Sesat lagi di subway Tokyo tapi akhirnya sampai jugak di Kyoto

November 16, 2012

Selama aku terjebak dengan hobi suka berjalan-jalan belum penah lagi aku mengalami peristiwa sesat yang melampau-lampau di tempat orang. Aku rasa lebih senang navigate sistem subway di Beijing dan Shanghai daripada Tokyo. Juga lebih senang navigate dari point A ke point B di negara yang takde sistem pengangkutan moden contohnya Vietnam, Cambodia dan Indonesia. Tapi semalam telah melakar sejarah baru bila aku tersesat sampai tertinggal bas ke Kyoto. Sungguh. Tak caye boleh ulang baca semula.

Aku tersesat di antara stesen-stesen subway selama sejam. Dalam keadaan confuse dan meraba-raba tiba-tiba sorang local offer pertolongan. Walaupun kami tak boleh berkomunikasi tapi dia cuba telefon syarikat bas dan tanya kalau-kalau aku boleh naik di stesen lain. Tak cukup dengan tu dia offer untuk guide aku ke sana tapi bas dah pun bertolak sebelum sempat aku sampai. Huh.

Aku rasa ralat yang teramat sangat tapi akhirnya aku redha. Benda camni memang bikin goyang kalau tak betul-betul kental. Kalau travel bergeng mungkin boleh menangis sama-sama tapi bila travel bersendirian aku terpaksa buang semua perasaan tu dan set dalam kepala yang semuanya akan OK!

Berbalik pada cerita. Bila tertinggal bas jadinya aku amik keputusan untuk balik semula ke hostel. Aku taknak terkandas kali kedua di stesen subway sebab dah hampir pukul 12am. Malang sangat kalau jadi untuk kali yang kedua. Bila sampai di hostel aku terus online dan book tiket ke Kyoto. Mulanya aku fikir nak berjaga sampai ke pagi tapi badan aku terlalu penat menggalas beban 12kg waktu tersesat tadi. Akhirnya aku tido-tido ayam sampai ke subuh. 

Alhamdulillah, pisang tak berbuah 2 kali dan aku selamat sampai di tempat menunggu bas dengan jayanya. Mujurlah tempat menunggu bas untuk pagi ni di laluan subway yang kerap aku amik, bukan macam semalam. Waktu aku tengah sibuk betulkan tempat duduk di dalam bas tiba-tiba datang seorang mat saleh. Tindakan dia memang diluar jangkaan sebab siapa sangka dia nak offer diri jadi translator. Tapi sungguh, semua pengumuman yang dibuat oleh konduktor dan drebas bas 100% dalam bahasa Jepun.

pemandangan ni mengingatkan aku pada Rakaia River Bridge (NZ). rindu!
petak-petak tanaman yang kemas tersusun
nampak je laut ni aku pun terbayangkan tsunami. nauzubillah
Sepanjang perjalanan ke Kyoto aku dapat tengok banyak pemandangan yang menarik. Rasanya di bahagian Kansai, suasana musim luruh lebih menonjol berbanding di Tokyo. Selama 7 jam perjalanan ke sini, bas berhenti sebanyak 3 kali untuk toilet break dan overall experience dengan Willer Express memang selesa. 


seat Theater. boleh pilih nak tengok movie, main game atau dengar lagu. complete!
habis semua movie omputih dialih suara ke bahasa Jepun. walaupun tak paham tapi layannnn~
selesa. seat boleh recline
Aku selamat sampai di Kyoto pukul 7.30pm tadi (waktu tempatan). Sebab sekarang musim luruh jadinya pukul 7.30pm nampak macam 10.30pm. Sampai pada waktu malam di tempat yang baru pertama kali dijejak bukanlah satu idea yang baik. Lebih-lebih lagi bila satu-satunya mode pengangkutan ke hostel adalah dengan menaiki bas. Tapi sebelum ke sini berpuluh-puluh kali aku hafal map sebab takut tersesat lagi. Kalau tersesat parah jugak sebab reception tutup tepat jam 9pm. Kapsul hotel? Oh tidak. Aku claustrophobic. 

love the cosy living area. so Japanese!
Tempat yang aku menginap untuk malam ni nampaknya lebih mirip kepada rumah daripada hostel. Dari saat melangkah masuk ke dalam bangunan ni aku terus jatuh cinta sebab ia sebenarnya adalah rumah tradisional Jepun. Tengok jelah living area dalam gambar ni, klasik kan?

Hostel Haruya Aqua
1-12, Waki-cho Shimogyo-ku
Kyoto, JAPAN


ps : terima kasih kepada yang menghantar email. aku dapat banyak email tapi belum berkesempatan nak membalasnya. Insya Allah akan diusahakan dalam masa yang terdekat. 
.

15 comments:

jarimanis November 16, 2012 at 7:30 AM  

I peminat setia blog ni....love reading this blog like crazy ehehe...byk info dan panduan..keep in writing :-)

Iza Hyun J @ paE November 16, 2012 at 8:43 AM  

Wahhh... sesat kat subway mmg buat gabra. lagik2 klu salah kuar exit. maka sesat bagaila nak kembali ke pangkal jalan. Lagik susah sbb communication problem.

Best nyer gi Jepun. huhuhuhu 2014 la. verangan...

Biqque November 16, 2012 at 9:01 AM  

nak gambar lagi, nak gambar lagi.

nasib baik aku kat sana tak sesat lgsg :D bila ko dah tau mana nak pegi n camne nak tukar, slalunyer smooth jer...

movie tu dia cakap jepun ke subtitle jer jepun? hahaha! baka tu bodoh, so masa tu tom cruise tengah marah sapa? hahaha!

best kan merasa tempat tido cam umah jepun. ish aku rindu sungguh la kat jepun! jeles nih!

BlueEwoke November 16, 2012 at 9:53 AM  

Hahaha ok la sesat, tak jepun la kalau tak sesat kt subway kan..pengalaman berharga tu.. seat bus willer tu lagi hebat dari seat AA cam nih hehehe..

dzuchan November 16, 2012 at 10:14 AM  

sebab ko tak pernah sesat melampau2,so kali ni dapatlah satu pengalaman "berharga" kan? :-)

Lecturer aku ada kat kyoto, aku selalu baca blog dia and aku rasa kyoto ni macam tempat tradisional sikit yang best & cantik & organize ...haii...seronoknye...

Nina Hamdan November 16, 2012 at 1:53 PM  

Rumah tu sangat cosy dan cantik! Dapat bayangkan.. hehehe...

Sesat ya? Macam mana lah ye nanti kalau ke sana.. ommoo..

Janggel / Rain November 16, 2012 at 5:16 PM  

Fatttttttt tips kalo tanak sesat jangan malu bertanya! hahaha. semua station manager tau bahasa inggeris, kalo ko tanya kat kaunter tu kompom2 la dioerang boleh tolong. kekekkee

SureenA November 16, 2012 at 9:57 PM  

terima kasih sbb buat review pasal Kyoto ni.. I tgh cari2 apa nak buat kat Kyoto nanti.. Will be going there for a week.. ni macam nak kena extend sikit hari utk ke Tokyo jugak la nampaknya.. tempting la.. heheh

Ninie Hanis November 17, 2012 at 12:24 AM  

Best dah sampai Jepun..aku dah baca entry lepas2 termasuklah yg perayaan budak 3,5,7 tahun tu. Bertuah beb ko..Aku kalau jalan2 mende2 camni plg memori kot drp shopping moping.

Rumah tumpangan ko kt kyoto tu serious buat aku eksaited.Takde chance ke ko nk bergambau sambil pakai kimono?kot2 balak jepun lalu nampak ko terus jatuh centa.Ko pun ala-ala sepet gak.hewhew..

more pix of you in japan plsss!

gadisBunga™ November 17, 2012 at 1:12 PM  

fatt...knowing u aku rasa campak la ko kat situasi mana pun, ko mesti boleh survive punya! tapi siyes cantik hostel tuh. mcc tengok citer O-Shin lak.

and satu lagi, mmg pun, japanese punye semangat kebangsaan memang tebal. sebab tu sume org yg nak further study ke sana kene belajar cakap jepun!

Eko November 18, 2012 at 10:17 AM  

Jangan lupa philosopher's walk, beautiful autumn colours

smoothiesices November 18, 2012 at 4:44 PM  

i knowwww...mmg boleh sesat actually.I kat sana seriously map kat tgn sepanjang masa and my notes.The best way pi dekat information counter.Most of them mmg boleh speak english.

LediAgli November 18, 2012 at 7:59 PM  

subway tu.. memang laaa macam akar cabang2... btw, tu willer yang mahal sikit tu kan? coz yang murah rasanya seat dia tak macam tu..

Fatt November 19, 2012 at 10:37 PM  

jarimanis,
terima kasih..insya Allah sy akn terus berkongsi :)



pae,
klu panik pastu tgh rushing bole jem terus pale..siyes. insya Allah aku yakin ko akan sampai 2014 nti..buat korea-jepun sekaligus..cross dr fukouka ke sana dgn feri



biq,
halah halah...ko mmg paling hebat bab tukar stesen subway. nah award survival ini subway japan..pfft

movie ni ckp jepun..tade subtitle hape..aku tgk gmbr je..aku tulis dialog tu as to him (tom) ckp aku bodoh sbb sesat kat subway. hehe

ko ripit lagi arr pasni. tapi stay satu2 tmpt lama skitla..



na,
kat china aku tak sesat tp cni aku sesat...pfft. aah seat dia lagi comfortable dr AA wlpun sume movie alihsuara ke bhsa Jepun.lol



dzu,
nape ada inverted comma? lain mcm dah bunyiknya



nina,
sangat cosy. my fave hostel antara kesemua tmpt.

in my case mgkin sbb tgh rush dan clueless so im panic & tadaaa...lost. huhuhu



janggel,
aku tnye tp yg aku jumpa tu takleh nk explain dgn english yg ok...aku pun tak phm apa dia ckp. mebi bkn luck aku nk jumpa officer yg bleh ckp english



sureenA,
kyoto sangat best. mmg tk cukup klu pegi 2-3hari.i rasa depends jgk on season apa u pegi..klu mcm skrg, tgh autumn foliage..mmg tak cukup nak visit temple2 sbb kat sana la paling byk pokok2 yg daun kaler2 ni. klu u gila amik gmbr, i think u kena stay lama skit utk ke tempat2 tu. klu dlm town mmg takde pokok kaler2 tu..not as much as in temple(s). so it depends



ninie,
alhamdulillah. aku buat budget trip je nini..shopping mmg out of list. aku ada kamera je dah cukup..hehe..but honestly aku suka sangat Jepun...my fave destination, Nz jatuh no.2. hehe

nak amik gmbr pakai kimono sgtlah mahal..tak mampu weh..mebi next time aku repeat lagi aku akan beli sehelai..skrg ni pegi just observe2 dulu. ko ajakla Zaid dtg..honestly ko akan suka Jepun gila2 :)



gb,
haaa mcm umah Oshin kan? sgtlah lovely umah ni. rasa nak buat 1 kot2 feeling kat Jepun...aku rasa pglmn sesat ni best jgk, at least aku dah tau skit2 apa kelemahan aku..huhu

yes indeed..dorg sangatlah bangga dgn negara dorg..dan aku dah tgk dan faham kenapa. even mat saleh pun ckp Jepun kat cni. aku tengok dorg ckp sgt fluent aku jadi tercengang..seolah mcm ko tgk citer alih suara. lol :))



eko,
not only philosopher walk..i rasa sume tmpt kat cni mmg superb..autumn kat Kyoto sgtlah obvious compared to tempat lain. loving it :)




smoothiesices,
haha..i know..ada map jgk tapi again, nak jadi cerita. tapi takpelah, part of experience. nothing is perfect..even myself yg dah byk kali travel. but it still funny somehow coz i tak lost kat subway Beijing & Shanghai yg sama serabut tu..huhu



lediagli,
yg murah pun tak jauh beza. i managed to grab last minute deal..agak berbaloi. cuma willer ni sy tgk lebih murah dari Jr bus..

btw if u beli willer bus pass, u booleh pilih apa je seat mcm yg i penah mention dlm post psl bas ni

dzuchan November 21, 2012 at 8:24 AM  

eh..inverted coma buat bunyi len mcm eh? hehee..
saje buh sbb x boleh nk bold..
maksud dia sama je..pengalaman berharga utk diri sendiiri :-)







Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP