Travelog Ekspres : Trans Java II

September 20, 2012

Alhamdulillah. Trip yang dirancang sejak lima bulan yang lepas telah berjaya dilaksanakan walaupun kekuatan jemaah cuma 2 orang. Nak kata trip ni 100% mengulang memanglah tak sebab yang aku ulang cuma Bromo, selebihnya aku ke tempat-tempat yang belum penah dijejak iaitu Kawah Ijen dan Semarang.

Perjalanan dimulakan dari Surabaya ke Kawah Ijen, lepas tu ke Bromo dan akhir sekali ke Semarang.

1) Kawah Ijen

Kawah Ijen yang terletak kira-kira 8jam perjalanan dari Surabaya merupakan sebuah destinasi yang amat berbeza. Tempat ini bakal meninggalkan kesan jika dilihat melalui kaca mata sebuah kehidupan. Ia bukanlah destinasi untuk typical tourist sebab golongan ini takkan faham apa-apa kecuali ghairah memetik gambar. Tak dinafikan yang tempat ini tersangatlah cantik, tapi di sebalik kecantikannya tersembunyi kawah sulfur yang menjadi punca rezeki bagi penduduk setempat.

seorang pekerja membawa batuan sulfur yang sarat
Kawah Ijen yang terletak di puncak gunung

Pada pendapat aku yang bukan seorang pendaki gunung, laluan ke sini bukanlah mudah. Seseorang perlu mendaki sejauh 3km melalui trek berbatu, berpasir dan mencanak dan sekali-sekala landai. Banyak kali aku berenti sebab kepenatan dan rasanya lebih 20 orang yang memintas aku. Akitiviti trekking akan lebih mudah kalau pakai trekking pole. Jangan lupa pakai kasut yang sesuai dan bawa sedikit makanan dan minuman. 

Sediakan duit kecik (Rp1,000 ke Rp2,000) atau jajan untuk pekerja-pekerja yang bergambar dengan anda atau yang dicuri-curi ambil gambarnya. Dorang tak mintak tapi apa salahnya kalau bersedekah. Lagipun kecil sangat nilai Rp1,000 jika dibandingkan dengan kudrat mengangkat batuan sulfur yang berat, berulang-alik dari kaki gunung ke kawah. Fikirkanlah.

tak semua orang diberikan kehidupan yang sempurna, tapi mereka masih boleh tersenyum
(note to myself : belajar untuk bersyukur)

2) Gunung Bromo

Tahun lepas aku tak dapat view secantik ni sebab masa tu Bromo gering. Yang aku nampak cuma asap hitam berkepul-kepul dan lava berapi yang melantun-lantun ke langit. Walaupun timing tak kena tapi aku rasa peluang macam ni tak datang selalu, mungkin sekali seumur hidup.

macam lukisan
jangan ditanya berapa lebar aku tersengih waktu ni. speechless

Selepas bersunset kita akan menyeberangi Lautan Pasir atau Sea of Sand (juga dikenali sebagai Savannah) untuk melihat kawah Bromo. Awal perjalanan masih mudah, tapi semakin susah bila masuk part mendaki. Agak sukar mendaki di atas pasir sebab kena guna tenaga yang banyak. Waktu ni motivasi kena tinggi sebab kalau dari awal berniat nak menapak maka sila bertahan sewaktu di saiko dengan tawaran menaiki kuda yang datang secara bertubi-tubi. Tapi kalau dah pancit sangat tu amik jelah, cuma lebih baik amik dari awal sebab rugi kalau amik separuh jalan.

walaupun payah, tapi hidup perlu diteruskan
Tawaran bermula serendah Rp100,000 dan harga akan turun bila jarak semakin hampir. Aku sendiri pun lost count dan tak larat nak menolak tawaran yang datang secara bertubi-tubi. Dalam keadaan letih dan tercungap-cungap macam mana nak bukak mulut? Nak sebut "Takpe, terima kasih" pun tak larat. Dorang akan follow sambil buat tawaran, memang saiko, so be prepared. Perlu diingatkan yang menapak di Lautan Pasir agak mencabar, jadi sila bawak bekalan air dan penutup hidung sebab udara kat sini boleh tahan berdebu.

tangga ke kawah Bromo

Selepas berjaya mengharungi perjalanan merentasi Lautan Pasir dan pendakian, kini tibalah masa untuk menapak. Sepatutnya boleh nampak 253 anak tangga sampai ke kawah Bromo tapi kesemuanya hilang ditimbus pasir yang tebal. Agak mencabar sebab kaki jejak tah mana-mana, satu-satunya harapan pada handrail yang separuh ada, separuh takde. Tersilap langkah confirm tergolek. Aku paling tak tahan kalau orang depan berenti sebab nanti line jadi jem. Tskk. Bila sampai ke bahagian tebing pun mencabar sebab tempat ni sempit. Rail keliling kawah pun ala-ala hidup segan mati tak mau, so berhati-hatilah kalau tak nak jadi statistik yang tergolek jatuh ke bawah tu. 

be extra cautious. silly mistake = fatal
what the rock is cookin?

3) Semarang

Dari Surabaya kami menaiki bas ke Semarang. Ini kali pertama aku merasa pengalaman menaiki bas long distance di Indonesia. Jarak di antara Surabaya dan Semarang tak jauh (sekitar 300km++), tapi perjalanan memakan masa selama 8jam sebab guna jalan persekutuan (takde highway). Bila guna jalan biasa maknanya kena tempuh traffic jam dan sebagainya. Memandangkan ini kali yang pertama, jadi aku agak terkejut bila diberitahu harga tiket bas ini termasuk dengan kupon makan & minum dan ianya GRATIS!? Wow! Tambang murah (Rp65,000) dan termasuk makan & minum? Cukup berbaloi. Naik keretapi pun tak dapat...walhal bayar mahal (Rp195,000). Bandingkan.

*gratis = percuma

sampai sekarang aku masih tak caye naik bas dapat makan free. boleh pilih lauk pulak tu *garu kepala*

Sebenarnya aku plan balik dari Semarang sebab nak pegi Karimunjawa. Tapi oleh kerana jadual bot yang berselang-seli maka plan ke situ terpaksa dibatalkan (ini alasan nak mengulang ke? kihkihkih). Peluang balik dari Semarang ini aku gunakan untuk meninjau-ninjau ke pelusuk bandarnya. Secara peribadi, Semarang takde pape. Tourist attraction pun tak banyak tapi orang di sini baik-baik belaka. Mungkin sebab tak banyak tourist yang merayap di pekan Semarang jadi kelibat kami amatlah ketara. 
aku tengah berdiri di tepi jalan sambil menghadap trafik. tiba-tiba ada suara menjerit mintak difotokan. so i did. result : two happy faces

Perjalanan singkat ke bumi bertuah Indonesia akan menjadi sebuah memori yang sukar untuk dilupakan. Masih terimbas kenangan ber-humming lagu-lagu di radio dengan supir sewaktu kebosanan menempuh macet. Benarlah kata orang, muzik itu bahasa universal. Senyum sendiri.


Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah 

- Samsons, Kenangan Terindah


Walaupun sering dilanda bencana alam, tapi Tuhan itu Maha Adil sebab dianugerahkan negara ini dengan tempat-tempat yang cantik dan memukau mata. Keramahan dan sikap orang tempatan yang suka membantu traveller seperti aku membuatkan hati ini terpaut untuk kembali. Senyum lagi.

terasa seperti bos besau dalam keta yang besau
Oklah, sampai di sini saja travelog ekspres siri Trans Java Ke-2. Insya Allah bila kelapangan aku akan menaip entry penuh. Bila? Ntah. Tak boleh nak janji sebab sekarang aku tengah sibuk bincang pasal bisnes dengan investor dari Indo. Till then!

**latest update : travelog trans java II sedang dalam progress untuk disiapkan. ketik sini untuk bacaan lanjut.
.

43 comments:

none September 20, 2012 at 8:25 AM  

kekadang bila baca blog kau, aku rasa dapat menyelami apa yang engkau rasa fatt.. tapi aku tak berkesempatan nak jadi traveler cam kau, doakan satu hari nnti ye. tunggu anak aku bertamadun sikit baru boleh nak travel2 tempat orang ni... haha

Hulubalang September 20, 2012 at 8:25 AM  

bestnyaaaa....bila la aku dpt gi bromo. Trip aku ke indonesia next year x termasuk bromo dlam itin aku. xpe itu boleh jadi alasan utk beli tiket lagik hahahahaha....

jimmie September 20, 2012 at 8:35 AM  

haha..semasa uncle baca blog ini + part lyric tu kebetulan lagu ni kuar di radio..mcm ada jodoh je...hihihi

gadisBunga™ September 20, 2012 at 8:39 AM  

seriously nak berbisnis dgn investor indo? kelasss ok!

*

gambo ko kelassss giler! *tetibe teringat tag ko yg aku tak buat buat lagi tuh...amfunn...! ko bawak kamera baru tuh ek? i likeee...!

*

itu la gunanya travelling. bila kite boleh tengok what's in front and think of what's behind. u did well in this matter. congrats! and thanks!

*

Shari September 20, 2012 at 8:42 AM  

Saya sangat suka ikuti blog ini!

SUhaz September 20, 2012 at 8:59 AM  

hi,,,,

gambaq yg btenggek kat batu tu SUPERB!!!!

saya x sabaq nak baca ntry NZ ,,,,,, huhu

SUhaz September 20, 2012 at 9:01 AM  

chop,,, did i say batu,,, correction ,,, kayu,,,,, hihi

Danny / John September 20, 2012 at 9:24 AM  

wahhh!!!! cun gilos weh cuaca time nih!!! terpaksa pegi gak nnt! hahah

dzuchan September 20, 2012 at 9:54 AM  

amboi...bisnis dr indon ek..
aku baca ni, aku rasa macam "this is another side of indon/bukan indon"
bole camtu?

yela asyik baca pasal dia punya syurga shopping, pulau chantik, syurga shopping lagi..shopping..shopping..

then..baca ni, macam tersentuh plak..(apasal ntah haha)

aku akhiri dgn tazkirah :
untuk dunia, pandanglah mereka yang lebih rendah dari kamu, untuk akhirat pandanglah mereka yang lebih tinggi dari kamu

sekian :-)

hopefully aku ada peluang nak travel dengan mata hati jugak

Janggel / Rain September 20, 2012 at 9:59 AM  

Ish tak sabo plak aku nak ke sini... :)
ko tanak ke bawak aku ? jd tourguide wakakakaa

Fatt September 20, 2012 at 10:31 AM  

none,
tacing plak aku baca. thankslah sbb bleh faham apa aku cuba sampaikan sbb kekadang ada jgk yg komen tahape2...terang2 aku naik gng berapi dia bleh kata aku pi umrah...beza kot, siap ada gmbr lagi. hehehe....anyway, ko sabar jela skit je lagi, tunggu anak2 ko dah besar skit, bleh independent, then waktu tu ko tryla jalan....tapi jgn jln pesen makcik, kang asik ke sopping je



hulubalang,
alaa rugi...ko pegi mana je nanti? klu ikut ranking aku, bromo 1st, pastu barulah jogja dan lain2....u shud go dude!!!



jimmie,
ada jodoh dgn bam samsons ye pak? hehehehe



gb,
ko percaya sgtla aku ni gb...hahaha...aku merapik je..kan gmbr tu aku tgh pegang paper bisnes indonesia? lol!

ko tau gb, aku baru le reti skit2 function kamera ni..itupun sbb kwn aku ajarkan..klu idok mmg frust tertonggengla aku....and yes, this time aku rasa mcm dah ada skit chemistry dgn kamera tu...klu ko pegi aku sure gmbr ko lagi cantik melenting2...

thanks for the last paragraph...im trying to see the world on a different side..not as a tourist, but as someone whos wearing their shoes



shari,
makacih encik shari...ayat cam iklan nooo



suhaz,
yup, itu kayu sebenarnya, bukan batu. entry nz? lol! cant commit...sbb byk lagi yg tak siap :)



john,
terpaksa katanya...jadi, tunggu apa lagi??? hehehe



dzuchan,
bisnes blum ada lagi..masih dlm planning...insya Allah. doakan :)

beb, i like the quote...baru first time baca...thanks for sharing..

really, klu ko berpeluang ke sini (esp Ijen), aku rasa ko pun akan sedih...pada aku, generally org2 sini sangatlah lemah lembut dan suka menolong...aku jadi mcm jatuh cinta again & again...kdg2 aku jadi bengang bila tgk sikap typical tourist yg mcm tak paham bila tgk keadaan org yg susah...dorg pikir benda tu mcm lakonan or movie set...u have to really "look" through their eyes...its sad. not something to celebrate with "peace" sign or whateva



janggel,
boleh...upahnya juga lumayan ya mas...termasuk insuran dan pajak (tax) :))

Travel&Food Lovers September 20, 2012 at 10:44 AM  

fatt...

very owesome and terase sgt2 sayu...sayu sangat...nice job dear!!!!!!

Fird September 20, 2012 at 10:53 AM  

Fatt,

Sampai hati u cakap nak roger i kalau nak g kawah ijen T__T

Naramas Aman September 20, 2012 at 11:36 AM  

Naik bas dpt makan free, best jugak kan...Kalah NICE...

Bahasa awak kali ini bagus. Teruskan menulis dgn gaya bahasa ini.

m.u.l.a.n September 20, 2012 at 11:43 AM  

waaahhh.. cantiknya foto kawah tu.. tqs for sharing..

Fatt September 20, 2012 at 12:02 PM  

sal,
aku jgk harap mesej yg cuba disampaikan itu sampai...thanks for reading it



fird,
bila????? yu dah lama tak timbul camne ai nak tau yu nak pi ke tak???? sorry yu....ai hadiahkan gambau jelah ok tak? kuangkuangkuang =P



naramas,
nice service camne? tak penah lagi cuba...erm, gaya menulis ada beza ke kali ni? tak pasan pule



mulan,
cantik dan menakutkan at the same time...risau jgk klu terbabas ke bawah

BlueEwoke September 20, 2012 at 12:29 PM  

Lawa gileeeeeeeee..terpaksa la aku pegi juga.Jom John!

rara September 20, 2012 at 12:40 PM  

cantiknya bromo! i dah lama retired daki gunung.. huhu.. ni yg nak kena start balik ni..

alifah@along September 20, 2012 at 12:47 PM  

Fatt..ikhlas dari aku, ko memang seorg yang tabah lagi kebal...ko tak naik la ek kuda tu ek? lagi tabah kuasa dua.... aku rasa, kalau aku jadi ko, dari kaki gunung tu, aku dah amik kuda..hahhaaa....maksudnya, bila dah tgk destinasi naik ke atas tu, aku dah fikir utk naik abg kekuda =)

Danny / John September 20, 2012 at 2:28 PM  

jom chawanna!!! terpaksa plan baekkk punye! muahahah *gelak kiah propa*

Aku Seorang Pengembara September 20, 2012 at 3:05 PM  

wow...best nye tempat ni...aduih...pikior bab lutut..lomah nak memanjat...

kayrol September 20, 2012 at 6:58 PM  

Pernah sampai ke kawah Ijen, memang cantik di sini, tapi bromo belum sampai....teringin gak ke sana

Fatt September 20, 2012 at 7:41 PM  

na,
sumpah lawa. lagi seribu kali cantik dari mount cook...hehehe



rara,
ye, memang cantik. dont worry, kalau tak larat bleh naik kuda..but look out for the weather...make sure timing kena klu nak langit biru camni. pegilah!



alifah,
aku tak naik kuda tu weh..bukan kedekut, tapi aku nak tengok sampai mana aku bleh push diri aku..alhamdulillah sampai gak wlpun take five 3-4 kali. aku rasa puas sbb mendaki sendiri..tapi klu ko tak larat jgn paksa..pengsan nanti susah



john,
terpaksa katanya. aku sure ko naik kuda nanti...kahkahkah



asp,
takpe, jgn risau, kuda ada. tp kat kawah ijen takde kuda..kena mendaki jgk camne pun...mgkin bleh give-up klau lemah semangat. tapi cubalah, berbaloi view kat atas tu



kayrol,
kan?? kawah ijen sgtlah cantik. subhanallah..mcm tak sangka ada tasik atas gunung...cantik plak tu. sy rasa awk kena pegi surabaya lagi sekali sbb Bromo tu wajib sampai...speechless sgt

norh September 20, 2012 at 10:35 PM  

tambah lagi jejak kat muka bumi ni noh..

suka lagu tu..

rossdowsen September 20, 2012 at 11:44 PM  

insap!! bersyukur yang amat aku dilahirkan di malaysia. Lagi tersentuh bila tengok anak2 kecik yang sepatutnya tempatnya di sekolah tapi mencari rezeki di jalanan. walaupon yang dijual tu jajan2 je, tapi derang tak meminta sedekah.

Biqque September 21, 2012 at 8:51 AM  

bro, lu hensem la bro dalam gambar duk atas kayu tu bro...

gambar lu cantik la bro, serius gua kena gi ngan kawan2 gua nanti. lu kena ikut gua ngan kawan2 gua la bro, baru kick la bro...

Rozita September 21, 2012 at 9:44 AM  

Menikmati keajaiban ciptaan Allah.. Tanks for sharing fatt...

Fatt September 21, 2012 at 10:42 AM  

norh,
insya Allah



rossdowsen,
tapi klu di msia, ada jgk org2 yg amik kesempatan gunakan anak yatim & sekolah agama utk pungut derma. umpama gunting dlm lipatan



biq,
aah..gua mmg hensem. gua ada kosong lagi 4 lu nak apply tak? tempat utk lu gua dah sep lama dah..haha



rozita,
welcome!

Pippa Jalal September 21, 2012 at 11:08 AM  

sgt teruja setiap kali melihat fatt update blogg nie..jom join sy ke tokyo on 2nd dec nie...??

myjourneymyphoto September 21, 2012 at 5:28 PM  

best! saya pun pernah menjejak kaki ke Mt. Bromo..
musim hujan masa tu, debu pasir tiada, awan pula malu2 nak muncul..tapi langit tak pulak biru

Fatt September 22, 2012 at 3:45 PM  

pippa,
tokyo??? #selukpoketsyilingjeada

nak sponsor ke apa ni?hahaha



mjmp,
awk pegi bulan berapa? sy pun kebetulan jgk ni sbb thn lepas lagi dasat...nampak asap itam je...dah mcm citer LOTR (bole tengok gmbr dlm entry lepas). ni kira nasib jgk ni.

apa lagi, ripitla! hehe

..at i.d.a_na September 22, 2012 at 8:24 PM  

Bertambah2 tak sabar nak ke Ijen and Bromo sebulan lagi... part of training before naik Kinabalu.
TQ Fatt for all info & panduan.

Hairi Tahir September 22, 2012 at 11:34 PM  

oi makcik. post umrah tak abis lagi ye... sila tunaikan tanggungjawab poll anda.

btw, susah tak nak memanjat tu?

Pippa Jalal September 23, 2012 at 2:01 AM  

hahahaha selok poket mmg ler ade syiling bnyk...!!

cuba selok dlm purse kompom berkeping2 hahahaha

kak mah September 23, 2012 at 1:51 PM  

Memang sangat cantik pemandangan itu..terasa nak ke sana juga.

Fatt September 23, 2012 at 2:42 PM  

ida,
sy hrp cuaca elok waktu awk pegi. ala, tak susah mana pun mendaki ijen tu, kinabalu lagi taff rasanya. all the best for both!



hairi,
dengki letewww...jgn risau, gua akan laksanakan tanggungjawab gua dgn suksesnya. mmmm....klu bromo ada kuda, takyah susahkan diri mendaki. tapi klu ijen takde option lain, mmg by your own foot. ala takpe, pelan2 kayuh...klu gua buat 1.5jam. lu dalam 2jam oke kot...start mendaki dari pukul 3am la, kurang2nya sempat nak catch-up sunrise



pippa,
klu dlm purse yg banyak resit je camne? hohoho....aku tengah kering ni, lain tahun la kot



tuah,
bas ekspress nice?



kak mah,
mmg cantik kak mah, harus pegi cecepat

Juw-one September 24, 2012 at 12:11 AM  

if possible, nak taw total cost for every trip buleh? senang nk bajet kalau nk pi wat backpacker... thanks in advance..

farahnas irina September 24, 2012 at 8:40 AM  

Salam fatt,

Iouls selama nih x penah nak consider berjalan ke indon sbb typical pemikiran iouls yg dok kata indon nih is nothing just takat tpt nak shopping jaah n places dia lebey kurang sama cam mesia. Tapi lps terbaca posting uols nih terasa cam ada sket tergerak hati nak consider pi bekpek kat indon plak.
Thx yer fatt for posting mu yg sungguh ikhlas ni...kalau sudi sharekanlah itineraru lengkapnya skalik.
Muahahahahaha....

Nedfatin September 24, 2012 at 10:58 AM  

Suka bc travelog cmni, real traveller instead of typical tourist log kan. Msuk ke celah2 kehidupan manusia. Keep posting, im ur new follower :)

Fatt September 24, 2012 at 1:48 PM  

juw-one,
every trip tu payahla skit sebab sy tak rekod semuanya secara detail. tapi untuk benda2 wajib mcm kos transportation, penginapan, entrance fees tu sy ada mention dalam entry. cara penulisan sy agak berbeza dari sesetengah blog sbb ini ada journal dan sy rasa jawapannya semua ada di setiap entry.



farahnas,
wsalam...pd pndpt sy, indonesia banyak tempat wisata yg menarik. tepuk dada tanya selera, kalau u suka shopping mmg itulah yg u akan jumpa. tapi kalau u cari kelainan, u akan jumpa apa yg u cari, insya Allah.

itinerary? sila baca...gua malas nak tepek satu2. manja sgt korang ni...hehehe



nedfatin,
hai! salam ukhwah. sy hrp korang (pembaca) dapat bertabah dan bersabar sbb cerita sy berjela2...sampai berpuluh episod sbb sy lebih suka share apa sy rasa bila ke sstu tempat. thanks!

Nowwa Fitri October 8, 2012 at 11:41 PM  

tercungap aku nak cover byk na post..salahkan kesibukan aku juga..
tp punya speed reading bab yg ko tulis bersunset tu, aku baca bersunat.

Apa jadah fatt bersunat kat bromo ni? bila baca balik aku gelak..haaahaha...keep it up babe! i suka baca bila i free..iyolah tu..susah sgt nk free skrg!!!

Zane Anthony May 1, 2014 at 10:59 PM  

Jom kita ke karimunjawa bersama! rumah saya di Jepara. so boleh lah awak ziarah ke rumaha saya. nanti kita ke karimunjawa sama2.

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP