Tanah Jawa : Kawah Ijen (Entry Bergambar)

October 02, 2012

Maaf kalau ada yang tertunggu-tunggu sambungan travelog Tanah Jawa. Sebenarnya aku dah karang separuh dan tengah pilih gambar-gambar yang sesuai untuk ditepek mengikut jalan cerita. Dalam entry sebelum ni aku ada sebut pasal gambar-gambar di Kawah Ijen dan oleh kerana aku tak dapat nak tepek banyak gambar jadi aku create entry ni khas untuk gambar semata-mata.

Harap maklum yang tuan tanah masih dalam proses belajar jadi buat tak gheti jelah kalau ada gambar-gambar yang white balance tinggi, aperture rendah, terlebih exposure dan sebagainya. Enjoice!

berkain pelikat lala lala
kosong-kosong
full-full
melepak di tepi lereng
selain wang, kita boleh bersedekah jajan kat pekerja-pekerja lombong macam yang minah saleh ni buat
kebanyakan mereka menderita sakit dan lebam-lebam di bahagian bahu akibat membawa muatan yang berat
betul. apa yang anda lihat itu awan. kita di atas awan!
sewaktu mengekori pakcik ni aku tengok banyak kali dia alihkan beban dari bahu kiri ke kanan - mesti sebab bahu dia sakit
begitulah awan nano-nano-nano-nano....nanoooo
Saya Suka Kawah Ijen
sampai bila? (credit : Fiza)
another candid photo, thanks Fiza! (credit : Fiza)
lelaki ini cuba mengimbang beban di bahunya
lagi pelancong yang bermurah hati memberi pekerja-pekerja ini jajan. may god bless their kindness
deep down inside, i know i'll be missing this place. till then! (credit : Fiza)

Sementara menunggu entry baru keluar, korang bolehlah jenguk ke blog Fiza untuk cerita kami di Tanah Jawa. Oh ye, aku belum kenalkan lagi siapa travel partner aku dalam entry sebelum ni jadi mari aku kenalkan. Aku mengenali Fiza melalui sepupu aku, Hifzan. Dipendekkan cerita Fiza dan Hifzan dulu skoolmate sewaktu di MRSM Jasin dan kebetulan pula kami bertiga pernah belajar di Fakulti Alam Bina, UM. Tapi aku tak kenal Fiza waktu menuntut di situ sebab waktu aku masuk, dia dah jadi senior dan aku pulak junior.

Aneh ye kalau difikirkan yang kita bakal kenal orang itu di masa hadapan walaupun sebenarnya dia selalu je lalu-lalang depan kita. 

Kami penah travel ke beberapa tempat sebelum ni termasuklah Pulau Mabul, Kota Kinabalu, Gua Batu Maloi, Cameron Highland dan beberapa lagi tempat yang aku pun dah lupe. Tapi kebanyakkannya Fiza ni selalu travel dengan sepupu aku. Insya Allah in future mungkin ada lagi trip berjemaah kami tapi buat masa ni aku tak boleh nak spill sebab masih merangka-rangka dan mengusha-usha tarikh dan flight. 

Till then!
. 

23 comments:

dzuchan October 2, 2012 at 3:30 PM  

breathtaking!!!!...

Subhanallah..


1st kot hahahaaaaa

Danny / John October 2, 2012 at 3:45 PM  

2nd!!! bila nak abes ni? kbai~

jemput singgah ke blog saya utk membaca pengalaman tak seberapa ke beberapa buah negara di dunia.

gadisBunga™ October 2, 2012 at 3:52 PM  

pandai fiza amik gambo. heheh!

beb, aku dgn dr singa dah jatuh cinta gak dgn kawah ijen nih!

Niza Zainal October 2, 2012 at 4:16 PM  

Superb. Tak sabar nak jejak tanah Bromo dan ijen.

Irfa October 2, 2012 at 4:29 PM  

cantiknya ciptaan Allah

R.a.W | Ramble and Wander October 2, 2012 at 4:48 PM  

Kalau gambar waktu "masih belajar" pun dah lawa camni, gambar dah habis belajar mesti boleh masuk NG.

Stress tengok. Dengki pun ada, heheh!

Don't Afraid to Try October 2, 2012 at 5:36 PM  

fatt...

aku suke gmbr awan nano..nanooooo......

Anash October 2, 2012 at 6:06 PM  

akak suka sume-sume gambo
SEMUA
ok
TITIK
(lupa..dgn jln citer sekali)..
.
.
.
(mana bedeo tangan gerak2 tuh eh??hahaah)

missSenget October 2, 2012 at 6:23 PM  

kuning-kuning yg depa angkat tu, sulfur ke..?

cantik2 kt sini..

norh October 2, 2012 at 9:42 PM  

suka awan nano nano tu..

morbid5447 October 2, 2012 at 11:31 PM  

mana gambo ko angkat sulfer tu fatt?asyik orang jawa je..nk gak tgk orang malaysia angkat..heheh..again..terbaekk..

Naramas Aman October 3, 2012 at 6:41 AM  

Oh macam tu rupa wan nano..

Semoga persahabatan dgn Fiza dll berkekalan

Biqque October 3, 2012 at 9:24 AM  

mcm aku ckp aritu, gambar ko cantik2 sampai membuatkan aku nak beli camera cam ko tu hahahaha! serius, cantik gile combination biru langir n kuning sulfur tu. teruskan usahamu! ewah!

plg best gambar "love" ko tu hahahaha!

hoi, alam bina tu menatang apa?? hahahahaha!

Janggel / Rain October 3, 2012 at 10:25 AM  

WOW ayat atas tu perli aku kerrrrrrrrr?

WOW lagi gambar berbokeh! HEBAT!
Wow jugak ada Flare dalam gambar! TERBAIK!

myjourneymyphoto October 3, 2012 at 11:55 PM  

nice.. really nice..
saya plan mid next year nak ke kawah Ijen.. your entry here really help..

p/s: jasin ye... samalah kita ;)

none October 4, 2012 at 10:44 AM  

aku ada satu soklan : time mendaki ni kan, kalau nak terkencing atau nak ter 'u'uk' ada toilet dok? (soklan vudus kan?) errr,,, ada satu pengakuan nak buat, pasal potter kat kinabalu, sebenornya bukan aku yg naik kinabalu, laki aku jeh yg naik, aku lelepak je kat hotel sambil tgk2 potter turun naik bawok barang..., haha... aku ni ala2 mak jemah gak lah, kalau jenjalan tak suka sangat sebenornya ngan aktiviti lasak2... aku suka la jenjalan tu kalau gi sopingk ke? pusing2 mall ke? hok gitu aku suka...haha... tapi aku mcm dah start suka nak travel yg mencabar2 mcm ko nih... ko doakan jelah aku ye fatt...kbai

Fatt October 5, 2012 at 2:05 AM  

dzuchan,
tahniah, anda menang moto!

hehehe padan muke john dapat no.2.lol



john,
dah dia buat skrip tu lagiiii...sian mamat tu weh dah majok dah dia takmo update blog. kekeke



gb,
fiza ni member dgn udey ismail...menuntut dgn tok guru yg sama barangkali. ko nk pi kawah ijen ke? baguih2..dtg bln 9



sarah,
i know i cantek. lol!



niza,
klu gmbr u lagi la superb...jadi pegilah segera. hehe



irfa,
sume yg Allah cipta cantik. klu tgk real lg cantik



raw,
ameen...makbullah hendaknya. jgn stress, i tgk gmbr u kat negara sana-sana tu lagi dengki...tah bila bleh sampai gamaknye



fird,
sukenyeeee!! =P



sal,
awan kapas...aku pun suka



kak anash,
bideo tu? uiii jgn...tu kebetulan je kome dpt tgk...eksklusip!! =P



miss senget,
ya betoi seploh markah. aah cantik, tp tak sampai ati tgk...sedih



morbid,
ko terai angkat tengok larat ke tak?



naramas,
insya allah...ameen



biq,
gmbr love tu mahai kot (yela tu). ni kebetulan je biq, kot sok lusa langit kelabu asap harus campak ke tepi kamera

cool ape nama faq aku. alam bina = built environment. nak tau gi gugel



janggel,
mana ada. tu ayat selamatkn diri sblm dimaki. lol!



mjmp,
mid next year cuaca time tu should be ok..aik i tot u pegi masa ke lapindo ritu..no?

ps : mebi u dgn fiza kenal



none,
takdo kak eh...nak berhajat sekian sila ke tandas kat pos paltuding. klu tak kembung la pundi kencing menahan seksa. nak membuang tepi jln pun i hv no idea sbb tmpt tu org lalu lalang, kang free show plak

amboi dok lepak bawah ke? sah la ko ni mmg suka soping...duit byk takpe. tp aku rasa rugila soping..sbb apa, sbb feel tu sekejap je..dah dapat barang, pastu dah guna brp kali which result to bosan..so better la ko spend kat jalan2...cer ko jalan tapi tak soping...agak2 bleh tak?

zila October 5, 2012 at 2:28 PM  

fiza kwn awk tu ada blog yg menarik..photo cantik..thks share blog dia

Fatt October 8, 2012 at 5:24 PM  

zila,
sama2...dia mmg dah lama into photog...buat job photog pun ada jgk tu. follow la blog dia :)

Firman Herdiansyah January 18, 2013 at 10:30 PM  

There are many beautiful species of plants that can be found there, such as, the edelweiss flower and the Casuarina Junghu (cemara gunung), etc. Various animals can also be seen in the area like jungle fowl (ayam hutan) and porcupine (landak).The Ijen Crater lies about 68km from the town center. There are some of facilities here such as: a campground, a shelter and Tourist Information Center (TIC) etc.

Free and Eazy To Kawah Ijen : 3 Days/ 2 Nights

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP