The Overland : Jalan-Jalan Tengok Batu Di Ayutthaya

December 31, 2012

Sambungan dari episod sebelumnya.


Day 12 : 24 May 2011

Syukur alhamdulillah malam tadi takde hantu megi mahupun hantu makyong yang datang mengganggu. Tido aku pun tenteram walaupun asik terjaga di tengah malam. Setiap kali terjaga maka setiap kali itulah aku akan menjeling ke arah pintu tapi tidak untuk menjeling ke sebelah kiri sebab kalau makyong tu sengih mau kejung aku dibuatnya.

Selesai solat subuh aku tergerak hati nak bukak tingkap konon-konon nak amik udara pagi. Tapi alangkah terkejutnya bila aku ternampak sebuah rumah tinggal dalam semak yang menggila. Hurm eloklah tu, complete set! Aku kembali menutup tingkap dan segera bersiap-siap untuk keluar sebab harini aku plan nak meronda pekan Ayutthaya. 

Bila dah siap semuanya aku pun ready lah nak keluar. Waktu tengah pasang mangga kat pintu tiba-tiba aku terdengar suara orang sedang berbual-bual dari bilik tengah. "Ada orang rupanya, baguslah", bisik aku dalam hati. Aku langsung tak syak apa-apa dan buat seperti biasa. Kebiasaannya bila melintas di depan pintu bilik yang terbukak secara otomatik kita akan toleh ke dalam tu kan? So itulah yang aku buat. Pepatah mat saleh ada menyebut, "Curiosity kills the cat" dan disebabkan sifat ingin tahu yang terlalu tinggi (read : kepochi) maka aku hampir-hampir kantoi.

Rupa-rupanya orang yang duduk kat dalam bilik tu ialah mamat rambut megi! Dang!!! Sekali imbas aku nampak dia tengah berborak dengan sorang budak pompuan di atas katil. Nampak macam serius discussion dorang sebab budak pompuan tu bercakap sambil mengemas baju dan dia pulak macam gaya tengah memujuk. Bagaikan tindakan refleks dengan lancar aku menyebut, "Oh shit!". Agaknya mungkin aku tercarut agak kuat jadi dia pun menoleh. Apa lagi, aku pun cepat-cepat lari macam tak cukup tanah menuju ke pintu keluar. 

Sebaik saja keluar dari situ aku pun kontrol gaya berjalan sebab nanti ada pulak yang musykil kalau tengok aku berlari tak tentu pasal. Aku menten berjalan tapi dalam gear 5 dan terus masuk ke kedai basikal di depan guesthouse. Pehh..nyaris siot!! 

So back to business. Bila dah masuk dalam kedai basikal takkan nak beli kuih pulak kan? Jadi aku straight to the point bagitau tokey basikal yang aku nak sewa basikal. Aku sengaja pilih basikal sebagai kenderaan rasmi untuk meronda pekan Ayutthaya sebab naik basikal memang syok (pada aku le). Bagi sesiapa yang tak larat nak kayuh basikal bolehlah sewa tuktuk tapi sori aku taktau harganya. Dan memandangkan aku cuma ada 1 hari di sini jadi aku cuma sewa basikal untuk sehari. Kos menyewa basikal untuk sehari di Ayutthaya sangatlah murah iaitu THB40/RM4. Jenis basikal yang ditawarkan pun sama macam di Siem Reap iaitu basikal tua. Kihkihkih. Mengikut perjanjian pelanggan sepatutnya kena pulangkan basikal pada hari yang sama tapi setelah berbincang, tokey tersebut membenarkan aku menyimpan sampai esok pagi sebab aku bagitau dia yang aku nak pegi ke pasar malam. Hehe. Dan yang paling penting dia tak caj extra sebab pulangkan lambat. Cayalah! 

Sebelum beredar tokey tu bagitau jangan letak beg dalam bakul sebab kat sini banyak peragut. Aku terkejut jugaklah sebab aku fikir tempat ni sama macam Siem Reap tapi rupanya tak. Apapun terima kasih sebab bagitau sebab kalau tak, mungkin aku pun bakal jadi salah seorang dari mangsa. 

basikal ketiga yang aku gunakan dalam trip ni
Sebenarnya Ayutthaya ni kecik dan kalau pusing 1 hari dengan basikal pun dah boleh cover satu pulau. Tapi oleh kerana tujuan aku bukan nak buat Le Tour De Ayutthaya tapi Le Tour De Tengok Batu, jadi aku kena memilih tempat-tempat yang tertentu untuk disinggah. Sebelum mulakan tour aku nasihatkan bawak air mineral paling besar sebab confirm akan dahaga sebab sightseeing kali ni melibatkan banyak aktiviti berjalan. Kedua, kalau boleh bawaklah payung sebab kompleks candi ni tak berapa nak berpokok jadi korang mesti taknak rentung kan?

Map di bawah aku dah kasi conteng dengan pen merah dan pen biru so bolehlah tengok route yang aku buat. Aku tandakan pen biru untuk route pegi dan pen merah untuk route balik. Starting dan ending point aku ialah Tony's Place. 

Secara kasarnya aku singgah di sini :

1 - Wat Maha That (#15)
2 - Elephant Kraal (#5)
3 - Wat Chaiwatthanaram (#27)
4 - Wihan Phramongkhon Bophit (#9)
5 - Wat Phra Si Sanphet (#10)

peta Ayutthaya [silakan enlarge]

Aku mulakan Le Tour De Tengok Baru dengan destinasi yang pertama iaitu Wat Maha That. Bayaran masuk yang dikenakan untuk tempat ini ialah THB50/RM5. Ada sebab kenapa aku pilih nak singgah ke sini tapi itu kemudian cerita. Tapi sebelum aku bercerita panjang, sila tengok gambar di bawah sebab di sini tertera beberapa peraturan yang harus dipatuhi ketika melawat ke tempat-tempat ini. 


Disebabkan binaan-binaan yang sudah berusia beribu-ribu tahun jadi ianya agak fragile dan menunggu waktu untuk rebah ke bumi. Macam dalam gambar di bawah boleh nampak yang "prang" paling depan ni dah senget ke belakang. Aku yakin kalau "prang" ni jatuh mesti yang belakang-belakang tu pun pranggggg jatuh macam domino.


Sebenarnya kompleks candi Wat Maha That ini sangatlah besar tapi aku tak dapat nak tepek semua gambar so aku cuma share gambar-gambar yang aku rasakan menarik seperti di bawah.


Aku perhatikan susunan batu-bata pada zaman dulu tak menggunakan teknik lepaan yang baik dan saiz batu-bata yang digunakan juga tak seragam maka itu merupakan punca kenapa binaan ni tak solid dan mudah tumbang. Sebenarnya kebanyakan candi di sini rosak disebabkan peperangan di antara kerajaan Siam dan Burma pada tahun 1767. Bukan setakat merobohkan tapi mereka juga telah membakar candi-candi tersebut maka disebabkan itulah kebanyakan candi kelihatan daif. Walaupun daif tapi objek-objek ini masih kelihatan menarik terutama sekali di mata pengkaji-pengkaji sejarah dan peminat-peminat bangunan/binaan. 


Tadi aku ada sebut pasal apa aku pilih untuk datang ke sini kan? Sebabnya ialah di bawah. Aku tertarik ke sini selepas tengok gambar objek ni di dalam buku dan internet. Aku rasa benda ni agak unik sebab kepala Buddha ni berbelit-belit dengan akar pokok. Pada mulanya aku sangkakan yang objek ni tersangatlah besar tapi itulah kehebatan gambar yang boleh menipu mata. Heh! Kalau nak tau sebenarnya kepala Buddha ni standard size macam kepala patung Buddha yang lain. Walaupun sedikit frust tapi aku rasa puas hati lah jugak sebab akhirnya persoalan aku dah pun terjawab.

Sebenarnya tidak dapat dipastikan kenapa dan bagaimana patung kepala Buddha ini terselit dicelahan pokok. Ada teori mengatakan sewaktu tentera Burma menyerang Ayutthaya, mereka telah memusnahkan kawasan ini dan memenggal kepala patung-patung Buddha tersebut dan sejak dari peristiwa itu tempat ini telah menjadi kawasan terbiar sehinggalah pada tahun 1950 apabila ia mula dibaikpulih dan telah menemukan para pengkaji sejarah dengan patung kepala Buddha tersebut.

Tapi ada juga yang berpendapat mungkin selepas tempat ini dibiarkan tidak berjaga maka pokok-pokok telah tumbuh dan salah satu di antaranya telah melilit kepala patung Buddha yang telah dipenggal. Teori lain pula mengandaikan bahawa pencuri harta karun telah datang untuk melarikan salah satu di antara patung kepala Buddha yang dipenggal tapi secara tak sengaja telah menyorokkan kepala tersebut dan terlupa untuk mengambilnya semula.

Bagi pelawat yang berminat untuk mengabadikan kenangan di sini, mereka perlu duduk bertinggung dan tidak boleh berdiri sewaktu mengambil gambar dengan kepala patung Buddha. Ini dilakukan sebagai tanda menghormati kepercayaan mereka terhadap agama Buddha.


Dari Wat Maha That aku mengayuh basikal menuju ke Elephant Kraal. Takde bayaran masuk yang dikenakan sebab tempat ini open space. Aku singgah ke sini sebab nampak ramai orangi jadi aku pun join sekaki. Setelah diselidik rupa-rupanya ada beberapa ekor gajah dewasa dan kecik. Ohhh, patutlah ramai orang....



Sambil melihat gajah buat show dapatlah aku berehat sekejap sambil menghilangkan lelah akibat penat mengayuh basikal. Waktu ni aku masih belum serik jadi aku pun aim nak pegi tempat yang lagi jauh iaitu Wat Chaiwatthanaram.


Hoi, sumpah jauh gile tempat ni! Boleh jadi sebab aku amik long cut jadi agak take time nak sampai. Aku masih ingat pengalaman mendaki jambatan ke seberang. Bayangkanlah basikal tua naik jambatan, hazab sangat! Bukan basikal je hazab, dengan aku sekali pun hazab sampai terjelir lidah mengayuhnya.Tapi cuma waktu naik je yang terasa hazab sebab waktu turun dah syok sebab laju. Walaupun letih tapi aku tetap rasa seronok sebab berjaya sampai ke seberang. Hoyeh!

Bila dah sampai ke seberang aku kena kayuh masuk kat celah-celah kampung sebelum berjumpa Wat Chaiwatthanaram. Bila dah sampai aku pulak yang tak larat nak sightseeing jadi aku cuma amik gambar dari luar sebab dari luar pun dah boleh nampak direct ke tempat ni. Yahoo jimat duit sebab kalau tak kena bayar THB50! Dari apa yang aku perhatikan, candi-candi di sini lebih sempurna tak macam kat Wat Maha That. Dan secara kasarnya jugak aku boleh nampak yang candi-candi kat sini cantik.


Setelah puas berehat aku kembali melalui jambatan yang sama untuk kali yang kedua tapi kali ni aku amik jalan short cut dan lalu semula depan Elephant Kraal untuk ke Wihan Phramongkhon Bophit. Sebenarnya Wihan Phramongkhon Bophit ni bersebelahan dengan Wat Phra Si Sanphet, tempat yang aku sebenarnya nak tuju. Bayaran masuk ke sini sama jugak macam candi-candi lain iaitu THB50/RM5.


Aku rasa di antara ketiga-tiga candi yang aku pegi, candi yang terakhir inilah yang paling aku suka sebab ia agak unik berbanding yang lain. Unik dari segi bentuk, material binaan dan warna. Ah sembang banyak pun tak guna baik korang tengok sendirilah (sebenarnya aku dah malas nak taip lalalalala....)




Kalau nak tau sebenarnya dalam candi ni (gambar bawah) ada isi. Nak tau apa isinya? Hehehe. Sebenarnya dalam candi ni ada abu raja-raja sewaktu pemerintahan kerajaan Ayutthaya dan salah satunya ialah King Rama Thibodi II iaitu raja ke-10 kerajaan Ayutthaya. Mana aku tau semua ni? Sebab aku amik gambar signboard dia le ppftftttfpp!!!



barangkali ini pintu masuknya
dalam setiap candi ni ada abu raja-raja yang pernah memerintah kerajaan Ayutthaya

Dengan ini selesai sudah Le Tour De Tengok Batu di sekitar Ayutthaya (eh pendeknya cerita? ok aku malas sebenarnya pfgftktt!!). Secara kesimpulannya banyak perbezaan yang aku nampak di antara candi-candi di sini dan Angkor Wat terutama dari segi bentuk, warna dan saiz batu-bata termasuklah rekabentuk candi itu sendiri. Secara peribadi aku rasa candi-candi di Angkor Wat lagi menarik tapi kalau untuk kategori Ayutthaya aku akan pilih candi yang terakhir iaitu Wat Phra Si Sanphet

Sebenarnya memang banyak candi-candi di Ayutthaya tapi aku tak tengok semua sebab kebanyakkannya sama. Tapi kalau korang nak tengok aku suggest pilih mana yang berkenan dan kalau naik tuktuk mungkin boleh khatam kesemuanya. Memandangkan aku cuma naik basikal jadi agak mustahil untuk aku cover keseluruhan candi dalam tempoh sehari. Lagipun aku dah tak larat nak tengok candi sebab aku dah tengok dozenssss of candisssss masa kat Angkor Wat haritu. 

Apa-apa hal pun sebelum balik dari candi yang terakhir aku ternampak signboard toilet yang kaaahkaaahkahkahahaakahakahh ok pengsan. Lol :)))))))

no no no no not that way, but this way!

bersambung.....
.

18 comments:

Nanz December 31, 2012 at 11:21 AM  

Charge tuk-tuk utk 1 jam TBH 200.. tu tuk-tuk yg amik kat train station la.. tah macamana ler aku bleh terjebak amik tuk-tuk tah..padahal niat awal nk sewa gerek ja.. tp serius aku blur bila sampai kat ayutthaya ni..(okeh aku malaih study tmpt ni sblm pegi)...

Fird December 31, 2012 at 1:49 PM  

Ok aku jeles sbb ko pusing lagi jauh kat Ayutthaya.

Masa aku gi dulu aku naik tren pagi dari Hua Lamphong & bila sampai mmg blur2 sotong. Nasib baik sudah berbekalkan informasi yang jeti sbnrnya walking distance je dari stesen ketapi kalau tak memang kena sembelih putus2 kan.

Kerna kesuntukan masa plus ramai pulak pelancong maka kepuasan aku tak maksimum sangat tapi tatau la bila nak repeat.

Maybe next time leh try stay sana mcm ko buat. Tp seriously bilik ko nampak scary!

Orga December 31, 2012 at 3:13 PM  

tak baik fatt ko berburuk sangka dengan mamat rambut kerinting tu, dia baik sebenarnya, maybe tengah frust kot,tu pasal dia kaco ko, hehe...boleh tahan jugak travel dengan beskal time panas cam gini, aku surrender kot...

Naramas Aman December 31, 2012 at 5:54 PM  

Rumah tinggal dlm hutan? Di luar bilik Nyi Blorong? OOO seramnya...Malam nanti tidur macam mana? Berjiran pula dgn Mamat Megi...ishh...ishh...

Candi Ayutthaya ni lebih kurang sama dgn candi yang saya tengok dulu di Sukothai. Dah pergi?

Leena RB December 31, 2012 at 6:16 PM  

Agak2 kenape kpla patung buddha tu ble terbelit ngan akar kayu tu erk?ada cite d sebalik ke

Fatt December 31, 2012 at 7:16 PM  

nanz,
huyohhh mahal gileeee pitam! abistu berapa jam ko sewa tuktuk nak pusing satu Ayutthaya? 3jam? peghh...

aku pun tak study sgt sbnrnya tapi aku byk refer map dan kayuh je ikut sesedap rasa..kekekeke



fird,
ape ni..ko dgn org atas ko sama je blur2 sotong. sabor jelah. hahaha. dahtu ko pusing tang mana je sudahnye? cer kabor. ko pusing naik basikal ke tuktuk? sini tuktuk mmg semelih...aku pun kebetulan je officer kat stesen ketapi tu yg tolong bargain. kalau tak..matiiii jgk kena kerat 18

errr...tapi kan, klu ko duduk tony tmpt dia mmg strategik la jgk sbb dekat dgn market & jeti ke stesen ketapi. aku rasa klu ko upgrade bilik yg lebih mahal mgkin lah kot ko takkan duduk kat bilik aku. kihkihkih...sila sila dtg ke tony!! :P



orga,
baik pejadah perangai cam tu? humban dlm kandang rimau pun tah2 rimau kuis2 dgn kuku je sbb tak lalu nak telan.

waktu ni mmg panas..peluh jgn citer la..tapi nasib baik aku kayuh sambil pegang payung so takdela hazabedah sangat



naramas,
sukhotai sy blum sampai lagi. in future mungkin. hehehe...mamat tu dah cekout pun...legaaaa :D



leena,
haaa...ok sy dah edit entry tu..dalam tu sy dah ceritakan kenapa. tq for asking :)

smoothiesices December 31, 2012 at 9:09 PM  

fatt,thanks for the info.I mmg plan nak pi sini. Kalau balik hari ok kan? i mean pagi pergi and petang tue balik bangkok. I mmg nak pergi tpt yg ade gmbr buddha yg berbelit pokok tue,tue la main reason nye..:)

Ok,possibilites amik tuk2 mmg sgt tinggi sbb klau nak naik bicycle gamaknya i yang tarik basikal tue..lol. hope nanti sampai sana x la kena cekik darah dri diorng bila amik tuk tuk...

Fatt December 31, 2012 at 10:46 PM  

smooth,
ure welcome. kalau balik hari mmg boleh tapi i malas nak duduk bangkok coz waktu i sampai dr hadyai sblm tu i dah lepak bangkok for few nights. tu yg saja tido kat ayutthaya.

as for information from nanz (1st commentor), dia ckp sewa tuktuk dr stesen ketapi abt THB200 sejam..gulp. i hope u get cheaper lah..mebi u cross ke seberang train station dgn feri dan amik tuktuk dari sana. i rasa THB200 tu mmg nak semelih sangat...so bargain hard! :D

myself mmg suka naik basikal kekekeke (walhal kat mesia tak penah pun naik...lol!!!)

jeri January 1, 2013 at 12:33 AM  

gaya penulisan hang.. ada gaya seperti presentation steve job pun ada.. Sebab apa aku cakap macam tu.. Sebab.. kau karang2 artikel dan perenggan bawah sekali mesti ada mende2 kelakar atau something mende yang reader tergelak....
beza hang dengan steve job.. kau tulis , steve job cakap.. Komen aku utk artikel nie la.
* mood baru lepas layan youtube how to present like steve Jobs..

dzuchan January 1, 2013 at 2:14 AM  

aku lebih interested dengan citer kat perenggan atas sekali hehehehe...

sebenarnyakan aku susah nak bayangkan saiz candi2 tu..nampak beso, tapi ada gak nmpk cam muat2 sorang manusia. almaklomlah satu2 candi yg aku penah tengok live hanyalah di lembah Bujang, Kedah nun :-)

Miss Nurun January 1, 2013 at 10:11 AM  

nape tak naik tuttut? diorg cekik darah ke ape.

Fird January 1, 2013 at 12:39 PM  

Fatt,

Mau tak blur, sampai Ayutthaya masa tu baru bgn tido. Pastu ramai pulak yang 'ramah' menyapa.

Based on number kat map ko, aku gi wat 15, 16, 13, 11, 10, 9, 7 pastu terus balik ke jetty sbb kwn aku tak sanggup nak kayuh basikal dah. Tokey kedai basikal cakap yang seberang sungai cantek tgk sunset. Haih nak wat camno kan.

smoothiesices January 1, 2013 at 8:51 PM  

fatt,
tuela.baca yg first commentor 200bhat untuk 1 jam sangatla mahal gila...boleh pokai macam tue...
Definitely kena bargain kat sana..:)

m.u.l.a.n January 1, 2013 at 9:11 PM  

Trip yg sangat awesome...!!

Happy 2013...!!! Happy & healthy selamanya..!!

Biqque January 2, 2013 at 1:43 PM  

dah baca ni mcm tatau kena pi ke tak hahahaha!

Fatt January 2, 2013 at 7:58 PM  

jeri,
hang ni makan kerepek byk sgt ni! hahaha...aku dgn steve job tak sama but somehow he's my idol. makasih :)



dzuchan,
ke situ pulakkk..lol :)))

besor weh..ko tngok saiz pokok tu pun ko dah bleh agak besor dia camne. oh ye btw smlm aku pegi belah2 sama & lalu tepi kwsn candi lembah bujang..tapi aku tak masuk sbb konci...



miss nurun,
sbb sy suka bawak beskal. naik beskal sehari RM4, klu tuktuk sejam RM20. beza tak?



fird,
yang ramah tamah tulah yg paling takleh percaya..kekeke..takpe, dah jadi pon. huih byk plak ko pegi?? jeles akuuu...aku mmg tak sanggup dah nak tunggu sunrise kat situ, kang tetiba kuar yg tak sepatutnya naya je sbb tmpt tu sunyi



smooth,
mahai..klu sewa 2jam ke 3jam ke okla jgk..tgkla kita nak pusing sampai tang mana..overst dorg ni..sah2 la dia bwk pusing jejauh sbb pakai hours..betoi tak?



mulan,
happy new year 2013 jgk utk kak mulan. semoga sihat & cerita selalu :)



biq,
aku tau..ko mesti tamau pi lah...hahaha

Irfa January 7, 2013 at 9:43 AM  

org kata kalau kesana x naik gajah mcm tak lengkap.tp kalau akak kesana pun akak tak pasti berani ke tak nak naik gajah itu.huhu

Fatt January 9, 2013 at 6:13 AM  

irfa,
sy penah naik gajah, itupun sekali waktu ke Phuket tahun 2008. memang takut sbnrnya sbb tinggi dan bila gajah tu berjalan sekejap2 kita akan ke kiri, sekejap2 ke kanan...huhu

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP