Tanah Jawa : Road To Bromo (Part 5)

October 07, 2012

Hari Kedua : 16 September 2012 (sambungan)

Sampai di Pos Paltuding kami berenti sekejap untuk membersihkan debu-debu yang melekat di kasut, seluar dan jaket. Bagi sesiapa yang ingin melepaskan hajat, bolehlah ke tandas berbayar yang terletak di sebelah parkir. Tak silap aku caj sekali masuk Rp2,000/60sen. Wow, mahal! Tandas di kaki gunung katanya.

Lupe nak kabor, sepanjang perjalanan dari Pos Paltuding ke Kawah Ijen takde tandas so make sure semua urusan kecil dan besar diselesaikan sebelum memulakan pendakian. Aku tak pasti sama ada kat Pondok Bunder (tempat timbang sulfur+kantin pekerja) ada tandas ke tak tapi kalau boleh jangan amik risiko.


Aku mengintai di sebalik cermin kereta dan ternampak kelibat Dedy yang sedang lena. Kesian, katanya malam tadi tak puas tido. Semua bilik di Catimor penuh jadi nak taknak terpaksalah dia bermalam di kereta. Aku difahamkan yang bilik untuk supir semuanya on standby-mode dan bergantung pada nasib. Kalau hotel/homestay tak penuh chances dapat tido di bilik mungkin ada tapi kalau tak, jawabnya tidolah dalam kereta. Unfair kan? Walhal supir tu lah yang bawak tetamu ke hulu ke hilir. Hmmph...

"Ini tidak adil, tidak adil....baginya"


Dalam keadaan serba-salah aku mengetuk-ngetuk cermin kereta untuk mengejutkan Dedy. Dia segera bangun dan membuka pintu. Maaf, gue ngak bermaksud mengganggu tidur loe. Tskk...tskk...

Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku. Fiza terambik kunci bilik Catimor Homestay dan perasan benda tu dalam kocek seluar waktu turun dari gunung. Aiyoo amoi ni...sabo jelah. Nasib baik dia perasan masa kat sini, kalau dah balik Malaysia nampaknya terpaksa datang lagi. Hehehe

Patah balik? Confirm buang masa. Jadi kami mintak supir ikhtiarkan cara paling efisyen memandangkan lepas ni kami nak berkejaran ke Bromo pulak.


Kami beredar meninggalkan Pos Paltuding dan memulakan perjalanan ke Bromo. Di pertengahan jalan kami terserempak dengan seorang tourist pompuan (tak pasti sama ada dari Jepun, Korea atau China) yang sedang terkial-kial mengangkat beg troli yang besar gedabak ke atas motor. Aku musykil apa dia sumbat dalam tu sebab berat gile. Aku rasa pompuan ni tersalah bawak beg. Sebab kalau travel ke tempat macam ni memang tak sesuai bawak beg troli. Lainlah kalau travel dalam pekan atau bandar-bandar besar yang ada point-to-point connection. Kalau nak bawak jugak, jangan buat muka kesian bila roda patah atau beg berat sebab aku boleh tolong tengok je. Heh.


Kami menyambung lagi perjalanan menuruni Ijen. Rupanya pemandangan di sepanjang jalan ke sini memang cantik. Ada gunung-ganang, lalang-lalang liar dan hutan-hutan kecil di kiri kanan jalan. Semalam aku tak nampak semua ni sebab sampai pun dah lewat.


Kami berhenti di sebuah pos pengawal dan supir turun untuk meninggalkan kunci. Katanya nanti orang sana akan datang amik. Selesai masalah!

Perjalanan kembali diteruskan dan sewaktu menuruni Ijen sekali lagi kami terpaksa melalui jalan rosak yang aku ceritakan dalam entry sebelum ni. Kata Dan, waktu dia ke sini tahun 2011, jalan ni memang rosak. Aku sampai sini tahun 2012, maknanya dah setahun lebih jalan ni tak dibaiki. Mungkin jugak jalan ni sebenarnya dah lama rosak (sebelum 2011 lagi) atau mungkin sejak azali rosak. Bila nak dibaiki tu wallahualam, sama-samalah kita tunggu.


Hampir 4jam meredah jalan raya akhirnya kami sampai di sebuah restoran yang tak berapa pasti lokasinya tapi mungkin di sekitar Pasuruan. Memang tepat masanya supir berenti kat sini sebab perut aku dah mula melancarkan mogok lapar - dah pukul 2.30ptg! Maklumlah pagi tadi kan makan roti sekeping!

restoran ayam bakar bawangan
bangunan restoran dari luar
Tanpa berlengah kami terus mencari tempat duduk. Makanan yang kami order ialah nasi putih, ayam goreng bawangan, tempe goreng dan sup daging. Kami ajak supir makan sekali tapi macam yang aku penah cakap sebelum ni, dia kan pemalu. 

Waktu Fiza pegi ke tandas tinggal aku dan supir berdua di meja makan. Kesempatan ini aku gunakan untuk mengorek latar belakang dia. Soalan pertama yang aku tanya ialah, "Dah kawin ke belum?". Hey, ni soalan general, takde maksud tersirat. Oh, asal orang tanya dah kawin ke belom tu dikira gatal lah ye? Pfttt. Gini, sebab apa aku tanya soalan ni, sebab dia pemalu sangat. So aku nak selidik kenapa dia jadi camtu. Adakah dia pemalu sebab belum kawin (malu dengan pompuan)? Atau sebab dia dah kawin (sayang bini)?

Aku terkejut bila Dedy cakap dia dah kawin dan ada anak satu. Hoh? Biar betik dia ni? Macam tak caye je sebab orangnya kecik dan nampak muda. "Awak ni umur berapa? Kawin umur berapa?". Tu dia, soalan combo. Katanya sekarang umur dia 25tahun, kawin umur 22tahun dan ada anak umur 2tahun". Aku pun "OOOOO" sambil tersengih. Tersengih sebab membandingkan diri dia dengan aku. Memang sepatutnya umur macam dia dah ada anak satu dan umur macam aku sepatutnya dua. Hmm...jodoh kan rahsia Allah, rilek-rilek sudah.

Tiba-tiba dia menanya berapa umur aku. Aku tersengih-sengih dan suruh dia meneka. As expected, angka yang diteka jauh sangat dari angka yang sebenar. Bila aku berterus-terang dia pulak yang terkejut. Melihatkan reaksi dia aku jadi tersenyum sebab ini bukanlah kali pertama orang menunjukkan reaksi terkejut bila tau umur aku yang sebenar.

Nape ko tak caye dik? Kena tunjuk ic baru percaya ke? Petua? Takde petua dik. Kalau akak bagitau petuanya air wudhu nanti ko kata jawapan akak ni retis sangat. Tak gitu Kak Nita? *tangan di bahu*

Elok habis sesi soal-jawab kami Fiza pun sampai di meja makan. Hampir 20minit kemudian barulah makanan datang. Lambat jugak depa ni memasak. Nasib baik aku ni penyabar orangnya, kalau tak maunya aku sinsing lengan baju masuk ke dapor.


perasan tak? ayam kat sini kebanyakkannya kecik-kecik belaka
*toootttt* kalau nampak ni memang takmo share punya. confirm. petua awet muda katanya
Dedy langsung tak jamah lauk ayam bawangan walaupun dah berkali-kali kami tolak pinggan berisi ayam ke depan dia. Iskk mamat ni, ko nak aku suapkan ke? Malu bebeno. Geram aku. Grr!! Lepas berkali-kali kami menyuruh barulah dia bersuara. Katanya dia tak makan ayam. Eh?

DAH TU YANG HANG BAWAK KAMI MAKAN KAT SINI TU PASAIPAA??? *guling-guling atas lantai*

Aku dan Fiza saling berpandangan. Antara confuse dan membuat conclusion sendiri. Mungkin sebenarnya dia malu makan semeja dengan kita ek Fiza? Iskk....kalaulah aku laki, dia tu pompuan, dah lama aku pinang. Sungguh. Aku geram je dengan orang yang malu tak tentu pasal ni. Rasa nak gigit-gigit je. Eeeee!!!! (baca opposite way).

Selesai membayar bil makan (Rp66,000) kami pun meneruskan baki perjalanan ke Probolinggo.

Sewaktu kereta mula mendaki di kawasan lereng aku jadi terpaku dengan pemandangan yang disajikan di sepanjang jalan. Keadaan di sini jauh berbeza berbanding tahun lepas yang seolah-olah masuk ke dunia lain. Kalau dulu semuanya nampak hitam, berkabus dan dipenuhi debu Bromo tapi sekarang semuanya hijau, langit pun biru dan lebih ceria.

Di bawah ni aku letakkan gambar dulu dan sekarang untuk perbandingan.
jalan menuju ke Bromo (28/3/2011)
kabus pagi sewaktu meninggalkan Bromo (28/03/2011)
langit cerah  (16/9/2012)
sungai dilitupi debu tebal (28/3/2011)
pemandangan dari sungai yang sama (16/9/2012)
suram dan muram (27/3/2011)
"public transport" (27/3/2011)
sekarang (16/9/2012)
rumah penduduk kampung (16/9/2012)
ke Ngadisari (27/3/2011)
jalan yang sama sekarang (16/9/2012)
tanaman ditenggelami debu (28/3/2011)
sekarang (16/9/2012)
ni daun bawang tak silap aku

Kami tiba di penginapan kami di Bromo Permai 1 sejam kemudian. Hotel ini terletak di lokasi yang strategik dan highly recommended. Kalau dulu aku duduk kat Yoschi (paling bawah dekat Cemoro Lawang) tapi sekarang aku pilih untuk menginap di tempat paling atas dan paling hampir dengan Bromo. Harga penginapan di sini dah termasuk dalam pakej jadi aku cuma lenggang kangkung.

Kami menyelesaikan urusan check-in di kaunter dengan bantuan Dedy. Bagus betul dia ni, tunggu sampai kami selesai barulah dia balik. Katanya malam ni dia nak tumpang tido di rumah kawannya yang terletak di Cemoro Lawang berhampiran Yoschi. Ha eloklah tu dari tido dalam kereta. Tak sanggup aku mendengarnya, seksa sunggoh.




Selesai check-in, seorang porter datang untuk mengangkat barang-barang kami. Wow ada porter, macam percutian orang kaya sangat siap ada porter. Aku boleh je bawak tapi dia tak bagi sebab tu kerja dia. Masalahnya kami bawak backpack je - kecik pulak tu. Ah layan jelah....bile lagi nak rasa macam boss?

Aku amat berpuas hati menginap di sini. Bilik lengkap, ada katil sebuah, TV satelit dan yang penting sekali toilet kat dalam. Pada aku semuanya ok kecuali sejuk gile sebab lokasi kami atas sekali yang menjadikan tempat ni sangat sejuk. Kat Yoschi dulu pun sejuk tapi yang ni ganda dua sejuk.

Oleh kerana lokasinya yang paling hampir dengan Bromo jadi kami boleh berjalan kaki tak sampai 2minit ke view point. Maksud aku paling hampir dengan Bromo tu bukan bermaksud tempat ni betul-betul sebelah Bromo, tapi kalau diikut carta penginapan, kiranya tempat ni antara yang terdekat untuk tengok Bromo dari jarak jauh. Tak paham? Tak paham sudah...malas aku nak elaborate.


Kalau nak bersunset, sila datang ke view point sebelum pukul 5.30ptg macam yang kami buat. Pemandangan pada waktu ni sedikit mengecewakan sebab agak berkabus. Waktu ni aku rasa tak sedap hati sebab takut dapat view yang sama waktu sunrise esok. Eeee...tak sanggup aku ripit untuk kali ketiga semata-mata nak kejarkan sunrise, nanti kena chop Hajjah Bromo pulak.

Tapi semua pun tau kan view sunrise aku camne? Hehehe....Tunggu.... 


bersambung....

ps: terima kasih John sebab jadi penaja internet untuk entry kali ni. kihkihkih. oh ye, jangan lupe singgah ke blog dia sebab ada kejutan!!
.

13 comments:

Farikica October 7, 2012 at 9:54 AM  

Jaoh dan agak mencabar jugak nak sampai ke Bromo Permai tu ya...? cuaca kat kaki gunung tu sejuk ke..? Tak sangka daun bawang pon bolh ditanam banyak2 mcm tu.. kat kg, MIL tanam dalam pasu ja.. he..he...

Biqque October 7, 2012 at 10:01 AM  

hajjah bromo??? hahaha!

aku suka gambar perbandinga, unik.

wah melepet ngan john yeeeee, retis sgt korang ni tauuuu! benci la gi penthouse tak ajak!

dzuchan October 7, 2012 at 11:10 AM  

suka la gambo2 yang ko buat comparison tu..
aku nampak bromo 2012 lebih alive...


umur cam ko dah layak anak dua...#ehh
:-)

sama la kiteee

Janggel / Rain October 7, 2012 at 12:11 PM  

HAMBOIHHHH muda ke? Petua air wudhuq sangat kan. hahaha tersedak kak nita tengah makan ngan abg mahathir tu kekeke.

Memang berdebu kan kawasan tu..hai kalo korek taik idong kompom itam.

Ely Hasrul October 7, 2012 at 4:55 PM  

ketepiiii ketepiii ahkak nk lalu.. ooo dh lama ahkak xdtg sini komen kt sini dh nk dpt tittle hajjah plak? paling hangin smlm siap tunjuk2 gambo sate kt ahkak cis!..

rasenye jalan rosak tuh kompom2 la kalu nk dibaiki org kampung kena kuar duit sdr.. hihi

Bahulu Studio.com October 7, 2012 at 10:15 PM  

jelajah tambah ilmu..
salam kenal

myjourneymyphoto October 8, 2012 at 1:38 AM  

yeah.. Bromo is really unexpected..
nasib-nasib je boleh dapat gambar terbaik..
first trip saya ke sana, gambar semua tak berapa nak menjadi..
ni nak kena repeat lagi ni..

twayblade October 8, 2012 at 11:07 AM  

that comparison part is awesome! terasa sungguh adil kuasa Allah, memberi yg terburuk dan kemudian yg terbaik utk umatNya.

none October 8, 2012 at 3:57 PM  

kahkahkah, dlm komen entry lepas aku eja porter salah... aku tulis potter.. hakhakhak.. malu giler seh*nyorok muka dalam tudung*
hotel tu mcm selesa ja kan? dan tempe tu sungguh menggiurkan... i lap tempe

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil October 9, 2012 at 1:24 AM  

fatt : cmne ko booking bromo permai tu? google kureng membantu.

Fatt October 9, 2012 at 3:08 PM  

farikica,
adala dalam sejam..tapi tak terasa sebab view cantik. cuaca kat sini sejuk2, mcm ekon suhu 18c gitu..haa, kat sini dorg kebanyakkannya tanam daun bawang...secara besar2an



biq,
haa..ko jgn tatau, hajjah bromo ada, hajjah borobudur ada...byk dah title hajjah aku dapat. tak semenggah langsung.

ko balik nti kita wat partibuih kat umah john...bring down the house!! eh? ;P



dzuchan,
patutnya aku buat baru gmbr2 lama tu tapi aku malas nak selongkar harddisk & resize ;P

moh la ita berdoa moga2 tak lama lagi..kuang3... ;P



janggel,
heh memang terbukti aku nampak mude. ko tgk gmbr yg biq kata mcm tingkatan 3 tu...kahkahkah...

err, sejujurnya mmg korek idung keluar sume kaler itam. lol :P



ely,
amboi dah mai dah ayat ketepi ketepi tu...kelass. aku kan teringt citer ko pegi padang yg seberang selat melaka tu..dah abis citer ko lalu jalan pusing2 berkeluk2 tu? kikikiki



bahulu,
skrip skrip



mjmp,
gmbr tak berapa nak jadi awk tu pd sy cantik berkali2 dari gmbr yg sy amik...ure gifted photographer :)

ripitla lagi..sure meletop. tapi datang antara bln 8-10..ok!



twayblade,
ye ida...aku percaya sume tu. sebab hanya Dia Yang Maha Mengetahui semua yang berlaku di sebalik setiap kejadian



none,
aku pun tak pasan ko eja salah...layan jelah...sini free spelling error zone. tibai saja! lol!

hotel ni okla..ada kumbang sekor dlm bilik air..kekeke...tempe? aku pun antu tempe...klu goreng dgn kunyit aje pun aku layan..nyam nyam nyammm



nursyahidah,
ni sume dah termasuk dlm pakej. klu gugel mmg takde..agoda dah cuba? kot2 la ada

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil October 10, 2012 at 8:00 AM  

ooohhh.fatt, leh bg contact number utk paker ko amik ni :)

Rayyan Haries October 21, 2012 at 10:19 AM  

Hahaha..ni entry ko yg paling kelakar siott....part nak masuk meminag tu tak tahannn.....ahhh...tak kira aku nak chop ko hajjah bromo gak! :p

Hihihihi

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP