Japan For Cheapskate : Willer Express
October 30, 2012
"JRail pass mahal gile! Stress!!"
"Aku takde bajet nak beli JRail pass!"
"Takleh nak pi mana-mana, terpaksa duduk setempat..."
Ini mungkin salah satu di antara keluhan yang biasa kita dengar di kalangan budget traveller yang merancang ke Jepun. Takpe, jangan sedih. Jangan susah hati. Ada cara lain yang boleh kita ikhtiar. Takde JRail pass tak bermakna misi menjelajah ke negara matahari terbit akan terkubur, ye dok?
Bukan semua orang mampu dan sanggup melaburkan duit untuk membeli JRail pass jadi aku rasa cara ni mungkin boleh melegakan hati para budget traveller yang bercita-cita ke sini. Hoyeh! *lompat bintang*
Seperti yang kita maklum JRail pass mempunyai kelebihan unlimited ride untuk semua* public transport yang ada di Jepun. Makna kata, kita boleh naik apa saja contohnya bullet train sampai lebam dari hujung ke hujung, marathon atau touch-n-go sesuka hati ke mana-mana saja destinasi semaksimum** yang boleh.
*tertakluk pada jenis coach (untuk train) dan lain-lain
**tertakluk pada jangka hayat pass sama ada 7, 14 atau 21 hari
Ok itu kelebihan JRail pass. Memang bagus dan sesuai dengan harganya. Ka-ching!
Berbalik semula pada tajuk entry iaitu Japan For Cheapskate. Kali ni aku nak berkongsi salah satu pesaing JRail pass iaitu Willer Express. Tapi sebelum tu jangan samakan Willer Express dengan JRail sebab memang tak sama. Umpama sushi dan durian, tak sama!
Willer Express ialah sejenis bas express yang menghubungkan di antara bandar A dengan bandar B atau dalam bahasa mudahnya "intercity", contohnya di antara Tokyo dan Osaka. Ke Disneyland pun boleh!!
A) Jenis-Jenis Bus Pass
Selain tiket bas yang biasa (pay per ride), Willer Express juga menyediakan sejenis pass untuk 3, 4 atau 5 hari bagi mana-mana destinasi intercity di dalam Jepun. Ada banyak lagi kelebihan pass ni. Nak tau lebih lanjut sila teruskan membaca.

Mengikut tukaran wang semasa, nilai bus pass untuk 3, 4 dan 5 hari ialah RM390, RM470 dan RM550. Masih murah kalau dibandingkan dengan JRail pass untuk kategori intercity. Sila abaikan kelebihan JRail pass untuk subway dan metro dalam bandar Tokyo sebab topik kita sekarang ialah pengangkutan intercity.
Berikut adalah kelebihan Willer Express bus pass:
1. Tak perlu guna setiap hari berturut-turut. Boleh random contohnya Isnin, Rabu dan Ahad (bagi pass 3 hari).
2. Dalam sehari boleh guna maksimum 2 kali. Contohnya Tokyo-Nagoya (siang) & Nagoya-Osaka (malam) ATAU Hiroshima-Osaka (siang) & Osaka-Nagoya (siang).
3. Boleh reserve round trip untuk hari yang sama contohnya Nagoya-Tokyo (siang) & Tokyo-Nagoya (malam).
4. Bas yang bertolak selepas jam 12 tengah malam dikira sebagai bas yang bertolak pada hari sebelumnya
Bus pass tidak boleh digunakan dalam situasi:
1. Route yang sama dalam hari yang sama (possibility si polan nak sublease bus pass untuk orang lain)
2. Reserve 2 overnight bus pada hari yang sama (like how? err...hantu ke?)
3. Bus pass tak boleh dipindah milik. Photo ID atau passport mungkin akan disemak sebelum dibenarkan boarding
Masih tak paham? Ketik link ini dan skrol sampai ke bawah.
B) Bus Pass Model Routes
Berikut adalah cadangan route menggunakan model bus pass untuk 3 dan 5 hari. Ini cuma cadangan, kalau ada route yang lebih bagus boleh proceed asalkan tak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan. Untuk contoh-contoh model yang lain, sila ketik link ini.
C) Jenis Kerusi Untuk Bus Pass
Ada 4 jenis tempat duduk kesemuanya. Kerusi yang paling cikai ialah Standard, diikuti Relax, Superior dan Theater. Jenis-jenis kerusi yang ditawarkan bergantung pada availability dan route. Pat-pat siku lipat, book cepat dia dapat! Untuk pemahaman lanjut tentang jenis kerusi/tempat duduk sila ketik sini.
Ada sesetengah kerusi contohnya Value dan Sleeper yang tak sediakan ruang untuk menyimpan barang (tak applicable untuk bus pass holders), jadi make sure cabin luggage mengikut saiz yang telah ditetapkan. Tak silap aku sorang penumpang boleh bawak 2 luggage je. Kalau rasa nak bawak lemari tu lupakanlah hasrat naik Willer Express, eh? Sila ketik sini untuk panduan luggage yang dibenarkan.
Untuk info yang lebih tepat dan jitu sila jenguk ke website Willer Express. Bagi menghilangkan keraguan dan kemusykilan ketik sini untuk FAQ. Akhir sekali, cuba kira bajet tanpa bus pass vs dengan bus pass. Banyak beza kan? Jangan bandingkan feeling naik bullet train dengan bas ekspress. Karate tengkuk mau?
Bagi cheapskate tegar anda mungkin boleh consider naik overnight bus untuk save bajet tempat tido. LOL :))
**copyright gambar adalah hakmilik Willer Express
.

![]() |
| rangkaian WE ke sekitar bandar-bandar penting di Jepun. untuk coverage penuh sila jenguk ke website |

| contoh-contoh route |
C) Jenis Kerusi Untuk Bus Pass
Ada 4 jenis tempat duduk kesemuanya. Kerusi yang paling cikai ialah Standard, diikuti Relax, Superior dan Theater. Jenis-jenis kerusi yang ditawarkan bergantung pada availability dan route. Pat-pat siku lipat, book cepat dia dapat! Untuk pemahaman lanjut tentang jenis kerusi/tempat duduk sila ketik sini.
![]() |
| rabun? sila ketik untuk imej yang lebih terang |