Tanah Jawa : Road To Ijen (Part 2)

September 25, 2012

Hari Pertama : 15 September 2012 (sambungan)

Dari Sidoarjo kami menyambung perjalanan ke Bondowoso. Belum sempat apa-apa kami dah tersangkut dalam macet yang teruk di depan wisata lumpur lapindo. Perut aku mula berkeruk-keruk minta diisi sebab sejak dari semalam tak jamah apa-apa. Seingat aku, lepas balik dari kerja semalam aku terus pengsan. Terjaga sekitar pukul 2pg, kemas beg dan lepas tu buat kek cokelat. Konon nak buat separuh bancuhan tapi tersalah sukat serbuk cokelat dan sudahnya jadilah kek cokelat eksiden. Inilah hasilnya kalau buat kerja dalam keadaan mamai. 

Aku mempelawa Fiza dan supir menjamah dengan harapan dapat menghilangkan bosan sambil mengalas perut sementara menunggu sampai di rumah makan ie. restoran. Walaupun kek tu hancur bagai dilanggar lori 16 tayar, tapi Fiza kata sedap. Yelah tu, nak amik hati aku leteww. Hehe. Supir pulak malu-malu. Aku kata kat supir, jangan pandang rupa, soal rasa tekak tak boleh tipu! (yelah tu). Tapi sungguh, supir aku langsung tak sentuh, mungkin dia segan, maklumlah...kami 2 orang, dia sorang. 

Lepas makan kek cekelat aku pun pengsan - mungkin ubat tido tercampur dalam tu gamaknye. Aku hanya terjaga bila kereta membelok ke perkarangan Rumah Makan Tongas Asri. Rupa-rupanya kami dah sampai di Probolinggo. Menurut supir, makanan yang disediakan di restoran ini halal jadi kami tak perlu risau dan di sini juga disediakan surau untuk kemudahan tetamu bersolat.

Rumah Makan Tongas Asri, Probolinggo
Kami mengajak supir makan semeja tapi dia menolak - aku rasa mungkin dia segan dengan kami. Katanya dia dapat makanan percuma sebab bawak kami ke sini. Oklah, tapi lain kali dia tak boleh mengelak sebab aku akan pastikan yang dia makan semeja dengan kami. Kalau boleh aku taknak nampak terlalu formal. Walaupun tugasnya cuma memandu kami ke sana sini tapi itu tak bermakna dia patut dilayan seperti orang suruhan. Hmm, mungkin dia jenis lambat nak warm-up, agaknye.

Aku dan Fiza mengambil tempat di bawah kipas yang terletak di bahagian tengah restoran. Sementara menunggu dilayan, kami meneliti menu yang tersedia di atas meja. Aku menyelak setiap muka surat dan membuat andaian sendiri berpandukan nama-nama makanan yang aku kirakan bombastik. Perkataan-perkataan seperti cumi (sotong), tomat (tomato) dan penyet (penyek) mungkin sudah biasa di dengar tapi kombinasi perkataan-perkataan lain menjadikan aku sedikit keliru dan berimaginasi sendiri.

Aku menggamit seorang pelayan untuk memesan makanan. Aku sebut menu pungpang pungpang dan dia bilang "kosong". Kosong? Ape yang kosong? Air kosong? Ke Najwa Latip kosong-kosong? Pelayan tu mati kutu nak jelaskan maksud kosong sebab masalah bahasa. Lepas tu barulah aku dapat menangkap maksud kosong yang sebenarnya. Kosong di sini bermaksud takde atau habis. Owhhh... Setelah beberapa kali "kosong" akhirnya kami berjaya memesan menu yang tak kosong dan airnya seperti biasalah - teh Sosro. Pada pendapat aku, sesebuah percutian tak dikira lengkap kalau tak mencuba specialty sesebuah negara. Jadi sila pastikan teh Sosro masuk dalam senarai checklist bila ke Indonesia!

[sumber] teh Sosro atau teh botol

Setelah menunggu hampir 10 minit minuman pun sampai tapi teh Sosro yang aku pesan ni tak dingin. Aku menggamit pelayan lain dan meminta secawan ais. Dia kemudian memarahi pelayan yang menghantar minuman tadi. Katanya budak tu masih baru dan suka buat silap. Haih, tak perlulah marah sampai begitu, hal kecik jelah. Aku pun bukan nak mengada tapi cuaca haritu memang betul-betul panas walaupun duduk di bawah kipas. 

*tips: kalau nak air yang sejuk, jangan sebut "sejuk", tapi sebut "dingin"

Beberapa minit kemudian makanan pun sampai. Warnanya merah menyala - mirip nasi goreng cili dan bukannya nasi goreng seafood. Setelah mencuba rasanya boleh tahan dan tak pedas, boleh diterima dan yang penting sekali aku dapat habiskan kesemuanya sampai licin. Selepas membayar harga makanan dan minuman (Rp16,500) kami meneruskan baki perjalanan ke Bondowoso. Dari Probolinggo, ada lebih kurang 5jam lagi untuk sampai dan kami akan melalui pekan-pekan kecil seperti Paiton, Pasir Putih, Panarukan dan Situbondo.

Semasa dalam perjalanan supir ada bercerita pasal "blue fire" di Kawah Ijen. Katanya kalau mampu dan sanggup, pukul 2pg bolehlah menapak ke sana sebab fenomena blue fire ini cuma ada pada waktu malam. Kami rasa teruja mendengar cerita pasal blue fire dan merancang untuk ke sana pukul 2pg. Waktu ni semangat punyelah berkobar-kobar sampai mintak supir carikan kedai letrik - konon nak beli torchlight. Lol!

Kalau nak tau kedai-kedai letrik kat sini tersangatlah purba - rasa macam kembali ke zaman 70an (eh macam lah aku lahir zaman ni). Sayangnya aku tak amik gambar nak tunjukkan betapa oldskoolnya kedai tu. Design torchlight semuanya purba dan seingat aku, torchlight besi pun ada (rasanya torchlight besi ni wujud zaman Tok Wan kita dulu-dulu). Memang susah nak buat pilihan sebab takde satu pun design yang berkenan TAPI....akhirnya aku terbeli jugak. Aku kira torchlight ni yang paling canggih setakat ini sebab tak pakai bateri (tapi kena recharge). Huyoh, power siot! Hahaha

akan ku wariskan torchlight ini untuk generasi akan datang
power plant @ Paiton, East Java
Sewaktu melalui Paiton hari sudah mulai gelap (di sini matahari terbenam jam 5.30ptg). Laluan di sepanjang power plant (stesen janakuasa elektrik) ini berbukit dan mendaki dan agak mustahil untuk berhenti. Pemandangan yang disajikan juga menarik kerana apabila mendaki kita akan nampak persisiran pantai sebab jalan ini melalui pinggir laut. Melintasi kawasan ini membuatkan kita berasa seperti di Kerteh (tetiba rasa nak makan keropok lekor). Aku kembali terlelap di kerusi belakang. Barangkali air-cond ini terlalu selesa atau badan aku yang terlalu letih akibat bekerja macam pencacai sepanjang minggu.

Aku tertido untuk suatu tempoh yang lama sehinggalah dikejutkan dengan satu goncangan yang kuat. Aku terjaga dan mengesat-ngesat mata. Aku toleh kiri dan kanan tapi tak nampak apa-apa. Untuk seketika aku melihat ke depan dan dengan bantuan lampu kereta yang menyimbah di atas jalan, kata-kata supir siang tadi kembali terngiang-ngiang.


Jalan ke Ijen lumayan bangat! (sebab 6km daripadanya rosak dan berlubang teruk)


Tidak syak lagi yang aku sekarang sudah berada di Ijen. Waktu ni semua orang diam seribu bahasa dan yang kedengaran cuma bunyi radio memecah kesunyian. Lagu-lagu yang diputarkan tak lagi mampu menenangkan hati yang resah. Aku rasa semua orang pun rasa tak tenang tapi masing-masing diam membatukan diri. Mulanya aku rasa nak berborak tapi lepas tu aku mati akal. Kereta kami bagaikan digoncang setiap kali melalui lopak yang dalam. Waktu ini perasaan aku bercampur-baur antara risau dan takut. Takut - kalau-kalau ada benda yang melintas. Risau - kalau tiba-tiba tayar tersangkut dan salah seorang kena keluar dari kereta dan tolak. Fuiyoh. Kesat peluh.

Setiap kali tayar masuk ke dalam lopak, hati aku akan risau. Kerisauan aku jadi berlipat-ganda bila enjin mengaum sewaktu supir menekan pedal minyak. Taknak aku bermalam kat tengah-tengah hutan yang tebal ni. Entah kenapa, aku rasa lama sangat kami bergelumang dengan lautan lopak.

Tiba-tiba ada satu cahaya menyuluh dari belakang. Aku menoleh dan rupa-rupanya sebuah Avanza cuba memintas kami. Aku rasa pemandu Avanza tu gila sebab batu-batu ni tersangatlah besar. Kalau terpelanting kena cermin camne? Akhirnya Avanza tu berjaya memintas dan hilang dalam kegelapan.

Setelah menempuh jalan yang berliku akhirnya kami tiba di sebuah pos pengawal. Supir menghulurkan duit tol untuk melepasi halangan berpagar dan meneruskan perjalanan. Setelah menempuh 3 pos pengawal dan melintasi beberapa buah perkampungan, akhirnya kami sampai di Catimor Homestay. Aku menarik nafas lega sebab kami bertiga selamat dan aku sangat berterima kasih kepada supir sebab kalau bukan kerana beliau, rasanya perjalanan ni agak mustahil.

Supir membantu kami menyelesaikan urusan check-in dan kami diberi sebuah bilik dengan 2 buah katil single. Keadaan bilik adalah basic, ada tandas di dalam, takde heater tapi kami diberi selimut tebal sorang satu. Udara di sini sangat sejuk sebab tempat ini berada pada altitud yang tinggi - jadi sila bawak baju yang tebal, stoking dan glove.

Catimor Homestay, Kebun Balawan @ Bondowoso
basic room - consider ok sebab nak tido sekejap
Kebanyakan review dari Trip Advisor kata tempat ni teruk. Aku tak pasti sama ada si tukang review penah merasa duduk kat tempat yang cikai atau tak. Pada pendapat aku, kalau nak selesa lupakan saja niat berjalan-jalan tengok tempat orang - lebih baik duduk kat rumah layan Astero. Secara peribadi aku rasa Catimor Homestay ni OK. Waktu check-in aku tengok keadaan bilik bersih, toilet pun bersih, cadar katil dan selimut pun bersih. Cuma ada serangga kecik - tapi sekor dua je (masih bukan masalah yang besar). Secara overall aku berpuas hati, lagipun takde apa yang perlu dikecohkan kalau setakat nak lelapkan mata untuk beberapa jam.

Bangunan Catimor Homestay ini telah dibina pada tahun 1984 oleh tentera Belanda yang datang menjajah ke Indonesia. Disebabkan bangunan ni adalah bangunan yang lama, maka designnyap pun sedikit oldskool. Cat pada luar bangunan dah terkopek-kopek dan finishing adalah dari jenis purba (read : lama). Tempat ini terletak di dalam kawasan ladang kopi yang dipanggil Kebun Balawan. Kalau nak tau, Catimor Homestay ni adalah yang paling hampir dengan Kawah Ijen dan disebabkan itu maka suhu di sini lebih sejuk. 

Selain Catimor Homestay, option lain ialah Arabika Homestay yang terletak di Kebun Kalisat. Tempat ni pun 2x5 dapat review yang teruk dari Trip Advisor. Kalau tanya pendapat aku, setakat tido 4-5 jam tak payah nak komplin sangat. Macamlah nak tido sehari suntuk, walhal pukul 4pg dah kena bangun. Dalam Lonely Planet kedua-dua tempat ini tersenarai jadi aku rasa mustahil untuk LP masukkan kalau reputasinya teruk. Wallahualam.

Selain Catimor dan Arabika Homestay, sila ketik sini untuk senarai penginapan lain yang terdapat di sekitar Ijen.

Malam tu kami cuma berehat di dalam bilik - tak larat dan tak lalu rasanya nak keluar makan. Seingat aku, sebelum terlelap aku tengah menunggu que masuk ke tandas tapi entah macam mana aku tak sedar sampai ke pagi. Aku macam terdengar orang panggil nama aku, barangkali Fiza sebab sebelum tu kami dah plan nak bangun pukul 2pg sebab nak tengok blue fire. Eloklah tu, blue fire ke mana, kami ke mana. Dahtu, yang gigih beli torchlight tu buat hape? Pfftt!

Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana rupa blue fire, maka sebelum mengakhiri entry ni aku hadiahkan gambar blue fire di Kawah Ijen. Insya Allah kalau ada rezeki dan lens panjang sedepa, mungkin aku akan mengulang lagi ke sini.

p/s : Aku rasa blue fire lagi power dari aurora kat Lake Tekapo. No offense NZ die hard fan.

[sumber] "A sulfur miner stands inside the Kawah Ijen crater at night, holding a torch, looking towards a flow of liquid sulfur which has caught fire and burns with an eerie blue flame" - Olivier Grunewald
[sumber] "Molten sulfur burns atop a solid sulfur deposit. Miners will extinguish the flames before they leave any loss of suffer " - Olivier Grunewald

Kagum?? Sangat. Hah, tunggu apa lagi. Cepat-cepatlah pegi ke Kawah Ijen!


bersambung....
.

22 comments:

Janggel / Rain September 25, 2012 at 9:51 AM  

Wow tetibe terkagum dengan kegigihan Ko Fatt mengapdet entry.. sekaligusberderet...

Wow lagi sebab gambo last tu lawo nak mampos! Tapi bukan ko amek kan gambo tu kekeke.

Wow jugak, baru aku tau Najwa Latip dapat mana ilham nak buat lagu KOSONG tu.

Hulubalang September 25, 2012 at 9:53 AM  

yesss....the blues...go go chelsea.. err motif la aku ni??

John717 September 25, 2012 at 9:53 AM  

wow!!! lajunya update! sila gigih okkk!!!!! hahahah gambo last tu lawaaaa!!!

dakS September 25, 2012 at 11:05 AM  

fatt...

puyooo lama gilos aku x menyinggah sini... tuuu dia dok pi lg... ni unsur2 nak menjeleskan aku le nih...

p/s:tengok gambo kau buat aku gindu sama Moss gemok...

gadisBunga™ September 25, 2012 at 12:13 PM  

wokkehhh!!!!

aku kagum.

dah time utk carik geng pastu godek kalendar pastu book tiket pastu challo!!!

Hafizah Hassan September 25, 2012 at 3:18 PM  

Wahh!!! Sgt ekspress menghapdet... Hiks.. Takpe takpe, u update dulu, agak2 org dh lupa krang i refresh cerita

Fatt September 25, 2012 at 5:21 PM  

janggel,
ni aku tengah rajin. klu aku malas ko pepaham sndri le. aku rajin nak update sbb trip ni tak lama..tu psl aku nak push dulu..

hoi! dah tentu le bkn gmbr aku. tu pasal aku buh kredit ma!!



hulubalang,
ntahnye *slap!*



john717,
aku pakai enjin turbo. ko hade?? lol!



daks,
amboi lamanya yu hilang. balik kampung ke? ni ko konpius ke? ni bkn niu zilen la..ni surabaya

ps: muke aku iras2 moss ke? lol! ye aku pun rindu binatang berbulu tu...sob sob



gb,
make sure ko tak salah pilih tarikh. the best is between aug-oct...klu hjg & awal tahun musim ujan



fiza,
rajin. kononnya. walhal entry terunggak tgh menunggu...sbb trip ni kejap kan so i taip dulu...nanti yu taip la bila pree

Fird September 25, 2012 at 6:42 PM  

kau membuatkan aku menggeletis nak pergi kawah ijen!

Fatt September 25, 2012 at 7:01 PM  

fird,
aku pun nak pegi lagi, tapi itu jam aku nak bawak lens panjang sedepa...nak shoot gmbr blue fire. eh tapi siyes ko mmg tak ke ijen eh aritu? rugiii weh...ko tunggu post aku pasal ijen pasni...konpem terbako...kekekeke

make sure klu nak pi ko select date yg sesuai, klu kena musim ujan sia2 la

dzuchan September 25, 2012 at 11:14 PM  

aku x sempat baca lagi entry ko kerana bekerja dengan gigih disamping menjadi supir boss..
tapi aku gatal nak komen hahhahahaha
nanti pas study aku komen berhemah sikit

Naramas Aman September 26, 2012 at 5:42 AM  

Saya terasa berada di sana :)

Hulubalang September 26, 2012 at 7:55 AM  

kalau gi indon bulan 3...tgh musim apa ek? musim sejuk ke musim luruh? hehehehe....

Biqque September 26, 2012 at 9:17 AM  

r u on crack? semacam jer update entry hahahahahahahaha!

ok, suka, suka!

dasyat gile bluefire tu!

leh kali nak air kosong, ko mintak "air putih, putih" putih tu abis baku tau hahahaha!

Fatt September 26, 2012 at 10:15 AM  

dzuchan,
supir bos? sejak bila ko jadi drebar?



na,
gitewww....



hulubalang,
aku rasa waktu tu musim orang kawin dengan terima menantu. heh



biq,
maybe. had trouble sleeping. sbnrnya aku auto publish. siapnya kul 4pg..amacam rajin kan? nak cepatkan abis nanti tak kena kutuk. lol!

dzuchan September 26, 2012 at 11:57 AM  

dah study..heheh
takde la..aku pegi outstation bertragedi..sebagai tanda terima kasih aku drive kan boss aku tengganu-kuantan-KL *gagah tak aku* hahaha

blue fire tu sangat....*speechless* subhanallah
misteri alam kan

ekcelli torchlight tu penah wujud di rumah aku hahaha

err...correct me if i'm wrong
so, korang tak dapat tengok blue fire tu lah kan? sebab oversleep?

Fatt September 26, 2012 at 7:16 PM  

dzuchan,
what a distance. jauh tu ganu-kontan-kl...aku drive kl-tepen pun dah jenuh menguap. hahaha

aah, kitaorg tak pi tengok blue fire...sbb peluk bantal lagi sedap. lol! agagaga...aku rs nyesal plak tak pi...tunggu ada lens panjang sedepa la weh...

hoh, ko pun ada toclite ni? aku pes time jumpa...agak rare sbnrnya. hahaha

morbid5447 September 27, 2012 at 4:01 AM  

terbaek..good info....risau pasal weather je ni..pls advise...

Fatt September 27, 2012 at 7:45 AM  

morbid,
time ko pegi nanti insya Allah cuaca elok..bln 11 yg baru nak start masuk monsoon...doa2 la weh.

Fird September 28, 2012 at 1:09 AM  

tak gi la hari tu fatt. sampei bromo je. ko x tunjuk lagi aku dah terbako ni trus riki tiket haha

Fatt September 28, 2012 at 2:34 PM  

fird,
tapi ijen mmg jauh pun weh...ko dah usha tiket ke? laju berdesup! hahaha...dapat murah tak?

Pippa Jalal September 28, 2012 at 6:00 PM  

subhanallah...!! sesangat2 cntik dgn ciptaan dr NYA... xsabar nak tggu fatt update blogg seterus nye huhu

Rawi Sanra February 10, 2013 at 11:46 AM  

Subahanalllah! Blue fire!

Bila nk sampai ni. *pray hard

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP