Tanah Jawa : Dari Bromo Ke Semarang (Part 9)

December 22, 2012

Eh belum abis lagi rupanya cerita ni. Lebih baik aku habiskan sebelum new year. lol :)))

Sambungan dari Episod 8.

Hari Ketiga : 17 September 2012 (sambungan)

Sampai saja di hotel kami ada masa lebih kurang sejam sebelum check-out dan waktu yang singkat ini digunakan sebaik-baiknya untuk mandi dan berkemas. Sarapan pagi termasuk dalam pakej jadi kami tak perlu keluar sesen pun (jimat!) cuma pilihan sarapan agak terhad iaitu di antara nasi goreng dan roti bakar.

Perjalanan ke Surabaya dari Bromo mengambil masa selama 3 jam melalui Probolinggo (Bromo ke Probolinggo 1 jam, Probolinggo ke Surabaya 2 jam). Memandangkan perkhidmatan supir tamat di Surabaya jadi kami mintak dia hantarkan sama ada ke Stesen Keretapi Gubeng atau Stesen Bas Surabaya untuk menyambung perjalanan ke Semarang. 

Aku tinggalkan Bromo dengan sebuah senyuman kerana hajat yang aku simpan sejak dari kunjungan yang pertama telah pun terlaksana. Hajat itu tak lain tak bukan ialah untuk melihat Bromo dalam cuaca yang baik dan berdiri di tebing kawahnya. Semuanya telah tertunai, alhamdulillah. Walaupun tak dapat "awan gantung" tapi oklah, lagipun aku dah tak sanggup nak pegang title Hajjah Bromo untuk kali yang ketiga. Hahaha


Cuaca pada pagi itu memang nyaman jadi aku pun membuka tingkap kereta sambil bermain-main dengan angin macam Hussin. Sesekali jadi budak buat aksi ikan lumba-lumba memang layan. Biarkan fikiran melayang, tak perlu risau tentang apa-apa. 

Tiba-tiba supir menunjuk ke suatu arah sambil memperlahankan kenderaan. Aku terus berganjak tempat duduk dari kiri ke kanan dan cuba melihat apa yang dimaksudkan. Eh, ape tu? Rumah Masa Depan??? Garu kepala.

perhatikan tulisan Arab dan Hindu pada pintu gerbang
Lambat aku menangkap maksud di sebalik tulisan yang terpampang pada pintu gerbang yang terletak di atas bukit tu. Disebabkan aku agak lampi jadi supir bagitau yang tempat itu sebenarnya adalah kawasan perkuburan. Rumah Masa Depan = Kubur. Logik kan? Kreatif jugak dorang ni. Cuma agak ralat sebab kawasan perkuburan itu bercampur di antara Hindu dan Islam. Erm...

Perjalanan diteruskan dan bila tiba di satu selekoh aku mintak supir berhenti sebab nak ke pejabat pos. Aku dan pejabat pos memang tak boleh dipisahkan. Walau ke mana sekalipun aku mesti akan singgah untuk satu tujuan penting iaitu menghantar poskad. Dulu aku tak berpeluang menghantar poskad dari sini jadi kali ini aku terpaksa tebus. Poskad berlatar belakangkan Bromo sempat aku beli di kedai runcit tak jauh dari hotel jadi aku cuma perlu dapatkan setem. Harga setem dari sini ke Malaysia ialah Rp5,000.

Kalau ikut rancangan asal sepatutnya kami singgah di Air Terjun Madakaripura tapi aku cakap pada Fiza yang aku betul-betul surrender sebab aku dah tak sanggup nak menapak. Kalau dekat takpelah jugak tapi menurut supir kami perlu trekking hampir sejam untuk ke sana. Itu baru sehala, kalau pergi balik dah tentu 2 jam (kalau supir kelentong korang pun kena kelentong lah ye). Aku tak sanggup sebab penat menapak ke Kawah Bromo dan Ijen masih belum surut, ada hati nak trekking lagi? Lupakanlah. Lagipun perjalanan kami masih jauh. Aku taknak sampai ke Semarang lewat malam. Bear in mind that journey from Surabaya to Semarang will be about 8 deadly hours! So kami takde pilihan melainkan terpaksa let go.

autumn in Probolinggo?
air terjun Madakaripuri dari kejauhan

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 menjadi 3.5 jam disebabkan macet. Kami tiba di Surabaya sekitar jam 1.30 tgh/h dan terus mencari bas ke Semarang. Sayangnya sewaktu kami sampai basnya penuh jadi kami berlari pula ke Stesen Keretapi Gubeng untuk mencari tiket ke destinasi yang sama. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari kaunter pertanyaan, tiket keretapi dari Surabaya ke Semarang ialah Rp195,000 dan harga ini sama untuk kelas bisnes dan ekonomi a/c. Maklumat tambahan yang lain ialah keretapi ke Semarang bertolak dari Stesen Pasar Turi dan bukan dari Stesen Gubeng. 

Setelah berbincang akhirnya aku dan Fiza mengambil keputusan untuk menaiki bas memandangkan ia lebih murah dan estimated time arrival pun lebih kurang sama macam keretapi. Untuk makluman semua, bas ke Semarang bertolak dari stesen bas Bangrusih dan terdapat 2 jenis bas iaitu ekonomi dan Patas. Perbezaan di antara kedua-duanya ialah bas Patas lebih pantas, tak berenti sesuka hati, lebih selesa sebab ada ekon (atau acer/aser bak kata orang sini) dan reclining seat. Bas ekonomi adalah sebaliknya. Harga tiket bas Patas ke Semarang ialah Rp65,000 dan ia 3 kali ganda lebih murah berbanding tiket keretapi.

Konsep bas di sini ialah bayaran tiket dibuat semasa berada di dalam bas. Destinasi lain mungkin boleh direct terus ke kaunter tiket tapi berbeza sedikit untuk Semarang. So bila sampai saja di stesen bas boleh terus ke platform bas Semarang. Memandangkan konsep bas Semarang yang semacam ini, maka tempat duduknya pun sesuka hati. Dari pengalaman aku menaiki bas di Indonesia, disarankan cari tempat duduk di tengah atau di belakang sebab dorang bawak laju (you don't want to be a statistic!).

stesen bas Bangrusih

Berbalik pada cerita. Dari stesen bas kami ke stesen keretapi dan selepas berbincang kami amik keputusan untuk menaiki bas. Memandangkan trip bas seterusnya yang agak lama jadi kami pegi mengisi perut. Aku dah lupa nama warung yang kami singgah tapi aku masih ingat yang aku makan bertambah. Lantaklah makan 2 pinggan sekalipun sebab aku memang lapar. Pelik jugak walhal breakfast tadi habis sepinggan nasik goreng aku bedal. Kahkahkah. Bela hantu raya agaknye. Ikutkan hati memang takut kalau-kalau perut meragam waktu dalam bas tapi alhamdulillah takde pape. 

Kami meninggalkan Surabaya pada jam 4ptg dan keseluruhan perjalanan ke Semarang lancar melalui jalan persekutuan (takde highway). Cuma agak bosan duduk dalam bas untuk tempoh yang panjang sebab tak macam keretapi yang boleh jalan ke depan ke belakang. Mulanya kami duduk di belakang tapi beralih tempat sebab ada mangkuk yang hisap rokok dalam bas. Kalau tingkap bas boleh bukak takpelah jugak. Takde sivik langsung!

Disebabkan bas Patas tak berhenti sesuka hati jadi aku mengalami tempoh yang agak menyeksakan sebelum sampai ke hentian R&R. Aku masih ingat yang aku asyik berulang-alik ke depan mintak driver pit stop ke tandas tapi haram tak berenti. Nasib baik tak terburai kalau tak matilah. 

bas Patas

Hentian R&R yang dimaksudkan bukanlah seperti apa yang korang bayangkan (R&R plus highway) tapi lebih kepada hentian di sepanjang jalan menuju ke Pantai Timur melalui Gua Musang. Cukup basic tapi masih lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas, surau dan kantin.   

Selepas urusan kecil kami berdua berdiri di koridor sambil menunggu pintu bas dibuka dan tiba-tiba datang konduktor bas dan dia menyuruh kami masuk ke kantin. Tercengang-cengang jugak bila kami disuruh makan tapi selepas tu barulah kami tau yang rupa-rupanya tiket bas ini termasuk dengan kupon makan. Mula-mula aku tak percaya tapi lepas tanya 2-3 orang penumpang barulah percaya. Macam mana nak percaya sebab tiket bas ni dah terlalu murah siap termasuk pakej sepinggan nasik berserta lauk yang mewah dan secawan teh panas. Ini cukup bagus! Syukur alhamdulillah rezeki :-) 

*lauk mewah bermaksud ayam, ikan, sotong dan udang

dalam kantin
boleh jadi korang tak caye jadi aku amik gambar
Kami berdua asik tersengih-sengih bila duduk di meja. Nasik berserta lauk mewah dan teh panas yang terhidang di depan mata terasa bagaikan gurauan April Fool. Berkali-kali aku cakap pada Fiza yang aku tak percaya. Bimbang jugak kalau terkena scam tapi kata orang tak baik buruk sangka. Rezeki Allah dah bagi terima jelah. Walaupun benda ni percuma tapi rasanya memang sedap. Bukan sebab aku ni jenis tolak batu dan kayu tapi maksudnya walaupun percuma takdelah orang tu masak sambil lewa. Dengan ini bermakna genap 4 pinggan nasik yang aku makan untuk hari ni. Hehehe

Perjalanan diteruskan dan kami sampai di Semarang lebih kurang pukul 12.30pg. Memang tak bagus sampai di tempat asing lewat malam tapi disebabkan kami datang berdua so kurang sikit cuaknya. Apapun aku puji sikap konduktor bas yang sangat prihatin. Dia risau bila kami cakap nak pegi ke bandar dan suruh kami menginap di guesthouse yang terletak di hujung stesen bas. Tapi disebabkan kami dah menyalin alamat hotel jadi terpaksa kami menolak. Tak cukup dengan itu dia menolong kami dapatkan teksi. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baiknya, aminnn.

Tapi bukan semua orang berhati bersih macam konduktor bas tadi sebab pemandu teksi yang kami naik ni rupanya mata duitan. Tambang teksi untuk perjalanan yang tak sampai 10minit pun nak caj sampai Rp60,000. Ape kejadahnye? Mungkinlah rate tengah malam tapi masih tak logik. Itupun dia nak menipu kata jarak hotel kami ke airport hampir sejam dan nak semelih sampai Rp80,000. Aku gelak-gelak je waktu dengar dia putar belit walhal dalam hati rasa nak backhand. Ape dia ingat aku tak buat research berapa jauh jarak dan harga teksi ke airport? Puiii

after having rough days you'll need a good rest

Sebagai penggulungan kami memilih untuk tinggal di tempat yang lebih selesa iaitu Quest Hotel. Sekali-sekala reward diri sendiri apa salahnya. Harga bilik ini untuk semalam cuma USD28 (w/o breakfast) melalui Agoda dan walk-in RM120 (termasuk breakfast). Masih murah dan sangatlah murah kalau dibandingkan dengan kos menginap di bilik dorm di Jepun.

Apapun yang penting malam tu aku tido lena sebab dapat hot shower, tilam dan bantal yang empuk tapi yang tak syoknya esok dah nak balik. Back to reality. Nyampah.


bersambung....
.

8 comments:

~~zana@pb~~ December 22, 2012 at 8:13 AM  

Rajinnya menulis entry lengkap mcm ni, kalau kakpb....main skip je...ehehe. Risau betul kalau naik bas nak terkucil kan? driver prihatin takpe. Kakpb paling risau kalau nak kebilik kecil bila jln2 mcm ni.

Sekali sekala menempuh cabaran mcm ni mmg menarik, akak suka sgt. Hari tu pergi Bandung, kakpb naik ojek dgn hubby...hoho..dah mcm Bandung asli.

missina December 22, 2012 at 10:49 AM  

baca pun dh bleh bygkan betapa penatnya travel camtu,,huhu,,tp adventure ek,,;)

Orga December 22, 2012 at 12:19 PM  

aku pun macam tak percaya bila ko cakap beli tiket bas sekali dengan pakej makan..kalaulah bas dekat sini cam gitu, baru seronok sikit nak balik kampung, heheh...

Kak Mahh December 22, 2012 at 5:34 PM  

Tengah malam sampai di tempat orang memang cuak....alhamdulillah selamat semuanya.

Leena RB December 22, 2012 at 9:51 PM  

First time dgr naik bas tiket skali ngan mkn kan..impress nye hee

anggerik desa December 23, 2012 at 7:28 AM  

Sampai 4 pinggan....wahhhh...HEBAT...nak terkucil tp bas tak berhentiii...lehhh batu karang giteeewwwww!!!Sib baek perut ko gagah fatt....Anggerik Jaja..

Fatt December 23, 2012 at 7:54 AM  

kak pb,
akak naik ojek ke kat Bandung? cayalah :)
aah kak, sy mmg pesen tulis pjg2, dah terbiasa. sy mmg tensi betul masa tu sbb drebar tu kata nak benti tapi tak jgk benti. tensi. nasib baik tak terburai..huhu


missnina,
penat tapi seronok. hehehe :)


orga,
itulah..aku pun risau takut2 scam ke..tetiba mintak Rp100,000 mati aku. tapi betullah, klu bas kita kasik nasik lemak & air mineral pun aku dah hepi. tul tak?


kak mah,
serik dah sampai malam. mmg kena semelih


leena,
kalau bas kat mesia pun wat camtu aku rasa ramai org beratur nak naik


anggerik jaja,
gagah ko kata..senak tau. ye aku mmg gagah klu tgh lapar. nasib baik aku ni tak simpan lemak

Zane Anthony May 1, 2014 at 10:42 PM  

nice post! rumah masa depan berarti kuburan, tapi tulisan disana itu bukanlah tulisan hindu, melainkan tulisan jawa. so, bahasa jawa mempunyai alpabet sendiri.

Next time, karimunjawa islands in northern part of semarang.

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP