Made In China : Xian (Part 2)
April 30, 2012
sambungan dari entry sebelumnya
Hari Keempat : 6 Februari 2012
Lebih kurang pukul 10pg, yakni selepas mandi dan bersarapan barulah aku terhegeh-hegeh nak ke Terracotta Army. Berpandukan peta yang diberikan oleh pihak hostel aku menapak ke bus stop dan menunggu bas #603 untuk ke stesen keretapi. Aku perlu ke stesen keretapi sebab bas ke Terracotta Army bertolak dari sini. Kadar tambang bas ke stesen keretapi cuma 1Yuan atau 50sen. Murah kan!!
Hari Keempat : 6 Februari 2012
Lebih kurang pukul 10pg, yakni selepas mandi dan bersarapan barulah aku terhegeh-hegeh nak ke Terracotta Army. Berpandukan peta yang diberikan oleh pihak hostel aku menapak ke bus stop dan menunggu bas #603 untuk ke stesen keretapi. Aku perlu ke stesen keretapi sebab bas ke Terracotta Army bertolak dari sini. Kadar tambang bas ke stesen keretapi cuma 1Yuan atau 50sen. Murah kan!!
Ada 2 stesen keretapi di Xian iaitu Main Train Station dan North Train Station. Keretapi dari Beijing tiba di Main Station dan di sini juga bas ke Terracotta Army bertolak. Selain keretapi, teksi dan bas terdapat perkhidmatan subway tapi agak terhad dan masih dalam proses pembinaan.
Bandar Xian dikelilingi tembok yang membentuk sebuah segi empat. Bell Tower terletak di tengah-tengah bandar yang menghubungkan keempat-empat jalan utama iaitu Bei (utara), Nan (selatan), Dong (timur) dan Xi (barat). Tembok yang mengelilingi bandar Xian wujud sejak Dinasti Tang dan kemudian diperbesarkan lagi semasa Dinasti Ming. Tujuan tembok ni dibina sama seperti Tembok Besar China iaitu sebagai mekanisme pertahanan.
![]() |
| peta bandar Xian (click to enlarge) |
Jarak bus stop dari hostel cuma sekangkang kera atau lebih kurang 5-7 minit bergantung pada tahap kelajuan seseorang itu berjalan. Hampir 15 minit tercegat dalam kesejukan barulah bas #603 muncul. Tanpa membuat barisan orang ramai berkerumun untuk menaiki bas. Melihatkan situasi tersebut maka aku pun join sekaki. Bas di Xian lebih kurang macam bas Rapid dan tambang bas dibayar menggunakan mesin slot di sebelah pemandu. Memandangkan jumlah penumpang yang agak ramai maka kesemua tempat duduk penuh. Selang beberapa perhentian barulah aku dapat merasa tapi belum sempat panas bontot bas pun sampai. Ceh!
Masa keluar dari perut bas aku ternampak 2 orang mat saleh turun dan menuju ke arah stesen keretapi. Aku berkira-kira nak menegur ke taknak sebab dorang sibuk berborak. Rugi jugak kalau tak cuba, mana tau kalau-kalau dorang nak ke tempat yang sama boleh jugak aku mintak tolong amikkan gambar. Kihkihkih.
Jangkaan aku tepat sebab dorang pun nak ke sana jadi kami bertiga bersepakat untuk pegi sekali. Tiba-tiba datang seorang pompuan Cina dan secara otomatik aku tau yang kami semua bakal disemelih. Pompuan tu suruh kami naik tour bus dia sebab lebih private dan selesa. Beria sungguh dia marketing kami tapi masalahnya tambang skit punya mahal. Kami menolak tawaran tersebut dan bertanya arah ke tempat menunggu bas Terracotta Army. Sambil membuat andaian maklumat yang diberikan itu tipu kami mengikut arahan yang diberikan. Nampaknya sangkaan kami meleset sebab bukan semua kaki semelih tu kejam.
Masa keluar dari perut bas aku ternampak 2 orang mat saleh turun dan menuju ke arah stesen keretapi. Aku berkira-kira nak menegur ke taknak sebab dorang sibuk berborak. Rugi jugak kalau tak cuba, mana tau kalau-kalau dorang nak ke tempat yang sama boleh jugak aku mintak tolong amikkan gambar. Kihkihkih.
Jangkaan aku tepat sebab dorang pun nak ke sana jadi kami bertiga bersepakat untuk pegi sekali. Tiba-tiba datang seorang pompuan Cina dan secara otomatik aku tau yang kami semua bakal disemelih. Pompuan tu suruh kami naik tour bus dia sebab lebih private dan selesa. Beria sungguh dia marketing kami tapi masalahnya tambang skit punya mahal. Kami menolak tawaran tersebut dan bertanya arah ke tempat menunggu bas Terracotta Army. Sambil membuat andaian maklumat yang diberikan itu tipu kami mengikut arahan yang diberikan. Nampaknya sangkaan kami meleset sebab bukan semua kaki semelih tu kejam.
Cara termurah dan efisyen untuk ke Terracotta Army ialah
dengan menaiki bas #5(306). Tambang sehala 7Yuan dan condition bas amat
selesa dan tiptop. Tempat menunggu bas ini terletak di sebalik tembok Xian jadi sila pastikan tak menunggu di tempat yang salah.
| lokasi di depan bangunan China Post bersebelahan stesen keretapi Xian |
| keadaan dalam bas yang selesa |
Kami masuk ke dalam perut bas dan duduk di kerusi belakang (free seating). Bas akan jalan bila penuh dan waktu ni barulah konduktor akan mula mengutip tambang dari setiap penumpang. Perjalanan ke Terracotta Army mengambil masa selama sejam dan untuk 15minit yang pertama kami bertiga rancak berbual manakala selebihnya aku hanyut entah ke mana. Aku hanya tersedar bila bahu aku ditepuk dan mereka meminta maaf sebab terpaksa mengejutkan aku memandangkan kami sudah sampai.
Sambil menenyeh mata yang mengantuk aku memaksa diri untuk bangun dari kerusi dan keluar dari perut bas. Pagi ni cuaca agak baik walaupun langit kelabu asap. Kat China memang langitnya sentiasa kelabu asap sebab kilang beroperasi 24/7.
Tips! Minum air kosong sebanyak mungkin dan pakai penutup mulut untuk mengelakkan batuk dan sakit tekak.
Kami beratur untuk membeli tiket dan harga untuk seorang dewasa ialah 110Yuan atau RM55. Harga tiket termasuk entrance ke Terracotta Army site museum, free shuttle bus ke Emperor Qin Shi Hung Mausoleum dan entrance. Walaupun sedikit mahal tapi sangat berbaloi-baloi!
Tips! Minum air kosong sebanyak mungkin dan pakai penutup mulut untuk mengelakkan batuk dan sakit tekak.
Kami beratur untuk membeli tiket dan harga untuk seorang dewasa ialah 110Yuan atau RM55. Harga tiket termasuk entrance ke Terracotta Army site museum, free shuttle bus ke Emperor Qin Shi Hung Mausoleum dan entrance. Walaupun sedikit mahal tapi sangat berbaloi-baloi!
| skit punye cantik kaunter tiket |
| close-up skit |
| combined ticket Terracotta Army Museum + Emperor Qin Shi Huang Mausoleum |
Sewaktu beredar dari sini kami di sapa oleh beberapa orang tourist guide yang menawarkan servis yang aku tak pasti berapa jumlahnya. Kalau arif pasal sejarah tempat ni mungkin tak perlu amik tour guide tapi bagi history junkie mungkin perlu. Sebenarnya aku nak amik tapi poket haus jadi aku cuma refer pada maklumat yang diletakkan on-site.
Jarak dari bangunan kaunter tiket ke pintu masuk lebih kurang 1km-1.5km menapak. Uih...memang jauh! Kalau jalan rata takpe, ini bertangga-tangga! Bagi orang yang tak berkemampuan menapak bolehlah naik shuttle yang seakan "buggy" padang golf dengan sedikit bayaran (sori dah lupe, rasanya dalam puluhan Yuan jugak). Oleh kerana option naik buggy mahal maka kami bertiga memilih untuk eksesais!
Bila dengar kena menapak 1.5km aku telan air liur sambil berdoa semoga kaki kiri aku dapat berfungsi dengan baik. Sejak peristiwa di Great Wall 2 hari yang lepas aku terpaksa memakai bandage dan berjalan terhencot-hencot. Aku paksa dorang jalan dulu sebab aku tak boleh berjalan laju tapi dorang tetap menunggu dan ini membuatkan aku rasa bersalah.
Sebenarnya laluan ni tak terasa jauh sebab di sepanjang perjalanan banyak benda boleh tengok dan banyak kedai cenderamata boleh disinggah. Aku sempat sambar beberapa keping fridge magnet yang harganya jauh lebih murah berbanding yang dijual di Muslim Quarter. Harga bukak 10Yuan tapi dapat 5Yuan sekeping selepas bargain. Not bad!
| permulaan jalan ke pintu masuk Terracotta Amy yang superjauh |
| kuda ni hidup waktu bulan mengambang (jangan percaya) |
| gerai makan & cenderamata di sepanjang jalan |
Setelah menempuh perjalanan yang berliku akhirnya kami tiba di pintu masuk. Aku menarik nafas lega sebab azab dah habis tapi rupanya selepas pemeriksaan tiket kena menapak lagi 500meter sebelum sampai ke pintu masuk kedua. Peh! Punyelah jauh, kalau nak berak sesangat dah terburai agaknya!
| pintu masuk yang pertama. gimik je walhal jauh lagi |
| selepas pintu masuk kedua korang akan nampak muzium ni di sebelah kanan |
| close-up skit. dah bayau mahal elok sapu bersih semua yang ada |
Selepas melepasi pintu masuk kedua kami menuju ke bangunan muzium yang terletak di sebelah kanan. Alang-alang bayar mahal elok kita tengok semua yang ada, kannnn!!
Muzium ni agak besar dan di sini diceritakan tentang sejarah tempat ini bermula dengan pengenalan kepada sejarah pembinaan Terracotta Army. Maka dengan ini disarankan sesiapa yang merancang ke sini supaya masuk ke muzium ni dulu sebelum ke pit-pit Terracotta Warriors untuk memahami sejarah tempat ini dengan lebih mendalam.
| gambaran pekerja-pekerja sedang menyiapkan projek mega Maharaja Qin Shi Huang |
Penemuan terhadap sumber arkeologi ini bermula pada tahun 1974 apabila sekumpulan petani telah menggali sebuah perigi untuk mencari bekalan air tapi sebaliknya yang berlaku. Berikutan penemuan itu maka tempat ini telah menarik perhatian ahli kaji purba untuk mengkaji kawasan ini dengan lebih teliti.
Hasil kajian tersebut mereka telah menjumpai sebuah kawasan "perkuburan" yang besar yang di dalamnya tertanam ribuan tentera batu, kuda, peralatan perang, barangan perhiasan dan lain-lain barangan yang diperbuat daripada tembaga dan sebagainya. Setelah menyelidik kawasan ini dengan teliti mereka kemudian menjumpai makam Maharaja Qin Shi Huang yang terletak tidak jauh dari situ dan berpendapat bahawa perkuburan besar ini adalah sebagai persediaan maharaja tersebut untuk menghadapi alam kehidupan selepas kematian (life after death). Info selanjutnya akan dikupas dalam entry akan datang. Harap maklum.
Di dalam muzium ini juga dipamerkan hasil arkeologi yang telah digali keluar seperti alatan pertukangan zaman dahulu kala, matawang purba dan termasuklah figura Terracotta Army yang terdiri daripada pemanah (archer), tentera berkuda (cavalryman/horseman), tentera infantry (infantryman), middle & high ranking officer dan sebagainya.
| (L to R) standing archer, middle ranking officer, high ranking officer, cavalry man |
| penulis dan potret Maharaja Qin Shi Huang |
Individu yang bertanggungjawab dalam pembinaan Terracotta Army ialah Maharaja Qin Shi Huang iaitu maharaja China yang pertama. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab di sebalik pembinaan Great Wall of China. Cerita tentang beliau pernah aku tulis dalam entry Beijing Part 5.
Di sini juga dipamerkan 2 buah kereta kuda yang telah digali keluar pada Disember 1980 dari sebuah pit yang terletak kira-kira 20meter dari makam Maharaja Qin Shi Huang. Sebahagian besar bahan binaan yang digunakan untuk menghasilkan kedua-dua kereta kuda ini adalah daripada tembaga, manakala selebihnya adalah daripada emas dan perak. Setiap bahagian diperbuat menggunakan kepakaran tangan untuk menghasilkan sebanyak 3,400 bahagian yang dicantum bersama menggunakan teknik kimpalan, ukiran dan sebagainya.
Saiz kedua-dua kereta kuda ini adalah separuh daripada saiz asal dan ia merupakan hasil penemuan terawal, terkompleks dan terhebat dalam sejarah China yang melibatkan kepakaran dalam ukiran tembaga. Perlu diingatkan bahawa Maharaja Qin Shi Huang ini adalah maharaja China yang pertama, jadi sila bayangkan betapa canggih dan halusnya seni pertukangan mereka pada waktu ini.
| boleh jadi kereta kuda ni digunakan sewaktu musim panas |
| after-life vehicle, err? |
| complex yet awesome craftsman |
| yang ini pulak mungkin digunakan waktu musim sejuk |
| setiap bahagian ada penerangan (tapi dalam Chinese) |
Setelah puas melihat setiap bahan arkeologi yang dipamerkan kami pun beredar ke lokasi yang seterusnya iaitu ke pit-pit yang mempamerkan figura Terracotta Warriors.
bersambung....
.




