Tiada Sumimasen Bagimu!

December 06, 2012

Aku rasa overall experience sewaktu berada di Jepun memang sangat best kecuali pengalaman yang satu ni. Bukan aku tak penah merasa jadi gelandangan (homeless) di airport, stesen keretapi dan subway tapi rasanya pengalaman jadi gelandangan di airport Jepun memang tersangat menyampah tahap infiniti. Kenapa ye?


Malam pertama - Airport Haneda, Tokyo

Oleh kerana flight sampai lewat jadi aku amik keputusan untuk bermalam di airport sebab subway akan shutdown dari jam 12am-5am. Aku lepak kat tempat yang ramai orang dan boleh dikatakan semua yang tido di situ muka-muka yang naik satu flight dengan aku. Tengah aku setting nak tido tiba-tiba datang 2 orang polis yang pakai baju biasa sambil tunjuk kad kuasa. Ini jam mood aku masih baik, maklumlah baru sampai Jepun. 

Di antara dorang berdua, cuma polis A yang communicate dengan aku, mungkin sebab dia je yang reti cakap omputih. Itupun taklah berapa fasih, tapi masih boleh faham. Yang sorang lagi tu diam, aku syak dia tak tau cakap omputih langsung. Lepas tunjuk kad kuasa, polis A mintak tengok passport. Dibelek-beleknya passport aku pastu pass kat polis B. Aku tengok polis B salin info passport aku ke dalam buku nota kecik. Waktu polis B sibuk menyalin, polis A pun tanya soalan bertubi-tubi macam datang dengan sape, nak pegi mana, ada member kat Jepun ke dan soalan-soalan lain yang aku rasa sepatutnya ditanya oleh pegawai imigresen yang chop passport. Aneh. Motip sangat. Nasib baik rupa ko ala-ala pelakon drama Jepun, kalau macam pak pacak memang aku dah titik-titik budak ni. 

Lepas habis jawab semua soalan aku plak tanya dia. Ni normal prosedur ke? Awat banyak tanya? Bukan imigresen dah cek passport ke? Dia asiklah mengulang ayat "Sumimasen, Sumimasen" sambil tunduk-tunduk macam ayam patuk ke tanah. Ah, ape-ape jelah labu. Elok lepas dorang blah budak pompuan yang duduk kat kerusi sebelah bukak cerita. Katanya waktu polis tu datang mintak passport, dia pulak yang menyoal sampai polis tu mintak maap dan blah. Gituh...kelas ko Jah! Nampak sangat ko lagi power dari polis. Kahkahkah

Hurm..apa lagi. Itu jam mood aku terus kelaut. Belum keluar dari airport dah bad impression. Dalam kepala aku mula pikir macam-macam. Entah-entah dorang pasang pengintip nak follow aku kot. Entah-entah muka aku ada iras-iras muka wanted yang bawak ganja kot. Buat sentap je polis ni. Ingat aku hegeh sangat nak overstay kat negara ni ke? Eh!


Malam terakhir - Airport Kansai, Osaka

Aku ingatkan peristiwa malam pertama di bumi Jepun takkan berulang. Tapi Tomok dah kata sejarah mungkin berulang jadi bersiap sedialah. Masa tu aku tengah sibuk main laptop dengan 2-3 orang kat satu sudut yang dikhaskan untuk surfing. Kali ni datang 3 orang polis dengan baju polis yang lengkap. Masing-masing menuju ke arah orang-orang yang sedang duduk di situ termasuklah aku. Seperti biasa dorang akan tunjukkan kad kuasa dan lepas tu mintak passport. Hah, amiklah! Salinlah ape yang ko nak salin. Sambil menyalin dorang tanya aku nak pi mana. "Eiii, ko tak nampak ke troli aku kat tepi ni? Aku nak balik le! Aku lepak kat airport sebab takut terlajak tido. Dah habis jujur dah jawapan aku ni, tak caye ke?". Wah kemain panjang jawapan aku. Walhal berani cakap dalam hati je. Huhuhu. Yang sebenarnya aku cuma cakap, "Saya nak balik Malaysia esok pagi". Tu je, ringkas. 

Swing lagi mood aku. Hampeh tul. Ingatkan dah nak balik ni takmau rosakkan mood tapi siyes kali ni aku mula rasa fedap.


Pagi sebelum berangkat - Airport Kansai, Osaka

Lepas selesai urusan check-in masih ada 20 minit sebelum masuk ke boarding hall jadi aku amik keputusan nak melepak sekejap kat satu sudut sambil habiskan baki makanan dan air. Port tu memang cantek, takde orang dan memang tenang. 5 minit yang pertama, datang sepasang couple. Dok srot-sret gelak-gelak bergurau-senda. Haih ada jugak yang makan pelempang pagi ni. Pegilah beromen tang lain buduh! 5 minit seterusnya datang pulak satu apek duduk depan aku sambil makan breakfast. Ok takpe apek, lu dikecualikan. Selang beberapa minit kemudian datang 5 orang manusia yang bising nak mampus. Punya banyak kerusi kat airport tapi pasaipa kat sini jugak korang nak melepak?? Putus selera aku. Haih.

Aku terus bangun dan get ready nak queue masuk ke boarding hall. Tiba-tiba, "Sumimasen, ano....blablabla paspotto" sambil tunjuk kad kuasa polis. LAGI!!! Patutkah aku jadi Hulk? Patutkah? Aku nak masuk boarding hall dah ni. Ko nak cek passport aku lagi pasaipa???

Secara spontan dan dengan selambanya aku cakap, "Encik pegilah cek passport orang lain. Semalam dah ada orang check passport gua. Pagi ni nak check lagi ke? Gua nak balik dah kot. I'm fedap ok! FEDAP!". Polis tu sumimasen, sumimasen sambil tunduk-tunduk mintak maaf. Bukan tunduk biasa tapi tunduk tahap nak rukuk kalau dalam posisi solat. Tetiba aku tersedar. Eh selambanya ko sound polis. Hilang akal ke ape? Mulalah rasa kecut perut. Lebih baik aku cabot sebelum dia ubah pikiran. Huhuhuhuuuu

tido kat epot? why not! :-)

Aku tak pasti kenapa polis airport Jepun suka sangat kat aku. Walhal aku cuma tumpang tido sebab flight sampai lewat dan taknak terlepas flight. Mungkin rutin dorang kena check details setiap orang yang overnight di airport tapi tak perlulah terlalu paranoid dan soal macam-macam sedangkan soalan-soalan tu pegawai imigresen dah kowtim. Tak kelakar ke lepas chop passport baru nak soal? Apekah???

Oklah tak payah serabut kepala pikir. Yang penting aku dah balik. Korang yang tak pegi lagi dan planning nak tido kat epot tu bersiap-sedialah berhadapan dengan polis airport Jepun yang paranoid. Tak kena alhamdulillah. Kalau kena buat rilek macam aku. Kalau nak marah tu marahlah dengan sepenuh hati. Kekekeke

Walaupun pengalaman aku di bumi Jepun sedikit cacat tapi efeknya tak terlalu besar kalau dibandingkan dengan benda-benda menarik yang berlaku. Personally, aku rasa feel sepanjang berada di sini memang seronok dan paling terbaik yang penah aku alami setakat ini. Ada sesuatu yang unik tentang Jepun yang buat aku rasa nak datang lagi. Insya Allah dalam beberapa tahun lagi.

disclaimer : artikel ini tidak berniat untuk mempengaruhi atau menghasut sesiapa dan ia berdasarkan pengalaman penulis semata-mata
.

33 comments:

John December 6, 2012 at 10:25 AM  

giteww kak fatt berani sungguh sound polis. kalo dia marah ko balik camne? bawak masuk lokap kat situ. malaysia ntah ke mana, kansai airport jela umah ko nanti. aku fedappppp!!!! hahahaha

nash December 6, 2012 at 10:30 AM  

emm..aku rase ko mcm ade sejenis tarikan la.. mcm org mesti suke nak duduk tepi kau atau ganggu mase ko bile nak dok diam sorang2 ...kan? haha

Kes payung previous entry, Tuhan kesian kat kau tu..tu psl Dia ganti balik payung kau :)

Janggel / Rain December 6, 2012 at 10:38 AM  

Untungla bleh sound polis.

Eh cam best je tido peluk beg troli macam minah dalam gambo tu.

Don't Afraid to Try December 6, 2012 at 10:46 AM  

fatt..

aku rase mmg ptt pon ko sound jer polis tu..klu imigresen dh lepas, cukuplah...slalu klu bt hal dgn imigresen...mmg ko xblh kuar epot lgsg...trs dihantar blk msia..

klu aku pun, confirm bengang thp gaban..agaknya, klu org2 kaya travel xkene soal siasat mcm tu kot..klu pki mcm kt ni..bwk bagpack mcm gelandangan mesti nak kene attack..sorry fatt..klu aku terlebih emo..

Rayyan Haries December 6, 2012 at 11:19 AM  

fattttttttttt...

lama tak comment sini. busy traveling! muahahhaa.... apa kabo kau?sihat beb?

Cheesshh...kalau aku lah...ambiklah labu..pastu aku tido balik..takda masa nak layan. Paranoid gak polis2 jepun ni? so far takda lah pernaha dengar anything bad jadi kat airport japan kan? ermmmm.... kalau pikir positip maybe dia takmo makan gaji buta kottt..kot lah.. bersangka baik gituh! haha

aku tido airport ..klia jer lah..dah macam 2nd home gituh.. wa tau mana port nak mandi semua dah..hihihihi....

Sumayyah Nadhirah December 6, 2012 at 11:21 AM  

hahhahahhaha....mmg kelakar... ape maksud Sumimasen??

alifah@along December 6, 2012 at 11:49 AM  

soalan pertama : hensem mcm takuya tak polis tu? mesti tak hensem kan? sbb tu marah2...hahhaha

soalan kedua : ko sexy tak time tu?saje je nak tanya...hahhahhaaa...mungkin sbb nak mengayat..hahhahaa

soalan ketiga : bila nak siapkan next entry? hehe

gadisBunga™ December 6, 2012 at 12:14 PM  

hahaha!!!

ko sound bahasa melayu ke omputis?

Fatt December 6, 2012 at 12:37 PM  

john,
dia tunduk kat aku kot..mestila sbb aku yg power. kekeke...tp mmg aku dah fedap pun waktu tu..dan mmg aku cakap aku fedap. sungguh. pastu tercirit sendiri sbb tak bajet bleh ckp lagu tu (lempang mulut sendiri)



nash,
ntahle. tp mmg cantas mood klu waktu nak tenang tetiba datang mulut murai..heee!!

gitew..kang ada yg sound aku ckp dosa sbb tak pulangkan balik payung tu...insap terus..huahuahua



janggel,
untunglah bukan aku yg kena tunduk hormat. hahaha

best yer? cer try!



sal,
itu yg aku fedap. nak soal itu ini walhal dah approved kot landing permission aku. pfft...itulah, len kali aku nak pakai but takat lutut..pastu jaket dgn muffler bagai..stylo skit..mmg ada double standard lah..benci!



rayyan,
amboi ko sejak jadi travel blogger ni tak lekat kat mesia ye..kelass! aku sihat..ko pun mesti sihat..alhamdulillah

ntahla, tak paham gak aku dgn peel polis epot jepun. polis epot oz yg aku paling cuak tu pun rilek2 je..walhal siap ada anjing sana sini dlm epot..skit pun dorg tak kacau org. mentaliti tu...mcm takut bayang2 sendiri, kan?



sumayyah,
sumimasen tu byk maksd tp dlm kes ni mksdnya i'm sorry. excuse me pun boleh, depends pd situasi



alifah,
ape J soalan ko ni? *backhand*
aku rasa dorg paranoid..tu je. err, entry mana satu? aku malas la nak taip mcm dulu..skrg aku tukar stail plak...santai skit



gb,
aku sound bahasa omputih...tapi pkataan fedap mmg ada. agaknya sbb tu dia tunduk tahap rukuk

Bibu Wilda December 6, 2012 at 12:50 PM  

sebenarnya de nak ngorat ko fatt..tak nampak lagi ke?hehehehe

Anash December 6, 2012 at 6:23 PM  

hahah...
pengalaman mahal tuh
patut jawab je dlm bahasa malaysia banyak2
biar sama2 tak faham
hehe
(musti ada tarikan fatt nih..kalau tak kenapa mesti polis yg nak tya..bukan makcik cleanear mahupun pakcik jual air kotak?)-motif air kotak? ntah? hahah

Ninie Hanis December 6, 2012 at 8:40 PM  

Ko hensem sgt Fatt ada aura tarikan tu psl brador polis tu asik soal ko.Hahaha! Seb bek polis jepun xcari psl mintak duit kopi..Ni semua Tomok punya psl la ni..salahkan dia. :p

Btw,poskad Kyoto santek! aku lupa nak ckp dh sampai 2 weeks ago rasanya. Beb,aku nak tukau address ni.Hehe..nanti aku pm fb eh.

Emy Tak Kecik December 6, 2012 at 8:48 PM  

tak sabar tunggu fatt update belog pasal Jepun...

Biqque December 6, 2012 at 9:00 PM  

hahahaha lawak tul kes polis jepun ngan ko ni, seb baik la aku takde pe hal kat sana. bak kata kawan aku kat sana, muka aku mcm jepun yg suka berjemur tengah panas hahaha!

ye, aku sangat2 sukakan jepun hingga aku tak kisah utk dtg lagi. eiii tak sabar!

norh December 6, 2012 at 9:28 PM  

Depa tanya dak, dah ada boipren ka belum..ha ha

Waida Yusof December 6, 2012 at 10:24 PM  

Agaknya, memang mereka suka check passport orang Asia. 3-4 dahulu pun kena begitu juga. Cuma, waktu itu, mereka minta check passport sekeluarga. Sudahlah sedang dalam kereta waktu itu.

Fatt December 7, 2012 at 1:35 AM  

bibu,
mandai je korang ni..ishh ishh ishhh



kak anash,
tarikan? mgkin nmpk cam rupa org pokai kot, tu pasai depa suspicious camne bleh datang..huh! pasni terpaksa dressing ala2 mak datin...lol! :))



ninie,
hensem lah sangat...mcm kak limah ada le! huahuahua~

oh dah sampai ke? alhmdulillah..agaknya brp byk dah ye poskad aku anto kat ko...wonder gak ni. hehe..oke nti hapdet alamat ko, kang senang klu aku nk anto poskad :)



emy,
aku dah tukar pesen taip mcm gini. aci tak?



biq,
muka ko universal..sume template ada. kihkihkih..aku ni mata sepet time sengih jela yg ada..lain2 tu harommm!!!

bila tu nak ripit? bila!!! (menggigil2 nak ikut)



norh,
takdaaaaa pon masalahnyaaaa >__<



waida,
dalam kereta pun nak cek passport? ada roadblock ke waktu tu? ke camne? iskk kroniknye. awatla paranoid sgt ek polis sana? walhal dorg pun org Asia kot :-(

dzuchan December 7, 2012 at 11:17 AM  

cik fatt dah kembali..
-
-
-
berblog :-)

ketinggalan sikit sbb baru ada kesempatan baca.. nak tanya yang situasi no 3 tu ko cakap bahasa ape ek? lawak gak polis diorg, lepas tanya2 ntahape2 mintak maaf plak kan..



Cah Ayu December 7, 2012 at 7:03 PM  

weh, aku mmg niat tido airport sampai haneda nanti! *eceh nanti, bulan 4 kot.. lambat lagi hahahha

dakS December 8, 2012 at 2:08 AM  

fatt,

dei dia org tu polis yg prihatin lg mesra rakyat gitu...tp kalu aku yg kena aku ckp je 'lu pehal?'(tp dlm ati la mcm ko)....

Hanabe December 8, 2012 at 11:50 PM  

nice fatt...

i love your travel log...
inspired me much...!

gowestsumatra December 10, 2012 at 8:13 AM  

sumimasen.. kerna mereka memang gemo ikan masen..heheheks.. :p

none December 10, 2012 at 10:59 AM  

polis tu nak usha ko laaaa... takkan tak paham,,,haha,,,lalala

m.u.l.a.n December 10, 2012 at 1:02 PM  

awat la jadi lagu tu polis jepun ni.. minat kat fatt kot.. sbb lain dr yg lain..

anyway, great trip & tqs for sharing..!!! take care..

morbid5447 December 10, 2012 at 10:53 PM  

polis airport la tu..dia anggap dewi sudah dari kayangan..tu pasal dia sembah..hahahh....

Buyuiazliana December 11, 2012 at 12:02 PM  

salam,

diaorg memang mcm tu, paranoid satu hal, patuh satu hal tu pasal setiap kali jumpa awak kena ikut procedure amik pasport nk tulis lg dlm buku, (sekali sudah la, tu bangang betol, dah tu kalau 10 polis, 10 kali la nama awak ada dalam buku nota diaorg tu?)

tapi memang padanlah kena sound dgn awak, biar dia rasa bersalah gila tu sampai rukuk 90 darjah tu. hahaha!

Fatt December 11, 2012 at 6:44 PM  

cah ayu,
be prepared bebeh!! hahahaha



daks,
dorg mmg sopan santun tapi aku sirap jgkla klu asik2 nak tgk passport.terasa mcm diri aku ni bangla atau pati yg datang secara haram



hanabe,
arigato gozaimas :)



gowestsumatra,
makan dengan pulut time2 ujan mcm skrg ni mmg sodap..haha



none,
nak usha la kot takut aku ni berpotensi jadi pati kat negara dorg..nyampess



mulan,
paranoid sgt la tu kak..jaga2 ada yg merati.kekeke



morbid,
takdenye...makwe2 kat sana lagi sepuloh kali cun dari aku..



buyu,
wsalam,
kannnn!! bangang sgt nak salin setiap kali jumpa..dah rupa prefect zmn skola rendah dulu..kemain patuh takut cikgu marah. aku dah naik hantu tu psl nasib dia tak brp baik kena sound..hahaha

jeri December 11, 2012 at 10:08 PM  

Salam, airport police jepun memang mcm nie.. terutamanya orang yg kulit2 sawo matang dan gelap2 sikit.dan rupa tak de look chinese tu.... dan nama ada mohd pulak... lagi r.. Pernah dengar citer dari member2 company yg g training ke sana...

Fatt December 12, 2012 at 4:30 PM  

jeri,
wsalam...betul la kot esp dgn Asian. yelah, lgpun negara dorg serba serbi mahal..mgkin dorg paranoid klu org2 dr negara Asia dtg, takut tak mampu (agaknye). eh tapi member2 awk yg pegi training pun kena gak ke? apekes =__=

thanks for sharing

khairun khadijah December 14, 2012 at 4:43 PM  

Hai!
Tengah scroll bloglist dekat blog orang lain, dan terbaca post ni :)
Well, tu salah satu 'kerja' polis jepun kat airport. Mula-mula dulu waktu first,second year, memang menyampah gila dorang suka datang check, tambah-tambah kita yang pakai tudung ni obviously nampak sangat foreigner. So dorang akan tanya belambak-lambak soalan sampai kita fedap. Cara nak lari, cakap je English laju-laju, sampai dia fedap nak paham. Atau, pura-pura je English pun tak reti. Haha. Me and my friends memang selalu tak leh lari sebab visa student dah 6 tahun. Haha! So, kitorang lari dari polis2 ni dengan cakap 'mengantuk', 'ada kerja nak buat' etc. Dorang akan paham cuma sebelum blah tu dorang akan nasihatkan macam-macam la. Jangan paranoid ye, tu memang prosedur dorang. Anggap je dorang nak test power English dorang. Haha

Fatt December 17, 2012 at 2:53 AM  

khairun,
aik mike student pon kena soal ke? hehehe...sengaja mintak penampar polis jepun ni ek. thanks for sharing ur story. ni nak tanya..apa yg dorg nasihatkan? suruh belajar rajin2 ke ape?

nurizyanabdrahman May 20, 2013 at 11:21 AM  

part tomok tu best..heee..first time baca blog ni, rasa dah kagum sgt dah, tahap tabik spring punye..sgt2 lah memberikan inspirasi kpd sy yg tak berapa nk kental ni..tahun dpn nk g tokyo, insyaAllah, tu yg nk kena khatam blog ni dlu..anyway sis, blog ni mmg terbaik..:)

Pencinta Damai July 9, 2013 at 6:01 PM  

fatt polis jepun mmg gituh!!nak2 kalo dia tgk kita nie sorang2..sy pun kena jugak masa kat airport haneda sblm nie!!mcm2 dia tanya!!smpai masuk sukan olimpik pun dia tanya!!nasib baik nak cehck in x derlah dia tanya lelobih laie!!

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP