Kiwi Land, Almost Done!

May 26, 2012

Setiap yang bermula pasti ada kesudahannya. Setelah menempuh perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer merentasi North dan South Island, akhirnya tibalah masa untuk aku meninggalkan bumi Kiwi.
official transport + home in North Island
world's longest place name - Porangahau, North Island
Moeraki Boulders, South Island

Banyak perbezaan di antara North dan South dari segi kepadatan penduduk dan kepesatan pembangunan. Cuaca di North juga jauh lebih baik dan sisa musim luruh masih jelas kelihatan walaupun musim sejuk semakin hampir sedangkan di South, cuaca jauh lebih muram dan langit pula sentiasa mendung.

Pengalaman memandu di antara kedua-dua tempat juga berbeza. Jalan raya di North agak mencabar dan lebih banyak melalui lereng bukit yang curam berbanding South yang jauh lebih landai dan rata. Pemandangan yang disajikan di sepanjang jalan pun berbeza di mana lembu lebih banyak berbanding kambing biri-biri di North berbanding South.

Oklah, aku rasa sampai setakat ini dulu pasal NZ dan Insya Allah kalau ada kelapangan aku akan blog pasal tempat ni (walhal entry tahun lepas pun belum taip lagi). Waktu sekarang dah melepasi jam 12 tengah malam dan aku nak berehat dulu sebab esok aku nak memandu selama 9 jam dari Queenstown ke Christchurch.

Till then!
.

Read more...

The Fifth & Final

May 21, 2012


Same place. Different direction. New Experience. Kia Ora!

"The Last Journey" (really?)
Ermm...ok aku tau last year aku cakap benda yang sama...
Setahun sebelum tu pun aku cakap camni jugak...
Sebenarnya tempat ni hard to resist and that's why i keep coming back again & again
Tapi aku rasa ni betul last....kot!
Nope seriously. Heh!


ps : sori lama tak update sebab sibuk sikit lately. travelog China akan disambung selepas balik
.

Read more...

Made In China : Xian (Part 3)

May 05, 2012

Maharaja Qin Shi Huang telah menaiki takhta sebagai pemerintah China yang pertama sewaktu berumur 13 tahun. Sejurus pertabalannya baginda telah mengarahkan pembinaan Terracotta Army sebagai persediaan menghadapi kehidupan selepas kematian (life after death). Seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ini, baginda pernah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China manakala Terracotta Army adalah sebagai "penjaga" atau "pelindung" kepada makam baginda dan sebagai “rakyat” untuk diperintah semasa di alam barzakh. 

Salah satu keistimewaan patung Terracotta Army ialah tiada satu pun yang sama. Walaupun patung ini dibina mengikut acuan dan dipateri untuk disambungkan tapi raut wajah setiap satunya berbeza. Ada yang berwajah bengis, senyum dan tenang. Kenapa? Ini kerana setiap patung diberi raut wajah yang berlainan oleh pengukirnya. Pada pendapat Maharaja Qin, setiap manusia dilahirkan berbeza maka raut wajah pun mestilah berlainan. Genius!

Pembinaan Terracotta Army telah memakan masa selama 37 tahun dengan bantuan tenaga buruh seramai  700,000 orang. Walau bagaimanapun sejarah ini telah tertanam sejauh 15 kaki di bawah tanah selama lebih 2,000 tahun bersama kemangkatan Maharaja Qin sewaktu berusia 49 tahun. Difahamkan pembinaan makam dan Terracotta Army ini belum lagi selesai sewaktu kemangkatannya (antara sebab mengapa Pit 4 kosong) dan sewaktu upacara pengebumiannya, kesemua tukang mahir yang membuat perangkap untuk makam baginda turut ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan rahsia jalan masuk ke dalam makam ini terbongkar. Selepas upacara tersebut kawasan tersebut telah ditanam dengan pokok bagi mengaburi pandangan umum lalu menganggapnya sebagai sebuah bukit.

Namun begitu pada suatu hari dalam tahun 1974 sekumpulan petani dari wilayah Lintong, Xian telah menjumpai tempat ini secara tidak sengaja sewaktu menggali perigi. Menurut penduduk tempatan, mereka tak tahu akan kewujudan makam tersebut sehinggalah ia dibongkar. Mereka juga memaklumkan pernah menemui cebisan baju perisai dan perhiasan tapi tak penah amik kisah dan menganggap kawasan ni ganjil dan “keras".

Kawasan yang seluas lebih 16,000 kaki persegi ini mengandungi 4 buah pit dan ia ditandakan mengikut turutan. Pit 1 merupakan pit yang terbesar manakala Pit 4 di dapati kosong. Pengkaji sejarah berpendapat pit ini kosong sebab ia tak sempat disiapkan. Kedudukan tempat ini adalah kira-kira 1.5km dari makam Maharaja Qin dan sewaktu dijumpai, tentera Terracotta sedang dalam keadaan bersedia untuk berperang dan setiap satunya dilengkapi senjata asli yang masih tajam.

Sebelum aku teruskan jom kita berkenalan dulu dengan kesemua patung Terracotta Army!

high-ranking officer

Dah nama pun high-ranking officer so wadduyu expect? Dari apa yang aku baca, high-rangking officer ni patung yang paling tinggi di antara kesemua patung Terracotta. Selain dari itu, ciri-ciri lain patung high-ranking officer dapat dikenali melalui baju yang dipakai, bentuk kasut dan pesen rambut. Aku tak bergurau ye, pesen rambut deme memang berbeza mengikut ranking. Apapun style jugak patung ni. Pendek kata dialah yang paling hensem dan berkaliber di antara kesemua patung yang ada. Agaknya berapa lah berat setiap satu patung ni kan?

middle-ranking office

Ini ialah middle-ranking officer dan merupakan penolong kepada high-ranking officer. Kita boleh nampak yang susuk tubuh patung ni lebih kecil berbanding high-ranking officer. Fesyen baju dan style rambut pun lain sikit.

Info yang takde kena mengena dengan middle-ranking officer; that's Juan at 3 o'clock!

cavalryman with war horse

Ini pula tentera berkuda dengan kuda perang. Tahu tak yang saiz kesemua tentera Terracotta ni sebenarnya life-size? Yup, life-size, bukan scale-down cuma kuda dan kereta kuda yang half-size dari original. Impressive!

standing archer

Patung ini boleh jumpa di Pit 2 dan ia dikenali sebagai standing archer atau pemanah yang berdiri. Kedudukan tentera adalah dalam posisi menyerang dengan kedudukan tangan yang memegang alat memanah. Tapi macam gaya Bruce Lee nak bukak langkah pun ada. Hehe

kneeling archer

Abaikan muka K-pop kat tepi cermin tu dan fokus pada kneeling archer. Patung kneeling archer ni agak istimewa sebab ukirannya lebih detail di bahagian kasut (boleh refer pada gambar). Kalau amik gambar patung ni dari belakang (which i totally forgot), boleh nampak details ukiran di tapak kasutnya. Impressive! Beliau (kneeling archer) boleh ditemui di Pit 2. Perasan tak pesen rambut dia paling lain di antara kesemua patung Terracotta? Ye, berjambul di depan bak kata Ajis. Kehkehkeh.

Kalau refer dalam entry yang lepas aku ada cerita yang aku pegi ke sini dengan 2 orang traveller yang aku jumpa waktu turun dari bas #603. Aku terlupa nak kenalkan siapa dan dari negara mana dorang datang. Sori! Kedua-dua kawan baru aku ni datang dari negara telenovela (Sepanyol) dan nama mereka ialah Juan dan Eric. Aku banyak berkomunikasi dengan Juan memandangkan dia je yang reti cakap omputih dan jadi tukang translator untuk kawan dia si Eric.

Selepas keluar dari muzium maka misi serang hendap pun bermula. Kami menentang arus dengan melawat Pit 3 dulu sebelum Pit 1 dan 2. Pit 3 ialah pit yang terkecil sekali di antara kesemua pit dan terletak di belakang Pit 1. Difahamkan ia merupakan pit komander perang yang mengeluarkan arahan kepada tentera di Pit 1 dan 2 semasa peperangan. In case ada yang tertanya-tanya...sebenarnya formation (susun atur) kesemua pit dan susunan tentera Terracotta Army ini adalah dalam posisi nak berperang, notice tak?

Pit 3 dari luar
jangan panik jangan gelabah sebab menatangnya ada di bawah

Pada mulanya aku bajet tempat ni open air (terbuka nampak langit) tapi rupanya elok berbumbung+berdinding bagai dalam bangunan. Logik la kan, kalau open air nanti tetiba ujan confirm jadi kolam renang sebab sume pit penuh dengan air. Pastu sume patung pun terapung berenang-renang. Hahaha...ngeri kot!

Bila melangkah masuk ke dalam bangunan ni aku tertanya-tanya eh mana bendanya takde pun!!?? Sekali rupa-rupanya benda tu kat bawah (15 kaki ke bawah) dan kita boleh jalan di sekeliling "ring" untuk tengok pit ini dari semua sudut. Memang superb!

15 feet under & sume patung diletakkan dalam posisi asal
nak turun ke bawah? boleh! terjun jelah. patah kaki lantak mike

Mesti ada yang tanya eh takleh turun bawah ke? Jawapannya tak boleh! Boleh tengok dari atas je. Satu-satunya orang yang penah masuk ke dalam kawasan pit ialah Queen Elizabeth. Ko mampoo??

dalam Pit 3 ada 4 ekor kuda dan di belakangnya ialah middle-ranking officer
ada wing kiri dan kanan
boleh nampak yang ekor kuda ni semuanya di sambung
pemandangan Pit 3 dari sebelah kanan
patung-patung di koridor kanan yang musnah

Experts have pointed out that Pit 3 is the command center or headquarters for all the groups in the other two pits. The unearthed artifacts include 68 terracotta warriors, four horses and one chariot all arranged in a layout that is quite unique. There is a slopping passageway in the east and upon entering it, you will face a chariot and horse chamber where there is a single war chariot. This chariot and horse chamber has two corridors on the two sides. A wing room is located to the west of the left corridor. To the west of the right corridor, there are antehall and back room. All the 68 warrior figures stand orderly along the two sides of the passageways. 



patung-patung di koridor kiri kebanyakkannya tanpa kepala

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kebanyakan patung Terracotta di dalam Pit 3 takde kepala. Sebenarnya kesemua patung ini berkepala tapi ia telah dicuri dan juga dirosakkan oleh orang yang menceroboh ke kawasan ini.



One thing that puzzles experts very much is that there is no Terracotta Warrior of the Commander-in-Chief. Some experts maintain that a general would take the place of the commander-in-chief in the Qin wars. Some believe that the Emperor Qin Shi Huang himself is the commander-in-chief, and his image can not be replicated in the pit in order to defend the emperor's dignity and absolute authority. But both sayings are conjecture, and experts are doing their best to discover the true reason.

Sebenarnya aku wonder bila Juan pilih nak ke Pit 3 instead of Pit 1, 2 dan 3 (ikut turutan). Tapi bila dia kata “save the best for the last” maka aku pun bersetuju. Adakah aku bersetuju sebab muka Juan ni macam pelakon telenovela Sepanyol? Adakah sebab dia lagi market dari Encik German? tetttt!!!

Logiknya kalau tengok Pit 1 dulu nanti perasaan excited nak tengok Pit 2 dan Pit 3 akan kurang. Pendek kata level of excitement pun akan menjunam macam terjun dari tingkat 18. So apa yang istimewa sangat pasal Pit 1? Hurmm...I’d say let’s keep it till the next entry! Lalalala....


bersambung....
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP