Hostel Review : Haruya Aqua, Kyoto

December 14, 2012

Penafian : Penulis tidak disogok atau dibayar untuk memuji atau mengeji mana-mana hostel sekalipun. Segala ulasan adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis semata-mata. Harap maklum.

Hostel Haruya Aqua [sumber]

Aku menginap di Hostel Haruya Aqua pada hari pertama aku tiba di Kyoto. Personally aku suka hostel ni sebab bangunannya bercirikan rumah tradisional Jepun. Pemilik hostel Mr Yuki sangat fasih berbahasa Inggeris walaupun slang Jepun beliau pekat bebeno. Cara dia bercakap agak pelik jadi harap bersabar sementara menunggu dia menghabiskan ayat. Sepanjang pemerhatian aku berulang-alik ke Haruya, Mr Yuki semedang pakai baju kot hitam lengkap dengan kasut hitam macam kebanyakan salary man di Jepun. Walaupun skema, tapi orangnya baik dan suka menolong.

Aku masih ingat waktu check-out dari sini. Mr Yuki hantar sampai ke pintu depan dan tunggu aku jalan. Lepas babai-babai (motip baba-babai?) dia pun "Hait!" sambil tunduk hormat. Tergamam seminit. Aku ni dahla sengkek, yang mampu cuma duduk hostel jelah setiap kali travel. Tapi bila tuan rumah appreciate kita sebagai guest mau tak tacing hati ni?

Aku pun "Hait!" balik pastu jalan sampai hujung simpang. Bila nak belok ke lorong besar aku try le toleh kot-kot dia dah masuk ke dalam tapi rupanya dia masih tercegat kat depan pintu sambil tengok aku. Dan sekali lagi dia "Hait!" sambil tunduk hormat (bear in mind it's 90 degrees bow) kat aku. Aduyaiiii...camne tak tacing? Cer kabor! Aku pun "Hait!" lah balik sambil jalan lelaju. Sambil jalan aku tersengih-sengih sebab perasaan aku bercampur-baur antara terharu, geli hati dan kagum sebab selama aku duduk kat berapa banyak hostel, inilah kali pertama tuan tanah tunjuk appreciation kat tetamu. So now you know why it's hard not to fall in love with Japan :-)

Oklah sambung lagi. 

Apakan daya aku cuma berpeluang menginap di Haruya selama semalam sebab esok, lusa dan tulat semuanya fully booked. Walaupun sehari, tapi Mr Yuki telah mengoffer untuk menyimpan mak tapir 60L sampailah hari aku berangkat ke Osaka. Jadinya sepanjang aku menjadi nomadic di Kyoto yang asik berpindah-randah, bahu aku dapat berehat dari mendukung mak tapir. Aku cuma bungkus 2-3 helai baju dalam bunjut pendekar samurai dan beg makanan sambil berjalan lenggang-kangkung. Best gila! Bayangkan kalau aku terpaksa bawak mak tapir sambil berlari-lari waktu cari Gojo Guesthouse? Confirm cirit. Jadinya Mr Yuki telah menyelamatkan aku dari tercirit #eh

Kali kedua dia tolong masa aku nak ke Osaka. Waktu tu aku tak pasti pukul berapa train terakhir dari Kyoto jadi dia tolong printkan jadual, nombor train dan platform-platform yang aku kena tukar bila sampai di Osaka. Amacam, bagus tak?

Oklah, itu cerita pasal pemiliknya Mr Yuki. Sekarang aku nak cerita pasal Hostel Haruya. Sebenarnya aku agak jakun waktu duduk di sini (duduk sehari pun dah jakun, kampungdotcom sungguh!). Jakun aku bermula dari saat aku menguak masuk pintu hostel. Aku terus jatuh chenta pandang pertama. Bukan jatuh chenta sebab nampak Mr Yuki (pejadah dia dah tua kot), tapi sebab rumah ni macam set drama Jepun purba. Bangunan hostel ni sebenarnya 2 (bertentangan antara satu sama lain) dan aku tinggal di main house. Kat main house ni ada 3 bilik jadi ia agak sunyi. Aku rasa bagus gak sekali-sekala duduk kat tempat sunyi sebab masa kat Tokyo aku duduk kat hostel yang besar jadi kepala aku dah semak dengan crowd yang bising.

Rate menginap untuk 1 malam di sini agak reasonable. Waktu pegi haritu aku cuma bayar 2100Yen (RM84) untuk female dorm. Kat sini ada female dorm dan private room sahaja. Aku tak pasti kenapa takde mixed dorm, mungkin sebab bising kot?

Huh, panjang jugak aku review ye? Ada macam karangan? Nah layan gambar pulak!

kasut terompah untuk kegunaan sekitar common area
ada paham adik manis?
pemandangan ruang bawah dari pintu masuk
koridor ke pintu keluar
ini ruang rehat & makan. belakang tu bukan almari atau dinding, tapi pintu doremon ke tingkat atas
pantry & sinki. peralatan memasak ada, tapi jenis portable (stove)
hot shower & bath tub untuk berkubang
tangga ke tingkat atas
ini pintu tolak namanya, bukan dinding
langsir di setiap katil untuk lebih privasi. ada tilam, bantal & gebor yang empuk
ruang bersantai dalam dorm yang boleh teropong ke zen garden di tingkat bawah
zen garden

Memandangkan usia bangunan ini lebih dari 100 tahun, jadi efek bunyi"kruk, krak" akan kedengaran setiap kali orang berjalan terutamanya di tingkat atas. Kalau rasa diri tu jalan macam gajah, eloklah kontrol demi keamanan sejagat. Kang gegar satu rumah nanti orang pikir ada gempa bumi pulak. Bukan itu saja, nak tolak/tarik pintu pun kena sopan santun tak boleh tangan macam monyet, kang tercabut panjang cerita. Memandangkan dinding dalam bangunan ni tak setebal konkrit, jadi eloklah di kontrol volume suara supaya tak mengganggu-gugat ketenteraman awam. Kalau nak memekak jugak, pegi berborak kat luar.

Overall hostel ni ok, cuma kemudahan dapur agak limited. Ada portable stove tapi agak renyah sebab kena setup itu ini jadi aku malas so aku makan benda instant je (alasan, dah pemalas tu cakap le!).

Lain-lain kemudahan di Hostel Haruya Aqua :
- wifi percuma
- laptop hostel di common area
- individual reading lamp di setiap katil
- individual locker
- shared bathroom & toilet
- fridge, microwave, stove
- sewa basikal

Dari segi access memang senang sebab tak perlu menapak jauh ke bus stop. Direction ke hostel ada diterangkan secara bergambar dalam website so confirm tak sesat. Apapun aku memang suka tinggal di Haruya sebab rasa macam duduk kat rumah sendiri. Bolehlah kalau nak feeling-feeling "Rumahku di Kyoto". Hahahaha :-P
.

14 comments:

Orga December 14, 2012 at 12:16 PM  

masa aku pergi kyoto ritu stay dekat rumah member, so tak merasa duduk hotel or guesthouse tempat lain. tak perlu pergi sana, baca ko punya review pun dah boleh tau betapa baiknya mr yuki tu, heheh...

Irfa December 14, 2012 at 1:13 PM  

review yg sgt menarik..tetiba jatuh cinta dgn mr yuki tu..hait ;)

Fird December 14, 2012 at 1:14 PM  

Lepas baca entry ni fikiran aku menerawang hostel mana yang buatkan aku feels like home atau dengan kata lain, nak duk situ terus haha

none December 14, 2012 at 3:02 PM  

fatt, sambung citer semalam,,, malam tadi masa laki aku balik otstesen aku ttido.. dah tengah malam dia sampai... lepas semayang subuh pagi tadi aku rase macam nak cakap ngan dia pasal nak gi jepun ni *eksaited gile dowh*... tapi lepas subuh biasalah, manalah nak ada mood, lagipon aku nampak dia penat, bergelumang ngan meeting report bagai...


MAKANYA...



haha...*blum apa2 dah gelak* lepas gi ambik gambo kat kedai pagi tadi,,, sambil pegang2 tangan *tu pun nak cerita* tetiba aku cakap kat dia "bulan 4 kita gi jepun nak?" *aku cakap sambil pejam mata sebab aritu dia kata tahun 2013 takyah travel lagi sebab bulan jan depan aku akan travel. aku espek dia sergah aku*.. tapi.... dia kata "jepun?" sambil senyum2222... hahaha.. gua rasa nak pelok dia kat ctu gak sebab dia senyum2 sambil mata dia bersinar2 galak... hahaha...

sekian entry aku, eh, komen aku,,


berbalik kepada cerita ko ni, ya aku rasa mcm nak berkenalan ngan Mr Yuki ni...good info... tapi kalau kentut ni mesti dengar sebab bilik dia nampak mcm tak kedap bunyi... kbai...

pecah kaca
pcah gelas
sudah baca
harap _______

fill in the blank with the korek anse..

~BaYa~ December 15, 2012 at 9:39 AM  

Fatt..sambungan nye ngak ada ya?

jeri December 15, 2012 at 10:09 PM  

Firstly,bunyi kruk krak teringat rumah aku di kpg..
2)Teringat mula2 first day kerja dengan company jepun, semua Manager jepun tunduk kat aku masa sesi perkenalan..Aku pun pelik time tu... aku ni kuli cap ayam je.. fresh graduate pulak tu..
3)Fatt, kat hostel nak solat kat ne? kat tepi katil tu je ke kan? Takde masalah dengan islamfobia kan? ak tanya ni coz lepas ni.. first solo trip aku luar malaysia...

Fatt December 17, 2012 at 2:46 AM  

orga,
mmg baik orgnya. aku rasa semua guest dia treat camtu. untungnya ada tmpt tido pree kat jepun..mesti ko sep banyak kan?



irfa,
pulokkk! hahaha :P



fird,
dah jumpa kah gerangan hostelnya? yang mana satu agaknya?



none,
ni entry ke hapa ni? nasib baik entry aku lagi panjang kalau tak harus kena cerca. hahahaha :)))

korek anse yg mcm mana nak aku jawab sbb aku tak jumpa plak soalannya? *pang!!*

klu nak kentut tu lepaskan...paling2 pun hasben ko yg tpksa tahan bau. hehehe..aku mula pikir benda lain selain kentut..errr abaikan! kahkahkah



baya,
sambungan apa ya dong?



janggel,
hapa???



jeri,
aku suka dok umah kampung lelagi time hujan. efek bunyi air hujan yg jatuh atas zink tu mmg terbaiklah. silap2 tido berdengkur dibuatnya
2) kan..mesti ko konpius pasaipa dorg ni tunduk camtu..tapi mmg dorg sgt respek kat orang. kan bagus klu kita pun camtu
3) aku solat je tepi katil. dorg tgk je apa aku buat, tak kisahlah janji aku solat. tade plak dorg tanya sbb klu org yg biasa travel dia dah tau sbb dah mcm2 org pelbagai background yg dorg jumpa. tp aku slalu pakai stokin je sbb pakaian aku dah cukup syarat. jrg aku pakai telekung tp aku ada je standby in case baju aku tak bersih. islamfobia? tade pun. so far blom lagi aku jumpa. alhamdulillah.

shah_rule December 17, 2012 at 3:52 PM  

bestnye bestnye.. berangan nak g jepun tak sampai2 lagik la.. eii tiket train cam nak jalan jejauh mahal tak? ke lagi mudah naek flight je kat sane?? cam dari kyoto ke osaka berape lame?

leceh la hostel camni kene bukak kasut pakai kasut bukak kasut.. hehe sejuk ke time ko kat sane?

Fatt December 18, 2012 at 2:21 PM  

shahrule,
tade leceh la. aku rasa lagi bersih klu tak pakai kasut dlm umah. trompah ni pakai waktu ke bilik air dan pantry je..so not a big deal.

tiket tren sana mahal, tp klu ko naik shinkansen le..laju shinkansen ni mcm flight je aku rasa. dari tokyo ke osaka tu pun bleh buat tak smpai 3jam..walhal kalau naik kenderaan darat mau 7-8jam.

osaka-kyoto dekat je..dalam 40mins. tapi ko tak rasa sebab tran laju. klu naik shinkansen lagi cepat..tak silap aku dlm 10minit..cuma sediakan duit jela

ala ko dah keje doktor skrg ni..gaji pun lebat so no big deal lah nak ke jepun. book tiket pastu apply visa cecepat!

Wak Gelas™ December 18, 2012 at 3:58 PM  

salam cikfat yg jelitt tuuu,,

tetibe wak teringat masa wak training kat Kyoto Osaka tuuu, dh lama 22 tahun yg lampauuu..UUHuuuu

m.u.l.a.n December 20, 2012 at 4:50 PM  

woohhoo... bersih & kemas je kan tempat diorang ni... thaaannnxxx fatt for sharing... gila meronta hati nak ke kyoto..

Time Traveler Boy February 21, 2013 at 7:54 PM  

bro.. attach la sekali alamat guesthouse ni.. boleh aku try..

aizura m July 7, 2013 at 8:12 PM  

Kat tokyo ada hostel camni...Toco

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP