Made In China : Beijing (Part 2)

February 27, 2012

Waktu setelkan duit accommodation aku mintak receptionist hold booking Intan disebabkan status kehadirannya yang 50/50. Dalam email terakhir sebelum terbang ke sini aku dapat tau yang dia terkandas di Shenzhen sebab tiket keretapi ke Shanghai habis. Memandangkan tiket available 2 hari kemudian so dia pegi ke Hong Kong dulu.


Rate 1 malam untuk dorm stay di Candy Inn / 1 Hai Inn ialah 35Yuan termasuk deposit 100Yuan.

Sebenarnya aku tengah gabra memikirkan tiket keretapi ke Xian. Sepatutnya beli harini tapi tak sempat so pagi esok aku kena cepat-cepat setelkan. Kalau boleh aku nak naik keretapi malam tapi kalau tak dapat pun takpe sebab setiap hari ada 10 trip keretapi ke sana. Tapi dalam kes Intan, keretapi dari Shenzhen ke Shanghai cuma ada 1 trip setiap hari jadi sebab itulah dia terkandas.

dorm yang aku stay. sama macam dalam gambar (source)

Selesai urusan check-in seorang staff menunjukkan aku arah ke dorm. Dorm yang aku duduk ni agak besar untuk 3 buah katil double decker (6 beds), ada almari locker dan toilet en suite. Nampaknya 4 buah katil dah berpenghuni kecuali sebuah katil double decker. Aku pilih katil bawah dan reserve katil atas untuk Intan. Tanpa berlengah aku letak backpack dan turun ke communal area. Kat sini ada 2 buah kompiter untuk kegunaan penghuni hostel. Kalau bawak laptop sendiri atau gajet yang canggih boleh guna free wifi (tak silap aku free wifi ni boleh access sampai ke dalam bilik).

Aku sempat menaip entry ni dan kemudian check email. Ada email dari Intan dan email itu dihantar 2 hari sebelum dia bertolak ke Shanghai. Memandangkan itu email yang terakhir jadi dia tinggalkan nombor telefon. Tanpa membuang masa aku terus call tapi suara mesin yang jawab. Aku langsung tak faham apa si amoi operator tu cakap. Aku dail lagi sekali dan suruh budak receptionist tu dengar.  Kata budak tu nombor Intan tak dapat dihubungi sebab dia tutup henfon. Ah sudah! Nape dia tutup henfon time kritikal ni? Ke henfon dia abis bateri? Ke henpon dia kena curi? Ke sebenarnya dia tak datang? Ke dia prank aku? Prank? HAHAHAHA. Iskk tak mungkin! Aku kena fikir positif. Positif!

 Ya Allah, permudahkanlah segalanya...ameen!

Rasanya budak reception tu nampak riak cemas di muka aku. Mana taknya, sekejap aku duduk, sekejap pegi ke kompiter, sekejap mundar-mandir sambil dail nombor dia. Kredit henfon semakin surut dan nampaknya aku terpaksa beli simkad China.

Setelah mendapatkan info yang diperlukan aku menapak keluar dari hostel dan merempuh suhu -6celcius. Ini bukan kali pertama aku travel dalam winter tapi sejuk yang ini memang lain macam, angin Siberia mungkin! Menurut local, tahun ni salji tak turun, kalau ada pun kat bahagian utara bersempadan Mongolia & Rusia. Aku rasa lebih baik takde salji sebab kalau ada nanti banyak benda akan delay dan kansel contohnya keretapi. Cukuplah sekali merasa pengalaman terkandas di airport Christchurch tahun lepas disebabkan salji tebal, memang perit.

Kedai telefon tersebut terletak di seberang jalan yang sibuk.  Di China kalau nak melintas jalan kita kena melintas macam ayam sebab pemandu kat sini takkan berhentikan kereta. Pada mulanya aku keliru sebab arah trafik di China opposite dengan Malaysia. Selalunya kita akan pandang ke sebelah kanan sebelum melintas tapi kali ni kena pandang ke sebelah kiri. Pada pemerhatian aku keadaan trafik di sini agak serabut dan mereka suka memandu dengan laju. Kalau melintas macam catwalk model chances nak kena langgar agak tinggi so melintaslah seperti local.

Aku tak pasti berapa banyak mobile operator di China tapi LP (Lonely Planet) recommend China Mobile (mungkin sebab murah). Harga simkad China Mobile di antara 60Yuan ke 80Yuan bergantung pada nombor termasuk 50Yuan topup. Tapi di kedai China Mobile yang aku pegi ni dia jual simkad 80Yuan termasuk 20Yuan topup. Mahal gile kan? Hampir RM40 kalau convert ke RM. Kalau di Malaysia harga starter pack cuma RM5 tapi kat sini tersangatlah mahal. Sebenarnya simkad memang tak termasuk dalam bajet sebab aku bukan jenis yang terlalu bergantung pada telefon tapi kali ni aku terpaksa.

Dengan berat hati aku bayar 80Yuan dan suruh pekedai tu activate simkad dan masukkan topup (sebab semua arahan dalam bahasa Cina). Setelah selesai aku hantar sekeping sms kepada Intan dan bagitau yang aku sedang menunggu di Candy Inn.

China Mobile prepaid
kertas topup. koboi tak?

Aku balik semula ke hostel untuk berehat memandangkan aku belum lagi berehat sejak malam semalam. Entah macam mana sedang aku berfikir pasal masalah ni tiba-tiba aku terlelap. Hampir 2jam aku terlelap dan tiba-tiba aku terjaga secara mengejut. Jam menunjukkan hampir pukul 1pg dan aku check henfon – takde mesej. Hati aku rasa tak sedap. Aku bingkas bangun dari katil, sarung baju sejuk dan turun ke communal area untuk check email. Manalah tau kalau-kalau ada email dari Intan.

Sedang aku mengemaskan duduk di atas kerusi tiba-tiba aku terdengar satu dialog, “I’m looking for my friend. She’s from Malaysia”. Aku rasa tertarik bila dengar perkataan Malaysia. 

Eh? Entah-entah dia ni....???, kata aku dalam hati.

Aku bangun dari kerusi dan berjalan merapati seseorang yang sedang berdiri sambil menggalas sebuah backpack di hadapan meja reception. Aku masih belum nampak muka orang tu sebab dia berdiri membelakangi aku dan di sebelahnya ada seorang lelaki China.

“Ermm....awak ni ke Intan??”. Aku menepuk bahu dia dan bertanya secara spontan. Maklumlah tak penah lagi berjumpa, cuma penah tengok sekali dua dalam blog, itupun tak berapa nak cam.

“Ini Fatt eh?”, dia tanya aku balik. Aku rasa dia pun wonder siapa aku sebab tak penah tengok.

Aku rasa dah macam rancangan Jejak Kasih waktu tu, punyalah happy gile. Ya Allah, aku rasa bersyukur sebab akhirnya semua selamat. Tuhan saja yang tau betapa risaunya aku bila tak dapat contact tadi. Aku rasa mungkin itu petanda bila tiba-tiba aku terjaga secara mengejut dari tido. Bab instinct ni aku tak nafikan ke”magikan”nya. 

Rupanya lelaki China itulah yang menolong dia sampai ke sini. Katanya bila turun dari teksi dia tak tau nak tuju ke sini dan kemudian lalu hamba Allah ni. Alhamdulillah, syukurlah semuanya selamat. Kami mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu dan dia pun beredar.

Tanpa membuang masa kami selesaikan hal booking dan selepas berborak-borak kami balik ke dorm.  Sekarang bolehlah aku berehat dengan tenang sebab takde apa yang perlu dirisaukan kecuali tiket keretapi ke Xian. Esok aku bercadang nak pegi ke West Railway Station untuk setelkan hal tiket sebelum panjat Great Wall. 


bersambung....
.

Read more...

Made In China : Beijing (Part 1)

February 24, 2012

Satu perkara yang aku suka pasal keretapi di China ialah ETD & ETA yang tepat. Tak kira bullet train atau keretapi biasa jadual perjalannya memang tepat dan ini memudahkan terutama sekali bila terpaksa berurusan dengan masa. Sebaliknya berlaku bila naik keretapi Thailand, Indonesia dan Malaysia sebab memanjang delay dan terlajak. *aku belum penah naik keretapi kat negara lain jadi judgement aku agak terhad

Apabila sampai di Beijing South Railway Station semua penumpang berpusu-pusu keluar dari perut keretapi dan berjalan ke satu arah. Aku hanya mengikut kumpulan manusia tersebut sehingga melepasi pintu berpalang automatik ke ruang arrival. Bila keluar saja dari situ aku ternganga sebab tak boleh nak recall langsung tempat ni, totally berbeza dengan apa yang penah aku tengok tahun 2010 dulu.  Aku rasa bangunan ni dah mengalami major renovation dan terlalu complicated dan dibahagikan kepada zon Utara, Selatan, Timur dan Barat. 

Untuk pengetahuan semua, besarnya stesen keretapi China ni macam sebijik epot. Oleh kerana terlalu ramai pengguna jadi sebab itulah stesen keretapi ni besar. Kita selalu tengok orang berpusu-pusu naik public transport bila musim cuti tapi kat sini beginilah situasinya setiap hari. Jadi kalau merancang naik keretapi di China maka kenalah datang awal, sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum untuk mengelakkan queue yang panjang. Kenapa kena queue? Sebab sebelum masuk ke Departure Hall kita akan melalui mesin pengimbas dan luggage x-ray dan urusan ni memakan masa yang panjang disebabkan crowd yang ramai.

Mengikut perancangan, bila sampai di South Railway Station (SRS) aku nak pegi ke West Railway Station (WRS) sebab nak beli tiket keretapi ke Xian. Dari SRS ke WRS kena naik bas sebab takde subway yang menghubungkan kedua-duanya. Dalam kebuntuan mencari arah ke tempat menunggu bas akhirnya aku amik keputusan untuk menunda hajat ke West Railway Station dan segera ke hostel sebab hari sudah gelap (musim sejuk sunset 5.30pm). Walaupun risau tiket ke Xian mungkin habis tapi aku takde pilihan. 

Pastikan tiket keretapi dibeli secara advance sekurang-kurangnya 10hari(max) ke 3hari(min) sebelum tarikh perjalanan bagi mengelakkan sold-out.

Semak jadual perjalanan keretapi terkini dan harga tiket di www.chinatrainguide.com. Jadual sentiasa berubah so kena selalu check. Untuk info dan tips berkaitan travel menggunakan keretapi di China boleh jenguk di Seat61.

*ada info kata boleh beli tiket keretapi online tapi so far aku tak dapat nak pastikan ketepatannya tapi boleh cuba jenguk pasal ni di www.china-train-ticket.com atau www.chinatripadvisor.com. 

orang ramai berbaris untuk melalui pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk ke dalam stesen keretapi
kena datang awal sebab kalau lambat alamatnya kena tinggal

Oleh kerana aku dah amik keputusan untuk pegi ke hostel jadi aku terus masuk ke stesen subway yang terletak di dalam stesen keretapi. Selalunya pada hari pertama sampai di sesebuah tempat aku akan book penginapan untuk malam pertama dan kedua tapi untuk hari yang seterusnya aku akan guna kaedah last minute booking atau redah-terjah. Chances untuk mendapat penginapan cara last minute lebih mudah bagi solo atau duo traveller tapi ini tertakluk kepada mereka yang tinggal di dorm (sebab setiap hari akan ada orang yang check-out). Tapi bagi mereka yang travel dalam kumpulan dan mementingkan privacy, kaedah redah-terjah atau last minute booking ini tidak digalakkan.

Senarai hostel boleh check di HostelWorld atau HostelBookers. Sila baca review sebelum booking. Aku prefer HostelBookers sebab takde service charge tapi kelemahan HostelBookers ialah takde aplikasi untuk narrow down selection contohnya senarai hostel yang ada female dorm. Aplikasi option ada dalam HostelWorld tapi kelemahan HostelWorld ialah setiap booking akan dikenakan service charge USD2. Deposit sebanyak 10% akan dicaj bagi setiap booking yang berjaya (applicable to both website).

Aku memilih untuk tinggal di Candy Inn atau 1 Hai Inn yang terletak di antara stesen subway Yonghegong dan Beixin Qiao. Kawasan ini terkenal sebab ada sebuah temple iaitu Lama Temple dan ia menjadi tumpuan penganut agama Buddha dan dikatakan temple ini merupakan "the most renowed Tibetan Buddhist temple outside Tibet". Tapi alasan aku memilih hostel ni bukan sebab ada Lama Temple kat situ tapi sebab ia mudah di access dan berdekatan dengan stesen subway.

Lagi satu perkara yang aku suka tentang Beijing ialah ke mana-mana saja destinasi yang kita nak tuju dengan subway harganya ialah 2Yuan (RM1). Tak kira jauh atau dekat harganya tetap 2Yuan, best kan?

Jarak dari kedua-dua stesen subway ini ke hostel lebih kurang 5minit berjalan kaki dan jika exit dari Yonghegong kita akan melalui Lama Temple di sebelah kiri sebelum berjumpa lorong Beixin Hutong di sebelah kiri (lokasi hostel). Jarak dari Beixin Hutong ke hostel lebih kurang 1minit berjalan.

Apabila sampai di sana aku mengeluarkan kertas yang tertera booking reservation untuk aku dan Intan. Siapa Intan? Aku pasti akan ada yang confuse sebab sebelum ni aku bagitau yang aku travel solo pastu tetiba keluar nama Intan, kenapa ye?

Jika pembaca blog ini masih ingat, dulu Intan penah menghantar email kepada aku untuk tips berkaitan travel secara solo dan overland. Siapa sangka aku akan bertemu Intan di Beijing sedangkan kami berdua berasal dari negara yang sama. Aku belum penah bertemu Intan sebelum ni dan ini bakal menjadi pertemuan kami yang pertama di tanah asing. Sebenarnya benda ini tidak dirancang sama sekali dan semuanya berlaku secara kebetulan. Dia akan menghabiskan siri jelajah overland dari Ho Chi Minh ke Beijing sebelum pulang ke Malaysia manakala aku buat last minute decision untuk travel dari Beijing hingga ke Chengdu.

Intan sedang dalam progress menyiapkan travelog pengembaraannya dan boleh jenguk blog dia di sini.

Sebenarnya hati aku rasa gelisah sebab 2 hari sebelum berlepas ke Beijing aku tak sempat nak login internet dan tinggalkan nombor telefon untuk Intan. Cuma seingat aku, 2 hari sebelum tu aku ada tanya pendapat dia pasal Candy Inn tapi belum sempat dia bagi jawapan aku dah terbang. Aku berdoa mintak-mintaklah Intan datang sebab katanya dia akan dapatkan keretapi dari Shanghai ke Beijing malam ni. Phew~


bersambung....
.

Read more...

Made In China : The Kickoff

February 22, 2012


Sebenarnya trip ni diluar jangkaan dan sesuntuk 5 hari aku membuat keputusan. Memandangkan visa China yang ada masih belum tamat tempoh (aku buat visa 3 tahun) dan kesempatan itu aku gunakan untuk ke sini. Bajet keseluruhan trip ni cuma RM600 termasuk pengangkutan tapi tak termasuk tiket flight (untuk rekod, tiket flight KL-Tianjin & Chengdu-KL cuma RM550), tempat tinggal, makan, segala entrance fees selama 9 hari dari Beijing-Xian-Chengdu. Aku standby RM200 di tangan untuk emergency memandangkan aku tidak menggunakan kad plastik.

route : Tianjin-Beijing-Xian-Chengdu


Hari Pertama : 3 Februari 2012

Penerbangan ke Tianjin bertolak dari LCCT pada awal pagi jadi aku takde pilihan melainkan terpaksa bermalam di airport.

Suasana di airport LCCT pada pagi itu agak sibuk tapi urusan luggage drop-off dan kastam berjalan dengan lancar. Sewaktu menunggu di Boarding Hall aku tengok hanya aku dan satu rombongan Cik Kiah sambal belacan gulai tempoyak saja dari spesis yang lain dan selebihnya semua rakyat China yang nak balik kampung.

Hati aku terasa sedikit debar. Walaupun ini bukan kali pertama aku travel secara solo tapi risau tetap ada. Aku tak risau pasal tempat tido tapi aku lebih risaukan tiket keretapi dari Beijing ke Xian dan dari Xian ke Chengdu. Targetnya ialah aku mesti sampai di Chengdu on time atau masalah akan timbul. Berkali-kali aku berdoa dalam hati semoga Allah mempermudahkan urusan bermusafir kali ini hinggalah aku kembali menjejakkan kaki ke Malaysia.


Flight ke Tianjin

Penerbangan berlepas jam 8.30pagi dan tiba di Tianjin jam 2.30petang. Waktu di China dan Malaysia sama (GMT+8) cuma yang membezakan ialah waktu siang di sini lebih pendek sebab waktu aku pegi ni musim sejuk. Sebelum mendarat pilot announce yang suhu di luar ialah 1 celcius dan kami disuruh memakai pakaian yang lebih tebal memandangkan cuaca yang agak sejuk.

Setibanya di China urusan imigresen berjalan dengan lancar tapi waktu lalu kat pintu sensor yang terakhir seorang pegawai kastam wanita suruh aku ke tepi untuk luggage x-ray. Selepas luggage x-ray dia suruh aku letakkan beg atas meja panjang. Aku mengikut saja sebab dah berkali-kali aku melalui prosedur ni waktu ke Australia dan New Zealand dulu.

Sebenarnya aku perhatikan di mana-mana tempat sekalipun jika pegawai yang bertugas itu wanita, songehnya mesti lebih berbanding pegawai lelaki. Genderism mungkin.

Aku mengeluarkan sebuah "sack" yang berisi makanan dari Malaysia seperti Milo 3in1, kopi 3in1, tuna, sebungkus roti dan sebungkus sambal goreng. Ah..tekak Melayu, mana boleh berenggang dengan sambal. Hehehe

Pegawai itu bertanya jika aku boleh bercakap bahasa Cina tapi aku menggelengkan kepala sambil berkata "No". Nampaknya pegawai tu lemah berbahasa Inggeris dan itu sebenarnya lebih baik dari berhadapan risiko di soal bertubi-tubi! Aku rasa dia curios sebab aku travel solo, mungkin dia pikir aku dealer ganja agaknya...iskk!

Kemudian muncul soalan stereotaip seperti tujuan ke China dan macam mana aku nak ke Chengdu dari Beijing. Akucuba explain tapi nampaknya dia tak faham. Sama ada English aku terlalu hebat atau sebaliknya, wallahualam. Sudahnya aku keluarkan buku LP China dan tunjuk route perjalanan serta salinan flight itinerary supaya dia yakin aku tak buat cerita dongeng.

Sebab itu pentingnya print return flight itinerary just in case hari itu bukanlah hari bertuah korang

Kemudian datang seorang pegawai lelaki dan mereka berbincang dalam bahasa asing yang langsung aku tak faham. Aku jelaskan ini adalah kali keempat aku ke China dan tujuan aku ke sini untuk habiskan saki-baki tempat yang belum dijelajah. Walaupun aku tak tahu berbahasa Cina tapi Insya Allah aku boleh survive.

Pegawai lelaki itu menganggukkan kepala dan bercakap sesuatu dalam bahasa Cina dan kemudian barulah pegawai wanita itu melepaskan aku. Tanpa membuang masa aku memasukkan kembali barang-barang ke dalam backpack dan beredar. Fuh selesai satu bala!

Keluar saja dari pintu ketibaan ramai orang sedang menunggu tapi yang pastinya takde sape pun yang menjemput aku. Suhu dalam bangunan airport Tianjin masih suam-suam kuku tapi bila aku menjengah keluar dinginnya mencucuk-cucuk sampai ke tulang hitam. 6 jam tadi aku berada dalam panas membahang di KL dan sekarang aku berada dalam peti sejuk. Kalaulah hari-hari macam ni lama-lama termometer badan aku pun boleh meragam.

Teringat announcement sebelum mendarat tadi, kata pilot suhu di Tianjin 1 celcius. Aku masuk semula ke dalam perut airport dan menuju ke toilet untuk menyarung baju yang lebih tebal. Selepas menyarung 4 lapis pakaian dan glove aku keluar semula. Ini jauh lebih baik, rasa lebih selesa berbanding tadi.

Aku terus berjalan ke kaunter airport shuttle yang terletak berhadapan pintu Arrival dan menyebut "Tianjin Railway Station". Nampaknya harga airport shuttle dah naik sikit, kalau dulu (2010) harganya 10Yuan tapi kali ni 15Yuan.


tiket shuttle bus dari Tianjin Airport - Tianjin Railway Station

Tianjin City
langit berkabus di China

Perjalanan dari Tianjin Airport ke Tianjin Railway Station mengambil masa selama 25-30minit. Setibanya di stesen keretapi aku terus ke kaunter tiket di sebelah kiri pintu masuk dan sediakan passport untuk urusan pembelian. Harga tiket dari Tianjin Railway Station ke Beijing South Railway Station ialah 55Yuan dan perjalanan mengambil masa selama 30minit.


Tianjin Railway Station
tiket keretapi Tianjin - Beijing

Kekerapan keretapi ke Beijing adalah tinggi dan perlu diingatkan yang jadual keretapi di sini sangatlah tepat. Jadi pastikan anda masuk ke dalam perut keretapi sebelum masanya sebab keretapi di sini bergerak on-time.

Kalau dulu (tahun 2010) sesiapa saja boleh membeli tiket keretapi menggunakan mesin layan diri tapi kali ni sistem dah upgrade dan foreigner perlu membeli tiket di kaunter dan segala urusan memerlukan passport sebab nombor passport akan di print di atas tiket.

Sebenarnya ada 2 cara dari Tianjin Airport ke Beijing. Melalui brosur yang masih aku simpan sewaktu trip tahun 2010, selain dari menaiki "bullet train" boleh juga naik Alsa Bus iaitu direct bus ke BaWangFen bus stop (berhampiran MTR Da Wang station di Bejing). Harga tiket standard 35Yuan dan bisness 40Yuan. *perubahan harga mungkin ada tapi aku tak dapat nak pastikan

Kali ni aku duduk di koc paling depan dan ada dapat tengok pilot bullet train melalui dinding transparent dan pegawai bullet train iaitu seorang perempuan yang mungkin berumur dalam lingkungan 23-26 tahun yang berpakaian seperti pramugari Emirates. Lagaknya memang bergaya dengan sebuah walkie-talkie di tangan memberi arahan kepada petugas lain di platform. Tepat waktunya iaitu 4.30ptg keretapi pun bergerak meninggalkan Tianjin Railway Station menuju ke Beijing South Railway Station.


suasana dalam bullet train 


Oleh kerana keletihan aku terlelap sekejap dan untuk pengetahuan semua, walaupun keretapi ni bergerak sehingga 300km/sejam, sedikit gegaran pun takde. Inilah yang dinamakan teknologi bullet train. Aku rasa kalau berlaku perlanggaran dengan speed yang begini pastinya hancur bersepai. Setengah jam kemudian aku pun tiba di Beijing South Railway Station. Di sini ada 3 buah stesen keretapi iaitu North, South dan West untuk tujuan yang berbeza.


bersambung....
.

Read more...

Sneak Peak on China Travelogue

February 15, 2012

Aku dah balik dan aku amat sibuk sekarang sampai takde masa nak jenguk blog. Mintak maaf sangat-sangat sebab normally aku akan reply komen semua orang tapi kali ni aku slow gila...sori!

Anyway, Insya Allah aku akan keluarkan travelog China dalam masa yang tedekat. Stay tuned!

Great Wall of Badaling
walaupun sejuk gedi tapi gua tabahkan hati untuk pose ni
Terracotta Warriors - Xian
Pit No.1 of Terracotta Warriors
Kungfu Panda sedang bizi mencekik
baby pandas
can see maa?? cannot aaa??
.

Read more...

Hello Chengdu!

February 09, 2012

Aku baru saja lepas dinner di salah sebuah restoran muslim di Chengdu. Betul orang cakap, makanan di Sichuan ni pedas menggile. Kalau nak compare dengan tomyam Thailand tu rasanya tinggal beberapa tiang ke belakang.

Terima kasih di atas doa semua, kaki kiri aku dah tak sakit lagi macam kelmarin. Aku dah boleh berjalan macam biasa dan syukur sangat sebab doa kalian memudahkan perjalanan aku. Aku tiba di Chengdu selepas menempuh perjalanan selama 16jam dari Xian. Memandangkan sleepers train sold-out so aku takde option lain melainkan terpaksa membeli seat. Sekali lagi memori naik 3rd class train di Thailand berulang, tapi kali ni di China. It was memorable to be in the middle of Chinese people who speak not even an English word. Dengan aku yang hanya reti sebut XieXie (Terima Kasih) memang tak membantu langsung. But they all nice ^__^

Esok pagi aku akan ke Panda Breeding Centre dan inilah part yang paling aku tunggu-tunggu sekali. Kalau aku cerita macam mana aku dapat ilham ke Chengdu mesti ada yang kata aku ni gila tapi itulah hakikatnya. Kisah bermula waktu aku tengok cerita Kungfu Panda masa Chinese New Year haritu, pastu dalam 1-2 minggu channel 707 tayang dokumentari pasal panda di Chengdu dan sudahnya aku rasa tak boleh handle lagi keinginan nak tengok haiwan yang comel ni, so here i am!

Bagi peminat barangan outdoor dan berhajat ke Lhasa, Tibet bolehla memborong semuanya di sini. Aku dah masuk 2-3 kedai tadi dan harganya tersangatlah murah. Hopefully in future aku akan turun lagi ke Chengdu untuk ke Tibet. That's one of my golden dreams...Insya Allah.

Take care everyone, have a nice day!

Signing off~
.

Read more...

Silk Road : Xian

February 07, 2012

Alhamdulillah syukur sebab perjalanan aku setakat ni lancar. Aku berada di Beijing 2 hari lepas dan sekarang ni aku berada di Xian. Suhu di sini boleh tahan sejuk tapi tak sesejuk Beijing. Semalam aku melawat Terracotta Army. Seeing is believing! Sangat-sangat mengujakan dan highly recommended!

Sebenarnya aku nak share gambar dalam entry ni tapi malangnya  takde cable nak transfer so jangan marah aku ye. Hehehe...

Xian sangat-sangat best! Kat sini muslim traveller tak perlu risau sebab populasi muslim sangat besar so bab makanan halal takde masalah. Tadi aku cuba banyak makanan lazat. Yummayyy~

Signing out!


ps : aku harap kaki kiri aku sembuh sebab aku tak dapat nak berjalan sangat sebab sakit. doakan kaki aku sembuh!
.

Read more...

Currently away for another solo adventure

February 03, 2012

Assalamualaikum!

Aku sekarang tengah menggigil-gigil sambil mengetuk huruf-huruf di papan kibod di sebuah hostel yang terletak di sebuah bandar di negara berkod +86. Segan plak dengan budak yang duduk kat sebelah aku ni sebab dia rilek je tapi gaya aku dah macam kena siram air batu. Mana taknya, malam ni suhu -6°celcius! Baju 3 lapis yang aku pakai pun tak boleh nak handle gigil ni.

Kalau diikutkan blogspot memang langsung tak boleh nak access dari negara ni tapi dengan bantuan seorang kawan aku berjaya crack dan taip entry ni. Bukan blogspot je takleh access tapi banyak website lain yang tak boleh di access termasuklah Twitter, Facebook dan lain-lain.

Sebenarnya aku tak planning langsung nak ke sini sebab haritu aku ingat nak guling-guling je kat tepi pantai. Anyway, tolong doakan semoga perjalanan aku lancar dan selamat pulang ke Malaysia. TQ!

ps: kepada semua yang menghantar emel, balik nanti aku akan balas. harap bersabar.
.

Read more...

Still kickin'

February 01, 2012

Ada orang tanya nape blog ni tutup?
(Uik bila masa pulak aku tutup blog ni?)
Pegi jalan-jalan ke lama tak update blog?
(Technically hari-hari aku berjalan-jalan. 
Asal bangun je memang aku berjalan, pegi kedai, pegi melepak, pegi depan/belakang
sebab aku bukan spesis melompat atau terbang)

Terima kasih sebab bertanya
Jawapannya tak, aku busy skit, tu je

Alhamdulillah aku masih hidup
Masih sihat tubuh badan
Masih duduk di negara berkod +60

Cuma lately aku agak sibuk sampai takde masa nak update blog 
Hari-hari aku singgah tengok blog ni, ada trafik keluar masuk
Terima kasih di atas kunjungan
Pada yang tinggalkan komen, terima kasih banyak-banyak
Nanti ada kelapangan aku akan balas

Walaupun blog ni tak berupdate tapi jemput-jemputlah masuk
Pintu rumah masih dibuka 24/7
Insya Allah dalam 2-3 hari lagi aku akan taip entry yang baru
Adios!

jemput makan! tuan tanah sibuk sikit sekarang. korek-korek le entry lama
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP