Tanah Jawa : Kawah Ijen (Part 3)

September 26, 2012

Hari Kedua : 16 September 2012

Selamat Hari Malaysia! (16/09/2012)

Aku terjaga sekitar jam 3.30pg. Basuh muka, gosok gigi tapi tak mandi, barulah Mat Saleh. Pagi ni cuaca boleh tahan jadi aku sarung baju 3 lapis - base shirt, fleece dan windbreaker. Gloves standby dalam kocek. Kata supir lepas turun dari Ijen nanti akan terus ke Bromo, jadi terpaksa kemas semua barang sebab nak terus check-out.

Tok! Tok! Tok! Pintu bilik diketuk. Supir mempelawa kami bersarapan. Waktu ni baru nampak muka-muka penghuni yang lain. Rupa-rupanya ramai gak tourist yang duduk di sini. Kebanyakan mereka adalah pelancong berkulit putih, ada 2-3 kerat pelancong Asia termasuklah kami.

Menu breakfast di Catimor Homestay agak menyedihkan - telur rebus dan roti yang ditabur chocolate rice. Minuman ada 2 pilihan - teh kosong dan kopi "o" panas. Aku rasa breakfast ni memang tak sesuai untuk aktiviti mendaki jadi semua nasihatkan bawak bekalan sendiri - contohnya coklat dan energy bar atau kudapan lain yang boleh dijamah semasa pendakian.

roti tabur cokelat rice dan telur rebus. telur rebus? err??
Selepas breakfast kami memulakan perjalanan dengan menaiki kereta ke Pos Paltuding yang terletak kira-kira 15-20 minit dari homestay. Pos Paltuding yang terletak di ketinggian 1850m dpl merupakan check-point untuk memulakan pendakian. Jarak di antara Pos Paltuding dan Kawah Ijen adalah sejauh 3km. Walaupun kedengaran dekat, tapi secara peribadi aku rasa jauh dan mencabar memandangkan keadaan trek yang bercampur-campur di antara mencanak dan landai. Dinasihatkan supaya membawa trekking pole kerana ia amat membantu dalam pendakian sebab kebarangkalian jatuh terduduk amat tinggi terutama sekali sewaktu menurun. Yang penting sekali pastikan anda memakai kasut dengan permukaan tapak yang sesuai kerana keadaan trek yang agak berdebu dan licin.

*dpl = dari paras laut

starting point (4.57 pagi)

Untuk setengah jam yang pertama aku masih survive tapi lama-kelamaan jadi pancit bila terpaksa mendaki di cerun yang curam. Ada satu tahap aku terpaksa berhenti sebab nak tune nafas. Kata Fiza muka aku pucat tapi mujurlah tak pengsan. Silap aku jugak sebab tak periksa barang dalam lightpack sebelum bertolak. Patutnya aku bawak kek cokelat, ini tak, aku terbawak buku Lonely Planet - bukannya boleh makan pun! Godek punye godek sekali jumpa gula-gula, phew...kalau tak mesti bertambah-tambah pucat muka aku ni.

Aku terpaksa biarkan pendaki-pendaki lain memintas - masa ni persoalan siapa sampai dulu dah tak penting. Orang kata biar pelan-pelan kayuh, ikut kemampuan.

belum semput lagi (5.04 pagi)

Setelah bersusah-payah menempuh segala cerun dan curam, akhirnya kami sampai di Pondok Bunder (2214m dpl). Waktu ni aku rasa lega yang amat sebab ingat dah sampai tapi rupanya ada 1km lagi. Pfft! 

Sewaktu kami sedang berehat dan tiba-tiba seorang lelaki datang menegur. Dia bagitau malam tadi dia tengok blue fire. Terbako rasanya sebab kami tak pegi - penat punya pasal. Bersembang lebih kurang dan lepas tu kami mintak izin nak blah, tiba-tiba dia mintak email. Aih, sembang tak sampai 5 minit dah mintak email? Sorila brader, pi main jauh-jauh!

baru separuh jalan. take 5 dulu (5.58 pagi)
kantin pelombong sulfur. di sini jugalah tempat menimbang batu-batu sulfur

Trek selepas Pondok Bunder agak santai dan landai. Panorama di ketinggian ini lebih menarik dan saujana mata memandang. Subhanallah. Cantik sungguh ciptaan-Mu.
ini jam aku dah terjelir. hampir give-up tapi aku tengok dorang rilek je ulang-alik. tak bole jadi ni! (6.19 pagi)
cantiknye pemandangan. hari-hari tengok view ni pun sanggup
are we there yet? (6.21 pagi)
tak pasti berapa banyak mereka dibayar untuk kerja high-risk ni. terus insaf (6.26 pagi) 
nak sampai dah! hoyeh! (6.38 pagi)
setelah mendaki hampir 2 jam. akhirnya! (6.42 pagi).

Akhirnya kami sampai juga di ketinggian 2386m dpl - Kawah Ijen. Segala perasaan penat hilang dengan sendiri dan hati aku melonjak-melonjak sebab tak sabar nak melihat kecantikan Kawah Ijen. Tapi sebelum tu, ada halangan yang perlu kami tempuh iaitu angin lintang.

Kami perlu menyeberangi laluan yang terbuka untuk ke seberang. Nampak seperti mudah tapi sebenarnya mencabar sebab di atas ni takde satu pun pokok atau batu-batu besar yang boleh dijadikan tempat untuk berlindung. Lama kami menunggu dengan harapan arah angin akan berubah tapi ternyata sia-sia. Nampaknya memang takde cara lain melainkan terpaksa meredah angin yang kencang ini untuk ke seberang.

Bismillahirrahmanirrahim. Kami memulakan langkah dengan berhati-hati. Aku harap kami berdua tak terbang disapu angin. Tapi kalau kena sapu pun aku rela sebab tempat ni cantik. Eh?

fuh, berjaya gak melintas. gile cuak!
kawasan angin lintang
melalui lereng gunung
segala penat pun hilang bila nampak scenery ni

Alhamdulillah. Kami berdua selamat sampai ke seberang. Anehnya bahagian ni langsung takde angin, mungkin sebab kedudukannya yang terlindung di sebalik gunung. Kami mempercepatkan langkah menuju ke view point. 

Rasa macam tak percaya yang di depan mata aku sekarang ialah Kawah Ijen. Tempat ni betul-betul cantik, air tasiknya biru kehijauan - macam warna air tasik Lake Tekapo, cuma bezanya ia sangat berasid. Jauh ke bawah di pinggir tasik kelihatan satu kawasan berwarna kuning. Kawasan ini merupakan kawasan di mana batuan sulfur digali keluar. Dari atas kita boleh nampak pergerakan manusia di sekitar kawasan tu. Barangkali pekerja-pekerja lombong tengah sibuk memunggah bongkah sulfur untuk dibawa naik ke atas.

kawasan merbahaya. in record, seorang tourist France penah jauh dan mati
scenery yang cukup cantik. tapi awas, tasik ini sangat berasid
down under
the worst job in the world - tapi masih ada yang sanggup

Laluan turun ke kawasan sulfur bukanlah mudah. Hanya mereka yang benar-benar mahir saja boleh buat - itupun kalau berani. Tapi kalau berminat boleh upah guide ke sana dengan sedikit bayaran. Sebenarnya orang awam tak dibenarkan turun sebab tempat ni amat berbahaya. Segala risiko perlu ditanggung sendiri jadi fikirlah semasak-masaknya. 

Melalui info yang aku baca, bau asap sulfur di bawah sana tersangatlah kuat/tengik. Mendedahkan diri kepada asap sulfur untuk satu tempoh yang panjang boleh merosakkan sistem pernafasan terutamanya paru-paru. Aku terfikir macam mana dorang boleh tahan sebab baunya yang busuk. Memang dorang berani meletakkan diri dalam keadaan berisiko dan sanggup menggalas tugas membawa muatan sulfur seberat 80kg ke 100kg dari kawah sulfur naik ke atas dan kemudian turun sampai ke Pos Paltuding untuk dikumpulkan. Ini bukanlah satu kerja yang mudah - bahkan ini adalah kerja yang paling teruk di dunia (but technically ia lebih mulia dari orang yang hidup senang dengan cara yang salah).

mungkin ada sesuatu yang menarik sedang dibualkan mereka
blok-blok sulfur yang beratnya di antara 80kg ke 100kg!
bayangkan kecekalan mereka memikul beban ini demi sesuap nasi

Aku tak pasti berapa jam mereka bekerja dalam sehari. Ada yang kata seorang pekerja cuma berulang-alik 2 kali sehari dan ada yang lebih daripada 2 kali. Tak kisahlah berapa kali tapi aku rasa pekerjaan ni sangatlah berisiko. Aku tak rasa dorang dapat insuran dan medical check-up yang sepatutnya dari majikan. Musykil. Entahlah, kadang-kadang bila sampai ke satu tahap manusia akan sanggup berbuat apa saja demi sesuap nasi. Secara peribadi aku memang respect sebab mereka sanggup bekerja sebegini teruk demi mendapatkan rezeki yang halal. 

saving the moment with one of the miner (credit : fiza)

Kawasan yang kami berdiri dan ambik gambar ni sebenarnya adalah laluan yang digunakan oleh pelombong-pelombong sulfur untuk berulang-alik, jadi kita perlulah sentiasa alert dengan keadaan sekeliling dan beri laluan bagi memudahkan pergerakan mereka.

Pemandangan pada waktu ini begitu cantik dan kebetulan langit tersangatlah biru, rugi kalau tak amik gambar kenang-kenangan. Dan secara kebetulan aku dapat peluang bergambar dengan salah seorang pelombong sulfur - sporting sungguh pakcik ni. Kata supir mereka ni orang susah, kalau tak keberatan sambil bergambar tu hulurlah Rupiah sekeping dua sebagai tanda terima kasih.

kami (credit : fiza)

Aku dan Fiza juga tak melepaskan peluang untuk bergambar bersama. Spot yang kami berdiri ni memang hot - susah betul nak kosong sebab sentiasa penuh dengan crowd terutamanya pelancong Mat Saleh dengan aksi gila-gila mereka. Orang yang tolong amik gambar kami ni ada offer nak amikkan gambar kat bawah sana (kawah sulfur). Tapi aku tak berani amik risiko sebab risau kalau-kalau kamera terhentak atau yang paling menakutkan kalau kamera kesayangan tak pulang ke tangan. Mimpi ngeri.

subjek dalam gambar ni ialah mamat di belakang tu. eh? (credit : fiza)
 my candid photo, suke! (credit : fiza)
inilah gambar yang aku tangkap dalam gambar di atas

bersambung....
.

22 comments:

R.a.W | Ramble and Wander September 26, 2012 at 5:27 PM  

Gila lah having to carry 80-100kg weight on your back 2 times or more in day for quite a distance. But what you said is true, at least the income is halal. Too many of us nowadays just couldn't care less about halal and haram when it comes to our income.

Nice shots, by the way. Tapi yg pic with the mamat in the background as the subject tu, macam haram, hahaha! Tapi tak lah haram lagi, cuma macam haram je, hahaha!

Biqque September 26, 2012 at 5:46 PM  

whoaaaaaaaaa cantik gile gambar2 ko! syabbas betey!

sumpah weh cantik gile tempat ni...teruja aku! tapi tu la, blue fire tuh, ish! mamat email tu tak kasi tgk gambar dia? hahahaha!

wah suka abang miner tu peluk dirimu hahaha!

dzuchan September 26, 2012 at 6:36 PM  

gigih update..syabas selangor
amboi2 bergambar dengan miner...gituhh
tapi kan nak tanya
pekerjaan ni tak merbahayakan kesihatan diorang ke?

tapi pemandangan dia....cantiknye subhanallah

Naramas Aman September 26, 2012 at 9:14 PM  

Irony:
Lebih baik kerja gigih macam ni daripada kaya raya dgn duit haram

Danny / John September 26, 2012 at 9:24 PM  

ohmaiii!!! kene peluk bahu? org kat atas marah tak??? hahahah gurau2 aje fatt ye.

cantik2 gmbr nih!!!! tak sbr nak pegi next month! yeayyy! nnt gulai kawah aku masak kat sini! haha

Janggel / Rain September 26, 2012 at 11:08 PM  

Memang lawa Kawah Ijen ni yer...
Peluk2 bahu lagi ko hahahhaaa sama macam org di blog sebelah sana tu kekeke.

pandai kawan ko si fiza tu amek gambo. kim salam kat dia yer. thanks.

Dan Arif September 26, 2012 at 11:13 PM  

aku dulu gigih turun jgak ke bawah kawah tu alang-alang dh sampai.. byr sorg 15k jer kot utk mamat tu bawak kitorg turun.. turun syok la.. nak naik tu.. haihh penat siot..

untungla pegi time langit biru cantik.. aku p dulu x secantik nie langit dia.. huhu #jeles

waida September 26, 2012 at 11:19 PM  

First: Subhanallah.. cantiknya Kawah Ijen!

Second: Kagum sgt sampai nak menangis time baca and tengok gambar-gambar.

Third: Untuk rekod, blog ni paling best! Segala updates mmg tertunggu-tunggu. Double thumbs up!!

Tq :D

Fatt September 26, 2012 at 11:22 PM  

raw,
i cant imagine how they manage to carry it. furthermore its heavier in higher altitude. but these men was still able to smile. i feel terribly sad for them. i wish i can offer them better job - at least, bcoz i know they're hardworking ppl.

as for us, to find barakah is easy. just dont be greed. dunia ni hanya pinjaman dan tiada apa yg kekal. if they really understand the meaning of "bersyukur"...

lol. my shots was terrible..longkang quality...unlike u. actly i didnt realize that there was a guy behind me until i saw it few days after. not bad huh? anak ikan =P



biq,
cantik la sangatttt....kontra korang ni, bkn leh caya! tapi tempat ni mmg cantik biq, aku seru ko sampai ke sini...tahun depan ok! demi mak esah! =P

ah mamat yg mintak emel tu watpe aku nak amik gmbr dia..terbakar shutter aku kang. exaggerate sgt terbakar shutter. lol!

tu bkn abang le, tapi pokcik. cer ko telek rapat...pakcik kan?



dzuchan,
demi zero entry tertunggak! kononnya..lol!

tetiba dia letak tgn kat bahu...aku redho jela..erm, sbnrnya bahaya la...sulfur kot..acidic...asap sulfur tu je dah rosakkan paru2 so mmg job dorg high-risk

cantik kan..apa lagi! lai lai lai...



naramas,
org yg kaya dgn duit haram sbnrnya lagi miskin dari org miskin...nauzubillah. mintak dijauhkan dari masuk dlm golongan ni



john,
tahle...cer ko tanya dia...marah ke idak. hahaha :))

ko nak include ijen sekali ke weh? sempat ke??? klu ko sanggup aku bleh ejas

gulai kawah john? sangatlah. klu jadi jgn lupa tapau skit kat aku yek!

morbid5447 September 27, 2012 at 4:00 AM  

tepat pada masanya..terbaekk

Fatt September 27, 2012 at 7:42 AM  

janggel,
sampai ati, fiza punye gmbr 4 keping, lain sume gmbr aku satu pun tak cantik ke? sentap #balingdurian

itulah, tadi aku bw blog dia..mcm kebetulan pule. tapi aku takpe, aku solo..dia la...jenuh nak memujuk tu..kekekeke



dan arif,
Rp15k je??? deng! nyesal aku tak buat. aku ingt sampai Rp100k. tapi itulah, aku tak brp nak confident, trekking pole takde, stick takde..nak naik tu yg lomah semangat aih. aku dah tgk entry ko..mmg cantik gmbr...

aku ni kebetulan pegi cuaca elok. aku dgr citer KL kemain ujan minggu tu..pelik jgk sbb kat sana panas membara



waida,
jgnle nangis..over tau! hahahaha...

thanks a lot...ini sbnrnya tgh rajin, tu yg laju update. klu time malas iskk jgn citer la..anyway, keep reading! tq



morbid,
aku hrp ko pun dpat langit biru nanti...keep ur finger cross!

MasZuber September 27, 2012 at 9:05 AM  

oh mai....cantiknye kawah ijen nie...

langit biru..tasik kaler tue plak??

ishh SubhanAllah..

harus masuk dalam list nie, kawah ijen

gadisBunga™ September 27, 2012 at 12:19 PM  

owsem sume pics. siyes aku nak pegi walau pun aku bukan lah jenis memanjat orangnya sebab cepat semput. hahah!

*

maksudnya yang diorg angkat tu suma beratnya 80 - 100 kg?? gilo! baik masuk olimpik!

m.u.l.a.n September 27, 2012 at 12:24 PM  

thaaannkkkss fos sharing...!! subhanallah sangat cantik...!!

Illias Masri September 27, 2012 at 6:40 PM  

fatt, next time bila kau ada kesempatan berada dalam scene cantik mcm ni, tinggikan lagi aperture utk awan yg cun...! kalau blh bawak tripod skali...

Fatt September 27, 2012 at 9:03 PM  

maszuber,
aah, pelik ekk kaler tasik gitu..sbb berasid kot. harusla ko pegi beb, segera!



gb,
masuk olimpik? aah ek..aku baru terpikir, betoi jgk ckp ko. dorg rilek je bwk benda berat, tapi itula..kang judge pelik lak nape angkat berat tapi takde otot..ekekeke...

gb...ko panjat la slow2 mcm aku..biar lambat janji sampai..bila ko dah sampai otomatik lelah ko akan hilang sbb view dia stunning ;)



mulan,
wlcome kak mulan...cantik ye, tak sangka dorg ada tmpt mcm ni. hidden gem



illias,
dulu aku ada tripod, tapi aku tertinggal kat epot auckland. ko hadiahla kat aku sebijik, sekali lens wide...hohoho...weh klu naikkan appreture tu sampai brp? aku masih terkial2 nak main setting...fyi time ni baru aku belajar, hampir2 jgk aku nak lempar masuk tongsam sbb frust tak gheti sblm ni...makasih anyway

Ninie Hanis September 28, 2012 at 4:49 AM  

stunning weh..bertuah ko dapat jejak kaki kt sana.tapi kan yg cerita ada kes jatuh tu seram eh..kira kalau terjatuh tu jadik mcm org simbah asid lah ye?wuuu...

kesian campur terharu kan dgn mereka yang sanggup keje camtu demi sesuap nasi. :(

none September 28, 2012 at 9:51 AM  

owhhh,,, kalau aku gi kawah ijen ni, kompem terbakar lemak2 aku sumer... tapi bila baca ni aku mmg juta2 kali syukur dgn apa yg Allah dah bagi pada aku, keje di tempat yang selesa, gaji yg ok, dan segala kemudahan bagai... masa gi gunung kinabalu pun aku tokleh nak bayang camana potter tu turun naik angkat barang, tgk yg tu pun aku rasa insap. tapi bila tengok hok ni, aku lagilah rasa BESAR nikmat yang ALLAH bagi, jangan lagi ku dustakan nikmatMU ya Allah...

BlueEwoke September 28, 2012 at 11:15 AM  

Cam mana agaknya aku nk mengangkut Aqilah naik atas nih!! terpaksa prektis dr skrg ngeh ngeh ngeh.. memang cantik kawah ijen tu..

Fatt September 28, 2012 at 1:11 PM  

ninie,
agaknya...aku syak dia kena asid tu yg mati terus..erk...nauzubillah. aku kan ninie, cam nak terjelir dah mendaki..dahla aku ni bukannya jenis athletic..tapi aku teruskan jgk sebab nak tengok sangat...



none,
tazkirah jumaat gitew...itulah, kita ni suka sgt mengeluh walhal org lain lagi susah daripada kita...err, ko dah naik kinabalu ke? jelesnya akuu!!!!! terpaksa pegi tahun depan!



na,
itulah, aku rasa korang kena bwak baby carrier sbb aku yg bawak lightpack ni pun nak pitam. keta sorong jgn la weh sbb mmg mustahil. apappun sila bwk trekking pole...kalau jatuh nanti aku takleh nak imagine, lagi seriau sbb aqilah ikut skali...

all the best!! ganbatte kudasai!!

Bibu Wilda September 28, 2012 at 1:40 PM  

subhanallah..cantek sgt view!!!okeh update seterusnya (counting)...akk ta yah pegidah...tgk and baca citer u cukup kihkihkih

Fatt September 28, 2012 at 2:32 PM  

bibu,
u ni ketinggalan ketapi la...dah kuar entry baru dah...hahaha

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP