Japan On Budget : 500Yen Kyoto One Day Bus Pass

December 13, 2012

Di Kyoto aku cuma naik bas sebab lebih mudah dan direct berbanding subway. Berbanding Tokyo, subway di Kyoto cuma ada 2 line dan  kurang efisyen sebab kebanyakan stesen terletak jauh dari tourist attraction. Pendek kata kalau naik bas memang straight to the point ke tourist attraction dan tak perlu berbasah ketiak menapak.

contoh bus pass 500Yen

Kyoto City Bus One Day Pass
- Harga 500Yen (RM20)
- Guna tanpa had (unlimited rides)
- Sah untuk tempoh sehari

Tanpa pass, tambang perjalanan sehala 220Yen/110Yen (RM8.80/RM4.40) untuk dewasa/kanak-kanak 
Dengan bus pass, ride 3x dah balik modal. Berbaloi kan?

tarikh sah laku pass (yy/mm/dd) di belakang kad

Dalam entry sebelum ni aku penah cerita pasal bas di Kyoto yang naik dari belakang dan turun di depan (sebelah driver). Sistem di sini agak berbeza dari kebiasaan di mana penumpang hanya perlu membayar tambang bas sewaktu turun. Bagi yang menggunakan pass, pengunaan kali pertama saja perlu validate pass iaitu dengan memasukkan kad ke dalam slot di sebelah driver. Untuk trip seterusnya cuma tunjuk belakang pass pada driver sebab di situ tercatat tarikh sah laku (rujuk gambar di atas).

"Raku Bus" (no. 100, 101 dan 102) dikhaskan untuk pelancong ke temple-temple yang popular di sekitar Kyoto. Pengumuman bagi setiap hentian dibuat dalam bahasa Jepun dan Inggeris selain papan informasi yang menunjukkan nama hentian seterusnya dan kadar tambang mengikut zon.

diagram Kyoto City Bus (sumber)
Kyoto City Bus (sumber)

Walau bagaimanapun, pass ini hanya boleh digunakan di dalam zon yang dihadkan. Jangan risau, boleh dikatakan 90% dari tourist attraction terletak dalam zon bus pass. Bagi destinasi di luar zon seperti Arashimaya, penumpang perlu membayar perbezaan tambang di antara 230Yen-250Yen kerana lokasinya yang terletak jauh dari bandar.

Selain "bus pass", terdapat sejenis pass kombinasi bagi subway dan bas yang dipanggil "sightseeing pass". Pass ini membolehkan pengguna menaiki subway dan semua bas di sekitar Kyoto tanpa had (unlimited rides). Harga "sightseeing pass" untuk kegunaan 1 hari ialah 1200Yen (RM48) dan 2000Yen (RM80) untuk 2 hari. Kesemua pass boleh dibeli di mana-mana convenience store (Lawson, Family Mart dan sebagainya), kaunter informasi city bus, subway dan di Kyoto Station.

keratan peta menunjukkan nombor bas yang melalui setiap hentian

Untuk panduan laluan bas dan nombor bas di dalam zon, sila rujuk peta "Navi Bus" di link ini (kredit www.comp.nus.edu.sg). Peta ini juga boleh didapati dari kaunter informasi Kyoto City Bus di Kyoto Station atau dari hostel/hotel/guesthouse.
.

19 comments:

Orga December 13, 2012 at 3:04 PM  

tengok gambar pass dengan bus ni, rindu pulak aku dengan suasana kyoto, huhu...great info fatt!

none December 13, 2012 at 3:41 PM  

fatt,
aku dengan rendah diri memohon itinerary JAPAN mu ittew,,, *kalau nak bagi*

pecah kaca
pecah gelas
sudah baca
harap balas

Fatt December 13, 2012 at 3:57 PM  

orga,
aku suka Kyoto much much much muchhhh...Kyoto best kan? ko pegi musim ape?



none,
aku takde itin sbnrnya, just aku pegi mana kaki aku rasa nak pegi. contoh aku ada 4 hari kat Tokyo so aku leisure la pusing mana2 ikut mood & cuaca utk hari tu. simple je. aku mmg tak buat itin. just aku tau tarikh aku sampai, bila kena grak ke point B, dan bila tiket balik...tu saja.

none December 13, 2012 at 4:03 PM  

fuyooo,,, kagum aku ngan pengembara sejati ni... aku nak try travel mcm ni gaklah.. laki aku musti suka.

Fatt December 13, 2012 at 4:17 PM  

none,
ni ayat bodek ke apa? sesuatu sangat!

none December 13, 2012 at 4:26 PM  

sesuatu yang tak diduga, seringkali mendatangi kita, itulah soratan, atau kebetolan.. haha.. mana ada bodek,,

none December 13, 2012 at 4:36 PM  

serius, aku tak bodek... ikhlossss weh.. tulus, mulus, fulus.. eh?

Orga December 13, 2012 at 6:50 PM  

aku pun suka kyoto gak, much..much..much! aku pi time spring, bulan 5, x dapat tgk sakura, ni yg rasa nak merepeat lagi,hoho..

smoothiesices December 13, 2012 at 7:51 PM  

ohh missnye Kyoto.Naik bus tanpa had..ahhh..rindu Kyoto!
best bila tunggu and sambil tue tgk dia punya information Raku bus bergerak2.1st time perasan terus gayat...hehehe.Betapa punctual nye diorg punya bus..:)

Chawanna Na December 13, 2012 at 8:28 PM  

yep, kyoto memang lebih mudah diterokai dengan bus. Dan pass ni amat murah la kalau nk ikutkan.. aku juga seperti ko, Kyoto di hatiku :)

nash December 14, 2012 at 12:19 AM  

none ni taktik ke hape pantun 4 kerat dia? hahaha! tp bagus gak sbb dia tanye soalan psl kos, aku segan nak tanye..haha. Fatt, ko punye kos 12 hari dlm +-rm2500 je?? aku kagummmm.
cerite la lagi..lagi..lagi.. =D

Fatt December 14, 2012 at 12:39 AM  

none,
aku *pang* jgk ko ni karang. hahaha..sembang je pi cepat booking tiket! aku cabar ko ni. bln 4 ni ko tak tunjuk kat aku gambar ko guling2 hindustan bawah pokok sakura siap ko...siap!!!



orga,
alaaa yeke!! tu yg highlight pun. takpe takpe...aku suggest ko pegi time autumn..cantik gila aku tak tipu. beza tau autumn kat cni dgn Oz & NZ (2 ni jelah aku pnh tgk autumn). lawa sangat subhanallah!



smoothiesices,
berbelit aku nama ko ni..smoothie je oke? gayat tu klu yg aku paham mksdnya takut tmpt tinggi. gayat camne tu ko mksdkan? aku rasa mgkin ko nak ckp kagum...agaknya. yezza papan display tu mmg baguih sbb dia bgtau bas tu kat mana..teknologi sangat!



na,
terima kasih jgk pd ko sbb suruh aku naik bas. aku rasa naik bas mmg senang sbb direct terus ke mana2 tmpt. hmmm..apa lagi, Kyoto 2014? :)



nash,
kwn ko ke si none ni? ko nak segan ape, tanya je..aku nak hrpkan rajin taip travelog tu ntahla kan..sampai ayam bertanduk pun blum tentu citer aku nak habis. ikutkan ground expenses aku 1.2k je..tapi aku guna 300 emergency cash aku..so total ground expenses aku 1.5k...tolak tepi bas & flight la kan. klu aku beli Jrail pass sah2 1.1k dah terbang. aku rasa planning tu penting, klu masa ko terhad, just fokus tmpt mana ko nak pi sbb satu2 tmpt tu pun ko takkan puas utk 3hari...Kyoto apatah lagi...aku suka Kyoto :)

Farikica December 14, 2012 at 2:25 AM  

kalau nak banding dngn kemahalan kat jepun ni, memang rm20 sngt berbaloi...

He..he..klakarlah citer guest house yg berlari2 tu... kite pon penah gak terjadik cam tu, tp bukan nak check in, nak kejar transport..ha..ha.. mcm2 transport, kapal terbang, kapal, bas dan sebagainya... rasa nak tercabot nyawakan..?

m.u.l.a.n December 14, 2012 at 7:58 AM  

rasa meluap2 nk pergi ni... tqs fatt for sharing your journey ni.. sangat2 seronok baca...!!!!

Hulubalang December 14, 2012 at 9:43 AM  

aku x paham la...500yen = rm20 tp 220yen = rm4.4?? err boleh cik fatt terangkan x? hehehe...

aku nak kire belanjawan 2013 ni...

nash December 14, 2012 at 11:46 AM  

aku tak knl sape none si anon tu, aku perhatikan je komen2 ko ni...haha. Kyoto ye, ok, nnt aku mulekan research! cam menarik betul cerita2 ko ni, haha! thanx for the tips Fatt! :)

Fatt December 14, 2012 at 2:20 PM  

farikica,
betul. mmg berbaloi beli tiket ni sbb mmg confirm akan naik lebih dari 3x.

hehe..byknya u berlari. tapi sempat naik tak? :)


mulan,
akak nak pegi Jepun ke? wah bestnya. sure jatuh hati punyelah. confirm!


hulubalang,
aku guna rumus penaaklukan mantik ni tu pasai dapat diskaun. lol :)))
halah halah...aku dah tukau..makasih



nash,
gigih dia buat akaun nama none. aku rasa aku tau dia ni sapa. dari gaya komen tu aku bleh agak sape. ko nak pegi Kyoto ke? aaaa bestnya..kim salah kat Geisha! #tetiba

none December 14, 2012 at 3:04 PM  

holaaa,,,
namaku diseru2...
fatt.. ko kenal aku?
waaaaa.... mak larikkkkkkk

Adyani Iman Al-aydrus November 25, 2013 at 4:22 PM  

sugoi......=)
salam ..nak tnye skit brapa kos kalau nk holiday kat sane dlm masa 10hari??minimun kos... ^_^

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP