Tanah Jawa : Kawah Ijen (Part 4)

September 28, 2012

Hari Kedua : 16 September 2012 (sambungan)

Hati aku rasa berat nak meninggalkan tempat ni tapi kami harus segera beransur sebab perjalanan ke Bromo yang masih jauh. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8pg tapi masih ramai pelancong yang datang tak putus-putus, begitu juga pekerja-pekerja lombong yang naik-turun dengan bakul berisi blok-blok sulfur.

tiba masanya untuk pulang
seorang pelombong dengan muatan sulfur yang baru dinaikkan
Tahukan anda bagaimana bongkah sulfur ini dihasilkan dan apakah fungsinya?

Ijen adalah sebuah gunung volkano yang mempunyai kawah seluas 20km persegi dan tasik berisi asid sulfurik sedalam 200m (660kaki). Kawah volkano ini masih aktif dan ia menghasilkan gas sulfur yang keluar dari rekahan-rekahan gunung. Untuk mendapatkan cecair sulfur, paip-paip seramik telah dibina oleh pelombong melalui rekahan untuk menyalurkan gas. Gas yang tersalur akan terperangkap dan terkondensasi lalu membentuk cecair sulfur yang berwarna merah. Cecair ini akan keluar dari paip lalu mengalir ke permukaan tanah dan meresap. 

Warna cecair sulfur semasa panas adalah merah dan bertukar menjadi kuning apabila sejuk. Selepas itu permukaan tanah akan dipecahkan secara manual dengan menggunakan besi tajam menjadi blok-blok kecil untuk diagihkan. Pelombong-pelombong akan membawa blok-blok sulfur seberat 70kg ke 100kg keluar dari permukaan kawah dan berjalan sejauh 3km untuk ke tempat penimbangan dan seterusnya dikumpulkan.

*artikel ini telah diolah semula berpandukan rujukan wikipedia dan boston.com

blok sulfur dari jarak dekat
Fungsi sulfur ini antaranya adalah sebagai agen peluntur gula, bahan pemangkin untuk memproses getah, ubat masalah kulit dan sebagainya.

Pada tahun 2008 seorang professional adventurer dari Canada telah mendayung sebuah bot yang diperbuat daripada getah di atas tasik ini untuk mengukur kadar keasidannya. Hasil penemuannya mendapati tasik ini dipenuhi sejenis cecair yang dikenali sebagai asid sulfurik dengan kadar pH sebanyak 0.5. 

tak mampu angkat, berat woii!

Selepas berjaya melepasi kawasan angin lintang dengan selamat kami meneruskan perjalanan melalui lereng gunung dan terserempak dengan sebuah bakul rotan berisi sulfur yang tidak bertuan. Aku rasa tertarik nak menyentuh blok-blok sufur yang tak bertuan ini memandangkan aku begitu curious nak tau macam mana tekstur dan rasanya.

Rasanya? Rasanya.....rasa sayang hey, rasa sayang-sayang hey! Hahaha. Ok tak lawak. Rasanya keras macam batu (memang batu pun), sedikit kasar dan berpasir. Pendek kata memang macam batu. Ah tak kisahla janji aku puas hati dapat pegang batu sulfur Kawah Ijen. Ko hado??

awan gantung

Kami menyambung perjalanan sejauh 3km melalui trek yang sama untuk balik ke Pos Paltuding. Panorama di sini sangat memukau mata dan mintak maaf sebab tepek banyak sangat gambar - can't help it! Lagipun aku rasa lagi banyak gambar lagi bagus so at least korang boleh bayangkan macam mana keadaan tempat ni.  Sejujurnya gambar-gambar ni tak cukup nak justify kecantikan Kawah Ijen, so dengan itu aku sarankan datanglah ke sini untuk justify sendiri.

Bagaimana rasanya berdiri di satu tempat yang lebih tinggi dari awan? Rasa macam Goku Dragon Ball Z. Kihkihkih
berjalan sejauh 3km sambil membawa muatan yang sarat 
berulang-alik mencari rezeki
Di pertengahan jalan sewaktu melalui lereng gunung kami telah disapa oleh seorang pelombong yang menawarkan batu sulfur. Mulanya aku ragu-ragu nak beli sebab tak pasti boleh buat apa. Kalau dadah mampat nak jugak, boleh jadi kaya!! (pastu masuk jail - buduh!).

Kata pakcik ni kami boleh guna sebagai ubat sakit kulit. Jangan tanya sakit kulit yang macam mana sebab aku pun tak paham apa dia cerita. Cuma yang aku pasti dia cakap tak boleh buat ubat jerawat. Huh.

Cara nak guna batu sulfur ni senang je. Kikir kasi keluar serbuk halus, campur minyak skit. Jangan tanya minyak apa sebab aku pun tak tau. Barangkali minyak masak tapi bukan minyak gas atau minyak dagu (eh?). Gaulkan sampai jadi paste dan lepas tu sapu kat bahagian yang bermasalah. Walla~ Terus jadi jelita. Gitew...

**kalau jadi Shrek jangan salahkan aku! hahaha

Agak-agak kami beli tak? 

belilah mbak....dijamin muka shrek boleh bertukar jadi rupawan! (dialog adalah rekaan semata-mata)
batu sulfur yang diukir menjadi kura-kura
Yup, kami beli. Walaupun ia bukan ubat untuk jadi jelita tapi kami beli jugak. Manalah tau kalau-kalau tetiba kena penyakit kulit sampai tergaru-garu macam ungka. Hehe

Lagipun apa salahnya beli sebab tak mahal pun - sekor cuma Rp1,000/30sen. Kalau tak buat ubat sakit kulit sekalipun aku tetap akan beli sebagai tanda buah tangan dari Kawah Ijen. Baunya? Hurm...memang bau belerang le, dah nama pun batu sulfur kan. Tapi takpe, aku masih suka sebab benda ni rare. Aku tak pasti sama ada benda ni boleh diperdagangkan tapi so far masa balik haritu takde pulak pegawai kastam rampas walaupun aku cuma bawak hand luggage. Aku rasa kastam tak syak sebab ia dah berubah bentuk - dari blok sufur menjadi kura-kura. Kalau orang kata benda ni sabun pun aku percaya cuma part bau takleh nak sorok sebab kuat.

pelombong-pelombong berenti berehat untuk melepaskan lelah
kembali meneruskan perjalanan sejauh 3km

Selesai urusan jual-beli dengan pelombong tadi kami pun beredar dengan kelajuan turbo. Biasalah, naik bukan main terhegeh-hegeh tapi balik laju macam lipas kudung. Tapi perjalanan masih sukar sebab masing-masing takde trekking pole - ada la scene nangka busuk 2-3 kali. Boleh dikatakan semua orang akan merasa jadi nangka busuk TAPI anehnya takde sorang pun pelombong-pelombong yang jatuh tergelincir walaupun bawak muatan yang sarat. Expert barangkali. 

Jangan salah faham, aku tak bermaksud nak tengok dorang jatuh sebab aku pun tak sanggup nak tengok. Aku tak boleh imagine dan taknak imagine pun sebab tengok dorang angkat beban ni pun dah kesian, apatah lagi kalau terjatuh.

beban yang mungkin sama berat dengan orang yang memikulnya
laluan yang ditempuh mereka setiap hari
Akhirnya kami selamat sampai di Pondok Bunder dan dari sini perjalanan ke Pos Paltuding masih berbaki sejauh 2km.

sekali lagi kami sampai di tempat menimbang batu sulfur + kantin pelombong
seorang pelombong sedang menimbang blok sulfur
selesai menimbang mereka akan menyambung semula perjalanan ke Pos Paltuding
barangkali mereka naik untuk kali yang kedua atau ketiga
Sewaktu menghampiri Pos Paltuding kami terserempak lagi dengan sekumpulan pelombong-pelombong yang naik ke Kawah Ijen. Mungkin ini trip yang kedua atau ketiga untuk mereka pada haritu. Kalau nak tau, upah yang mereka terima untuk kerja ini terlalu kecil - di antara Rp50,000 ke Rp75,000 sehari (lebih kurang RM17 ke RM25 sehari). Sikit kan? Underpaid sangat walaupun kerja dorang gile punya teruk. Tak sampai hati rasanya tapi mungkin itu saja option yang ada dan mereka takde pilihan lain melainkan terpaksa bekerja untuk meneruskan hidup.

Aku suggest korang check link ni sebab ada cerita bergambar tentang kesusahan pekerja-pekerja ni. Sewaktu menaip entry ni aku asik mengeluh, bukan apa, sebab aku dah tengok dengan mata kepala sendiri kesusahan dorang jadi perasaan sebak memang ada. Cuma aku agak terkilan sebab tak mampu buat apa-apa. 

Diberi peluang mendekati dan melihat semua ini membuatkan aku rasa sangat bersyukur dengan kehidupan yang Allah berikan. Walaupun hidup aku belum lagi lengkap tapi aku tetap bersyukur sebab dikurniakan kesihatan yang baik, kenderaan untuk bergerak ke sana sini, kerja yang bagus walaupun bos macam haramjad, makanan dan pakaian yang cukup, peluang untuk melihat tempat orang dan yang penting sekali ahli keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa membuatkan hidup aku terisi dan disayangi. Kalau nak ikutkan senarai aku masih panjang tapi aku tak mampu nak sebut satu-persatu sebab nikmat yang Allah bagi pada aku terlalu banyak dan aku takde alasan untuk menafikannya.

"Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan?" - firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rahman. Sebanyak 31 kali Allah SWT menekankan ayat ini. Tepuk dada tanya iman.


bersambung....
.

24 comments:

Fatt September 28, 2012 at 1:07 PM  

john,
oi ko tak pi solat jumaat ke???? haip! haip! #libasdenganrotan

dzuchan September 28, 2012 at 1:20 PM  

alaaa.. ingat aku 1st tadi...
comel la sulfur bentuk kura-kura tu

bila tengok diorg susah payah nak cari sesuap nasik terus insaf kejap mengenangkan aku yang dok opis ni pun kadang2 x tahan kena pressure sikit.

aku rasa entry ni banyak humor la..tengah good mood ke??? *wink*

bila nak ngeteh lagi ni..rindu lak nak nyembang ngan ko :-)

Et September 28, 2012 at 1:34 PM  

bila nak sampai ke Ijen ni, ades sangatlah teracun dengan gambar-gambar ko ni Fatt! ><

rasanya aku faham perasaan ko tu, sebak kan tengok orang yang kerja-kerja macam tu, tapi yang paling kagum tu, bila depa-depa masih lagi mampu tersenyum. speechless.

MasZuber September 28, 2012 at 3:14 PM  

kesiannye weh..angkat ulang alik 70kilo gaji 25 hengget jea?? Kesiannya...hmmm nk nanges jugek..

geramnya aku tgk batu sulfer kura2 tue wehhhhh. adakah kamu tau aku pengumpul batu? kikiki

wishlish: satu hari nanti aku harap ade orang bawak aku ke sini.haaaaaaa

Aku Seorang Pengembara September 28, 2012 at 4:00 PM  

sulfur ni sgt bagus untuk penyakit kulit, memang betul.
campurkan ngan minyak tanah, then sapukan ke tempat yg terdapat panau dan yang seangkatan dengan nye...memang mujarab.

Naramas Aman September 28, 2012 at 4:08 PM  

Salam,
Saya baca setiap ayat di sini, tanpa tinggal..menarik kisah ini. Gigihnya mereka berusaha utk sesuap nasi. Overworked underpaid benar2 membuat kita insaf. Boleh buat misi kemanusiaan di sini, barangkali.

"Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yg kamu dustakan..."

Janggel / Rain September 28, 2012 at 4:13 PM  

OMAI sempat lagi ko menyanyi lagu rasa sayang kat situ yek!
Ko beli ubat penyakit kulit??
Batu sulfur diukir menjadi penyu??? Comelnya! Ko beli tak benda tu? Aku nak kirim. #melalut

Don't Afraid to Try September 28, 2012 at 4:58 PM  

fatt..dh ptg br dpt komen...busy benar den hr ni...

Fatt September 28, 2012 at 5:05 PM  

dzuchan,
hahaha....salahkan john! =P

kann comel kan? aku beli sekor. hehe..eh ada humour ke? aku rasa mcm dah abis serius aku tulih..patutla korang tak emo lgsung..cih.

bila? set la..insya Allah free no problem ;)



et,
aik, aku ingt mcm ko dah pegi je sini...tak lagi ke? hah, klu belum lagi sila cepat2 pegi..tapi make sure time cuaca elok la mlm bln 8-10

iskk, klu ko bukak link yg aku bagi dlm entry ni lagi ko sedih kot sbb ada 1 gmbr tu leh nampak otot2 org tu & siap lebam2 lagi sbb angkat batu2 ni.. T__T



maszuber,
itulah, underpaid sgt. tak berbaloi tapi apa option dorg ada. sana kadar pengangguran tinggi jadi nak tanak dorg terpaksa keja.

alaaa...awat tak habaq suka kumpoi batu..klu tak aku dah beli extra sekor. terpaksa la ko suruh org tu bawak ko pegi cni...dia dah mai dah, kata langit tak cantik..mcm cerah je peluang nak ripit tu. kekeke



asp,
oh yeke...jadi betoi la kena campur dgn minyak gas ye? sy ingt nanti kulit jadi panas sbb dua2 bahan panas..ok2 noted. makasih



naramas,
wsalam...makasih baca apa sy tulih..maapla kdg2 tu melalut jgk. ye, klu awk ketik link yg sy bagi tu mgkin lagi sedih sbb gmbr2 di sana lagi tak sanggup nak tgk..sy paling sedih tgk gmbr bahu org tu lebam2..boleh bayang camne sakit dan bengkaknya bahu dia...



janggel,
ape ko ingt aqilah je bleh nyanyi?? aku pong! #tetiba

aku beli weh, sbb mana tau sok lusa datang penyakit kulit takyah aku pi bayar pakai kulit memahai...bazir duit jah...ubat tradisional ada...

aku dah balik baru ko nak kirim...nanti ko pegi dgn john & na ko borong la berlori2 bwk balik. lol!



sal,
*garu kepala* ate, mana komennye?

Biqque September 28, 2012 at 5:05 PM  

jgn kata aku teringin nak gi tempat ni, aku sampai dah teringin nak beli kamera ko! hahahaha! sumpah cun weh, cuaca mmg menyayangimu!

takat 30sen, pesal tak beli kat kitorang sorang satu??? *sentap*

Fatt September 28, 2012 at 5:09 PM  

biq,
pokcik tu ada 2 ekor je kure2...camne aku nak beli sume? kawan aku amik 1, aku amik 1...huhuhu *nanges*

nanti kita operate la kure2 tu belah 14...dapat serdak pun jadilah #pujuk

heh kamera aku sama le cam kamera anak buah ko..basic lens je aku pakai. nak beli fish eye ke wide lens pasni...konon...terpaksa pecah tabung itik

Et September 28, 2012 at 5:25 PM  

Ijen belum jejak lagi, aritu sempat bromo jek..harus harus pergi ke sini..soon!

tula aku tgk gak link tu, seksanya keje dorang kan? haih

Danny / John September 29, 2012 at 1:09 AM  

weh, asal ko pakai wind breaker? kat atas sana sejuk kah? nnt kalo sejuk, harus ku bawak jaket selai nnt. hehehe. time ni what time ko sampai sana?

morbid5447 September 29, 2012 at 8:51 AM  

huh...cantiknya ciptaanNya..tak sabo nk pegi tu..kura2 tu menarik...harap2 aku pun jumpa gak ntt..bleh borong..hhehe..terbaekk

Anash September 29, 2012 at 2:47 PM  

akak buat bacaanmarathontahapgabansemuaentrynih...(senapas sebut)
.
.
.
.
.
(nape le akak tak ikut aritu???)
.

.(ooo..lupa..kena balik kampung nengok keluarga..)
.

(pasti muka akak jerawatless balik dari hidu sulfur disana..) hidu?
penerangan demi penerangan, selang seli dgn gambo...akak yakin ramaiiii yang tetiba membanjiri kawasan nih pas baca entry Fatt...
.
.
dan ada mula insaf dgn diri sendiri..
KUDIS ...eh silap..KUDOS to FATT!!!

Fatt September 29, 2012 at 3:46 PM  

et,
oic...aritu Bromo ko panjat Penajakan 1 ke 2? pegila Ijen...ko turun kat Bali pun ok, pastu cross sampai Surabaya. atau ko buat Surabaya-Bali-Lombok..redah sume..hehehe



john,
ateh ni sejuk weh. ko tgk mat saleh pun pakai sweater & windbreaker...ko jgn tgk pakcik yg berlengging tu...kulit dia dah kebal agaknye. sbb ni kwsn gunung kan, so mmg sejuk la...

time ni time apa? aku tak paham apa ko tanya so aku assume la eh...aku sampai pagi. aku turun ard 8am. woi ko tak baca ye? #backhand



morbid,
aku hrp ko pegi tetiba ujan! lol! haa borong..jgn tak borong. pastu ko buleh bukak Spa...hahaha



kak anash,
kudis??? nanges. siapla akak pasni sy jumpa sy nak cubit skit. haha =P

mesti akak pelik nape sy update laju kan? kikiki....rajin tetiba. tak larat nak delay dah..kang kena komplin. haa itula akak, nape tak folo...klu tak bleh kita beronggeng berjemaah kat sini...kak, ni bukan ubat jerawat le, ni ubat sakit kulit (cth panau)...

errr, barangkali la kot pasni ramai yg pi. slalu org citer psl sopping je tp cerita sy lain sbb sy tak sopping. boring la sopping! (walhal tade bajet utk sopping)

Husna September 30, 2012 at 7:21 PM  

kesian tengok muka pakcik pakcik ni...

none October 1, 2012 at 4:12 PM  

fatt, lenkali kalau nak gi lagi, bagitau aku ye.

Hafizah Hassan October 1, 2012 at 9:52 PM  

uhuk uhuk.. aku ler yang tergolek tu... huhuhu.. sungguh huduh.. sakit dowh!

Fatt October 1, 2012 at 10:26 PM  

husna,
berat mata melihat, berat lagi bahu yg memikul...



none,
insya Allah



fiza,
kuang3...buah tangan dari Ijen. kikiki...ai jatuh sekali pun dah sakit...yu 3x..iskk. pasni kita ripit bawak trekking pole & kasut yg bergigi =)

Aspen @ MyLovelicious October 2, 2012 at 11:28 AM  

saya....err....saya.....er.....saya nak kura2 tu.... :-)

Dr Singa October 2, 2012 at 12:30 PM  

saya kann...kann.. kannn...
nak ucap terimakasih... banyak-banyak....
kerana...
sebab awak lah saya terpikat dan pergi ke Xian..

tenkiuuu for all the info pasal Xian !

Fatt October 2, 2012 at 3:21 PM  

aspen,
terpaksa operate kura2 ni...hihihi



dr singa,
sama2..alhamdulillah ada jgk yg berjaya pegi & balik dgn tips yg sy kongsi. sbnrnya kak anash ada bagitau sy waktu kami jumpa hari sabtu lepas...sy agak terkejut sbnrnya..hahaha...tak sangka sgt sbb setahu sy dr singa ni mmg pemes jadi sy segan di situ. apapun terima kasih doktor =)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP