Tanah Jawa : Road To Ijen (Part 1)

September 24, 2012

Tahun lepas misi overland Tanah Jawa dibuat secara sendiri sepenuhnya tapi tahun ini aku tukar strategi dan guna khidmat supir untuk ke Gunung Bromo dan Kawah Ijen. Servis ini termasuk pengangkutan, supir, petrol, tol, entrance fees, penginapan di Bromo dan Ijen (termasuk breakfast), jeep di Bromo dan guide di Madakaripura. Yang tak cover cuma personal expenses, lunch & dinner, kuda di Bromo, travel insurance, tour guide dan camera fee di Ijen.

Pada pendapat aku, servis ini berbaloi setelah mengambil kira jarak tempat yang jauh-jauh belaka. Walaupun semuanya sudah diaturkan tapi itinerary masih custom made - ikut selera kami. Once a while aku pun perlukan "real holiday" setelah bersusah-payah dalam trip-trip yang sebelumnya. Masa merupakan faktor utama kenapa aku memilih untuk menggunakan supir. Kalau tahun lepas aku habiskan masa lebih seminggu di Tanah Jawa jadi aku boleh naik public transport 100% tapi disebabkan trip ini cuma 4H3M jadi banyak perkara perlu diambil kira. Kecuali Semarang, yang ini aku redah sendiri sebab tempat ni di luar perkhidmatan supir.

Kos keseluruhan adalah Rp2juta seorang (exchange rate waktu ni Rp1juta = RM335) dan ini termasuk semua servis yang dinyatakan di atas untuk ketiga-tiga lokasi iaitu Bromo, Ijen dan Semarang. Aku rasa kos ni murah memandangkan kekuatan jemaah yang cuma 2 orang.

(A) Surabaya Airport -> (B) Kawah Ijen -> (C) Gunung Bromo -> (D) Surabaya -> (E) Semarang

Hari Pertama : 15 September 2012

Kami tiba di Juanda International Airport, Surabaya setelah terbang lebih kurang 2 jam. Flight pagi tu penuh, mungkin sebab semua orang berebut cuti panjang bersempena Hari Malaysia yang jatuh pada hari Ahad. Sejurus touchdown, kesemua penumpang dibawa ke terminal dengan menaiki bas sebab kapal terbang parking jauh di hujung runway. Urusan mengechop pasport berjalan dengan lancar tapi kontra di lorong pemeriksaan bagasi sebab cuma satu lorong yang dibuka. Aku rasa banyak yang perlu diperbaiki memandangkan Juanda ialah airport kedua tersibuk di Indonesia selepas Soekarno-Hatta (Jakarta).  

Di luar pintu ketibaan kelihatan seseorang sedang memegang kertas yang tertulis nama partnerku, Fiza. Tanpa ragu-ragu kami terus menuju ke arahnya dan memperkenalkan diri. Nama supir aku ialah Dedi dan beliau ditugaskan oleh bosnya untuk menjadi driver sepanjang kami berada di Surabaya. Tanpa membuang masa kami berjalan menuju ke kawasan parkir dan terkejut sebab kenderaan yang bakal kami kuda ke hulu ke hilir ialah Avanza (read : a really big car for 3 small and tiny humans). Pergh, trip orang kaya sangat ni!

Kami memulakan perjalanan ke Bondowoso yang terletak di Jawa Timur. Jarak Bondowoso dari Surabaya sebenarnya tak jauh, lebih kurang 200km tapi jangan terkejut sebab tempoh perjalanannya mengambil masa 8 jam! Sungguh. 200km di sini tak sama dengan 200km di Malaysia. Jauh bezanya sebab sebahagian besar perjalanan melibatkan jalan persekutuan (bukan 100% highway) dan condition jalanraya di sini yang tak berapa baik.

Untuk beberapa ketika keadaan dalam kereta sunyi sepi. Masing-masing sibuk melayan pemandangan di luar tingkap. Aku perhatikan sikap pemandu di sini agak extreme sebab mereka berani memecut di lorong kecemasan walaupun jelas larangan tersebut dipamerkan. "MUSIC PLEASE!", dalam nada bergurau aku memberi arahan. Mana boleh tahan layan bunyi enjin sampai ke Bondowoso, ye tak? Supir menghidupkan radio. HAAAAAA!!! Berderai ketawa kami. Melihatkan reaksi itu, supir pun gelak. Sebabnya betul-betul keluar lagu dangdut. Cair taik telinga kalau layan lagu dangdut sampai 8jam. TUKAQ! TUKAQ! TUKAQ! Aku bagi arahan lagi....ewah, macam bos (sesuai la tu considering myself yang duduk sensorang kat seat belakang). Dengan patuh supir menukar stesen sampailah keluar lagu yang pada pendapat aku, lebih sesuai untuk market global. Aku suka gak layan lagu-lagu dari seberang sebab liriknya lebih berkualiti, kan? kan? kan?

Aku kembali bersandar sambil melayan pemandangan ke luar tingkap. Tiba-tiba Fiza kemudian menyebut sesuatu tentang lumpur lapindo. Aku mendengar mereka berdua berborak tentang lumpur lapindo dengan penuh tanda tanya. Lumpur lapindo? Tak berhenti mengalir? Kampung tenggelam? Menurut supir, sudah 6 tahun lumpur itu tak berhenti mengalir. 6 tahun??!!

di sebalik tembok penahan ini tersembunyi lautan lumpur lapindo
wisata lumpur lapindo
sebelum tembok penahan dibina, landasan keretapi ini tenggelam
pandangan ke bawah dari ketinggian tembok lumpur lapindo

Siapa sangka di sebalik tembok yang tinggi ini tersembunyi lautan lumpur yang maha dalam? Tak boleh bayang? Aku pun. Menurut supir, dulu landasan keretapi ni pun tak nampak bayang sebab kesemuanya ditenggelami lumpur tapi selepas tembok penahan dibuat, keadaan menjadi terkawal.

Kami mintak supir singgah ke tempat ini dan tanpa membuang masa kami memanjat tangga yang diperbuat daripada kayu dan buluh untuk ke atas. Suasana di atas ini sungguh tenang. Langit biru tak berawan tapi sedikit membahang sebab takde satu pun pokok yang boleh dijadikan tempat untuk berteduh. Di hadapan aku terbentang satu kawasan lapang yang tak berpenghujung. Jauh di sana kelihatan asap berkepul-kepul naik ke udara - mungkin situ kawasan lumpur yang panas.  

banyak harta yang musnah dan nyawa yang terkorban akibat tragedi lumpur lapindo (nampak tak asap?)
tenang. siapa sangka di bawahnya dulu adalah kawasan perkampungan

Kami didatangi 2 orang lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk kampung. Menurut mereka pada suatu ketika dulu di bawah lautan lumpur inilah kampung mereka. Sekarang tiada apa lagi yang tetinggal kerana semuanya telah ditenggelami lumpur. Aku tergamam dan cuba merasai musibah yang berlaku. Tak mampu aku bayangkan diri aku di tempat mereka, sukar. Mereka beranggapan bahawa bencana ini sebagai satu peringatan dari Allah, mungkin mereka lalai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Aku lihat air muka mereka cukup tenang. Mungkin mereka benar-benar redha dengan ujian yang menimpa dan sebagai seorang muslim memang itulah yang sewajarnya.

Sebagai usaha untuk membina rumah yang baru mereka menjual vcd bencana lumpur lapindo untuk meraih dana. Katanya sudah 6 tahun mereka menunggu bantuan kerajaan untuk menempatkan mereka di penempatan baru tapi masih belum menampakkan jalan penyelesaian. Kasihan. Aku betul-betul rasa serba-salah waktu ni. Bayangkan kalau hal yang sama jadi kat aku, mana aku nak pegi? Sehelai sepinggang takde harta?

penduduk kampung bertindak sebagai guide yang menawarkan servis bagi pengunjung yang berminat melihat kawasan sekitar
Mereka juga menawarkan servis membawa pengunjung untuk melihat kawasan lumpur lapindo dengan sedikit bayaran. Pengunjung juga berpeluang melihat kesan-kesan kemusnahan yang masih belum tenggelam sepenuhnya. Agak mengujakan sebenarnya tapi kami kesuntukan masa dan perlu meneruskan perjalanan yang masih panjang ke Bondowoso.

Walaupun aku tak dapat nak pastikan sama ada kedua-dua lelaki ini wakil penduduk kampung tapi aku tak boleh memekakkan telinga dan membutakan mata seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tragedi lumpur lapindo ini benar, kampung yang tenggelam ini benar dan apa yang berlaku semuanya benar.

Setelah berbincang akhirnya kami mengambil keputusan untuk memberi sedikit sumbangan. Walaupun jumlahnya tak seberapa tapi aku harap ia dapat membantu meringankan beban yang mereka tanggung. Semoga mereka mendapat pengadilan yang sewajarnya dan yang paling penting, tempat berteduh yang lebih selesa.

[sumber] lumpur lapindo
[sumber] para aktivis yang memperjuangkan nasib mangsa lumpur lapindo

Sewaktu menulis entry ini aku cuba mencari info berkenaan lumpur lapindo. Menurut sumber di internet, difahamkan bahawa fenomena ini berlaku disebabkan kegiatan cari-gali yang dilakukan oleh Syarikat PT Lapindo (dari sinilah tragedi lumpur lapindo mendapat nama). Syarikat PT Lapindo menegaskan bahawa ia adalah natural disaster berikutan kejadian gempa bumi yang berlaku pada waktu yang sama di Jogjakarta iaitu 250km dari lokasi kejadian. Tapi berdasarkan kajian ahli geologi mereka mengesahkan bahawa tragedi lumpur lapindo bukanlah suatu bencana alam tapi ia disebabkan oleh kecuaian Syarikat PT Lapindo sewaktu menjalankan aktiviti cari-gali 6 tahun yang lepas. Sila ketik sini untuk bacaan lanjut.

Walaupun jelas terbukti siapa yang bersalah tapi aku tetap merasakan fenomena ini merupakan suatu kejadian yang aneh kerana lumpur ini tak berhenti mengalir sejak dari 6 tahun yang lepas. Untuk rekod, lumpur lapindo adalah kawasan lumpur volkano yang terbesar di dunia. Ini bukanlah satu title yang perlu dibanggakan tapi amat menyedihkan sebab banyak nyawa yang telah terkorban akibat dari kecuaian manusia.

Setelah berpuas hati dengan penemuan ini kami pun meneruskan perjalanan ke Bondowoso dengan hati yang sarat.


bersambung....

ps : jangan komplin nape aku taip entry ni dulu. entry lain pun aku taip jugak. pfft!
.

16 comments:

Fird September 24, 2012 at 1:39 PM  

Yeay! (teruja sbb ada update hehe)

:: Mrs.Eady :: September 24, 2012 at 2:06 PM  

phieww...dgn tekun aku membaca nyer!!

myjourneymyphoto September 24, 2012 at 2:09 PM  

kesian kan kat mangsa banjir lumpur ni, saya dah tengok vcd tu, antara yang dasyat adalah tatkala benteng penahan tu pecah, dan juga letupan gas akibat paip gas yang pecah..

tak naik motor ke keliling kawasan tu? saya dulu dipujuk rayu oleh mamat2 yang ada kat situ, lalu naik 'ojek' = (motor) keliling tasik dengan bayaran tak ingat berapa..

cuak jugak bila motor yg saya naik tu bawak pegi tempat lain terpisah dari kawan saya 2 orang lagi.. rupanya dia nak isi minyak, kena pow juga saya minyak motor sebotol (diorang sebut 'benzin' = benzena)

Biqque September 24, 2012 at 3:22 PM  

huyuh...gile lah...

masa kat jogja pun ada yg menyuarakan kesedihan, yg gomen tak kasi duit utk bina tempat baru. dah bape tahun baru la dpt, tu pun rumah cam reban hayam, sian weh...tatau mana tido, mana makan, mana mandi...

ko tau brapa gomen kasi? bleh buat bumbung jer kot...sigh...

AjlaA September 24, 2012 at 4:30 PM  

insap saya membaca~

don wori kak. sy takkan komplen. sy terima je entri yg muncul. keke

misznina September 24, 2012 at 5:19 PM  

what a coinsidence last two weeks saya baru balik dari surabaya...
alamak malu nak update pasal trip to surabay. org pro dah update dulu.. hahaha

Janggel / Rain September 25, 2012 at 7:42 AM  

Fuh saujana mata memandang kawasan lumpur tu ye... OOO ni la yang mak aku tunjuk dulu gambarnya...

Ada asap ke dalam gambo tu fatt? Tak nampak pong?

Alangkah seksanya duduk dalam kereta selama 8 jam...umpama dari KL ke Mekah.

none September 25, 2012 at 3:50 PM  

sebab tu dalam Islam, kita digalakkan bermusafir, leh tengok tempat orang, lihat budaya orang, lihat kekurangan orang lain agar kita selalu bersyukur... kekadang kita slalu rasa kecewa dgn kehidupan sendiri sedangkan orang lain begitu menginginkan untuk berada di tempat kita... aku pernah baca pasal tempat ni kat blog catzcafe. kalau aku jadi kau pun aku rasa jiwa aku sebak dan sarat tengok keadaan mcm ni... diorang berjuang untuk tempat berteduh, berjuang nak cari rezeki demi sesuap nasi... tapi aku berjuang nak beli henbek prada, coach,,,huhu, nak kena lempang aku ni...

Fatt September 25, 2012 at 6:57 PM  

fird,
ko masih marah ke aku tk ajak pi ijen? ampunkan akuuuuu!!!



mrs eady,
giteww..harus skor A. hehehe



mjmp,
awk beli ke vcd tu? nyesal pule tak beli...huhu. sy tgk gmbr kat cover pun dah seram...tapi mmg kesian sgt sbb bala dtg bertimpa2...

tak, sy tak naik motor keliling tmpt tu sbb rushing ke ijen...sampai pun dah tengahari..mmg takde masa. katanya lama...almost sejam kan?

hehe, kene pau ke? biasalah tu...takleh nak bajet sgt sbb dorg ni suka buat benda yg tetiba. anggaplah itu sedekah



biq,
klu kat jogja aku rasa mesti kes gng merapi kan? kesian...tapi mmg begitulah, gov dorg corrupt skit...alah, mesia punye gov pun corrupt jgk...takat kasi bumbung je aku rasa mmg kejam...sangat tak berperikemanusiaan!



ajlaa,
HAHAHAHA...bagus ini budak. lol! =P



misznina,
time awk pi cuaca elok tak? ala mana ada pro, ni sy paksa jgk menaip, klu tak mengenangkan trip ni pendek mmg sy buh dlm queue lama2...sbb trip 4H3M so mmg cepat skit nak push



janggel,
aih ni perli aku ke? naik kete sampai ke Mekah mau berbulan2 woi...klu flight ada la kot 5-6jam...

aku rasa ko kena operate skit mata takpun pinjam spek mata aku...ada la! kat hujung nun!

huyoh mak ko dah sampai cni ke? kelassss!



none,
komen ko buat aku tergelak, part ujung tu le..gigih bebeno berjuang beli coach. klu aku pakai coach ori pun org still kutuk aku beli yg pelesu, bek aku buh duit dlm kocek suar je...setel.

negara dorg mmg susah, kadar pengangguran tinggi, mmg terpaksa buat apa saja kerja utk terus hidup. sampai sanggup seberang laut naik tongkang sbb nak ubah nasib...

Fird September 28, 2012 at 1:06 AM  

huih tak la aku gegurau je hehe

morbid5447 September 28, 2012 at 11:57 PM  

hehehe..tak komplen..understood..thanks..terbaekk

DJ October 7, 2012 at 12:44 PM  

Salam, Hi Fatt! Saya dah lama baca blog ni..skali la ngn blog geng2 travelholicawesome korg ni la..sebagai rujukan orang baru belajar ni...hehehe nak mtk tlg boleh?nak dptkan contact supir tu..rasanya takde sebut kat mana2 entry lagi kan...insyaAllah dah ada tiket ke sana bln 5 tahun dpn..dpt tiket murah...hehehe so plan ke bromo dan idjen... =)

Fatt October 11, 2012 at 3:44 PM  

Dj,
Salam! gitewww..terima kasih byk2 :)
Oh ye, sy mmg tkde sebut contact supir dalam ni sebab sy dgn org sana ada pjanjian bisnes utk tour ke Bromo...sy amik dorg sbb sy puas hati jadi kalau awk berminat boleh email sy dan kita discuss dlm tu..itinerary boleh customize ikut kehendak awk...

kalau berminat bleh email sy di backpackerbusuk@gmail.com

tq!

musafir 28 January 9, 2013 at 10:16 AM  

salam..nak mintak contact supir & iteneri jgk boley? (alang2 dh email ke DJ tu, fwd skali kt ambe, bleh?) jasamu sangat dikenang.......

Fatt January 9, 2013 at 8:39 PM  

musafir,
wasalam. sila email ke saya dan perkenalkan diri. nanti tak tau mana satu yg bertanya. makasih :)

eDayaH jR September 20, 2013 at 12:00 AM  

kakk..nk tnye psal transport dari surabaya tu.ade contact no xkak?

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP