Payung 500Yen

December 05, 2012

Cerita 2 minggu lepas. 

Pagi tadi lepas check-out dari Mundo aku dan jiran katil bawah pegi ke Nijo Castle yang jaraknya cuma sekangkang kera dari hostel. Mulanya kami masih boleh tolerate dengan kadar hujan yang turun tapi oleh kerana terlalu konfiden akhirnya kami berdua basah kuyup.

Lepas menggigil-gigil bayar 500Yen/RM20 untuk sekaki payung kami menyambung misi ke Arashimaya. Dalam banyak-banyak hari yang aku habiskan di bumi Nihon, inilah kali pertama hujan turun takde ampun. Selalunya sekejap-sekejap, kadang tu rintik-rintik, takpun kucing-anjing (cat-dog). Aku memang rasa ralat sebab terlupa bawak baju hujan dengan payung lipat, walhal dua barang tu dah lama aku prepare sebelum ke sini. Pfft!!!

Dalam perjalanan pulang dari Arashimaya kami duduk di seat belakang bas. Sepatutnya kami turun di hentian A tapi oleh kerana tak sempat ke depan* jadi kami turun di hentian seterusnya. Lepas berjaya turun barulah aku perasan yang payung mahal aku tertinggal dalam bas. Huwaaaa!!

*di Kyoto naik bas ikut pintu belakang & turun ikut pintu depan

Agaknya mungkin muka aku dah serupa tempe basi jadi jiran katil bawah pun offer payung 500Yen hak dia free of charge. Aku geleng kepala sebab payung 500Yen yang dia beli bukan jenis transparent macam yang aku beli. Pada aku payung transparent tu special, sebab payung tu sinonim dengan Jepun. Payung transparent = Jepun. Pehe?

[image] payung transparent 500Yen

Nak dijadikan cerita, malamnya selepas selesai urusan check-in dan mandi-manda, aku ke Lawson 100Yen yang terletak di hujung simpang. Niat asal nak beli krim pelembap sebab kulit aku dah kering sampai tergaru-garu macam err.... Sape yang penah ke Jepun mesti tau betapa sorga (heaven) nya kedai 100Yen ni. Bagi yang belum pernah dan bakal ke Jepun, sila mark kedai 100Yen sebab kat sini semua harga sama tak kira besar mana barangnya. Eh apsal bunyik semacam je ayat ni? Hahaha

technically barang-barang dalam ni 105Yen, bukan 100Yen

Jadinya aku pun seronok la perabih duit kat sini dan tetiba nampak payung transparent yang sama tapi harga 105Yen. Teringat balik kat payung 500Yen yang tertinggal dalam bas tadi, sedih. Dahla mahal, baik aku beli lagi satu buat kenang-kenangan. Jadinya aku pun amiklah payung tu dan terus beratur nak bayar.

Aku rasa hepi semacam sebab dapat bali payung yang sama tapi lebih murah berganda-ganda. Hebat kan kedai 100Yen ni? Kihkihkih. Bila sampai depan pintu hostel tiba-tiba aku rasa macam ada benda yang tak kena. Iskk apesal aku rasa tak sedap hati ni ek?

Aku tepuk dahi. Rupa-rupanya aku belum bayar lagi payung transparent ni!!! Elok plak tersangkut kat tangan kiri aku. Nak tahan gelak. Ah, takleh tahan. HAHAHAHAHAHA. Sumpah aku tak sengaja. Anggaplah ni payung ganti yang tertinggal dalam bas tadi.


ps : sebenarnya aku dah balik 2 minggu tapi malas gila nak sentuh blog. apapun terima kasih pada yg tinggalkan komen dalam entry sebelum ni dan email. nanti aku akan reply. sumimasen!
.

16 comments:

m.u.l.a.n December 5, 2012 at 6:06 PM  

best best... macam2 pengalaman dapat... tqs for sharing fatt..!!! take care..

missSenget December 5, 2012 at 6:21 PM  

kedai tu xde bunyik2 ke kalo keluar tak bayar lg barang..?

ahahaha..

aduhaii...

John December 5, 2012 at 6:24 PM  

hai...pendeknya. malas ke? hahahah

Janggel / Rain December 5, 2012 at 7:27 PM  

Aku siap beli dua bubuh dalam lugage check in bawak balik malaysia. nasib boleh bawak dua je

Chawanna Na December 5, 2012 at 7:45 PM  

Hahaha payung transparent harus dibawa balik. Aku sebenarnya rasa sayang sgt nk tingal payung tu, walaupun aku beli tak sampai 500 yen, aku gigih selit2 celah beg, janji lepas masuk cabin hahahah..kini ia masih kekal dlm simpan..cewahh..

Kedai 100yen memang best, tp aku tak sopink sgt menda2 dlm tu, mcm takde apa yg aku nk beli je..

gadisBunga™ December 5, 2012 at 7:59 PM  

takpe. tuan kedai tu kompem dah halalkan. heheheh!

Fatt December 5, 2012 at 8:41 PM  

mulan,
best daat payung free..huhu



miss senget,
klu ada bunyik sure aku tau aku tak byr lagi..aku siyes without intention nak amik..huhu..

so aku rasa takde alarm la kot sbb payung tu bleh lepas camtu je..huuhuu :P



john,
skrg aku into taip pendek2.kekeke



janggel,
ada had ke bleh bawak berapa? aku sumbat 1 je..patutnya 2, tapi dah tertinggal dlm bas T__T



na,
nostalgia kot payung tu..mmg ada kat mesia tapi susah nak jumpa. ko beli berapa? 450Yen? tapi siyes payung mahal gile kat sana..rasa nak guling2 je waktu membayornye

aku sopink makanan le..musim sejuk ni asik lapo memanjang..hihihi



gb,
tuan kedai tu dah cukup kaya..takpe.haha

Biqque December 6, 2012 at 12:34 AM  

huih aku gigih tu bawak balik payung tu! aku beli 300yen! mmg maki2 la beli terpaksa sbb tu kena jugak bawak balik. dah la cun! hehehe!

tapiiiiii jgn tak sangka, kat daiso kedai rm5 kat mesia dah ada payung tu! aku rasa dengki jer sapa beli kat situ. tak pasti sama brand ke tak...aku nyer ada tulis APO kat tangkainyer...ko nyer tulis apa?

Anash December 6, 2012 at 8:06 AM  

Apa ?
kedai Daiso ada payung itu?
(terus masuk dalam wishlist-percutianmewah-'Ke Kedai Daiso demi payung")

lagi ??? payung je?

Rawi Sanra December 6, 2012 at 9:26 AM  

Teranti-nanti entry seterusnya, finally!

1. Bulan lepas pun ada beli payung 8000won kat Korea, payung yg sama, tranparent, haha, lebih kurang je kot harga dia bila da convert, haha

2.Kalau kat Jepun ada kedai 100yen, kt UK ada kedai 99P, situ pun heavennnnnnnnn!Coklat 3 harga 1paun je..



Virtual Writer December 6, 2012 at 9:33 AM  

Penah jumpa payung transparent dekat tesco. Hihii

azanov December 6, 2012 at 10:21 AM  

betul la tu. kat Daiso (selalu kat Jusco) ada jual mcm2 pattern RM5 shj.. actually, brg2 kat kedai 100yen tu kbykn nye made in china, sama la mcm kt Daiso, sama la kat kedai RM2. brg china je slalu boleh dpt harga tak masuk akal gituh...

aku mmg guna payung transparent daiso tu, stakat ni ok, tahan gak, belum rosak lagi. seronok tengok atas melalui payung nih.. =)

Fatt December 6, 2012 at 10:52 AM  

biq,
ko beli sbb ujan ke ape? aku klu tak sbb dah basah kuyup sampai gigil2 mmg tak koser aku nak beli..bleh dapat seketul fridge magnet tu klu harga camtuh

APO? kat Daiso ada? binawe! ah takpe..kita punya payung beli kat Jepun..tak sama! tak sama! lol! err aku nye yg hilang tu ada tulih APO..yg baru rembat ni tade..aci ke?



kak anash,
macam tajuk cerita Doremon..cer baca ikut intonasi..keke...err, sy rembat payung je kak..tak sengaja tu...huhu



rawi,
punye malas nak sentuh blog..hehe..sindrom post-travel
1. klu 8000won lebih kurang rm24 ke? dah lupa conversion camne
2. uk blum sampai lagi tp slalu dgr org cerita benda yg sama. dlm tu brg2 made in china ke?



v.w,
hahahaha...tapiii..payung ni bwk dr jepun. muahahaha (taknak kalah). gurau je ;P



azanov,
aah..btoi..brg2 made in china. aku masuk dlm tu dok usha brg mknan je..mcm air kotak yg besar tu 105Yen..mmg bestla. nasik instant pun sama. klu masuk kedai biasa nasi instant tu agak mahal gak..dlm 150-200Yen

apapun, payung transparent mmg best kan? hehehe

Rayyan Haries December 6, 2012 at 11:22 AM  

haha..tu rezki namanya makcik... bukan ko sengaja kan.. :P

murah lah gak kan 100yen walaupun 4 hinggit duit kita... memang kedai ni lagi target gue gi jepang nii..haha

Biqque December 6, 2012 at 9:01 PM  

haah! aku beli sbb hujan ok! kalo tak, tak kuasa aku! kongsi dua orang, lomantik sgttttt! hahaha!

Fatt December 7, 2012 at 12:47 AM  

rayyan,
aku kdg2 ralat jgk sbb terambik..aku hrp tuan kedai tu halalkan. huhuhu



biq,
dengki. terpaksa cari pakwe buat modal nak berkongsi payung. kekekeke

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP