Tanah Jawa : Kawah Ijen (Part 4)

September 28, 2012

Hari Kedua : 16 September 2012 (sambungan)

Hati aku rasa berat nak meninggalkan tempat ni tapi kami harus segera beransur sebab perjalanan ke Bromo yang masih jauh. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8pg tapi masih ramai pelancong yang datang tak putus-putus, begitu juga pekerja-pekerja lombong yang naik-turun dengan bakul berisi blok-blok sulfur.

tiba masanya untuk pulang
seorang pelombong dengan muatan sulfur yang baru dinaikkan
Tahukan anda bagaimana bongkah sulfur ini dihasilkan dan apakah fungsinya?

Ijen adalah sebuah gunung volkano yang mempunyai kawah seluas 20km persegi dan tasik berisi asid sulfurik sedalam 200m (660kaki). Kawah volkano ini masih aktif dan ia menghasilkan gas sulfur yang keluar dari rekahan-rekahan gunung. Untuk mendapatkan cecair sulfur, paip-paip seramik telah dibina oleh pelombong melalui rekahan untuk menyalurkan gas. Gas yang tersalur akan terperangkap dan terkondensasi lalu membentuk cecair sulfur yang berwarna merah. Cecair ini akan keluar dari paip lalu mengalir ke permukaan tanah dan meresap. 

Warna cecair sulfur semasa panas adalah merah dan bertukar menjadi kuning apabila sejuk. Selepas itu permukaan tanah akan dipecahkan secara manual dengan menggunakan besi tajam menjadi blok-blok kecil untuk diagihkan. Pelombong-pelombong akan membawa blok-blok sulfur seberat 70kg ke 100kg keluar dari permukaan kawah dan berjalan sejauh 3km untuk ke tempat penimbangan dan seterusnya dikumpulkan.

*artikel ini telah diolah semula berpandukan rujukan wikipedia dan boston.com

blok sulfur dari jarak dekat
Fungsi sulfur ini antaranya adalah sebagai agen peluntur gula, bahan pemangkin untuk memproses getah, ubat masalah kulit dan sebagainya.

Pada tahun 2008 seorang professional adventurer dari Canada telah mendayung sebuah bot yang diperbuat daripada getah di atas tasik ini untuk mengukur kadar keasidannya. Hasil penemuannya mendapati tasik ini dipenuhi sejenis cecair yang dikenali sebagai asid sulfurik dengan kadar pH sebanyak 0.5. 

tak mampu angkat, berat woii!

Selepas berjaya melepasi kawasan angin lintang dengan selamat kami meneruskan perjalanan melalui lereng gunung dan terserempak dengan sebuah bakul rotan berisi sulfur yang tidak bertuan. Aku rasa tertarik nak menyentuh blok-blok sufur yang tak bertuan ini memandangkan aku begitu curious nak tau macam mana tekstur dan rasanya.

Rasanya? Rasanya.....rasa sayang hey, rasa sayang-sayang hey! Hahaha. Ok tak lawak. Rasanya keras macam batu (memang batu pun), sedikit kasar dan berpasir. Pendek kata memang macam batu. Ah tak kisahla janji aku puas hati dapat pegang batu sulfur Kawah Ijen. Ko hado??

awan gantung

Kami menyambung perjalanan sejauh 3km melalui trek yang sama untuk balik ke Pos Paltuding. Panorama di sini sangat memukau mata dan mintak maaf sebab tepek banyak sangat gambar - can't help it! Lagipun aku rasa lagi banyak gambar lagi bagus so at least korang boleh bayangkan macam mana keadaan tempat ni.  Sejujurnya gambar-gambar ni tak cukup nak justify kecantikan Kawah Ijen, so dengan itu aku sarankan datanglah ke sini untuk justify sendiri.

Bagaimana rasanya berdiri di satu tempat yang lebih tinggi dari awan? Rasa macam Goku Dragon Ball Z. Kihkihkih
berjalan sejauh 3km sambil membawa muatan yang sarat 
berulang-alik mencari rezeki
Di pertengahan jalan sewaktu melalui lereng gunung kami telah disapa oleh seorang pelombong yang menawarkan batu sulfur. Mulanya aku ragu-ragu nak beli sebab tak pasti boleh buat apa. Kalau dadah mampat nak jugak, boleh jadi kaya!! (pastu masuk jail - buduh!).

Kata pakcik ni kami boleh guna sebagai ubat sakit kulit. Jangan tanya sakit kulit yang macam mana sebab aku pun tak paham apa dia cerita. Cuma yang aku pasti dia cakap tak boleh buat ubat jerawat. Huh.

Cara nak guna batu sulfur ni senang je. Kikir kasi keluar serbuk halus, campur minyak skit. Jangan tanya minyak apa sebab aku pun tak tau. Barangkali minyak masak tapi bukan minyak gas atau minyak dagu (eh?). Gaulkan sampai jadi paste dan lepas tu sapu kat bahagian yang bermasalah. Walla~ Terus jadi jelita. Gitew...

**kalau jadi Shrek jangan salahkan aku! hahaha

Agak-agak kami beli tak? 

belilah mbak....dijamin muka shrek boleh bertukar jadi rupawan! (dialog adalah rekaan semata-mata)
batu sulfur yang diukir menjadi kura-kura
Yup, kami beli. Walaupun ia bukan ubat untuk jadi jelita tapi kami beli jugak. Manalah tau kalau-kalau tetiba kena penyakit kulit sampai tergaru-garu macam ungka. Hehe

Lagipun apa salahnya beli sebab tak mahal pun - sekor cuma Rp1,000/30sen. Kalau tak buat ubat sakit kulit sekalipun aku tetap akan beli sebagai tanda buah tangan dari Kawah Ijen. Baunya? Hurm...memang bau belerang le, dah nama pun batu sulfur kan. Tapi takpe, aku masih suka sebab benda ni rare. Aku tak pasti sama ada benda ni boleh diperdagangkan tapi so far masa balik haritu takde pulak pegawai kastam rampas walaupun aku cuma bawak hand luggage. Aku rasa kastam tak syak sebab ia dah berubah bentuk - dari blok sufur menjadi kura-kura. Kalau orang kata benda ni sabun pun aku percaya cuma part bau takleh nak sorok sebab kuat.

pelombong-pelombong berenti berehat untuk melepaskan lelah
kembali meneruskan perjalanan sejauh 3km

Selesai urusan jual-beli dengan pelombong tadi kami pun beredar dengan kelajuan turbo. Biasalah, naik bukan main terhegeh-hegeh tapi balik laju macam lipas kudung. Tapi perjalanan masih sukar sebab masing-masing takde trekking pole - ada la scene nangka busuk 2-3 kali. Boleh dikatakan semua orang akan merasa jadi nangka busuk TAPI anehnya takde sorang pun pelombong-pelombong yang jatuh tergelincir walaupun bawak muatan yang sarat. Expert barangkali. 

Jangan salah faham, aku tak bermaksud nak tengok dorang jatuh sebab aku pun tak sanggup nak tengok. Aku tak boleh imagine dan taknak imagine pun sebab tengok dorang angkat beban ni pun dah kesian, apatah lagi kalau terjatuh.

beban yang mungkin sama berat dengan orang yang memikulnya
laluan yang ditempuh mereka setiap hari
Akhirnya kami selamat sampai di Pondok Bunder dan dari sini perjalanan ke Pos Paltuding masih berbaki sejauh 2km.

sekali lagi kami sampai di tempat menimbang batu sulfur + kantin pelombong
seorang pelombong sedang menimbang blok sulfur
selesai menimbang mereka akan menyambung semula perjalanan ke Pos Paltuding
barangkali mereka naik untuk kali yang kedua atau ketiga
Sewaktu menghampiri Pos Paltuding kami terserempak lagi dengan sekumpulan pelombong-pelombong yang naik ke Kawah Ijen. Mungkin ini trip yang kedua atau ketiga untuk mereka pada haritu. Kalau nak tau, upah yang mereka terima untuk kerja ini terlalu kecil - di antara Rp50,000 ke Rp75,000 sehari (lebih kurang RM17 ke RM25 sehari). Sikit kan? Underpaid sangat walaupun kerja dorang gile punya teruk. Tak sampai hati rasanya tapi mungkin itu saja option yang ada dan mereka takde pilihan lain melainkan terpaksa bekerja untuk meneruskan hidup.

Aku suggest korang check link ni sebab ada cerita bergambar tentang kesusahan pekerja-pekerja ni. Sewaktu menaip entry ni aku asik mengeluh, bukan apa, sebab aku dah tengok dengan mata kepala sendiri kesusahan dorang jadi perasaan sebak memang ada. Cuma aku agak terkilan sebab tak mampu buat apa-apa. 

Diberi peluang mendekati dan melihat semua ini membuatkan aku rasa sangat bersyukur dengan kehidupan yang Allah berikan. Walaupun hidup aku belum lagi lengkap tapi aku tetap bersyukur sebab dikurniakan kesihatan yang baik, kenderaan untuk bergerak ke sana sini, kerja yang bagus walaupun bos macam haramjad, makanan dan pakaian yang cukup, peluang untuk melihat tempat orang dan yang penting sekali ahli keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa membuatkan hidup aku terisi dan disayangi. Kalau nak ikutkan senarai aku masih panjang tapi aku tak mampu nak sebut satu-persatu sebab nikmat yang Allah bagi pada aku terlalu banyak dan aku takde alasan untuk menafikannya.

"Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan?" - firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rahman. Sebanyak 31 kali Allah SWT menekankan ayat ini. Tepuk dada tanya iman.


bersambung....
.

Read more...

Tanah Jawa : Kawah Ijen (Part 3)

September 26, 2012

Hari Kedua : 16 September 2012

Selamat Hari Malaysia! (16/09/2012)

Aku terjaga sekitar jam 3.30pg. Basuh muka, gosok gigi tapi tak mandi, barulah Mat Saleh. Pagi ni cuaca boleh tahan jadi aku sarung baju 3 lapis - base shirt, fleece dan windbreaker. Gloves standby dalam kocek. Kata supir lepas turun dari Ijen nanti akan terus ke Bromo, jadi terpaksa kemas semua barang sebab nak terus check-out.

Tok! Tok! Tok! Pintu bilik diketuk. Supir mempelawa kami bersarapan. Waktu ni baru nampak muka-muka penghuni yang lain. Rupa-rupanya ramai gak tourist yang duduk di sini. Kebanyakan mereka adalah pelancong berkulit putih, ada 2-3 kerat pelancong Asia termasuklah kami.

Menu breakfast di Catimor Homestay agak menyedihkan - telur rebus dan roti yang ditabur chocolate rice. Minuman ada 2 pilihan - teh kosong dan kopi "o" panas. Aku rasa breakfast ni memang tak sesuai untuk aktiviti mendaki jadi semua nasihatkan bawak bekalan sendiri - contohnya coklat dan energy bar atau kudapan lain yang boleh dijamah semasa pendakian.

roti tabur cokelat rice dan telur rebus. telur rebus? err??
Selepas breakfast kami memulakan perjalanan dengan menaiki kereta ke Pos Paltuding yang terletak kira-kira 15-20 minit dari homestay. Pos Paltuding yang terletak di ketinggian 1850m dpl merupakan check-point untuk memulakan pendakian. Jarak di antara Pos Paltuding dan Kawah Ijen adalah sejauh 3km. Walaupun kedengaran dekat, tapi secara peribadi aku rasa jauh dan mencabar memandangkan keadaan trek yang bercampur-campur di antara mencanak dan landai. Dinasihatkan supaya membawa trekking pole kerana ia amat membantu dalam pendakian sebab kebarangkalian jatuh terduduk amat tinggi terutama sekali sewaktu menurun. Yang penting sekali pastikan anda memakai kasut dengan permukaan tapak yang sesuai kerana keadaan trek yang agak berdebu dan licin.

*dpl = dari paras laut

starting point (4.57 pagi)

Untuk setengah jam yang pertama aku masih survive tapi lama-kelamaan jadi pancit bila terpaksa mendaki di cerun yang curam. Ada satu tahap aku terpaksa berhenti sebab nak tune nafas. Kata Fiza muka aku pucat tapi mujurlah tak pengsan. Silap aku jugak sebab tak periksa barang dalam lightpack sebelum bertolak. Patutnya aku bawak kek cokelat, ini tak, aku terbawak buku Lonely Planet - bukannya boleh makan pun! Godek punye godek sekali jumpa gula-gula, phew...kalau tak mesti bertambah-tambah pucat muka aku ni.

Aku terpaksa biarkan pendaki-pendaki lain memintas - masa ni persoalan siapa sampai dulu dah tak penting. Orang kata biar pelan-pelan kayuh, ikut kemampuan.

belum semput lagi (5.04 pagi)

Setelah bersusah-payah menempuh segala cerun dan curam, akhirnya kami sampai di Pondok Bunder (2214m dpl). Waktu ni aku rasa lega yang amat sebab ingat dah sampai tapi rupanya ada 1km lagi. Pfft! 

Sewaktu kami sedang berehat dan tiba-tiba seorang lelaki datang menegur. Dia bagitau malam tadi dia tengok blue fire. Terbako rasanya sebab kami tak pegi - penat punya pasal. Bersembang lebih kurang dan lepas tu kami mintak izin nak blah, tiba-tiba dia mintak email. Aih, sembang tak sampai 5 minit dah mintak email? Sorila brader, pi main jauh-jauh!

baru separuh jalan. take 5 dulu (5.58 pagi)
kantin pelombong sulfur. di sini jugalah tempat menimbang batu-batu sulfur

Trek selepas Pondok Bunder agak santai dan landai. Panorama di ketinggian ini lebih menarik dan saujana mata memandang. Subhanallah. Cantik sungguh ciptaan-Mu.
ini jam aku dah terjelir. hampir give-up tapi aku tengok dorang rilek je ulang-alik. tak bole jadi ni! (6.19 pagi)
cantiknye pemandangan. hari-hari tengok view ni pun sanggup
are we there yet? (6.21 pagi)
tak pasti berapa banyak mereka dibayar untuk kerja high-risk ni. terus insaf (6.26 pagi) 
nak sampai dah! hoyeh! (6.38 pagi)
setelah mendaki hampir 2 jam. akhirnya! (6.42 pagi).

Akhirnya kami sampai juga di ketinggian 2386m dpl - Kawah Ijen. Segala perasaan penat hilang dengan sendiri dan hati aku melonjak-melonjak sebab tak sabar nak melihat kecantikan Kawah Ijen. Tapi sebelum tu, ada halangan yang perlu kami tempuh iaitu angin lintang.

Kami perlu menyeberangi laluan yang terbuka untuk ke seberang. Nampak seperti mudah tapi sebenarnya mencabar sebab di atas ni takde satu pun pokok atau batu-batu besar yang boleh dijadikan tempat untuk berlindung. Lama kami menunggu dengan harapan arah angin akan berubah tapi ternyata sia-sia. Nampaknya memang takde cara lain melainkan terpaksa meredah angin yang kencang ini untuk ke seberang.

Bismillahirrahmanirrahim. Kami memulakan langkah dengan berhati-hati. Aku harap kami berdua tak terbang disapu angin. Tapi kalau kena sapu pun aku rela sebab tempat ni cantik. Eh?

fuh, berjaya gak melintas. gile cuak!
kawasan angin lintang
melalui lereng gunung
segala penat pun hilang bila nampak scenery ni

Alhamdulillah. Kami berdua selamat sampai ke seberang. Anehnya bahagian ni langsung takde angin, mungkin sebab kedudukannya yang terlindung di sebalik gunung. Kami mempercepatkan langkah menuju ke view point. 

Rasa macam tak percaya yang di depan mata aku sekarang ialah Kawah Ijen. Tempat ni betul-betul cantik, air tasiknya biru kehijauan - macam warna air tasik Lake Tekapo, cuma bezanya ia sangat berasid. Jauh ke bawah di pinggir tasik kelihatan satu kawasan berwarna kuning. Kawasan ini merupakan kawasan di mana batuan sulfur digali keluar. Dari atas kita boleh nampak pergerakan manusia di sekitar kawasan tu. Barangkali pekerja-pekerja lombong tengah sibuk memunggah bongkah sulfur untuk dibawa naik ke atas.

kawasan merbahaya. in record, seorang tourist France penah jauh dan mati
scenery yang cukup cantik. tapi awas, tasik ini sangat berasid
down under
the worst job in the world - tapi masih ada yang sanggup

Laluan turun ke kawasan sulfur bukanlah mudah. Hanya mereka yang benar-benar mahir saja boleh buat - itupun kalau berani. Tapi kalau berminat boleh upah guide ke sana dengan sedikit bayaran. Sebenarnya orang awam tak dibenarkan turun sebab tempat ni amat berbahaya. Segala risiko perlu ditanggung sendiri jadi fikirlah semasak-masaknya. 

Melalui info yang aku baca, bau asap sulfur di bawah sana tersangatlah kuat/tengik. Mendedahkan diri kepada asap sulfur untuk satu tempoh yang panjang boleh merosakkan sistem pernafasan terutamanya paru-paru. Aku terfikir macam mana dorang boleh tahan sebab baunya yang busuk. Memang dorang berani meletakkan diri dalam keadaan berisiko dan sanggup menggalas tugas membawa muatan sulfur seberat 80kg ke 100kg dari kawah sulfur naik ke atas dan kemudian turun sampai ke Pos Paltuding untuk dikumpulkan. Ini bukanlah satu kerja yang mudah - bahkan ini adalah kerja yang paling teruk di dunia (but technically ia lebih mulia dari orang yang hidup senang dengan cara yang salah).

mungkin ada sesuatu yang menarik sedang dibualkan mereka
blok-blok sulfur yang beratnya di antara 80kg ke 100kg!
bayangkan kecekalan mereka memikul beban ini demi sesuap nasi

Aku tak pasti berapa jam mereka bekerja dalam sehari. Ada yang kata seorang pekerja cuma berulang-alik 2 kali sehari dan ada yang lebih daripada 2 kali. Tak kisahlah berapa kali tapi aku rasa pekerjaan ni sangatlah berisiko. Aku tak rasa dorang dapat insuran dan medical check-up yang sepatutnya dari majikan. Musykil. Entahlah, kadang-kadang bila sampai ke satu tahap manusia akan sanggup berbuat apa saja demi sesuap nasi. Secara peribadi aku memang respect sebab mereka sanggup bekerja sebegini teruk demi mendapatkan rezeki yang halal. 

saving the moment with one of the miner (credit : fiza)

Kawasan yang kami berdiri dan ambik gambar ni sebenarnya adalah laluan yang digunakan oleh pelombong-pelombong sulfur untuk berulang-alik, jadi kita perlulah sentiasa alert dengan keadaan sekeliling dan beri laluan bagi memudahkan pergerakan mereka.

Pemandangan pada waktu ini begitu cantik dan kebetulan langit tersangatlah biru, rugi kalau tak amik gambar kenang-kenangan. Dan secara kebetulan aku dapat peluang bergambar dengan salah seorang pelombong sulfur - sporting sungguh pakcik ni. Kata supir mereka ni orang susah, kalau tak keberatan sambil bergambar tu hulurlah Rupiah sekeping dua sebagai tanda terima kasih.

kami (credit : fiza)

Aku dan Fiza juga tak melepaskan peluang untuk bergambar bersama. Spot yang kami berdiri ni memang hot - susah betul nak kosong sebab sentiasa penuh dengan crowd terutamanya pelancong Mat Saleh dengan aksi gila-gila mereka. Orang yang tolong amik gambar kami ni ada offer nak amikkan gambar kat bawah sana (kawah sulfur). Tapi aku tak berani amik risiko sebab risau kalau-kalau kamera terhentak atau yang paling menakutkan kalau kamera kesayangan tak pulang ke tangan. Mimpi ngeri.

subjek dalam gambar ni ialah mamat di belakang tu. eh? (credit : fiza)
 my candid photo, suke! (credit : fiza)
inilah gambar yang aku tangkap dalam gambar di atas

bersambung....
.

Read more...

Tanah Jawa : Road To Ijen (Part 2)

September 25, 2012

Hari Pertama : 15 September 2012 (sambungan)

Dari Sidoarjo kami menyambung perjalanan ke Bondowoso. Belum sempat apa-apa kami dah tersangkut dalam macet yang teruk di depan wisata lumpur lapindo. Perut aku mula berkeruk-keruk minta diisi sebab sejak dari semalam tak jamah apa-apa. Seingat aku, lepas balik dari kerja semalam aku terus pengsan. Terjaga sekitar pukul 2pg, kemas beg dan lepas tu buat kek cokelat. Konon nak buat separuh bancuhan tapi tersalah sukat serbuk cokelat dan sudahnya jadilah kek cokelat eksiden. Inilah hasilnya kalau buat kerja dalam keadaan mamai. 

Aku mempelawa Fiza dan supir menjamah dengan harapan dapat menghilangkan bosan sambil mengalas perut sementara menunggu sampai di rumah makan ie. restoran. Walaupun kek tu hancur bagai dilanggar lori 16 tayar, tapi Fiza kata sedap. Yelah tu, nak amik hati aku leteww. Hehe. Supir pulak malu-malu. Aku kata kat supir, jangan pandang rupa, soal rasa tekak tak boleh tipu! (yelah tu). Tapi sungguh, supir aku langsung tak sentuh, mungkin dia segan, maklumlah...kami 2 orang, dia sorang. 

Lepas makan kek cekelat aku pun pengsan - mungkin ubat tido tercampur dalam tu gamaknye. Aku hanya terjaga bila kereta membelok ke perkarangan Rumah Makan Tongas Asri. Rupa-rupanya kami dah sampai di Probolinggo. Menurut supir, makanan yang disediakan di restoran ini halal jadi kami tak perlu risau dan di sini juga disediakan surau untuk kemudahan tetamu bersolat.

Rumah Makan Tongas Asri, Probolinggo
Kami mengajak supir makan semeja tapi dia menolak - aku rasa mungkin dia segan dengan kami. Katanya dia dapat makanan percuma sebab bawak kami ke sini. Oklah, tapi lain kali dia tak boleh mengelak sebab aku akan pastikan yang dia makan semeja dengan kami. Kalau boleh aku taknak nampak terlalu formal. Walaupun tugasnya cuma memandu kami ke sana sini tapi itu tak bermakna dia patut dilayan seperti orang suruhan. Hmm, mungkin dia jenis lambat nak warm-up, agaknye.

Aku dan Fiza mengambil tempat di bawah kipas yang terletak di bahagian tengah restoran. Sementara menunggu dilayan, kami meneliti menu yang tersedia di atas meja. Aku menyelak setiap muka surat dan membuat andaian sendiri berpandukan nama-nama makanan yang aku kirakan bombastik. Perkataan-perkataan seperti cumi (sotong), tomat (tomato) dan penyet (penyek) mungkin sudah biasa di dengar tapi kombinasi perkataan-perkataan lain menjadikan aku sedikit keliru dan berimaginasi sendiri.

Aku menggamit seorang pelayan untuk memesan makanan. Aku sebut menu pungpang pungpang dan dia bilang "kosong". Kosong? Ape yang kosong? Air kosong? Ke Najwa Latip kosong-kosong? Pelayan tu mati kutu nak jelaskan maksud kosong sebab masalah bahasa. Lepas tu barulah aku dapat menangkap maksud kosong yang sebenarnya. Kosong di sini bermaksud takde atau habis. Owhhh... Setelah beberapa kali "kosong" akhirnya kami berjaya memesan menu yang tak kosong dan airnya seperti biasalah - teh Sosro. Pada pendapat aku, sesebuah percutian tak dikira lengkap kalau tak mencuba specialty sesebuah negara. Jadi sila pastikan teh Sosro masuk dalam senarai checklist bila ke Indonesia!

[sumber] teh Sosro atau teh botol

Setelah menunggu hampir 10 minit minuman pun sampai tapi teh Sosro yang aku pesan ni tak dingin. Aku menggamit pelayan lain dan meminta secawan ais. Dia kemudian memarahi pelayan yang menghantar minuman tadi. Katanya budak tu masih baru dan suka buat silap. Haih, tak perlulah marah sampai begitu, hal kecik jelah. Aku pun bukan nak mengada tapi cuaca haritu memang betul-betul panas walaupun duduk di bawah kipas. 

*tips: kalau nak air yang sejuk, jangan sebut "sejuk", tapi sebut "dingin"

Beberapa minit kemudian makanan pun sampai. Warnanya merah menyala - mirip nasi goreng cili dan bukannya nasi goreng seafood. Setelah mencuba rasanya boleh tahan dan tak pedas, boleh diterima dan yang penting sekali aku dapat habiskan kesemuanya sampai licin. Selepas membayar harga makanan dan minuman (Rp16,500) kami meneruskan baki perjalanan ke Bondowoso. Dari Probolinggo, ada lebih kurang 5jam lagi untuk sampai dan kami akan melalui pekan-pekan kecil seperti Paiton, Pasir Putih, Panarukan dan Situbondo.

Semasa dalam perjalanan supir ada bercerita pasal "blue fire" di Kawah Ijen. Katanya kalau mampu dan sanggup, pukul 2pg bolehlah menapak ke sana sebab fenomena blue fire ini cuma ada pada waktu malam. Kami rasa teruja mendengar cerita pasal blue fire dan merancang untuk ke sana pukul 2pg. Waktu ni semangat punyelah berkobar-kobar sampai mintak supir carikan kedai letrik - konon nak beli torchlight. Lol!

Kalau nak tau kedai-kedai letrik kat sini tersangatlah purba - rasa macam kembali ke zaman 70an (eh macam lah aku lahir zaman ni). Sayangnya aku tak amik gambar nak tunjukkan betapa oldskoolnya kedai tu. Design torchlight semuanya purba dan seingat aku, torchlight besi pun ada (rasanya torchlight besi ni wujud zaman Tok Wan kita dulu-dulu). Memang susah nak buat pilihan sebab takde satu pun design yang berkenan TAPI....akhirnya aku terbeli jugak. Aku kira torchlight ni yang paling canggih setakat ini sebab tak pakai bateri (tapi kena recharge). Huyoh, power siot! Hahaha

akan ku wariskan torchlight ini untuk generasi akan datang
power plant @ Paiton, East Java
Sewaktu melalui Paiton hari sudah mulai gelap (di sini matahari terbenam jam 5.30ptg). Laluan di sepanjang power plant (stesen janakuasa elektrik) ini berbukit dan mendaki dan agak mustahil untuk berhenti. Pemandangan yang disajikan juga menarik kerana apabila mendaki kita akan nampak persisiran pantai sebab jalan ini melalui pinggir laut. Melintasi kawasan ini membuatkan kita berasa seperti di Kerteh (tetiba rasa nak makan keropok lekor). Aku kembali terlelap di kerusi belakang. Barangkali air-cond ini terlalu selesa atau badan aku yang terlalu letih akibat bekerja macam pencacai sepanjang minggu.

Aku tertido untuk suatu tempoh yang lama sehinggalah dikejutkan dengan satu goncangan yang kuat. Aku terjaga dan mengesat-ngesat mata. Aku toleh kiri dan kanan tapi tak nampak apa-apa. Untuk seketika aku melihat ke depan dan dengan bantuan lampu kereta yang menyimbah di atas jalan, kata-kata supir siang tadi kembali terngiang-ngiang.


Jalan ke Ijen lumayan bangat! (sebab 6km daripadanya rosak dan berlubang teruk)


Tidak syak lagi yang aku sekarang sudah berada di Ijen. Waktu ni semua orang diam seribu bahasa dan yang kedengaran cuma bunyi radio memecah kesunyian. Lagu-lagu yang diputarkan tak lagi mampu menenangkan hati yang resah. Aku rasa semua orang pun rasa tak tenang tapi masing-masing diam membatukan diri. Mulanya aku rasa nak berborak tapi lepas tu aku mati akal. Kereta kami bagaikan digoncang setiap kali melalui lopak yang dalam. Waktu ini perasaan aku bercampur-baur antara risau dan takut. Takut - kalau-kalau ada benda yang melintas. Risau - kalau tiba-tiba tayar tersangkut dan salah seorang kena keluar dari kereta dan tolak. Fuiyoh. Kesat peluh.

Setiap kali tayar masuk ke dalam lopak, hati aku akan risau. Kerisauan aku jadi berlipat-ganda bila enjin mengaum sewaktu supir menekan pedal minyak. Taknak aku bermalam kat tengah-tengah hutan yang tebal ni. Entah kenapa, aku rasa lama sangat kami bergelumang dengan lautan lopak.

Tiba-tiba ada satu cahaya menyuluh dari belakang. Aku menoleh dan rupa-rupanya sebuah Avanza cuba memintas kami. Aku rasa pemandu Avanza tu gila sebab batu-batu ni tersangatlah besar. Kalau terpelanting kena cermin camne? Akhirnya Avanza tu berjaya memintas dan hilang dalam kegelapan.

Setelah menempuh jalan yang berliku akhirnya kami tiba di sebuah pos pengawal. Supir menghulurkan duit tol untuk melepasi halangan berpagar dan meneruskan perjalanan. Setelah menempuh 3 pos pengawal dan melintasi beberapa buah perkampungan, akhirnya kami sampai di Catimor Homestay. Aku menarik nafas lega sebab kami bertiga selamat dan aku sangat berterima kasih kepada supir sebab kalau bukan kerana beliau, rasanya perjalanan ni agak mustahil.

Supir membantu kami menyelesaikan urusan check-in dan kami diberi sebuah bilik dengan 2 buah katil single. Keadaan bilik adalah basic, ada tandas di dalam, takde heater tapi kami diberi selimut tebal sorang satu. Udara di sini sangat sejuk sebab tempat ini berada pada altitud yang tinggi - jadi sila bawak baju yang tebal, stoking dan glove.

Catimor Homestay, Kebun Balawan @ Bondowoso
basic room - consider ok sebab nak tido sekejap
Kebanyakan review dari Trip Advisor kata tempat ni teruk. Aku tak pasti sama ada si tukang review penah merasa duduk kat tempat yang cikai atau tak. Pada pendapat aku, kalau nak selesa lupakan saja niat berjalan-jalan tengok tempat orang - lebih baik duduk kat rumah layan Astero. Secara peribadi aku rasa Catimor Homestay ni OK. Waktu check-in aku tengok keadaan bilik bersih, toilet pun bersih, cadar katil dan selimut pun bersih. Cuma ada serangga kecik - tapi sekor dua je (masih bukan masalah yang besar). Secara overall aku berpuas hati, lagipun takde apa yang perlu dikecohkan kalau setakat nak lelapkan mata untuk beberapa jam.

Bangunan Catimor Homestay ini telah dibina pada tahun 1984 oleh tentera Belanda yang datang menjajah ke Indonesia. Disebabkan bangunan ni adalah bangunan yang lama, maka designnyap pun sedikit oldskool. Cat pada luar bangunan dah terkopek-kopek dan finishing adalah dari jenis purba (read : lama). Tempat ini terletak di dalam kawasan ladang kopi yang dipanggil Kebun Balawan. Kalau nak tau, Catimor Homestay ni adalah yang paling hampir dengan Kawah Ijen dan disebabkan itu maka suhu di sini lebih sejuk. 

Selain Catimor Homestay, option lain ialah Arabika Homestay yang terletak di Kebun Kalisat. Tempat ni pun 2x5 dapat review yang teruk dari Trip Advisor. Kalau tanya pendapat aku, setakat tido 4-5 jam tak payah nak komplin sangat. Macamlah nak tido sehari suntuk, walhal pukul 4pg dah kena bangun. Dalam Lonely Planet kedua-dua tempat ini tersenarai jadi aku rasa mustahil untuk LP masukkan kalau reputasinya teruk. Wallahualam.

Selain Catimor dan Arabika Homestay, sila ketik sini untuk senarai penginapan lain yang terdapat di sekitar Ijen.

Malam tu kami cuma berehat di dalam bilik - tak larat dan tak lalu rasanya nak keluar makan. Seingat aku, sebelum terlelap aku tengah menunggu que masuk ke tandas tapi entah macam mana aku tak sedar sampai ke pagi. Aku macam terdengar orang panggil nama aku, barangkali Fiza sebab sebelum tu kami dah plan nak bangun pukul 2pg sebab nak tengok blue fire. Eloklah tu, blue fire ke mana, kami ke mana. Dahtu, yang gigih beli torchlight tu buat hape? Pfftt!

Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana rupa blue fire, maka sebelum mengakhiri entry ni aku hadiahkan gambar blue fire di Kawah Ijen. Insya Allah kalau ada rezeki dan lens panjang sedepa, mungkin aku akan mengulang lagi ke sini.

p/s : Aku rasa blue fire lagi power dari aurora kat Lake Tekapo. No offense NZ die hard fan.

[sumber] "A sulfur miner stands inside the Kawah Ijen crater at night, holding a torch, looking towards a flow of liquid sulfur which has caught fire and burns with an eerie blue flame" - Olivier Grunewald
[sumber] "Molten sulfur burns atop a solid sulfur deposit. Miners will extinguish the flames before they leave any loss of suffer " - Olivier Grunewald

Kagum?? Sangat. Hah, tunggu apa lagi. Cepat-cepatlah pegi ke Kawah Ijen!


bersambung....
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP