Tanah Jawa : Road To Kawah Bromo (Part 7)

October 15, 2012

Hari Ketiga : 17 September 2012 (sambungan)

#1 - tata titi tutu view point 1!

Bila hari dah cerah barulah kami terhegeh-hegeh nak pegi ke jeep. Sewaktu dalam perjalanan ke sana kami bertembung dengan seorang lelaki Mat Saleh yang naik sama jeep dengan kami. Terus dia kata, "You're late for 20 minutes!". Aku pandang mamat tu, "Eh apsal gua nampak lu macam kecikkk je bai?"

Fiza dah berlari-lari macam tak cukup tanah. Aku menten jalan macam biasa sampai ke jeep. Hangin je mamat tu tengok aku buat tak reti. Hoi, len kali cakap elok-elok boleh tak? Aku mana tau kena ada kat sini pukul berapa? Buduh! Aku rasa bengang sebab sebelum bersurai pagi tadi takde pulak sape-sape inform jadi kami pun tak tau waktu yang sepatutnya kena berkumpul kat jeep. Salah kami ke? Nasiblah. Janji aku ada gambar bergayutan di Bromo. Ko ade?

Waktu kami masuk dalam perut jeep supir kata kami tak lambat mana, beruk-beruk tu je yang kecoh. Ceh! Alahai...awal lagi kot! Gelabah sangat. Dalam jeep kami ni ada 2 lelaki gay dengan sepasang couple omputih. Aku chop dorang gay sebab yang sorang tu pakai minyak wangi bau pompuan. Dari pagi tadi aku dah bau dan rasa nak tegur tapi waktu tu pikiran divert ke insiden tersalah kutip orang jadi terlupa sekejap. Tapi bila tetiba dorang create scene mulalah aku nak cari point, tapi kalau aku tegur nanti ada yang takleh terima....terus terjun masuk kawah.

Perlu ke nak buktikan ko lah manusia paling wangi, walhal sume orang tau ko tak mandi? Aku pun tak mandi jugak...so? 

Sepanjang perjalanan dari view point ke bawah aku dan Fiza mengumpat beruk-beruk ni dalam Bahasa Melayu. Itu jam kami dah tak kisah sama ada dia paham ke tak sebab menyampah gile. Orang lain rilek je, yang korang gelabah ni pasaipa??? Dan tak lama lepas tu supir berhenti di lookout point dan kami semua turun. Walaupun mood aku dah swing, tapi sempat jugak aku ketik gambar sekeping lima. Marah katanya. Heh.

#2 - berenti sekejap
#3 - jeep kami
#4 - Bromo, Batok dan Semeru dari lookout point di tepi jalan
Lima minit lepas tu kami naik semula ke dalam jeep dan sambung perjalanan ke Kawah Bromo. Waktu ni aku dah tak pandang muka beruk-beruk tu sebab kalau pandang, nanti aku rasa nak ketuk kepala sekor-sekor. Aku alihkan tumpuan dan melayan pemandangan ke luar tingkap. Hah tengok sini lagi cantek!

#5 - dari view point 1 ke Kawah Bromo
#6 - pemandangan semasa merentasi Sea Sand
#7 - merempit dalam debu
#8 - jaga-jaga ada yang memerati
ps: re-crop semula as suggested by Niza. now ok tak?

Perjalanan selama 15 minit dari lookout point ke kaki Bromo aku rasakan lama disebabkan aura dalam jeep yang semacam. Akhirnya kami sampai di sebuah kawasan yang banyak jeep. Rupanya sampai sini saje jeep boleh access sebab kawasan sekeliling kawah dan pura yang terkepung.

Sebelum meninggalkan jeep kami tanya pada supir waktu berkumpul, takut terlambat lagi. Kata supir dalam pukul 8pg kami semua kena ada di jeep sebab pukul 9pg semua kena check-out dari hotel/hostel. Ada lagi 1.5jam sebelum balik ke jeep jadi eloklah kami cargas sekarang.

#9 - jeep kaler-kaler
#10 - parking jeep
Dari parking jeep ke kawah ada 2 pilihan sama ada naik kuda atau berjalan kaki. Kapel omputih tu amik kuda sorang sekor, kapel gayah tu aku tak pasti sebab dah nyampah so aku tak amik port. Kami? Kami kan gagah, so kami pilih untuk berjalan kaki. Sebenarnya bukan apa, aku lebih suka menapak sebab inilah saja peluang untuk test sama ada aku betul-betul fit atau tak. Haritu masa kat Ijen aku berjaya sampai ke puncak walaupun amik masa 2jam (normal 1.5jam bagi orang yang fit). Aku kira itu suatu pencapaian yang bagus lebih-lebih lagi untuk orang yang tak athletic macam aku. Bukan ape, aku kureng sikit dengan aktiviti bergunung sebab geli dengan pacat. Tapi kalau tikus, lipas, tu sume aku berani pegang. Ulat??? Longgar lutut. Aku ingat lagi waktu caving kat Gua Batu Maloi dulu....hahaha. Ah, malas nak ingat. Pfft! 

Jarak dari kawasan parking ke kaki Bromo rasanya jauh gak, lebih 700m (mungkinkah 1km?). Jauh dan mencabar sebab terpaksa berjalan dalam pasir. Kalau mendatar 100% takpe lagi, ni ada part-part yang kena mendaki. Harus diingatkan yang mendaki dalam pasir bukanlah mudah. Nak angkat kaki dalam pasir yang tebal sebenarnya agak payah dan memerlukan kudrat. Oh ye, pasir kat sini macam pasir pantai tapi lebih kasar dan berwarna lebih gelap.

Seingat aku setiap kali bertembung dengan pemilik kuda, setiap kali tu jugak lah dorang akan memujuk. Ada yang sama-sama mengikut kita berjalan sambil membuat tawaran. Memang saiko. Rasanya setiap kali aku berhenti dan tercungap, tawaran kuda pun datang tapi semuanya berjaya di bo-layan. Aku terpaksa diam dan buat tak reti sebab dah set kepala nak berjalan kaki. Aku tak boleh mengalah sebab kalau naik kuda maknanya aku kalah dengan diri sendiri. 

Oklah, aku dah tatau nak taip apa sebab sepanjang perjalanan ke kawah Bromo takde apa yang menarik berlaku, cuma aku banyak amik gambar. So let the pictures do the talking. Enjoy!

#11 - "tadi kita tengok Bromo dari gunung kat belakang tu lah!", kata Kak Leha sambil ngangkat tangan
#12 - pura = Hindu temple
#13 - sewa kuda Rp100,000 (boleh nego)
#14 - dari sini dan seterusnya sumpah letih sebab kena mendaki
#15 - aduh letihnya...bila nak sampai ni?
#16 - cilok shower cap hotel ke makcik?
#17 - mereka yang tewas (read : mereka yang naik kuda)
#18 - "kuda ku lari gagah berani", kata Kak Pah
#19 - kuda kat sini kecik dan rendah
#20 - hamboi dressing macam nak pegi ke market
#21 - pemilik kuda sedang berehat
#22 - Fiza kena pijak dengan kuda, lepas tu aku. tragis

Kalau tengok gambar ni bebetul korang akan perasan sesuatu. Apa agaknya? Oklah takyah berteka-teki, aku pendekkan jelah ceritanya. Kalau perasan, kebanyakan orang dalam gambar ni pakai penutup mulut sebab kat sini udaranya agak berdebu. Kalau jalan tepi kuda lagi hazab sebab lagi sakan debu berkepuk-kepuk naik ke udara. Kadang-kadang sampai masuk ke dalam mata. Lubang hidung? Jangan cerita....korek je confirm dapat emas hitam. Kehkehkeh. Jadi, bawaklah spek mata dan kain untuk dililit ke keliling mulut dan hidung.

Kami berhenti sekejap di satu level dan mengambil gambar. Di sebelah kanan Bromo ialah Gunung Batok. Jangan risau, Gunung Batok bukan sejenis gunung berapi tapi gunung mati. Kalau selak balik entry lama mesti boleh ingat kedudukan Gunung Batok. Ape? Tak ingat??? Oklah, nasiblah aku ni baik hati, so aku tepek lagi sekali gambar kedudukan gunung... #%^&@!!

#23 - hurm, tau dah mana satu Gunung Batok?

Kalau tengok dalam gambar wah kemain besau gunungnya. Tapi bila berdiri kat tepi aku rasa taklah besar mana dan taklah tinggi mana. But still aku rasa macam magik sebab waktu tengok kat view point 1, semua gunung nampak macam tipu, macam lukisan. Contohnya gambar kat atas ni, walhal ni gambar ori dan tak di edit (kecuali di watermark).

#24 - orang kenit vs Gunung Batok
#25 - gergasi vs Gunung Batok (credit : Fiza)
Kalau korang perasan, dalam gambar sebelum ni aku pakai jaket biru, sekarang jaket hitam. Aku ada cerita dalam entry sebelum ni yang aku pakai baju 4 lapis kan? Jaket biru aku dah campak awal-awal dalam jeep sebab lepas turun dari view point 1 aku mula rasa rimas. Sebenarnya kat area kawah Bromo masih lagi sejuk tapi mungkin disebabkan aktiviti mendaki jadi badan aku mula berpeluh dan panas. Ikutkan yang dalam seluar ni pun aku nak cabut sebab pakai 3 lapis. Selain seluar kecik dan seluar kat luar ni, aku sarung lagi satu seluar iaitu long john. 

So berbalik semula kita pada gambar. Kan betul aku cakap Gunung Batok ni kecik. Aku lagi besar dari dia. Kan?

HAHAHAHAHA.....


bersambung....
.

31 comments:

Buyuiazliana October 15, 2012 at 11:42 AM  

betul ke dipanggil batok sebab kuar asap2/ debu? mcm terbatuk2 la gitu. haha

dzuchan October 15, 2012 at 11:51 AM  

yg ni nmpk a bit scary..cam dlm citer the mummy je..

eh..aku ada emel ko sesuatu pertanyaan..:-)

Janggel / Rain October 15, 2012 at 11:58 AM  

KAHAKAHKAHAKKK ada pulak kisah gayah dalam entry ni. Pepandai je ko bau minyak wangi pompuan kan

Weh betol ke ko amek gambar2 dalam tu? Macam tipu je? *nak bgtau dia amek gambo lawa letew.

Ok memang amoi tu gigih pakai kostum nak begambo. ko ada? hahaha
kalau aku dah bawak segala bagai kostum dah.
kbai

Fatt October 15, 2012 at 12:22 PM  

buyu,
betoi...namanya batok bukan sebab kuar asap tapi sebab...sila ketik link ini untuk cerita lanjut
http://id.wikipedia.org/wiki/Gunung_Batok



dzuchan,
citer mummy mana satu? aku ada terima emel ko tapi tak sempat nak balas...ada 4 emel aku dapat tapi sume sempat baca belum sempat balas...harap bersabo menunggu. free skit aku reply ek!



janggel,
aku tau le..bau tengik semacam..bukan bau maskulin.

hamboii aku manalah reti amik gambar mcm ko..main petik2 je...aperture tinggi ke out ke sume aku taram..nak ejas2 belum reti lagi..

weh nanti ko pakai baju melayu bersamping bagai masa datang nanti...jgn lupa tu!

myjourneymyphoto October 15, 2012 at 1:17 PM  

tunggu gambar kawah yang mengerikan tu.. :)

Danny / John October 15, 2012 at 1:45 PM  

Aku nak naik kuda tuh! nnt mcm koboi!!! wahhh! kene bawak wardrobe nih! kekeke

aku nak berlari dgn kudda kat savannah tuh! arghh! dah terbyh dh ni. inzal terus! kekek

dzuchan October 15, 2012 at 2:52 PM  

citer mummy yang ada the rock tu..yang resaksa kuar dari bawah pasir tu..

okeh..aku tggu..

kawan aku lepas baca entry ko terus ajak aku pegi..yeah dah dapat geng..
InsyaAllah harap2 berjaya la..tengah plan tarikh yang sesuwai.

ada kawan aku sorang lg lak, dia kata
-
-
-
-
- mengerikan/seram
T_T *nanges*

morbid5447 October 15, 2012 at 3:53 PM  

alamak...view port ko lagi tinggi dan cantek ler...ayaakkk...adi g bwk aku kat bwh punya ler...tp ok gak tu...

jimmie October 15, 2012 at 4:26 PM  

seluar 3 lapis?! tak aci la kira seluar kecik sekali dik oi...hihihi

Niza Zainal October 15, 2012 at 4:46 PM  

Suka banget gambar no 8. Kalau u crop sikit besi hitam kat tepi tu sure lagi cun. :)

BlueEwoke October 15, 2012 at 5:18 PM  

Hahahah bengong, citer air wangi pun ada!! aku rasa mamat gay tu pakai sebab diorg tak bawak deodorant, kang masam ketiak ko maki2 jugak..ha sapa nk jawab?

Kalau aku lah kannnnn, mesti aku tergedik2 nak naik kuda dan nak naik jeep sekali, dan yang paling penting harus la aku pakai stilettos kekdahnya, leh lawan ngn amoi pakai boots tu muahahahaha

myjourneymyphoto October 15, 2012 at 7:25 PM  

kenapa 'eh?'

i mean kawah tu yg ngeri, bukan gambar yg u amik ngeri.. remember that i've commented before that the space tepi kawah tu very tight, kalau tertolak sikit harus bedebush kedalam kawah kan.. :D

ke tak panjat sampai muka kawah ni? hehehe

gadisBunga™ October 15, 2012 at 7:35 PM  

bab pendakian ko mmg aku takde nak komen banyak sebab aku tau ko mampu punye...tunggulah hujung tahun ni lepas aku shed itu 15-20kgs, aku pun akan mula buat aktiviti mendaki jugak. so bromo, tunggu aku!

tapi gambo2 ko mmg ohsem. yg sebenonye ko yang pandai amik gambo, sebab tu jadik cantik. my pick is gambo no 8, 11, and ofkos 23!

m.u.l.a.n October 15, 2012 at 8:33 PM  

bestnya...!!!! nak pergi jugak...!!

..at i.d.a_na October 16, 2012 at 12:16 AM  

cantik nya fatt.. tak sabar!!

none October 16, 2012 at 8:28 AM  

seronoknya... laki aku mesti suka ni. aku pun suka. tapi aku lagi suka gi shopping complex *mak lempanggggg karanggggg*

Fatt October 16, 2012 at 10:44 AM  

izni,
........



john,
amboi ko nak jadi kak senduk ke asik inzal memanjang...hahaha...ha jgn lupa bawak topi koboi & pistol air..bleh main polis entri



dzuchan,
citer tu..owh..aku amik masa utk recall sbb lupa..hahaha...

kwn ko yg takmo pi tu mesti jenis stok pompuan melayu terakhir ek..jenis takleh kena matahari lama2 nanti mekap cair...hihihi...ops ampun jgn marah ye klu baca ;p



morbid,
dia bawak ko tgk kot celah mana??? ada gambar? tepek mai



jimmie,
aik, aci le..seluar gak tu. hehehe



niza,
dah crop! ok tak skrg? :)



na,
aku sbg pompuan pun tade gigih nak berwangi bagai...janji gg gosok udah...taik mata buang..cuci muka..jgn selebet je nak tgk bromo, kang bromo pun muntah..hahaha

ko nak pakai stilettos???wait till i show u the picture of the tangga (apejadah bahasa inggeris aku ni?!!)

hahahaha



mjmp,
eh sbb nantila ai tak sempat lagi nak edit...sob sob sob...busy la skrg ni nak tulis citer pun malas tu pasai suh gmbr je bercerita

sy mesti la panjat...nanti sy tepek gmbr tepi kawah :D



gb,
jgn risau...bromo takde hal..yg masalah skit mgkin Ijen. klu ko nak pegi Ijen aku suggest ko buatla skit eksesais so takde la bdn ko rasa terkejut

gb..aku tak reti amik gmbr le...kena berguru dgn ko sbnrnya sbb gmbr2 ko sgtlah cantik dan ohsem :)



mulan,
pegi2 kak...angkut asben sekali



ida,
tak lama lagi dah tuuu...hehehe



none,
ko ni mmg mintak pelempang sbnrnya..meh sini tadah muka aku nak lempang sekali dua

nash October 16, 2012 at 10:51 AM  

marah betul ko kat pasangan gayah tu, spoil the mood meng! hahaha

nash October 16, 2012 at 10:51 AM  
This comment has been removed by the author.
Biqque October 16, 2012 at 11:04 AM  

"Bukan ape, aku kureng sikit dengan aktiviti bergunung sebab geli dengan pacat."

kata geng KTTP kami tak takut pacat! hahahaha!

cantik gambar no. 13 kawad kuda tu. and gambar gunung2 tu pun cam lukisan bak kata ko. kalo aku gi, haruslah aku pakai boot koboi serta topi koboi hahaha! patu cardigan labuh dilupa jangan!

dzuchan October 16, 2012 at 3:23 PM  

fatt,
kawan aku yang disebutkan diatas nak ikut :-D

ko tau da 3-4-5 kali aku khatam entry ni huhu..
harap2 Allah izinkan kitaorg datang sini without mother nature rage.
(tahun depan)

Niza Zainal October 16, 2012 at 3:59 PM  

Hehehe.. tak sangka u crop betul-betul. Anyway gambar u mmg dah lawa to begin with. :)

Hulubalang October 17, 2012 at 2:06 PM  

amoi dressing kan main tu nak wat concert ke atas puncak bromo..?? ke nak berdangdut gerudi?? ihiikkk

ilyani October 17, 2012 at 10:42 PM  

masih terpesona dgn sunrise view dari post lalu.. mmg mcm lukisan!! gambar yg 2nd last tu, org2 kenit itu berada dekat (di kaki gunung dan sket lagi dah boleh panjat) ataupun jauh lagi? mcm ilusi optik pulak :D

Fatt October 18, 2012 at 2:43 AM  

nash,
marah la. kalut sgt mcm la kawah bromo tu nak lari. dahla nak tgk bkn senang...enjoy dahla..take own sweet time, ye dak?



biq,
nama je geng KTTP tapi dalam hati ada taman. lol!

no. 13 ke no. 17? amboi cardigan labuh ya...spek mata paling besar pun jgn lupa! hahaha...klu ko pegi aku syak ko lah diva kat sana...bleh wat photoshoot terus..pegang payung ala2 mary poppins



dzuchan,
akhirnya...camne ko racun dia ye? any tips? aku doa ko dapat awan gantung nanti..lebih cantik dari aku..ameen :)



niza,
thanks a lot sis...haha...surprise ya? klu advise tu mghasilkan result yg lagi bagus of cos sy akan apply :)

will improve Insya Allah. thanks 4 the tips!



hulubalang,
kalau dia buat goyang gerudi aku syak terus muntah gunung berapi tu weh...bek aku lari siap2..lol!



ilyani,
ya betoi..pas balik sy tgk semula gmbr tu sy sendiri rasa mcm gmbr tipu. hehe..

gmbr org kenit tu? oo..jauh skit lagi sbnrnya..ada ramp kat bawah tu..tapi nmpk mcm tak logik ye klu tgk2 balik..sy pun klu tgk balik gmbr2 tu rasa mcm tipu je...mcm lukisan :)

lynda October 20, 2012 at 8:03 PM  

bestnyee. time i pegi tak bole naik tgk kawah. kitorg duk kat kaki bromo je sbb time tu bromo dah mula tunjuk tanda nak meletus.

jo October 22, 2012 at 12:36 AM  

wahahaha....rindunya...(padahal baru balik dari sana..)

Thanks beb sebab kasi guideline..banyak giler membantu..yang paling best masa dekat Bromo, aku x turun ikut tangga..aku turun ikut bukit pasir tu sambil menjerit-jerit kesukaan.. hahaha.. sampai kat negara orang pun masih nak buat perangai huduh...

Fatt October 24, 2012 at 10:32 AM  

lynda,
bila awk pegi? baru2 ni ke? sy ada dengar jgk berita yg sama.sorry 4 u



jo,
kaaannn..datang sekali seumur hidup haruslah buat perangai gegila. bila lagi? :))

haaa ni aku moskil...ko rindu sama bromo ke ko rindu kat cowok yg tinggal di bromo? lol :))

weh jo, aku tak sempat lagi nak replai email ko..bizi mbak...nanti ya..apapun aku jeles ko tgk blue fire. pfftt!

aku ada jenguk blog ko aritu..aku rasa ko tgk kat Penanjakan 2...tempat sama yg aku pegi thn lepas

Rawi Sanra February 10, 2013 at 11:39 AM  

Bestnyaaaaaaaaa, ulang tgk pun tak bosan, tungang kuda di padang pasir ( kaki gunung berapi lak tu) fuhhhhh.. Best

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP