Seperti yang dijanjikan hari ini aku akan keluarkan keputusan bagi
survey yang telah dijalankan pada minggu lepas. Walaupun jumlah responden yang mengambil bahagian dalam survey ini kecil tapi sudah cukup untuk beri sedikit gambaran tentang selera penumpang secara amnya.
Seperti yang kita lihat, jumlah undi bagi setiap soalan tak konsisten, boleh jadi ada yang mengundi separuh dan lebih daripada sekali kecuali untuk soalan terakhir sebab responden boleh tinggalkan komen (jika ada). Ada 12 soalan kesemuanya termasuk 1 soalan bonus dan terima kasih sekali lagi kepada semua responden yang telah mengambil bahagian dalam menjayakan survey ini.
Soalan 1 : Kebiasaannya anda melancong secara....
Majoriti responden melancong secara berkumpulan ie. dengan kengkawan atau keluarga.
Soalan 2 : Anda rasa harga tempat duduk yang dijual itu....
Majoriti menyatakan harga yang ditawarkan biasa, diikuti dengan kumpulan responden yang tak kisah manakala sebilangan kecil menyatakan harga yang ditawarkan tak munasabah. Aku tertarik pada kelompok "tak kisah" sebab ia menunjukkan ramai responden tak berminat untuk membeli walaupun harga yang ditawarkan biasa je.
Soalan 3 : Anda sanggup keluarkan duit untuk beli tempat duduk?
Sebenanrnya ini adalah soalan tricky dan berkait dengan soalan sebelumnya. Walaupun majoriti responden menyatakan harga tempat duduk yang ditawarkan "biasa je" tapi tak ramai pulak yang sanggup beli!
Untuk soalan ni majoriti responden memilih untuk tidak membazir dan rela duduk di mana-mana saja.
Soalan 4 : Jika melancong secara berkumpulan, adakah anda akan beli tempat duduk?
Majoriti responden sanggup berpisah dengan ahli kumpulan dari membazir duit beli tempat duduk. Yang penting sampai, ok!
Soalan 5 : Adakah anda akan mengubah tempat duduk jika ada kerusi kosong di sebelah kawan/ahli keluarga?
Walaupun majoriti menyatakan mereka takkan membazir duit untuk beli tempat duduk tapi nampaknya ramai yang takkan melepaskan peluang jika ada tempat kosong di sebelah kawan/ahli keluarga. Ini bermakna responden taknak membazir duit tapi dalam pada masa yang sama mengharapkan miracle. Heh!
Sebenarnya aku lebih tertarik pada kelompok responden yang takkan berganjak jika penumpang di sebelah mereka hot. Urghh!! You guys memang flirty! Hehehe
Soalan 6 : Saya akan beli tempat duduk bila/kerana....
Memandangkan responden boleh bagi jawapan sendiri untuk soalan ni jadi pilihan untuk "others" agak tinggi dan hampir kepada pilihan jarak perjalanan yang jauh.
Berikut adalah antara jawapan yang dinyatakan bagi kategori "Others" :
14 orang responden akan beli jika travel dengan anak-anak/keluarga/pasangan/disable person
12 orang responden menyatakan mereka takkan beli
4 orang responden pula hanya akan beli jika dibelanja atau jika ada duit yang lebih
4 orang responden berpendapat jika keadaan memaksa contoh seat biasa sold out dan terpaksa naik flight tersebut
3 orang responden akan beli tempat duduk bila travel solo
7 orang responden dengan jawapan yang berlainan setiap satu dan aku amat tertarik dengan jawapan ini ->
"nak duduk dekat dengan pramugari". EH? Hahahaha....
Soalan 7 : Saya suka kerusi....
Tidak syak lagi semua orang suka kerusi google earth. Sape tak suka sila terjun lombong! Dan seperti biasa aku suka jawapan yang lain daripada lain iaitu seat tengah. Walaupun cuma 3 orang responden yang pilih jawapan ni tapi pokoknya ada jugak yang suka seat tengah!! Siapa ye??? Hurm...
Soalan 8 : Saya rasa nak tukar tempat duduk bila orang sebelah....
Sape je yang suka duduk sebelah orang yang ada masalah bau badan? Sume orang tak gemor. Pilihan jawapan untuk "others" pun agak tinggi so jom kita tengok apa kata survey :
17 orang responden memilih semua jawapan di atas
2 orang responden berpendapat bila penumpang sebelah kerap bangun dan terpaksa bagi laluan
2 orang responden berpendapat bila orang sebelah amik ruang yang lebih dan menghimpit mereka
Manakala pilihan jawapan yang lain seperti penumpang sebelah ambil minuman keras, tak boleh turunkan kerusi sebab kaki orang belakang yang panjang, rasa terganggu dengan penumpang di sebelah, habit mencari seat lain selepas take-off dan alasan yang lain-lain.
Soalan 9 : Bila duduk di sebelah orang lain yang tak dikenali TAPI menarik, saya akan.....
Tak perlu aku terangkan lagi sebab korang sendiri boleh tengok pilihan jawapan yang paling popular. Ada aku kesah katanya! HAHAHAHA
Tapi dalam pada tak kisah tu ramai jugak yang akan mencari jalan untuk memulakan perbualan dan tak kurang juga mereka yang malu-malu kucing dan mengharapkan si dia yang memulakan perbualan. Kedua-dua option mendapat sebanyak 59 undi yo! HAHAHA. ROFL! Flirty jugak korang ni, sungguh tak ku sangka. Kah kah kah
7 orang responden memilih "others" dengan jawapan yang berbeza-beza seperti jeling-jeling (???), senyum je takyah lebih-lebih, melayan perasaan sendiri, tido, baca buku dan pura-pura tumpahkan air atas baju dia (???). Btw, sape guna nick BTJ sila mengaku bcoz your answer is soooo kinky! Hehe
Soalan 10 : Bila duduk di sebelah orang yang tak dikenali dan TAK menarik, saya akan....
Sebilangan responden bersetuju dengan penyanyi lagu Senyum yang kita jangan pilih bulu untuk senyum kat sesiapa je. Jadi tepuk bahu sendiri sebagai tanda anda seorang yang positif! Aku juga memuji sikap 34 orang responden yang memilih untuk berborak seperti biasa sebab ini juga menggambarkan sikap anda sebagai seorang yang positif. Kudos!
Soalan 11 : Adakah anda menyokong sistem kerusi berbayar? Pilih 1 jawapan dan nyatakan komen pada option "Other"
Ada sedikit konflik di sini sebab undi responden yang tidak menyokong dan responden atas pagar menghampiri jumlah yang sama.
Komen yang diterima tentang sistem ini rata-ratanya tidak menyokong tapi tidak menolak jika atas faktor keselesaan dan bila berdepan dengan situasi yang memerlukan contohnya bila travel dengan anak kecil atau berkumpulan.
Soalan Bonus : Bila kapal terbang mendarat dan selamat masuk ke parkir, saya akan....
Seperti biasa aku memang tertarik dengan responden yang melawan arus. Boleh jadi mereka kalut nak ke tandas, nak cepat melepasi kastam, nak larikan diri dari seseorang atau nak kejar trip bas yang terakhir. Apapun jawapannya aku percaya mereka ada alasan yang tersendiri untuk tergesa-gesa keluar.
*****
Maka dengan ini tamatlah sesi pembentangan jawapan dan dapat disimpulkan bahawa majoriti penumpang tidak bersetuju dengan sistem ini tapi tidak menolak jika terdapat hal-hal yang memerlukan mereka untuk membeli. Pada pendapat peribadi, aku rasa tempat duduk bukanlah isu yang besar sebab yang penting sekali aku selamat sampai ke destinasi yang dituju. Seperti yang kita maklum ianya merupakan salah satu di antara servis yang ditawarkan (berbanding premium airline yang mana semuanya inclusive) dan kesemua pilihan adalah option dan kita bebas untuk menentukan apa yang perlu dibayar.
.
Read more...