Cara Memohon Visa Jepun

October 10, 2012

Nihon Ni Kite Totemo Ureshii Desu!! (I'm very happy to come to Japan!!!)


Visa Jepun yang aku apply 3 hari lepas dah pun lulus dan sekarang barulah aku rasa bersemangat nak buat research. Oh ye, cakap pasal visa Jepun ni memang tak dinafikan yang prosesnya agak menakutkan...sipi-sipi macam nak amik result periksa. Lagipun ni kali pertama aku buat jadi gelisahnya lain macam sikit. So dalam entry ni aku nak berkongsi info dan cara memohon visa Jepun. Walaupun banyak blog dah tulis pasal ni tapi aku nak share mengikut pemahaman sendiri dan aku harap semoga ia dapat membantu.

Berikut adalah senarai dokumen-dokumen yang diperlukan. Boleh rujuk dalam website Embassy Jepun untuk double check. Sila juga pastikan semua dokumen adalah original (kalau salinan sila dapatkan pengesahan) dan disusun mengikut turutan.

1. Passport
- Pastikan passport masih "hidup" dan ada tempoh 6 bulan sebelum tarikh luput, kalau tak sila renew sebelum apply


2. Borang Permohonan
- Ketik sini untuk download, cara nak isi boleh refer contoh *(nota : boleh pilih sama ada nak isi on9 atau print+tulis tangan. kalau isi on9 kena terus print sebab tak boleh save)
- Visa Jepun sah untuk tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan. Jadi dalam tempoh tu bolehlah masuk ke Jepun. Visa standard adalah single entry (maknanya boleh guna sekali saja)

Tips #1:
Bagi sesiapa yang takde sedara-mara/kawan/jiran/boipren/gepren kat sana yang boleh dijadikan guarantor/reference/inviter, jangan risau sebab ruangan tu boleh dibiarkan kosong
Tips #2 :
Kalau pegi ke 2-3 tempat contohnya Tokyo, Osaka dan Kyoto maka alamat penginapan memadai 1 (aku buh 1 je sebab ruang nak isi sempit, so tak kisahlah...janji ada)
Tips #3 :
"Intend length of stay" - sebab aku belum beli tiket balik jadi aku tibai 15 hari. Kalau ada tiket balik so ikut je itinerary. Waktu submit dorang tak mintak itinerary flight jadi letaklah berapa hari pun (subject to approval)


3. Gambar (untuk dilekat bersama borang permohonan) - 1 keping cukup
- Pastikan gambar terkini sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh visa dimohon
- Ikut ukuran yang ditetapkan iaitu 4.5cm x 4.5cm dan background mestilah putih


4. Itinerary (planning masa kat Jepun)
- Ketik sini untuk download *(nota : boleh pilih sama ada nak isi on9 atau print+tulis tangan. kalau isi on9 kena terus print sebab tak boleh save)

Tips #1 : Tak tau nak isi ape?
Boleh gugel keyword seperti "7 days in Japan", "14 days in Japan", gerenti bersepah-sepah keluar. Boleh tiru dan kopipes
Tips #2 : Tak tau nak isi camne? 
Takyah pening kepala, tulis ringkas macam contoh yang aku buat kat bawah ni :-

itinerary Doremon dan Nobita katanya...

5. Surat Pengesahan Majikan
Hahaha...gelak dulu. Aritu tah sape bagi ajaran sesat kata boleh submit offer letter. Sekali waktu submit application, surat aku kena tendang. Disuruhnya bawak surat pengesahan majikan waktu amik passport pada hari ketiga. Camnela aku tak gelabah masa tu sebab semua dokumen lepas, sekali sangkut kat offer letter. Hmmphh

Kalau takde idea camne rupa surat pengesahan majikan bolehlah refer contoh yang Hannan Hensem bagi kat aku. Makasih Nan, sayang ko! HAHAHA

Tips : Penting dalam surat disebutkan nama jawatan, department dan tempoh bekerja. Print guna kertas yang ada logo syarikat

rabun? sila ketik untuk tumbesaran

Chop! Ni contoh surat untuk kuli macam aku. Kalau dalam kompeni tu ko lah bos, ko lah kuli...maka sila taip surat lain. Contohnya aku takde tapi boleh tengok website Embassy Jepun untuk info.


6. Penyata Bank
Hohoho...part ni aku rasa paling berpeluh sekali. Almaklumlah aku bukannya kaya raya nak ada saving sampai berpuluh-puluh "K" dalam bank. Kalau convert dari RM ke Rp mungkin peluang tu ada tapi buat masa ni belum lagi. Oklah, dipendekkan cerita....part bank statement ni ramai yang keliru sebab takde amaun yang spesifik. Ada yang kata 5k cukup, ada yang kena 10k...macam-macamlah senang citer. Aku rasa benda ni subjektif dan bergantung pada berapa lama kita nak stay kat sana. Untuk tempoh 15 hari aku submit statement dalam RM6.5k. Logikla kot, gamaknye.

Tips #1 : 
Kalau dana tak mencukupi, pepandailah pinjam dari ahli keluarga atau sesiapa yang dirasakan boleh menolong. Cuma untuk bank statement, lepas tu pulangkan balik. Pastu pepandailah belanja souvenir sekeping dua sebagai tanda terima kasih. Itupun kena ajar ke?
Tips #2 :
Kalau print bank statement dari internet, jangan lupa dapatkan chop bank untuk pengesahan
Tips #3 : 
Aku rasa benda ni ikut nasib sebab dorang akan tengok pattern duit keluar/masuk. Kalau ganjil dari amaun kebiasaan mungkin dorang akan syak statement palsu. So berdoalah banyak-banyak - ameen!


7. Sijil Menikah
- Kalau pegi dengan pasangan yang dah berkahwin, jangan lupa bawak salinan surat menikah yang telah disahkan. Tapi aritu ada sorang makcik ni tak payah le pulak. Orang tu suruh simpan surat menikah dia. Mungkin sebab makcik ni pun dah makcik sesangat, dalam lingkungan 50s-60s camtu
- Kalau pegi dengan boipren/gepren? Entah. Aku tak boleh nak komen sebab aku pun pegi sorang

**more info dan FAQ berkaitan visa Jepun contohnya kenapa visa kena rijek dan sebagainya sila ketik sini

lokasi Embassy Japan
Lepas semua benda-benda di atas lengkap, bolehlah hantar permohonan ke Embassy Jepun yang terletak di Persiaran Stonor, Kuala Lumpur. Bagi pemohon yang tinggal di luar KL, Selangor, N9, Melaka dan Pahang bolehlah refer alamat consular yang berhampiran.

Kalau pegi dengan kenderaan sendiri (contohnya kereta), boleh parking haram sepanjang Persiaran Stonor. Parking halal punye bays ada seciput kat luar embassy jadi pepandai sendiri la nak hidup (nota : aku pegi dua-dua kali parking haram, tak kena saman pulak). Kalau jenis yang taat undang-undang jalan raya, pegila parking jauh skit (memang jauh pun) dan naik teksi ke sini. Motor takde hal, boleh parking kat depan embassy.

Embassy of Japan
Consular Section
11, Persiaran Stonor
Off Jalan Tun Razak
50450 Kuala Lumpur

Waktu Urusan :
8.30pg - 12tgh/h, 2ptg - 4ptg (Isnin hingga Jumaat)

Collection :
Hari ketiga selepas tarikh permohonan. Datang sesi petang antara 2ptg - 4ptg. Kalau tak dapat datang hari ketiga, hari seterusnya boleh datang waktu pagi atau petang (ikut suka)

Lupa nak tambah....tiada kos dikenakan untuk memohon visa Jepun sebab ianya PERCUMA!!! (O_o) Hontoni????


Selepas 3 hari.....Ta-daaaa!!!

officially approved!
Oklah sekian saja pasal visa Jepun, kalau ada salah dan silap rajin-rajinlah cari info sendiri. Aku nak sambung study sebab exam dah tak lama lagi. Phrase Jepun pun dok tersangkut-sangkut lagi ni...asik Watashi...Watashi je...haih!

Kbai!

kalau dah sumbat sangat nanti aku rebus je sume ni buat air penerang hati
.

54 comments:

syieda October 10, 2012 at 11:32 PM  

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... bestnya!!!!!

Fatt October 11, 2012 at 1:01 AM  

syieda,
aaaaaaaaaaaaaaaa....muflis!



janggel,
arigato gozaimas! tak rindu kampung ke?

Hulubalang October 11, 2012 at 7:55 AM  

banyaknya cuti ko fatt....aku ni nak kumpul cuti 3 hari pun berpeluh...

dzuchan October 11, 2012 at 8:13 AM  

tudia..warghh..bestnyee

utk bahasa& bljr culture sikit2 bole tgk j-drama yg mcm2 dlm intenet tu.
pilih yg hero hensem, cpt sikit terang hati..:-)

norh October 11, 2012 at 8:27 AM  

nak ikuttttt...

tapi tak mampu lagi..he he

Fatt October 11, 2012 at 10:15 AM  

imran,
terpaksa gugel translator ;p


na,
arigato gozaimashta!



hulubalang,
ko tak tau apa yg berlaku...kahkahkah



dzuchan,
dulu zmn aku muda2 dulu rajinla tgk citer jdrama..lagi2 kalau muka pelakon yg aku suke mcm takuya. adala skit2 prktaan yg aku tangkap..ni kena mengulang balik video2 yg ada..hehehe



norh,
takpaa..pelan2 kayuh..rasanya AAX tak remove kot route ni



maszuber,
yoshhh!!!



mrs eady,
mailah! *sumbat dalam beg*

dzuchan October 11, 2012 at 10:47 AM  

aku suggest j-drama yg lazat & terkini sikit (2009-2012)

1) rich man poor woman- hero hensem
2) My boss my hero (2009)- hero hensem
3) Hungry -hero super hensem

takuya tu memang kan..hensem sampai sekarang..

setelah janggel, aku tak sabar nak ttgu shootokyo versi ko pulak :-D

rossdowsen October 11, 2012 at 11:32 AM  

huaaa....jepon pulok. *pengsan*
sob..sob..sob...cuti aku tggl 3 ari je tahun ni

alifah@along October 11, 2012 at 11:36 AM  

owh..rasa mcm tak nak baca je entry ni sbb berkeadaan sangat dengki...jangan lupa cari takuya sorang untuk bawak balik...kalau jumpa lebih, kasi kat aku satu..hehhehee..... enjoy!!

Buyuiazliana October 11, 2012 at 12:23 PM  

hi,

first time komen ni sbb excited tgk awk nk g jepun. hehe. saya dh pergi last year , best.. kalau boleh explore abes2 ok... bkn sng nk pergi. hehe. pergi time sejuk jgn salji nnt x best nk jalan2. nnt awk akan kagum dgn rakyat dia yg patuh pd disiplin . tu mmg x boleh nk challenge.

happy exploring!

Ely Hasrul October 11, 2012 at 12:58 PM  

ko pegi sorang ko xsuh abang G tunggu ko kat sana? kihkihkih

miya October 11, 2012 at 1:47 PM  

klo student accane? tade surat majikan(?)

Fatt October 11, 2012 at 2:51 PM  

dzuchan,
ko ada bideonya? klu nak donlod, ada website yg bleh aku donlod?

tokyo versi aku? hadui...aku syak lagi meraba2..dahla sepatah haram tak reti. iskkk...tapi takpe kot, ku cuba jaya >__<



rossdowsen,
aku pun nak pengsan bila mengira bajetnya...tebabommm!! *letup mesin atm*



alifah,
gitewww...ko jgnla gitu...aku pun nak terbeliak bijik mata mengira ni...gile mahal nak pengsan bangun pengsan bangun. heh, klu aku jumpa 2, ke 3...aku spare sume kat aku..lol! :))



buyu,
hai! selamat berkenalan!
sy rasa time sy pi nanti musim luruh..tapi dah hujung2...belum winter lagi insya Allah. betoi, sy pun tak brp suka jln time winter sbb rimas..gloomy je...bleh suggest tak katne nak menginap yg murah? sy dah tgk hostelworld, tapi saja nak tau kot2 ada suggestion lain..thank u :)



ely,
takdenye. mamat tu tgh cari keroje baru skrg ni, dia takleh nak travel lagi...mebi 2thn lagi kot...gitewww



miya,
klu student sy tak tau...klu pegi under pihak uni/kolej sure dorg akan uruskan. klu sndiri tu sy rasa mgkin awk kena mintak surat dari fakulti/kolej utk approve awk ni student sekian2 tempat dan kena tulis surat inform camne awk nak support travel awk since awk takde income. detail lengkap bleh tgk dlm website...dia ada mention

Buyuiazliana October 11, 2012 at 3:45 PM  

emm.... saya dl ke Hokkaido, and actually under kerja , tp hotel harga dia tgk juga.. kalau time winter murah sikit (sbb pelancong x berapa nak dtg time winter and hokkaido is the place paling sejuk di Jepun), ada saya duduk pun semalam area narita, itu pun around RM 160 dah semalam rasanya.

ermm awk ada cuba google capsule hotel?

dzuchan October 11, 2012 at 3:48 PM  

bole tgk kt dramacrazy.net
kalo lag/buffer..pegilah cari di kedai2 cd berhampiran anda ehehe..
nak bg donlod version, aku ada my boss my hero je, yg lain stream saja

gadisBunga™ October 11, 2012 at 4:41 PM  

tolong alihkan ibu jari tu boleh tak? kuikuikui~

Cah Ayu October 11, 2012 at 5:58 PM  

weuu! bagusss share info ni! awal tahun depan turn aku plak nak buat visa hehehe arigato arigato..

*sekarang berusaha keras untuk penuhkan tabung bank sebelum print out Jan 2013 hahahaha

Ninie Hanis October 11, 2012 at 7:16 PM  

waaaa..best Fatt! Tercapai gak impian ko nak gi jepun. Since kita muda2 (ceh now tualah sangat) dok layan cite jepun pastu ko ngan ehem..ehem..yang tak jadik gi jepun.Memori beb..sumpah best nih.

Kalau jumpa si takuya kimura sila ciom dia utk aku. Bahah!!

alifah@along October 11, 2012 at 7:42 PM  
This comment has been removed by the author.
alifah@along October 11, 2012 at 7:45 PM  

hehehee..mana boleh tak baca entry ko fatt...kuar duit mcm air la weih (jgn nanges), ko mesti blh budget baikkk punya.. ha, isu abg TAKUYA aku tu, ko ni, takkan nak spare ramai2...bahagi2 la sikit dgn kawan2 ni =) ...weih, aku dah siap pk dah nama jepun utk ko bila kat jepun nanti tau...FATTUYA...ok gak kan....gaya2 mcm ko ni dah kawin dgn TAKUYA la..hehhee.. amik gmbr banyak ya FATTUYA..

Danny / John October 11, 2012 at 10:07 PM  

#untungla duit byk g japang. jelesnyaaa sky tree satu! haha ;p

Diana Diane Teo October 12, 2012 at 12:00 AM  

Japan! Rindu lah saya kat Japan lepas baca ur this entry. Nak pergi lagi and cover Kansai area. Dulu saya sendiri apply visa, saya pun worry especially employment letter. Pasal itinerary, saya copy and paste dari agent tour yang ada website. Hahaha.

Fatt October 12, 2012 at 8:18 AM  

dzuchan,
beli cd tu yg aku lemah sbnrnya...ntilah aku usha kat area low yat, kot2 ada ciplak..hehehe



gb,
ada gam gajah le kat situ ;p



cah ayu,
wah gitewww...ko nak pegi bln 2 ke? sempat2 nak kumpul tabung hayam...ganbatte kudasai!!



ninie,
tak jadi pi jepun? dgn ehem ehem?? *garu pale* sape eh?? aku pun tak hengat. aku mmg nak pi jepun dulu sbb gile kat takuya...hahaha..wlpun skrg dia dah tua tapi aku tetap rasa dia tu hot!! ;p

doakan aku jumpa pakwe rupa takuya..bleh aku kidnap balik ke mesia. lol!



alifah,
BANYAK LA KO FATTUYA!!! hnss...bukan FATTO ke? hahaha..ntah aku pun tatau..tapi dua2 nama huduh je aku rasa...lol! :))

masalahnya muka jepang2 yg lalu lalang kat sana tu sume muka jepun totok...yg hensem2 cantik2 sume dah jadi retis..camne aku nak ada peluang?? nanges

ni percubaan kali kedua aku hokeh..aritu tiket burn...aku pun tataula nak rangka bajet camne, blum study lagi..smlm aku tgk rate jepun terus aku rasa nak nangis...berdoalah utk aku



john,
nak sky try?? matilah..terpaksa letopkan mesin atm...bak duit!!!



diana,
come on diana! jom ke jepun! dulu u backpack jgk ke? i nak korek entry jepun kat blog u..can aaa?? :))

but japan is really expansive kan? i rasa nak pengsan tgk exchange rate smlm



illias,
toshiba, toyota, honda, sony...lol! :))

Hulubalang October 12, 2012 at 9:11 AM  

Yaa...!! Ohayo guzaimasu..
Ogenki desu ka?

Watashi wa nihongo ga suki desu
ituka nihon wo otozure tai..

anata wa sore ga dekimasu...
ganbatte ne..!!!

:D

Naramas Aman October 12, 2012 at 9:35 AM  

Bagus info ni...Oh macam tu ek nak apply visa ke Jepun...pasal apa kena ada surat nikah? Bukannya ada pegawai pencegah maksiat he he he

nash October 12, 2012 at 11:49 AM  
This comment has been removed by the author.
nash October 12, 2012 at 11:53 AM  

fatt..ko tak payah susah2 pegi cari cd, movie jepun belambak kat youtube! banyak cite best2 & aku selalu tengok lately! aku pulak yg terase excited,lol =D

Pippa Jalal October 12, 2012 at 2:02 PM  

fatt...thnx sbb share info mcm ne nak wat visa ke japan...nti dah balik mesia share la pulak hotel @ backpack yg murah kat sne ek..hehe sy pegi 2nd dec nie

Diana Diane Teo October 12, 2012 at 3:23 PM  

Yeah, Fatt! I backpacked with one of my female friend. We went Kyoto, Osaka & Tokyo. Really expensive where our first nite meal for a set of chicken rice cost us RM50. Here is my complete itinerary http://dianateo-dt.blogspot.com/2011/06/8-days-of-adventurous-autumn-japan-trip.html. Hope it will help you but I'm for sure, you tak ada problem in planning trip. Hahaha

Anash October 12, 2012 at 6:55 PM  

.............
.......
...
.
(eh nak komen apa ?)
.
..
akak titipkan di angin lalu
doa semoga fatt pegi balik dengan selamat
(skema gile komen? motif bodek?)
hahahah

m.u.l.a.n October 12, 2012 at 11:16 PM  

nak ikooooootttttt....!!!

Wak Gelas™ October 13, 2012 at 7:54 AM  

waK pon dh lame X gi jepun tuuu.. tp opis embasy tu dh dekat sgt dgn opis waK keje niii.. onegai shimasu, ooops salam salam .. ehheeEE

Fatt October 13, 2012 at 1:14 PM  

hulubalang,
konichiwa!
genki deska!
anata wa toyota mistsubishi subaru..
sore wa doremon nobita shizuka

haiitt!! :))



naramas,
ha itu le pasal. sy pun pelik nape nak surat nikah bagai..mgkin dia takut klu kapel yg pegi tu, nak melacur kot...kot jelah..sendiri bapak ayam.
wallahualam



nash,
aku sbnrnya mmg antu jdorama. aku tak suke citer koria..nyampah sbb aku tak suke dgr slang dorg ckp sbb mcm ngade2. hish...aku debor ni tau...dok tgk duit naik turun je ni. botak pale aku



pippa,
hihihi..tu psl aritu time awk ajak sy gelak2 sbb insya Allah sy pi lagi awal..itin sy blum buat lagi..insya Allah nanti sy share



diana,
chicken rice $50?? i'll die sure punyelah. hahaha..i plan bawak sume makanan from msia..klu teringin sgt barulah i beli..coz i ingt ramai yg pesan bwk beras..huhu...thanks a lot dear for your help about planning..i akan tgk link yg u bagi tu just to give some idea..actually i blum buat apa2..just visa punya part dah buat...about transport i still pikir whether i shud buy the jrail pass or willer pass...still havent decide yet. but honestly i rasa nak nangis sbb japan sangat mahal T__T



kak anash,
john nak sky tree...akak? kekeke...sy pi bln depan kak..sempat lagi kita mengeteh sekali dua..insya Allah :)



mulan,
lai lai lai...



wak gelas,
dah lama tak pi ni mesti selalu pi lettewww...ye ek wak? nak tanya pendapat la since rasa mcm wak dah biasa ke sana...suggest ke beli jrailpass? ada alternatif lain tak untuk intercity connection yg murah? terima kasih :)

Hairi Tahir October 13, 2012 at 7:12 PM  

Kenapa cover muka pakai jari ibu, bro? cover hensem kah. hiks hiks hiks. arigatoh haip.

Janggel / Rain October 13, 2012 at 7:18 PM  

Wah tak sabarnyeeee tgu shootokyo versi ko BRO! Kekekeke.

Rindu kampung, kim salam kat otomen dan doremon eh.

smoothiesices October 13, 2012 at 9:16 PM  

hai!
first time nak comment since jadik silence reader..hohoho..
and excited bila hang nak pi japan!
I study before pergi Japan like 6 month kot...tapi berbaloi!..hehe
bab visa,,my experienced.sangat la cuak bila nak apply.fuhh
let me suggest u,if nak pi Kyoto and nak experience 100 yrs Japanese house,i recomemend Mundo hostel.cheap and good place.Owner Japanese can speak Indonesia.. .Tapi,hostel nie ade anjing name Tida,time I stayed for 4 days diorg simpan that dog.Really recommended! One night for dorm RM80.00/2000yen.

Good luck!

nash October 14, 2012 at 2:44 AM  

walaupun jawapan ko mcm xde kena mengena dgn komen aku, hahaha' tp ye lah, aku bahase korea 1 patah pun xreti, bunyi dia mcm merungut2 sikit, bahasa jepun lg mudah & kiut' hehe. kemon fatt u can do it (duit) ! gud luck! :D

Fatt October 15, 2012 at 11:07 AM  

hairi,
sebab gua HENSEM sangat lah BRO. kang mati gua kena serbu kat luar. KAHKAHKAH



janggel,
yelah tu...propa sangat!



smoothiesices,
hai!! terima kasih bnyk2...terus gugel nama hostel lepas dapat info...nmpk mcm classic so sy nak cuba stay kat sini, insya Allah. btw sy nak tanya, masa awk pegi dulu just pusing2 area sana (Kyoto & Osaka) atau pusing 1 Jepun? so Jrailpass memang wajib beli ke ada option lain yg boleh disuggest? sy tengah menimbang2 nak beli ke tak sebab pegi agak lama (mahaiiii gila).

terima kasih :)



nash,
relate le..kan ko suh aku tgk utiub citer jipun...aku mmg tak berkenan bahasa koria sbb bunyik merungut...

do it ke duit ke mmg susah both ways...hazab =__=

Fatt October 15, 2012 at 10:06 PM  

morbid,
perghhh...pokai =__=

smoothiesices October 15, 2012 at 10:44 PM  

Hai,
I love that hostel sangat2.Owner peramah and soo cozy that place.Kat Kyoto,rent basikal (500yen/day) or bus (500yen/day),best way to explore Kyoto.Sekali naik bus 200yen,so kalau dah turun naik sure can cost you more sebab akan transit sana sini.So,beli la bus pass.Nak cheper food,pergi kat Kyoto University( Camphora CafĂ© Restaurant) ade lagi satu kat luar university nama tempat tue Kebab.Kat area hostel ade minimart “FRESCO” ,malam ade sale 50% for food.So,time tuela I borong sebab murah.(please make sure jgn teramik yg terlarang..hoho)
I pergi sana 11 hari.Pasal JR Pass,kena tahu you punya plan dulu.Sebab,I travel dari Osaka-Kyoto-Tokyo-Osaka..Lepas buat calculation time tu,rasa expensive beli kat sana.So,I beli JR siap2 dari M’sia and guna sehabis mungkin kat Tokyo.So, I x guna subway lane pun. (JR digunakan sepanjang travel dari Kyoto-Tokyo,and digunakan sepanjang di Tokyo and dari Tokyo-Osaka).Beli 7days,pun dah ok,sy guna 7 hari terakhir kat sana.
Try refer www.hyperdia.com ,boleh tgk harga ticket dari satu tempat ke tempat lain.
Kat Tokyo,I stayed kat Khoasan ninja dekat Akihabara,15 minutes jalan kaki Akihabara.Khoasan nie byk branch,so can refer their website.Time I stayed kat situ,x silap,diorang boleh bgi free accommodation if stay lama and sanggup buat part time kat situ.

Fatt October 18, 2012 at 2:34 AM  

smooth,
awk...makasih byk2 tau sbb supply info..sy dah emel Mundo and dorg suh sy submit resume...kalau dapat sy kena belanja awk ni..sungguh. hahaha :D

kat tokyo sy belum ctc lagi mana2 hostel..ni pun tgh pening pikir how to extend my visa..tgklah nanti camne..since owner tu ckp dorg nak bukak new branch so im hoping for something..pray for my luck ok!

persiapan sy masih 10%, blum ada progress lagi setakat ni. mebi dis wiken baru sempat nak study coz sy bz skit wikday..but ur info is very2 good..haritu masa pegi bwk cash dlm tgn berapa? sy rasa klu ada jrail pass shud be ok..tak panik sgt kan? cuma bab makan jelah..entrance fee rasa byk benda yg free...souvenir fm awk tau katne byk choice? coz last time my frens yg pegi sume ckp payah gila nak jumpa..if ada pun dia tak specific utk certain places cthnya FM tokyo, FM osaka, FM kyoto...dia mcm generall FM japan gitu...any info on this?

thanks a bunch! :D

smoothiesices October 19, 2012 at 9:00 PM  



Hai,
You are most welcome.Just excited sharing for good info pasal Japan sbb one of my dream akhirnya tertunai..:).
Please extend and explore more.Yesss,,,good luck ok!
Serious seronok kat sana eventho I tak tahu Japanese at all, diorg willing to help.InsyaAllah,kalau ade rezeki sy akan pergi lagi next year maybe akan transit to Korea jugak…
For me,better ade JR Pass tue,just make sure bila nak start pakai.
Itula,bab makan mmg payah,sy prepare maggi, instant rendang makan dgn Japanese rice beli kat mini mart(can get cheaper) and makan sushi.Sy try jugak Japanese food yg sy yakin boleh makan.Nak cari halal food mmg boleh,tapi Indian/arab food la but extremely expensive can cost about RM80 permeal.Kat Kyoto baru dapat halal chicken and cheap too. Place I mention kat Kyoto University mmg ade certificate halal to serve the chicken.
Sy bawak cash lebih kurang RM3000.00.And,still ade balance bawak balik Malaysia..:)
FM? x faham. Tapi tmpat nk shopping sy boleh suggest kat Nakasime Street,dekat Asakusa. Shopping heaven,murah la if nak banding dgn tmpat lain.The cheapest souvenirs around 200yen.
If you pergi Osaka, try google Osaka Unlimited Pass,sy guna time sty kat Osaka ,2000yen/ticket/day.
Once ade pass nie,boleh naik subway dgn bebas, free entrance for certain places and discount at certain places too.
Xoxo!

jay March 9, 2013 at 3:51 AM  

aku nk p jepun ujung bln 4 ni..dok pening kepala visa x apply lg..haa bru la fhm skit prosuder.. lega aih.. tq byk2!

Alice Choo June 8, 2013 at 4:50 PM  


Hi, i am planning to travel to Tokyo for about a month to visit a relative of mine who is a permanent resident in Japan. Regarding the visa i need to apply at the Japanese Embassy, is it true that I can only stay up to a maximum of 2 weeks? I was planning to visit Japan as long as 3 to 4 weeks.. need to book my flights really soon and I'm afraid something might go wrong. Is there anything I can do?

I'm planning to go to Japan late February 2014 so i wont be able to apply for visa yet..

Liza Nova June 24, 2013 at 2:25 PM  

thanks for the info..
very helpful to me

http://novaleeza.blogspot.com

Anyyss Shuhaimi July 7, 2013 at 2:11 AM  

wah! sangat membantu. ni pun nak sambung study kat jepun tuk 5 tahun plus tak tau sangat nak cakap jepun. btw, trimas!

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP