Made In China : Xian (Part 7)
July 24, 2012
Hari ini merupakan hari kedua aku berada di Xian. Oleh kerana takde sebarang aktiviti jadi aku sengaja melajakkan tido. Mimipi aku dikejutkan oleh ketukan yang bertalu-talu di pintu. Potong stim betol! Sambil menggosok-gosok mata yang mengantuk aku bingkas ke pintu. Sape pulak yang ketuk pagi-pagi ni? Daun pintu dikuak dan di hadapan aku tercegat Angel iaitu staff hostel sebelah yang pick-up aku dari stesen keretapi semalam.
Dia : Sorry to wake you up
Aku : It’s okay, I’m suppose to wake up by now
Dia : I thought you want to join me to museum today
Aku : Museum?? Arghh, I really forgot about it, sorry. Are you leaving now? shoot! camne aku bleh lupe ni!!
Dia : Yeah. We’re about to leave now. But it’s okay, you can join me this evening
Aku : Maybe. Don’t worry about me. I can go later
Dia : I will be back at 2pm, so I’ll see you then!
Aku : Yeah, see ya!
Dia : By the way, thank you for the coins!
Aku : No problem!
Angel penah bagitau yang dia suka kumpul syiling dari pelbagai negara. Kebetulan pulak dia belum ada collection dari Malaysia jadi dengan senang hati aku menyedekahkan duit syiling yang ada. Selepas menutup pintu aku kembali semula ke katil. Aku terkejut sebab cadar katil roommate aku dah siap berkemas. Segala backpack dan barang-barangnya turut “lesap”. Seingat aku subuh tadi dia masih berlingkar atas katil, bila masa pulak dia check-out? Magik jugak minah ni.
Tanpa membuang masa aku terus mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Sewaktu melintasi meja reception aku terpandang senarai nama penghuni hostel yang mengikut Angel ke muzium dan antaranya ialah 2 orang budak Sepanyol yang aku kenal masa di Terracotta Warriors exhibition semalam. Deng! Hamik ko! Tido lagi. Pfft!
Sebenarnya aku dah tak tau nak buat apa kat Xian, menyesal jugak duduk kat sini sampai 3 hari. Patutnya malam ni aku dah naik ketapi ke Chengdu. Kalau ikut rancangan asal, harini aku akan ke exhibition Terracotta Warriors tapi disebabkan aku setelkan kesemuanya semalam, maka aktiviti untuk harini dan esok takde kecuali sightseeing, itupun dalam bandar.
Aku mengambil keputusan untuk merayau tanpa tujuan dan akhirnya terbabas sampai ke South Gate yang jaraknya kira-kira 2km dari hostel. Di sini aku terjumpa satu kawasan yang menjual barangan antik dan kesenian China seperti lukisan, ukiran, seni memotong kertas dan sebagainya. Aku cuba meninjau kalau-kalau ada fridge magnet tapi hampa.
| pintu gerbang yang menjadi trademark Chinatown |
| gerai-gerai menjual barangan kesenian China |
| pedang setiawan gamaknye |
| jangan confuse. ini bukan berus mekap |
Perut aku mula keruk-keruk mintak diisi. Apa kata aku pegi ke tempat semalam (Muslim Quarter)? Sana ada banyak makanan halal, boleh sumbat sampai penuh. Untuk ke Muslim Quarter dari antique market kena menapak lagi 1km. Memang penat tapi aku lebih rela berjalan jauh dalam suhu dingin dari berjalan dalam suhu yang membahang. Poyo eh, Malaysia panas ujan sepanjang tahun kot!
Bila sampai di Muslim Quarter aku teringat yang aku belum lagi ke Xian Great Mosque jadi aku pun menukar rancangan untuk ke sana. Masjid ini sebenarnya terletak di dalam kawasan Muslim Quarter, cuma kedudukannya agak tersorok dari jalan utama. Pada mulanya aku pun tak tau macam mana nak cari jadi aku gunakan kaedah try & error. Memandangkan kedudukannya yang tersorok di bahagian dalam maka aku memilih untuk mencuba nasib melalui lorong kecil yang mana di sebelah kiri dan kanannya dipenuhi deretan kedai cenderamata. Aku terus berjalan melalui maze ini sehingga berjumpa sebuah tembok. Cubaan aku mendatangkan hasil apabila tembok ini adalah pagar yang mengelilingi kawasan masjid.
Bila sampai di Muslim Quarter aku teringat yang aku belum lagi ke Xian Great Mosque jadi aku pun menukar rancangan untuk ke sana. Masjid ini sebenarnya terletak di dalam kawasan Muslim Quarter, cuma kedudukannya agak tersorok dari jalan utama. Pada mulanya aku pun tak tau macam mana nak cari jadi aku gunakan kaedah try & error. Memandangkan kedudukannya yang tersorok di bahagian dalam maka aku memilih untuk mencuba nasib melalui lorong kecil yang mana di sebelah kiri dan kanannya dipenuhi deretan kedai cenderamata. Aku terus berjalan melalui maze ini sehingga berjumpa sebuah tembok. Cubaan aku mendatangkan hasil apabila tembok ini adalah pagar yang mengelilingi kawasan masjid.
| masuk ikut pintu gerbang ni |
| ada banyak deretan kedai cenderamata |
| |
| follow lorong ni sampai jumpa tembok seperti dalam gambar |
| tadaa! ini dia pintu masuk ke Masjid Besar Xian |
| kedai cenderamata di dalam kawasan masjid |
Assalamualaikum!
Waalaikumsalam!
Seorang wanita menyapa sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam kawasan masjid.
Dia : Muslim?
Aku : Yes. I’m a muslim
Dia : Where are you from?
Aku : Malaysia
Dia : Oh, Malaysia
Dia menghulurkan senaskah buku kecil yang padat dengan informasi berkenaan sejarah dan latar belakang Masjid Besar Xian. Mengikut rekod sejarah yang ditulis di atas naskah batu bersurat yang ditemui, masjid ini telah dibina pada tahun 742 Masihi semasa era Dinasti Tang. Pendek kata masjid ni telah wujud sejak 1,250 tahun yang lampau dan ia telah disenaraikan sebagai tapak warisan UNESCO Islamic Heritage pada tahun 1985.
Kedatangan pedagang-pedagang Arab ke China telah membantu dalam penyebaran agama Islam apabila mereka menetap dan berkahwin dengan wanita tempatan. Ada khabar mengatakan bahawa masjid ini telah dibina oleh pedagang China Muslim yang terkenal iaitu Laksamana Cheng Ho yang berketurunan Hui. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil sebab muslim quarter ini merupakan kawasan penempatan Muslim-China dari keturunan Hui sejak zaman-berzaman. Sebenarnya masjid ini bukanlah satu-satunya masjid di Xian sebab ada lebih kurang 23 buah masjid kesemuanya manakala 7 daripadanya terletak di sekitar Drum Tower.
Masjid ini telah diperbesarkan semasa zaman Dinasti Song, Yuan, Ming dan Qing. Setelah penyatuan kerajaan baru China dan pemberian hak kebebasan untuk beragama, kerajaan China di bawah Communist Party and the People's Government of China telah menetapkan dana untuk memelihara dan memperbaiki masjid ini pada setiap tahun. Melalui dana inilah masjid ini dipelihara supaya menjadi salah satu di antara tarikan pelancong untuk ke China khususnya Xian.
Kedatangan pedagang-pedagang Arab ke China telah membantu dalam penyebaran agama Islam apabila mereka menetap dan berkahwin dengan wanita tempatan. Ada khabar mengatakan bahawa masjid ini telah dibina oleh pedagang China Muslim yang terkenal iaitu Laksamana Cheng Ho yang berketurunan Hui. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil sebab muslim quarter ini merupakan kawasan penempatan Muslim-China dari keturunan Hui sejak zaman-berzaman. Sebenarnya masjid ini bukanlah satu-satunya masjid di Xian sebab ada lebih kurang 23 buah masjid kesemuanya manakala 7 daripadanya terletak di sekitar Drum Tower.
Masjid ini telah diperbesarkan semasa zaman Dinasti Song, Yuan, Ming dan Qing. Setelah penyatuan kerajaan baru China dan pemberian hak kebebasan untuk beragama, kerajaan China di bawah Communist Party and the People's Government of China telah menetapkan dana untuk memelihara dan memperbaiki masjid ini pada setiap tahun. Melalui dana inilah masjid ini dipelihara supaya menjadi salah satu di antara tarikan pelancong untuk ke China khususnya Xian.
Luas kawasan masjid ini ialah 13,000 kaki persegi dengan luas binaan berjumlah 6,000 kaki persegi. Ia dibina membentuk sebuah segi empat dari arah Timur ke Barat (arah kiblat) dan dibahagikan kepada 4 buah courtyard. Bahagian pertama ialah sebuah pintu gerbang kayu besar yang terletak di hadapan pintu masuk utama. Pintu gerbang ini telah dibina pada awal kurun ke 17, iaitu kira-kira lebih daripada 300 tahun yang lampau. Di bahagian kiri dan kanan pintu gerbang ini terdapat beberapa buah rumah lama yang digunakan untuk mempamerkan perabot-perabot dari Dinasti Ming dan Qing.
| [gambar pinjam] kebetulan pintu gerbang ni tengah restore so tak dapatlah aku tepek gambarnya |
| jangan confuse macam aku, sebenarnya ini bukan kedai perabot antik. ini adalah koleksi perabot dari era Ming & Qing |
| masih utuh dan kukuh. kalau kerusi zaman sekarang budak kecik karate sohih patah |
| Five Room Hall |
| Stone Memorial Getways |
Di kiri dan kanan stone memorial gateways ini terdapat 2 pintu gerbang yang diperbuat daripada batu dan ia dibina sewaktu Dinasti Ming. Dibelakangnya pula terdapat 2 batu bersurat dari era Dinasti Ming dan Qing yang menceritakan tentang perintah untuk memperbaiki masjid. Ukiran ini telah dihasilkan oleh 2 orang ahli kaligrafi Cina yang terkenal pada zaman tersebut dan merupakan salah satu di antara hasil seni kaligrafi yang terbaik di China.
| pintu gerbang ini telah dibina semasa Dinasti Ming |
Bahagian courtyard yang ketiga pula menempatkan Imperial Hall yang merupakan bangunan yang tertua di dalam kawasan masjid. Terdapat sebuah batu bersurat yang dipanggil “The Moon Tablet” dan ia merupakan bukti sejarah yang amat berharga terhadap perkembangan Islam di wilayah Shanxi. Batu bersurat ini ditulis dalam bahasa Arab oleh seorang imam terkenal yang menyatakan tentang pengiraan kalendar Islam.
| Imperial Hall |
| koleksi batu bersurat berkaitan masjid ini |
| salah satu di antaranya tertulis tentang pengiraan kalendar Islam |
| barangkali ini batu bersurat yang menceritakan tentang kalendar Islam |
Di bahagian tengah courtyard ini terdapat sebuah minaret yang berbentuk seperti sebuah pagoda dan ia merupakan bangunan yang tertinggi di dalam kawasan masjid dan berfungsi sebagai tempat untuk melaungkan azan. Di bahagian kiri dan kanannya pula terdapat Official Reception Hall, Lecture Hall dan tempat untuk berwudhu. Di Lecture Hall ini tersimpan sebuah naskah Al-Quran tulisan tangan yang wujud sejak zaman Dinasti Ming dan peta Mekah yang dihasilkan pada Dinasti Qing.
| minaret ini pernah menjadi tempat untuk melaungkan azan |
Seterusnya ialah sebuah tembok yang terdapat 3 buah pintu di antaranya. Di sebalik tembok ini ialah “The Phoenix Pavilion” atau “The One God Pavilion”. Sesuai dengan binaannya yang seakan-akan seekor burung Phoenix maka sebab itu ia diberi nama sedemikian. Di bahagian tengah Phoenix Pavilion ini terdapat sebuah binaan seperti tablet dengan ukiran naga dan kaligrafi bermaksud “One God” yang ditulis oleh seorang pembesar semasa era Dinasti Ming. Manakala bahagian terakhir di dalam keempat-empat courtyard ini ialah “The Worship Hall” atau dalam bahasa ringkasnya Dewan Solat.
| salah satu di antara 3 pintu gerbang yang terletak di antara minaret dan The Phoenix Pavilion |
| The Phoenix Pavilion |
| pengaruh Cina dan Arab jelas kelihatan pada binaan dan ukiran khat |
Sebenarnya aku tak pasti sama ada kaum muslimat di sini bersolat di masjid atau tidak sebab aku tak nampak satu kelibat pun di dewan solat. Kedua, aku tak nampak ruang solat untuk wanita dalam dewan solat ni. Ketiga, aku tak nampak atau perasan kain telekung wakaf dalam masjid. Mungkin jugak kaum muslimat di sini ssolat di rumah, mungkin. Tapi aku tak peduli semua tu, dah alang-alang sampai timing orang sembahyang jadi takkan aku nak lepaskan peluang berjemaah?
Aku menyapa seseorang yang sedang dalam perjalanan ke dewan solat. Aku bertanya arah ke tempat mengambil wudhu dan dia menunjukkan aku arah ke tandas. Barangkali sebenarnya boleh je kalau orang pompuan solat dalam masjid sebab bila aku tanya tempat amik wudhu dia tak halang atau kata tak boleh solat dalam dewan. Cuma mungkin bukan nature orang pompuan di sini bersolat di masjid, mungkin. Oklah, kalau camtu aku rasa takde masalah untuk proceed.
| kaum muslimin Xian sedang menuju ke dewan solat |
| sembahyang itu tiang agama dan perkara pertama yang akan dihitung ketika mati kelak ialah solat |
Selesai berwudhu aku terus memecut ke arah dewan solat. Sah memang takde ruang solat untuk wanita, kain telekung pun takde tapi takpe sebab pakaian aku dah memadai untuk dibawa bersolat. Nampaknya sempat lagi kalau aku kejar sebab dorang baru masuk rakaat kedua. Aku snap gambar lebih kurang dan terus mengangkat takbir. Nak solat pun sempat amik gambar, gigih.
| ruang interior masjid |
Selepas memberi salam dan berdoa orang ramai mula bangun dan keluar dari masjid. Ada yang melintasi aku sambil memberi salam dan ada yang tersenyum. Takde pulak orang datang kat aku cakap "Dik, pompuan tak solat kat sini". Takde. So aku rasa ok jugak kalau datang lagi sekali esok. Tapi kalau kat India jangan harap nak buat camni. Confirm kena perambat sebab sana mazhab lain.
Aku bersandar sambil melihat-lihat dinding di sebelah aku. Eh, ada ukiran rupanya. Memang cantik dan halus seni khatnya. Kalau nak tau, keseluruhan dinding dewan solat ini diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan sebahagian lagi dalam bahasa Cina. Cantik kan?
| ayat-ayat Al-Quran yang diukir pada dinding masjid |
| barangkali ini adalah tafsiran Al-Quran dalam bahasa Cina |
Setelah selesai menunaikan solat maka aku pun memulakan misi mengalas perut. Kawasan sekitar muslim quarter sudah mula meriah dengan orang ramai yang berpusu-pusu memenuhi segenap ruang. Seperti malam sebelumnya, aku cuba mencari sesuatu yang berbeza untuk dicuba.
| suasana di sekitar muslim quarter |
| kalau di Malaysia orang panggil putu beras |
| putu beras version China, ada jem dan kacang tumbuk |
| baik punya posing. anyway kuih ni rasa macam pulut manisan |
Banyak makanan yang aku cuba pada malam itu termasuklah sate kambing. Sebelum beredar aku membeli beberapa jenis makanan sebagai bekalan jika kelaparan di tengah malam. Bila sampai di pintu bilik aku bajet nak cakap "surprise...." ala-ala Eric Leong tapi sejurus pintu dibuka, aku hampa sebab takde sesape di dalam. Nampaknya terpaksalah aku berdondang sayang membazir letrik sampai ke siang.
bersambung....
.




