Japan For Cheapskate : Willer Express

October 30, 2012

"JRail pass mahal gile! Stress!!"
"Aku takde bajet nak beli JRail pass!"
"Takleh nak pi mana-mana, terpaksa duduk setempat..."

Ini mungkin salah satu di antara keluhan yang biasa kita dengar di kalangan budget traveller yang merancang ke Jepun. Takpe, jangan sedih. Jangan susah hati. Ada cara lain yang boleh kita ikhtiar. Takde JRail pass tak bermakna misi menjelajah ke negara matahari terbit akan terkubur, ye dok?

Bukan semua orang mampu dan sanggup melaburkan duit untuk membeli JRail pass jadi aku rasa cara ni mungkin boleh melegakan hati para budget traveller yang bercita-cita ke sini. Hoyeh! *lompat bintang*

Seperti yang kita maklum JRail pass mempunyai kelebihan unlimited ride untuk semua* public transport yang ada di Jepun. Makna kata, kita boleh naik apa saja contohnya bullet train sampai lebam dari hujung ke hujung, marathon atau touch-n-go sesuka hati ke mana-mana saja destinasi semaksimum** yang boleh.

*tertakluk pada jenis coach (untuk train) dan lain-lain
**tertakluk pada jangka hayat pass sama ada 7, 14 atau 21 hari

Ok itu kelebihan JRail pass. Memang bagus dan sesuai dengan harganya. Ka-ching!

Berbalik semula pada tajuk entry iaitu Japan For Cheapskate. Kali ni aku nak berkongsi salah satu pesaing JRail pass iaitu Willer Express. Tapi sebelum tu jangan samakan Willer Express dengan JRail sebab memang tak sama. Umpama sushi dan durian, tak sama!

Willer Express ialah sejenis bas express yang menghubungkan di antara bandar A dengan bandar B atau dalam bahasa mudahnya "intercity", contohnya di antara Tokyo dan Osaka. Ke Disneyland pun boleh!!

rangkaian WE ke sekitar bandar-bandar penting di Jepun. untuk coverage penuh sila jenguk ke website

A) Jenis-Jenis Bus Pass

Selain tiket bas yang biasa (pay per ride), Willer Express juga menyediakan sejenis pass untuk 3, 4 atau 5 hari bagi mana-mana destinasi intercity di dalam Jepun. Ada banyak lagi kelebihan pass ni. Nak tau lebih lanjut sila teruskan membaca.


Mengikut tukaran wang semasa, nilai bus pass untuk 3, 4 dan 5 hari ialah RM390, RM470 dan RM550. Masih murah kalau dibandingkan dengan JRail pass untuk kategori intercity. Sila abaikan kelebihan JRail pass untuk subway dan metro dalam bandar Tokyo sebab topik kita sekarang ialah pengangkutan intercity.

Berikut adalah kelebihan Willer Express bus pass:
1. Tak perlu guna setiap hari berturut-turut. Boleh random contohnya Isnin, Rabu dan Ahad (bagi pass 3 hari).
2. Dalam sehari boleh guna maksimum 2 kali. Contohnya Tokyo-Nagoya (siang) & Nagoya-Osaka (malam) ATAU Hiroshima-Osaka (siang) & Osaka-Nagoya (siang).
3. Boleh reserve round trip untuk hari yang sama contohnya Nagoya-Tokyo (siang) & Tokyo-Nagoya (malam).
4. Bas yang bertolak selepas jam 12 tengah malam dikira sebagai bas yang bertolak pada hari sebelumnya

Bus pass tidak boleh digunakan dalam situasi:
1. Route yang sama dalam hari yang sama (possibility si polan nak sublease bus pass untuk orang lain)
2. Reserve 2 overnight bus pada hari yang sama (like how? err...hantu ke?)
3. Bus pass tak boleh dipindah milik. Photo ID atau passport mungkin akan disemak sebelum dibenarkan boarding

Masih tak paham? Ketik link ini dan skrol sampai ke bawah.


B) Bus Pass Model Routes

Berikut adalah cadangan route menggunakan model bus pass untuk 3 dan 5 hari. Ini cuma cadangan, kalau ada route yang lebih bagus boleh proceed asalkan tak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan. Untuk contoh-contoh model yang lain, sila ketik link ini.

contoh-contoh route

C) Jenis Kerusi Untuk Bus Pass

Ada 4 jenis tempat duduk kesemuanya. Kerusi yang paling cikai ialah Standard, diikuti Relax, Superior dan Theater. Jenis-jenis kerusi yang ditawarkan bergantung pada availability dan route. Pat-pat siku lipat, book cepat dia dapat! Untuk pemahaman lanjut tentang jenis kerusi/tempat duduk sila ketik sini.

rabun? sila ketik untuk imej yang lebih terang

Ada sesetengah kerusi contohnya Value dan Sleeper yang tak sediakan ruang untuk menyimpan barang (tak applicable untuk bus pass holders), jadi make sure cabin luggage mengikut saiz yang telah ditetapkan. Tak silap aku sorang penumpang boleh bawak 2 luggage je. Kalau rasa nak bawak lemari tu lupakanlah hasrat naik Willer Express, eh? Sila ketik sini untuk panduan luggage yang dibenarkan.

Untuk info yang lebih tepat dan jitu sila jenguk ke website Willer Express. Bagi menghilangkan keraguan dan kemusykilan ketik sini untuk FAQ. Akhir sekali, cuba kira bajet tanpa bus pass vs dengan bus pass. Banyak beza kan? Jangan bandingkan feeling naik bullet train dengan bas ekspress. Karate tengkuk mau?

Bagi cheapskate tegar anda mungkin boleh consider naik overnight bus untuk save bajet tempat tido. LOL :))


**copyright gambar adalah hakmilik Willer Express
.

24 comments:

anggerik desa October 30, 2012 at 4:37 AM  

Wooowww...sgt value info ko fatt..bagus wat traveller yg budget ciput2..suka seat yg ade cover..cam pakai awning tudung...bila ko nk ke japang ni..xsabarrr tgu hapdet..

none October 30, 2012 at 7:55 AM  
This comment has been removed by the author.
Diana Diane Teo October 30, 2012 at 10:14 AM  

Fatt, kau selalu beri info yang tidak pernah saya came across in anywhere. Thank you so much. This is one more good tips when I plan to revisit Japan again. =D

Biqque October 30, 2012 at 12:49 PM  

ye betul,jgn nak compare jrail pass dgn willer pass sbb dua2 ada pro n con. nak cepat, mahal. nak lambat, murah. same goes to mahal tapi cepat, murah tapi lambat.

well, honestly for me, jrail pass mmg banyak membantu utk aku naik turun juta kali dgn cepat muahahahaha!

good info!

Naramas Aman October 30, 2012 at 4:49 PM  

Salam. Good info.

I'm dreaming my next getaway!

m.u.l.a.n October 30, 2012 at 5:32 PM  

thaaaannkksss for sharing dear..!!

BlueEwoke October 30, 2012 at 8:16 PM  

Semoga semua berjalan lancar di sana, tak kisah la naik bas ke bullet train ke, beca ke, janji apa yg ko nak tgk/buat dapat ditunaikan, lain2 usah amik kisah..

*sambil kibar bendera jepang*

bee October 30, 2012 at 8:50 PM  

salam fatt. lama btul aku x msuk blog ko. ko dh smp jepang ke?

gadisBunga™ October 30, 2012 at 10:42 PM  

fatt. fatt. fatt.

ko memang idola lah!

Farikica October 31, 2012 at 11:22 AM  

Dear Fatt,
This is the most valuable info i've read today...he..he... tq.
memang jaoh bnyk beza from the rail transport... like u said, cheapskate (like me) doesn't mind naik bas as long as murah..duration banyak beza ke? I mean when u take a train and when u opt for the bus? Kerusi2 pelbagai jenis tu sama ja harganya kan? kira 1st come 1st serve basis eh?
I nyaris book a flight to Tokyo this coming Disember, tp pas check2 menda lain yg mahal2, so, cancel dulu, reroute ke tmpt lain... but this willer exp shades some lights to me..he..he...

Koqin Qaremo October 31, 2012 at 10:19 PM  

tenkiu utk information ni fatt..best...semoga selamat pergi dan balik.. take care

Anash November 1, 2012 at 6:00 PM  

akak dapat tengok delegate jepun datang opis akak pun...jadi laaaa...namun ke jepun...
go travel go fatt
(jadi pom pom girl di belakang tirai...)

girl le sangat..
haha

smoothiesices November 1, 2012 at 10:50 PM  

good info!!
maybe akan try kalau jadik pi next year again..:)

Zuliza Abdul Rahman November 4, 2012 at 4:23 PM  

wah menariknya...semoga ada rezeki saya untuk pergi ke sana juga. thanks for the info. bolehlah start kira budget ni. haha...

Fatt November 5, 2012 at 11:53 AM  

anggerik desa,
haha..awning tudung? ade2 je ko nih..
aku belom pi lagi..insya Allah coming soon



diana,
sure diana...u can try this when u go to Japan again :)



biq,
aku nak beli Jrailpass tapi ngak mampu ya dong!



naramas,
ameen...u will make it :)



mulan,
ure most welcome :)



na,
aku debor dupdap dupdap dah ni...menghitung hari =__=



bee,
wsalam..belum lagi bee...coming soon!



gb,
idola kecil ya? hikhikhik



farikica,
aah..byk beza...sbb shinkansen (bullet train) lagi cepat. contohn journey 2hrs dgn shinkansen, dgn bas mgkin 7 jam...tapi okla kot since boleh naik overnite bus to kill time.

kerusi ni option klu beli pass..otherwise bleh pilih kerusi lain klu beli normal ticket.

yes, first come first serve basis...so book ahead!

insya Allah, u can plan ahead to Japan...ada byk lagi cheapskate info i blum share about transportation in Japan..need some time to blog about it. stay tuned! :)



koqin,
now everyone can go to Japan :)



kak makh,
makasih



kak anash,
selagi tak jejak kaki dlm flite selagi tu hati ni debor kak oi...huahuahua X__X



abu muaz,
salam ukhwah. tahniah? kenapa ya? sy menang moto ke?



smoothiesices,
wow ko mengulang mcm balik kampung dah ni. hahahaha :))



zuliza,
insya Allah...start saving from now.it's do-able :)

alifah@along November 5, 2012 at 6:34 PM  

molek benar ni ibu...hjahahahh

Ely Hasrul November 6, 2012 at 9:26 PM  

alamak aku suka durian aku suka gak sushi.. xkena ngena.. adeh.. zzzzzzz

Ninie Hanis November 7, 2012 at 4:40 AM  

eksaited nih dah baca sikit2 psl info japan..kim salam doraemon eh..ngan abg takuya! ;)

Linda Adi November 11, 2012 at 11:15 PM  

Encik Fatt,
Saye nak tanya, betul ke JRbus lagi murah dr Willer, cuma tiket dia kena beli kat counter

Mar November 13, 2012 at 1:40 PM  

thanks for writing this entry! looking forward to ur other budget tips in Japan. definitely in my wishlist next!

Fatt November 16, 2012 at 12:23 AM  

alifah,
ibu mana plak ni?? -__-



ely,
aku pong suka dua2..camne?



ninie,
aku tk sempat pi muzium doremon. takuya aku ada nmpk poster drama baru dia..tajuk priceless..tapi lom masuk mesia lagi rasanya...oh yes..he's still friggin hot!



linda,
ye betul, jr bus kena beli kat kaunter jr..takleh beli online. klu willer bleh beli on9...klu tgk harga rasanya mcm jr bus lagi mahal



mar,
ameen insya allah u'll make it in future! :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP