Berlari Dengan Entah Sape

December 12, 2012

Turun dari bus stop dan jalan ke arah bertentangan. Jalan sampai jumpa lorong yang pertama dan belok ke kanan. Lepas tu jalan lebih kurang 5 minit sampai jumpa hostel

Direction ni dah banyak kali aku baca sampai naik hafal. Nampak macam senang tapi apa cerita kalau dari tadi asik pusing tempat yang sama? Hampir sejam aku melilau-lilau keluar-masuk lorong tapi satu bayang pun tak nampak. Aku pun bangang, selalu tu aku salin alamat hostel tapi kali ni boleh pulak terlupa. Tapi (ada tapi-tapi pulak), memang waktu booking hostel ni aku tengah kelam-kabut sebab masa tu boleh dikatakan semua hostel di Kyoto fully booked. Ada kaitan ke? Hehehe

Hurm..apa kata kalau aku tanya cashier Family Mart ni kot-kot dia boleh tolong...

"Sumimasen. Doko....Gojo Guesthouse desu ka?"

Cashier tu datang kat aku sambil keluarkan map.

"Hondo o itte kudasai. Yamaha toyota mitsubishi suzuki kudasai..." (sambil meneropong map)

Ape mamat ni cakap? Adui, kan bagus kalau setiap kali bila orang bercakap ada keluar subtitle?!

Hurm..nampaknya cashier ni taktau lokasi hostel tapi aku puji sikap dia yang bersungguh-sungguh nak menolong. Tengah kami sibuk menengok map ada 2-3 orang pelanggan masuk ke kedai jadi aku amik keputusan untuk beredar. Setelah bertanya-tanya akhirnya aku berjaya dapatkan maklumat dari seorang penarik beca yang fasih berbahasa Inggeris. Katanya aku kena berjalan lebih kurang 20 minit untuk sampai ke sana. Huh, 20 minit? Aku tengok jam. Tak sempat ni, tak sempat!

Aku berjalan selaju yang mungkin sebab nak mengejar masa. Hampir 15 minit berlalu tapi aku masih belum nampak kelibat hostel. Aiseh, takkan sesat lagi kot? Aku berhenti di sebuah public phone dan cuba call hostel tapi malangnya semua cubaan gagal. Aku keluar dari phone booth dan kebetulan lalu 2 orang budak lelaki.

"Sumimasen. Can you speak English?"
"Hai, chotto wakarimasu. A little"
"Can you help me dial this number? I tried couple of times but cannot reach. Is there local code that I must insert?"

Aku tak pasti salah aku atau salah nombor telepon sebab setiap kali call memang tak dapat. Cubaan mereka pun sama tidak membuahkan hasil. Camne ni...adui...cemasnya. Lagi 3 minit pukul 10 malam tapi aku masih tak jumpa.

"Do you know Gojo Guesthouse?"

Aku mencuba nasib. Manalah tau kalau-kalau dorang penah dengar.

"Gojo Guesthouse? Hai!"
"Is it far?"
"About five minutes walk"
"I must be there by 10pm or I can't check-in"
"So desu ka? Let's hurry!"

Kami bertiga pun berjalan bersama-sama menuju ke hostel. Sambil berjalan A bercakap sesuatu dengan B dalam bahasa Jepun. Dalam hati aku ada terdetik apalah yang dorang ni berbual. Entah-entah dorang plan benda jahat kot, entah-entah dorang ni pembunuh misteri, ke...perogol bersiri??? Eh jangan merapik, tawakkal sudah. Setelah selesai bercakap dengan B, A memandang aku

"Can you run?"
"Run?! Of course"

Eh-eh...pasaipa tanya aku boleh lari ke tak? Ke dia nak suruh....

"I think we better run now!"
"NOW??!!"

Matilah. Kompem tercirit aku lari dengan beg-beg ni. Nasib baik aku dah tinggalkan mak tapir 60L kat hostel Haruya, kalau tak memang sah tercirit dalam seluar. Kami berlari dengan sepenuh hati. Sekali imbas nampak macam tengah bersaing dalam acara lumba lari peringkat sekolah. Masing-masing memecut dengan satu matlamat yang sama iaitu sampai ke garisan penamat ie. Gojo Guesthouse. 

"Are you okay? Are you tired?"

Dorang offer nak bawakkan barang-barang tapi disebabkan aku cuma bawak beberapa helai baju dan beg makanan jadi aku menolak. 

"A little bit but I'm OK"

Aku terpaksa bohong walaupun kaki aku rasa macam nak tercabut. Lari! Lari! Lari tanpa perasaan!!!

HAHAHAHAHAHAHAHAAAA (gelak macam haram walhal kaki dah sakit doh!!)

Kami bertiga berlari sambil gelak macam orang tak betul. Agaknya dorang pun pikir apa yang aku pikir (kerja gila apa yang aku tengah buat ni?). Aku tak penah bayang nak buat benda macam ni. Randomly pick entah sape tepi jalan pastu randomly berlari dengan entah sape sambil cari hostel. This is EPIC!

STOP! STOP! STOP!

Kami brek mengejut bila A menjerit.

"That's Gojo Guesthouse"

Peh, akhirnya. Rasa nak teriak pun ada. Nasib baik lelaki, kalau pompuan confirm aku peluk sebab terharu. Tacing gila sebab ada manusia yang baik hati sanggup berlari dengan aku yang taknak terlepas waktu check-in. Kali ni giliran aku rukuk 90 darjah sebagai tanda terima kasih pada 2 orang stranger yang sudi menolong aku mencari hostel. Sayangnya dalam situasi kelam-kabut tu aku terlupa nak tanya nama dorang dan memperkenalkan diri. Ahh...takpelah. Strangers come, strangers go...but the memory will stay. Setiap kali teringat peristiwa ni aku mesti tersengih-sengih, walaupun ia suatu pengalaman yang ringkas dan spontan tapi rasanya cukup manis macam gula-gula kapas.

Gojo Guesthouse pada waktu siang

Moral of the story : lain kali jangan lupa print map hostel!!
.

51 comments:

m.u.l.a.n December 12, 2012 at 3:41 PM  

fatt... nak seribu daya, taknak seribu dalih... lariiiikkkk je waimma dgn sesape pon.. hahaha... entah apa2 peribahasa but i looove your journey dear..!!!!

cik kodok December 12, 2012 at 3:53 PM  

salam kak fatt.. hahahaha... kelakarnya but... its happend sometimes... hehehehehe... that will be a beautiful memories to rememmber...then a smile will come... hehehhe...

hanie December 12, 2012 at 4:07 PM  

LOL!!!
berlarian sambil mendukung anak cipan. syabas betei!

Chikebum Buzz December 12, 2012 at 4:19 PM  

hHAhaha ..hilarious . ..tp best la berlari sambil gelak2 besar ..dengan strangers lak tu ...

best gile .. =)

Orga December 12, 2012 at 5:05 PM  

salam fatt, best ada pengalaman cam gini, tapi budak-budak ni pon apsal tak tolong ko angkut bag tu,diorang kan laki-laki.

gadisBunga™ December 12, 2012 at 5:16 PM  

mmmm.... *urut urut dagu.

tetibe aku terpikio pasal mamat germany tuh. apecer eh??

Fatt December 12, 2012 at 5:38 PM  

mulan,
thank u kak. just bkongsi kenangan waktu sy pi jepun aritu..takut lupa sbb tu tulis cecepat. erm, waktu tu mmg dah tak pikir pjg..grab je apa yg dtg. tapi nasiblah jumpa org yg tau tempat tu dan sempat sampai on time



cik kodok,
wasalam..gituu..warna-warni jepun. org2 sana helpful wlpun ketara masalah bahasa. tq



hanie,
kali ni aku galas je anak tapir tu..nasib baik tak bawak mak dia..kalau tak mati betei



chikebum,
seronok. kenangan manis ni. modal sengih time sorang2. hehe



june,
mcm wayar putus ye tak? haha



orga
wsalam. haaa..aku sbnrnya nak tulis tadi tapi aku dilit..pastu ko komen so aku rasa betei aku tulis. sbnrnya dorg ada offer tapi aku tolak sbb brg aku cuma 2 beg ja..mak tapir dah simpan kat hostel lain..hehe



gb,
ape yg ko terpikio tu gb? mamat tuh ada lagi, kami masih keepin touch. cuma tak selalu sbb masing2 sibuk, masalah gmt pun ya (aku tido dia bangun, dia tido aku bangun)

Rozax Aniey December 12, 2012 at 6:01 PM  

Fatt...

Terbaik!! sy bayang mcm lari dlm running man kot...hehehe

Naramas Aman December 12, 2012 at 6:14 PM  

Saya tak henti-henti tersenyum membaca kisah Fatt mengejar waktu check-in dan mencari Guesthouse tu. Memang manis macam cotton candy!

Chawanna Na December 12, 2012 at 8:32 PM  

Seriusly aku paling suka citer ni masa ko bercerita time lepak aritu..memang lawak abis.. aku tak leh blah bila ingat balik.. aku vote ini yg paling kelakar! Dan haruslah ko rukuk 90 darjah berterima kasih kan hahhahaha

Dan org Japan stakat yg dh byk2 negara aku pegi, memang so far the best la, tak reti english pn gigih nk tlg, dr bdk sekolah, sampai ke org tua, semua penuh dedikasi nk tlg kekekeke.. I LOVE JAPANNNNNNNNNN

alifah@along December 12, 2012 at 8:50 PM  

wahhhhhhh... so sweet itu strangers... pastu, mulalah imagine diri sendiri..hahhahhaaaa.....imagine kalau aku, mesti dah suruh dia org pergi check in, manakala aku berlari2 anak kat belakang..hhahaaa.. apapun fatt, mmg best kenangan ko ni .... sib baik ko selamat tanpa apa2 incident yang tidak diingini =) ...terus bukak airasia.com =)

AjlaA December 12, 2012 at 9:08 PM  

gelak2 saya baca. kekekeke
boleh pulak lari bersama2.

Eko December 12, 2012 at 9:10 PM  

Orang jepun memang biasa tunjuk jalan sampai ke pintu, saya dah merasa beberapa kali ...alangkah baiknya kalau org Islam pun baik hati macam tu.

norh December 12, 2012 at 9:12 PM  

HAHAHAHAHAHAHAHAHA...
memang lawak la fatt.. boleh plak dok pi lari lagu tu..memang tak ternilai sungguh pengalaman ni..

Emy Tak Kecik December 12, 2012 at 11:12 PM  

Bagusnya deme kan.... ;-)

Ishhh ko pkai kamera judul pe.semua pic cun...

dekdaa December 13, 2012 at 8:08 AM  

Hahahahahahahahhahaah lawok gila weh.
Serious lawak.
Aku buleh imagine cara dorang cakap, cara dorg lari :D

Kat mesia agak2 ada ke orang sanggup buat camni? :P

CM December 13, 2012 at 8:56 AM  

salam

bagus yerr org jepun..

Hulubalang December 13, 2012 at 9:34 AM  

kalu kat mesia dorang cabut lari...

nash December 13, 2012 at 10:12 AM  

random kindness from strangers :D feeling2 explorace sgt ko fatt..! hahaha!

none December 13, 2012 at 11:20 AM  

kahkahkah... syabbas bettey... aku baca en3 ni sambil gelak2 sebab masa ko lari tu aku membayangkan 'slow motion' larian ko tu, dan background song dia adalah lagu 'dont cry for me argentinaaaaaaaa...' hahaha....oke,oke... aku tengah melobi laki aku nak gi jepun plop tahun depan... aku rasa entry pembukaan ko ttg jepun ni telah mengoyak2 jiwa dan raga aku nak ke sana... sumimasen...sumijeli...

Fatt December 13, 2012 at 1:23 PM  

rozax,
game show tu ke? tak penah tgk tapi penah dgr. hehehe (ampun, duduk dalam gua kekdahnye)



naramas,
kalau sy tanya nama dorg mgkin semakin menarik ceritanya kan. adui..awatla gelabah sgt masa tu..hahaha



na,
aku ingat lagi chawan yg tgh muka serius pun gelak waktu tu. biq dgn ko toksah citer la. adakah part berlari sambil gelak tu sbnrnya? mcm sewel je. hahahaha...

aku rasa ini antara sbb nape aku suke gila Jepun..sbb org2 dia punya attitude yg buat aku rasa terpaut...cewah! (humban NZ!)

yg penting aku ada payung free!! #tetiba



alifah,
ayat ko takleh blah. tergelak aku... "imagine diri sendiri"..lol :)))))
amacam? dh beli tiket ke Jepun? belilaaaa...aku honestly suka Jepun gila babassss...NZ? babaiiii~



ajlaa,
hahaha...akak pun tak bajet nak berlari berjemaah. lol :))))



eko,
ya betoi. kita selalu akan syak benda tak baik dulu sblm buat sstu perkara. sy rasa environment sstu negara tu yg mempengaruhi cara org tu bertindak. apapun, pucuk pangkalnya hati



norh,
lagu apa? kudakuuu lari gagah beraniiiii...hehehe gurau je :P



emy,
kamera judul ape?? hahaha... ah tadelah, aku main shoot2 je. aku skrg pakai 1100D, lens je upgrade



dekdaa,
mcm mana ko tgk dorg ckp dalam Jdrama..mcm tulah realitinya. skema gila. sopan2 dorg ni sbnrnya. cuma klu dah terlebih minum sake tu mmg sakai sikitlah

klu kat mesia, rasanya dah lama kena rompak..huhu



cm,
wsalam. ye, dorg mmg bagus. sgt berdisiplin dan helpful



hulubalang,
ko adalah di antaranya. hahahaha



nouri,
baik. baik ada makna tu. hehehe..taklah gurau je..ye dorg mmg baik



nash,
mula2 aku rasa lost gila..dahla sorg, mgkin Allah hantar pertolongan kat aku melalui 2 org ni. wallahualam..tapi mmg terharu lah



none,
apedaaa! patutnya background song aku "gaban" yang "wakata-wakata tenandaaaa"..gituuh. amboi bestnya hidup ko ye...bleh melobi hasben. aku terpaksa melobi diri sendiri...hei, ni entry ntah ke berapa dah psl jepun..cuma aku kuarkan citer2 kontot je..nak share benda yg spesel psl jepun katanyaaaaa

none December 13, 2012 at 2:31 PM  

hahaha... kalau lagu gaban tu, aku kena imagine 'fast motion' la...hahaha.. tak pun lagu kstaria baju hitam... alah, background lagu doraemongggg pon bolehhh... eh, ok apa melobi diri sendiri. kalau melobi ngan laki ni wajiblah jadi isteri sholehah ya... jadi isteri apa2 nak buat pon kena izin suami *mode ustazah is on* kalau suami bagi gi jepun, maka bolehlah pergi. kalau tak bagi, duduk jelah kat kepulauan borneo ni... tp mmg banyak blogger yg cakap gi jepun ni best...

none December 13, 2012 at 2:45 PM  

errr aku ada soklan tambahan :
berapa semua kos ke jepun?

pecah kaca
pecah gelas
sudah baca
harap balas..

N.U.R December 13, 2012 at 2:57 PM  

Drama sungguh! Tp mcm best plak..hehe..huntongla dapat larik bersama2...sooo, sweeeeet! Haha

Fatt December 13, 2012 at 3:13 PM  

none,
setazah nau lah tuuuuu...(juih mulut). betul..aku sblm smpai sana rasa nak pitam, pengsan, koma bagai sbb hari2 dok pikir bank mana yg aku nak rompak. sudahnya sampai jgk. lega. tp mmg betoi jepun sgt best berganda2..aku rasa lagi best dari Nz..kekeke

kos aku pi jepun sikit jah..
flight return - RM700
bas tokyo-kyoto - RM160
ground expenses (transport,accom,souvenir skit2,mkn mak nenek skit2) - RM1500

aku bwk mknan sendiri semuanya..kos beli mknan dlm rm50 tapi ada jgk aku beli jajan & air waktu kat sana guna ground expenses

so total l/kurang RM2360. ok tak ko rasa utk trip 12hari Tokyo-Kyoto-Osaka?



nur,
drama jipun akan datang kot. kekekeke...skrip "huntongla" ni sape yg mula ni habaq mai. aku rasa kiah propa..yeke? hehehe

N.U.R December 13, 2012 at 3:26 PM  

yelah tu...haha...
Wah! kos agak rendah laaaa...12 hari kot. kagum2..

*jgn simpan lme2 crite Jepong ni ye! Sbb mcm beeeesst jeee... hehe

none December 13, 2012 at 3:38 PM  

wahahahabbbb... aku suka gile la tgk kos tu... jimat gilerrr... doblas hari tak sampai rm3k...*esok gak aku pi sana, tinggalkan laki aku yg otstesen* .. aku rasa nak nanges tgk kos tu... aku bajet dlm 5k.. MAKANYAAAAA...sah2 la bibik aku tak jadi balik bulan 4 ni, dan sah2 la aku nak ke JEPANGGGGG bulan 4 ni... i lap u fatt, i lap u bibik *sebab tak jadi balik bulan 4 dan boleh tolong jaga anak* n lap my laki *penaja utama* haha... mata aku sedang bersinar2 ye sekarang, sambil urut2 dagu, angkat2 kening, senyum sorang2...

Fatt December 13, 2012 at 3:50 PM  

nur,
tapi aku buat sume aktiviti yg free..err adala masuk temple sekali dua (kat cni masuk temple kena bayar sbb dlm tu yg ada pokok kaler2 ni). pastu aku dok hostel. so klu org bujang mgkin okla bleh buat, klu kapel & sukakan privacy aku rasa mgkin kos tu akan naik skit.

insya Allah la klu ada kelapangan aku taip. klu tak pun aku just share2 info psl tips budget ke Jepun, ok! :)



none,
ko ni kan..mcm puss in boots! aku tataula ko travel camne tp nak habaq ni aku dok hostel tau. klu korang jenis adventurous, bleh ja dok hostel amik double room (bkn dorm). tapi kan, harga double room kat mana2 tmpt within japan mmg reasonable, cuma tak advantage utk aku yg grak as solo travel sbb tu dah jadi kos utk aku. anyway, just carefully plan ur trip..kat Osaka tu takyah dok lama...aku sarankan ko lepak Kyoto sudah sbb aku lagi suka Kyoto (aku tak brp into dgn bangunan moden so mgkin preference aku bias skit).

tapi aku rasa ko bawaklah 5k sbb aku tau ko ni kaki soping. have to let u know that 1 fridge magnet will cost ard 300-400Yen. so do the calculation. klu ko bleh tahan beli seketul 2 its ok..hehehe :)

none December 13, 2012 at 4:00 PM  

aku sbnrnya mmg suka soping, sangat suka. tapi bila dah start travel ni, aku dah tak soping dah *tipu* eh, soping sikit2 ja. aku mmg kena amik doble room. seriously, aku ter'inspirasi' nak travel2 ni sebab baca blog ni,,, baru 2 negara je pon aku pergi baru2 ni. bila baca blog ko, aku mmg teringin giler nak ada pengalaman mcm ko, pengalaman kejar2, lari2, tido kat stesen subway, haha.. macam2 lagi,,, tapi aku silap amik ground utk travel sebelum ni. patutnya aku main redahhh je..

N.U.R December 13, 2012 at 4:03 PM  

ahhhh~
yela, dok ngra kos tggi kne r jimat kan. hehe. Okay gak share tips cam do n don't, budget cam hr tu psal pass bus kt sne. ok, ganbatte! =p

Fatt December 13, 2012 at 4:09 PM  

none,
ko nak lari2 dgn sape? dgn laki ko jelah. aku bleh lari2, payung2 dgn org lain. hahahaha...(saja bagi terbako). aku kan, dulu mmg aku suka sopping..pastu aku dah tak reti nak soping apa...mgkin nafsu dah tertutup kot. klu masuk soping mall tu aku tatau nak beli apa..beli mknan lagi sedap kot..makan=kenyang. best tuuuu!!

skrg ni takde apa yg mustahil. aku suka takde itin, just tau nak pi mana cukup..sbb aku tak suka mcm terikat sgt dgn jadual. aku suka free & easy..klu ada itin ni aku rasa pressure. sbb tu bila ko tanya aku itin, aku takleh nak bagi sbb mmg tade. just aku tau contohnya ok kat Tokyo ada A,B,C..so mgkin aku pi C dulu..lusa pegi A. aku punye stail camtu..leisure!

Fatt December 13, 2012 at 4:13 PM  

nur,
aku rasa aku byk jimat kat makanan. sbb aku bwk sume mknan dari cni. ada jgkla sekali dua aku beli nasi ready mate kat sana. sbb nasik pulut kan sedap. pastu mgkin sbb musim sejuk, jadi perut aku asikla lapo manjang. kejap2 aku beli onigiri (nasik bungkus seaweed tu). ada byk lagi tips psl transport yg aku nak kongsi..tunggu ye. oh ye btw, aku rasa benda yg mahal kat Jepun ni ialah transport. so mmg korang kena jaga betul2 kos utk transport sbb mahal gileeeee =__=

N.U.R December 13, 2012 at 4:25 PM  

okeh, ak tunggu entry ituuuuu...hehe. dorg x kesah ea bwk mknn dr ngra luar? ok la camtu. share la gak tmpt2 plg best yg ko singgah ye. *sedapnyeeee onigiri..*drooling*

Fatt December 13, 2012 at 4:35 PM  

nur,
dorg tak cek lgsung apa aku bawak. walhal aku bawak nasi impit, coklat, mknan dlm tin, serunding, roti gardenia sebuku, ikan bilis goreng pun aku bawak. uiii...time ko dah jemu mkn mknan dlm tin tu sekali kena ikan bilis goreng mmg nostalgia sungguh...nasib baik aku tak bawak sambal belacan. lol :)))

ko bawak je apa, dorg tak kejam mcm kastam Oz & Nz...

aku rasa onigiri sana best. ntahla..mgkin sbb aku lapar kot. tapi portion dia bleh tahan jgkla..puas mkn

N.U.R December 13, 2012 at 5:08 PM  

perghhh! adakah itu bekalan wajib ko kalu travel? bleh tahan..mmg jimat semaksima mgkin dah tu kt mknn.. haha..tak bleh blah nk bwk smbal belacan..ahahahaha..

hujanlebat December 13, 2012 at 10:28 PM  

lawakkk sangat!! ahahahahaha. baca kat opis kembang kuncup perut tahan gelak takot bos nampak.

Fatt December 14, 2012 at 12:44 AM  

nur,
setakat ni aku blum lagi bwk sambal belacan..pi europe mgkin la kot...klu travel lama sgt kdg2 rindu gak mknan msia. tapi klu roti mmg dah byk negara aku try seludup masuk...ok plak tak kena rampas. just ko agak2 jela sehari ko mkn byk mana..pastu estimate utk brp lama tempoh ko travel. mknan aku berbaki gak tapi tak byk.



janggel,
apenyeeewwwwww??



hujanlebat,
ko tgh keje ke memalam buter ni? jaga2 ada yang memerati

ummusafiah December 14, 2012 at 1:11 PM  
This comment has been removed by the author.
Rawi Sanra December 14, 2012 at 1:12 PM  

Arhhhhhh! Epic gila, betul2 rasa nk gi sana, Ya Allah sihatkan lah tubuh badanku, cukupkanlah dan berkatilah rezeki ku!

2014 InsyaAllah!

Fatt December 17, 2012 at 2:50 AM  

rawi sanra,
wah ketoi ais kah itu? besaunye! (refer gmbr)
ameen...aku doakan ko berjaya sampai ke sana. jepun sangatlah ohsem lapanplohkalidari korea, new zealand dan ostolia. giteww..statement berani mati ni. haha

dzuchan December 19, 2012 at 12:35 PM  

aku ketinggalan ketapi okeh..
cume nak gelak HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA capslock

aku baca pun rasa lawak, apatah lagi empunya diri yang mengalami..:-D

Leena RB December 26, 2012 at 11:13 PM  

What a memory to remember :-)..sakit perut thn gelak

purplebutton January 7, 2013 at 8:28 PM  

saya silent reader tp terpanggil nak letak komen sebab pengalaman dan penulisan awak ni buat saya tergelak hehe
banyak saya dapat info dari travel blog ni ^^

Fatt January 8, 2013 at 8:27 AM  

dzuchan,
hehehe...iye, kami pun gelak tak ingat masa tu. wlpun comm breakdown sikit tapi ketawa itu bahasanya sama :)



leena,
sy rasa ini antara sebab kenapa sy suka jepun...sbb org2nya yg suka membantu :)



purplebutton,
terima kasih. sy hrp ceritanya sampai dan pembaca boleh rasa pglmn sy wlpun dgn hanya membaca :)

hijauolive January 19, 2013 at 3:50 PM  

sangat tacing (dah tiru spelling awak hehe) entri ni..rasa nak nanges baca...

Ct_hAjAr May 20, 2013 at 11:38 AM  

pergh..fatt.terbaik.xpernah dibuat orang tau..hehe.

Reen Tart Nenas November 19, 2013 at 1:23 PM  

sumpah kelakar hahha ahahahah nyesal aku minum air sambil baca entry ni. tersedak2 makk hahahahah hahahahaha

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP