Made In China : Koleksi video kontot di Great Wall dan dalam keretapi Beijing West-Xian

March 28, 2012

Aritu ada orang komen katanya lepas tengok entry bergambar pasal Great Wall barulah dia boleh imagine macam mana rupa tempat ni. Pastu semalam aku godek-godek memori kad terjumpa pulak video kat Badaling. Rezeki kome la nak tengok video ni...walaupun kontot tapi jadi laaa....kan?



Video seterusnya pulak aku rakam waktu naik keretapi dari Beijing West ke Xian. Dalam video ni aku nak tunjukkan keadaan dalam keretapi untuk compartment 6 buah katil. Abaikan pelakon tambahan dalam ni.


.

Read more...

Made In China : Beijing (Part 6)

March 24, 2012

Sori semua! Minggu ni aku bizi sangat sampai takde masa nak update. Jadi untuk menebus hutang maka aku hadiahkan bumper issue Part 6. Baca sampai muntah!

Hari Ketiga : 5 Februari 2012

Harini adalah hari terakhir aku berada di Beijing. Disebabkan aktiviti yang agak pack jadi aku plan nak terus check-out dan simpan backpack di stesen keretapi sebab malam ni aku akan bertolak ke Xian. Selepas breakfast dan menyelesaikan urusan check-out (hostel refund deposit 100Yuan), kami meninggalkan Candy Inn dan menuju ke subway Yonghegong.

Melalui perbincangan semalam, pagi ni aku dan Intan akan berpecah sebab masing-masing ada agenda sendiri. Aku akan ke Beijing West Railway Station dan dia akan ke Beijing Planning Museum. Kami menuju ke destinasi masing-masing dan berjumpa semula 2jam lagi di subway Tiananmen Xi (“Xi” bermaksud “West”).

Setibanya di stesen keretapi aku terus ke salah sebuah kedai menyimpan beg. Kedai ni dikendalikan oleh 3 orang makcik. Segala urusan berjalan dengan lancar, cuma fail part communication sebab aku tak paham ape dia cakap dan dia pun tak paham apa yang aku cakap. Caj simpan beg yang dikenakan ialah 10Yuan untuk sehari, itupun lepas membodek dalam bahasa ayam-itik.

Selepas simpan bag aku naik subway ke meeting point yang dijanjikan iaitu di stesen subway Tiananmen West. Lebih kurang 20 minit menunggu kelibat Intan pun muncul. Kami menuju ke Forbidden City yang terletak bertentangan dengan Tiananmen Square. Aku tak bercadang ke Tiananmen Square sebab penah ke sini dulu. Tempat ni lebih kurang macam Dataran Merdeka+Tugu Negara dan di sini ada Monument to the People's HeroesGreat Hall of Peoplemausoleum of Mao Zedong dan sebagainya. 

Tiananmen Square juga merupakan dataran ketiga yang terbesar di dunia dan pada tahun 1976 tempat ini menjadi tumpuan jutaan penduduk China yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Mao Zedong. Kalau berpeluang, datanglah seawal pagi atau lewat petang sebab ada upacara menaikkan/menurunkan bendera dan perbarisan askar.

Selingan : Aku perhatikan orang China suka melawat tempat-tempat bersejarah mereka dan boleh dikatakan pengunjung tempatan lebih ramai daripada pelancong. Tak dinafikan penduduk China ramai tapi sikap ini patut kita contohi.

Pada zaman dahulu, Forbidden City merupakan tempat tinggal kerabat diraja selama 500 tahun selama dua dinasti iaitu Ming dan Qing. Kompleks ini merupakan salah sebuah tapak warisan UNESCO dan ia dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap satunya dipisahkan oleh pintu gerbang yang besar.

[source] map Forbidden City

Pintu gerbang pertama dipanggil Gate of Heavenly Peace dan di sini tergantung potret besar Mao Zedong (boleh nampak dari luar).

potret Mao Zedong di pintu gerbang pertama
Gate of Heavenly Peace
oi lu curi-curi tido ke? 

Pintu gerbang kedua ialah Duan Gate. Di sebelah kirinya terletak Zhongshan Park dan di sebelah kanan ialah Workers Cultural Place dan beberapa buah dewan. Access dari pintu pertama hingga ke pintu kedua percuma tapi pintu ketiga kena bayar sebab masuk dalam kawasan istana.

ruang antara pintu gerbang pertama dan kedua

Entrance fee ke kawasan istana dikenakan bayaran sebanyak 40Yuan. Kaunter tiket terletak di sebelah kanan sebelum pintu masuk dan perkhidmatan audio guide boleh disewa dengan caj 40Yuan.

pintu gerbang ketiga ke kawasan istana
kaunter tiket di luar pintu masuk
opening hours
entrance ticket 40Yuan
Sewaktu melangkah masuk ke dalam kawasan Forbidden City melalui pintu gerbang ketiga dan keempat iaitu Meridian Gate dan Gate of Supreme Harmony kita akan melalui sebuah jambatan (ada 5 buah jambatan kesemuanya) yang merentasi sungai berbentuk “bow” (alat memanah).

salah satu di antara 5 jambatan. nampak tak sungai ni beku?

Bangunan pertama yang terletak berhadapan sungai ialah Hall of Supreme Harmony. Dewan ini yang paling besar dan paling penting sebab di sinilah terletaknya singgahsana diraja dan banyak upacara kebesaran berlangsung di sini.

Hall of Supreme Harmony
singgahsana
orang ramai berebut nak amik gambar 
periuk rebus orang, eh tak, rebus air!
kalau musim sejuk, air dalam periuk ni akan dipanaskan dengan kayu api
benda ni ada beratus-ratus dalam kawasan istana. berfungsi memadamkan api semasa kebakaran

Kalau nak tau, zaman dulu kala periuk belanga ni gunanya untuk menadah air sebagai persiapan jika berlaku kebakaran. Bila musim sejuk, air dalam periuk akan beku maka kayu api akan sentiasa di bakar untuk memanaskan air di dalamnya. Zaman dulu mana ada bomba, so kira canggih la sebab bleh cipta satu teknik memadamkan api. Tak silap aku ada beratus-ratus buah periuk ni dalam kawasan istana. Wow!

berapa banyak dewan daaa???
ukiran naga pada bingkai pintu dan tingkap

Disebabkan masa yang suntuk jadi kami beredar dari Forbidden City dan menuju ke destinasi yang seterusnya. Peminat sejarah dan kaji bangunan dinasihatkan supaya memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 2jam untuk explore sebab tempat ni terlalu besar. Dari sini ke pintu depan ada 2 option; (1) naik shuttle tambang 1Yuan atau (2) berjalan kaki. Pada pendapat aku option (2) lebih menarik sebab boleh jalan tepi tasik sambil amik gambar (10-15minit paling slow). Waktu aku pegi ni tasik jadi beku sebab terlalu sejuk, tasik kat Summer Palace pun beku dan jadi port ice skating.

tasik beku
buang sampah merata. takde sivik!
ramai orang amik option berjalan kaki sebab nak layan view tepi tasik
lagi cantik kalau waktu spring 

Dari stesen Tiananmen West kami menuju ke Caishikou (line 4) untuk ke Niu Jie Mosque. Sewaktu artikel ini ditulis, line subway yang menghubungkan Niu Jie (line 7) masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap tahun ini. Oleh kerana stesen subway Caishikou tak terletak di Niu Jie (tapi so far paling hampir), jadi kami terpaksa naik teksi. Di sini teksi menggunakan meter jadi tak perlu risau kena ketuk. Tambang teksi dari subway Caishikou ke Niu Jie tak sampai 10Yuan, kira okla kan?  

Kami turun di persimpangan jalan berhampiran Niu Jie Muslim Supermarket yang terletak di sebelah kanan jalanraya. Di luar supermarket ada ramai orang beratur dan intai punya intai, rupa-rupanya dorang beratur sebab nak beli kuih. Kami pun join beratur sebab nak cuba dan bila sampai turn aku sebut, “Yat! Yat! Yat! Yat!” (Satu! Satu! Satu! Satu!) dan harga untuk 4 jenis kuih lebih kurang 6Yuan, agak murah la jugak.

jual kuih melalui tingkap

Kami tersenyum lebar setelah berjaya membeli kuih yang belum pasti rasanya. Tapi aku yakin kuih ni sedap sebab crowd ramai. Bila test kesemuanya aku rasa kuih pau daging dan murtabak kucai+telur yang paling sedap. Highly recommended! Aku yakin benda ni halal sebab yang buatnya muslim.

kuih inti kucai+telur. mabeles!!
pau inti daging. pun mabeles!

Sambil makan dan berjalan kami cuba mencari restoran halal berhadapan masjid tapi tutup. Kami berpatah semula ke Niu Jie Supermarket dan entah macam mana ternampak signboard Niu Jie Muslim Food Court. Tempat ni agak tersembunyi dan terletak di tingkat atas bangunan supermarket.

pintu masuk ke Niu Jie muslim food court
Niu Jie Muslim Food Court
lai! lai! lai!
banyak kedai boleh pilih
tray bagai macam kantin asrama
 
Konsep makan di sini lebih kurang sama macam food court di Malaysia. Selection banyak tapi lebih kurang sama. Aku pilih makanan berat sebab dah 3 hari makan cincai. Harga nasi putih, lauk daging masak lada kicap dan telur bistik cuma 12Yuan. Pada aku agak murah, lagipun makanan kat Beijing mahal. Portion pun banyak sampai takde space nak sumbat. 

Bila dah kenyang kami pegi ke Niu Jie Mosque untuk menunaikan solat. Niu Jie Mosque yang terletak di seberang jalan ini merupakan sebuah masjid yang tertua di Beijing. Tempat ini sentiasa menerima kunjungan pelancong, bukan saja muslim tapi dari pelbagai latar belakang agama. Tempat ini juga popular di kalangan pelancong Malaysia dan kalau ke Beijing pastikan singgah ke sini dan solat di dalamnya.

dewan solat wanita
bahagian dalam dewan solat wanita (gambar masa tahun 2010)
dalam dewan solat lelaki (gambar masa tahun 2010)

Apa yang menarik tentang Niu Jie Mosque ialah selain menjadi masjid yang tertua di Beijing, seni bina masjid ini banyak dipengaruhi oleh tamadun China. Masjid ni juga agak berbeza kerana ruang solat lelaki dan perempuan diletakkan di bangunan yang berasingan. 

Selesai solat kami naik teksi ke subway Caishikou dan terus ke Yong’Anli (line 1) untuk Silk Market. Semalam kami tak sempat ke sini sebab Silk Market tutup pukul 9mlm. Tempat ni terletak betul-betul di luar stesen subway jadi tak perlu menapak jauh. Aku cuma beli sehelai t-shirt dan 2-3 ketul fridge magnet. Harga sehelai tshirt (selepas bargain dapat 20Yuan) dan seketul magnet 5Yuan (dalam Silk Market mahal, nak murah beli kat kedai dalam subway Yong’anli).

Sebenarnya Silk Market ni bukanlah tempat menjual silk semata-mata sebab banyak barangan "Made In China" boleh didapati di sini contohnya handbag dan pakaian berjenama tiruan. Pendek kata tempat ni lebih kurang macam Petaling Street, takpun Uptown, takde satu pun yang asli. Harganya pun memang nak semelih hidup-hidup, tapi kalau betul-betul nak beli kena bargain sampai 80% off dan bila success make sure amik, kalau tak terimalah makian berbakul-bakul. Kain sutera pulak rasanya cantik lagi kat Terengganu sebab kat sini kainnya jual ikut meter, so chances nak pakai baju yang sama dengan orang lain tu tinggi (btw ramai Malaysian shopping kat sini, chances memang ada!). So tak payahla beli...unless nak beli souvenir tu ok, itupun kena bargain sehabisnya. 

Intan ikut sama menghantar aku ke stesen keretapi walau berkali-kali aku menolak. Aku rasa bersalah dan risau sebab hari dah lewat malam untuk dia balik ke hostel sendirian. Lagipun esok dia akan balik ke Malaysia, jadi mesti nak packing barang malam ni. Walau bagaimanapun aku nak ucapkan terima kasih di atas hospitality yang diberikan! (^_^)

Sebenarnya aku rasa kunjungan ke Beijing kali ni agak berbeza dari yang sebelumnya dan yang paling penting, misi peribadi aku untuk mencipta jejak baru di Great Wall dah terlaksana. Syukur alhamdulillah.

dalam Beijing West Railway Station
plaform keretapi
Beijing West -> Xian

Kami bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal di hadapan pintu masuk stesen keretapi. Aku berjalan ke arah pintu pemeriksaan dan dalam sekelip berada dalam perut stesen keretapi. Aku menoleh semula ke belakang dan melambai ke arah Intan, tapi aku tak pasti dia nampak ke tak sebab jauh.

Alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar dan aku menuju ke coach yang di tetapkan dan menyimpan backpack di ruang katil bawah. Masa ni aku tengok katil bawah jadi port melepak sebab semua orang tumpang duduk. Fuh, itu pasal aku tak nak beli katil bawah sebab jadi wakaf. Setel simpan beg aku terus panjat ke katil (middle berth) dan landing.

Huh, memang empuk sungguh tilam ni, kalah Vono! (read: rasa macam baring atas lantai!). Aku rasa katil KTMB lagi empuk dan spacious.

Keretapi bertolak meninggalkan stesen kereapi tepat jam 8.48pm dan dijangka tiba di Xian 12 jam kemudian. Kat sini keretapi jalan on time, sampai pun on time. Sangat punctual! Sambil menunggu mata terlelap aku menulis catatan dalam buku nota. Suhu dalam cabin agak selesa sebab ada centralized heater jadi sesejuk manapun keadaan di luar, kat dalam ni takkan rasa.

tiket keretapi Beijing West -> Xian
view dari dalam cabin triple decker
lepas lampu dipadamkan

Pengalaman menaiki sleeper train di China sebenarnya menarik cuma harga tiket yang terlalu mahal tapi secara overall aku berpuas hati sebab punctual. Walaupun keretapi ni laju tapi langsung tak rasa gegar so kalau tido di upper atau middle berth pun tak jadi masalah.

Esok pagi aku akan sampai ke Xian. Rasa macam dah tak sabar nak tengok Terracotta Army!

bersambung....
.

Read more...

Made In China : Beijing (Part 5)

March 15, 2012

Semalam ada orang bebel kat aku sebab slow taip sambungan 1000 episod travelog China. So aku pun gigih menaip memalam buter (eh, pepagi buter) ni dengan harapan sume pembaca puas hati. Amacam, hepi tak? Hehehe. Enjoy!

****** 

Menurut sejarah, Great Wall telah dibina pada zaman Dinasti Qin hingga Dinasti Ming. Ia terbahagi kepada beberapa seksyen dan secara keseluruhannya, bahagian tembok yang paling mendapat perhatian ialah Badaling, diikuti Mutianyu, Jinshanling, Simatai, Juyongguan, Jiankou dan Huanghua. Setiap satunya ada keistimewaan tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain.

aku nampak tembok ni macam seekor naga yang menjalar

Tadi aku ada mention pasal Dinasti Qin. Tau ke sape nama maharaja zaman tu? Tak tau? Ok mai dok rapat-rapat aku nak cerita.

Maharaja Qin Shi Huang ialah maharaja China yang pertama dan pada pendapat peribadi aku beliau agak “gila-gila” (sori aku tak dapat cari term yang sesuai) sebab pada zaman beliaulah Tembok Besar China mula dibina dan bersambung-sambung ke dinasti seterusnya. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab mencipta satu bala tentera batu yang terkenal iaitu Terracotta Army. History junkie mesti tau apa tu Terracotta Army. Tak tau jugak? Ermm....kalau gitu kena tunggu sampai part aku di Xian. But roughly beliau memang genius dan kejam pada masa yang sama sebab menjadikan rakyat China sebagai buruh kasar semata-mata untuk memastikan idea gila beliau berjaya.

[source] China's first emperor, Qin Shi Huang, jadi maharaja sejak umur 13tahun


Setelah menyaksikan Terracotta Army dengan mata sendiri, aku tak nafikan ianya luar biasa atau dalam bahasa ringkasnya...gile! Katanya kubur beliau sampai sekarang tak dapat ditembus sebab ada banyak perangkap. Alaa, macam kubur Firaun le senang citer. Pastu katanya sume ahli-ahli tukang yang buat perangkap tu pun kena tanam sekali sebab taknak dorang pecah rahsia laluan masuk ke situ. Gile kejam kan? Aku sempat pegi ke tapak kubur tu tapi as mentioned before, archaeologist masih tak dapat cari jalan masuk sebab ada banyak perangkap dalam tu. So until then, it’s untouchable.

Berbalik semula pada cerita, dalam banyak-banyak seksyen di sepanjang tembok besar ni, yang paling famous sekali ialah Badaling. Ini disebabkan ia bahagian yang paling terjaga dan telah dibaikpulih untuk tujuan pelancongan. Pendek kata tembok-tembok lain lebih original sebab belum dibaikpulih dan kesan sejarah masih jelas kelihatan berbanding tembok Badaling.

Tembok Badaling dibina semasa zaman pemerintahan Maharaja Ming dan ia terbahagi kepada 2 seksyen. Sewaktu melangkah masuk melepasi pemeriksaan tiket, di sebelah kiri ialah South section dan di sebelah kanan ialah North section. Lazimnya orang akan tuju ke sebelah kanan (north section) sebab di sini ada 8 buah watch tower. Kalau mampoo, ada kudrat lebih, pegilah mendaki sampai ke watch tower ke-8 sebab kat sini ada satu monument yang paling famous yang tercatat kata-kata keramat Mao Zedong.

Sape pulak Mao Zedong ni? Owh, beliau ialah seorang komunis dan digelar sebagai Bapa Komunis China. Negara China jadi negara republik disebabkan ideologi komunis yang dibawa oleh beliau dan ini telah mengubah sistem pemerintahan di China. So kalau dapat panjat sampai ke watch tower ke-8, cuba cari monument ni sebab ayatnya boleh kasi terbako sape-sape yang tak penah panjat Great Wall.

“He who has not climbed the Great Wall is not a true man”

[source] jangan tanye sape makcik ni sebab aku pun tak kenal tapi inilah monument nya


Kalau korang dapat sampai ke watch tower ke-8 ni bolehlah eksyen skit macam makcik dalam gambar di atas sebab tower ni yang paling tinggi dan ketinggiannya bukan calang-calang ye, 888.88 meter! (wow nombor cantik. boleh tikam 4D!). Aku juga difahamkan yang ada cable car kat watch tower ke-8 ni. Bleh baca sini untuk kisah selanjutnya.

Aku? Hehehe....

Aku cuma sempat sampai ke watch tower ke-5 sebab masa tu dah nak tutup dan kena patah balik. Ini bukan alasan mengelak ye tapi tempat ni tutup so tak dapek la aku nak bergambar kat monument Mao Zedong sebagai bukti. Uhuk..uhuk..uhuk..

Berbalik pada cerita. Aku dan Intan menghabiskan masa hampir 3 jam di sini dan beredar bila waktu melawat tamat. Bila keluar dari tempat pemeriksaan tiket kami terus ke tandas untuk menyelesaikan hutang tertunggak dan menunaikan kewajipan pada Yang Esa di satu kawasan terbuka di situ. Waktu ni keadaan sekeliling mula lengang sebab dah lepas waktu melawat. Setelah selesai kami mula bergerak meninggalkan tempat ni tapi agak terkeliru sebab semua arah nampak sama, mungkin sebab hari dah mula senja. Waktu kami pening cari arah keluar tiba-tiba kami terserempak dengan sepasang couple China. Tanya lebih kurang bahasa itik-ayam, dorang suruh follow sebab katanya dorang pun nak pegi ke bus stop. Kami pun berjalan menuruni bukit dengan pasangan ni dan terserempak dengan sekumpulan student Indonesia yang belajar di Guangzhou. Berborak lebih kurang sambil turun bukit dan kami dapat tau yang dorang belajar kat salah sebuah universiti di Guangzhou dalam jurusan Bahasa Mandarin. Sekarang ni tengah semester break dan dorang datang ke Beijing untuk bercuti.

Bila sampai di parking bus kami pun berpecah dan kembali mengikut couple China tadi. Sangkaan aku tepat yang perkhidmatan bas 919 dah habis sebab takde satu makhluk yang menunggu bas di situ. Waktu tu kami mula cemas dan couple China tu pegi ke satu rumah yang terletak berhadapan bus stop 919. Sambil menunggu dorang dapatkan maklumat dari orang yang tinggal di situ, bas yang bawak rombongan student Indonesia tu bergerak meninggalkan perkarangan parking.

Keadaan sekeliling mula lengang tanpa sebijik bas dan tinggal hanya kami berdua dan couple China tu. Aku mula rasa tak sedap hati sebab hari semakin gelap. Ah sudah, kalau bas takde maknanya malam ni tido kat Great Wall ke? Gile oiii! Dahla baju tak cukup tebal, maunya mati kejung kat sini. Tapi memang tak tipu, cuaca waktu ni makin sejuk sebab temperature dah drop. Lebih kurang 5 minit kemudian couple tu datang ke arah kami dan suruh follow. Tanpa banyak soal kami berdua pun membontoti mereka ke satu arah dan yang pastinya arah ni bukanlah arah yang kami lalu tadi.

Waktu ni akulah yang jalan paling belakang sebab semput mengejar dorang. Kan sebelum ni aku kata orang China ni jalan macam kilat....hurm, memang laju sumpah tak tipu. Nak dijadikan cerita waktu ni jugaklah kaki kiri aku berdenyut-denyut kesakitan. Intan makin ke hadapan dan aku pasrah je kalau deme sume tinggalkan aku. Cuma sekali sekala aku pandang ke belakang sebab takut jugak kalau ada makhluk lain yang mengikut. Dahla sini tembok lama, banyak orang mati..., jangan buat hal oiii!

Lebih kurang 5 minit kemudian kami sampai di hujung jalan (dead end) dan di hadapan kami ada hutan kecil. Oh sudah, betul ke ni? Aku cakap pada Intan kalau deme 2 ekor nak rompak kita, meh kita bukak langkah. Keluarkan segala ilmu pertahankan diri...tak kiralah sama ada silat pulut ke, taekwondo ke, mak yong ke, janji kita boleh lawan. Ceh, kemain imaginasi aku waktu ni. Hahaha. Tapi siyes, sape-sape je akan pikir benda yang sama kalau ada dalam situasi kami.

Aku tengok couple tu masuk dalam kawasan hutan kecil berbelukar tu termasuk Intan. Aku masih lagi terpacak sebab tak yakin. Dalam terpaksa aku mengalah sebab takkan aku nak terpacak sesorang kat sini?? Sambil mulut terkumat-kamit aku berdoa moga-moga kami tak kena rompak atau sebagainya. Makin lama kami makin jauh ke dalam dan suasana pada waktu ni memang menakutkan sebab hari dah gelap. Aku berhenti di pertengahan jalan sambil tangan menggagau-gagau ke dalam kocek backpack sambil mencari torchlight. Intan menoleh ke belakang dan menyuruh aku follow secepat yang mungkin sebab couple tu dah laju ke depan. Aku cuba melajukan langkah walaupun hazab di kaki Tuhan saja yang tau. Pendek kata rasa nak potong campak ke tepi. Heh!

Akhirnya kami tiba di satu cerun bukit yang curam. Part ni paling mencabar sebab kami terpaksa mendaki cerun ini untuk ke atas. Dan yang menambahkan hazabnya kat cerun ni ada satu batang paip yang maha besar. Tuhan saja yang tau betapa semputnya aku waktu ni, dengan kaki sakit, dengan nak pegang torchlight, dengan nak mendaki....haih! Aku gagahkan diri dan dalam langkah yang penuh berhati-hati akhirnya sampai jugak aku ke atas. Pehhh, pasni boleh daki Kinabalu! Ceh.

Dan rupanya hutan kecik dan cerun bukit ni adalah jalan shortcut ke pintu masuk tembok Badaling. Pergh! Pakej lengkap Great Wall kami dapat kali ni, memang terbaiklah!

Dari sini kami berjalan ke arah bertentangan sejauh 800 meter menuju ke tempat asal masa kami datang siang tadi. Kali ni kami dah tak daya nak follow couple China tu sebab dorang jalan macam lipas kudung. Kami pun berpecah dan meneruskan langkah ke stesen keretapi dan di pertengahan jalan kami berjumpa dengan seorang pelancong India yang kebetulan nak ke sana.

Bila sampai di stesen keretapi kami berjumpa dengan sepasang pelancong India yang sama-sama menunggu keretapi ke Beijing. Waktu nak beli tiket keretapi kami dapat tau yang rupanya next trip ke Beijing akan sampai sejam kemudian. Setelah berbincang akhirnya kami dan mamat India tu amik keputusan untuk naik bas sebab taknak buang masa. Walaupun kami tak pasti pukul berapa trip bas yang seterusnya tapi kami nekad untuk cuba.

Jarak dari stesen keretapi Badaling ke perhentian bas lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Kami terpaksa menapak dalam gelap sebab di sepanjang jalan ke perhentian bas takde lampu. Torchlight aku langsung tak membantu sebab bateri yang dah kiok.

Untuk pengetahuan sume, ada 2 perhentian bas di sini, satu di tempat yang aku pegi sebelum ni (bas 919) dan lagi satu dekat dengan stesen keretapi Badaling (dah lupa bas no. berapa). Perhentian bas ni terletak di sebuah kawasan lapang dan di sini ada sebuah pondok (macam kaunter tiket bas). Kebetulan nasib kami baik sebab ada orang yang menjaga dan lepas berkomuniasi bahasa ayam-itik kami dapat maklumat yang bas seterusnya akan sampai lagi 20 minit.

Masa ni mamat India tu ajak kami berteduh dalam restoran Subway yang terletak lebih kurang 2 minit berjalan kaki sebab tak tahan sejuk tapi aku rasa itu bukanlah idea yang bagus sebab bas boleh sampai bebila masa. Tekaan aku tepat sebab bas tu sampai 10 minit lebih awal dari waktu yang dianggarkan. Sewaktu melangkah masuk ke dalam bas aku menarik nafas lega sebab akhirnya kami selamat berada dalam bas yang menuju ke Beijing (tambang 12Yuan). Suasana dalam bas agak selesa sebab ada heater yang dipasang di bahagian kaki di keliling dinding bas dan kebetulan aku duduk di seat tepi tingkap jadi dapatlah aku memanaskan badan. Sewaktu menempuh perjalanan selama sejam ke Beijing kami bertiga berborak-borak dan disebabkan kepenatan aku terlelap.

Sejam kemudian kami tiba di Deshengmen Bus Station yang terletak berhampiran stesen subway Jishuitan. Memandangkan suasana pada waktu malam yang agak mengelirukan jadi kami tak jumpa jalan ke stesen subway. Dengan bantuan seorang local yang baik hati, kami dibawa melintas jalan raya China yang gile-sebab-sume-keta-laju-macam-pelesit dan menuju ke stesen subway.

Memandangkan malam masih muda jadi aku dah Intan bercadang ke Silk Market tapi punah harapan sebab tak jumpa. Sebelum balik ke hostel kami singgah di Mc’D untuk menghilangkan penat sambil memanaskan badan dan berbincang pasal itinerary esok.

ps : gambar Great Wall refer dalam entry sebelum ni


bersambung....
.

Read more...

Made In China : Great Wall

March 14, 2012

Let pictures do the talking / Biar gambar yang bercakap

Great Wall @ Badaling
seksa jugak shot ni. silap langkah kamera ke bawah
cerun mendaki yang curam. pakailah high heel
gua stop 1-2 kali kat sini sebab semput
nampak macam biasa, tapi.....
curam gile!
walaupun macam mencacatkan pemandangan tapi palang besi ni banyak berjasa
kalau malas jalan boleh golek sampai ke bawah
guna skateboard pun boleh
subjek utama : Great Wall
subjek sampingan : kaki amoi-amoi yang kurus macam tiang telepon
katanya kalau jalan atas ni tanpa henti boleh sampai 60 hari kemudian
salah satu di antara 8 buah watch-tower yang ada di tembok Badaling
p/s : kalau zaman dulu ada cctv, mungkin Great Wall ni takde
balik ni gua nak buat sebijik kat rumah
winter : lengang!
nampak tak apa yang gua tunjuk? pesen monyet deme ni

katanya tulisan ni bermaksud "Badaling". kalau salah maknanya korang pun kena tipu. hahaha



Cerita lengkap gua taip kemudian..keh keh keh....Okbai!
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP