Tanah Jawa : Semarang (Part 10)

December 23, 2012

Episod akhir. Sambungan dari Episod 9.


Hari Keempat : 18 September 2012

Hari yang baru dan juga hari terakhir kami di Tanah Jawa. Kami bangun pagi semata-mata nak makan sarapan dan balik semula ke bilik dan tumbang. Sarapan di Quest Hotel agak lumayan dan memuaskan hati. Yang pasti perut aku dapat bertahan sampai ke petang.

Selepas check-out kami ada masa lebih kurang 4jam untuk meninjau sekitar pekan Semarang sebelum bertolak ke airport. Sebenarnya takde apa yang menarik di sini kerana Semarang lebih terkenal sebagai jumping point ke Pulau Karimunjawa. Di antara tempat-tempat yang menarik di sekitar Semarang ialah Lawang Sewu, Kota Lama, Gereja Blenduk dan Masjid Agung yang terkenal dengan menara tinjaunya (sky tower). Disebabkan populasi entnik Cina yang besar di Semarang maka banyak tokong telah dibina. Sam Poo Kong (Gedung Batu) dan Tak Kak Sie adalah contoh tokong-tokong yang terkenal di Semarang. Difahamkan bahawa Sam Poo Kong dibina semasa kedatangan Laksamana Cheng Ho yang juga terkenal dalam hikayat sejarah Tanah Melayu.

Oleh kerana lokasi Quest Hotel yang terletak di tengah-tengah pusat bandar jadi agak mudah bagi kami untuk ke mana-mana dengan berjalan kaki. Dengan masa yang agak terhad kami terpaksa memilih lokasi wisata yang berdekatan iaitu Kota Lama dan Gereja Blenduk. Untuk sampai ke sana kami harus melalui Pasar Johar.

Seperti kebanyakan pasar di Malaysia, peniaga-peniaga di Pasar Johar menjual barangan kegunaan harian seperti bahan mentah, sayur-sayuran dan buah-buahan. Terdapat juga seksyen yang menjual barangan keperluan lain seperti perkakasan rumah dan peralatan elektrik. Bagi yang sedang mencari periuk nasi portable bolehlah mencari di tingkat atas Pasar Johar sebab harga di sini jauh lebih murah berbanding yang dijual di Malaysia.

*di sini harganya Rp120,000 (lebih kurang RM40) sedangkan di Malaysia mencecah RM150 sebuah!

membaca itu jambatan ilmu
kebanyakan peniaga di Pasar Johar terdiri daripada kaum wanita
beca masih lagi popular di Semarang
Setelah berpuas hati dengan hasil tangkap kami pun menuju ke Kota Lama yang cuma sepelaung jaraknya. Kota Lama juga dikenali sebagai Outstadt merupakan tinggalan kerajaan Belanda pada abad ke-19 iaitu sewaktu era penjajahan Belanda. Ia terletak di Jalan Leftenan Jeneral Suprapto yang juga merupakan lokasi Gereja Blenduk.

Kota Lama juga diberi gelaran "Little Netherlands" kerana di sinilah letaknya lokasi bangunan-bangunan kolonial Belanda walaupun jumlahnya tidaklah banyak. Pada pemerhatian aku tempat ini sepertinya sudah nyawa-nyawa ikan. Agak sayang kalau bangunan bersejarah ini tidak dijaga atau sekurang-kurangnya diberi nafas baru (di cat) untuk menonjolkan kecantikannya.

Aku jugak perhatikan yang beca masih menjadi pengangkutan yang popular di Semarang walaupun terpaksa bersaing dengan angkot, bas dan teksi. Masih ramai yang memerlukan khidmat beca untuk ke sana-sini dan ini menunjukkan bahawa perkhidmatan beca masih diperlukan. Aku rasa orang yang mengayuh beca memang cekal. Walaupun terpaksa mengayuh jauh dan membawa penumpang yang berlainan muatan, mereka tak berputus asa untuk terus bekerja dan mencari rezeki.

kenderaan beroda tiga ini belum lapuk ditelan zaman walaupun terpaksa bersaing dengan angkot, bas dan teksi
kenderaan angkot juga popular di Indonesia 
basikal tua
Di hujung Jalan Leftenan Jeneral Suprapto ini letaknya Gereja Blenduk yang menjadi bukti pengaruh agama Kristian di Semarang. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1753 dan masih kekal sehingga sekarang. Sebenarnya Jalan Leftenan Jeneral Suprapto tidaklah sepanjang yang disangkakan jadi jangan meletak harapan yang terlalu tinggi dan membayangkan kawasan ini seperti di Melaka.

Gereja Blenduk

Dari sini kami berjalan menuju ke pejabat pos yang terletak di Jalan Pemuda. Apa lagi kalau bukan untuk menghantar poskad. Aku tak pasti sama ada aku yang terlepas pandang tapi aku langsung tak jumpa kedai yang menjual poskad. Disebabkan itu aku terpaksa berpuas hati dengan pilihan yang ada walaupun gambarnya tersangatlah buruk. Tak keterlaluan kalau aku cakap yang gambar aku amik lagi cantik kalau dibuat poskad. Aku tak bermaksud nak perasan bagus tapi aku cuma bandingkan di antara yang buruk dan lebih buruk. Aku sedar gambar-gambar yang aku amik memang buruk pun. Huhuhu

Sekeping poskad dari Semarang ke Malaysia memerlukan setem Rp5,000. Harga poskad aku dah lupa tapi rasa-rasanya Rp1,500 - Rp2,000 sekeping dan poskad ini aku beli di pejabat pos.

Oleh kerana masih ada sejam sebelum berangkat ke airport jadi kami amik teksi ke Lawang Sewu yang terletak di hadapan bulatan Tugu Muda. Lagi sekali jangan terlalu meletak harapan yang terlalu tinggi sebab takut nanti kecewa. Kunjungan ke sini akan lebih bermakna dengan khidmat tour guide sebab bangunan ini menyimpan banyak sejarah kerana pada suatu ketika dulu ia pernah digunakan sebagai sebuah stesen keretapi dan penjara. Tanpa tour guide, tempat ini tak lebih dari sekadar bangunan usang yang banyak pintu, tiang dan tingkap yang menggerunkan. 


Lawang Sewu adalah perkataan Jawa yang bermaksud 1000 pintu (perkataan "lawang" dalam bahasa Banjar/Kulaan juga bermaksud pintu). Aku tak kira sama ada betul pintu 1000 tapi secara kasarnya boleh nampak pintunya banyak. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1919 dan dahulunya merupakan sebuah stesen keretapi sewaktu pemerintahan Belanda. Buktinya dapat dilihat pada gerabak keretapi yang diletakkan di perkarangan Lawang Sewu. Namun begitu bangunan ini telah diambil alih oleh tentera Jepun sewaktu pemerintahan mereka dan telah menukar fungsi bangunan ini kepada penjara. Sewaktu tentera Belanda menawan kembali Semarang, mereka telah merampas semula bangunan ini dan mengorek terowong rahsia dari salah satu bangunan menuju ke tengah kota.


Suasana di sekitar bangunan Lawang Sewu agak sunyi dan menakutkan. Ini kerana ia pernah digunakan sebagai penjara dan bangunan ini juga telah menyaksikan banyak nyawa yang terkorban. Menurut penduduk setempat, bangunan ini menyimpan kejadian aneh dan misteri yang tidak boleh diterjemah dalam bentuk sains. Kami sempat naik ke bahagian atas tapi tak berani nak merayau sesuka hati sebab tak ramai pengunjung pada waktu tu. Perasaan yang sama aku rasakan sewaktu meninjau-ninjau penjara Toul Sleng (S21) yang dahulunya merupakan bangunan sekolah yang telah diubahsuai untuk menyeksa rakyat Kemboja.

Lawang Sewu
a long narrow corridor that look spooky 

Dari Lawang Sewu kami ke deretan kedai berhampiran untuk mencari kalau-kalau ada souvenir yang boleh di bawa balik tapi setelah puas menyelam kami hanya terjumpa sebuah kedai t-shirt. Pilihannya terhad dan harganya jugak sedikit mahal jadi kami skip jelah. Sementara menahan teksi untuk balik ke hotel kami ternampak signboard ini. Aku rasa advertisement ni agak overst, seolah-olah pegi ke Mekah tu macam pegi berjalan-jalan ke Eqypt contohnya. Wah Eqypt, aku nak pegi Eqypt ke tahun depan? :-)

tak sangka rupanya aku ada bisnes kat cni :-P

Sampai saja di hotel kami amik beg dan sewa MPV kepunyaan hotel untuk ke airport. Tambang ke airport cuma Rp40,000 dan perjalanan memakan masa lebih kurang 25 minit termasuk macet. Jangan lupa simpan sedikit cash di tangan untuk bayar airport tax Rp100,000 (antarabangsa) dan Rp30,000 (domestik). Penerbangan dari Achmad Yani Airport Semarang ke LCCT berjalan dengan lancar dan alhamdulillah kami selamat tiba di bumi Malaysia 2jam kemudian. 

Dengan ini tamatlah travelog Tanah Jawa (Ijen-Bromo-Semarang) dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca rapikan aku yang berjela-jela. lol :-)
.

17 comments:

Mie December 23, 2012 at 7:42 AM  

Lawang sewu tu Seribu Pintu lah Fatt...

Fatt December 23, 2012 at 7:48 AM  

mie,
wargghhh...inilah padahnya tak tido sbb menaip blog =__=
terima kasih encik mie :D

~~zana@pb~~ December 23, 2012 at 7:55 AM  

Nak tanya, kenapa nama blog Backpackers Busuk? Entry dlm blog ni ok, tak busuk pun...hehe...terperinci dan terbaik, tak sebaik entry saya yg kekadang lupa bila dah balik.

niL December 23, 2012 at 9:31 AM  

Fatt payung putih tu ko jual br hengget?

dzuchan December 23, 2012 at 11:53 AM  

fatt yang lawang sewu tu macam gambo2 kat pnom penh kan?
yang sekolah tempat orang kena seksa2 tu..

kawan aku ada bagitau yg semarang ni gak tempat amik amah indonesia betul ke? :-)

*semakin artistik gambo ko...:-D

Soeryani Atmadja December 23, 2012 at 1:40 PM  

Bace tulisan Fatt ni jadi rindu sangat kat Indo..dulu penah 2 kali ke Semarang. Tiap2 kota di Tanah Jawa ada alun-alun, rekabentuk setiap kota hampir sama dan di setiap kota kebanyakannya ada nama jalan yang sama...

Naramas Aman December 23, 2012 at 5:30 PM  

Salam Fatt,
Wah dah maju Fatt sampai buka bisnes bawa jemaah haji he he he..

Baru-baru ini di tv ada diceritakan masalah beca di Jawa yg semakin lama semakin menghadapi masa depan yang sempit.


Saya baru ini ke Bromo tapi tak sampai lagi ke Semarang. Nanti kalau saya tulis fasal Bromo, silalah baca ya :)

2langkahdibelakang December 23, 2012 at 6:03 PM  

Yelah Fatt.. buatkan aku rindu Indonesia. Aku rindu nasi Liwet

Ms. Z December 24, 2012 at 9:09 AM  

thanks 4 sharing your experience :)

Biqque December 24, 2012 at 11:12 AM  

huyuh abih gak...aku masih cuba nak habiskan danang...zzzz...

azieazah December 24, 2012 at 3:52 PM  

Teruja membaca dan melihat gambar-gambar. Saya suka dengan angkutan tu, tapi tak berani nak naik sebab sempit dan bimbang kena pick-pocket.

Emy Tak Kecik December 24, 2012 at 8:14 PM  

tak rasa berjela pon tp rasa lama gile tunggu sambungan hehehe

entah bila la aku dpt menawan tempat2 ko g fatt...xde geng nak g...geng skang dah katakan tidak pada indonesia ehhehee

Fatt December 26, 2012 at 1:03 AM  

zanapb,
hahaha..panjang sbnrnya cerita di sebalik ni. tapi dipendekkan cerita sy dapat nama ni dari sorang kawan. sy tergelak waktu dia cakap org backpackers yang dia jumpa tu busuk. so lepas tu sy pun dapatlah idea nak buh nama ni. tapi ada jgk certain time bila tgh travel yg sy tak mandi, waktu tu sy teringatlah balik kutukan kawan sytu..kihkihkih...kiranya relate la tu



nil,
sekaki murah jah..500Yen. mau berapa dozen?



dzuchan,
phnom penh??tang mana hang tengok yg mcm phnom penh? lain...beza sangat. nanti aku tulis entry psl PP pastu hang tengok

pasal amah tu aku tatau..mgkin ye la gamaknye :P

makasih..gmbr kelaut lah ko ni :P



soeryani,
betui sy perasan jgk pasal ni. rasanya mcm byk negara sy pegi contohnya di china, oz & nz pun byk repeat nama jalan kat berbeza daerah. bagus jgk..takyah reka nama pelik2



naramas,
wasalam kak...haha itulah sy tergelak jgk bila nampak signboard ni. yeke kak ada kuar cerita tu? tapi kalau akak pi Semarang ni tengok mmg daif skit bandar dia..tapi ramai jgk penarik beca kat sana

pi Bromo dah? laju tul akak ni zupzap tetiba dah balik. ok nanti sy singgah..tq :)



2langkahdibelakang,
aku almost baca "liwat" instead of "liwet". btw nasik jenis camne tu? aku tak penah lagi try wlpun tgk dlm menu bcoz takut order lain sampai lain. hehehe



mrs.Z
welkommen!



biq,
kan..habis je ko buat kenduri pulut kuning ek



kak azie,
angkutan cni rsanya sama mcm kat bandung jgk. seronok naik angkutan. sy klu pi bandung mmg naik ini jelah ke mana2



emy,
aah lama gila sbb dah lupa sbnrnya. lol :)))

aik kawan ko ban indo??? kenapa??? kalau sepanjang tahun asik ke sana tu mmg patotlah dorg ban...aku pun jemu klu asik ripit indo, dah mcm balik kg lak. klu nak gi Semarang ni aku cadang ko gi Karimunjawa jelah..sbb cni takde ape

masMZ December 26, 2012 at 10:49 AM  

adoiiiii tetiber ko dah kuar entri semarang... ni jaman bila nyer ni weiii???? hahahahhaa...

aku nyerrr pun tak kuar2 lagi.. *babab diri sendiri*

m.u.l.a.n December 26, 2012 at 4:36 PM  

pernah terlupa simpan ratusan ribu rupiah sebelum balik.. nasib baik ngam2 soi... konon nak shopping sikit kat airport nak habiskan rupiah.. hancus..

dzuchan December 27, 2012 at 9:19 AM  

bukan pnom penh ek...hahaha
salah plak, tapi aku penah baca/tengok ada satu sekolah kat *somewhere* nmacam ni, tempat org kena seksa2 jugak

mana ek?

Fatt December 27, 2012 at 9:06 PM  

masmz,
tetiba kan! hahaha. ni yang aku pegi sblm ko pegi tulah..waktu aku pi bromo tuh



mulan,
nasib baik kak, sy pun kdg2 lupe tapi nasib baik dah sorok siap2 duit extra utk emergency, klau tak nahas le



dzuchan,
klu tmpt org kene seksa tu kat phnom penh. ha nanti pas setel entry zmn purba ni aku taip cerita tu

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP