Kyoto's Geisha & Maiko

November 21, 2012

Sebelum ke sini aku pernah memasang hajat untuk melihat geisha dari jarak dekat. Tapi untuk melihat geisha kita perlu ke sebuah kawasan yang di panggil Gion yang terletak di Kyoto. Geisha hanya boleh ditemui di Kyoto dan tidak akan kelihatan di mana-mana bandar lain di Jepun seperti Tokyo, Osaka, Hiroshima dan sebagainya. 

Ciri-ciri seorang geisha boleh dilihat pada mekap putih yang disapu pada muka dan leher, fesyen rambut statik yang sarat dengan hiasan dan pakaian tradisional kimono. Kesemua ciri-ciri ini menjadikan geisha sebagai ikon yang cukup simbolik dan sangat terkenal dengan identiti negara Jepun. 

Geisha adalah seorang penghibur yang berkebolehan bermain alatan muzik tradisional, menari tarian tradisional, bermain permainan tradisional dan sebagainya. Kadar bayaran yang diterima oleh seorang geisha adalah bergantung pada ranking. Selain geisha, maiko adalah apprentice bagi geisha dan mereka akan dilatih sehingga cukup mahir untuk menjadi geisha. Secara luaran aku tak dapat bezakan yang mana satu geisha dan yang mana satu maiko, tapi mungkin jawapannya ada di sini :

a) Geisha
b) Maiko

geisha or maiko, any difference?
huyoh tingginya terompah!! (10cm high!)
mekap putih kat leher
graceful geisha

Sebenarnya aku hampir putus asa waktu merayau-rayau mencari kelibat mereka di Gion. Aku difahamkan yang geisha hanya boleh dilihat sekitar pukul 6-7ptg sebab pada waktu inilah mereka akan keluar untuk bekerja. Tapi entah macam mana aku agak bernasib baik sebab tiba-tiba kelibat mereka muncul dan tanpa bertangguh aku terus grab peluang yang ada. Bukan aku je yang jakun bila ternampak geisha tapi boleh dikatakan semua orang pun 2x5. 

geisha atau maiko, aku takleh nak beza sebab nampak serupa
on average, kitaorang sama tinggi je, tinggalnya dorang pakai terompah 10cm dan tempat kami berdiri ni slope bukit. huh! #sajanakbagitau
Untuk kali pertama aku masih malu-malu nak mintak bergambar tapi mungkin dah tertulis rezeki aku nak terserempak untuk kali yang kedua. So kali ni aku dah tak pedulik muka tembok China ke tembok Berlin ke....yang penting aku ada bergambar dengan geisha. Ko ade? Hehehe ;-P

.

Read more...

Musim luruh di Kyoto

November 18, 2012

Bandar Kyoto sekarang tengah sibuk dengan pelancong terutama pada hujung minggu dan akibatnya semua tempat penginapan penuh. Kebanyakan penghuni hostel yang aku jumpa terpaksa berpindah-randah dari satu hostel ke hostel yang lain. Aku jugak termasuk dalam kategori nomad dan nyaris-nyaris kena cari tempat tido di luar Kyoto sebab semua hostel yang disenaraikan di Hostelworld, Hotelbookers dan Hostel.com penuh. Aku jugak cuba email satu persatu, mana tau kalau-kalau ada hostel yang masih ada katil kosong dan setelah beberapa kali gagal akhirnya berjaya jugak. 

Tak semestinya bertukar-tukar hostel tu tak bagus sebab setiap satunya ada pro & cons. Kebaikan bertukar-tukar hostel ialah kita boleh merasa tido di banyak tempat, boleh kenal lagi ramai orang dan boleh compare dan recommend mana satu yang terbaik. Keburukannya pulak berubah tempat tido setiap hari (kalau jenis campak dalam lombong pun boleh tido mungkin takde masalah), terpaksa mengulang proses check-in dan check-out, terpaksa berpindah-randah dengan barang yang banyak dan terpaksa hafal nombor-nombor bas untuk ke sana.

Tapi aku masih bernasib baik sebab tak perlu mengangkat backpack yang berat melampau tu ke setiap hostel sebab owner di Haruya Aqua sangat baik hati dan suruh aku tinggalkan kat sana dengan percuma! Yay! Aku pun apa lagi, yabeda-bedu lah sebab letih hoi kalau nak usung benda tu ke hulu ke hilir. Jadinya aku cuma bawak baju untuk 2-3 hari dan stok makanan setiap kali bertukar hostel. Senang kan?

Hostel Haruya Aqua, female dorm 6 beds 2100Yen/RM84
Overall experience bertukar-tukar hostel memang menarik. Selepas banyak hari tido di bunk beds dan playhouse (??), harini aku merasa tido di atas tatami. Bukan tak penah merasa tido atas lantai tapi feeling tido atas tatami memang unik. Kalau golek belah kanan boleh sampai kat tilam budak Hong Kong, golek ke kiri boleh sampai ke tilam budak German. Hahahaha. 

Hostel Gojo Guest House, 6 beds female tatami dorm 2500Yen/RM100
Tapi dalam banyak-banyak tempat tido yang aku dah cuba, rasanya kat hostel semalam yang paling aneh sebab sebijik macam playhouse (pondok-pondok). Saiz "bilik" aku cuma 2m (panjang) x 1.8m (lebar) x 1m (tinggi). Hoh!!!

Hostel Mundo Chiquito, 7 bed mixed dorm Y2000/RM80
**kalau nak tau bawah tangga tu pun bilik, huyoh!!
macam capsule bed, kalau paranoid dengan tempat kecik sila pindah ke hostel lain
Aku mengaku yang orang Jepun sangat pro dalam memaksimumkan penggunaan ruang. Walaupun ruang tu sangat sempit tapi dorang pandai organize dan untuk itu aku tabik spring.

Tapi korang tau tak kenapa kat Kyoto sekarang tengah pack dengan manusia? Bukan orang luar je ramai tapi orang Jepun sendiri pun sanggup naik shinkansen (bullet train) semata-mata untuk ke Kyoto. Dorang semua datang ke sini sebab nak tengok fenomena musim luruh atau autumn foliage. Macam yang penah aku sebut dalam entry sebelum ni, kat sini daun-daun maple banyak dah bertukar warna. So aku nak share sikit gambar-gambar yang sempat aku amik semalam dan harini. Enjoy!

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
So what's your favourite autumn colour? (eh tetiba cakap omputih. lol!)
.

Read more...

Sesat lagi di subway Tokyo tapi akhirnya sampai jugak di Kyoto

November 16, 2012

Selama aku terjebak dengan hobi suka berjalan-jalan belum penah lagi aku mengalami peristiwa sesat yang melampau-lampau di tempat orang. Aku rasa lebih senang navigate sistem subway di Beijing dan Shanghai daripada Tokyo. Juga lebih senang navigate dari point A ke point B di negara yang takde sistem pengangkutan moden contohnya Vietnam, Cambodia dan Indonesia. Tapi semalam telah melakar sejarah baru bila aku tersesat sampai tertinggal bas ke Kyoto. Sungguh. Tak caye boleh ulang baca semula.

Aku tersesat di antara stesen-stesen subway selama sejam. Dalam keadaan confuse dan meraba-raba tiba-tiba sorang local offer pertolongan. Walaupun kami tak boleh berkomunikasi tapi dia cuba telefon syarikat bas dan tanya kalau-kalau aku boleh naik di stesen lain. Tak cukup dengan tu dia offer untuk guide aku ke sana tapi bas dah pun bertolak sebelum sempat aku sampai. Huh.

Aku rasa ralat yang teramat sangat tapi akhirnya aku redha. Benda camni memang bikin goyang kalau tak betul-betul kental. Kalau travel bergeng mungkin boleh menangis sama-sama tapi bila travel bersendirian aku terpaksa buang semua perasaan tu dan set dalam kepala yang semuanya akan OK!

Berbalik pada cerita. Bila tertinggal bas jadinya aku amik keputusan untuk balik semula ke hostel. Aku taknak terkandas kali kedua di stesen subway sebab dah hampir pukul 12am. Malang sangat kalau jadi untuk kali yang kedua. Bila sampai di hostel aku terus online dan book tiket ke Kyoto. Mulanya aku fikir nak berjaga sampai ke pagi tapi badan aku terlalu penat menggalas beban 12kg waktu tersesat tadi. Akhirnya aku tido-tido ayam sampai ke subuh. 

Alhamdulillah, pisang tak berbuah 2 kali dan aku selamat sampai di tempat menunggu bas dengan jayanya. Mujurlah tempat menunggu bas untuk pagi ni di laluan subway yang kerap aku amik, bukan macam semalam. Waktu aku tengah sibuk betulkan tempat duduk di dalam bas tiba-tiba datang seorang mat saleh. Tindakan dia memang diluar jangkaan sebab siapa sangka dia nak offer diri jadi translator. Tapi sungguh, semua pengumuman yang dibuat oleh konduktor dan drebas bas 100% dalam bahasa Jepun.

pemandangan ni mengingatkan aku pada Rakaia River Bridge (NZ). rindu!
petak-petak tanaman yang kemas tersusun
nampak je laut ni aku pun terbayangkan tsunami. nauzubillah
Sepanjang perjalanan ke Kyoto aku dapat tengok banyak pemandangan yang menarik. Rasanya di bahagian Kansai, suasana musim luruh lebih menonjol berbanding di Tokyo. Selama 7 jam perjalanan ke sini, bas berhenti sebanyak 3 kali untuk toilet break dan overall experience dengan Willer Express memang selesa. 


seat Theater. boleh pilih nak tengok movie, main game atau dengar lagu. complete!
habis semua movie omputih dialih suara ke bahasa Jepun. walaupun tak paham tapi layannnn~
selesa. seat boleh recline
Aku selamat sampai di Kyoto pukul 7.30pm tadi (waktu tempatan). Sebab sekarang musim luruh jadinya pukul 7.30pm nampak macam 10.30pm. Sampai pada waktu malam di tempat yang baru pertama kali dijejak bukanlah satu idea yang baik. Lebih-lebih lagi bila satu-satunya mode pengangkutan ke hostel adalah dengan menaiki bas. Tapi sebelum ke sini berpuluh-puluh kali aku hafal map sebab takut tersesat lagi. Kalau tersesat parah jugak sebab reception tutup tepat jam 9pm. Kapsul hotel? Oh tidak. Aku claustrophobic. 

love the cosy living area. so Japanese!
Tempat yang aku menginap untuk malam ni nampaknya lebih mirip kepada rumah daripada hostel. Dari saat melangkah masuk ke dalam bangunan ni aku terus jatuh cinta sebab ia sebenarnya adalah rumah tradisional Jepun. Tengok jelah living area dalam gambar ni, klasik kan?

Hostel Haruya Aqua
1-12, Waki-cho Shimogyo-ku
Kyoto, JAPAN


ps : terima kasih kepada yang menghantar email. aku dapat banyak email tapi belum berkesempatan nak membalasnya. Insya Allah akan diusahakan dalam masa yang terdekat. 
.

Read more...

What a cheapskate do in Odaiba?

November 15, 2012

Hari ini adalah hari terakhir aku di Tokyo dan malam ni aku nak grak ke Kyoto. Tadi aku ke Odaiba tengok giant ferris wheel, statue of liberty dan rainbow bridge. Aktiviti aku kat sini semuanya yang free of charge sebab Tokyo ni mahal serba-serbi. Bukan aku je cakap, sembang dengan sorang mat saleh dari US pun dia mengadu benda yang sama. Jadinya memang betul la Jepun ni mahal (one day metro & subway pass je dah RM40. mahai tak?). Oleh sebab semuanya mahal jadinya aku banyak ke arah menembak. 




Aku suka gila tengok ferris wheel ni. Ya aku tau kat tempat lain pun banyak ferris wheel tapi aku suka yang ini sebab teringat satu citer anime tajuknye apetah...tapi intro dia ada tunjuk ferris wheel ni. Selain ferris wheel, kat sini jugak ada jambatan San Francisco. Statue of Liberty pun ada. Hebat. 





Sebenarnya kat Odaiba ni ada macam-macam. Cuma sediakan duit aje. Tapi pada aku sightseeing pun best jugak sebab aku tak into scene shopping dan taman tema (amusement park). Oklah aku nak bersiap dah ni. Kang tertinggal bas. Kbai!
.

Read more...

Kebarangkalian sesat di Tokyo lebih cerah bagi orang yang jarang naik public transport

November 14, 2012

Ada kena mengena ke tajuk entry ni dengan gambar? Ada. Sebabnya setiap hari aku mesti sesat kat stesen subway. Ada lebih dari 14 lines subway dan metro kat sini termasuk private line dan JR. Camne tu? Gila!


Ini namanya Tokyo Tower. Aku amik gambar dari bawah je sebab naik ke observation deck tu agak mahal. Tapi takpe, nak yang free of charge boleh naik kat Tokyo Government Building. Lagi tinggi dari Tokyo Tower dan boleh teropong lagi jauh sampai ke Mt Fuji. Cuma 2-3 hari ni Mt Fuji masih malu nak bertegur-sapa dengan aku. Heh.

Tokyo mega city yang padat
walaupun padat tapi sangat tersusun dan yang penting sekali, bersih!
Sebenarnya aku tengah susah hati. Sepatutnya harini aku jumpa 2 orang kawan kat area Shibuya. Tapi masalahnya nombor tepon yang aku salin atas pembungkus mekdonel sebelum keluar dari train dah hilang entah ke mana. Mungkin cleaner hostel ni terbuang waktu kemas bilik. Tskk...

loyal Hachiko statue at Shibuya crossing

So camne sekarang ni? Adakah aku kena tunggu kat situ macam Hachiko? >__<

Aku harap dorang tak marah sebab aku tak sengaja. Ada rezeki mungkin kita jumpa di tempat lain, Insya Allah. Anyway terima kasih sebab belanja kopi. Hoho...kopi di Tokyo sangatlah mahal. Boleh terjun bangunan!

ps : lepas post entry ni aku pi jalan-jalan dan 3jam lepas tu baru aku teringat..."Eh, aku salah taip. Bukan Hachioji, tapi Hachiko!!". LOL!!! Sori -___-"
.

Read more...

Shichi-Go-San

November 12, 2012

Syukur alhamdulillah. Di atas izin Allah SWT sampai jugak aku kat negara matahari terbit ni. Kalau mengikut kiraan, harini masuk hari kedua aku berada di Tokyo. So far so good. Communication breakdown? Hahaha....biasalah -____-

Ok kita pendekkan cerita. Pagi tadi aku pegi ke Meiji shrine dan kebetulan sekarang ada pesta untuk meraikan kanak-kanak lelaki dan pompuan yang berumur 3, 5 dan 7 tahun. Pesta ini dipanggil sebagai Shichi-Go-San (Shichi = 7, Go = 5, San = 3). Selain pesta ni aku jugak berpeluang tengok perkahwinan tradisional Jepun (shinto). Ramai jugak pasangan pengantin yang menikah harini, berduyun-duyun....tapi lain kali lah aku tak tepek gambar-gambar tu ek.

Dalam entry ni aku tepek 25 keping gambar calon menantu, boleh pilih mana satu yang berkenan. Aku rasa budak-budak ni memang kawaii tahap infiniti especially bila bergaya dalam pakaian tradisional yang dipanggil kimono (untuk budak pompuan) dan hakama (untuk budak lelaki). Selain baju tradisional hakama, ada jugak yang pakai baju moden dengan seluar sekerat. 

*info tentang Shichi-Go-San sila ketik sini.

#1 - haa..lentok lagi dek. tak cukup lentok lagi tu
#2 - alololo....kawaiiii >__<
#3 - kawaiiii @__@
#4 - tambunnye...
#5 - amboi adik kat tengah ni posing kemain lagi
#6 - kawaiiii....
#7 - mak dia lagi kawaiii!! eh?
#8 - santeknye baju!!!
#9 - alahaii yang kecik ni pun melaram jugak!
#10 - berapa umur ni dik? 3 tahun ke? keciknye kamu
#11 - comei! comei!
#12 - budak ni paling cantek. mixed kot?!
#13 - adik beradik
#14 - kawan Aqilah ^_^
#15 - besaunye sampul duit raye!
#16 - ni mungkin umur 7 tahun
#17 - dengan bakal menantu
#18 - Na, hensem tak? aku pilih yang ni untuk Aqilah...amacam?
#19 - ke yang ni?
#20 - takpun yang rupa Nobita tanpa spek?
#21 - ni hensem gak...ada rupa Korea skit
#22 - oooo...aku tau, ko mesti nak yang ni kan?
#23 - ni sepet sangat, tak sesuai 
#24 - abang ke adik?
#25 - my fave photo :)

Ha amacam? Kawaii kan? Dah tau mana satu menantu pilihan hati? (^___^)
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP