The Overland : Siem Reap (Part 12)

December 27, 2012

Sebelum aku teruskan aku nak bagitau yang episod ni fresh, bukan episod publish->draft->republish macam episod 7 sampai 11. Pasal tu komen dia makan ratusan. Tak tengok tarikh leteww...

Sambungan dari Episod 11.


Setelah mendaki sampai ke tingkat 3 akhirnya kami berdiri di depan bilik bernombor 3003.

Dia : Hold on a second. I need to find the key

Aku macam tak percaya dengan apa yang aku tengok.

Aku : Is this your room?
Dia : Yeah, but why?
Aku : Because my room number is 303!
Dia : What??!!!

Kebetulan pulak nombor bilik kami hampir sama. Hantu betoi! Entah berapa banyak kebetulan sampai aku sendiri pun pelik. Naik bas sama = kebetulan, jumpa kat Angkor Wat = kebetulan, guesthouse depan-depan = kebetulan, sekarang nombor bilik pun kebetulan jugak? Pelik.

Sebenarnya aku masih ragu-ragu dengan apa yang aku buat. Aku rasa semua ni salah. Aku tak sepatutnya berada di sini. Kalaulah jadi apa-apa siapa nak tolong? Aku belajar teakwando pun tak sampai tali pinggang hitam so macam mana aku nak lawan dia yang tinggi lampai? Aku bermonolog sendirian sambil memerhatikan dia menyeluk poket mencari-cari kunci.

Dia : I must tell you that my room is really messy. I hope you don't mind
Aku : Not a problem at all. I'm okay!

Kunci dimasukkan dan serentak itu tombol pintu dipulas. Krekkk!! Sambil membuka pintu dia meraba-raba suis lampu di sebalik dinding. Ketikkk!!! Serentak itu lampu menyala dan serentak itu jugaklah mata aku tak berkelip-kelip.

Dia : Come in!

Aku masih lagi tercegat di muka pintu. Terkesima. Ya rabbi ini bilik bangla ke ape??? Atas lantai, atas katil, atas TV bersepah-sepah dengan barang. Eh apetu? Sepentot ke? Pffttt....

Dia : Err...give me a second!

Barangkali dia nampak reaksi aku yang terkejut jadi dia pun kelam-kabut mengutip barang-barang yang bersepah di atas lantai dan mengalihkannya ke penjuru katil.

Dia : Please come in and have a seat
Aku : Err...thank you

Aku pilih untuk duduk di hujung katil. Dekat dengan TV dan dekat dengan pintu. Dekat dengan TV supaya kot-kotlah datang akai dia nak buat gila nanti boleh aku capai terus TV ni buat modal menghempuk. Dekat dengan pintu supaya lepas hempuk dengan TV nanti senang sikit aku nak lari. Hahahaha. Tiba-tiba dia datang kat sebelah aku dan duduk. Tak penah kami duduk rapat macam ni. Eh, apsal tiba-tiba aku rasa berdebar semacam je nih?

Dia : Let's take a look at the photos!
Aku : Yeah that's the main reason why we're here anyway bhaahahabhaahaaha...







Serentak itu kami berpandangan. Alamak, aku tersalah cakap ke? Matilahhh. Keadaan menjadi sunyi seketika dan kedengaran hanyalah bunyi kipas siling yang berputar laju. Bunyi katak yang menyanyi-nyanyi di luar tingkap juga tak kurang hebatnya menambahkan lagi sound effect pada malam tu. Nampaknya dia masih lagi melihat aku tanpa pandangan yang berkedip. Aku mula rasakan sesuatu yang tak kena bila tiba-tiba dia tersenyum nipis. Debaran aku semakin memuncak bila dia memuncungkan mulut sambil merapati aku.

OMG! OMG! This.....cannot.....be!!! Kenot!!!! Oh tidakkk!!!! EH EH! EHHHH!!!

Dengan tak semena-mena aku ter-off balance dan jatuh dari katil. Gedebukk!!!!! Macam nangka busuk. Kahkahkah. Waktu ni plan aku nak hempuk dia dengan TV hilang entah ke mana sebab bila panik satu apa pun tak ingat. Tapi belum sempat aku buat apa-apa tiba-tiba bahu aku dicuit.

Dia : Hey!
Aku : Yeeaaa...??!!
Dia : Are you okay? Look like your mind drifted off somewhere
Aku : I'm okokkokayy!

Cis! Mengelamun rupanya. Lama sungguh aku berkhayal sampai tak sedar rupanya dah lama kami berdiri di depan guesthouse (ciss!! kompem korang pun rasa nak hempuk-hempuk kompiter sekarang. hahahaha)

Dia : Shall we?
Aku : Ermm...can we just sit there?

Kata aku yang lagaknya seperti memberi arahan sambil jari menunjuk ke arah lobi guesthouse.

Dia : Sure no problem

Dia menurut tanpa membantah apatah lagi menyoal. Sewaktu melangkah masuk ke dalam lobi ada seorang receptionist sedang bertugas. Sebuah kerusi panjang yang menghadap ke luar guesthouse menjadi pilihan kami untuk bersantai. Sambil melihat gambar dari skrin kamera yang kecik, kami berborak tentang perancangan selepas balik dari bercuti. Dia bercadang untuk menyambung master dan aku seperti biasa kembali kepada rutin yang membosankan. Sambil rancak bercerita tiba-tiba tumpuan dia teralih pada sekeping gambar.


Dia : This! (sambil merujuk gambar di atas)
Aku : Hahaha. Don't ask!
Dia : I want to know why you take this photo (gelak)
Aku : Well, I don't have reason for that pffpffttptt!!
Dia : I saw what you did actually (sengih)
Aku : You saw what??? (adoyaiiii!!)
Dia : (cuba melakonkan apa yang dia nampak)

Dang! Memang apa yang dia nampak tu betul. Aku masukkan air kosong dalam ni, goncong, minum dan lepas tu amik gambar #$&^^!*. Sumpah tak tau nak sorok muka kat mana waktu ni. Yang sebenarnya alasan aku campur air kosong dalam yogurt drink tu sebab takut kena potong kaki (read : manis yakmatsss).

Aku pandang dia. Cuba menduga sesuatu. 

Aku : So you did a lot of watching huh?
Dia : (senyum)
Aku : I didn't expect someone to see that but....so you've been watching me all they way??
Dia : (angguk)
Aku : Since when? 
Dia : Since then.....(senyum)

*petir*

Lidahku menjadi kelu. Apa yang berlaku selepas tu dan seterusnya tak perlulah aku ceritakan pffftpfftpfffttt!! 

Tak dinafikan yang kami saling tertarik di antara satu sama lain tapi banyak faktor yang perlu diambilkira (jarak salah satunya) jadi kami memilih untuk bersikap realistik dan terbuka. And since the future is very hard to predict so it's best for us to keep our relationship open.

Terutama sekali bagi aku sebab pengalaman lepas masih belum pergi sepenuhnya dan begitu juga dengan dia. Aku bertemu dia sewaktu hati aku betul-betul parah, cuma dia lebih bernasib baik walaupun kisah kami lebih kurang sama.

Having crush during travel is normal. Deal with it. And just be realistic. People come, people go, but the only thing that stay is memories. That's what I always told myself every time I met new people on the road. Tak kiralah sama ada lelaki ataupun perempuan. But there are some which I'd like to keep in touch and in this case...him :-)

I still remember the day when we first set eyes on each other. I thought it was going to be a Hi-Bye kind of thing but God has better plan for us. And because of that now we have something to remember about. Not just Siem Reap and the beautiful Angkor Wat but definitely the memory of this place and us.

Walaupun peristiwa ini sudah lama berlalu tapi kami masih lagi berhubung sampai sekarang. Perancangan untuk berjumpa memang ada cuma tak tahu bila. Yang pasti banyak kali dia tanya sebab dah banyak kali aku cakap nak turun EU tapi asiklah terbabas ke tempat lain. So Air Asia, fly me to Germany please? :-P

Anyway, terima kasih sebab setia menunggu siri akhir travelog Siem Reap. Dari tahun 2011 aku cuba habiskan sampai semua orang naik fedap tapi akhirnya tahun ni barulah tercapai (aminnnn). Kiranya lepas ni kurang sikitlah senarai entry tertunggak aku. Lol :)))))

Ada yang kata pesen aku menaip kali ni macam novel (yeke?). Sejujurnya aku langsung tak baca novel apatah lagi cerita cintan cintun (aku cuma baca LP je). Jadinya aku main agak-agak asalkan benda yang aku tulis tu datang ikhlas dari hati. Kalau ikutkan cerita ni menyimpang habis dari standard travelog biasa tapi disebabkan pengalaman yang aku lalui di Siem Reap agak berbeza dari kebanyakan cerita Siem Reap yang selalu yang kita baca, jadi sebab itulah aku menaip.

Apapun siri travelog Malaysia-Thailand-Cambodia ini masih belum lagi habis sepenuhnya sebab lepas ni aku nak sambung cerita ke Ayutthaya. So stay tuned!


bersambung....
.

53 comments:

farrah December 27, 2012 at 9:03 AM  

OMG I've been silently reading your blog especially this story and was so excited when I first saw your (finally) revealed final entry of this episode between you and Mr Germany :)

Ahhh bestnya rasa cinta itu. Best of luck to both of you!

Hulubalang December 27, 2012 at 9:10 AM  

oitt...dh abes ke?? pasni call pakcik tony suruh wat route ke germany...

nnt jgn lupe ajak aku..aku nak ikut hehehe...tukang bawak dulang pon xpe ;)

Iqah Razak December 27, 2012 at 9:14 AM  

hope u'll see ur Mr Germany fatt... : ) suke baca ur love story nih... bersiri-siri and lawaks...

dzuchan December 27, 2012 at 9:16 AM  

suspen je masa baca 1st part tu hahaha

Btw, tahniah kerana berjaya mengabiskan cerita ni

dah cukup duit, bole masuk meminang mrG ek :-)

Mya December 27, 2012 at 9:30 AM  

setahun ku menanti dengan bertabah!
bersambung lagi! heee..

Rozita December 27, 2012 at 9:41 AM  

Hahaha...saspen betul baca first part tu. Setahun menanti sambungan citer ni fatt. Berbaloi gak tunggu.

f i d a j a c o b December 27, 2012 at 9:55 AM  

Hamboiii fatttt...

Lentok naaa. hhahahahaha. joking.

Crush masa travel adalah perkara normal... dulu masa pergi paris ada sorang mamat melayu ni we were on the same flight. Skali kat malaysia terserempak lagi uols!!!

Dia dtg mintak no phone. kekekeke... buttt... thats it la...

Seeing new people everyday tu mmg the best part... and sometimes, those people tu plak yang kita suka! HOWWWW??? bertabah je la...

Hahhaa.

june December 27, 2012 at 9:55 AM  

tahniah fatt.. akhirnya terbuka hati nak abiskan cerita nih. hahah..

dakS December 27, 2012 at 9:58 AM  

Pecah perut la weh aku baca entry ni... punya la lama kau peram sampai aku dah lupa pasal abg G kau ni... nti nak gi german roger aku deh... aku nak jd tukang bepantun...
kekeke...

zette December 27, 2012 at 10:22 AM  

o em gee.. what a good love story... :)

miss tito December 27, 2012 at 10:38 AM  

cerita cintan cintun yang best dan kelakar..congratz fatt berjaya menghabiskan!

Nur Liyana December 27, 2012 at 11:33 AM  

I'am your silent reader..bru terjumpa blog ni last week masa berjalan2 di alam maya ni..hehe..smalam buka2 ad entry yg bertentang mata tu and trus baca dr mula and it was super duper extravaganza extraordinary sweet (walaupun saya ketinggalan)..hope you can see him sooner and boleh la sambung cerita telenovela ni kt german plak..(^_^)v

Naizaitul Husna December 27, 2012 at 11:37 AM  

Sweet n nice story...cuma part yg 1st tu tak boleh blah..hehehe..
banyak je flight nak ke EU sekarang ni...nak seribu daya...harap2 akan sampai jugak ke tempat beliau nanti..

deqna December 27, 2012 at 11:52 AM  

hiksss....hope u can fly to see mr.G..bole wat sambungan telenovala u ni fatt....keep it up!!!....hiksss

Fid Abdullah December 27, 2012 at 12:12 PM  

hehe,,
bukan novel tapi telenovella..
aku tengah tunggu ayyuthaya punya entry lak.. teringin nak pegi sana..

Fatt December 27, 2012 at 1:44 PM  

farrah,
hi farrah, thanks for reading my blog and following my journey :)
i honestly say that if it wasn't bcoz of my readers who keep asking when im going to finish this travelogue, i would have just pretend like it doesn't exist. in fact i almost delete all the entries but suddenly (after so much thinking), i said why not!

thanks for the wishes, i also hope something good out of it :)



hulubalang,
dahtu ko nak aku buat sampai 20 episod? mau kena cerca. aku rasa nanti seketeri pak tony baca pastu hrp2 dia pegilah stori kat pak toni..lol :)))

bawak dulang? haaa...tambang flite bayau sindri :P



iqah,
terima kasih iqah..glad u like it :)



dzuchan,
kalau real camne? sah esok tu kuar newspaper kata ada sorg rakyat mesia di tangkap kerana disyaki membunuh seorg rakyat jerman dgn mggunakan tv! hahaha :P

nmpknya aku kena setup tabung "fly me to germany". motip sangat! :)



mya,
yes i still ingat u Mya..sbb waktu i nak private last part ure one of those yg mintak password. sorry mya :P

anyway, nasiblah i tak simpan sampai 2tahun...but honestly cerita ni paling lama i peram..hihihi



fidajacob,
tu jodoh namanya. awat ko tolak? sbb kureng hensem? takde x-factor? klu aku awkward jgk bila org yg tak kenal mintak no phone..sbb aku akan rasa dia sangatlah gelojoh. tapi mcm ur case, mebi dia pikir itulah yg first & last, so dats y dia berani.

agree! jumpa lain org setiap kali travel mmg best. sbb minat pun sama jadi syok skit bila bercerita. but for crush, aku rasa amik masa jgk utk develop sbb aku akan observe dulu sblm jump to conclusion :P



june,
lamakah menunggu? ada setahun? hehehe



dakS,
tetiba timbul ni ajaib jgk. mana pi? ripit nz lagi tak? aku ni tah bila nak pi sana..merancang tu mmg ada tapi time nampak je promo, aku terbabas beli tiket ke lain..camne? :P

Fatt December 27, 2012 at 1:57 PM  

zette,
kalah tak ong-bak rindu? :P



miss tito,
syukran. habis jgk..bleh buat kenduri pulut kuning. hahaha..thanks for reading yaw!



nur liyana,
hi liyana! thanks for reading. ure lucky sbb tak tunggu lama. some ppl spent 1yr++ for the ending. hehehehe :))))

insya Allah ada rezeki akan ke sana mgkin lagi 1-2thn..aminnn :)



naizatul,
im glad everyone fall in the trap! lol :)))
ada tu mmg ada tapi mahal & of course kalau ke sana sy nak spend more than 1 month..so dats y i prefer pegi waktu yg i betul2 free utk period yg panjang, insya Allah



deqna,
kalau takde halangan insya Allah. tq!



fid,
novel-la! kahkahkah. ok sat aku tengah nak resize gambar. ayutthaya ok, sesuai utk historic junkie

none December 27, 2012 at 2:35 PM  

fatt...
ai baca 4 kali oke entry ni.... gigihsss....

akhirnya.... *kalau jadi ngan mamat nih aku sponsor satu dulang ya... aku serius ni...*

aku tak motip apa pun...hehe..peace yaww

Emy Tak Kecik December 27, 2012 at 2:42 PM  

fatt....

tak tau nak komen...sweet giler rasanya :D

Biqque December 27, 2012 at 2:47 PM  

sakit dada baca ending...apa yg ku harapkan tahun lepas yg penuh dgn aksi2, rupanya hanya batuk2 ditangga je...oh maaf, mak esah dah berubah...astagafirullahhhhh!

so kiranya tinggal yg ni je la harapan ko ye? yg lain sume tolak tepi dulu hahahaha! weh kalu jadi, terpaksa la ramai2 pi sana, wah kelesss gitewww...dpt la meramaikan umat islam di dunia ni :) aminnnn...

ps: muka dia macam...mr bean kadang2 roger federer lak aku tgk, ke gambar ni yg tak brapa sharp...?

Fatt December 27, 2012 at 3:06 PM  

none,
awat 4 kali ja..patut kasi 40 kali. kihkihkih..bergurau je ye jgn amik ati. baiklah, aku ingat janji2 mu ini..kalau jadi aku tuntut (motip konpiden sangat? ko punye pasai la!)

pis pis pis..kamu jangan nakal #tetiba



emy,
jgn sampai kencing manis. gitewww :P



biq,
ko kan biq, wlpun dah jadi setazah tapi masih overst tau! hei muka dia ko dah tgk kot..aku mmg sengaja buh gmbr ni instead of gmbr2 lain sbb aku taknak org terpikat..biar aku sudah! lol :)))

ko sendiri tau dia hensem camne, takkan maszuber sampai kata ya allah fatt..ko kawinlah dgn dia, gitu dialognye...kakakaka :)))

eniweii, ni kalau skin baca aku rsa pun dia hempuk tv sbb penat je korang buat storiline dari tahun lepas tetiba ini endingnya. dramatic sangat. kisah2 yg toottt i simpan dlm peti jah sudah.

err, harapan ko kata? pfffttt...tengoklah nanti siapa yg kenaaa!!!

ps : ko kan..mr bean tu sah2 la jauh pulut dari pemanggang. roger federer? tak langsung. mcm josh lah..josh! (ini yg aku geram nak tepek gmbr lain ni...zzzz)

d.angel December 27, 2012 at 3:51 PM  

selepas trip EU akan dtg mungkinkh ada part 2 siri ni..jeng..jeng..jeng..^_^

bertabah dan bersabar menanti entri..Ayutthaya.

Leena RB December 27, 2012 at 4:46 PM  

:-) wish both of u al the best yer..sweet sgt..n will always b backpackerbusuk follower....

Janggel / Rain December 27, 2012 at 4:49 PM  

Gitew...
Penulisan NOVEL CINTA sangat! Hahahahaha..

part ni takbleh blah --->
"Sambil membuka pintu dia meraba-raba suis lampu di sebalik dinding. Ketikkk!!!" dtail sungguh penceritaan ko HAHA

Ok la.. nak sambung gelak.

Janggel / Rain December 27, 2012 at 4:50 PM  

Oh lupa nak komen... siap ada anime2 bagai... mementang balik Jepun kekeke.

Cah Ayu December 27, 2012 at 5:21 PM  

hahaha anime2 tu mmg suits perasaan tu weh! aku juga merasakan! *eceh* :P

semoga berbahagia~ nak ikut gi german cari mamat mata biru gak hehe :P

gadisBunga™ December 27, 2012 at 5:42 PM  

hensem beb. nemang hensem beb! heheheh!!!

Meleana December 27, 2012 at 5:46 PM  

Asalnyer.. baca blog sbb nk folo psl Siem Reap.. (mmg plan nk pegi sane) tp since dah ade additional telenovela scene.. tros tertarik nk tau sampai habes.. Ngeee...

Hopefully dpt la awk ke Jerman soon.. n complete ur Euro Trip skali.. bole kita dpt info n tips baru bila da prepared nk ke Euro nnt. Gud Luck for u.. n both of u! (^,^)

Orga December 27, 2012 at 7:57 PM  

perhh...boleh wat novel dah ni fatt, pastu jadi drama, pastu aaron aziz jadi hero lagi. ceh~...aku pulak yg berangan :)

2langkahdibelakang December 27, 2012 at 10:29 PM  

Fatt,

cecepatlah kau kasi tau dia.. petir & kilat jgn di hirau. Paling burukpun tepuk sebelah tangan. ALah, bukan duduk dekatpun nak merah2 muka bila jumpa.

Hehehe.. anyway Thanks.. Buat aku rasa nak gi Seam Reap jugak

Cik Ila December 27, 2012 at 11:38 PM  

cik fatt,

try le apply destinasi cinta... mana tau dan2 je eaasia g germany..hehe

smoothiesices December 27, 2012 at 11:47 PM  

wooohooo..x sia2 menunggu,finally.
Tapi part awal tue mmg imigination sangat la tinggi.,lol.
Serious, sure jiran igt i gila gelak2 malam psl this travelogue,,isshh.

Btw,I tgh study ur trip overland bangkok.Hopefully goes well next february..:)

masMZ December 28, 2012 at 12:21 AM  

Magadddddd #pitam! macam lapan tahun nye citer!

cepatla wei. aku nak angkat talam hantaran g eu nihhhhhh.....

p/s: cup! nak dulang paling ringan! dulang cekelat pun bley.... hehehe

Ainul Arina December 28, 2012 at 2:46 AM  

kak fatt, nak bagitau betapa gigihnya saya bukak novel ni dari first episode sampai habis semua serentak malam ni sebab tadi baru habis exam. bangga tak? bangga tak? hehe...

by the way, travel mmg connecting people. saya punya kawan pun ada yg jumpa jodoh through travel. klu jadik, nak gak tolong angkat dulang. *verangan lebih~* =P

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin December 28, 2012 at 3:33 AM  

silent reader blog fatt before...ni tak tertahan selain dr like kt fb nak meng komen jugak...

cayalah fatt! kental sungguh imanmu dan itulah sebaiknya sebagai seorang wanita timur!

apa pun fatt, aku mendoakan 'kejayaan' ko bersama mamat Germany nih...berchenta sampai syurga..ewah!

ko la idolaku, fatt...hiks..
(plan nak buat solo travel jan/feb ni..kl-hatyai-krabi-phuket
kalau larat dan punya keyakinan tinggi pas tu naik bangkok-cambodia-siem riep-phnom penh-saigon)...doakan aku fatt...dh tentu blog ko la aku refer..

Nur Atiqah December 28, 2012 at 12:38 PM  

fatt...

sweetnya cita..serius, baca dari part 1 kot..and siap suruh kawan2 yang lain baca sama..semua cakap sweet gila!! and tak sabar tunggu sambungan..habis jugak akhirnya.hahahhaha..

Btw, I think you're awesome!! Keep writing.!!!

Rose December 28, 2012 at 2:57 PM  

nice story...tapi instead of awk pegi sana dulu (German), knp x dia turun KL dulu ? hahahah:):):)....saja bagi cadangan,

zany December 28, 2012 at 3:12 PM  

fatt

lamanya tak kena "petir"
asyik kat kuar je hujan lebat guruh petir

Fatt December 28, 2012 at 3:23 PM  

d.angel,
kalau ke sana dan berjumpa dia mungkin ada..hehehe



leena rb,
thanks leena..also thanks for ur time to read this long post :)



janggel,
hamboi siap quote tuh..
klu takde katun anime nanti mesej tak sampai. kannnnn...



cah,
hahaha...tu ala2 nak gelak kontrol walhal nebes sbnrnya..
jomlah kita book tiket pegi ke jerman! :)



gb,
nemang ye gb? kekeke... :)))



meleana,
sy hrp awk dapatlah info yg sepatutnya dlm travelog tu..kekeke..sori ai melalut masuk sampai cerita cintan cintun...miahaha...

thanks mel, im eyeing tix to EU actly ;-)



orga,
bang, eron ajis tu melayu lah..watak lelaki dlm citer ni mat saleh...camno?



2langkahdibelakang,
kami dah confess lah..lepas dialog "since then..." the part yg aku ckp taknak citer pfpfpfpfttt tu...

lep at pes sight sbnrnya, waktu nmpk atas bas :P

oklah ai malu nak stori lagi...daaa~



smooth,
ok part yg first tu mmg aku create sbnrnya kasi sedap cerita but glad everyone likes it :P

sbb sume org suh kami cemolot dari part sblmnya jadi aku try mixed kehendak readers dgn apa yg sbnrnya berlaku...than, walla~

anyway aku pun gelak jgk waktu taip sbb aku rasa melampau jgk imaginasi aku. anyway, good luck for ur bangkok overland trip. klu ada apa2 nak tanya bleh refer nti aku kasi tips :)



masmz,
overst 8 tahun! baru 1thn lebeh la! chop...ada ke org anta dulang kat mat saleh? konpius aku hahahaha :))



ainul,
bangga!!! hahaha...nasib baik dah abis exam, klu tak abislah sbb takde soalan kuar tanya dari manakah Mr.G berasal? hahahaha :))

sungguh ni ur fren jumpa jodoh time travel..how sweet~ haih, tetiba berangan camtu jgk >__<



norhaidatul,
hadui segan ai..aku biasa jelah, takde yg spesel. jgn buat aku sbg idola huhuhu :P

aku dah test route tu so aku yakin ko bleh buat. dulu aku sbnrnya nak sambung terus dari siem reap ke hcmc tapi sbb tak ckup masa jadi aku terpaksa balik. nanti naik keretapi ke? naikla ketapi..best. aku suka naik ketapi..feeling dia sesuai utk melayan perasaan dan aku jgk doakan trip solo ko berjaya, amiin :)



nu atiqah,
aduyai promot ke? malu ai. habis satu malaya baca cerita cinta monyet aku di siem reap..matilah. anyway sorilah kalau buat semua menunggu tapi aku hrp sume suka cerita ni. im just sharing some sweet moments during this trip :)

thanks :)



rose,
byk sebab sbnrnya nape sy nak pi sana. first sbb sy tak penah lagi sampai ke EU tapi dia dah penah sampai Msia/Asia. seken sbb sy nak visit kawan dkt sana so dats antara reason sy nak ke sana. kill 2 birds with 1 stone kata omputih :)



kak zany,
hahaha...itulah, lama dah sy tak kasi petir kat korang sume. suke tak? :P

FaMY December 28, 2012 at 3:40 PM  

Hmm... Memandangkan aku baca part 11 birthday aku tahun lepas, so now aku boleh compare setaun tu lama mana. Setaun adalah selama tunggu satu episod penghabisan drama backpacker busuk. eh. k bye

Hmm... Ini juga bermakna..... Aku dah setaun jadi stalker blog kau! Muahahahaha!eh. k k bye

Fatt December 28, 2012 at 7:32 PM  

famy,
HAHAHAHAHA :)))

(aku speechless tatau nak cakap apa)

kiranya 1tahun = 1 entry...pengsan X__X

sori! hepi belated birthday anyway :P

Anash December 28, 2012 at 8:44 PM  

peitrrrr!!!
lama tak baca cite mr G
heheh
good blend
.
.
.
.akak sponsor kapkek kat dulang...kalau jadi dgn mrG..

Fatt December 29, 2012 at 8:16 PM  

kak anash,
dulang kapkek je ke??? alaaaa...kasikla tablet pc...kikikiki...larikkkk!! :P

Rawi Sanra December 30, 2012 at 4:57 AM  

You are very good in writing, kipidap! Story telling yg best yet happy ending :)

Rayyan Haries December 30, 2012 at 5:09 PM  

abe germanyyy comel lah fatt! haha...

Fatt December 30, 2012 at 7:20 PM  

rawi,
thank you. im glad you enjoy reading it :)



rayyan,
he is :)

Bibu Wilda December 31, 2012 at 10:36 AM  

ala nak abis dah part G ni ke?ahak ahak..akak suke sgt kalo ade kesinambungan pas ni..

Mami Illysha & Iris December 31, 2012 at 11:08 AM  

Yeah!!! Sambung balik!! (walaupun pada hakikatnya aku dah lama tertinggal ketapi!!)

Dah last day 2012, bolehlah curik-curik rempit baca balik mana yang dah tertinggal!!

Tenkiu..tenkiu..

Fatt December 31, 2012 at 3:17 PM  

bibu,
setiap yg bermula pasti ada kesudahan. sambungan? tunngu le klu kami jumpe..huhu



mii,
selamat merempit. dah lama habislah citer ni. letih nak simpan. hehehe

absolutely emy January 1, 2013 at 8:11 AM  

Terima kasih banyak2 kerana berjaya menghabiskan episod telenovela siem reap nih.. memang best! dan efek petir yang sangat terbaik.. hehehe.. A good writer!

Saya ni silent reader to this blog dan saya silently doakan fatt dapat ke german supaya dapat sambung telenovela MrG season 2 lak..

absolutely emy January 1, 2013 at 8:12 AM  

Terima kasih banyak2 kerana berjaya menghabiskan episod telenovela siem reap nih (lama tunggu ooo).. memang best! dan efek petir yang sangat terbaik.. hehehe.. A very good writer!

Saya ni silent reader to this blog dan saya silently doakan fatt dapat ke german supaya dapat sambung telenovela MrG season 2 lak.

Fatt January 2, 2013 at 2:24 AM  

emy,
terima kasih emy. at last sy berjaya habiskan cerita ni walaupun hampir nak simpan...hahaha. kalau ada rezeki insya Allah sy akan ke sana dan jika kami bertemu lagi mgkin ada season ke-2...hahahaha ;-)

thank u for reading my blog eventho as silent reader. appreciate that :-)

eezard_vazz January 21, 2013 at 3:38 PM  

Fatt, telenobela u nih kalo wat drama siri Astro channel Mustika HD konpom dpt high rating nih... ngalahkan siri Adam & Hawa tuh... ngeh2... agak2 siapa jd heroin nye ek? hehe

Faizah Elai (Memberku Hawa) ke Ummi Nazeera (Nur Kasih)? Kuikuii...

Kalo hero nye xlain xbukan musti Zain Saidin (Oh My English) yg syok kat Rozita Che Wan tuh... tudiah...

Beshla cara penceritaan uol... Romantika de amore gituh... kipidapp.... Terbuai2 dibuatnyaa... From Poipet to Siem Reap with Love.. =D

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP