The Overland : Malam Pertama Yang Menakutkan Di Ayutthaya

December 29, 2012

Sambungan dari episod sebelumnya.


Day 11 : 23 May 2011 (sambungan)

Kami semua diturunkan di Khaosan Road yang terkenal sebagai backpacker's area di Bangkok. Tempat ini sama seperti Chinatown atau Petaling Street di KL dan Pham Ngu Lao di Ho Chi Minh City cuma bezanya Khaosan Road lebih senior dan pioneer di antara kedua tempat tersebut. Secara amnya kawasan sebegini menjadi tumpuan sebab ia menawarkan penginapan bajet, makanan murah dan nightlife yang happening. 

"Syurga backpackers" adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkan keadaan tempat ini. Walaupun ada yang berpendapat ia adalah syurga tapi pada aku tempat ini macam neraka. Dari apa yang aku perhatikan, peniaga-peniaga di sini kaki semelih dan tak mesra rakyat. Tak melampau kalau aku katakan yang perangai dorang 2x5 dengan peniaga di Petaling Street. Kalau taknak beli jangan gatal nak sentuh dan tergedik-gedik bargain. Kalau degil alamatnya dapatlah makian berlori. Tapi tak semuanya begitu walaupun kebanyakkannya sama.

do you?
Khaosan Road mula hidup dari petang hingga ke lewat pagi
Khaosan Road juga adalah lubuk scam yang terkenal di mana peniaga-peniaga menjadikan golongan backpackers sebagai sasaran. Aku pernah cerita dalam entry sebelum ni di mana Mr.G telah disemelih untuk sekeping tiket ke Siem Reap. Mungkin disebabkan tempat ini menjadi favourite backpackers berkulit putih untuk berkampung, jadi si peniaga beranggapan tak salah kalau menyembelih sebab apalah sangat nilai THB kalau ditukar dalam matawang USD dan GBP contohnya. Ok itu sedikit sebanyak gambaran dan pemerhatian aku tentang Khaosan Road. Mungkin pendapat aku kedengaran seperti berat sebelah tapi tak salah kalau korang nak merasa sendiri nikmat berada di "syurga", cuma aku sarankan datang pada waktu malam untuk efek yang berganda. 

A nice walk along Khaosan Road is good to help you understand about this place, to observe and to analyze on what's happening around. After all, that's what a traveller does.

Aku penah blog pasal Khaosan Road dulu. Boleh baca kat sini.

tuktuk? be prepared for the ride of your life!
Setelah melepasi Khaosan Road yang terkenal itu, aku membuat keputusan untuk meninggalkan hiruk-pikuk kota metropolitan Bangkok dan lari ke tempat yang lebih aman iaitu Ayutthaya. Tapi sebelum tu aku kena cucuk duit. Jangan lupe kat dalam poket aku sekarang cuma ada THB40. Camne nak pegi kalau ada banyak tu? 

Pastu aku teringat satu atm machine dekat Silom yang boleh terima kad atm aku. Aku mesti ke sana, tapi dengan apa? Tuktuk? Oh tidak, itu bukan option yang terbaik sebab confirm kena semelih, takpun sakit jantung. Jawapannya ialah bas sebab tambang murah, efisyen (terutama dari Khaosan Road) dan lebih berjiwa rakyat (read : local lifestyle).

bas Bangkok yang oldskool dan diperbuat daripada kayu
Dari Khaosan Road boleh naik bas bernombor 15, 16 dan 17 dan kadar tambang cuma THB7/70sen. Bas-bas ini akan melalui shopping area di Silom dan stesen BTS National Stadium. Tempoh perjalanan dari Khaosan Road ke sana mengambil masa lebih kurang 10-15 minit bergantung kepada aliran trafik.

Selesai urusan mengeluarkan duit di Silom aku amik BTS dan pegi ke Stesen Keretapi Hualompong. Ada banyak trip keretapi ke Ayutthaya jadi tak perlu risau. Kadar tambang untuk 3rd class ke Ayutthaya cukup murah iaitu THB20/RM2. Walaupun 3rd class, tanpa ekon dan free seating tapi semua tu tak menjadi masalah sebab yang ini pun dah cukup selesa. Lagipun apalah sangat untuk perjalanan selama 1jam 20minit sebab yang penting boleh sampai.

*boleh semak jadual keretapi di sini

tiket keretapi Bangkok-Ayutthaya. sila semak harga semasa sebab yang ini waktu 2011

Aku sebenarnya lebih suka naik keretapi berbanding pengangkutan lain. Pada aku ia unik, relaks dan merupakan cara yang terbaik untuk menikmati perjalanan ke sesebuah destinasi. Oleh kerana masa yang digunakan untuk menaiki keretapi agak panjang, jadi ia lebih sesuai untuk trip yang bersifat santai. Kalau nak tau sebenarnya ilham trip ni aku dapat dari website Seat61. Dari sanalah aku dapat idea nak buat route, border crossing dan tips-tips penting. Selepas mengira segala kos yang terlibat akhirnya dapatlah route pegi/balik merentasi 3 negara dengan menggunakan kenderaan darat sepenuhnya. Sebenarnya aku harap dapat extend sampai ke Ho Chi Minh tapi sayangnya aku kesuntukan masa. 

Di awal perjalanan keretapi agak penuh tapi semua orang masih dapat duduk. Bila keretapi menghampiri Ayutthaya ramai orang yang turun dan tinggal cuma beberapa kerat termasuklah aku. Oleh kerana takde pengumuman setiap kali keretapi berhenti jadi aku terpaksa mengharapkan bantuan local untuk maklumkan bila sampai di Ayutthaya.

tempat duduk di gerabak 3rd class
Alhamdulillah, aku tiba di Ayutthaya tepat seperti yang dijangkakan. Turun saja dari keretapi aku jadi blur sebab tak pasti nak navigate ke mana memandangkan hari sudah gelap. Seorang pegawai stesen yang perasan kelibat aku yang agak ketara dengan beg besar akhirnya datang menolong. Disebabkan dia tak boleh berbahasa Inggeris jadi dibawanya aku masuk ke dalam opis dan berjumpa seorang officer yang boleh berbahasa Inggeris. Aku tunjukkan alamat tempat yang aku nak tuju dan terus dia carikan tuktuk dan negotiate harga. Baik sungguh officer tu, rasanya kalau aku sendiri yang tahan memang confirm kena semelih.  

Selepas mengucapkan terima kasih aku pun naik tuktuk dan terus ke guesthouse. Sebenarnya stesen keretapi ni dipisahkan oleh sebatang sungai. Selain tuktuk, kita boleh gunakan sampan untuk ke seberang. Oleh kerana hari dah malam maka takdelah sampannya, tapi aku dah cuba waktu balik dari sini (tu nanti aku cerita). Perjalanan dari stesen keretapi ke guesthouse boleh tahan jauh lebih kurang 8-10 minit. Sejurus sampai aku bayar tambang tuktuk THB50 dan masuk ke lobi.

Di Ayutthaya aku memilih untuk tinggal di Tony's Place. Aku booking tempat ni melalui email sehari sebelum bertolak. Aku dapat diskaun untuk penginapan di sini sebab akak reception tu kata sepatutnya bilik tu untuk 2 orang tapi disebabkan aku check-in untuk seorang jadi dia bagi diskaun. Dari harga THB300 semalam, aku dapat THB450 untuk 2 malam. Berbaloi-baloi!

Lepas selesai payment kemudian aku pun dibawa ke bilik. Sewaktu melangkah masuk ke dalam bangunan ini tiba-tiba bulu roma aku meremang. Barangkali faktor pencahayaan dan warna cat dinding yang digunakan menyebabkan tempat ini kelihatan suram dan seram. Disebabkan keadaan sekeliling yang sunyi maka yang jelas kedengaran hanyalah bunyi lantai kayu yang berderap-derap akibat kesan dipijak. 

apa yang korang nampak?
Kalau nak tau bilik aku yang masa satu hah nuunnnnn.....yang paling hujung di sebelah kiri. Jadi bayangkanlah bila aku terpaksa berulang-alik di tengah-tengah koridor yang sunyi. Aku tak pasti sama ada semua bilik ni berpenghuni sebab nampak macam kosong. Ke entah-entah aku duduk kat sini sorang-sorang sebenarnya? Kalau diperhatikan dalam gambar ni boleh nampak potret orang dulu-dulu yang aku syak dah lama masuk ke dalam tanah. Tak cukup dengan tu ada pulak tanduk rusa. Eeee tak paham aku. Ini muzium ke ape? Aku pun tak tau kenapa akak tu bagi bilik yang paling hujung. Err...ke sebab tu aku dapat diskaun? 

Bila masuk dalam bilik aku terus bagi salam sebab manalah tau kalau-kalau bilik ni dah lama tak berpenghuni, kang tak pasal-pasal tetiba ada roomate pulak. Dahla tepi katil baekkk punya gambar orang tengah menari. Punyalah besar gabak potret tu sampai nak kaver dengan apa pun taktau. Haritu masa aku duduk kat Mandalay Inn pun ada potret hitam putih orang dulu-dulu. Tah sape punye keje pi buh gambar camtu jadi hiasan. Cubalah letak gambar bunga ke, gambar pemandangan ke, gambar buah-buahan ke...kan bagus? Tapi kalau tak letak langsung lagiiiii bagus!

sumpah aku masih  rasa seram bila tengok gambar ni
haaa...ini toiletnya. koboi gile (takde pintu!). nasib baik aku dok sorang, kalau ada member malu ai!
Tanpa membuang masa aku terus membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Oleh kerana hati rasa tak sedap jadi aku baca surah Yaasin seround. Surah Yaasin dalam bentuk mini booklet memang sentiasa tersimpan dalam backpack sebab aku sedar kegunaannya memang banyak terutama sekali bila berhadapan dengan situasi sebegini. Sesudah selesai membaca Yaasin aku bersiap-siap untuk keluar mencari makanan dan pada waktu ini jam sudah menunjukkan pukul 10.30mlm. Oleh kerana hari sudah lewat jadi aku cuma berjalan kaki sampai ke jalan utama sebab di seberang sana ada kedai serbaneka 24jam. Aku hanya beli roti dan mee segera sebagai mengalas perut dan sesudah itu aku pulang dan makan di bilik. 

Disebabkan dalam bilik ni takde hiburan (read : TV) jadi aku pegi ke beranda dan melepak di situ. Kesempatan yang ada aku gunakan untuk menulis catatan di sepanjang trip. Sedang aku khusyuk menulis tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan aku beralih dari meja ke kerusi panjang yang tersandar di sebalik dinding. Aku terus menulis dan menulis sebab bunyi hujan yang mengenai atap zink menghasilkan irama yang begitu mengkhayalkan. 

Tiba-tiba aku ternampak satu kelibat sedang berlari ke arah bangunan. Sebaik sampai barulah aku nampak rupa-rupanya kelibat itu adalah seorang lelaki mat saleh dalam lingkungan umur 22-25 tahun, tinggi lampai, muka budak dan berambut megi. Dia menegur aku sambil mengesat-ngesat air hujan di muka. Kesian, sape suruh lari dalam hujan? Aku membalas dan menyambung semula aktiviti menulis. Tiba-tiba dia merapati aku dan cuba mencuri-curi lihat apa yang aku tulis. Aku pandang dia dan kata, "Sorry dude, you can't read because it's not in English". Dia tanya apa yang aku tulis tapi belum sempat aku jawab tiba-tiba dengan selamba dia merampas buku aku dan cuba untuk membacanya. Aku mula rasa nak maki sebab mangkuk ni biadap dan tak paham bahasa. Aku perhatikan saja muka dia berkerut-kerut cuba membaca tulisan asing. Padan muka, aku dah cakap tapi ko yang tak caye!

beranda yang dimaksudkan 
Setelah berpuas hati kemudian dia memulangkan buku tersebut dan duduk di sebelah. Waktu ni mulut aku ringan nak suruh dia berambus tapi malangnya suara aku tersekat di kerongkong. Aku rasa cara dia approach memang tak kena dan itu yang membuatkan aku rasa tak berminat. Tiba-tiba aku dapat menangkap satu bau yang cukup kuat iaitu bau orang mabuk. Ah sudah, aku syak dia tengah mabuk so pasal tu dia agresif. Hmm takpelah, kita tenang-tenang dulu. Kalau tiba-tiba dia buat gila nanti kita bagi penumbuk sebutir. Heh!

Bila dia start bersembang dengan segera aku mengatup buku dan letak ke tepi. Aku ni taklah kejam sangat sampai langsung tak boleh nak layan. Dari satu topik kami melompat ke topik yang lain sampailah hujan berenti. Tiba-tiba dia ajak main snooker. Seumur hidup aku langsung tak penah pegang kayu snooker so macam mana aku nak main? Kami pegi ke satu sudut di bangunan guesthouse sebab di situ ada meja snooker yang besar. Selesai menyusun bola tiba-tiba dia menghulurkan sebatang cue stick sambil menyuruh aku membuat pukulan yang pertama. Aku pun mencuba dan kami bermain sampailah tiba-tiba dia berhenti dan mengajak aku balik ke kerusi tadi. Aku mula rasa nak maki tapi aku masih bersabar sebab dia tengah mabuk. Takut jugak kalau tiba-tiba dia naik angin sebab nanti aku jugak yang susah. 

Kami kembali bersembang walaupun hati aku rasa dah tak berminat nak meneruskan perbualan. Aku perhatikan yang mamat ni semakin lama semakin satu macam bila dia asik gelak tak tentu pasal. Sedang kami berbual tiba-tiba dia cuba merapati aku seperti gaya nak bercium dan secara spontan aku menahan dan memberikan padangan yang tajam. Mujurlah dalam keadaan mabuk dia masih sedar walaupun 50/50. Dia asik mengulang perkataan "sorry" dan cuba menukar topik. Tanpa disuruh tiba-tiba dia mengaku perempuan mat saleh yang travel bersama dia bukanlah makwe dia yang sebenar, tapi entah sape-sape yang dia jumpa sewaktu travel di Phuket 5 hari yang lepas. Sebaik saja dia menghabiskan ayat itu aku pun tergelak besar. Aku rasa geli hati memikirkan betapa dia cuba untuk meyakinkan aku yang dia sebenarnya single. "You don't have to try too hard to hit me because I'm not stupid lah bro!", kata aku dalam hati. Dia tercengang melihat reaksi aku yang tergelak besar sebab barangkali dia menyangka aku akan kata, "Oh you're sad. Let me hug you!". Sori naik lori lah!

Aku ingatkan cubaan dia tamat setakat di situ tapi ternyata salah sebab selepas tu dia tanya mana satu bilik aku. Aku jadi tercengang dan biarkan soalan itu tak berjawab. Dengan saiko dia tersenyum nakal dan secara otomatiknya aku boleh tangkap apa yang dia sedang fikirkan (aku rasa korang sendiri pun boleh agak). Aku mula rasa nak marah sebab geram dengan sikap sesetengah lelaki yang fikir perempuan ni tak bermaruah. Mungkin budaya seks bebas tu perkara yang biasa dalam masyarakat dia tapi tidak bagi orang Asia khususnya. Tiba-tiba aku teringat pada Mr.G, entah apa agaknya yang dia tengah buat kat Phnom Penh sekarang. Kalau dia ada dengan aku waktu ni kan bagus. Boleh jugak dia bambu mamat berambut megi ni. Mr.G pun tak penah ajak aku buat benda yang bukan-bukan apatah lagi menyentuh aku secara rambang. Oklah, mungkin sebab dia kacak jadi aku bias sikit. Lol :))))

Tanpa berputus asa dia terus mengajak aku masuk ke bilik dan waktu ni aku dah tak boleh tahan dan tanpa sedar suara aku lantang menyebut, "NO! I SAID NO!". Secara spontan air muka dia berubah dan selepas itu berkali-kali dia mintak maaf dan terus beredar. Tapi kan, aku rasa kelakar sebab lepas sedar yang diri dia buat salah, reti pulak tu mintak maaf. Aku bajet dia akan shout balik dan cakap yang bukan-bukan tapi langsung tak. Nampaknya dia masih sopan walaupun tak reti bahasa. Aku tak salahkan dia pun, mungkin terlalu mabuk jadi sebab itulah kepala dia tak berapa nak centre. Haih entahlah! Apa kan nasib aku dari pagi tadi ada saja yang tak kena. Aku pelik jugak sebab lebih baik dia fuuufuucckkk je budak pompuan yang travel dengan dia tu. Dah tentu boleh dapat sebab duduk sebilik, tapi kenapa pilih aku? Aku takde kena mengena dalam hidup kau kottttt!!!!

Selepas kejadian itu aku terus lari ke bilik dan selak pintu atas dan bawah. Hati aku betul-betul risau sebab pintu ni bukannya solid. Kalau dibubuh penendang ala-ala manja sekalipun memang confirm boleh terbukak. Buatlah kalau tiba-tiba dia masih tak give-up confirm matilah aku. Walaupun aku tak bagitau nombor bilik ni tapi itu tak bermakna yang dia tak boleh tanya kat reception. Jadi disebabkan itulah maka malam pertama aku di Ayutthaya sangat menakutkan hinggakan aku terpaksa tido-tido ayam sampai ke siang. Aku rasa ketakutkan sewaktu mula-mula sampai di sini pun tak setakut perasaan dari kena ganggu dengan orang mabuk. Lebih baik kena ganggu dengan hantu dari tido tak lena diganggu manusia. Arghhhh!!!!


bersambung....
.

29 comments:

CM December 29, 2012 at 5:43 PM  

salam fatt

apapun cm doakan,,,sepanjang kembara,,sis fatt sentiasa selamat dilindungi Allah dari apa2 musibah,,amiiiin,,take care dear,,

dzuchan December 29, 2012 at 6:25 PM  

hotel yg ko dok tu, pintu dia membuatkan aku teringat citer P. Ramlee

sepanjang aku baca travelog ni, kejap gelak, kejap saspen..keep it up babeh..:-)

actually, kalo la beginners cm aku ni berada dalam situasi ko, ntah2 esok pagi bungkus balik mesia dah hehehe

Izni Hafiz Abdul Rashid December 29, 2012 at 6:50 PM  

mmm... seronok baca coretan awak nie... tapi saya kofius la... awak nie lelaki or perempuan?

anggerik desa December 29, 2012 at 7:16 PM  
This comment has been removed by the author.
anggerik desa December 29, 2012 at 7:23 PM  

Ade term penedang ala ala manja??? MANJEYERRRR!!!Heyyy lelaki busuk mabukk...nyahh kooo!!!?..agak crepi bilik ko fatt...cam dok kat hostel antu je...cm set movie serial killeR Pun ado....Ce bygkan pic dlm bilik ko tuh kenyit mata kat ko...heh..melompat gak ni...Anggerik JAJA....

A. A. Madhiah December 29, 2012 at 7:31 PM  

ish3. betul gak, org yang dah tak centre bila mabuk mmg lagi bahaya dari hantu. huhu. alhamdulillah semua selamat.

by the way kak fatt, pasal kawan sy yg berjodoh time travel tu, betullll~ kitaorg dah la masing-masing semua jumpa first time kat sana (kelana convoy time tu). abang keje kat german, kakak tu keje kat london. jumpa time travel. 2 years lepas tu kawen. kitaorg sebagai travelmate siap dpt jmputan kenduri khas lagi dlm majlis travelmate belaka. hehe. itu tandanya nothing is impossible. =p selamat berangan! haha

Et December 29, 2012 at 8:21 PM  

Fatt! aku teruja baca entry ko yang ni. sebab macam ada benda yang lebih kurang sama terjadi kat aku gak time travel sorang.

waktu tu kat chiang mai. ada 1 malam kat guesthouse tu tengah duk lepak kat lobby adalah mamat ni dari NL katanya, mulanya borak2 macam biasa. pastu ehhh nak pegang tangan pulakk...geram siot. pastu aku cam ngelak ngan wat muke tak puas hati dan tinggikan suara sikit. memang dia mabuk gak malam tu, leh bau. malam tu, aku terus duk dlm bilik dengan rasa yang tak bset. spoil betul. esoknya bila jumpa kat lobi tersengih2 macam kerang busuk, aku wat bodo je macam tak nampak.. dahla 4 malam duk situ, bertabah jelah... (sori panjang lak ni ha..over excited baca post ni tetibe ingt kenangan lama..hee)

Nina Hamdan December 29, 2012 at 8:21 PM  

Teringin nak naik bus waktu dekat Thailand. Tapi tak faham sangat system dia, my mistake tak google more about system bus sana..

Sangat beraninya kak fatt, kalau saya gamaknya awal2 lagi mat salleh tu kena hempuk.. hahahah

Fatt December 29, 2012 at 8:38 PM  

cm,
wsalam cm...terima kasih byk2 di atas doa yg dititipkan. sy pun hrp begitu jgk utk trip2 yg akan datang. kdg2 sy ni mcm tak reti takut so itu yg bahaya. tapi sy hrp dijauhkanlah dari benda2 yg tak baik. amiiinn



dzuchan,
aah..pintu dia kan. mcm citer pendekar bujang lapok. hehehe...sbnrnya kan, sepanjang trip ni byk kali aku rasa nak balik tapi aku tak serik2 jgk.

terima kasih dzu sbb folo cerita aku dr dulu sampai skrg. aku rsa ko antara reader aku yg paling loyal setakat ni. aku hrp gaya penyampaian aku semakin matang berbanding dulu. cuma..part panjang berjela tu yg aku takleh nak ubah. aku rsa klu takat cerita pegi tmpt A, pegi tmpt B, amik gmbr..tu sume org buat tapi apa yg berlaku di sebalik tu semua org punye cerita tak sama. so aku rasa benda tu yg sepatutnya kena cerita...

again, tqvm :)



izni,
kata baca, betoi ke? kalau baca mesti tau sy ni laki ke pompuan. kan dah kantoi! kahkahkah



anggerik desa,
tendangan ala2 manja tu mcm gaya cerita labu labi yg dia boxing berapa puluh round tu...haaa camtula. gaya menumbuk manja, menendang manja...kahkahkah

klu ko nak tau, aku takleh nak tido sbbkan gambar yg besar gedabak sebelah aku tu



ainul,
betul, lebih baik antu dari orang.

haduiii...suwitnya. dua2 tu org msia ke? itulah, ada pepatah mengatakan "ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga"..cewaah. oklah, nak berangan! :P



et,
chop, tak silap aku cerita ni aku blom penah baca lagi kat blog ko..ko dah taip ke? aku ingt penah baca 1 post ko waktu ko pegi phnom penh kot yg hostel konon2 muslim tu..yang ko takut2 sbb pintu bilik takleh selak dari dalam. cerita tu aku ingt.

tapi klu pglmn ko kat chiang mai ni aku rasa cuak jgklah sbb dia melibatkan physical harrassment. yg mamat mabuk ni dia tak pegang aku pun tapi mcm gila2 skit..jap2 gelak pastu mcm nak cium aku..bodoh tul. mmg aku jerkah dia pastu. hambek kooo!!! nasib baik aku tak tumbuk muka dia. esok tu....oh ok esok tu kendian aku stori dlm entry slps ni kang spoil pulak.

tapi siyes aku mmg tak suka bau org mabuk sbb busuk cam kencing. benciiiii!!

chop, NL tu negara ape?



nina,
sy cuma penah merasa naik bas dlm bangkok, phuket dan bas dari bangkok ke floating market damnoen saduak je. bas dorg mmg klasik...klu dlm town je ok kot tapi klu long distance sy tak pasti camne tahap keselesaannya. tapi kan, bas dlm bangkok murah, tak mahal..tryla nanti..pegi khaosan rd dari bts national stadium :)

sbnrnya rasa nak hempuk tapi sbb dia tgh mabuk jadi takut sbb mana tau kalau2 dia naik haji kang pengsan X__X

Hulubalang December 29, 2012 at 8:41 PM  

Ko tido ada teman kat dinding tu fatt...kalau mamat tu masuk suruh jek yg kat dinding tu terajang...hehehe aiyoooo....

Et December 29, 2012 at 8:54 PM  

Sebenarnya aku memang tak tulis pun secara detail kisah physical harrasment yang terjadik masa kat chiang mai ni. nak dijadikan cerita, trip CM ni ialah trip solo aku yang pertama. cam 'gentar' jugaklah, almaklumlah newbie dah kene benda camni. cuma mampu bertabah. tapi aku tak amik port sangat, esoknya dah enjoy balik..haha~ aku tulis blog setat dari trip solo CM ni la..tapi aku tak pandai sangat menulis nih...huhu. lagi satu sebab aku tak tulis detail, sebab takut mak abah aku baca nanti dorang tak bagi dah aku g travel lagi...hehee.. komen kat sini dorang tak baca kot :P

Orga December 29, 2012 at 9:13 PM  

terharunya baca citer ko fatt, sedih aku baca, nak menangis dah ni. tengok ko sorang-sorang kat situ, kena kaco dengan mamat mabuk, dahla hansem, sedihnya...pastu ada gambar orang kat dinding lagi,mesti takut kan...menunggu citer ko pada keesokkan harinya :)

Fatt December 29, 2012 at 10:43 PM  

hulubalang,
ko ni kan..kalau komen mesti merapu je. but i like :D

tapi kan, kalau aku nak suruh yg kat dinding tu kuar pegi terajang, kang aku nak suruh dia masuk blk dlm gmbr tetiba dia takmau matilah...jenuh aku nak panggil bomoh siap bagai



et,
oic patutlah. tapi mmg pun pes time encounter benda2 mcm ni mmg bikin kecut segala usus. tp sungguh aku paling takut dgn org mabuk..sbb dia mcm weng semacam je. klu touts ke, scammers berani lagi nak bertekak.

part menulis tu nnti lama2 benda tu akan datang naturally. aku dulu time mula2 tulis blog pun mcm tak dapat lagi rhythm dia. lama-kelamaan aku taip je ape ikut sedap..hasilnya itu yg jadi pjg berjela...kahkahkah. blog aku ni family aku tatau pun, tapi kazen & kwn2 rapat aku taula. aku pun tatau dorg tau kot mana sbb aku tak buh pun gmbr muka aku. tapi kdg2 aku jadi segan jgk bila jumpa dorg tetiba tanya pasal blog..aku cam errr...tu bukan blog aku, tu blog tah sape tah! hahaha...aku takut bila ramai yg tau nanti aku takleh express diri aku secara natural. so aku cuba utk tak expose diri aku. bajet je aku ni...huhuhu

berbalik pada cerita (mcm entry pulak..lantaklah), aku kdg2 rasa nak amik balik kelas taekwondo ataupun kick boxing sbb aku rasa benda tu penting. insya Allah aku nak enroll in future. klu aku tak guna waktu travel pun aku mgkin akan guna kat tmpt2 lain. just precaution sbb skrg ni byk sgt org jahat



orga,
ko sedih tang mana cer citer. aku takde part sedih pun dalam ni..sume part nak paranawei dgn ong-bak je ni. musykil aku

Et December 29, 2012 at 11:35 PM  

itulah orang mabuk nih sebenarnya lagi bahaya daripada scammers sebab depa kan separuh sedar, macam-macam depa leh buat. tapi kan biasanya area backpackers mesti penuh ngan tempat orang mabuk-mabuk ni. haihh.

hoho sebab itulah yer ko kekalkan imej misterius ni. betul jugak, bila orang tak kenal lagi senang nak bercerita kan. kadang-kadang segan jugaklah bila opismate ada tegur pasal blog, tapi semuanya bagi pandangan positif la, yang tahap bos or manager pun ada tegur pasal blog, sebab mostly depa ada dalam my friend list FB..hehe. tapi sekarang ni dah jadi normal dan dorang memang tau minat aku yang satu ni. setiap kali terserempak dalam lif ke pantry ka, mesti tanya bila next entry dalam blog, bila next trip..haha. kat cubicle pun penuh ngan poskad kawan-kawan yang tengah travel kat opis. so bila tengah tension wat keje tu, then dapat email notification ada parcel sampai, dan ianya adalah poskad, rasa cambest je satu hari tu..haha. adoi melalut lak aku ni ha...padahal nak taip 1 entry malam ni, last2 macam tak dapatlah nak siapkan. aku harap dapatlah ryhthm dan kerajinan untuk mengupdate macam ko..huhu..respek kat blogger yang konsisten menulis ni ~

TechKini.com December 30, 2012 at 12:56 AM  

wahhh, buat cerita hantu mmg best... haha.. gambar cantik.

Tech Kini

~Beb~ December 30, 2012 at 3:23 AM  

scary gile babeng tmpt ni. toilet ko sexy sgt! motip x diketahui! baik die gadai table pool/snooker tuh p topup sket buat pintu bilik ko kasi kukuh. heee panas pon ade bile bace!
mcm klinik desa pon ade. heee meremang den. hbis mlm tu ko berteman kan si makyong keras kt dinding tu la?

**asal mabuk je prangai pon nak mcm s*tan kn?!

Naramas Aman December 30, 2012 at 9:01 AM  

Salam Fatt,
Saya juga selalu mengalami situasi yang hampir sama dgn Fatt masa travel sorang-sorang. Bilik yg ada Nyi Blorong selalu membuatkan saya tak tutup lampu masa tidur di hotel. Saya selalu pasang ayat-ayat quran atau azan yg ada dlm handphone saya bila masuk. Kadang-kadang kelibat-kelibat Nyi Blorong itu terasa, membuatkan bulu roma berdiri. Cubaan lelaki miang yang nak keneng-keneng kita pun tak kurang juga. Tetapi selalunya saya buat derk je atau katakan, "My husband is waiting for me."

dzuchan December 30, 2012 at 9:44 AM  

ahaha..tacing aku ngan replymu itu..

memandangkan aku ni masih belom ada kesempatan utk travel merata2, membaca travelog ko one of remedy la kiranye...

mana tau, one day ada kesempatan dan restu2 parents, tayah dah susah2 google sana sini ;-)

Fatt December 30, 2012 at 6:57 PM  

et,
aku ni sbnrnya gigih post hari2 sbb aku dah nak muntah simpan travelog ni sbb dah nak masuk setahun lebeh aku biar..hehehe...konon nak abis new year utk travelog overland ni..rasanya sempat kot sbb tinggal 2 post lagi

anyway yup...sbb tu aku biarkan profile aku anon sbb aku taknak org kenal aku. waktu aku mula2 start dulu aku tak sangka ia akan jadi sampai mcm ni...its beyond my expectation actly dan aku tak sangka kuasa dunia blog ni sgtlah berpengaruh. so to avoid all the attention aku lebih prefer jadi anon so aku tak risau nak buat apa kat luar sbb takde sape kenal. aku lebih suka org kenal aku bukan sbb blog tapi as normal ppl. aku ni pelik skit hahaha...but its ok, lain org lain pendapat tapi aku comfortable camni.

aku percaya satu hari nanti kita akan jumpa jgk, lepak2 yamchaa & exchange pglmn. since ko dah kenal Na so aku rasa lambat laun kita akan jumpa...insya Allah :)



techkini,
tajuk nang-nak balik umah? hehehe



beb,
kannn..org mabuk mmg sng naik haji.

aku rasa dorg saja but pintu gitu sbb bajet utk skodeng kot. klu org hanimun sesuailah...pffftt. malam tu makyong tepi dinding tu lah yg temankan aku...dahla sama saiz dengan aku...hangswa sungguh



naramas,
wasalam...itu gmbr Nyi Blorong ke? mmg seram lah..sbb besar gile. sy tido bukak lampu sampai ke pagi..pastu sbb katil tu luas, jadi sy selerakkan barang sbb takut klu ada benda tu menumpang...eeee nauzubillah. tapi sy mmg rasa lain mcm sgt waktu duduk dlm bilik ni, rasa mcm ada mata yg tgh perati apa sy buat. tapi sbb mlm tu ada benda lain yg lebih takut jadi mcm terlupa kejap..tapi creepy sgt bilik ni sbnrnya sbb byk tingkap..risau jgk klu tetiba tercongok kat tepi tingkap mau pengsan sy..hehehe



dzuchan,
alkisahnya...takpe, mgkin rezeki ko lebih baik dari aku...siapa yg tau tiba2 ko further study kat EU bleh pusing sana terus kan. aku blom sampai lagi EU...tskk...further la study weh! gaji jalan tuu :)

Lavender December 30, 2012 at 8:21 PM  

Fatt,

akhirnya dapat jugak ko teruskan writting pasal overland ni. Neway, aku pun experience macam ko gak. Tapi aku tak duduk kat Mandlay Inn, aku duk kat depan Mandalay Inn , kat Popular Guest House, not bad la, ramai traveler duk sini tapi bilik nye mcm berbau hapak sikit la..

Janggel / Rain December 31, 2012 at 1:24 AM  

YaAllah ada drama baru pulak kers???

Sabojelaaaaaa..

"Aku terus menulis dan menulis sebab bunyi hujan yang mengenai atap zink menghasilkan irama yang begitu mengkhayalkan"



Kekekeke

Nur Liyana December 31, 2012 at 9:18 AM  

sangat creepy guesthouse anda...saya tgk tanduk rusa tu mcm tgn2 hantu dalam cerita horror hollywood je..hehehe..btw, moga awak sentiasa dipelihara dari segala musibah dimana jua..hope 1 day dapat travel jugak bila dpt approval dr 'imigresen' n 'kastam' yg kt umah tu..hehehehe

Fatt December 31, 2012 at 2:28 PM  

intan,
nak habih dah cerita aku..legaaa. laaa ko dok sana ke? hahahaha oke. eh chop..ko ada blog tak pasal tu? aku tak pasan lak dlm ko



janggel,
jangan lupe dptkn novel terbaru sy bertajuk ong-bak siam. kini di pasaran..kekekeke



liyana,
aah creepy..tah camne sy bleh kering ati dok situ 2mlm. huhuhuu...selamat mendapatkan approval dr kastam & imigresen di rumah..hehehe...bodek souvenir lah..mesti bagi punye :)

anyway, tqvm..sy pun hrp tak jumpa dah situasi gini in future. tq

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin January 2, 2013 at 8:08 AM  

Ya Allah seram gila aku nengokkan Tony's Place ni...dengan lorong bilik macam tu, dengan gambar Mak Yong tu, dengan rumah tinggal luar tingkap yang ko nampak tu fatt...ngeee....syukurlah ko takde apa2 kecuali mamat rambut meggi yang huangsuang tuh...karate baru tau...apa daaa...asal female travel solo aje nk try...

Biqque January 2, 2013 at 1:50 PM  

la, ada lagi ke yg rasa ko bro? hahahahahahahahaha! takpe, macho bro, machoooo!

weh, aku tak paham la nape hotel yg spooky mesti kasi bilik ujung! kitorang kena gak kat phuket, cam haram. jenuh aku sambung katil, tido pegang tangan siut. kalo aku jadi ko, sorang2, mmg aku conteng jugak muka penari kat dinding tu...eiiii! bingai tul letak gambar orang camtu dlm bilik...pfft!

Lavender January 3, 2013 at 10:33 PM  

Fatt,

aku tak de cerite lagi dalam blog aku pasal trip ke siem reap. huhu..
congratz pada ko sebab ko berjaya tamatkan travelogue ko ni. hehe

Fatt January 4, 2013 at 8:18 PM  

norhidatul,
mcm rumah hantu kan? hahaha...mgkin sbb aku dok bilik paling murah kot sbb klu ko tengok dlm website dia, ada lagi bilik2 yg lain (tapi dia tak buh gmbr bilik yg murah..motip sangat).

itulah, asal nmpk solo female je nak try..klu muka tu siap takpelah jgk..nyampah aku hahahaha



biq,
itulah...aku pun pelik pasaipa dorg ni asik ingt aku bro. barangkali aku patut jadi bro lah kot. hahahaha

HAHAHA..ko tido pegang tgn ke? titanic sangat! aku syak la kan...bilik hjg mmg port jin bertendang le..kan? jgn katakan conteng, aku nak buat unggun api sbnrnya gmbr tu..hahahaha :)))



lavender,
bila ko pegi SR? aku mcm takleh recall..ke sblm kita kenal? anyway aku dah habiskan byk dah travelog ni..ko bila nak sambung citer china ko tu weiiii :)))

Irfa January 7, 2013 at 9:44 AM  

errr...meremang bulu roma membacanya

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP