caya laaa travel alone di bumi orang..
terbaekkk

Emy Tak Kecik September 4, 2012 at 9:49 PM  

tq fatt sudahkan travelog ni...sy akan cuba jejak china 2013...dpt jejak beijing n xian pon jadi la :D

pasni travelog mana lak nk update?hehehe

Rayyan Haries September 4, 2012 at 11:38 PM  

Selamat hari raya fatt! and congrats habis dah! ;) *pat at ya back* ;)

anggerik desa September 5, 2012 at 12:04 AM  

Fatt...me silent reader....aku admire dgn semgt bakpaking ko...sungguh jitu ko kembara...jeles hokeyy dpt jenjln...tahniah dpt siapkan entry dlm setengahnthun..psni trip mane..cepatttt updateee

Fatt September 5, 2012 at 2:29 AM  

nowwa,
selamat hari raya jugak. bizi manjang, buat kuih ke? haaa...wiken ni aku pi beraya umah hang na. aku tak sempat nak meronda lagi ni..buh kuih banyak2 skit. hehehe



misznina,
xie xie. lotih menaip ni dik, klu layan penyakit malas mau drag setahun. kumpul le sebulan 50rgt, hjg tahun dah boleh pi. kos travel kat china murah



ainul,
banyak ni kalau nak sambung *tepuk dahi*



ajlaa,
ye? pi jilid buat buku. hehehe gurau je



nil,
xie xie. hazab ye nil taip travelog...apa boleh buat, sindri cari penyakit =P

aku dgr AA nak bukak route pi Xian, so apa lagi..prepare la ape2 yg patot. ko kena try la nil travel solo, aku rasa best. tak pastila org lain camne



john,
macam je...tapi ada iras2 tak? uweekk muntah



fidajacob,
hi. wah vogue gile avatar. mcm yuna jgk..kekeke



sariah,
amboi tetiba muncul...kalau ko aku tau, mesti nak request sambungan citer siem reap kan???? lol! =P

anyway, selamat hari raye



kak anash,
misi 2012 katanya. menghabiskan citer2 tertunggak..lega dah setel sikit2

akak nak citer apa? cer request



nanz,
sama2...lega sangat dah habis. phew!



lidia,
salam ukhwah & selamat hari raya juge. runcit2 je ni....takla berani mana. anyway selamat mengorek entry yg lama2 =)



emy,
wow! syabas betei! sure...eh btw ada news ckp AA nak bukak route Xian. watch out!

tunggu post seterusnya utk tau. kekekeke



rayyan,
selamat hari raya dude! lega weh...sumpah!



anggerik desa,
hai! selagi masih bersemangat, insya Allah. aku travel gaya sengkek tu je yang mampu AD...dan itu jelah yg boleh buat aku pegi byk tempat. sbb kalau nak sediakan bajet yg besar, sure aku takleh ke mana2. anyway thank u =)

dzuchan September 5, 2012 at 8:05 AM  

hahaha..aku tertinggal keretapi
*tepuktepuk* abis dah travelog ini.
overall memang best terutama episod Pandamonium tu :-)

niL September 5, 2012 at 10:07 AM  

Fatt, niat solo mmg ada. Dan China adalah antara tmpt yg paling aku suker, tak taulaa kenapa...
Tapi big problem aku adalah :'si ibu ratu hatiku'..100% dia reject! Adeiii!

Biqque September 5, 2012 at 12:11 PM  

yeay abisssssssssssss! *tepuk tangan sampai darah merecik2*

deqna September 5, 2012 at 3:45 PM  

finally saye pon khatam kan bacaan saye..time kaseh sudi share....

deqna September 5, 2012 at 3:47 PM  

* im silent reader opkos...thihihi*

Fatt September 5, 2012 at 7:01 PM  

dzuchan,
ko naik ketapi wap ke weh?? lol!



nil,
china best kan? mcm2 ada. scenery, history...culture...foods...sume best. aih, mak ko tak approve ke? tu maknanya dia nak suh bwk dia sekali letewww...kekekeke



biq,
over nau!



deqna,
hi! silent reader oso welcome. terima kasih sudi baca wlpun pjg berjela..hehehe

hidaya hui September 6, 2012 at 12:20 PM  

wahhh...akhirnya. travelog china paling bestt sbb akan teringat2 rasa makanan kat sana bila tgk gmbr fatt.tapi bila fatt nak masukkan balik travelog kat guangzhou?hehe..ke nak buat trip lg skali?

hujanlebat September 6, 2012 at 9:09 PM  

kompem ai print all ur china entries! tq!

klynnismail September 19, 2012 at 4:29 PM  

Tahniah Fatt..terima kasih juga di atas entry2 yg sungguh descriptive. Saya enjoy membaca.

klynnismail September 19, 2012 at 4:30 PM  

Tahniah Fatt..terima kasih juga di atas entry2 yg sungguh descriptive. Saya enjoy membaca.

Fatt September 20, 2012 at 1:43 PM  

hidaya hui,
travelog guangzhou rasanya tak dapat kot nak taip sebab semua gmbr dlm folder tu dah hilang...nak repeat lagi mungkin tak dah kot. huhu



hujanlebat,
sila, sila



klynnismail,
makasih klynn. finally habis jgk ye...hehe. lega :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP