Tanah Jawa : Sunrise Di Mount Bromo (Part 6)

October 09, 2012

Hari Ketiga : 17 September 2012

Kami bangun seawal jam 3.30pg sebab pukul 4pg kami akan bertolak ke Mount Penanjakan untuk menikmati sunrise. Oleh kerana aku dan Fiza cuma berdua, jadi kami akan bergabung dengan pelancong-pelancong lain dalam satu jeep. Kalau berempat mungkin lebih selesa sebab boleh sewa jeep sendiri dan tak perlu terkejar-kejar. Pendek kata, boleh free and easy....

Kami dan beberapa orang pelancong yang menginap di Hotel Bromo Permai 1 menunggu jeep masing-masing di luar perkarangan hotel. Waktu ni cuaca agak sejuk dan aku terpaksa pakai baju sampai 4 lapis. Lama jugak kami menunggu hinggalah crowd yang tadinya ramai kini semakin susut. Aku dan Fiza mula tertanya-tanya kenapa jeep kami tak muncul-muncul walhal dah pukul 4.20pg? Waktu kami tengah gelisah tiba-tiba muncul seorang lelaki yang menguruskan tour ni. Setelah ditanya nombor bilik barulah dia tersedar jeep yang sepatutnya amik kami dah teramik orang lain. Alasannya sebab nombor bilik kitaorang hampir sama. Argghhh jadahnya??!! Aku mula rasa nak maki sebab dorang tak check betul-betul sebelum kutip orang. Gampitlah. Tak lama lagi nak sunrise! Ape jadahnya kalau sampai sana lepas sunrise???

Walaupun hati rasa tersangat membara tapi kami terpaksa bersabar dan menunggu jeep seterusnya untuk ke Mt Penanjakan. Waktu tu jam dah hampir ke 4.30pg. Mood aku dah mula cantas, rasa ralat sangat. Kalau supir aku tak penah pun lambat hatta seminit dan selalunya dia yang ready lebih awal daripada kami. Tapi apa boleh buat, bukan dia yang bawak jeep ni, tapi orang lain. Pfft.

Akhirnya kami berjaya jugak mendapatkan jeep yang terakhir untuk ke Mt Penanjakan. Perasaan lega memang ada tapi dalam hati masih menyumpah-nyumpah disebabkan insiden tadi. Untuk ke Mt Penanjakan (view point 2) kami akan merentasi Sea Sand (Lautan Pasir) yang luas dan eerie. Sewaktu menyeberangi Sea Sand aku ternampak 2-3 kelibat manusia yang sedang berjalan kaki. Gile gigih, jauh kot!!! Aku rasa kalau jeep ni tak muat nak sumbat kami berdua, mungkin kami pun terpaksa menapak. Oh tidak! Aku tak se-hardcore itu.

Berjalan kaki merentasi Sea Sand memang boleh, tapi....jauh gile. Kalau nak cuba jugak, sila pastikan bawak headlamp dan ikut batu penanda yang dipacakkan di sepanjang jalan. Jangan buat route sendiri atau bakal menyesat-barat

Dari Sea Sand kami mula mendaki Mt Penanjakan. Jalan kat sini lagi teruk dari jalan kat Ijen. Nasib baiklah ni 4x4, gagah lagi nak melanyak lubang besar, kalau Avanza jangan harap. Hampir 10minit mengelilingi lereng Mt Penanjakan yang hazab, akhirnya kami sampai ke view point. Jeep kami parking paling hujung sebab jeep-jeep lain sampai lagi awal. Hati aku rasa kecewa yang teramat waktu ni. Rasa nak karate batang tengkuk driver yang tersalah amik orang tu. Heii, siaplah kalau jumpa!

menapak ke view point (4.57am)
gerai-gerai di sepanjang jalan ke view point yang menjual cenderahati dan minuman panas (4.59am)
bangunan kecik warna putih di sebelah kiri itu ialah surau (5.00am)
selamat datang ke Penanjakan view point 2 (5.02am)
Berjalan kaki dari jeep ke view point 2 sangatlah effortless dan langsung tak macam view point 1. Jalan ke sini bertamadun sikit, ada turap dan bertangga. Kalau di view point 1 kena mendaki separuh pastu naik tangga separuh sebelum sampai ke puncak. In record, ini adalah kali pertama aku ke view point 2 sebab tahun 2011 tempat ni ditutup disebabkan kedudukannya yang paling hampir dengan Mt Bromo. Aku rasa pemandangan dari view point 2 lagi cantik berbanding view point 1. Apapun aku tetap rasa beruntung sebab dapat melalui pengalaman melihat matahari terbit di kedua-dua view point dalam dua suasana yang berbeza.

Sampai saja di view point 2 aku tengok ramai orang sedang berdiri di spot masing-masing. Semuanya kelihatan begitu teruja sambil memegang kamera dan menunggu saat matahari terbit. Aku rasa sedikit frust sebab spot-spot yang menarik semuanya dah dikebas. Kalau berterusan berdiri kat sini alamatnya dapat gambar kepala orang jelah, hampeh! 

sori dah penuh! (5.03am)
Akhirnya aku dah Fiza amik sedikit inisiatif untuk turun di tepi lereng dan mencari spot yang menarik di celahan pokok. Laluan ke bahagian lereng sedikit mencabar dan curam. Berhati-hati kalau nak mencuba sebab takde tempat untuk berpaut kalau tergelincir. Kalau boleh pakailah kasut yang sesuai untuk memudahkan pergerakan dan untuk berpijak. Tempat di kawasan lereng ini seperti hutan kecil dan memang tersangat cantik. Jenis pokok, rumput dan tanahnya juga agak berbeza dari yang penah aku tengok di hutan Malaysia. 

Seperti orang lain, kami juga menunggu dengan penuh sabar menjelang saat matahari terbit. Jari kami tak lekang dari menekan-nekan butang shutter sebab moment pada waktu ni tersangatlah indah. Tskk...nasib baiklah kamera ni tak berasap, huh.

Memang sukar untuk digambarkan apa yang sedang dilihat sebab ianya tak ubah seperti silap mata. Imej Mt Bromo, Mt Batok dan Mt Semeru kelihatan betul-betul macam sebuah lukisan yang sangat cantik. Sebelum ni aku penah tengok gambar ketiga-tiga gunung dalam internet dan aku fikir mungkin gambar-gambar tu dah di photoshop. Tapi selepas melihat dengan mata kepala sendiri barulah aku percaya. Sama jugak dengan gambar yang ada orang dengan imej Bromo di belakang. Dulu aku selalu kata gambar tu amik kat kedai, walhal.....jeles sebenarnya. Lol! 

layout ringkas kedudukan dan nama-nama gunung untuk mereka yang buta geografi
ps: kannn...macam lukisan kan?

Oklah tak payah cerita panjang....korang tengok jelah gambar detik-detik sunrise ni. Fyi, dalam gambar ni matahari terbit dari sebelah kiri. Enjoy!

5.04am
5.09am
5.14am
kami tak mandi tapi kami gosok gigi (5.24am) - credit : Fiza
5.28am
matahari terbit di ufuk timur (5.32am) - credit : Fiza
saya sudah, anda bagaimana? (5.44am) - credit : Fiza
nyampah ke? yang penting....ko hado? (credit : Fiza)
gaya, mutu, keunggulan
5.50am
ha sudah, jom kita pegi melingkup! (read : balik)
last! last! ok last photo... (6.05am)
romantiknya dating sambil tengok gunung...iskk

***ketik sini untuk entry dan gambar Mt Bromo tahun lepas


bersambung....
.

34 comments:

Danny / John October 9, 2012 at 2:19 PM  

subhanaALLAH!!! cantikk sgt gmbr layout tuh! nak dtg sini next yearrrr!!! hrp2 tercapai ler. amin...

dzuchan October 9, 2012 at 2:44 PM  

chanteknyaaaaa
cam drawing..*jawdrop*

SubhanaAllah..

ada sorg kawan aku nak p taun depan katanya..harap2 ada $$ ngan masa nak ikott..

sbnornye aku x penah dgr pasal bromo until aku baca entry ko yg taun lepas tu *noob sangat*

aku suka gambo yang 4 sblm last

Biqque October 9, 2012 at 2:52 PM  

hahahaha bangang tul gambar nyampah ko hado tu! hahahaha! ye, aku takdo. tatau bilo. sapo nok pogo? hahahaha!

serius mcm lukisan. titik.

bro, hebak la mung duduk atas tunggul kayu tu!

Daddy Ziyyad October 9, 2012 at 3:30 PM  

Terbaik la..

To capture a sunrise in such a wonderful place mmg impian semua photographer :)

Fatt October 9, 2012 at 3:34 PM  

zila,
klu gitu..hado kan! :))



john,
gmbr ko lagi cantik kot. bleh zoom sampai ke kawah. sila2 tahun depan ke sini..kita passing baton



dzuchan,
bajet kecik ja pi sini...mesti boleh sampai. ko ni kan, aku ingt ko tau...si tun tak cerita ka? kot2 dia dah sampai...

eh? nape bukan gmbr 6 dari bawah? ;p



biq,
ko nyampah ke??? ;P

aku mmg saje up kasi korang bernanah mata...lol :))

Janggel / Rain October 9, 2012 at 3:59 PM  

CANTIKKKKKKKKKNYAAAAAAAAAAAAAAAAAA... gambar gunung kat blakang tu.

Weh mana video ala2 Majalah 3 tu ko tak tepek ke? Pasti lebih ilmiah kalau ke tepek video tu kat sni.

Manusia Kerdil October 9, 2012 at 5:37 PM  

Fatt...

setiap hari aku tunggu entry ko pasal Bromo nie...waaaahhhh cantiknyeeee...aku planning nak gi bulan 11 nie...thanks kat ko n Fiza,sebab berkongsi keindahan alam smeulajadi nie...

ko ingat aku lagi tak?...kawan ko kat kolam masa swimming dulu dengan Mas, Shida, Tasha...sama2 telan air kolam...apapun,sangat cantik itu Bromo...best2...

Rozax Aniey October 9, 2012 at 6:00 PM  

Fatt,
Seriusly daebak sume gambar2 ni!!
SubhanaALLAH....sangat2 cantik...
Boleh plan utk next trip ni :)

Naramas Aman October 9, 2012 at 6:15 PM  

Subhanallah..Cantik...
Sayalah yg buta geografi tu :)

misznina October 9, 2012 at 9:26 PM  

gaya mutu keunggulan djisamsoe. hahaha. :D

Fatt October 9, 2012 at 10:12 PM  

daddy ziyyad,
gitewww...tapi gmbar sy kelaut. lol! ;P



janggel,
pfft...eleh jeles letewww ;p
bideo? bideo apa? #buattakpaham



jay jamil,
iskk takdela..nasib je ni..kehkehkeh



manusia kerdil,
hoi lama tak dengar cerita!!! pi mana??
mestila aku ingt lagi puan shikin uitt, ko pekabo skrg, sihat? dah berapa anak?

wah giteww..ko gi bln 11 ni rupanya. ramai yg nak pi bln 11 ni..harap2 cuaca baik waktu tu...ketik gmbr banyak2 ya :)



rozax,
ha camne dgn trip aritu? ok tak?
yup..bromo ni sy memang highly recommended. klu compare dgn travel ke bandar sy lagi suka ke sini..back to nature :)



naramas,
erk...samalah kita. dulu sy ingat sume gunung tu adalah Bromo. hohoho ;P



misznina,
inilah jadinya bila dah tatau nak buh caption apa. lulz ;p

Nanz October 10, 2012 at 1:06 AM  

Bagus lah view point 1 ni ada surau..kat view point 2 x nmpk pun..

baca part jeep salah amik penunpang.. rasa mcm dejavu la plk..mungkin kah tu alasan nk cover si drebar yg tidur terbabas.. hehe

myjourneymyphoto October 10, 2012 at 2:53 AM  

Setiap minit berlalu, setiap kali tu jugak la lighting condition kat Bromo ni berubah-ubah kan..
Saya masih kepingin nak dapat gambar Bromo dengan awan2 tebal di bawahnya..

So next entry, kawah Bromo ke?
Saya dulu just tinjau2 sipi 2 je kawah tu tak sampai 5 minit dan cepat2 turun.. gayat wooooo.. safety zone kat atas tu mengerikan sekali..

Anash October 10, 2012 at 8:51 AM  

wahh..
cantik kan?
akak dapat gambo mount bromo pun
sebab ex-opismate pegi..
nanti akak tepek balik gambo derang berkhemah kat mana ntah
tunggu akak updet entry

dzuchan October 10, 2012 at 10:44 AM  

fatt:
gambo no 6 dari bawah tu serba salah nak like ke idok hahah..

Tun blom sampai kot, lagipun aku kan baru berjinak2 dengan travel2 ni hehe, tangkuban perahu aku tau laa..:-D

tulah, aku ada gak buat bajet, InsyaAllah lepas la gak..tapi kena cari kawan dulu...kat sini ada bulan2 yang tak bole datang ke?

Fatt October 10, 2012 at 11:05 AM  

nanz,
aah kat view point 2 mmg tade..flat surface aje. eeh..awk pun sama ke tertinggal jeep? lol! nasib baik sempat ye tgk, klu tak harus kerat 18 drebar tu



mjmp,
sy penah tgk gmbr bromo & awan gantung keliling gunung...tu lagi mcm silap mata kan...bila agaknya timing yg sesuai utk tgk awan gantung tu? agak2 tau tak? time musim ujan ke? hurmm...

yup pasni psl kawah bromo pulak..masa sy pegi tu barrier keliling kawah ada separuh, separuh lagi ntah hilang mana (mgkin jatuh dalam kawah kot). risau jgk klu ramai2 kang ada yg tertolak..nauzubillah..barulah jadi gulai kawah. huuuu....



kak anash,
cantekkk...akak pun ada gmbr bromo? huyoh..tu tandanya kena cecepat pegi. sy rasa kwn akak tu berkhemah kat semeru la..sbb sana je org pi hiking..takpe, nanti tepek ek sy nak tgk :)



twayblade,
gitewww...bilakah lagi puan ida?



dzuchan,
HAHAHA...aku gurau jela gmbr #6 tu. lol!

katanya kalau awal & hjg tahun hujan...mcm mesia gakla dorg pun ada musim ujan..so klu musim ujan mebi tak cantik la kot..kalau musim peak dari bln 8-10 tu katanya ok..aku pegi bln 9 mmg ok sgt..takpe try jela..klu tak ujan time tu rezeki korang le

twayblade October 10, 2012 at 2:09 PM  

bilakah apa? aku nak ke bromo? ko giler ke hapa? gerabak aku ni nak tinggal mana? hihihi. takpe aku tgk dunia through your eyes ok.

dzuchan October 10, 2012 at 2:43 PM  

oh..yeke..
cadangan nak p bulan 3 taun depan
kira awal tahun kan..harus dipikir dan analisis semula ni,
kebetulan lak bln 3 flight ke surabaya dalam affordable price

doakan aku berjaya :-D
*mode bersungguh-sungguh*

Emy Tak Kecik October 10, 2012 at 9:16 PM  

cantekkknyee fattt.....kagum sgt!

Fatt October 11, 2012 at 1:22 AM  

twayblade,
HAHAHAHA...gerabak dah 2 ye? ke dah masuk 3? rezeki tu, penyeri keluarga :)
aku je ntah bebila ntah..jgn reput camtu sudah. okla..tapi ko kena sabar la sbb aku menaip ikut mood ;p



dzuchan,
belasah je beb..mana tau rezeki ko dapat awan nano keliling bromo? kan! aku tingin jgk tgk awan keliling bromo tapi masa aku pi cuaca sgt tiptop. ala, asalkan tak ujan dahle..ko pegi ijen sekali ke? berapa harga tiket?

aku doakan beb, ameen :D



emy,
aku cantik ke bromo yg cantik? musykil ayat ko ni. hahahaha. joking ;p

dzuchan October 11, 2012 at 8:16 AM  

ijen x sure lagi..

harga tix return dalam RM 250 (all in)..ok kot?
tak tau la kalo jemaah plan nak p tempat lain pulak.. miting weekend ni kot heheee

Manusia Kerdil October 11, 2012 at 10:44 AM  

uit fatt,

alhamdulillah..ko masih ingat kat aku lg...thanks...

anak???belum ada rezeki,tu yg nak gi jalan2,kalau ada anak takde nye nak jalan2 nie...

nak tanya contact company travel masa ko gi Bromo nie...bg email pun takpe...tak sabar tunggu ko update next entry pasal kawah Bromo n other places...ko gi Madakaripura jgk ke?...aku mcm planning nak ke sana jgk...

okey2,cepat2 update baru cerita pasal trip ko nie ek...hehehehe

Fatt October 11, 2012 at 3:37 PM  

dzuchan,
okla tu 250...tapi aku dapat ritu 160...mmg murah gile aku pun kira bernasib baik je sbb kebetulan jatuh waktu cuti umum...ala takpe, 250 tu kira murah letewww (sedapkan ati)

ko dah sampai ke sana lajak la terus ke Ijen..rugila weh kalau tak pegi. mmg lah mcm semput sikit mendaki, tapi cubalah pelan2..janji sampai..lambat ke cepat ke belakang kira..ko mesti tengok tempat tu weh, siyes!



manusia kerdil,
mestilah..aku ingt..lelagi ko pakai avatar muke ko mestila aku ingat :)

eh btw si diana dah kawin oke...tapi hampeh dia tak jemput sume org..pelik jgk aku minah tu..malas nak tanya sbb secret sgt. tah mende yg secret aku pun tatau.

klu ko nak tau psl company gi Bromo ni sila email...aku takleh spill di sini sbb aku tgh berbisnes dgn dia..gitewww...Madakaripura tu aku patutnya pegi..tapi aku dah semput kepenatan sebab nak ke sana kena trekking 1jam

eh bile ek ko pegi? tak silap aku skrg ni Bromo tengah masuk fasa nak meletus...so better ko alert news2 yg latest

Illias Masri October 12, 2012 at 12:23 AM  

apesal aku mcm rasa kau ada guna special effect je kat gambo tu, hapepon ko mmg cepat blaja la fatt... dah nak tahap ayahanda dah skill kau ni... ^_^

p/s: naikkan lagi aperture! :p

Fatt October 12, 2012 at 7:04 AM  

illias masri,
hamboiihh tahap ayahanda??? HAHAHA...mana aku ada guna spesel efek? edit pun idak..aku biar gitu je sebab aku nak tunjuk perubahan setiap minit..iskk ko ni :))

haNz October 13, 2012 at 8:54 AM  

santekk yerk..ni yg rase nak pegi nih

Fatt October 13, 2012 at 1:01 PM  

haNz,
apa lagi...cargas!!!

morbid5447 October 15, 2012 at 3:51 PM  

hahaha..dapat blue sky + blue fire = priceless....hhaha...aku pun hado gak..

adi adrian May 15, 2013 at 8:34 PM  

boleh tau nggak, pake kamera apa???

adi adrian May 15, 2013 at 8:35 PM  

boleh tau itu pake kamera apa?

Fatt May 16, 2013 at 11:09 PM  

adi,
dslr paling basic, canon 1100D, kit lens

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP