Umrah : Melakukan Saie

September 11, 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa travelog ini ditulis bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, apatah lagi untuk bermegah-megah. Aku hanya menulis dari perspektif sendiri dan sekadar berkongsi pengalaman. Info yang dikongsi mungkin bercanggah dan dinasihatkan supaya merujuk pada yang pakar sebab aku bukanlah orang yang layak untuk memberi pandangan apatah lagi sebagai seorang setazah. Harap maklum.

Sambungan dari episod sebelumnya.


Hari Kelima : 18 Jun 2011 (sambungan) 

Selepas bertawaf kami berdoa di multazam iaitu tempat di antara Hajar Aswad ke pintu Kaabah dan seterusnya melakukan solat sunat 2 rakaat di belakang Makam Nabi Ibrahim. Selesai di situ kami pun menukar lokasi ke tempat bersa'ie yang terletak di luar pintu Bab As-Safaa. Cara melakukan sa'ie ialah dengan berjalan secara berulang-alik sebanyak 7 kali bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.

kanak-kanak lelaki sedang mengerjakan sa'ie

Dikisahkan bahawa Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim supaya memindahkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail ke Mekah yang pada waktu itu cuma sebuah padang pasir yang tandus. Kerana taat pada perintah Allah SWT maka mereka pun akur dan Siti Hajar ditinggalkan bersama Ismail yang pada waktu itu masih kecil.

Hari silih berganti dan bekalan makanan pun habis. Siti Hajar bimbang jika Ismail mati kelaparan dan beliau pun berlari ke sana sini untuk mencari air. Tanpa disedari, Siti Hajar berlari di antara dua kawasan yang dinamakan Safa dan Marwah sebanyak 7 kali. Dalam keadaan yang amat mencemaskan tiba-tiba terpancar air dari tendangan kaki Ismail. Siti Hajar mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT dan mengumpulkan air tersebut sambil menyebut, "Zam zam! Zam zam!" yang bermaksud, "Berkumpullah! Berkumpullah!".

Sejak dari peristiwa itu hinggalah sekarang air zamzam masih lagi mengalir tanpa henti. Subhanallah. Pengajaran di sebalik kisah ini ialah sebagai seorang Muslim kita harus berusaha, bertawakkal dan tidak sekali-kali berburuk sangka dan sangsi di atas segala ujian yang diberikan. Ingatlah, Allah SWT tidak akan sesekali menguji seseorang hamba melebihi kemampuannya.

inilah tangga yang menuju ke telaga zam-zam. sekarang dah takde sebab kerajaan Arab dah seal

Beberapa tahun yang dulu para jemaah boleh turun ke telaga zamzam yang terletak di tingkat bawah berhampiran Kaabah. Pada zaman itu kekecohan kerap berlaku sebab ada segelintir jemaah yang suka berebut-rebut dan menolak-nolak sesama sendiri untuk ke telaga. Banyak juga yang amik kesempatan buat perkara khurafat dan tak kurang juga yang bermandi-manda. Sudahnya kerajaan Arab Saudi putuskan untuk menutup kawasan ini dan sejak itu ia tak lagi boleh dimasuki. Aku rasa kedua-dua orang tua aku adalah di antara individu-individu yang bertuah sebab sewaktu dorang buat Haji pada tahun 2001, kawasan telaga zamzam ini masih lagi dibuka. Cuma aku, orang-orang yang baru pertama kali dan orang-orang yang bakal menjejakkan kaki ke sini yang dah terlepas peluang. Sedihnya.

Aku berdiri di atas Bukit Safa sambil melihat ribuan jemaah berjalan dan berlari-lari anak di atas koridor yang memisahkan laluan di antara Safa->Marwah dan Marwah->Safa. Di bahagian tengah iaitu di antara kedua-dua koridor terdapat dua lorong kecil yang dikhaskan untuk jemaah yang uzur dan menggunakan kerusi roda. Bagi yang menggunakan kerusi roda, lazimnya mereka akan mengupah orang untuk menolak. Tukang-tukang tolak ini kebanyakkannya orang kulit hitam, kekadang orang kulit putih (bangsa apa aku tak tau), lain-lain kaler pun ada. Uiiii....dia punya tolak takdenya sopan-santun lemah-longlai. Nak merempit je. Serupa basikal takde brek turun bukit. Lagi laju lagi bagus. Haaaa...boleh bayang?

lorong sa'ie khas untuk jemaah yang uzur dan berkerusi roda
lautan manusia sedang mengerjakan sa'ie
Mesti ada yang tertanya-tanya berapakah jarak di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah? Jawapannya ialah 420 meter. Untuk mendapatkan 7 pusingan lengkap seseorang perlu berjalan berulang-alik sejauh 2,940 meter atau hampir 3km.

Tapi apalah sangat berjalan sejauh 3km di bawah kawasan berbumbung yang sejuk berekon dan berlantaikan marmar. Bayangkan ketabahan Siti Hajar berjalan sejauh 3km di atas padang pasir yang tandus dan terik. Aku yang muda ni pun mengeluh sakit kaki. Bila rasa penat boleh pit-stop pekena bercawan-cawan air zamzam. Bila dah puas berehat bawah ekon boleh sambung semula bersa'ie. Tak perlu berpanas dan berpeluh ketiak. Untungnya kita sedangkan Siti Hajar terpaksa berjalan di atas batu yang tajam sampai sakit-sakit kaki, itu belum kira dia punya lapar dan dahaga. Toleh kiri kanan takde pape kecuali padang pasir yang tandus. Mampukah kita menjadi setabah dan sekuat Siti Hajar?

Rasanya kalau aku di campak ke tempat yang sama mungkin aku akan menangis dan mengeluh. Nipis sungguh iman aku.

Sebelum melakukan sa'ie seseorang perlu naik ke Bukit Safa dan melihat Kaabah (melalui celah-celah tiang Masjidil Haram). Kalau tak nampak, cukup sekadar menghadap ke arah kiblat sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dan bertakbir sebanyak 3 kali dan seterusnya berjalan menuju ke Bukit Marwah.  Kalau dulu, Bukit Safa dan Marwah masih lagi nampak macam gambarajah di bawah. Tapi sekarang Bukit Safa sudah dikepung sebab ramai jemaah suka memanjat sampai ke puncak dan ini membahayakan orang yang di sekeliling. Ada jugak yang menangis meratap-ratap dan tak kurang jugak yang sibuk dengan aktiviti mengorek dan mengumpil batu-batu di keliling bukit.

[source] diagram sa'ie

Bukit Marwah pula dibiarkan tidak berkepung kerana di pusingan ketujuh (terakhir), jemaah akan berdoa di atasnya. Aku difahamkan Bukit Marwah juga mengalami nasib yang sama dan disebabkan aktiviti umpil-mengumpil dan korek-mengorek inilah maka ia kelihatan rata. Untuk mengelakkan aktiviti ini dari berterusan maka permukaannya telah dicurah dengan sejenis bahan yang dapat melindungi ia dari terus dikorek oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa ada orang yang bersungguh-sungguh mengorek dan mengumpil batu-batu ni kan? Dari perspektif orang yang mengamalkan ajaran khurafat, batu-batu di Bukit Safa dan Marwah dianggap menyimpan sejenis khasiat dan sering ditafsir sebagai batu hikmat. Tapi ada jugak yang amik sebab nak buat batu cincin. Huh?

Okelah dah jauh kita menyimpang. Aku nak cerita pasal sa'ie pulak. Semasa bersa'ie kita disuruh membaca doa-doa yang disunatkan tapi kalau tak hafal, bolehlah berzikir dan baca surah-surah Al-Quran. Jangan pulak berjalan lenggang-kangkung cuci mata tengok orang pastu berborak-borak. Rugi....rugi....

bacaan semasa bersa'ie
jemaah lelaki disunatkan berlari-lari anak di tempat yang bertanda lampu hijau

Jemaah perempuan tidak disunatkan berlari-lari anak di tempat yang ditandakan lampu hijau tapi tidak bagi jemaah lelaki. Jemaah lelaki disunatkan berlari-lari anak kerana ia menggambarkan bagaimana Siti Hajar berlari-lari anak sewaktu mencari punca air di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.

Pada waktu ini ahli keluarga aku telah berpecah kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Abah satu geng dengan Ayie dan Aman, manakala aku satu geng dengan Mak, Makngah, Cik Amah dan Mak Eton. Di antara kami berlima yang paling laju sekali ialah Mak Eton. Aku masih ingat waktu dia bagitau nak tinggalkan kami. Katanya, "Jumpa nanti kat Marwah!!". Sesaat lepas tu dia pun hilang dan tinggallah kami-kami yang slow macam siput. Geng lelaki? Uiii yang tu pun sama, laju macam lipas kudung!
Bukit Safa. perhatikan di bawah dome tersebut - itulah bukitnya (dah dikepung)
Aku akui yang aku agak siput sebab masuk sa'ie yang keberapa entah urat kaki aku mula terseliuh. Kaki aku ni memang entah apa masalahnye sebab asal menapak jauh mesti nak terseliuh. Kebetulan pulak Makngah aku pun jenis tak larat berjalan jadi kami berdua duduk bersandar di tepi koridor di antara Bukit Safa dan Marwah. Sambil bersandar kami minum air zamzam....memang layan! Syok jugak duduk bersandar sambil tengok orang bersa'ie. Ada yang berlari-lari anak, ada yang berkawad kaki, yang kontrol ayu pun ada. Sambil-sambil tu dapatlah aku cuci mata. Sempat lagi koooo....sangatlah tak senonoh. Errr, agaknya pahala aku kena potong tak? =P

Dah puas berehat kami pun meneruskan sa'ie yang berbaki dan akhirnya selesailah sudah rukun Umrah yang ketiga. Aku mencari-cari ruang untuk berdiri di atas Bukit Marwah. Sebenarnya Bukit Marwah ni agak kecil untuk menampung bilangan jemaah yang ramai pada satu-satu masa. Maka setiap orang kenalah bergilir-gilir untuk berdoa di atasnya. Kadangkala berlaku situasi di mana sekeluarga duduk berpiknik di atas bukit yang menyebabkan keadaan menjadi sesak. Aku tak taulah dorang ni bangsa apa tapi jenis ni memang banyak. Rasa nak tunjal dahi pun ada. Astagafirullahal'azim, bawak mengucap Fatt oooiii!

Itu belum masuk lagi yang bersolat kat atas ni, walhal tak wajib pun. Ada jugak yang meratap-ratap dan bersujud menyembah batu. Macam-macam jenis manusia ada, tunggu nak mengumpat dengan tak aje. Mak aku dari awal dah warning jangan cakap sembarangan kat rumah Allah. Jadi aku pun petik je sume benda yang aku tengok. Bak kata Yuna, "setiap gambar ada cerita...". Kihkihkih. Elok aku hulur kamera sana sini tetiba satu polis Arab tunjuk isyarat "No" dengan jari telunjuk. Opss, kantoi. Nasib baik tak kena rampas, kalau tak memang takdelah gambar-gambar ni semua. Ya Allah, paparazi sangat.

mesyuarat tingkap di atas batu
sejenis lapisan digunakan untuk melindungi permukaan batu dari terus dikorek
Pertama kali menjejakkan kaki di atas batu di Bukit Marwah ini terasa tajam. Kata mak dulu permukaannya lebih tajam berbanding sekarang. Aku terus membayangkan bagaimana agaknya keadaan Siti Hajar sewaktu memanjat bukit ini. Pasti terasa seakan-akan berdiri di atas mata pedang yang tajam (aku rasa batu refleksologi pun tak tajam macam ni).

dua orang lelaki sedang bertahallul

Secara purata satu-satu ibadah umrah akan mengambil masa hampir 2 jam untuk di selesaikan. Sesudah selesai berdoa kami pun bertahallul. Tahallul bermaksud bergunting/bercukur. Caranya ialah dengan menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut (cabut pun boleh) dan bagi lelaki disunatkan supaya bercukur (atau membotakkan rambut). Waktu ni kami sekeluarga bergilir-gilir menggunting sedikit helaian rambut bagi memenuhi syarat bertahallul. Setelah selesai bertahallul maka dengan ini sempurnalah sudah umrah kami yang pertama, alhamdulillah.


bersambung.... 
.

20 comments:

R.a.W | Ramble and Wander September 11, 2012 at 3:11 AM  

Salamu 'alaikum!

(Tiba2 je bagi salam, dah entry pasal umrah, hehe). Anyways, just finished reading the whole entry on umrah up until this entry. Speechless. Even though I've done it before, I did it from Jeddah and not through any umrah package from KL. So didn't actually get to ziarah that many places like you did. So thank you for all the stories and photos.

Like many of us who have been there before, I long to go back there again too. Hopefully soon I'll get the chance to perform a more proper and complete umrah, insha Allah.

Janggel / Rain September 11, 2012 at 8:06 AM  

Cantiknya safa dan marwah sekarang..masa aku pegi dulu still under construction dan berdebu...bukit tu pon tak nampak rupa bukit sebab kene kepung dengan papan construction.

Rindu nak ke sana lagi.

dzuchan September 11, 2012 at 8:18 AM  

assalamualaikum..(umrah mode)
thanks sbb gambo2 ko, aku bole adaptkn ngan citer mak aku. yelah diorg tak dan nak amik2 gambo, pegi musim haji ..

sblm ni aku mmg bygkn bukit safa & marwah tu besar..T_T

PM September 11, 2012 at 8:29 AM  
This comment has been removed by a blog administrator.
missSenget September 11, 2012 at 9:03 AM  

teringin nk pi sana lagi..

masa buat ni pn, aku cuci2 mata weh..!

tp rabun tetap makin naik power dia..huehue..cuci mata tak berkat gamaknye.. :p

Dan Arif September 11, 2012 at 9:31 AM  

Teringat pulak time aku ziarah sana dulu.. harap2 nanti boleh p lagi

Danny / John September 11, 2012 at 10:15 AM  

aku dapat rasakan sesuatu yg lain dari yg lain...ehem2. adakah sesuatu akan berlaku nanti? mari kita sama2 nntkan...sbbnya dh 2 kali berlaku perkara yg sama.

anda berminat nak tau? sila emailkan kpd saya. ;p

m.u.l.a.n September 11, 2012 at 10:36 AM  

subhanallah.. bila lah dapat ke sana lagi...

rara September 11, 2012 at 10:52 AM  

great post! i teringin sangat nak pegi sana :)

Bibu Wilda September 11, 2012 at 11:10 AM  

TQ..kabulkan hajat akk travel log ni..InsyaAllah akk nak sangat2 ke rumah Allah ni..saat tulis ni pon rasa sebak sgt..mmg berhajat sgt :( semoga Allah makbulkan impian akk ni..sementara masih sihat dan lapang.Doakan akk sekluarga ye Fatt!

N.U.R September 11, 2012 at 11:24 AM  

dapat sedikit gambaran...thanks!

Biqque September 11, 2012 at 11:28 AM  

aku SUKA gile the way ko cite pengalaman ko kat sana dari segi keselambaan dalam iman tu...kira cam ibadah tu ibadah, tapi ko cite ada skit2 lagi membuatkan aku nak terjun gaung mcm cite abg german...skitttt je lagi...hahaha aku sukak!

insyaAllah satu hari kita ramai2 pi sana pun bagus jugak, kepung ramai2, amik gambar, pak arab tak nampak...bygkan sume gantung dslr kat tengkuk, ko nak ibadah ke hape ni! hahahaha!

keep writing bebeh...ada yg 'menanti' dah tu...cewahhhhh!

mak esah dah 'terasa2' dah ni apa yg john tu cuba sampaikan, sbb mcm dah nampak dah tu...dah nampak dah...hahaha!

BlueEwoke September 11, 2012 at 11:30 AM  

Dah mudah dah org nk buat saie, sb ada ekon bagai, sungguh beruntung org zaman skrg ni..dan rasa tak percaya masih ada golongan yg percaya benda2 khurafat dengan korek batu2 kt situ..emm

Semua orang macam dah pergi umrah dah, aku berharap2 sgt2 dlm masa 1-2 tahun ni turn aku plak..amin..

MasZuber September 11, 2012 at 1:19 PM  

biqque and john: org hindustan kata "kuch kuch hota hay", omputih kata "theres something happens"..

fatt: wow agak pantas entry ini dikeluarkan. tahniah fatttt. aku akan mencontohi ko..:-)

harap2 nanti ada la peluang untuk pi umrah lepas nie.. :-)

Fatt September 11, 2012 at 1:52 PM  

raw,
waalaikumsalam. u read the whole entry? ohmai. so basically u went there all by yourself? bestkan. roaming free & easy, tapi apa bole buat, org pompuan takleh jln tanpa mahram. yup i went to a lot of historical places and the experience was priceless. i guess u should repeat again and the best is u get someone which knowledge to show u around.

me too, i just hope to go there again to perfom Hajj & Umrah, Insya Allah



janggel,
mmg cantik & sgt selesa. tapi rupa bukit mmg tak nampak dah sbb dah habis kena simen, cuma bila nak mendaki tu agak tricky sbb sumenya marmar. kalau ada rezeki pegila ke sini lagi...tp kena bawak org rumah le. hihi



dzuchan,
waalaikumsalam. aah yelah, musim haji mmg berduyun umat. tapi kan dzu, mmg betul ni besar, cuma aku tak citer je rupa bentuk dia camne. ko takkan nampak mcm bukit sebab both side dah seal abis dgn marmar, cuma peak dia je yg reveal...sume ni diubahsuai utk kemudahan org nak buat hajj & umrah. nanti aku citer lagi psl tempat saie dlm entry seterusnya



pm,
sama2...wah bestnya...pegi umrah kali yg keberapa ni? nak folo!! nanti doa2 la kat kami2 ni supaya bleh datang lagi...sob sob



miss senget,
ko pun penah sampai ye? syukran.

ko pun sama mencuci mata ke? hahaha...yela dah lalu kenala tengok..ye tak? rugi tak tengok..hehehe =P



dan arif,
aku doakan...ameen..masa tu mgkin bleh bawak puan mz kita...kekeke



john,
dah dah...jangan speku di sini. pfft!!



mulan,
in future..ameen



rara,
u will make it one day, ameen



bibu,
sama2 kak..sy doakan sume yg baca log ni akan dijemput ke sana. sy sendiri pun rindu sgt nak ke sana tapi pitih takde. sementara nak sampai tu akak anggaplah berada kat sana waktu baca log ni



nur,
sama2

R.a.W | Ramble and Wander September 12, 2012 at 12:28 AM  

Yup, basically I went there on my own. Well, sometimes with some friends/ colleagues. It's because I was based in Jeddah for about a year before this so we could just simply make the 1-hour drive to Makkah for umrah or tarawikh after work or at weekends. Consequently more often than not we simply went direct to Masjidil Haram and didn't do much ziarah like most pilgrims from Malaysia do. It was the same thing when I went there for a weekend from Dubai.

That's why I hope I'd be able to join an umrah group from Malaysia. Soon, inshaAllah :-)

Naramas Aman September 12, 2012 at 6:20 AM  

Saya doakan amalan Fatt diterima Allah. Moga entri ini memberi manafaat kpd pembaca.

@R.a.W,
I did it on my own too, but I flew from Thailand and Qatar :)

Semoga kita semua dijemput Allah lagi ke sana :)

Fatt September 12, 2012 at 8:01 PM  

biq,
terjun gaung? HAHAHAHA...cepat! sila buat gaya akrobatik bila terjun. tapi kan, aku ada 1 part yg sure ko akan terjun gaung...nak tau kena tunggu...kekeke..tak lama dah...skiiit je lagi...hihihi =P

ha sudah mak esah..ko jgn speku mcm si john..takde apa2 yg berlaku di sini...percayalah.



na,
mmg selesa sgt dah na..makin lama makin upgrade. aku dgr citer ckp sultan arab nak lebarkan lagi ruang saie..kasi 4 lane terus...

ada na, org buat benda2 pelik...aku tk pastila dorg dr mana tp ramai jgk, yg bertatu kat muka pun ada..

aku doakan ko & cawan sampai ke sini in future..bwk aqilah skali =)



mas,
kena habiskan jgk mas..tu azam aku thn ni. hehe...citer india ko dah abis ke weh? nanti dah pi kampar rajin2 la update sbb tak kuar dating dgn cik abg dah byk free time =P

aku doakan ko dgn ehemm cik abe pegi ke sini dalam 2-3thn lagi..ameen. cepat2 settle down weh! rugi tunggu lelama #tetiba



raw,
i think i envy u. really. bcoz u can just go there anytime u like. if i got the chance i'll do the same too...no doubt about it. well, im very sure u have experience some mytical (not sure if this is the correct word, tapi lebih kurang mcm benda2 yg aneh) events during ur visits, penah tak? at lease once?

i have one question to ask, did you manage to perform Haji during one of your visit?

again, i envy u >_<



naramas,
ameen..thank u sister...wow tak sangka u pun penah pegi sini tanpa tour. with ur husband ke? masa tu ada ziarah tempat2 bersejarah tak? iskkk...jelesnya

Anash September 13, 2012 at 8:20 PM  

bahasa yang mudah difahami
no wonder kawan akak memang suruh akak bagitau Fatt abiskan citer umrah..heheheh
yes...terasa2 lagi berjalan di situ dgn sekumpulan makcikyangsempoi..hehe

err...do i smell something here???(mak esahh???mana mak esah nih??)

atun's September 15, 2012 at 11:19 PM  

Salam,

Fatt, smbungan dan perkongsian ilmu yg sgt bagus..insyaAllah d beri ganjaran pahala dengan perkongsian ini...InsyaAllah..AMIN

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP